asimen kertas kerja

Upload: johari-bin-zakaria

Post on 18-Jul-2015

202 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HBIS 3403 SEM sept 2011

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2011

HBIS 3403 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL P. PEMBELAJARAN

: JOHARI BIN ZAKARIA : 730817075715002 : 730817-07-5715 : 016-4161874

: [email protected] : IPG KAMPUS T. BAINUN

1

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

PROGRAM MOTIVASI BELAJARTEMA: SEMARAK MINDA TAJUK PROGRAM: PERMANTAPAN ILMU MENJANA KECEMERLANGAN UMMAH

Disediakan oleh :....................................................... En. Johari bin Zakaria Setiausaha Program Motivasi Belajar Disemak & disahkan oleh:.................................................. ( Haji Zakria bin Mustafa ) Pengetua SMK Kepala Batas 13200 Pulau Pinang

KERTAS KERJA DASAR 2Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

PROGRAM MOTIVASI BELAJAR PROGRAM MOTIVASI SEMARAK MINDA 2011 PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANCHANG PENDAHULUAN Alhamdulillah atas segala- galanya .Segala puji- pujian miliknya Yang Maha Esa,Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya Lagi Maha Pemberi hidayah yang menganugerahkan ilham kepada sesiapa jua yang Dia kehendaki .Selawat serta salam untuk kekasih Allah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ikon mukmin sedunia, juga buat keluarga dan sahabatnya, muslimin dan muslimat. 1.0 Pengenalan program motivasi belajar

Program ini dicetuskan dan diilhamkan oleh guru-guru Pendidikan Islam SMK Kepala Batas ,bagi meraikan pelajar dan belia sekitarnya. Ianya bertujuan memberi motivasi tentang kepentingan ilmu bagi membentuk generasi pelajar dan belia sebagai Modal Insan menepati wawasan yang ditetapkan oleh kerajaan .Selain itu diterapkan nilai kerohanian kepada pelajar dan belia agar menjadi pelajar berilmu dan berjaya dunia dan akhirat .Semoga generasi yang bakal lahir khususnya murid-murid SMK Kepala Batas dan belia sekitarnya adalah generasi Rabbani yang berilmu serta memiliki syahsiah dan akhlak yang murni yang sentiasa menunjang agama di setiap pelusok kehidupan . Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka pihak guru Pendidikan Islam SMK Kepala Batas, Pulau Pinang telah membuat perancangan rapi mengenai Program Motivasi Belajar yang bertemakan semarak Minda . Pemantapan Ilmu Menjana Kecemerlangan Ummah Motivasi Belajar kali ini. telah dipilih sebagai tajuk bagi Program

3

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Di harapkan para pelajar dan belia mendapat pendedahan secukupnya mengenai kepentingan ilmu dan akan memartabatkan lagi kedudukan masyarakat Islam sebagai khayra ummah umat terbaik. Anjuran JAWATAN KUASA GURU PENDIDIKAN ISLAM SMK Kepala Batas, Pulau Pinang Perasmi Cadangan Perasmi Majlis Pembukaan Program Motivasi ialah: Perasmian Pembukaan oleh : HAJI ZAKRIA BIN MUSTAPHA Pengetua SMKKepala Batas, Pulau Pinang Perasmian Penutup oleh : DR AZMI BIN AHMAD SAUDI Pengarah IKBN Bukit Besar, Kulim Kedah Darul Aman

1.1. Konsep kewajipan menuntut ilmu serta kewajipan mengajar ke atas setiap Muslim

Menuntut ilmu merupakan satu fardu atau kewajipan kepada setiap individu muslim lelaki dan perempuan muslim . Arahan dan saranan menuntut ilmu jelas terpapar dalam wahyuIlahi baik dari ayat-ayat al-Quran mahupun dari hadith Baginda Rasulullah salla al-lahu alaihi wa sallam. Antara dalil-dalil yang menekankan kewajipan menuntut ilmu adalah seperti berikut: i. (Ibn Masud berkata bahawa Rasulullah salla l-lahu alaihi wa sallam telah Hendaklah kamu semua mempelajari ilmu dan ajarkanlahnya kepada

bersabda kepadanya orang ramai, belajarlah fardu-fardu dan ajarkanlahnya kepada orang ramai, belajarlah 4

