borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. tesis ini adalah hak milik universiti teknologi...

26
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : AMALAN YANG DILAKUKAN OLEH PELAJAR TAHUN EMPAT FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN GENERIK SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya NURUL HIDAYAH BINTI TUKIJAN (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO 11, JALAN ANGGERIK 3, TAMAN JOHOR JAYA, 81100 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TADZIM Tarikh : _29/04/09________________ _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT Nama Penyelia Tarikh : ___29/04/09_________________

Upload: ngoxuyen

Post on 03-Feb-2018

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHADTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : AMALAN YANG DILAKUKAN OLEH PELAJAR TAHUN EMPATFAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DALAM MENGUASAIKEMAHIRAN GENERIK

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya NURUL HIDAYAH BINTI TUKIJAN(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972)

TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap :

NO 11, JALAN ANGGERIK 3, TAMANJOHOR JAYA, 81100 JOHOR BAHRU,JOHOR DARUL TADZIM

Tarikh : _29/04/09________________

_____________________________________(TANDATANGAN PENYELIA)

EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT

Nama Penyelia

Tarikh : ___29/04/09_________________

Page 2: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”

Tandatangan : ….………………………………

Nama Penyelia : EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT

Tarikh : 29 APRIL 2009

Page 3: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

AMALAN YANG DILAKUKAN OLEH PELAJAR TAHUN EMPAT FAKULTI

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN

GENERIK

NURUL HIDAYAH BINTI TUKIJAN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2009

Page 4: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : NURUL HIDAYAH BINTI TUKIJAN

Tarikh : 29 APRIL 2009

Page 5: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku serta ibu mertuaku,

Tukijan bin Santery,Tarmi binti Hj.Tulos,

Rosnah binti Baharom,

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan

jua dan buat allahyarham bapa mertuaku semoga rohnya dicucuri rahmat.

Buat kekanda-kekanda dan anak-anak saudaraku,

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuan kekanda semua tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha

mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kesilapan adikmu ini.

Buat suamiku yang tercinta,

Mohd. Farzaily bin Hajazi,

Tiada kata seindah bicara yang mampu ayang ucapkan atas segala pengorbanan dan

kesabaran abang selama ini. Hanya ucapan terima kasih dan ayang amat

mencintaimu.

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya buat kita

semua.

Page 6: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada

Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima

kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En.

Mahyuddin bin Arsat yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta

bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga

kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi pendapat dan berkongsi

pengetahuan dalam menjayakan projek ini. Segala pengalaman dan pengetahuan

yang dikongsi bersama akan diingati untuk meneruskan projek-projek akan datang.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang

terlibat secara tidak langsung atau secara langsung kerana sudi memberikan

pandangan, nasihat dan idea dalam menyiapkan kajian ini. Semoga segala bantuan

yang diberikan akan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Page 7: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti amalan yang

dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai

kemahiran generik. Tiga aspek kemahiran generik yang dikaji ialah kemahiran

berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran kerja

berpasukan. Seramai 201 orang pelajar tahun empat Fakulti Kejuruteraan Elektrik

terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah menggunakan

borang soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Set soal selidik ini

mengandungi 29 item yang dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Package for the Social Sciences versi 11.5. Kajian rintis telah dijalankan di

kalangan 10 orang pelajar tahun tiga dan dua di Fakulti Kejuruteraan elektrik dan

darjah kebolehpercayaan bagi instrument yang digunakan dalam kajian ini ialah α =

0.80. Analisis data dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratus dan min.

Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan dan keterlibatan pelajar dalam

menerapkan amalan kemahiran generik yang dikaji adalah rendah.

Page 8: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify practice among fourth’s year

student Faculty of Engineering Electrical in mastered generic skills. Three generic

skill aspect looked into was communicative skills, problem solving skills and team

working skills. There were 201 fourth year mainstream students who are taking the

course in Faculty of Engineering Electrical at University Technology Malaysia

were contributed to the research. These sets of questionnaires contain 29 item and

the data were analyzed by using Statistical Package for the Social Science’s

software version 11.5. A pilot survey was conducted to test the reliability of the

questionnaires among 10 third year students in Faculty of Engineering Electrical.

