bola tampar

13
1.0 PENGENALAN Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain. 1

Upload: afiq-syazwan

Post on 24-Jun-2015

312 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bola Tampar

1.0 PENGENALAN

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan

yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang)

bahagian badan lain untuk memukul atau menampar

sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang

mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali

berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan,

lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola

dengan betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak

serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan

melompat ditekankan dalam permainan ini. Sukan bola tampar

di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia

dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti

Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri

lain.

1

Page 2: Bola Tampar

2.0 SEJARAH SUKAN BOLA TAMPAR

Dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola

tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah.

Amerika Selatan dan Asia Tenggara. Menurut Howard Keith (1942) dalam

bukunya yang bertajuk “Sport and Games” mengatakan bahawa

permainan bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball

yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893.

Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di

gymnasium Y.M.C.A.,Springfields, Massachusettles, Amerika Syarikat

oleh Prof.William J.Morgan (1870-1942) sebagai satu permainan rekreasi.

Morgan telah dipertanggungjawabkan untuk mereka satu permainan

rekreasi untuk para lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada

mulanya bola keranjang telah digunakan sebagai alat permainan. Namun

penggunaan bola keranjang telah menyebabkan kesakitan tangan para

pemain. Kemudian,Morgan telah meminta pertolongan daripada syarikat

Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan menggunakan kulit

anak lembu. Bermula dari itu, permainan bola tampar mula diminati dan

diterima oleh masyarakat. Pada awalnya, bola tampar dikenali dengan

nama Mintonette. Kemudian, namanya diubah kepada volleyball oleh Prof.

H.T. Halstead pada tahun 1896

2

Page 3: Bola Tampar

3.0 KEMAHIRAN SERVIS BAWAH LENGAN

3.1 Servis

Adalah satu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan

dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain iaitu

peservis.

3.1.1 Servis bawah lengan (underarm)

Servis yang senang dilakukan dan adalah tepat, konsisten

dan memerlukan hanya sedikit keupayaan fizikal. Cara-cara

melakukan servis ini:

Rajah 1

3.1.1.1) Posisi bermula

a. Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih

kurang luas bahu.

b. Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang

biasanya menggunakan tangan kanan (right

handed server).

3

Page 4: Bola Tampar

c. Kaki depan menuju ke arah di mana servis

akan ditujukan.

d. Bengkokkan sedikit lutut.

e. Badan menghadap ke hadapan.

f. Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan

kanan di depan dan sebelah kanan badan.

g. Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki

daripada garisan belakang.

Rajah 2

3.1.1.2) Lambungan

a. Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang

sedikit.

b. Pada masa yang sama bola dilambungkan

terus ke atau di hadapan tangan sekaligus

tangan akan memukul bola tersebut (striking

hand).

4

Page 5: Bola Tampar

Rajah 3

3.1.1.3) Aksi tangan / kontak

a. Semasa bola dilambungkan tangan yang

membuat servis ditarik ke belakang mengikut

pergerakan buah bandul jam.

b. Apabila bola yang dilambungkan telah

mencapai puncaknya, berat badan akan

dipindahkan

dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.

c. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama

ada dengan bahagian bawah tangan, tapak

tangan atau buku lima).

d. Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit

dengan lengan yang lurus.

e. Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.

5

Page 6: Bola Tampar

f. Pergerakan tangan ditegarkan untuk

mengelakkan putaran bola.

g. Memastikan mata sentiasa mengikut laluan

bola.

Rajah 4

6

Page 7: Bola Tampar

4.0

RANCANGAN

PENGAJARAN HARIAN

KEMAHIRAN SERVIS

BAWAH LENGAN

7

Page 8: Bola Tampar

5.0 REFLEKSI

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah

kurniaNya dapat juga saya menghasilkan satu Rancangan Pengajaran

Harian mengenai tajuk Kemahiran Servis Bawah Lengan dan telah pun

selesai dalam melakasanakan pedagogi atau pun microteaching. Sesi

pengajaran tersebut telah pun dijalankan pada 6 Oktober 2010 yang

lepas.

Melalui pengajaran yang dijalankan, saya dapat mengesan

beberapa kekuatan dan kelemahan. Antara kekuatan yang dapat

diperhatikan ialah saya dapat menambah keyakinan di dalam diri saya. Ini

dibuktikan apabila saya berjaya menyelesaikan sesi pengajaran walaupun

pada awalnya saya berasa sedikit gementar. Di samping itu, saya juga

dapat mempelajari pelbagai teknik dalam penyampaian maklumat seperti

suara yang lanatang dan arahan yang ringkas serta jelas.

Manakala kelemahan yang dapat dikesan melalui sesi pengajaran

ini adalah dari segi penggunaan masa. Masa yang diambil terlalu lama

kerana teradapat banyak penerangan berbanding aktiviti. Oleh yang

demikian, adalah penting agar seorang guru agar memperbanyakkan

aktiviti dan dapat memberi penerangan yang ringkas mengenai aktiviti

yang hendak dijalankan selain itu, kelemahan lain adalah dari segi teknik

8

Page 9: Bola Tampar

pengajaran. Didapati teknik yang hendak diajar adalah kurang tepat. Oleh

itu, adalah penting bagi seorang guru agar mencari lebih banyak

maklumat dan memahirkan diri dalam kemahiran yang hendak di ajar agar

tiada sebarang kesilapan yang akan berlaku. Tambahan pula,

penggunaan alatan adalah penting dalam sesi pengajaran. Di sini, saya

telah melakukan sedikit kesilapan apabila saya tidak menggunakan bola

yang sesuai bagi mempraktikkan kemahiran tersebut. Penggunaan alatan

yang salah akan memberi kesan kepada alatan tersebut seperti

berlakunya kerosakan.

Dari segi penghasilan Rancangan Pengajaran Harian pula,

terdapat beberapa kesalahan kecil yang perlu diperbaiki. Antaranya

adalah dari segi butiran mengajar. Didapati butiran pengajaran tidak jelas

dan kurang difahami. Selain itu, terdapat beberapa maklumat pada

bahagian catatan yang perlu ditambah. Oleh yang demikian, saya telah

memperbaiki semula rancangan pengajaran tersebut dan diharap ianya

dapat digunakan pada masa akan datang.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan

kepada pensyarah saya yang banyak membantu dalam memberi ilmu

yang sangat berguna dan berharap agar rancangan pengajaran ini dapat

digunakan pada masa akan datang di samping dapat meningkatkan

kemahiran dalam melakukan pengajaran. Sekian, terima kasih.

9

Page 10: Bola Tampar

BIBLIOGRAFI

Laman Web :

Kemahiran Asas Bola Baling

www.scribd.com/doc/Kemahiran-Asas-Bola-Baling-sid

Diakses pada 20 September 2010

Kemahiran Servis Bawah Lengan

www.blogspot.com/Mohd-Nor-Izwan-Sulaiman

diakses pada 20 September 2010

Sebahagian Daripada Buku :

Eskay Shazryl and Hanks, J. (1994). Sport and Stress Therapy : Athletic

Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc.

Oklahoma.

Helen Tan dan M.P. Haridas. (1994). Panduan Mengajar Bola Tampar.

Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Peraturan Rasmi Bola Tampar 1997-2000. (1996). FIVB.

Wee Eng Hoe. (1993). Bola Tampar, Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Wee Eng Hoe. (1996). Gerak Kerja Kokurikulum. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur.

10