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

al-Quran dan ajarkanlahnya kepada orang ramai kerana sesungguhnya aku seorang yang akan dikembalikan dan ilmu akan akan dikembalikan (lalu) fitnah-fitnah akan muncul sehingga (apabila) dua orang berselisih pendapat tentang satu fardu mereka tidak ii. menemui seorang pun yang memutuskan perselisihan mereka

Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas

setiap umat Islam . iii. Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu dari dalam buaiahingga

ke liang lahad". iv. China". v. Allah taala berfirman Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri

maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak Mengetahui vsurah 43

Dan Firman Allah dalam surah 19

maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan (Yang Haq) melainkan Allah dan mohonlah keampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mumin laki-laki dan perempuan)

5

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

vi.

Allah taala berfirman yang ertinya, Allah mempersaksikan bahwasanya tidak

ada sesembahan yang hak selain Dia, begitu juga para malaikat mempersaksikan yang demikian itu, begitu pula ahli ilmu, demi menegakkan keadilan, tidak ada sesembahan yang hak selain Dia Yang Maha perkasa lagi Maha bijaksana. (QS. Ali Imran [3]: 18) Di dalam ayat ini Allah menjadikan persaksian malaikat dan ahli ilmu untuk turut mempersaksikan keesaan-Nya Yang Maha suci. Yang dimaksud dengan ahli ilmu ialah orang-orang yang memiliki ilmu tentang Allah, orang-orang yang memahami agama-Nya dan mempunyai rasa takut kepada-Nya Yang Maha suci dan berusaha untuk mendekatkan diri kepada-Nya, selalu mematuhi aturan dan batasan yang digariskan-Nya . vii. Hal itu sebagaimana tercantum dalam firman Allah azza wa jalla yang artinya,

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. (QS. Faathir [35] : 28). Ilmu itu tinggi nilainya. Harga seseorang itu ialah ilmunya. Ilmu itu di dalam dada, bukan di tulisan. Tidak ada kemiskinan melebihi kebodohan, tidak ada harta melebihi akal..(HR Ibnu Majah). Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. (Al-Majadalah:11) Manusia yang terbaik ialah mumin yang berilmu, jika diperlukan, dia berguna. Dan jika tidak diperlukan, maka dia dapat mengurus dirinya sendiri (HR AlBaihaqi dari Abid Darda). Hai sekalian jin dan manusia, jika kamu dapat menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka tembuslah. Kamu tidak akan dapat menembusi nya kecuali dengan kekuatan(ilmu).(Ar Rahmaan:33). Al-Ala' bin Abdirrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jika mati anak Adam putus (terhenti) semua amal perbuatan (kegiatannya), kecuali tiga macam iaitu: (1) Ilmu yang berguna (yang diajarkan sehingga orang-orang melakukan ajarannya). Hadith dan ayat-ayat di atas dan banyak lagi dalil-dalil naqli yang lain jelas menuntut 6Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

