bola tampar

Upload: moon-leeya-zafrina

Post on 19-Jul-2015

430 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus pendidikan jasmani yang bertajuk Bola Tampar. Saya ingin mengucapkan terima kasih pada guru Pendidikan Jasmani saya iaitu Encik Salleh bin Yusof yang telah banyak memberikan ilmu dan informasi yang berguna kepada saya. Terima kasih juga pada keluarga saya yang banyak memberikan sokongan moral dalam proses saya menyiapkan kerja kursus saya ini. Tidak ketinggalan juga kepada kawan-kawan saya yang membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

BOLA TAMPAR SEJARAH Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaaannet dari sukan lawn tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telahdiperkenalkan oleh William G.Morgan pada tahun 1985. Pada awalnya, permainan ini dikenali sebagai minonette sebelum digantikan dengan nama volleyball oleh AlfredHalstead pada tahun 1896. Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yangdipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badanlain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankandalam permainan ini. Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sesebuah pasukan bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal yang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi yangberkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuah pasukan.

SEJARAH BOLA TAMPAR MALAYSIA Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dariHong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an. Ketika itu banyakperlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar Utamaseperti Pulau Pinang, Kuala Lempeu dan Singapura atas usaha persatuan dankelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu. Di Malaysia, permainanbola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MalaysiaAmateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada tahun1927, Kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai LigaSelangor telah dianjurkan. Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur ataudikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)

KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLA TAMPAR GELANGGANG Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat.

BOLA

Mikasa saiz 5 Berbentuk sfera

Diperbuat daripada lapisan kulit fleksibel dengan satu pundit getah Mempunyai sejenis warna Lilitannya ialah 65-67 cm Berjisim 260-280g Tekanan udara ialah 0.30-0.325kg

JARING Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di atas paksi garisan tengah. Dua antena diikatkan pada pinggir luar setiap jalur tepi dan diletakkan bertentangan jaring. Kedua-dua antena dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan. Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dri tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring, mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi.

ANTENA Merupakan berukuran 4.8m panjang,dan berdiameter 10mm Diperbuat daripada kaca gentian atau bahan yangserupa dengannya yang mudah lentur Diletakkan/diikat pada pinggir luar sebagai penanda tepi

PAKAIAN Pakaian pemain juga dapat diklasifikasikan sebagai peralatan bola tampar. Pemakaian Pemain :

a) jersi (1-18) b) berseluar pendek c) memakai kasut yang bersesuaian d) knee pad e) knee guard f) warna dan corak jersi,seluar dan stokin adalah seragam untuk semua pemain kecuali libero.

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR Permainan ini dimainkan oleh sepasukan 6 orang di dalam gelanggang yang berukuran 18mX19m dan jaring setinggi 2.5m. Pertandingan bola tampar di kawal oleh 2 orang referi. Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel referi. Permainan boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badannya. Kemahiran Asas Bola Tampar i) Menyangga ii) Servis iii) Merejam iv) Menghadang v) Mengumpan

Menyangga Sebelum anda mahir dalam permainan bola tampar anda perlu menguasai kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a twohanded underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.

Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut. Teknik-teknik Menyangga:

Pastikan kedua-dua ibu jari

adalah selari. Jari-jari hendaklah dilipat dan

dirapatkan antara satu sama yang lain. Kedua-dua siku dikunci

dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran. Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola. Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum. Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. Kendurkan bahagian atas tubuh.

Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.

Servis

Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dihantar dari kawasan servis oleh seorangb pemain yang memegang giliran untuk melakukan untuk melakukan servis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah:

(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis. (b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

Mengumpan Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain 'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang

harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup.

Merejam Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini samalah seperti smesyi dalam permainan badminton.

Mata akan diperolehi seandainya bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai dalam gelanggang.

Menghadang

Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak lawan. Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bolamati dalam gelanggang pihak yang membuat rejaman. Cara-cara Menghadang a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang PersatuanBola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis SukanSekolahsekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bolatampar adalah seperti berikut: 1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadilpertama dan pengadil kedua. 2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orangpemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar. 3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel. 4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah. 5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang. 6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan. 7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tigasentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang. 8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan. 9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan. 10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasukikawasan pihak lawan. 11. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bilabila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.

12. Setiap pasukan boleh meminta dua kali time-out dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil. 13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong.Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan. 14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan duamata diperlukan untuk menentukan kemenangan 15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasanpermainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan. 16. Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor. 17. Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yangditetapkan oleh International Volley Ball Association.