bola tampar

35
BOLA TAMPAR Sejarah dan Perkembangan Bola Tampar Pengenalan Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh

Upload: mei

Post on 07-Jun-2015

43.258 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Sejarah dan kemahiran Bola Tampar

TRANSCRIPT

Page 1: Bola Tampar

BOLA TAMPAR

Sejarah dan Perkembangan Bola Tampar

Pengenalan

Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun

asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama

dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah

dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and

Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada

Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan

permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun

1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama

dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa

beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.

Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium

Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan

(1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah

fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk

sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola

keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring

diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada

tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain

menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta

pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan

menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh

Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama

Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.

Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara

pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang

sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905),

Page 2: Bola Tampar

China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya

diperkenalkan ke Eropah.

Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan

permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland

(1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah

berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang

dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan

antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan

semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua.

Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan.

Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh

Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-

masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.

Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan

rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut

ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

Page 3: Bola Tampar

Peraturan

Kawasan Permainan

Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas.

Dimenesi

Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran

18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan

dengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-

kurangnya 7m dari permukaan permainan.

Untuk pertandingan dunia FIVB ,zone bebas hendaklah berukuran sekurang-

kurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang.Ruang bebasnya

hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan.

Permukaan Permainan

Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata.

Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan sintetik

sahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh

FIVB.

Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang boleh

menyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain di

atas permukaan yang kasar atau licin.

Bagi gelanggang dalam dewan,permukaan permainan mestilah berwarna

cerah .Untuk pertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yang

berlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan .

Bagi gelanggang terbuka di luar ,kecuraman 5mm semeter dibenarkan untuk

pengaliran air.Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal tidak

dibenarkan.

Page 4: Bola Tampar

Peralatan

Peralatan permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan.

Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama warna untuk

satu pasukan.Semasa pertandingan dunia FIVB untuk dewasa,warna kasut

mestilah seraga untuk sesuatu pasukan tetapi jenamany boleh berbeza warna.

Kasut mestilah ringan dan mudah lentu dengan tapak getah atau kulit tanpa

tumit.

Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkum.

Nombor-nombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian depan dan

belakang.

Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna jersi dan

mempunya ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm di belakang.Lebarnya

jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut hendaklah sekurang-

kurangnya 2cm.

Bola

Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya.

Warna : Seragam dan cerah Ukur lilit : 65-67 cm Berat : 260-280 gram

Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm2

Pertukaran Yang Dibenarkan

Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersi

yang sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar jersinya .Di

gelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadual

pertandingan mesti menukar jersinya.

Referi pertama boleh membenarkan seorang atau beberapa orang pemain:

Bermain tanpa kasut

Page 5: Bola Tampar

Menukar jersi yang basah semasa selangan set atau selepas penggantian

pemain,dengan syarat jersi baru itu mempunyai warna,corak dan nombor

yang sama.

Dalam cuaca yang sejuk ,referi pertama boleh membenarkan pasukan bermain

dengan pakaian latihan,dengan syarat mempunyai warna dan corak yang sama

bagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul.

Objek dan Pakaian yang Dilarang

Adalah dilarang memakai objek-objek yang boleh menyebabkan kecederaan

atau memberi sesuatu kelebihan yang tidak semula jadi kepada pemain.

Pemain boleh memakai cermin mata atau risiko sendiri.

Adalah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang tidak mempunyai

nombor yang rasmi atau warna yang berbeza daripada pemain lain.

Kesalahan-kesalahan Dalam Memainkan Bola

Pukulan Empat Kali

Sesuatu pasukan didapati melakukan kesalahan jika memukul bola sebanyak

empat kali (tidak termasuk bola yang dihadang) sebelum menghantarkannya

semula ke pihak lawan.

Bola Dipegang

Kesalahan berlaku jika seseorang pemain didapati tidak memukul bola dengan

jelas atau memegang dan melambung bola.

Sentuhan Dua Kali

Kesalahan juga berlaku apabila seseorang pemain memukul bola dua kali

berturut-turut atau bola itu menyentuh beberapa bahagian badan secara

berturut-turut (kecuali pukulan penerimaan bola pertama).

Menyeberangi Jaring

Semasa mengadang, seseorang pengadang boleh menyentuh bola pihak lawan

tanpa mengganggu pemain pihak lawan sebelum atau semasa pihak lawan

membuat pukulan serang.

Page 6: Bola Tampar

Kemahiran Asas

1. Kemahiran servis

Servis dilakukan untuk memulakan permainan.Servis dilakukan dari bahagian

belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan

servis atas kepala.

