bola tampar assign
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
1/16
1.0 PENGENALAN
Bola tampar ialah permainan berpasukan. Permainan ini dimainkan oleh dua
pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada enam pemain dan enam orang pemain
simpanan.
Objektif permainan bola tampar ialah mendapatkan mata. Mata diperoleh secara
meletakkan bola di kawasan lawan. Sebaik-baiknya pastikan pihak lawan tidak
dapat menghantar balik bola itu. Pemain hanya dibolehkan menggunakan
mana-mana anggota badan bahagian atas pinggang untuk memainkan bola.
Sejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat.
Walaupun asal usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu
permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa
ratus tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara.
Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard
Keith pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah
diubahsuai daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan diJerman pada tahun 1893. pada tahun 1895 David McConnaugh telah
memperkenalkan permainan Minton dan di bawa ke Amerika Kedua-dua jenis
permainan tersebutmempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar
Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah
yang telah mencipta permainan bola tampar.
Menurut Viere, Barbara, L. Ferguson, Bonnie, J., alih bahasa : Norlina
Kassim (1994:1) permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di
Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh
Prof.William J. Morgan pada tahun 1870-1942 sebagai suatu permainan
rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan
untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan
1
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
2/16
bermain bola keranjang. Kenny, B., Gregory, C., terjemahan : Suan, T.L.,
(2008:vii-xi) pada peringkat mula, permainan ini telah menggunakan bola
keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti
menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa
peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain
dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana
menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat
Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit
anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh
masyarakat.
Mesyuarat Pengarah Fizikal, pada mulanya bola tampar dikenali dengan nama
Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun
1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi
Negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada
tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia
diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909)
dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.
Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan
permainan bola tampar ke Eropah, Yogoslavia(1918), Czechoslovakia dan
Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur - ansur permainan bola
tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi
kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama
menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula.
Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah
diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah
menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola
Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh
Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium
2
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
3/16
masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945
dan 1946.
Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah
badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama
badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37
tahun.
2.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sesuatu pertandingan diwujudkan untuk mencari pemenang atau
juara dalam sesuatu jenis sukan disamping untuk memberi keseronokan.
3
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
4/16
Pertandingan juga diwujudkan khas untuk mencari, menilai dan memilih
pemain yang berpotensi sertaberkemahiran dalam permainan
tersebut.Sesuatu pertandingan boleh dijalankan dengan menggunakan
beberapa sistempertandingan yang berbeza. Antaranya ialah, sistem liga,
kalah mati, dan separa liga. Namun begitu, beberapa aspek lain perlu
diambil kira sebelum menentukan sistem pertandingan yang harus
digunakan dalam sesuatu kejohanan. Antaranya ialah :
Masa yang diperuntukkan
Alatan dan kemudahan yang ada
Kewangan
Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan
Penentuan pemenang yang sah
Agihan perlawanan yang adil
Jenis pertandingan
2.1 SISTEM LIGA
Sistem liga merupakan sistem pertandingan yang melibatkan
beberapa orangpeserta atau beberapa pasukan dikumpulkan ke dalam satu
kumpulan ataubeberapa buah kumpulan. Pasukan diberi peluang bermain
atau bertanding secara maksimum. Hal ini kerana setiap pasukan akan
bertanding antara satu sama lain sehingga setiap pasukan telah bermain
dengan semua pasukan yang berada dalam kumpulannya. Pengelola yang
4
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
5/16
akan menentukan sama ada liga itu satu pusingan atau dua pusingan.
Penentuan dilakukan bergantung kepada jumlah pasukan yang menyertai
pertandingan tersebut.
Namun begitu, disebabkan sistem ini memerlukan setiap pasukan
untuk bertanding ini menyebabkan masa yang diperuntukkan untuk
menghabiskan pertandingan tersebut memakan masa yang lama. Ini secara
tidak lansung akan menyebabkan pemain-pemain kepenatan, ini kerana
sistem liga memerlukan setiap pasukan untuk berlawan dalam beberapa
perlawanan sebelum menentukan pemenang keseluruhan. Di samping itu,
sistem ini memerlukan kos pembelanjaan yang tinggi memandangkan
pertandingan yang diadakan adalah dalam tempoh yang lama.
