bola tampar

17
1.0 SEJARAH SUKAN BOLA TAMPAR Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Spring fields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof. William J. Morgan(1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus

Upload: mutang20

Post on 27-Sep-2015

263 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

1.0SEJARAH SUKAN BOLA TAMPARAsal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Spring fields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof. William J. Morgan(1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi.Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya.Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905),China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ia diperkenalkan ke Eropah.Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland(1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

2.0TEKNIK DAN KEMAHIRAN DALAM SUKAN BOLA TAMPARKemahiran Servis Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang. Terdapat dua jenis servis, iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala.a. Servis atas kepala

1) Fasa Permulaan Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu. Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan. Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).2) Fasa Perlaksanaan Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan. Menghayun lengan yang membuat servis seperti aksi membaling bola. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan

3) Fasa ikut lajak Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

b. Servis bawah tangan

1) Fasa Permulaan Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu. Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan (right handed server). Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan. Bengkokkan sedikit lutut. Badan menghadap ke hadapan. Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan badan. Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.

2) Fasa Perlaksanaan Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand). Semasabola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik ke belakang mengikut pergerakan buah bandul jam Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau bukulima). Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.

3) Fasa Ikut Lajak Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan. Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola. Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

Kemahiran MenyanggaPukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga ke siku. Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.

Kemahiran Mengumpan (setting)Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan atau kemahiran umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan bola.

Kemahiran RejamRejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggang lawan. Cara ini dianggap satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan memukul bola.

Kemahiran Menghadang (blocking)Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.

Kemahiran ReliBola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan ini dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan bertambah menarik jika berlaku banyak permainan reli.

3.0PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN BOLA TAMPARKawasan Permainan Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas. Gelanggang permainan adalah sebuah segi empat tepat bersimetri berukuran18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang- kurangnya 3m lebar dan dengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-kurangnya 7m dari permukaan permainan. Untuk pertandingan dunia FIVB, zone bebas hendaklah berukuran sekurang-kurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisanbelakang. Ruang bebasnya hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan.

Permukaan Permainan Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata. Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain di atas permukaan yang kasar atau licin. Bagi gelanggang dalam dewan, permukaan permainan mestilah berwarnacerah. Untukpertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yang berlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan . Bagi gelanggang terbuka di luar ,kecuraman 5mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air. Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal tidak dibenarkan

Pengiraan Mata Pengiraan mata Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau pihak lawan melakukan kesilapan. Jika pasukan yang menerima servis memenangi satu rali, pasukan mendapat servis dan juga satu mata. Setiap perlawanan dimainkan berdasarkan 3 set terbaik daripada 5set (Bestof5) dengan kiraan mata rali 25 mata bagi set pertama hingga set keempat (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set penentuan, iaitu set kelima, ia dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 14-14). Untuk set penentuan, pasukan bertukar gelanggang apabila mana-mana pasukan mencapai mata 8.

Putaran Servis Putaran Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat servis, semua pemain mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran jam: pemain di posisi 2 berputar ke posisi 1 untuk membuat servis, pemain posisi 1 akan berputar ke posisi 6 dan seterusnya.

Pertukaran Yang Dibenarkan Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersi yang sama warna, maka pasukan tuan rumah perlu menukar jersi. Di gelanggang berkecuali, pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadual pertandingan mesti menukar jersi. Dalam cuaca yang sejuk ,referi pertama boleh membenarkan pasukan bermain dengan pakaian latihan, dengan syarat mempunyai warna dan corak yang sama bagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul

Pemain Libero Pemain Libero (Bab 6 Peraturan FIVB). Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain Libero yang memakai jersi yang berlainan warna daripada jersi pasukan. Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan. Pemain Libero tidak boleh membuat servis, menghadang, menyerang dengan bola di atas paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada di zon depan untuk serangan.

4.0KEMUDAHAN DAN PERALATAN DALAM SUKAN BOLA TAMPARPeralatan

Peralatan permain terdiri daripada jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Jersi, seluar pendek dan stoking mestilah seragam ,bersih dan sama warna untuk satu pasukan. Semasa pertandingan dunia FIVB untuk dewasa, warna kasut mestilah seragam untuk sesuatu pasukan tetapi jenamanya boleh berbeza. Kasut mestilah ringan dan mudah lentuk dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit. Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkum. Nombor-nombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian depan dan belakang. Warna nombor mestilah jelas dan muda di beza daripada warna jersi dan mempunyai ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm di belakang. Lebarnyajalur yang membentuk nombor-nombor tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 2cm.

Bola

Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya. Warna:Seragamdancerah Ukur lilit : 65-67 cm Berat:260-280gram Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm

Jaring

jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di atas paksi garisan tengah. Dua antena diikatkan pada pinggir luar setiap jalur tepi dan diletakkan bertentangan jaring. Kedua-dua antena dikira sebagai sebahagian daripadajaring dan mengehadkan ruang lintasan. Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dari tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring, mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi.

Antena

Merupakan berukuran 4.8m panjang, dan berdiameter10mm. Diperbuat daripada kaca gentian atau bahan yang serupa dengannya yang mudah lentur. Diletakkan/diikat pada pinggir luar sebagai penanda tepi.

https://ardiscovery.wordpress.com/sejarah-sukan-bola-tampar/http://ameeroza.blogspot.com/2011/10/kemahiran-bola-tampar.htmlhttp://kemahiranasas.blogspot.com/2009/08/kemahiran-asas-bola-tampar.htmlhttps://ardiscovery.wordpress.com/sukan-bola-tampar/peraturan-dan-undang-undang-permainan/http://www.zairedin.com/2011/03/peraturan-dan-undang-undang-bola-tampar.html