bmm pemulihan

1
PENGENALAN Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira perlu dikuasai oleh murid pada peringkat awal lagi bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Pendidikan pemulihan disediakan kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran setelah dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran. Ia merupakan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid. Sementara itu pendidikan pengayaan pula merupakan suatu rancangan yang dibentuk untuk murid memperoleh pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti sejajar dengan kebolehan murid dan melibatkan semua murid dalam kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik disediakan bagi memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sikap berdikari, sifat ingin tahu dan bakat kepimpinan mereka.

Upload: ilham-izzat

Post on 01-Oct-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Bmm pemulihan, Malay Language,

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira perlu dikuasai oleh murid pada peringkat awal lagi bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan.Pendidikan pemulihan disediakan kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran setelah dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran. Ia merupakan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid. Sementara itu pendidikan pengayaan pula merupakan suatu rancangan yang dibentuk untuk murid memperoleh pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti sejajar dengan kebolehan murid dan melibatkan semua murid dalam kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik disediakan bagi memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sikap berdikari, sifat ingin tahu dan bakat kepimpinan mereka.