Servis Atas Kepala Kawasan kontak bola dalam servis bawah

tangan adalah pada bahagian lengan.

Kaki dominan di belakang .

Fleksi kedua-dua belah lutut.

Pegang bola pada aras atas pinggang.

Ayun tangan dan kontak bola pada aras pinggang.

Pukul pada bahagian bawah bola.

Tangan memukul ke arah sasaran.

Page 7: Bola Tampar

2. Kemahiran menyangga

Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini juga

bertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara.

Fleksi kedua-dua belah lutut.

Luruskan kedua-dua belah tangan di hadapan badan.

Kontak bola pada lengan tangan.

Kedua-dua belah tangan ikut arah pergerakan bola.

Page 8: Bola Tampar

3. Kemahiran mengumpan

Mengumpan ialah kemahiran melambungkan bola ke udara bagi membolehkan

rakan sepasukan melakukan rejaman.

Fleksi kedua-dua belah lutut.

Kedua-dua belah tangan di atas kepala.

Kontak bola di hadapan dahi.

Luruskan siku dan lutut serentak.

Kedua-dua belah tangan arah ke sasaran.

Page 9: Bola Tampar

4. Kemahiran merejam

Merejam ialah kemahiran untuk mematikan bola dalam gelanggang pihak lawan

bagi mendapatkan mata.Pemain perlu memukul bola dengan tapak tangan dengan

kencang ke kawasan pihak lawan.

Bergerak ke arah bola.

Lompat dengan kedua-dua belah kaki.

Kontak bola dengan tangan lurus.

Pukul pada bahagian atas bola.

Fleksi kedua-dua belah lutut semasa mendarat.

Page 10: Bola Tampar

5. Kemahiran menghadang

Mengadang ialah kemahiran untuk menghalang rejaman yang dilakukan oleh pihak lawan.Kemahiran ini memerlukan kuasa otot kaki semasa melakukan lompatan.

Badan dan tapak tangan menghadap jaring.

Lompat dengan kedua-dua belah kaki.

Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.

Jarakkan jari-jari tangan.

Mata pandang arah pergerakan bola.

Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.

Page 11: Bola Tampar

Latihan Ansur Maju

Latihan Membuat Servis

Latihan servis patut dilakukan pada permulaan,petengahan dan akhir sesi latihan untuk

menyesuaikan diri pemain dengan suasana permainan sebenar.

1. Servis dilakukan ke arah dinding melepasi garisan 7m.Latihan dimulakan pada

jarak 3m,6m dan seterusnya 9m.Latihan diadakan secara berseorangan (Rajah

5.2)

2. Servis dilakukan secara berpasangan daripada garisan tepi gelanggang.Pemain

melakukan servis secara bergilir-gilir. (Rajah 5.3 )

3. Dalam latihan ini,servis dilakukan secara berpasangan dan bola dipukul

melepasi jaring.Servis bermula pada jarak 3m,6m dan 9m (Rajah 5.4 )

4. Untuk latihan ini,tali direntang 1 meter di atas jaring.Servis dilakukan secara

berpasangan dan bola mesti melepasi ruang antara paras atas jaring dan tali 1

meter tersebut (Rajah 5.5 )

Page 12: Bola Tampar

5. Pemain melakukan servis dan menghantar bola ke gelanggang lawan yang telah

dipetakkan dan dinomborkan 1-6.Pemain melakukan servis sercara

berseorangan mengikut giliran dan menghantar bola ke petak-petak tersebut

mengikut turutan nombor dari 1 hingga 6 (Rajah 5.6 )

6. Servis dibuat melepasi jaring dan dihantar ke tempat yang ditetapkan ,iaitu di

tempat rakannya berdiri.Rakan pasangan ditugaskan mengutip bola dan bertukar

peranan setiap lima servis.Bola yang dikutip dileret ke arah pembuat servis

(Rajah 5.7)

7. Latihan servis ini dilakukan mengikut kumpulan dengan bilangan pemain antara

empat atau enam orang.Pemain melakukan servis secara serentak tetapi

mengikut giliran daripada seorang ke seorang pemain.Bola yang masuk ke

gelanggang pihak lawan termasuk bola yang menyentuh jaring adalah

dikira.Masa tiga minit diberi dan bilangan servis yang berjaya dikira.Ulang latihan

sebanyak dua kali.

