bola tampar

7
Bahagian A : Kemahiran asas permainan bola tampar Kemahiran asas permainan bola tampar Cara melakukan Gambar rajah 1. Servis a. Servis Atas Kepala Persediaan 1. Berdiri dengan kaki seluas bahu. 2. Lutut dibengkokkan dengan kaki kiri di depan. 3. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. Pelaksanaan 1.Melambungkan bola kira-kira ½ meter ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis. 2.Menghayun lengan seperti aksi membaling bola untuk memukul bola. 3.Memukul bola dengan tapak tangan. 4.Lengan tangan yang memukul dalam keadaan lurus dan tapak tangan dikeraskan. 5.Berat badan dipindahkan dari

Upload: mimimichellemichael

Post on 21-Dec-2015

65 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

hh

TRANSCRIPT

Page 1: Bola Tampar

Bahagian A : Kemahiran asas permainan bola tampar

Kemahiran asas

permainan bola tampar

Cara melakukan Gambar rajah

1. Servis

a. Servis Atas Kepala

b. Servis bawah

tangan

Persediaan

1. Berdiri dengan kaki seluas bahu.

2. Lutut dibengkokkan dengan kaki kiri di

depan.

3. Pegang bola dengan kedua-dua belah

tangan.

Pelaksanaan

1. Melambungkan bola kira-kira ½ meter ke

atas kepala dan di hadapan bahu lengan

yang membuat servis.

2. Menghayun lengan seperti aksi membaling

bola untuk memukul bola.

3. Memukul bola dengan tapak tangan.

4. Lengan tangan yang memukul dalam

keadaan lurus dan tapak tangan dikeraskan.

5. Berat badan dipindahkan dari belakang ke

depan.

Ikut lajak

1. Ikut lajak dengan lengan servis menuju ke

depan.

Persediaan

1. Kaki buka seluas bahu.

2. Kaki depan menuju ke arah jaring dan kaki

dominan di belakang.

3. Fleksi sedikit kedua-dua belah lutut.

4. Pegang bola pada bahagian kanan paras

Page 2: Bola Tampar

pinggang.

Pelaksanaan

1. Lengan yang membuat servis dihayun ke

belakang.

2. Berat badan dipindahkan ke belakang.

5. Tangan yang memegang bola melepaskan

bola ke depan.

6. Lengan dihayun ke hadapan

serta tangan memukul bahagian bawah

bola.

Ikut lajak

1. Berat badan dipindahkan ke kaki depan.

2. Ikut lajak dengan kaki belakang ke depan.

2. Menyangga Persediaan

1. Kaki dibuka seluas bahu dengan satu kaki

di hadapan dan satu kaki di belakang.

2. Sebelah tapak tangan diletakkan di atas

sebelah tangan lain dan ibu jari menuju ke

bawah dengan rata.

3. Pergelangan tangan terkunci ke bawah.

Pelaksanaan

1. Melangkah ke sasaran dengan kedua-dua

belah lutut yang fleksi.

2. Luruskan kedua-dua belah tangan di

hadapan badan.

3. Kontak bola pada lengan tangan.

Ikut lajak

Page 3: Bola Tampar

1. Mata memandang bola

semasa penghantaran dibuat.

3. Mengumpan Persediaan

1. Kaki dibuka lebih luas sedikit daripada bahu.

2. Bengkokkan sedikit lutut dan condong

badan ke hadapan.

3. Tangan dihulurkan ke atas di

hadapan bahagian dahi.

4. Tapak tangan menghadap keluar dengan

jari-jari terbuka luas dan ibu jari terbuka

ke dalam dan membentuk segi tiga.

5. Siku bengkok ke luar.

Pelaksanaan

1. Posisi mendekam sebagai persediaan

sebelum menyentuh bola.

2. Bola dilihat melalui jari-jari telunjuk dan ibu-

ibu jari.

3. Kontak dilakukan di atas dahi.

4. Menyentuh bola menggunakan jari.

5. Luruskan siku dan lutut serentak.

6. Bola ditolak ke atas.

Page 4: Bola Tampar

4. Merejam

a. Rejam berdiri

b. Rejam sambil

berlari

Persediaan

1. Berdiri menghadap jaring dan mata

memandang bola.

Pelaksanaan

1. Bengkokkan lutut dan melonjak setempat

dengan kedua-dua kaki.

2. Tangan dihayunkan ke belakang dan ke

atas kepala.

3. Lentikan badan ke belakang.

4. Pukulan boleh dibuat dengan buku

lima tangan dan tapak tangan terbuka.

Ikut lajak

1. Pergelangan tangan bergerak

untuk membawa bola turun.

Pendaratan

1. Mendarat dengan lutut bengkok.

Persediaan

1. Mata memandang bola.

Pelaksanaan

1. Bergerak tiga langkah ke arah bola.

2. Bengkokkan lutut.

3. Lompat dengan kedua-dua belah kaki.

4. Lengan-lengan mula digerakkan ke

belakang.

5. Lengan-lengan dihayun ke hadapan dan

kontak bola dengan tangan lurus.

6. Pukul pada bahagian atas bola.

7. Pergelangan tangan bengkok dengan

Page 5: Bola Tampar

serta-merta ke depan dengan tapak

tangan.

Ikut lajak

1. Hayunan lengan megikut lajak sehingga

ke pertengahan badan.

Pendaratan

1. Lutut dibengkok sedikit untuk

menyerap tekanan.

5. Mengadang Persediaan

1. Berdiri berdekatan dengan jaring.

2. Tangan di paras bahu.

Pelaksanaan

1. Melonjak kedua-dua belah kaki.

2. Tangan dihulurkan ke atas dengan jari-jari

terbuka.

3. Bahagian lengan dan tapak tangan

condong ke sebelah pihak lawan

Pendaratan

1. Lutut dibengkok sedikit untuk

menyerap tekanan.