Akhir sekali, penonton yang menyaksikan perlawanan ini mudah
untuk meneka johan perlawanan tersebut. Ini kerana, penonton yang
menyaksikan perlawanan tersebut dari awal hingga akhir dapat melihat
corak permainan setiap pasukan dan melalui pemerhatian tersebut mereka
dapat membuat kesimpulan pemenang bagi pertandingan tersebut. Ini
menjadikan pertandingan tersebut tidak menarik.
Cara pengiraan jumlah perlawanan pertandingan liga :
N ( N - 1 ) N = jumlah pasukan
2
Contoh : 6 pasukan yang mengambil bahagian
= 6 ( 6 1 )
2
= 15 perlawanan
2.2 SISTEM SEPARA LIGA
SEPARA LIGA
5
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
6/16
Sistem separa liga ini lazimnya menggabungkan sistem liga satu pusingan
dan sistem liga dua pusingan di peringkat awal di peringkat awal dengan
sistem kalah mati diperingkat suku akhir, separuh akhir dan akhir untuk
mendapatkan pemenangnya.Sistem separa liga terdiri daripada pelbagai
jenis. Antaranya:
Separa liga 4 kumpulan
Separa liga 3 kumpulan
Separa liga 2 kumpulan
Ini memberi kelebihan kepada setiap pasukan kerana mereka dapat
merasai pengalaman berlawan dengan pasukan yang terkuat dalam
kumpulan tersebut. Jadi ini memberi peluang kepada setiap pasukan
mendapatkan pengalaman dan belajar mengenai strategi yang digunakan
oleh pasukan lawan. Di samping itu, bagi pasukan yang tidak berpeluang
untuk menjadi johan, mereka masih mempunyai peluang untuk mengambil
tempat ketiga dan keempat. Dalam sistem separa liga pasukan yang
mempunyai ranking yang tinggi pada pertandingan yang lepas tidak akan
akan ditempatkan dalam kumpulan yang sama, di mana mereka akan
dipecahkan kepada kumpulan yang berbeza. Ini menyebabkan pasukan
yang terkuat dalam setiap kumpulan tadi akan bertemu pada perlawanan
akhir. Pertemuan pasukan yang terkuat dalam perlawanan akhir
menjadikan perlawanan tersebut menjadi lebih menarik. Seperti kelebihan
pada sistem liga, sistem separa liga juga sesuai untuk memilih pemenang
bukan berdasarkan nasib semata-mata tetapi berdasarkan keupayaan
pasukan. Seterusnya, sistem ini bukan hanya menggunakan satu sistem
sahaja untuk menentukan pemenang tetapi ia menggunakan dua sistem
yang berbeza di mana untuk pusingan awal setiap pasukan mesti melalui
6
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
7/16
sistem liga dan pada pusingan seterusnya untuk menentukan pemenang
bagi setiap kumpulan dalam pertandingan akan menggunakan sistem kalah
mati. Melalui sistem liga pada pusingan awal, membolehkan pemilihan
pasukan yang akan mara ke peringkat seterusnya terdiri daripada pasukan
yang kuat dan sistem kalah mati yang digunakan pada peringkat
seterusnya akan menjimatkan masa perlawanan kerana pasukan yang
kalah tidak akan berlawan sekali lagi untuk merebut tempat pertama dan
tempat kedua.
Walaubagaimanapun sistem ini juga mempunyai kelemahannya. Ini
disebabkan bagi pusingan awal terdapat pasukan yang akan diundi masuk
dalam kumpulan yang terdiri daripada johan, tempat kedua, tempat ketiga
dan tempat keempat pertandingan yang diadakan tahun lalu. Pasukan yang
beruntung mungkin akan ditempatkan bersama dalam kumpulan yang
terdiri daripada pasukan yang menduduki tangga keempat, tetapi bagi
pasukan yang terpaksa masuk ke dalam kumpulan yang terdiri daripada
pasukan johan atau naib johan ini menjadi persaingan yang sukar bagi
mereka. Sistem pertandingan separa liga ini digunakan jika pasukan yang
menyertainya terdiri daripada kurang daripada 12 pasukan atau lebih.