8. Latihan ini dilakukan tanpa giliran ,pemain melakukan servis sebanyak mungkin

dalam tempoh tiga minit.Dua orang pemain ditugaskan untuk mengira bilangan

bola yang berjaya dihantar ke gelanggang pihak lawan.Manakala dua orang

pemain pula ditugaskan untuk mengutip bola.

Page 13: Bola Tampar

Latihan Membuat Mengumpan

1. Perseorangan .Pemain melambung bola tinggi ke atas dengan postur

hantaran atas dan menangkap bola dengan postur yang sama.Ulang sebanyak

10 kali (Rajah 5.8)

2.

2. Perseorangan .Pemain melambung bola ke atas dengan postur hantaran atas

dan menyambut bola selepas ia melantun daripada lantai.Ulangi sebanyak 10

kali (Rajah 5.9 ).

Page 14: Bola Tampar

3. Berpasangan .Pemain A melambung bola lalu ditangkap oleh pemain B.

Pemain B akan terus melambung tinggi ke atas untuk ditangkap oleh pemain

A.Kedua-dua pemain membuat lambungan dan tangkapan secara berglir-gilir

dengan postur hantaran atas.Ulangi sebanyak 10 kali (Rajah 5.10).

4. Berpasangan .Perlakuan yang sama seperti latihan 3 tetapi bola dilambung

dan ditangkap oleh pemain B hanya selepas bola melantun daripada

lantai.Lakukan latihan tersebut secara bergilir-gilir sebanyak 10 kali (Rajah 5.11

).

5.

5.

5. Berpasangan .Pemain A melambung bola kepada pemain B.Pemain B

membuat hantaran atas tanpa menangkapnya.Cuba perhatikan bahawa bola

tidak terjatuh.Perlakuan ini diulang sebanyak 10 kali sebelum kedua-dua

pemain bertukar peranan (Rajah 5.12 ).

Page 15: Bola Tampar

6.

6. Berpasangan .Latihan dimulakan dengan pemain A melambung bola .Pemain

B membuat hantaran terus kepada A dan hantaran dibuat berulang-ulang

dengan hantaran dipastikan tinggi.Teruskan latihan sehingga diberi isyarat oleh

jurulatih (Rajah 5.13 ).

7.

7. Berpasangan .Pemain A melambung bola ke hadapan pemain B .Pemain

bergerak pantas ke bawah bola untuk menerimanya,tangkap dan tolak bola

kepada pemain A.Ulang sebanyak 10 kali dan tukar peranan antara kedua-dua

pemain.

8. Berpasangan.Ulang latihan 7 dengan menghantar bola ke kiri dan ke kanan

antara kedua-dua pemain (Rajah 5.14 ).

Page 16: Bola Tampar

9. 9. Berpasanga

n.Ulang latihan 7 dan 8 .Dalam

latihan ini,penerima terus

menghantarkan bola

tanpa menangkapkan terlebih

dahulu.

Latihan Membuat Menyanga

Page 17: Bola Tampar

1. Perseorangan.Dalam kedudukan berdiri,pemain melambungkan

bola ,kemudian membengkokkan lutut untuk menerima bola selepas ia

melantun dari lantai gelanggang .Pemain menggunakan kedua-dua belah

tangan untuk menerima bola dengan postur hantaran bawah yang betul (Rajah

5.15 ).

2. Berpasangan .Pemain A bersedia dalam kedudukan melutut dan kedua-dua

tangan dalam kedudukan menerima bola ,terletak di antara dua kaki.Pemain A

mengayunkan tangan ke atas untuk memukul bola yang dilepaskan oleh

pemain B dari paras tertinggi.Titik sentuhan bola ialah sebelum tangan selari

dengan lantai (Rajah 5.16 ).

3.

3. Berpasangan .Pemain A melambung bola tinggi supaya ia melantun kira-kira

satu meter di hadapan pemain

B.Pemain B merendahkan badan

Page 18: Bola Tampar

dalam postur hantaran bawah dan memukul bola kepada A.Ini diulang

sebanyak 10 kali dan kemudian bertukar peranan antara kedua-dua pemain

(Rajah 5.17).

4. Berpasangan .Pemain A memulakan latihan dengan melambung bola kepada

pemain B .Pemain B membuat hantaran bawah selepas bola melantun dari

lantai.Pemain A juga berbuat demikian.Latihan ini boleh diteruskan sehingga

diberi isyarat oleh jurulatih (Rajah 5.18).

Page 19: Bola Tampar

5. Berpasangan .Pemain A melambung bola kepada pemain B .Pemain B

bergerak untuk menyambut bola dengan membuat hantaran bawah semasa

bola masih di udara.Tukar peranan selepas 10 hantaran (Rajah 5.19).

