bola tampar

33
Bola Tampar Bola Tampar Oleh : SAENG FIDEELEA UKCHUKPHAN 3PPISMP PJ

Upload: leya-ukchukphan

Post on 05-Dec-2014

358 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

bola tampar

TRANSCRIPT

Page 1: Bola Tampar

Bola TamparBola Tampar

Oleh :

SAENG FIDEELEA UKCHUKPHAN

3PPISMP PJ

Page 2: Bola Tampar

KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLA TAMPAR

• Bola tampar boleh dimainkan di luar dan di dalam dewan. Semua ukuran peralatan yang digunakan dalam permainan adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB).

Page 3: Bola Tampar

GELANGGANG

• Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat.

Page 4: Bola Tampar

TIANG, JARING DAN ANTENA

• Tiang yang digunakan perlu berbentuk silinder. Ketinggian tiang dan jaring adalah mengikut peringkat umur dan jantina. Jaring diikat pada dua batang tiang yang berada di luar gelanggang. Ketinggian jaring diukur pada bahagian tengahnya. Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah.

Page 5: Bola Tampar

BOLA

• Bola tampar berbentuk sfera dan diperbuat daripada kkulit atau bahan sintetik yang ringan dan lembut. Bahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh. Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang.

Page 6: Bola Tampar

POSISI PEMAIN BOLA TAMPAR

• Susunan posisi pemain bola tampar dalam gelanggang adalah mengikut strategi sesebuah pasukan. Susun atur ini menentukan giliran servis setiap pemain sepanjang permainan. Arah pergerakan giliran melakukan servis antara pemain adalah mengikut arah jam. Ketika servis dilaksanakan, setiap pemain perlu berada pada posisi giliran yang betul.

Page 7: Bola Tampar

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

• Setiap pemain perlu mempelajari dan menguasai beberapa kemahiran asas dalam permainan bola tampar. Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialah menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang.

Page 8: Bola Tampar

MENYANGGA

• Menyangga ialah kemahiran menerima dan menghantar bola dengan kedua-dua belah tangan. Kemahiran ini digunakan untuk menahan dan mengawal bola servis atau rejaman pihak lawan. Keupayaan mengawal dan menghantar bola tepat kepada rakan dapat menghasilkan tindak balas yang berkesan.

Page 9: Bola Tampar

Kemahiran menyangga

Fasa persediaan

• Buka kaki seluas bahu.

• Kaki dominan di hadapan.

• Fleksi lutut dan siku.

• Kedua-dua tangan di hadapan badan.

• Mata pandang pergerakan bola.

Page 10: Bola Tampar

Fasa pelaksanaan

• Terima bola di hadapan badan.

• Genggam tangan dan luruskan siku.

• Ekstensi siku dan lutut semasa kontak bola.

• Kontak bola pada kawasan pergelangan tangan.

• Mata pandang bola.

Page 11: Bola Tampar

Fasa ikut lajak

• Siku kekal lurus.

• Mata pandang pergerakan bola dan sasaran.

Page 12: Bola Tampar

SERVIS

• Permainan bola tampar dimulakan dengan servis dari kawasan servis yang ditetapkan. Servis ialah kemahiran menghantar bola melepasi jaring melalui dua antena ke gelanggang pihak lawan. Kegagalan melakukan servis yang sempurna akan mengakibatkan pasukan hilang servis dan pihak lawan memperoleh mata. Antara kemahiran asas servis ialah servis bawah tangan dan servis atas kepala atau gaya tennis.

Page 13: Bola Tampar

Kemahiran servis bawah tangan

Fasa persediaan • Buka kaki seluas bahu.• Kaki dominan di belakang.• Fleksi lutut.• Pegang bola dengan tangan bukan

dominan pada paras pinggang.• Pandang bola dan arah sasaran.• Genggam tangan memukul.

Page 14: Bola Tampar

Fasa pelaksanaan

• Ayun tangan memukul ke belakang. Berat badan pada kaki belakang.

• Lambung bola.

• Ayun tangan memukul ke hadapan. Pindah berat badan pada kaki hadapan.

• Kontak bola pada paras pinggang.

• Pukul bola dengan pangkal tapak tangan. Kunci pergelangan tangan.

Page 15: Bola Tampar

Fasa ikut lajak

• Berat badan pada kaki hadapan.

• Tangan ikut lajak.

Page 16: Bola Tampar

Kemahiran servis atas kepala atau gaya tenis

Fasa persediaan

• Buka kaki seluas bahu.

• Kaki dominan di belakang.

• Pegang bola dengan tangan bukan dominan di hadapan badan.

• Letak tangan memukul di atas bola.

• Pandang bola dan arah sasaran.

Page 17: Bola Tampar

Fasa pelaksanaan

• Ayun tangan memukul ke belakang dan lambung bola serentak.

