bola tampar

37
PPISMP SEM1 2009

Upload: jccoccn

Post on 20-Jun-2015

3.616 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PPISMP SEM1 2009

PENGENALANKami ahli GERKO Bola Tampar telah diarahkan untuk mengendali dan mengurus sebuah Karnival Bola Tampar yang merupakan salah satu aktiviti tahunan GERKO BolaTampar. Tujuan penganjuran Karnival Bola Tampar ini terutamanya adalah untuk membimbing para pelajar untuk menguasai kemahiran-kemahiran dalam permainan bola tampar. Selain itu, dengan kegiatan ini, pelajar juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pasukan yang mengambil bahagian dan para pensyarah. Dengan penganjuran Karnival Bola Tampar ini ,kami berharap agar usaha kami dapat memberi panduan dan pengetahuan kepada para pelajar tentang pengurusan dan pengelolaan sebuah karnival sukan dan permainan.

Kertas Kerja Karnival Bola Tampar 2009

Anjuran: GERKO BOLA TAMPAR 2009

1.0

PENDAHULUAN

Pertandingan Bola Tampar ini bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Gaya(IPGM) yang berpotensi dalam permainan sukan. Sehubungan itu, diharapkan melalui majlis seperti ini akan mampu menjana potensi individu guru pelatih supaya mereka lebih berminat dan bermotivasi untuk mencapai sesuatu kecemerlangan.

2.0

RASIONAL

Pertandingan Bola Tampar ini akan dapat memenuhi hasrat dan matlamat IPGM selaras dengan kehendak pihak pentadbir IPGM untuk melahirkan guru-guru pelatih yang cemerlang dari segi jasmani. Pada akhir pertandingan ini, guruguru pelatih yang berbakat dan berpotensi dalam permainan sukan akan berpeluang untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aktiviti sukan dengan menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan di peringkat yang lebih tinggi lagi.

PENGENALAN PROGRAM KARNIVAL BOLA TAMPARProgram Karnival Bola Tampar ini adalah program yang dirancang dengan mantap bagi menarik minat dan komitmen pelajar terhadap sukan dan permainan khususnya dalam permainan bola tampar. Penganjuran karnival bola tampar ini diharapkan dapat membantu para pelajar melibatkan diri secara aktif dalam lapangan sukan dan permainan, di samping menjalani gaya hidup sihat. Karnival Bola Tampar ini dijangka akan mengambil masa selama dua hari.

Ia adalah bertujuan untuk memantapkan matlamat kokurikulum, iaitu mewujudkan minat serta meningkatkan keupayaan pelajar bagi menceburi bidang sukan dan permainan dari peringkat sekolah sehinggalah mereka meninggalkan alam persekolahan. Karnival Bola Tampar ini diharapkan dapat memberi suntikan motivasi yang konsisten kepada para pelajar supaya mereka dapat terus mantap dalam bidang sukan dan permainan terutamanya dalam permainan bola tampar. Selain itu, Karnival Bola Tampar ini diharapkan dapat menyedarkan pelajar-pelajar tentang kepentingan amalan gaya hidup yang sihat menerusi bersukan.

3.0 OBJEKTIFMeningkatkan kemahiran dan mencungkil bakat guruguru pelatih dalam permainan bola tampar. 2. Membentuk semangat kesukanan antara guru-guru pelatih yang terlibat dalam pertandingan bola tampar. 3. Memupuk dan mempertingkatkan kemahiran para pelatih dalam bidang sukan. 4. Mengeratkan hubungan dalam kalangan guru pelatih IPGM dengan pensyarah-pensyarah pembimbing. 5. Memberi peluang kepada para peserta untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang sukan.1.

VISIy Melatih para pelajar mengendali, mengurus dan

mengelola sebuah karnival, di samping menguasai kemahiran-kemahiran dalam permainan bola tampar.

MISIy Melatih para pelajar mempunyai sifat kepimpinan dan

tanggungjawab dalam melaksanakan tugas di samping melahirkan para pelajar yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan kritis serta komited semasa menjalankan tugas yang diarahkan

4.0

TEMPAT PERTANDINGANGelanggang Bola Tampar Institut Pendidikan

Guru Malaysia Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

5.0

TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN: 28-29 Oktober 2009 : Rabu dan khamis : 7.30 11.30 tengah hari

Tarikh Hari Masa

6.0

SASARAN

y Kumpulan 1: PPISMP BC1/PJ.KS y Kumpulan 2: PPISMP BC2/PJ/KS y Kumpulan 3: PPISMP BM/PJ/KS y Kumpulan 4: PPISMP BI(SR)/ELIT/MATH SC(G1) y Kumpulan 5: PPISMP BI(SR)/ELIT/MATH SC(G2) y Kumpulan 6: PPISMPBI(SM) y Kumpulan 7: PPISMP MT/BI/BM

7.0

Butiran Pertandingan 7.1 Peraturan permainan

PEMAIN- PEMAIN BILANGAN PEMAIN : ~ Setiap pasukan mestilah mendaftarkan pemainnya tidak lebih daripada 10 orang. ~ Pasukan yang menggunakan pemain Libero adalah dibenarkan. ~ Pasukan yang bermain kurang daripada 6 orang akan dibatalkan .