Berbanding dengan sistem liga, ia digunakan jika pasukan yangmenyertainya antara lima hingga enam pasukan. Oleh itu, penyertaannya
dalam sistem separa liga adalah banyak berbanding sistem liga , ini
menyebabkan pihak penganjur perlu menyediakan ramai petugas,
pembantu dan pegawai untuk menguruskan pertandingan tersebut.
Disebakan penyertaan yang banyak juga, pertandingan ini perlu diadakan
dengan cepat supaya tidak mengambil masa yang terlalu panjang dan ini
menyebabkan perlawanan yang diadakan dalam tempoh masa yang terhad.
7
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
8/16
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
9/16
dengan itu, penganjur pertandingan dapat menjimatkan kos perbelanjaan
untuk peserta.
Kekurangan bagi sistem ini pula, perlawanan yang terhad bagi setiap
kumpulan. Walaupun sistem kalah mati ini boleh menyingkirkan ramai
pasukan dalam masa yang singkat tetapi ia tidak memberi peluang yang
banyak kepada pasukan untuk menunjukkan kebolehan mereka.
Perlawanan yang banyak dalam masa yang singkat menyebakan pihak
penganjur perlu menyediakan banyak kemudahan gelanggang terutama
bagi sistem pertandingan kalah mati dua pusingan. Pada masa yang sama
juga, pihak penganjur perlu mempunyai ramai pegawai, petugas dan
pembantu bagi menguruskan perlawanan yang diadakan secara serentak.
Sistem ini juga tidak sesuai untuk menentukan keupayaan pemain. Ini
disebabkan, jika pasukan yang kuat dalam perlawanan kalah pada
pusingan awal, menyebabkan pasukan yang tinggal untuk meneruskan
perlawanan adalah pasukan yang kurang hebat. Oleh yang demikian, ini
menyebabkkan pemenang yang menjuarai perlawanan tersebut bukan
daripada pasukan yang betul-betul hebat.
Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye).
Bilangan menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikiradengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan
seterusnya. Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7
ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Ini bermakna ada 1 pasukan menunggu
(bye).
3.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SISTEM-SISTEM PERTANDINGAN
9
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
10/16
Sistem Liga
Kelebihan Kekurangan
Memberi peluang kepada
semua pasukan untuk menyertai
perlawanan.
Memberi peluang kepada ahli
pasukan melihat corak
permainan pasukan lawan.
Memberi peluang kepada
pasukan yang kalah untuk
bermain sekali lagi dalam liga
dua pusingan.
Memberi peluang kepada
pemain-pemain untuk merasai
pengalaman dalam
pertandingan walaupun tidak
mempunyai peluang untuk
memenangi pertandingan
tersebut.
Minat pemain terhadap
pertandingan serta daya saing
dapat dikekalkan.
Memupuk semangat tidak
berputus asa dan belajar
daripada kesilapan di kalangan
pemain.
Pemilihan juara berdasarkan
kepada kekuatan dan
kebijaksanaan ahli pasukannya
Memerlukan tempoh masa yang
panjang untuk menentukan
juara.
Lebih memenatkan pemain
berbanding dengan sistem yang
lain.
Oleh kerana tempoh
pertandingan memakan masa
yang panjang, ini menyebabkan
kos perbelanjaan yang lebih
tinggi.
Memerlukan bilangan pengadil
yang lebih ramai kerana tempoh
pertandingan yang memakan
masa yang panjang.
Memerlukan kemudahan dan
peralatan permainan serta kos
penyelenggaraan yang tinggi
kerana tempoh pertandingan
yang memakan masa yang
panjang.
Pertandingan tersebut kurang
menarik kerana johan
pertandingan dapat dikenal pasti
lebih awal.
10
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
11/16
mengatur strategi dan bukannya
hanya bergantung kepada
nasib.
Sistem Separa Liga
Kelebihan Kekurangan
Memberi peluang kepada
semua pasukan berlawan
dengan pasukan terkuat dalam
kumpulan tersebut.
Memberi pengalaman serta
belajar strategi permainan pihak
lawan.
Memberi peluang kepada
pasukan yang kalah untuk
memenangi tempat ketiga dan
keempat.