• Kontak bola pada aras atas kepala.

• Tangan memukul lurus semasa kontak bola.

• Pukul guna tapak tangan. Kunci pergelangan tangan.

Page 18: Bola Tampar

Fasa ikut lajak

• Berat badan pada kaki hadapan.

• Fleksi pergelangan tangan dan ikut lajak.

Page 19: Bola Tampar

MENGUMPAN

• Mengumpan ialah kemahiran menghantar dan menyediakan bola untuk memudahkan rakan sepasukan melakukan rejaman. Dalam situasi pertandingan, kebiasaannya, seorang pemain ditugaskan untuk melakukan umpanan. Mengumpan boleh dilakukan sama ada di tepi jaring atau di tengah gelanggang mengikut strategi permainan. Kemahiran ini memerlukan persefahaman yang tinggi antara pengumpan dengan pemain yang melakukan rejaman.

Page 20: Bola Tampar

Kemahiran mengumpan

Fasa persediaan

• Buka kaki seluas bahu.

• Kaki dominan di belakang.

• Fleksi lutut dan siku.

• Tangan bersedia di atas kepala.

Page 21: Bola Tampar

Fasa pelaksanaan

• Bergerak ke arah bawah bola.

• Buka jari dan kontak bola di atas aras dahi.

• Ekstensi tangan dan kaki serentak.

• Fleksi pergelangan tangan.

Page 22: Bola Tampar

Fasa ikut lajak

• Ektensi tangan dan keseluruhan badan.

• Arahkan tangan pada ssaran. Berdiri di atas bebola kaki.

Page 23: Bola Tampar

MEREJAM

• Merejam ialah kemahiran menyerang dengan memukul bola secara kencang ke dalam gelanggang pihak lawan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan mata servis lawan. Merejam adalah kemahiran yang kompleks. Kita perlu mempunyai koordinasi tubuh badan yang baik bagi melakukan larian, lompatan, pergerakan di udara, memukul bola dan mendarat. Rejaman boleh dilakukan dengan baik apabila bola berada dekat dengan jaring. Pemain barisan belakang hanya boleh melakukan rejaman di belakang garisan serangan.

Page 24: Bola Tampar

Kemhiran merejam

Fasa persediaan

• Bergerak ke arah bola yang diumpan.

• Ayun kedua-dua belah tangan ke belakang.

• Mata pandang bola.

• Fleksi kedua-dua lutut.

• Lompat dengan kedua-dua belah kaki.

Page 25: Bola Tampar

Fasa pelaksanaan

• Hiperekstensi ke belakang bahagian bahu semasa melompat.

• Kontak bola dengan tangan lurus.

• Pukul bahagian atas bola.

• Fleksi pergelangan tangan.

Page 26: Bola Tampar

Fasa ikut lajak

• Mata pandang pergerakan bola.

• Fleksi lutut semasa mendarat.

Page 27: Bola Tampar

MENGADANG

• Mengadang ialah kemahiran menghalang rejaman pihak lawan yang dilakukan dekat dengan jaring pada aras atas jaring. Pengadang adalah lapisan pertahanan yang pertama menghalang serangan pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan ketepatan mengagak rejaman lawan dan kuasa otot kaki ketika melompat. Mengadang hanya boleh dilaksanakan oleh pemain barisan hadapan.

Page 28: Bola Tampar

Kemahiran mengadang

Fasa persediaan • Buka kaki seluas bahu. Berdiri di atas

bebola kaki. Badan dan tapak tangan menghadap ke arah jaring.

• Tumpukan mata pada pengumpan pihak lawan.

• Jarakkan jari-jari tangan.• Selepas pengumpan lawan kontak bola,

bergerak ke arah umpan tersebut.

Page 29: Bola Tampar

Fasa pelaksanaan

• Lompat dengan kedua-dua belah kaki selepas perejam melompat.

• Ekstensi tangan ke atas.

• Mata pandang bola.

• Fleksi pergelangan tangan apabila menyentuh bola.

• Badan tegak.

Page 30: Bola Tampar

Fasa ikut lajak– Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.– Fleksi lutut semasa mendarat.– Kedudukan tangan dekat dengan jaring.– Mata pandang arah bola.

Page 31: Bola Tampar

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

• pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua.

• Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.

• servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.

• servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.

• pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.

• setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan.

Page 32: Bola Tampar

• setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi pihak pengadang.

• mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.

• pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan.

• pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jarring atau memasuki kawasan pihak lawan.

• setiap pasukan boleh meminta dua kali “time-out” dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil.

• setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.

Page 33: Bola Tampar

• mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan 2 mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.

• set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan 2 mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.

• antenna berfungsi untuk memastikan bola masih berada di dalam kawasan pemainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.