PAKAIAN : ~ Setiap pasukan diwajibkan memakai jersi yang lengkap beserta nombor sekurang-kurangnya di belakang. ~ Pemain yang beragama islam digalakkan menutup aurat. KATEGORI : Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori : i Kategori lelaki ii. Kategori perempuan MINUMAN : ~ Minuman para pemain dan juga pengadil akan disediakan oleh pihak penganjur.

7.2 PERATURAN PERTANDINGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN Undang-undang dan peraturan pertandingan adalah mengikut peraturan rasmi Persatuan Bola Tampar Malaysia ( MAVA ) / FIVB. 7.2.1 SISTEM PERTANDINGAN ~ Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam dua kumpulan ( kumpulan A dan kumpulan B ). ~ Johan dan naib johan kumpulan akan bertanding pada peringkat separuh akhir. ~ Johan kumpulan A akan bertemu naib johan kumpulan B, manakala johan kumpulan B akan bertemu naib johan kumpulan A.

7.2.2 CARA MEMUTUSKAN KEMENANGAN ~ Mata kemenangan ialah 25 mata. ~ Perlawanan dalam pusingan awal akan dijalankan dalam tiga set sahaja ( best of 3 ). ~ Perlawanan dalam pusingan separuh akhir dan akhir akan dijalankan dalam 5 set. ~ Pasukan yang mendapat dua kemenangan Berturutturut tidak perlu bermain dalam set seterusnya. ~ Pasukan yang terikat dengan kemenangan 1-1atau 2-2 dalam pusingan kedua akan bermain dalam set penentuan (rubber set) dengan mata kemenangan ialah 15 mata.

~ Sekiranya berlaku seri pada mata 24-24 atau 14-14 (set ke 5) permainan akan diteruskan sehingga skor kelebihan 2 mata diperolehi. ~ Maksima kelebihan 2 mata oleh pasukan yang mendapat 27 mata terdahulu,atau 17mata dalam set ke 5 akan dikira sebagai pemenang.

7.2.3 SISTEM MATA MENANG KALAH 2 MATA 0 MATA

7.2.4 HADIAH Hadiah akan diberi kepada pemenang tempat 1 hingga tempat ke 3 sahaja. Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan. . 7.2.5 KELEWATAN ~Pasukan yang lewat setelah 10 minit pengadil meniupkan wisel akan dikira kalah. ~ Pasukan pihak lawan akan diberikan kemenangan dengan mata 2- 0. ~ Rujuk kepada undang-undang dan peraturan rasmi MAVA.

7.2.6 BANTAHAN ~ Keputusan pengadil adalah muktamad. ~ Sebarang bantahan adalah tidak dibenarkan. 7.2.7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN TAMBAHAN ~ Peraturan peraturan dan undang-undang permainan lain yang tidak dinyatakan, adalah merujuk kepada MAVA / FIVB. ~ Walau bagaimanapun pihak penganjur berhak meminda mana-mana peraturan dan undang-undang permainan mengikut keperluan dan keadaan semasa.

8.0 SISTEM ~Sistem yang akan digunakan ialah sistem kalah mati. 9.0 Urusetia Pertandingan Bola Tampar Rujuk Lampiran 1

10.0 Jadual Pertandingan Petunjuk: Kumpulan lihat sasaran, M : menang

11.0 Anggaran perbelanjaanBIL 1 2 3 PERKARA MINUMAN CENDERAMATA HADIAH JOHAN NAIB JOHAN RENCAM 5 JUMLAH KUANTITI RM 8 RM 25 X 3 ORANG RM 25 X1 RM 25 X1 RM 20 JUMLAH(RM) 10 75 25 25

20 160

12.0

Anggaran sumber pendapatan

SUMBANG INSTITUT YURAN PERTANDINGAN JUMLAH

RM 50.00 RM 200.00 RM 250.00

Baki PembelajaanJumlah pendapatan:RM250 Jumlah perbelanjaan:RM160 Baki=RM250-RM160=RM90

13.0 RUMUSANKerjasama dan komitmen oleh semua Ahli Jawatankuasa dalam melaksanakan Pertandingan Bola Tampar 2009 peringkat institut pada kali ini amatlah diharapkan. Kejayaan majlis ini merupakan kejayaan seluruh warga institut khususnya persatuan bola Tampar institut sebagai penganjur pertandingan. Justeru itu, pertandingan ini memang memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak agar dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, sempurna dan Berjaya.

