bmm

3
Nota: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah dan teknik sebagaimana berikut: Strategi Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa), strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran. Pendekatan Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan induktif Pendekatan deduktif Pendekatan eklektik Pendekatan komunikatif Pendekatan oral Kaedah

Upload: nur-farizah

Post on 05-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDUCATION

TRANSCRIPT

Page 1: BMM

Nota: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah dan

teknik sebagaimana berikut:

Strategi

Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan

tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran (khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa), strategi bermaksud

cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,

strategi lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.

Pendekatan

Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran

dan pengajaran yang dijalankan.

Pendekatan induktif

Pendekatan deduktif

Pendekatan eklektik

Pendekatan komunikatif

Pendekatan oral

Kaedah

Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu

pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah

pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikutidengan sesuai

bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti berikut:

Kaedah natural

Kaedah tatabahasa terjemahan

Page 2: BMM

Kaedah terus

Kaedah ajuk hafaz

Kaedah linguistik

Kaedah kod – kognitif

Kaedah situasional

Kaedah bahasa komuniti

Kaedah oral – Aural

Teknik

Teknik adalah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik

darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Di antara teknik yang

dicadangkan adalah seperti berikut:

Teknik drama

Teknik permainan bahasa

Teknik perbincangan

Teknik bercerita