individu muslim, para guru terutamanya supaya menuntut ilmu. Ia juga menunjukkan bahawa ilmu adalah pra syarat kepada amal kerana amal yang tidak berasaskan kepada ilmu boleh membawa kerosakan. Berpandukan hakikat ini al-Bukhari telah menyusun di dalam Sahihnya satu bab yang dinamakan ( bab ilmu sebelum kata dan amal). Guru sebagai ilmuan adalah individu yang utama menyedari dan harus disedari dengan tuntutan ini dan menjadi kewajipan mengajar ke atas setiap muslim. Usaha pemantapan ilmu dan kemahiran di kalangan guru oleh guru dan pihak berwajib perlu diberikan keutamaan dan penegasan. Qurtubi di dalam tafsirnya menjelaskan sekiranya terdapat suatu yang lebih tinggi darjat kemuliaannya berbanding ilmu, nescaya Allah Taala pasti memerintahkan Nabinya salla llah alaihi wa sallam supaya memohon penambahan yang serupa. Dalam konteks ini, ilmuan Islam ditegah dari bersifat berpada dengan kadar ilmu yang dimiliki sebaliknya dituntut supaya melakukan pembaikan dan penambahan ilmu secara berterusan. Menuntut ilmu tidak harus dianggap sebagai satu bebanan kerana ilmu merupakan suatu yang amat bernilai yang harus dituntut hingga ke akhir hayat .Penambahan Ilmu pula merupakan satu tuntutan kepada setiap muslim sepertimana firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah 114 Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan Jelas bahawa Allah mengarah hambanya memohon penambahan ilmu.

2.0 Objektif dan rasional program motivasi belajar dan kategori ilmu yang 7 Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 ) dituntut berserta contoh.

HBIS 3403 SEM sept 2011

2.1i.

Objektif program ini adalah untuk: Membentuk generasi peserta sebagai Modal Insan menepati wawasan yang ditetapkan oleh kerajaan.ii. Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan menuntut ilmu kerana

Allah SWT dan tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul sebagai pelajar terhadap diri ,keluarga , sekolah dan masyarakat. .iii. Memotivasikan peserta agar sedia melakukan perubahan sikap demi kejayaan

dunia dan akhirat . iv. Membimbing peserta agar bijak dalam mengurus masa ,diri dan mengetahui teknik belajar yang berkesan .v. Penerapan unsur-unsur Islam yang syumul khususnya dalam penguasaan ilmu

pengetahuan ( fardhu ain dan fardhu Kifayah ) pada diri peserta dan merapatkan ukhwah diantara peserta. 2.2 Program ini dianjurkan dengan rasionalnya bahawa para pelajar berupaya mengurus

diri dan bijak menangani masalah seterusnya dapat membentuk diri ke arah yang lebih baik sekiranya diberi ruang dan peluang di samping sokongan rakan-rakan dan mereka yang signifikan dalam kehidupan seharian .Guru adalah pembimbing dan pendorong agar pelajar dapat membentuk jati diri yang mantap dan berjiwa besar .Oleh itu Program ini dicetus dan diilhamkankan buat merealisasikan hasrat dan cita cita itu . 2.3 :Syariah Islam menggariskan dua bahagian besar ilmu iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah . Ilmu fardhu ain boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu ilmu yang berkaitan rukun iman,yang berkaitan dengan hukum hakam ,yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diharamkan dan yang berkaitan dengan pergaulan dan muamalah seharian ( Amir.A Rahman ,1991:110-111). Fardu kifayah pula adalah bidang ilmu yang 8

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

luas dan seiring dengan perkembangan zaman .Sebahagian umat islam diwajibkan untuk mengetahuinya agar tidak memberikan kesan buruk kepada Islam yang mungkin menghadapi ketinggalan dalam bidang kebendaan serta terancam keselamatannya . AL-IMAM AL-GHAZALI membahagikan ilmu kepada Ilmu fardu ain, wajib ke atas setiap individu mendalami ilmu-ilmu berkait dengan aqidah dan ibadah wajib, dan Ilmu fardu kifayah, wajib ke atas masyarakat seperti ilmu perubatan, kejuteraan dan ilmu-ilmu sains serta teknologi moden. Umat Islam didorong supaya sentiasa memantapkan diri dengan ilmu yang tidak hanya terbatas kepada ilmu fardhu tetapi digalakkan untuk mengkaji sebanyak mungkin ilmu yang berkaitan dengan ilmu kifayah. Kedua-dua ilmu ini penting untuk memandu manusia kearah kesejahteraan hidup didunia dan melahirkan umat yang beriman, beramal soleh serta bertakwa kepada Allah s.w.t. Satu tanggapan silap apabila kita hanya menitikberatkan persoalan ibadah khusus semata-mata seperti solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya, tetapi meninggalkan urusan umat yang berbentuk menyedia dan memakmurkan dunia serta melepaskan diri daripada belenggu kekuatan musuh-musuh islam. Disamping itu perlu dipelajari ilmu akhlak untuk mengetahui adap sopan santun yang perlu kita laksanakan dan tingkahlaku yang harus kita tinggalkan .Selain itu harus mengetahui kepandaian dan keterampilan yang menjadi tonggak hidupnya . Seminar Internasional Pendidikan Islam di Makkah pada tahun 1977, mengklasifikasikan ilmu menjadi dua kategori: 1. Ilmu yang hidup kekal abadi (perennial knowledge) iaitu ilmu perkaraperkara aqidah atau keimanan berdasarkan wahyu Ilahi dalam Al-Quran dan Hadis serta segala yang dapat diambil dari keduanya, antara lain merangkumi ilmu terhadap 9 Allah, perbuatan-perbuatanNya, makhluk-makhlukNya, ibadah, halal haram, hukum syariah dan akhlak.Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