The alpha cronbach score was α = 0.80. The data then were analyzed for mean,

frequency, and percentage value. The result of the study showed that the

involvement student and practice student in mastered generic skill was at level low.

Page 9: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

Page 10: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

viii

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.6.1 Pihak Universiti 10

1.6.2 Pelajar 10

1.6.3 Industri 10

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 11

1.8 Istilah Kajian 12

1.8.1 Kemahiran 12

1.8.2 Kemahiran Generik 12

1.9 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kepentingan Kemahiran Generik 15

2.3 Kemahiran-Kemahiran Generik 17

2.3.1 Kemahiran Berkomunikasi 17

2.3.2 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 18

2.3.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 20

2.3.4 Kemahiran Menggunakan Teknologi 21

2.3.5 Kemahiran Idea Dan Matematik 22

2.3.6 Kemahiran Pengurusan Maklumat 23

Page 11: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

ix

2.3.7 Kemahiran Memahami Budaya 24

2.3.8 Kemahiran Merancang Dan Mengelola 25

2.4 Kajian-Kajian Lepas 26

2.5 Penutup 30

3 METODOLOGI KAJIAN 31

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Populasi Kajian 33

3.4 Tempat Kajian 34

3.5 Sampel Kajian 34

3.6 Instrumen Kajian 35

3.6.1 Soal Selidik Bahagian A 35

3.6.2 Soal Selidik Bahagian B 35

3.7 Kajian Rintis 38

3.8 Keesahan Dan Kebolehpercayaan

Soal Selidik 39

3.9 Prosedur Mengumpul Data Kajian 40

3.10 Analisis Data 42

3.11 Penutup 44

Page 12: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

x

4 DAPATAN KAJIAN 45

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Bahagian A 46

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47

4.2.2 Taburan Bangsa Responden 48

4.2.3 Taburan Kursus Responden 49

4.3 Bahagian B: Amalan Yang dilakukan Dalam

Menguasai Kemahiran Generik 50

4.3.1 Dapatan Kajian Persoalan 1 52

4.3.1.1 Analisa Data Persoalan Kajian 1 53

4.3.2 Dapatan Kajian Persoalan 2 55

4.3.2.1 Analisa Data Persoalan Kajian 2 57

4.3.3 Dapatan Kajian Persoalan 3 59

4.3.3.1 Analisa Data Persoalan Kajian 3 60

4.3.4 Dapatan Kajian Persoalan 4 62

4.3.4.1 Analisa Data Persoalan Kajian 4 64

4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 66

4.5 Penutup 68

Page 13: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

xi

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 69

5.1 Pendahuluan 69

5.2 Rumusan 70

5.2.1 Rumusan Keseluruhan Kajian 70

5.2.2 Rumusan Latar Belakang Responden 73

5.2.3 Rumusan Keseluruhan Bagi Setiap

Persoalan Kajian 73

5.3 Perbincangan Kajian 74

5.3.1 Sejauhmana Keterlibatan Pelajar

Dalam Menguasai Kemahiran

Generik 75

5.3.2 Mengenal Pasti Amalan Yang

Dilakukan Dalam Menguasai

Kemahiran Berkomunikasi 77

5.3.3 Mengenal Pasti Amalan Yang

Dilakukan Dalam Menguasai

Kemahiran MenyelesaikanMasalah 79

5.3.4 Mengenal Pasti Amalan Yang

Dilakukan Dalam Menguasai

Kemahiran Kerja Berpasukan 81

5.4 Cadangan Tindakan 82

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84

5.5 Penutup 86

Bibliografi 87

Lampiran 91

Page 14: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 37

3.2 Skala empat mata dan skor 38

3.3 Nilai Alpha Cronbach 39

3.4 Jadual skala empat mata kepada dua mata 43

4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 47

4.2 Taburan Peratusan Mengikut Bangsa 48

4.3 Taburan kursus 49

4.4 Analisa Dapatan Persoalan Kajian 1:

Sejauhmanakah keterlibatan pelajar dalam

menguasai kemahiran generik? 52

4.5 Analisa Dapatan Persoalan Kajian 2:

Apakah amalan yang dilakukan oleh pelajar

kejuruteraan elektrik dalam menguasai

kemahiran berkomunikasi? 55

4.6 Analisa Dapatan Persoalan Kajian 3 :

Apakah amalan yang dilakukan dalam menguasai

kemahiran menyelesaikan masalah? 58

