book chapter : pengagihan sumber modal insan di sekolah

21
4 Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah Mohd Nizam Mat Tanda 4.0 PENGENALAN Pembangunan Modal Insan merupakan teras utama dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan berpandukan Misi Nasional. Program Pembangunan Modal Insan dalam Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan usaha dan pelaburan Kerajaan dalam bidang (STI) ke arah meningkatkan kemahiran teknikal, kreativiti dan inovasi sumber manusia bagi memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.

Upload: nizam-mohd

Post on 25-Jul-2015

57 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

4Pengagihan Sumber Modal Insan

Di SekolahMohd Nizam Mat Tanda

4.0 PENGENALAN

Pembangunan Modal Insan merupakan teras utama dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan berpandukan Misi Nasional. Program Pembangunan Modal Insan dalam Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan usaha dan pelaburan Kerajaan dalam bidang (STI) ke arah meningkatkan kemahiran teknikal, kreativiti dan inovasi sumber manusia bagi memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.

Maka dengan ini, sistem pendidikan negara kita sememangnya perlu berubah dan menjalani suatu transformasi bagi memastikan pembangunan insan seimbang dapat direalisasikan dan ia bukanlah baru kepada sistem pendidikan negara tetapi sebelum ini ianya hanya sebuah teori di atas kertas semata-mata kerana perkara yang tertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang menyebut “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan

Page 2: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

32 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia

kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).

Objektif Program Modal Insan ialah (a)Menambah kelompok kritikal  saintis, jurutera dan penyelidik (RSE) dalam negara sehingga mencapai nisbah 50 RSE: 10,000 tenaga kerja dalam bidang keutamaan pada 2015, (b)Meningkatkan kemahiran penyelidikan yang bermutu tinggi, bertaraf global, dan memenuhi kehendak pasaran (market driven research) dan, (c) Meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran pengurusan R&D.

Sekolah atau pusat institusi pendidikan merupakan tempat dimana sumber modal insan dihasilkan.Sistem Pendidikan di Malaysia secara umumnya dibahagi kepada 4 peringkat iaitu (a) pra sekolah (tadika), (b) sekolah rendah kebangsaan (srk, srjk), (c) sekolah menengah (smk, smka) dan,(d) institusi pengajian tinggi. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada etnik terbesar seperti Melayu, Cina dan India hinggalah penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat peluang pendidikan dan Kerajaan mewajibkan keluarga dan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Konsep modal insan merujuk kepada perkataan modal mengikut Kamus Dewan bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapat sesuatu yang lain, idea atau buah fikiran. Namun dalam konteks ini, modal insan ialah keupayaan manusia memaksimumkan penggunaan diri mereka dalam mencapai sesuatu yang terbaik dalam segala aspek kehidupan mereka berlandaskan nilai-nilai kemanusiaan yang didapati dari ajaran Islam.

Manusia merupakan salah satu makhluk Allah yang dijadikan dari dua unsur utama iaitu jasmani dan rohani. Untuk menjadikan dua unsur ini berfungsi, manusia seterusnya dibekalkan akal. Namun akal manusia hanya akan berfungsi jika dipandukan dengan ilmu. Kerana inilah ayat yang pertama dalam al-Quran diturunkan berkaitan dengan usaha supaya mencari ilmu.Ayat al-Quran yang telah diturunkan jelas menunjukkan segalanya bermula dengan amalan bacaan.Firman Allah yang bermaksud: “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang

Page 3: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 33

menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya”. (al-Alaq:1-5)

4.1 Pusat Sumber Ilmu Di Peringkat Menengah

Berbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan, baik yang dilakukan pada tingkat nasional maupun daerah, antara lain melalui pelatihan dan peningkatan kompetensi guru, pembaikan frasarana dan prasarana pendidikan, penerbitan buku dan alat pelajaran terkini serta capaian internet di sekolah. Indikator mutu pendidikan dalam landasan yang nyata apabila penjenaman beberapa sekolah dikukuhkan dengan input serta sokongan dari badan korporat bagi kepentingan anak bangsa.