2. Ilmu berdasarkan hasil yang dicapai (acquired knowledge) termasuk sains selama tidak bertentangan dengan syari'ah. Seluruh punca & sumber pengetahuan boleh digunakan untuk mendapat ilmu berkaitan termasuk pancaindera, pengalaman, akal, pemikiran dan permenungan.

3.0 : Kepentingan menuntut ilmu berbanding material dalam kehidupan manusia.

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan. Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah; 2.1 Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ; Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orangorang yang diberi ilmu pengetahuan" 2.2 Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ; 10Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Maksudnya; Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa 2.3 dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ; Maksudnya Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di 2.4 akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah 2.5 umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka .bumi dengan sebaiknya Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi 2.6 benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara .agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu 2.7 .pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui 2.82.8 .ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil 11

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Oleh itu tujuan menuntut ilmu bukan bermatlamatkan ilmu semata-mata tetapi ia merupakan wasilah atau jalan untuk memahami dan menguasainya bagi melaksanakan ubudiyyah kepada Allah SWT . Ilmu bukanlah sekadar memberi peluang kerjaya dan mendapat kerja yang lebih baik untuk menyara kehidupan serta memperoleh pendapatan bulanan yang tinggi dan tetap. Tetapi kepentingan menuntut ilmu adalah bertujuan untuk melaksanakan petunjuk Allah SWT . Diantara ilmu dan material sudah pasti ilmu adalah penting dalam kehidupan manusia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Menuntut Ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat.

Ummat Islam harus kembali giat menuntut ilmu. Menurut Al Ghazali, sesungguhnya menuntut ilmu itu ada yang fardu ain (wajib bagi setiap Muslim) ada juga yang fardu kifayah (paling tidak ada segolongan ummat Islam yang mempelajarinya.

4.0. Perincian sasaran dan jawatankuasa induk dan jawatan kuasa pelaksana 4.1PERLAKSANAAN PROGRAM (a) Perancangan dan Kumpulan Sasaran Kami telah merancang program ini sejak awal bulan Januari. Idea untuk menjalankan program ini dicetuskan oleh Dr Azmi b. Ahmad Saudi Pengarah IKBN Temerloh merangkap Yang Dipertua PIBG SMK berbincang dengan AJK PIBG Lanchang.Seterusnya, kami menjalankan sesi

mesyuarat AJK kelab bagi merangka aturcara program motivasi ini. Selain itu, kami turut bagi melicinkan proses perlaksanaan program. Oleh yang demikian, kami telah mengambil keputusan untuk manjalankan program motivasi ini dalam tempoh masa terdekat. Sebelum merancang, kami turut sama berbincang dengan semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas . Mereka telah memberi maklum balas yang menggalakkan dan memberi persetujuan kepada kami untuk menjalankan program ini. 12Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Kumpulan

sasaran

program

ini

adalah

terdiri

daripada

:

Pelajar Tingkatan 3 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas Belia-belia yang tingal berhampiran bandar Lanchang