4.7 Analisa Dapatan Persoalan Kajian 4 :

Apakah amalan yang dilakukan dalam menguasai

kemahiran kerja berpasukan? 61

4.8 Taburan Min Secara Keseluruhan Persoalan Kajian 64

Page 15: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 41

3.2 Julat Nilai Mata Min 43

4.1 Histogram Purata Min bagi Persoalan Kajian 65

Page 16: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

FKE Fakulti Kejuruteraan Elektrik

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta

LPU Lembaga Pengarah Universiti

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

PSM Projek Sarjana Muda

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPSS Statistical Packages For Social Science

Page 17: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Soal Selidik 89

B Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia 95

C Pengesahan Soal Selidik 98

D Analisis data SPSS 103

Page 18: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Era globalisasi ini telah mengubah ekonomi negara daripada ekonomi yang

berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian dan kini ekonomi

berasaskan pengetahuan (Aniha Mat Soh, 2003). Dalam usaha menuju ke arah

globalisasi ini, negara perlu membuat pelbagai strategik untuk menghasilkan ekonomi

berdaya saing bermula daripada peringkat yang paling bawah iaitu menghasilkan asset

dalam bentuk sumber manusia yang dikenali asset tenaga pekerja berilmu. Menurut

Ibrahim (2002) dalam Azalya Ayob (2003), tenaga manusia dalam era globalisasi

bekerja dalam alam bersifat “flexitime” dan “self-paced”. Dalam keadaan demikian,

pekerja akan berdepan dengan perubahan mendadak dan berterusan seperti pertukaran

personel, perubahan produk dan penstrukturan semula organisasi.

Kini, peningkatan dalam permintaan oleh majikan adalah terhadap pekerja

yang bertanggungjawab, pekerja yang dapat menangani tugasan mencabar, pekerja

yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan dan pekerja yang sensitif kepada

keadaan sekeliling. Oleh yang demikian, pekerja-pekerja dalam era globalisasi ini

Page 19: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

2

perlu mempelajari nilai-nilai baru termasuklah tentang etika kerja, kepimpinan,

kompetensi dalam teknologi maklumat, hubungan interpersonal dan analitikal. Nilai-

nilai baru yang dinyatakan ini adalah antara elemen yang terkandung dalam kemahiran

generik yang juga dikenali kini sebagai kemahiran insaniah.

Kemahiran generik atau kemahiran insaniah ini adalah penting bagi ekonomi

yang berasaskan pengetahuan untuk menaikkan taraf ekonomi negara. Ini adalah kerana

dengan adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu akan dapat meningkatkan

kapasiti pengeluaran dan seterusnya melahirkan proses keluaran yang baru. Kemahiran-

yang diperlukan ini adalah seperti kemahiran generik contohnya kemahiran berfikir

secara kreatif dan kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran

berkomunikasi, kemahiran menyesuaikan diri dan keyakinan diri. Tahap kepentingan

kemahiran-kemahiran generik ini bergantung kepada jenis perindustrian. Menurut

Felstead (2002) dalam Mohd Safarin (2004), satu kajian di Britain telah menunjukkan

permintaan yang berbeza di kalangan industri mengenai kemahiran generik.

Dalam artikel Buletin P&P Versi Elektronik Edisi 1 Jun 2004 pula,

menyatakan kemahiran yang meliputi aspek teknikal dan generik merupakan asas

yang paling praktikal dan berkesan dalam reka bentuk, pembangunan dan

perlaksanaan kurikulum sesebuah program akademik. Kurikulum berasaskan

kemahiran-kemahiran ini juga lazimnya digunakan sebagai asas bagi proses

pengiktirafan dan akreditasi oleh badan professional dan juga Bahagian Jaminan

Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Begitu juga di Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), setiap subjek yang diajar di UTM menerapkan kemahiran generik.