Kedua-dua pasukan terkuat
tidak akan berlawan
sehinggalah sampai ke
peringkat akhir.
Corak perlawanan yang lebih
menarik.
Johan sesebuah pertandingan
bukanlah berdasarkan nasib
semata-mata.
Sistem pertandingan yang tidak
tertumpu kepada satu cara
pemilihan pemenang sahaja.
Terdapat pasukan yang
terpaksa berlawan dengan
pasukan johan pertandingan
sebelumnya.
Bilangan pasukan yang banyak
Melibatkan petugas, pembantu
dan pegawai yang banyak.
Tempoh pertandingan yang
terhad.
11
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
12/16
Hanya pasukan yang hebat
sahaja akan mara ke pusingan
seterusnya dan menjimatkan
masa.
Sistem Kalah Mati
Kelebihan Kekurangan
Menjimatkan masa kerana
tempoh perlawanan yang
singkat.
Lebih mencabar, kerana semua
pasukan harus bertungkus
lumus untuk memenangi
perlawanan.
Tidak memerlukan kemudahan
yang banyak.
Menjimatkan kos perbelanjaan.
Peserta yang kalah tidak
berpeluang menjadi johan.
Dapat menentukan johan
dengan cepat.
Perlawanan yang terhad
kepada setiap pasukan.
Memerlukan gelanggang yang
banyak.
Pihak penganjur perlu
mempunyai ramai pegawai,
petugas dan pembantu bagi
menguruskan perlawanan yang
diadakan secara serentak.
Tidak memberi peluang yangbanyak kepada pasukan untuk
menunjukkan kebolehan
mereka.
Pemenang bagi pertandingan
tersebut tidak semestinya
daripada pasukan yang terbaik.
12
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
13/16
4.0 LATIHAN KECERGASAN
13
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
14/16
5.0 RUMUSAN
Bola tampar adalah satu sukan yang unik, satu yang mengambil bertahun-tahun
untuk mahir. Seperti permainan lain, permainan ini juga mempunyai skill atau
kemahiran dan menjadi satu kepentingan untuk setiap yang bergelar pemain
bola tampar untuk menguasainya. Kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan
termasuklah kemahiran membuat hantaran hadapan ( digging / forearm pass),
merejam (spike), mengumpan ( setting) menyangga (dig) dan servis.
14
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
15/16
Bola tampar dimainkan dalam ruangan yang terbatas. Ini menyebabkan
pelaksanaan kemahiran dengan betul lebih penting lagi kerana anda tidak
mampu untuk membuat kesilapan. Setiap pemain tidak berseorangan di atas
gelangang. Lima pemain lain ada bersamanya. Untuk mencapai kejayaan
pemain perlu memikirkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan untuk
pasukan anda dan tumpukan usaha untuk menjadi lebih baik sebagai satu
kumpulan. Sebagai sebuah pasukan, anda perlu membuat keputusan untuk
menentukan siapa yang lebih baik pada kemahiran apa dan letakkan pemain
dalam kedudukan yang boleh meningkatkan kekuatan pasukan dan
menyembunyikan kelemahan. Gelanggang bola tampar amat kecil untuk
menyembunyikan pemain yang lemah dengan mudah. Seseorang yang tidak
mempunyai kemahiran yang baik dan sering mengganggu kelancaran permainan
mudah dilihat dengan cepat.
Inilah sebabnya bola tampar adalah sukan berpasukan yang utama. Kejayaan
bergantung kepada tiga orang menyentuh bola setiap kali bola berada di
gelanggang mereka, yang mungkin berlaku beberapa kali yang tidak terkira
jumlahnya semasa rali dan perlawanan yang panjang. Seorang pemain dalam
sesuatu pasukan boleh mendominasi, namun pemain itu tidak boleh memenangimata untuk pasukan secara bersendirian. Pemain yang baik akan berusaha
mencari jalan untuk membantu rakan sepasukan memperbaiki diri dan mencapai
kejayaan secara bersama. Akhimya, teknik menjadi sesuatu yang didorong oleh
naluri, dan anda dapat melihat atau memahami apa yang boleh dilakukan dan
mengapa.
15
-
7/28/2019 Bola Tampar Assign
16/16
6.0 REFLEKSI
16