4.2 Strategi Perlaksanaan Program Persediaan awal 1. Membentuk jawatankuasa program dengan melibatkan semua AJK kelab. 2. Membincangkan tajuk program yang sesuai mengikut tema Semarak Minda. 3. Membuat keputusan untuk memilih tajuk berkaitan dengan program yang bakal dijalankan. Tajuk program yang dipersetujui ialah : Pemantapan Ilmu Menjana Kecemerlangan Ummah 4. Mengenal pasti individu atau pihak yang perlu dihubungi seperti penceramah jemputan untuk mendapatkan kebenaran bertulis. (rujuk lampiran) 5. Mendapatkan nasihat dari penaung tentang proses perlaksanaan. 6. Mandapatkan surat kebenaran daripada pihak Pengurusan Tempat 7. Mendapatkan surat kebenaran daripada pihak yang terlibat 8. mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa pelajar. (semasa sesi pendaftaran) 9. Membahagikan tugas kepada setiap AJK seperti yang berikut: (Rujuk Lampiran)

4.4

Struktur Organisasi

JAWATAN KUASA INDUK

ORGANISASI PROGRAM 13Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

PENAUNG Dr Azmi bin Ahmad Saudi Pengarah IKBN Bukit Besar, Kulim PENASIHAT Hj Zakria bin Mustafa Pengetua SMK Kepala Batas PENGERUSI Haji Mat Sah bin Abd Rahman Guru Hal Ehwal Pelajar SETIAUSAHA En Johari bin Zakaria Ketua Jawatankuasa Pendidikan Islam TIMBALAN SETIAUSAHA Pn Aida Mashita Binti Alimin BENDAHARI En Kamarul Nizam b. Che Man

4.5 JAWATANKUASA PELAKSANA AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT PENYELARAS PROGRAM & PUBLISITI 14

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Ketua Timbalan

: En Zulhalimi Bin Nadzir : Pn Nurul Samsinar Binti Zamanhuri

UNIT JAMUAN Ketua : En Syamir Amri Bin Hasyim Timbalan : Pn Nor Aimy Sofea Binti Norhisyam UNIT CENDERAHATI Ketua : En Hakim Irsyad Bin Muhammad Timbalan : Pn Alia Natasya Binti Nasiruddin UNIT PERSIAPAN & TEKNIKAL Ketua : En Suffi Asyraf Bin Roslan Timbalan : Cik Wan Amalina Binti Kamal UNIT PENGISIAN & KEROHANIAN Ketua : En Syakir Aiman Bin Suhaimi Timbalan : Cik Rozalinda Binti Ishak UNIT DISIPLIN & PROTOKAL Ketua Timbalan : En Harith Fauzan Bin Abdullah : Cik Syaza Hamani Bt Samsudin

UNIT PERHUBUNGAN & TUGAS-TUGAS KHAS Ketua Timbalan : Pn Hamsiah Binti Juki : Pn Rosmiza Binti Abu Bakar

PENYELARAS TEMPAT 15

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Ketua Timbalan

: En Adam Karimi bin Abdul Halim : Cik Nurul Hayati Binti Abdul Majid

5. 01 Pelan Tindakan Program Motivasi Belajar TARIKH Program ini akan diadakan pada : 24 , 25 , 26 Mac 2011 Khamis , Jumaat dan Sabtu Tempat Program ini akan diadakan di:Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN) Bukit Besar, Kulim Kedah Darul Aman 5.2 Pengisian Program

A.. CERAMAH BERSAMA MENGEMBARA KE MENARA GADING B. DEBAT ILMU C . CERAMAH MOTIVASI D . QIAMULLAIL HEMBUSAN KASTURI E. ILMU DIJUNJUNG , AKHLAK & PERIBADI DI SANJUNG Tayangan Multimedia F. TAZKIRAH DAN SOLAT BERJEMAAH