Secara umunya Universiti Teknologi Malaysia (2007), telah mengariskan beberapa

kemahiran asas yang perlu diterapkan atau diajarkan kepada para pelajarnya. Antara

kemahiran tersebut adalah;

i. Kemahiran Berkomunikasi

ii. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

iii. Kemahiran Kerja Berpasukan

Page 20: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

3

iv. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

v. Etika dan Moral Profesional

vi. Kemahiran Kepimpinan

vii. Kemahiran Keyakinan Diri

Setiap pelajar-pelajar yang menuntut di UTM secara tidak langsung telah cuba

menerapkan kemahiran-kemahiran generik ini berdasarkan kepada kemahiran yang

telah ditetapkan.

“ Para graduan mesti melengkapkan diri dengan menambah kemahiran seperti

kemahiran generik untuk bersaing di pasaran pekerjaan.”

( Pro-Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah,

petikan dari Skudai Post Online, Rabu 8 September 2004 p.1)

Berdasarkan ucapan Pro-Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan

Idris Shah, beliau berharap semua graduan lepasan UTM perlu melengkapkan diri

masing-masing dari segi kecemerlangan akademik, bernilai di pasaran kerja tempatan

dan antarabangsa, peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara, serba boleh,

berdaya maju dan cekap berkomunikasi untuk memenuhi kehendak majikan dewasa

ini. Hal ini kerana, para majikan kini amat menitikberatkan kemahiran generik atau

kemahiran insaniah semasa membuat pemilihan pengambilan pekerja mereka, untuk

memastikan pekerja mereka mampu memberi sepenuh perhatian dan komitmen

semasa di alam pekerjaan nanti (Hasnah Hussain, 2006).

Kelemahan dalam penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar universiti

telah menimbulkan isu pengangguran yang semakin ketara dewasa ini. Tahap

penguasaan mereka terhadap penguasaan elemen-elemen dalam kemahiran generik

masih lemah. Nur Hafizah (2007) juga menyatakan kebanyakan majikan pada masa ini

memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal tetapi juga

memerlukan kemahiran generik untuk meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat.

Oleh disebabkan itu, kebanyakan sesebuah industri atau syarikat menekankan elemen

Page 21: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

4

kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam

kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya dalam pemilihan

pekerja. Ini menunjukkan penerapan kemahiran generik dalam diri seseorang yang

bakal menempuh alam pekerjaan sebagai seorang jurutera khususnya amat penting dan

mereka perlu menyiapkan diri dengan menguasai kemahiran-kemahiran generik yang

bermanfaat untuk dirinya.

Justeru itu, pelbagai usaha untuk menerapkan kemahiran generik di kalangan

pelajar UTM telah giat diusahakan seiring dengan matlamatnya yang sebenar untuk

melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing tinggi. Pengerusi Lembaga

Pengarah Universiti (LPU) juga turut memberi penekanan serta menyokong setiap

program yang berkaitan dengan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar

UTM. Ini bermakna usaha dalam menerapkan kemahiran generik memerlukan

kerjasama dari semua pihak sebagai pemangkin kepada langkah dalam melahirkan

graduan yang cemerlang dan berkualiti.

1.2 Latar Belakang Masalah

Isu ribuan graduan gagal memperoleh pekerjaan membelenggu semua pihak

dan dibincangkan sama ada di peringkat Kementerian, Universiti malah ianya juga

merupakan suatu isu yang sering mendapat perhatian pihak media dan juga

masyarakat umum. Masalah pengangguran di kalangan graduan-graduan bukanlah

perkara baru, ianya membabitkan lulusan Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) dan

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) baik dari dalam mahupun luar negara

(Suriani binti Muda, 2008).