Kebelakangan ini telah diberi penjenamaan yang mengikut pengkhususan dan pengurusan tertentu. Pelbagai nama dan gelaran diberikan. Antaranya iaitu (i)Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), (ii)Sekolah Menengah Kebangsan Agama (SMKA), (iii) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), (iv) Sekolah Menengah Mubaligh, (v) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), (vi)Sekolah Berasrama Penuh (SBP), (vii) Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, (viii) Kolej Vokasional, (ix) Sekolah Kluster, (x) Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), (xi) Sekolah Seni Malaysia (SSeM), (xii) Sekolah Sukan, (xiii) Sekolah Wawasan, (xiv) Sekolah Amanah dan (xv) Sekolah Bestari

Sekolah berwatak; imej kecemerlangan samada bidang akademik dan ko-kurikulum serta sukan.Dasar sekolah berkenaan mengangkat bidang kepakaran dari tenaga pengajar sekolah dalam kecemerlangan dan pencapaian ke peringkat samada kebangsaan dan antarabangsa.

Potensi pelajar digilap berorientasi suasana pembelajaran dan kaedah khusus kepada kecenderungan psikomotor dan kognitif individu. Pengesanan awal dan teknik pengendalian yang berprestasi tinggi bagi menghasilkan impak yang besar dan bukan biasa-biasa.

Page 4: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

34 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia

Sekolah Aliran Perdana

Secara tradisi sejak era kemerdekaan Tanah Melayu, anak-anak disekolahkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)-Sekolah menengah harian biasa yang menumpukan kepada aspek menyediakan hak pendidikan yang sama rata kepada rakyat di seluruh pelusuk Malaysia. Sekolah ini boleh didapati di kebanyakan penempatan samada kawasan bandar, luar bandar dan pinggir bandar.

Kurikulum sekolah ini menjuruskan anak-anak pelajar teras akademik asas seperti kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira). Sekolah ini melahirkan anak-anak pelajar yang berjiwa setempat. Sebilangan besar salahsilah keluarga bersekolah di sekolah yang sama atas faktor penempatan dan kampung halaman yang dekat.

Aliran Agama

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)-Sekolah menengah harian atau pun berasrama yang memfokuskan kepada pembelajaran pendidikan yang berteraskan kepada ajaranagama Islam dan dalam masa yang sama juga menumpukan kepada kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Pelajar ini diberikan kelebihan dalam aspek pengurusan diri sebagai seorang islam. Rata-rata pelajar ini digelar ustaz dan imam muda dan apabila kembali ke kediaman mereka boleh memimpin rakan-rakan sebaya mereka.

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)-Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan sekolah yang berfungsi dengan menggunakan dana dan sumbangan daripada orang ramai atau badan-badan yang sudi. Namun kini sekolah berkenaan juga mendapat biaya dan peruntukan daripada kerajaan dalam membaikpulih infrastruktur dan kemudahan di sekolah berkenaan.

Page 5: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 35

Sekolah Menengah Mubaligh-Sekolah yang pada asalnya didirikan oleh mubaligh Kristian bagi memberi pendidikan kepada penduduk setempat serta menyediakan ruang untuk pembelajaran agama Kristian kepada yang beragama Kristian.

Sekolah Berwatak

Imej bagi sekolah-sekolah berwatak sangat dipandang tinggi oleh masyarakat dan menjadi idaman kepada setiap pelajar untuk menjadi keluarga institusi keilmuan di sana. Sekolah-sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan sekolah menengah perdana yang dibina khusus untuk memberi peluang persaingan akademik tertinggi kepada pelajar bumiputera di luar bandar yang memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Manakala rangkaian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pula adalah sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan di kalangan anak-anak kelahiran Bumiputera sahaja.

Sekolah Kluster merupakan suatu jenama akademik dan penarafan yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dan berkemampuan dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid dan sekaligus boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.  Bertindak sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.

Sekolah Kemahiran

Page 6: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

36 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia

Melahirkan modal insan yang kreatif dan mampu bersaing ke peringkat glokal. Kerajaan menaiktaraf standard dan tahap profesionalisme Kolej Vokasional Sekolah Menengah Teknik Vokasional - Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja separa professional dan professional dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Bakal melahirkan ramai jurutera dan juruteknik dari pelbagai bidang kejuruteraan.

