bmm-asimen-130329110245-phpapp02

Click here to load reader

Upload: dg-rafidah

Post on 08-Apr-2016

7 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PENGENALANFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sememangnya menjadi rujukan dan panduan serta hala tuju kepada institusi pendidikan bagi mencapai matlamat-matlamat yang menjadi agenda nasional kerajaan terutama dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama seterusnya mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, dalam usaha mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara kurikulum mata pelajaran juga perlu relevan dan selari dengan FPK. Maka, Kurikulum Bahasa Melayu juga telah digubal bagi memenuhi hasrat FPK yang menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi serta dapat menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat.Untuk itu, tugasan BMM 3101: PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH pada kali ini mengkehendaki pelajar untuk menyediakan folio yang mengandungi bahan-bahan berkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selain itu pelajar perlu menyediakan nota ringkas dan grafik berhubung perkara-perkara di atas ditambah dengan komponen utama kemahiran bahasa, konsep 5P, Pengisian Kurikulum dan Kemahiran Bernilai Tambah dan akhirnya menyediakan satu contoh rancangan pengajaran harian tahap dua dengan memasukkan aspek-aspek 5P dan Kemahiran Bernilai Tambah.

1.0Falsafah Pendidikan KebangsaanFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah seperti berikut; Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Gambar rajah 1: Aspek-aspek dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan1.1 Komponen Utama Kemahiran Berbahasa

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah menyatakan terdapat empat kemahiran bahasa iaitu:i. Kemahiran MendengarMerujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

ii. Kemahiran BertuturMerujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, perasaan, pendapat serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.

iii. Kemahiran MembacaMerujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan sebagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan disamping murid berkeupayaan menghayati teks bacaan.

iv. Kemahiran MenulisMerujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti dalam menghasilkan penulisan ilmiah dan imaginatif.

Gambar rajah 2: Komponen Utama Kemahiran Bahasa

Gambar rajah 3: Perincian Kemahiran-kemahiran berbahasa

1.2 Konsep 5PKonsep 5P adalah merupakan sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 5P yang dimaksudkan ialah:a) PenggabungjalinanIa merupakan proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Murid dapat menguasai beberapa kemahiran serentak sama ada berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang berlainan (inter bidang) atau dalam bidang yang sama (intra bidang). Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa juga digabungjalinkan. Unsur-unsur yang digabungjalinkan dapat dilihat dalam huraian berikut:

Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses P&P sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Contohnya kemahiran berbahasa, mendengar dan bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran membaca. Ia bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Tatabahasa boleh digabung secara terancang dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

b) PenyerapanMerupakan proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah dalam P&P Bahasa Melayu. Penyerapan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta tema yang mencakupi hal-hal persendirian dan kemasyarakatan. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam P&P. Nilai murni dan ilmu dapat diserap ke dalam diri murid secara langsung atau tidak langsung. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran-kemahiran berbahasa. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu kini memberi penekanan kepada kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam P&P. Kemahiran bernilai tambah juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran, kebolehan murid serta sumber sedia ada.

c) PengayaaanAktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid mempunyai tahap kebolehan, keupayaan, bakat dan minat yang berbeza-beza. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dari jangka masa yang ditetapkan boleh diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sama dengan bimbingan guru atau bersendirian.

d) PemulihanAktiviti pemulihan diberikan/ disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilakukan mengikut kadar kemampuan murid.

e) PenilaianIa merupakan sebahagian daripada proses P&P yang bertujuan bagi mendapatkan maklumat menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif P&P. Justeru, penilaian secara berkala dan berterusan perlu dilakukan serta tindakan susulan bagi mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid.