Page 22: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

5

Persoalannya, mengapakah hal ini masih lagi berlaku pada ketika ini semasa

negara sedang pesat membangun dan amat memerlukan tenaga mahir dan terpelajar

untuk memenuhi kehendak industrinya? Menurut Tengku Mahaleel (2002), antara

punca graduan tempatan gagal dalam temuduga di dalam kebanyakkan syarikat adalah

kerana mereka gagal menyakinkan penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada

diri masing-masing. Selain daripada itu, kegagalan tersebut juga dikatakan atas sebab

calon-calon berkenaan tidak mampu mengeluarkan pemikiran bernas mengenai

pelbagai isu walaupun antara mereka ramai yang mempunyai kelulusan akademik

yang cemerlang. Hal ini kerana kurangnya penguasaan dalam memantapkan diri

dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang merupakan aspek terpenting untuk

majikan mencari pekerja yang berketrampilan dan bijak mengurus atau menyelesaikan

sesuatu masalah.

Kemahiran berkomunikasi juga merupakan kemahiran generik yang paling

penting kepada seseorang graduan dalam menarik perhatian majikan terutama semasa

temuduga dilakukan. Menurut Yg. Bhg. Datuk Naib Canselor UTM Datuk Prof. IR.

Dr. Mohd Zulkifli telah menekankan mengenai pentingnya setiap graduan UTM

menguasai kemahiran generik. antara kemahiran generik yang amat diberi penekanan

oleh majikan adalah kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara berpasukan,

kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya. Kelemahan graduan dalam

menguasai kemahiran berkomunikasi menjadi salah satu punca kegagalan graduan

memperoleh pekerjaan yang baik.

Keadaan seperti yang dinyatakan ini telah memberikan impak yang besar

terhadap keupayaan institusi pengajian/latihan tinggi tempatan dan jika keadaan ini

berlarutan sudah tentu akan menyumbang kepada pembaziran sumber tenaga kerja

negara. Seterusnya akan menjadi satu lagi beban negara sekiranya keadaan ini melarat

menjadi masalah pertambahan pengangguran di kalangan rakyat tempatan.

Page 23: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

6

Menurut Hasliza (2002) pula, faktor graduan tidak mendapat tempat di pasaran

kerja adalah kerana tidak mempunyai kemahiran-kemahiran soft skills atau kemahiran

generik. Bakal majikan kurang yakin terhadap lulusan institusi berkenaan terutama

pada aspek keperibadian, keyakinan diri, kurang kemahiran berkomunikasi, kurang

kemahiran menggunakan kemudahan ICT, lemah berbahasa Inggeris dan sebagainya.

Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran generik ini merupakan ciri-ciri

yang amat perlu dikuasai dan difahami oleh setiap graduan yang dikeluarkan oleh IPT.

Disebabkan masalah ini penerapan kemahiran generik amat diperlukan bagi

membolehkan seseorang graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam

dunia pekerjaan kelak.

Hasil kajian dari beberapa negara maju juga telah menunjukkan betapa

pentingnya kemahiran generik pada seseorang pekerja dari perspektif majikan.

Umpamanya di Britain terdapat peningkatan dalam keperluan kemahiran generik pada

setiap majikan iaitu dari 10% pada tahun 1986 kepada 17% pada tahun 2001 (Green,

2001). Kajian tersebut juga menyenaraikan faedah–faedah kemahiran generik pada

seseorang pekerja dari perpektif majikan seperti pekerja tersebut akan optimis,

autonomi pekerja meningkat, mempunyai kemahiran pelbagai, boleh bergerak dari

sektor ke sektor yang lain dan sebagainya.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak terkecuali dalam mengalami arus

perubahan ini. Perancangan dan pembangunan program penerapan kemahiran generik

di kalangan pelajar telah mula dirancang sejak beberapa tahun yang lalu. Pejabat

pengajaran dan pembelajaran menerusi UNIPEN khususnya telah diamanahkan oleh

pihak universiti untuk melaksanakan pelbagai program, bengkel, aktiviti dan

sebagainya bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai. Program pembinaan

atribut graduan UTM dan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar

merupakan antara program yang telah dijalankan bagi menyahut cabaran tersebut.