14.0BI L 1 TARIKH 15.9.2009

Jadual kerjaPERKARA Perbincangan tentang Pertandingan Bola Tampar 2009 Perbincangan mengenai persiapan yang perlu dilakukan Perjumpaan semua AJK Perjumpaan ahli kumpulan TINDAKAN Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tarikh pertandingan telah ditetapkan pada 28-29 Oktober 2009 Membahagikan tugasan masing masing Meminta pandangan dari ahli kumpulan Perbincangan tentang apa yang terkurang disediakan dalam Memastikan semua tugasan dibahagikan dan juga memastikan persiapan dibuat dengan sempurna

14.1 Pelan Tindakan(sebelum)CATATAN

2

16.9.2009

3 4

18.9.2009 19.9.2009

5

20.9.2009

Perjumpaan semua ahli

6

24.9.2009

Perjumpaan kali terakhir bagi semua ahli

14.2Tarikh

Pelan Tindakan (Semasa)Masa 7.30a.m. 10:30a.m 10:45 Akti iti Pertandingan diteruskan Pertandingan berakhir/rehat Ketibaan tetamu kehormat Pn.Salmah Binti Abdullah, Pengarah Institut

29/10/09

11.00a.m. 11.30a.m.

Perasmian penutupan/penyampaian hadiah Bersurai

Tarikh 28/10/09

Masa 7.30a.m. 8.00a.m.

Akti iti Ketibaan peserta, penonton dan pengadil. Ketibaan tetamu kehormat Pn.Salmah Binti Abdullah, Pengarah Institut

8.15a.m. 8.30a.m. 11.30a.m.

Perasmian Pembukaan Pertandingan dimulakan Pertandingan ditreruskan pada hari keesokan

14.3Bil Tarikh

Pelan Tindakan (Selepas)Perkara Tindakan Catatan

1.

30.10.2009

Perjumpaan semua

Setiausaha membacakan laporannya

2.

1.11.2009

Perjumpaan semua

Pembacaan laporan semua AJK

LAMPIRAN 1 Urus Setia Pertandingan Bola Tampar 2009

PENAUNG

: Puan Salmah Abdullah( Pengarah IPGM Kampus Gaya)

PENASIHAT

: Encik Subramaniam A/l Muthusamy(Timbalan Pengarah IPGM Kampus Gaya)

KETUA UNIT GERKO : Encik Sonny Teh Eng Chong KETUA PENASIHAT : Puan Siti Ajar Bt. Md. Noh PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI NAIB BENDAHARI JURUAUDIT AJK OPSYEN : En. Syam Suzzaman Chin Abdullah : King Ning Ning : Tan Yuan Feng : Philip Hii Ung Teck : Chang Chong Own : Grace Lim : Chua Fu Xiong : Lim Wen Jie : Jamil Bn Hussein

JAWATANKUASA KECIL KARNIVAL BOLA TAMPAR 2009 AJK PERALATAN: (1) Lim Ken Chong (2) Fu Eng Tat (3) Kamal a/l Karunjaz AJK PADANG : (1) Liong Pei Wen (2) James Tan (3) Abu bin Hassan AJK MAJALAH : (1) Tan Xiao Wen (2) Lee Pei Xin (3) Ahmad bn Faraqi : (1) Nayati binti AAbdullah (2) Saiful bin Mohammad (3) Quah Shu Yee

AJK PUBLISITI

AJK KEBAJIKAN : (1) Danny Chong (2) Chin Yu Ling (3) Quah Shu Yee AJK KESELAMATAN: (1) Daniel Choo (2) Elainne Chia (3) Lim Hi Shen

LAMPIRAN 2

Borang penyertaan

Borang penyertaan Pertandingan Bola Tampar Tertutup 2009 Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Opsyen: ... .................................. Nama pasukan :..................................................

Senarai nama pesertaBil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama peserta Nombor telefon

Perhatian : y Pertandingan diwajidkan kepada semua opsyen semester satu. y Setiap opsyen perlu menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan untuk menyertai pertandingan bola tampar ini. y Setiap pasukan akan dikenakan yuran sebanyak RM 10.00. y Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Oktober 2009. y Sila kembalikan boring ini barserta yuran pertandingan sebelum tarikh tutup penyertaan. y Pertandingan akan diadakan pada 28 Oktober 2009. y Pertandingan akan diadakan di gelanggang bola tampar Institut

y Sistem yang akan digunakan semasa pertandingan

ialah, sistem kalah mati. y Pertandingan akan terikat kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. y Sila kembalikan borang ini kepada Chang Chong Own dan Philip Hii Opsyen BC/PJ/KS.

Hadiah : y Tempat pertama akan menerima sijil, pingat, trofi dan hamper. y Tempat kedua akan menerima sijil, pingat dan hamper. y Tempat ketiga akan menerima sijil, pingat dan hamper. y Semua pasukan akan menerima sijil penyertaan.

LAMPIRAN 3 Iklan

Tarikh: ~28-29 Oktober 2009 Hari: ~Rabu dan Khamis Masa: ~7.30a.m. - 11.30a.m. Tempat: ~Gelanggang BolaTampar, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Hadiah : ~Tempat pertama: Sijil, pingat, trofi dan hamper. ~Tempat kedua: Sijil, pingat dan hamper. ~Tempat ketiga: Sijil, pingat dan hamper. *Semua peserta akan diberikan sijil yang sah sebagai tanda penyertaan