6. Berpasangan.Pemain A dan B membuat hantaran bawah bertubi-tubi supaya

bola tidak terjatuh.Bilangan hantaran yang dapat dilakukan dikira sebelum bola

terjatuh (Rajah 5.20 )

7. Berpasangan .Dalam latihan ini,anda boleh gunakan bola tampar atau bola

jaring atau bola keranjang.Pemain akan menerima bola dengan kedua-dua

tangan,menghantarnya dengan hantaran bawah dan terus merendahkan

badan untuk menggulingkan bola.Perlakuan ini diulang sehingga isyarat

diberikan oleh jurulatih (Rajah 5.21).

Page 20: Bola Tampar

8.

8. Berpasangan .Pemain menerima bola dengan kedua-dua tangan ,diikuti

dengan tangan kanan,tangan kiri dan kemudian dengan dua belah tangan

sekali lagi.Ini diulang secara bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk berhenti

oleh jurulatih.

9. Berpasangan. Pemain menerima bola dengan memukulnya ke atas di

hadapan diri sendiri,diikuti dengan pukulan ke arah rakan latihan,iaitu pemain

A.Ini diulang secara bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk berhenti oleh

jurulatih.

10.Berpasangan.Pemain membuat hantaran bawah semasa bergerak ke

hadapan ,belakang,dan sisi.Pemain melambung bola secara bergilir-gilir.

Merejam Bola

1. Latihan penujuan secara perseorangan

a. Pemain berdiri dalam satu barisan di belakang garisan serang. Apabila

isyarat diberikan oleh jurulatih, penujuan tiga langkah ke hadapan

dilakukan oleh semua pemain.

b. Latihan (1) diulangi dengan pemain menghadap jaring dan berdiri pada

garisan serang dalam tiga atau dua barisan. Selepas isyarat diberi,

pemain di hadapan akan membuat penujuan tiga langkah dan selepas itu

bergerak untuk berbaris di belakang (lihat Rajah 5.27(a)).

Page 21: Bola Tampar

c. Latihan yang sama seperti (2) diulangi dengan pemain berada dalam dua

barisan. Pemain membuat penujuan mengikut giliran dari kedudukan di

luar gelanggang. Lihat Rajah 5.27(b).

2. Latihan memukul bola berpasangan. Pemain B memegang bola dengan

menghulurkan tangan ke atas. Pemain A memukul bola dengan gaya merejam.

Perlakuan memukul diulang sebanyak 10 kali dan selepas itu kedua-dua pemain

bertukar peranan (lihat Rajah 5.28).

3. Merejam bola yang dipegang secara berpasangan. Pemain A meletakkan bola di

satu tapak tangan dan menghulurkannya ke atas untuk pemain B membuat

rejaman. Ulang sebanyak 10 kali dan tukar peranan (lihat Rajah 5.29).

Page 22: Bola Tampar

4. Melompat dan menangkap bola secara perseorangan. Pemain melambung bola

ke atas, lalu melompat dan menangkapnya pada takat tertinggi dengan gaya

rejaman, iaitu menggunakan satu tapak tangan di hadapan bola dan satu lagi di

belakang. Ulang perlakuan sebanyak 10 kali.

5. Melambung dan menangkap bola secara berpasangan. Pemain A melambung

bola untuk pemain B. Pemain B melompat dan menangkap bola dengan gaya

rejaman dari luar gelanggang seperti latihan (4).

6. Melompat dan menangkap bola yang selari dengan jaring. Jurulatih melambung

bola selari dengan jaring kepada pemain B. Pemain B berlari menuju jaring,

melompat dan menangkap bola dengan gaya rejaman.

7. Merejam bola yang dilambung. Perlakuan adalah sama seperti latihan (6), tetapi

pemain memukul bola perlahan. Ketinggian bola adalah lebih kurang satu meter

dari aras atas jaring.

Page 23: Bola Tampar

8. Merejam kuat bola yang dilambung. Ulang latihan (7). Tetapi dalam

latihan ini bola dipukul dengan lebih kuat lagi.

Page 24: Bola Tampar

Latihan Mengadang Bola

1. Bola yang dipegang. Pemain A memegang bola dengan kedua-dua tangan

sambil menghulurkannya ke atas. Pemain B cuba mengadang bola dengan

dua tangan. Ulang perlakuan ini 10 kali dan tukar peranan selepas itu (lihat

Rajah 5.32).