Sekolah Seni Malaysia(SSeM)-Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.Terdapat 3 aliran di sekolah seni iaitu Seni Visual, Seni Persembahan dan Seni Muzik.Pelajar-pelajar disekolah ini banyak didedahkan dengan aktiviti Kesenian di peringkat Kebangsaan mahupun dunia.

Sekolah Sukan-Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Para pelajar di sekolah ini merupakan pelapis kepada atlit-atlit senior di peringkat kebangsaan dan ada dikalangan pelajarnya yang sudah aktif menyertai pertandingan

Sekolah Wawasan-Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum.

Sekolah Amanah-Sekolah “separa korporat” akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan - sama ada menengah atau rendah - di bawah inisiatif Sekolah Amanah mulai tahun 2013.

Sekolah Amanah bukanlah sekolah elit seperti anggapan sesetengah pihak, tetapi iameliputi sekolah berprestasi lemah,

Page 7: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 37

sederhana dan baik, natijah akhir program memastikan sekolah dapat tingkat prestasi melalui perkongsian amalan terbaik dalam sistem Sekolah Amanah.

Menerusi konsep Sekolah Amanah, kementerian memberi kebebasan kepada pentadbir, guru dan pihak swasta itu dalam bidang tertentu termasuk kurikulum, kewangan dan perolehan. Garis panduan disediakan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan tugas.Ketika ini, 90 model Sekolah Amanah, perkongsian awam-swasta wujud di 50 negara termasuk Singapura, India dan Amerika Syarikat.

Sekolah Bestari - Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah yang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping memastikan semua pelajar tanpa mengira latar belakang mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan.

Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan

4.2 Revolusi Sumber Modal Insan

Y.A.B. Perdana Menteri ke 5 (2003-2009) Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara bangsa yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang Wawasa 2020.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan

Page 8: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

38 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia

teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentu hala tuju negara pada masa hadapan

Modal insan yang dibangunkan secara sempurna juga harus bukan sekadar dilaburkan untuk kepentingan ekonomi dan pasaran industri semata-mata, tetapi ia perlu lebih jauh dari itu, iaitu manusia harus dibangunkan dengan kerohanian yang luhur bagi mewujudkan pembangunan yang benar-benar seimbang. Oleh itu aspek kerohanian atau spiritualiti yang harus dibangunkan dengan berkesan ini memerlukan kepada agama. Aspek keagamaan inilah yang akan mencorakkan praktik kehidupan seseorang itu sehari-hari. Agama yang berteraskan kepada akidah yang sahih mempunyai peranan yang besar dalam membentuk modal insan yang berkualiti dan seimbang dari segi rohani dan jasmaninya (Mohd. Najib Tun Abdul Razak,2010)

Oleh yang demikian, pembangunan yang kontang dari unsur rohani bahkan menafikan idea agama yang merupakan asas kehidupan merupakan pembangunan yang berunsur “kebinatangan” (animal). Ini kerana ia berbalik kepada perkara asas yang membezakan manusia dengan binatang, iaitu kekuatan minda dan roh serta kemampuan manusia dalam pengawalan hawa nafsu. Jika pembangunan yang dimajukan menepati akal minda dan meletakkan kepentingan rohani di landasan yang sebenar, maka pembangunan tersebut menepati citra fitrah manusiawi.

4.3 Destinasi Selepas Peringkat Menengah

Debaran menanti keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 semakin hampir. Sukar untuk membuat keputusan tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri tanpa panduan yang lengkap. Akhirnya memilih bidang-bidang tertentu dalam keadaan

Page 9: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 39

tergega-gesa. Pemilihan hendaklah berdasarkan minat dan kecenderungan selain keputusan peperiksaan

Pelajar-pelajar di Malaysia boleh memilih dan menunggu untuk tawaran belajar ke peringkat yang lebih tinggi selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diterima.