Berdasarkan program tersebut juga, UTM telah berjaya menyenaraikan atribut

graduan yang sewajarnya dicapai oleh pelajar UTM seperti kemahiran berkomunikasi,

Page 24: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

7

bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, fleksibel dan mampu menyesuaikan

diri dan sebagainya.

Kepentingan kemahiran generik ini di kalangan pelajar tidak perlu

dipertikaikan kerana telah diketahui kelemahan dalam menguasainya akan

menyebabkan kewibawaan mahasiswa semakin menurun sekalipun setelah bergelar

graduan yang diakui keintelektualannya. Walaupun begitu, ini tidak boleh dijadikan

punca semata-mata disebabkan kegagalan graduan memperoleh pekerjaan yang setaraf

dengan kelulusan yang diperolehi. Hal ini mungkin disebabkan oleh penerapan

kemahiran generik yang dilakukan oleh pelajar tidak bertepatan atau bersesuaian

dengan kehendak industri ataupun pelajar sebenarnya tidak mengetahui penerapan

kemahiran generik yang sebenarnya diperlukan oleh majikan kini.

Memandangkan masalah yang dihadapi oleh para graduan kini telah

dikenalpasti penyebabnya berdasarkan pada isu-isu yang diutarakan. Oleh itu kajian

ini perlu dijalankan untuk mengetahui sejauhmana keterlibatan pelajar dalam

mengikuti aktiviti serta amalan-amalan yang dapat memberikan latihan sekaligus

menerapan kemahiran generik agar para pelajar dapat bersaing di pasaran kerja kelak

sebagai bakal jurutera yang berilmu pengetahuan serta berkualiti mengikut kehendak

majikan pada masa ini.

Page 25: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

8

1.3 Pernyataan Masalah

Berhubung dengan kemahiran generik ini, beberapa elemen telah dikenalpasti

amat bermanfaat dan bersesuaian dengan kerjaya sebagai jurutera seperti yang telah

diketengahkan oleh pengkaji tentang permintaan kemahiran generik mengikut industri.

Antara elemen kemahiran generik yang dikenalpasti bertepatan dengan kehendak

industri dalam bidang kejuruteraan adalah seperti berkemahiran dalam teknologi

maklumat, komunikasi, fleksibiliti, bekerja di dalam kumpulan dan berfikiran kritis.

Namun di sini, timbul persoalan tentang amalan yang dilakukan oleh pelajar dalam

menguasai kemahiran generik seperti yang telah dinyatakan. Hal ini kerana,

kebanyakan pelajar tidak mengetahui melalui amalan yang dilakukan dengan

mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di kolej atau universiti sebenarnya mampu

menerapan elemen-elemen kemahiran generik yang bersesuaian dengan permintaan

dari industri walaupun terdapat sebilangan besar daripada pelajar ini telah

menunjukkan minat dan usaha untuk menerapkan kemahiran generik yang bermanfaat

kepada mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan kelak.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai

bagi mengetahui amalan yang dilakukan dalam menguasai kemahiran generik yang

oleh pelajar-pelajar tahun empat kejuruteraan elektrik UTM. Antaranya adalah :-

i. Mengenal pasti keterlibatan pelajar dalam menguasai kemahiran generik

Page 26: Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... mencintaimu. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

9

ii. Mengenal pasti amalan yang dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti

Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai kemahiran Berkomunikasi.

iii. Mengenal pasti amalan yang dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti

Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah.

iv. Mengenal pasti amalan yang dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti

Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai kemahiran kerja berpasukan.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif-objektif kajian yang disenaraikan, terbentuklah

beberapa persoalan kajian yang dikemukan untuk pengkaji mendapat jawapan

pernyataan masalah yang telah dinyatakan di atas. Antara persoalan yang ingin di

utarakan dalam kajian ini adalah :-

i. Sejauhmanakah keterlibatan pelajar dalam menguasai kemahiran generik?

ii. Apakah amalan yang dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti

Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai kemahiran berkomunikasi?

iii. Apakah amalan yang dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti

Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah?

iv. Apakah amalan yang dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti

Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai kemahiran kerja berpasukan?