Gambar rajah 4: Konsep 5P dalam pengajaran Bahasa Melayu

Gambar rajah 5: Perincian Konsep 5P

1.3 Pengisian KurikulumElemen dalam pengisian kurikulum merupakan elemen yang diserap dalam konteks kemahiran bahasa yang terdapat dalam Hasil Pembelajaran. Elemen yang dimaksudkan adalah seperti dalam gambar rajah berikut:

Gambar rajah 6: Pengisian Kurikulum

Gambar rajah 7: Perincian Pengisian Kurikulum

1.4 Kemahiran Bernilai TambahBerdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 4 (2003: 13) menyatakan, kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia global. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Gambar rajah 8: Kemahiran-kemahiran bernilai tambah

Gambar rajah 9: Perincian Kemahiran Bernilai Tambah.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHAP 2Mata pelajaran: Bahasa MelayuTahun: 5 RajinBilangan Murid : 30 orangTema: KebudayaanTajuk : Perayaan di MalaysiaTarikh : 12 April 2011Masa : 60 minitObjektif: Pada akhir pelajaran murid dapat;i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan.ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia.iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenaipengalaman mereka menyambut perayaan masing-masingdengan menggunakan ayat majmuk yang betul.Fokus P&P: 1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yangsesuai.Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasiIlmu : Bahasa Melayu, KebudayaanNilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):

i) Kemahiran Berfikir :Membuat perbezaan, membuat inferens dan kemahiran mengkategori.ii) Kemahiran Belajar :Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.iii) Kecerdasan Pelbagai :Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.iv) Pembelajaran Kontekstual:Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.v) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi:Murid dapat menggunakan teknologi semasa P&P.

BBM: Power point, buku latihan dan alat tulis.Konsep 5P: i) Penggabungjalinan ii) Pengayaan iii) Pemulihan iv) Penilaian v) PenyerapanMasa/ LangkahIsi PelajaranAktiviti PelajaranCatatan

Set induksi(5 minit)Murid ditayangkanpower point yangberkaitan denganjenis-jenis perayaan yang terdapat diMalaysia.i) Murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya.ii) Murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka.iii) Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari tersebut.5P: Penggabungjalinan dan penyerapan

KBT:Kemahiran berfikir-membuat perbezaanPembelajaran kontekstual-kaitan tajuk dengan pengalaman murid.

BBM:Power point point

Langkah 1(15 minit)Guru memberi teks cerita yang bertajukPerayaan Di Malaysia melalui power point.i) Murid dikehendaki untuk mengklik salah satu pautan yang disediakan.ii) Murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonasi serta gaya yang betul.iii) Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut.iv) Kemudian guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan petikan tersebut.KBT:Kemahiran Teknologi Maklumat-murid mendapat peluang menggunakan komputer untuk klik pautan.

BBM:Teks petikan dan power point.

Kemahiran Bahasa:Kemahiran mendengar, bertutur dan membaca.

Langkah 2(15 minit)Guru mengadakan perbincangan kumpulan antaramurid-murid danmelakukanpembentanganmelalui power point.i) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.ii) Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan.iii) Murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka.iv) Kemudian kumpulan yang berjaya menyiapkan dahulu akan membentangkan hasil perbincangan mereka dan mereka akan mendapat ganjaran.v) Guru bertanya berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka.KBT:Menghubungkait, pembelajaran kontekstual dan menjana idea

Nilai:Hormat- menghormati dan kerjasama.

BBM:Power point

Langkah 3(20 minit)Guru memberi latihan kepada murid-murid.

Aktiviti Pengayaan iaitu:Menulis karangan pendek berdasarkantajuk yang diberi.

Aktiviti Pemulihan:Menyiapkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong.i) Guru terlebih dahulu menyoal murid sama ada mereka memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut atau tidak.ii) Guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia.iii) Guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong.5P:Penggabungjalinan, pengayaan, pemulihan dan penilaianKBT:Kmeahiran berfikir-membuat inferensKemahiran Bahasa:Kemahiran menulis dan bertutur.Nilai:Menghargai, kerjasama dan tekun.BBM:Lembaran kerja/ kertas latihan.

Penutup(5 minit)Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.

Guru juga menayakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran danpembelajaran.i) Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka.ii) Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Nilai-nilai murni :-Menghargai-Bersyukur-Menghormati-bekerjasama

REFLEKSI:Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Dari aspek pemerolehan ilmu terdapat beberapa orang murid masih memerlukan bimbingan guru dan perlu dilakukan aktiviti pemulihan dan pengukuhan agar mereka tidak terus tercicir terutamanya dari segi kemahiran bahasa.RUJUKANChoong lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber internet:http://science018.blogspot.comhttp://www.moe.gov.myhttp://syiqinradi87.tripod.com