Rajah 1: Hala Tuju Selepas Sijil Pelajaran Malaysia

Universiti - Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia. Persaingan sengit diantara lepasan SPM dan STPM kerana pihak universiti menawarkan Diploma dan Ijazah kepada meraka yang layak.

Kolej Matrikulasi - Selain program Asasi, anda boleh memohon matrikulasi samada dalam aliran sains (sains hayat & sains fizik), perakaunan dan kejuruteraan. Seperti juga Asasi, selepas Matrik, boleh memohon saluran UPU lagi di mana anda akan memilih jurusan untuk pengajian peringkat ijazah Jangka masa program setahun yang mana dapat menjimatkan masa untuk

SPM

Universiti Awam

Kolej Swasta

Kolej Matrikula

si

Politeknik

Giat MARA

Tingkatan 6

Page 10: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

40 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia

mengikuti program ijazah. Ada juga program matrik 2 tahun, bergantung kepada keputusan SPM pemohon.

Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan - Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Difahamkan ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti.Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya. Harus diingat bahawa taraf sijil adalah sama dengan sijil SPM manakala diploma sama dengan lepasan STPM.

Kolej-kolej-Kalau membeli surat khabar sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Pemilihan Kolej-kolej swasta perlu dilihat kepada anugerah pengiktirafan daripada MQA (dahulunya LAN).Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Teknologi Timur ada ditawarkan program diploma UiTM.

Tingkatan 6 - Ramai juga pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Lagipun biasanya pelajar memilih tingkatan 6 setelah gagal memasuki IPT. Dahulunya pelajar di Tingkatan 6 perlu mengenakan pakaian uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya.Namun pada tahun 2014 Kementerian Pelajaran telah member penjenamaan baru iaitu pemakaian dan masa pembelajaran mirip universiti, matrikulasi atau kolej.

Berikut adalah statistik jumlah pelajar yang mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.Sumber dirujuk daripada Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2011. Dapatan yang dilihat dari statistik menunjukkan jumlah pelajar tertinggi adalah dalam bidang sains sosial, perniagaan dan perundangan diikuti oleh bidang kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan. Bilangan pelajar yang belajar di IPTA dan IPTS mengikut bidang pengajian pada tahun 2011.

Page 11: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 41

Bidang pengajian IPTA IPTS JumlahPendidikan 42824 44504 87328Sains Sosial, Perniagaan dan Perundangan

180072 152816 332888

Sastera dan Kemanusiaan 44504 36543 81047Sains, Matematik dan Komputer

68703 53814 122517

Kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan

115048 57235 172238

Pertanian dan Veterinar 11489 1328 12817Kesihatan dan Kebajikan 30316 49780 80096Perkhidmatan 15300 23732 39032Jumlah 508256 419752 928008

 *Sumber dari http://www.moe.gov.my/

Apa yang boleh dirungkai perlu di perhatikan dan dilihat apakah yang mungkin terjadi kepada negara ini apabila kecenderungan bidang tertentu yang terwujud selepas pelajar-pelajar ini tamat pengajian dan menempuh alam pekerjaan. Adakah ini modal insan yang dicetus dari perancangan atau jangkauan masa perlu ditambah ke suatu tahun yang baharu dan lebih signifikan sejajar dengan arus globalisasi yang berkembang pesat.

Di samping itu diharapkan pelajar dilengkapkan dengan kemahiran teknologi maklumat, komunikasi, kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan mempunyai nilai yang tinggi serta mampu untuk menjadi pemimpin dalam keluarga dan masyarakat. Ternyata perancangan dan dasar memihak kepada usaha menjana modal insan bertaraf antarabangsa.Namun apakah ramuan menjadikan modal insan bertaraf dunia?Adakah acuan sistem Barat menjadi taruhan?

Menurut Prof Madya Dr Hailani Muji Tahir, pakar Muamalat di Jabatan Muamalat di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, pembangunan modal insan berteraskan kefahaman Barat tidak mementingkan aspek kepercayaan kepada Tuhan sebagai teras utama.