2. Bola yang digerakkan. Ulang Latihan 1. Pemain A menggerakkan bola ke

kanan dan ke kiri. Pemain B cuba mengadang bola itu dengan dua belah

tangan. Ulang 10 kali dan tukar peranan selepas itu.

3. Mengadang tanpa bola. Pemain berdiri di depan jaring dan cuba melompat

setinggi yang boleh untuk melakukan adangan dengan kedua-dua belah

tangan tanpa bola. Kemudian, pemain bergerak ke kanan dan ke kiri sambil

melakukan perlakuan yang sama (lihat Rajah 5.33).

Page 25: Bola Tampar

4. Menyentuh bola di atas jaring. Ulang latihan 3. Kali ini pemain melompat dan

menyentuh bola yang dipegang oleh rakan di sebelah jaring seakan-akan

melakukan adangan. Ulang sebanyak tiga kali dan bertukar peranan dengan

rakan.

5.

Mengadang bola yang dihantar dari sebelah jaring. Pemain A berdiri di hadapan

jaring dengan postur mengadang. Pemain B menghantar bola ke atas jaring

untuk ditangkap oleh pemain A. Pemain A menangkap bola dan

menghantarnya kepada pemain B sebelum menjejak kaki di gelanggang.

Ulang tiga kali dan tukar peranan dengan rakan.

6. Mengadang bola secara berpasangan. Tiga pemain berdiri di atas kerusi

sambil memegang bola. Bola-bola dihulur melepasi aras atas jaring. Dua

pemain melompat serentak untuk menyentuh bola tanpa menyentuh jaring.

Kedua-dua pemain membuat tiga lompatan dan selepas itu bertukar peranan

selepas tiga lompatan.

7. Mengadang dalam kumpulan empat orang. Empat pemain atau dua

pasangan berhadapan dengan dua orang dalam satu gelanggang. Semua

pemain bergerak ke jaring dan membuat lompatan melompat sambil

menyentuh rakan atau pasangan masing-masing. Ulang beberapa kali sambil

bergerak ke sisi.

8. Mengadang seorang-berdua-bertiga

Page 26: Bola Tampar

a) Ketiga-tiga pemain X1,X2 dan X3 melompat setempat dan serentak

untuk mengadang.

b) Pemain X2 bergerak ke sisi pemain X1. Ketiga-tiga pemain melompat

serentak apabila pemain X2 tiba di sisi pemain X1.

c) Pemain X2 bergerak ke kedudukan asal dan ketiga-tiga pemain

melompat serentak.

d) Pemain X2 bergerak ke sisi pemain X3 dan ketiga-tiga pemain

melompat serentak apabila pemain X2 tiba di sisi pemain X3.

e) Pemain-pemain X1, X2 dan X3 bergerak ke tengah dan melompat

serentak.

f) Pemain X1 dan X3 bergerak ke tempat asal dan melompat serentak

bersama pemain X2.

9. Ulang latihan 8 dengan menggunakan tiga biji bola. Tiga orang pemain

berdiri di atas bangku sambil memegang bola.

Page 27: Bola Tampar

10.Jurulatih melambung bola kea rah perejam untuk membuat rejaman dari

sebelah gelanggang. Dua orang pemain cuba mengadang bola dari sebelah

gelanggang lain.

Butiran Mengajar

Kemahiran Asas Teknik

Servis Rendah dan condongkan badan ke

depan ,sebelah kaki di hadapan.

Tangan hayun dari belakang

Bola dilambungkan sebelum dipukul

Pandang bola

Tangan ikut lajak (pindah berat badan)dan tuju ke

sasaran

Menyangga bola Bersedia dengan merendahkan badan,sebelah

kaki di hadapan

Mata memandang kea rah bola

Luruskan kedua-dua belah tangan

Kontak bola di bahagian lengan bawah

Luruskan lutut apabila menyangga

Sangga dengan ketinggian 2m di atas kepala

Kawal bola dalam petak ukuran 2mx2m

Merejam Bersedia

Berlari dan melonjak menggunakan kedua belah

kaki

Hayun tangan,lentik badan,mata pandang bola

untuk merejam(bola dilambung oleh ‘feeder’)

Hayun tangan ikut lajak

Page 28: Bola Tampar

Mengumpan Bersedia

Rendahkan badan,lutut dibengkokkan ,jari

dibuka,siku dibengkokkan atas hadapan

dahi,kedudukan kedua-dua lengan membentuk

segi tiga.

Kaki diluruskan ikut lajak

Selepas kontek dengan bola,tangan diluruskan

ikut lajak.