Page 12: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

42 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia

Konsep modal insan Islam perlu berteraskan kepada pegangan aqidah yang utuh.Elemen itu pula diikat dengan keindahan syariat Islam sebagai panduan lantas dipandu oleh akhlak yang baik. Gabungan unsur aqidah, syariah dan akhlak akan melahirkan modal insan berkualiti yang dapat menghindarkan mereka daripada terbabit dengan salah guna kuasa, rasuah dan lain-lain lagi.

4.4 Penutup

Proses melahirkan modal insan kelas pertama harus didasari oleh perancangan strategik dan berkesan. Program latihan pembangunan sumber manusia harus membangunkan potensi insan lantas menjadikannya sebagai seorang pekerja yang berkebolehan menggunakan segala sumber untuk dijana menjadi sesuatu bermanfaat kepada organisasi dan negara. Tetapi kadar pulangan yang dihajati adalah ganjaran di dunia dan juga di akhirat berdasarkan amal soleh dan kerja kuat yang dilaksanakan dalam amalan hidup seharian. Ia bersifat multi-dimensi, melibatkan perubahan kuantitatif dan kualitatif serta penekanan penggunaan sumber yang dianugerahkan secara adil (Mohd Kamal Hassan,1988). Program kemahiran harus mengambil kira keperluan organisasi dengan kapasiti untuk memaksimumkan produktiviti.Ia harus merangkumi aspek latihan ICT, teknologi, komunikasi, pengurusan, motivasi, kepimpinan dengan tidak meminggirkan penerapan nilai dan kerohanian di dalam setiap program yang dianjurkan.

Selain itu, aspek pembangunan kerjaya modal insan juga tidak harus dilupakan. Modal insan berkualiti harus mampu untuk melonjakkan diri ke suatu tahap perkembangan dalam sesebuah organisasi.Andainya seorang pekerja bermula dengan kerjaya dalam bidang pengeluaran, seharusnya mereka mempunyai ruang untuk meningkatkan akademik ke tahap diploma ataupun ijazah hingga dapat menguruskan sasaran pengeluaran.Dalam bidang pentadbiran misalnya, biarlah individu itu bermula dengan mentadbir sesuatu unit, namun mempunyai akses kepada program

Page 13: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

Pengagihan Sumber Modal Insan Di Sekolah 43

latihan dan perkembangan kerjaya sehingga melayakkan mereka untuk mentadbir sebuah jabatan besar.

Maka proses itu tidak seharusnya diletakkan di bahu pengurus jabatan latihan saja. Titik tolak ke arah pembentukan modal insan kelas pertama bermula dari dalam diri seseorang pekerja itu sendiri.Tanyalah diri sendiri sejauh mana diri mahu dilonjakkan menuju puncak kecemerlangan. Kemajuan sesuatu sistem latihan dan perkembangan kerjaya sesuatu organisasi itu tidak dapat berjalan seandainya individu sumber manusia itu sendiri tiada usaha untuk melonjakkan dirinya sebagai modal insan terpilih dan berkualiti.

Rujukan

Abdullah Ahmad Badawi (2007), “Human Development: The Engine of Economic Growth” dalam Abdullah Ahmad Badawi (ed), Islam Hadhari Approach: Towards a Progressive Islamic Civilisation, Putrajaya: JAKIM

Abdul Rahman Ahmad (2006), Pembangunan Modal Insan: Apa dan Kenapa Perlu Dalam Konteks Organisasi di Malaysia, Kuala Lumpur: Human Resources Academy

______(2006).Mukadimah Ibn Khaldun,(Terjemahan) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

______(2006).Majlis Pengisytiharan Institut Perguruan Malaysia.Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.

______(2011) Pelan Strategik-Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Tenku Iskandar :(2007)Kamus Dewan Edisi Keempat, Cetakan Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Unit Perancang Ekonomi (2006).Perancangan Malaysia ke 9, 2006-2010, Putrajaya: Percetakan Nasional MalaysiaBerhad.

Laman WebUcapan Bajet Tahun 2010. http://bajet.treasury.gov.my/

Page 14: Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah

44 Politik Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia

Pembangunan Modal Insan.www.mosti.gov.my/Kementerian Pendidikan Malaysia , http://www.moe.gov.my/