16

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

5.3 ANGGARAN BELANJAWAN Peruntukan Tabung PIBG SMK K. Batas

RM 500.00 RM 10.00 X 20 : RM 200.00 RM 300.00 RM 350.00 RM 1350.00

Yuran Pendaftaran Peserta Sumbangan dari IKBN Sumbangan dan tajaan

JUMLAH KESELURUHAN

Perbelanjaan Jamuan Bahan ( fail & kertas) Banner Saguhati Penceramah Sijil & Cenderamata Lain-lain RM 600.00 RM 250.00 RM 50.00 RM 200.00 RM 100.00 RM 100.00

17

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

5.4

TENTATIF PROGRAM

Perlaksanaan sebelum Program Tarikh dan butiran perlaksanaan program TARIKH 10 Februari 2011 PERLAKSANAAN Merancang program tahunan dan program yang akan diadakan pada bulan Mac. Seterusnya kami telah bersetuju untuk mengadakan program Motivasi seperti yang telah dicadangkan oleh YDP PIBG . Selain itu, beberapa ahliJawatan Kuasa PIBG dan guru dihubungi bagi menanyakan pendapat mereka tentang program Motivasi tersebut. Satu jawatankuasa seramai 16 orang yang terdiri daripada AJK guru dan PIBG telah dibentuk bagi melicinkan proses perlaksanaan program Motivasi yang bakal diadakan pada 24 -26 mac 2011 nanti. Penyediaan laporan awal tentang program yang bakal diadakan. termasuk surat-surat rasmi.

15 Februari 2011

05 Mac 2011

ATURCARA PROGRAM KEM KECEMERLANGAN

24 MAC 2011

KHAMIS

AKTIVITI

TEMPAT

TINDAKAN

5.OO PETANG 6.OO PETANG : PENDAFTARAN PELAJAR & BELIA 6.OO PETANG 7.00 MALAM : TAKLIMAT PROGRAM & MAKAN MALAM 7.00 MALAM 9.00 MALAM : SOLAT MAGHRIB & TAZKIRAH SOLAT ISYAK BERJEMAAH SURAU DATARAN IKBN -PENYELARAS PROGRAM& PUBLISITI -UNIT PENGISIAN - UNIT TEKNIKAL -UNIT PERSIAPAN

18

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

9.00 MALAM 10.00 MALAM : MAJLIS PERASMIAN 10.00 MALAM 11.30 MALAM: LDK 1: SESI TAARUF UMUM 11.30 MALAM: BACAAN AL MULK DIULIT MIMPI DEWAN 1

- UNIT JAMUAN

4.30 PAGI 6.30 PAGI : QIAMULLAIL HEMBUSAN KASTURI DAN 25 MAC 2011 JUMAAT SOLAT SUBUH 6.30 PAGI 8.00 PAGI : SANTAPAN PAGI & RIADAH 8.00 9.00 PAGI : PENGURUSAN DIRI 9.00 PAGI 11.00 PAGI : LDK 2 : ICE BREAKING 11.00 PAGI 11.30 PAGI : REHAT & TEA BREAK 11.35 PAGI 1.00 TENGAH HARI :SLOT 1 CERAMAH 1 BERSAMA MENGEMBARA KE MENARA GADING OLEH 25 MAC 2011 JUMAAT 1.00 PETANG 2.30 PETANG REHAT , MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR 2.30 PETANG 3.30 PETANG :SLOT 2 ILMU DIJUNJUNG , AKHLAK & PERIBADI DI SANJUNG Tayangan Multimedia 3.45 PETANG 4.45 PETANG SLOT 3 DEBAT ILMU DAN MATERIAL DALAM KEHIDUPAN REHAT & SOLAT ASAR BERJEMAAH 5.20 PETANG 6.40 PETANG :SLOT 4 KEMBARA EXPLORECE KEMBARA ILMU 6.45 PETANG 7.15 MALAM : SANTAPAN MALAM & HEMAT DIRI TAMAN ILMU IKBN BILIK TAYANGAN IKBN DEWAN UTAMA SURAU IKBN -UNIT SEMINAR -UNIT PELAN & STRATEGIK - UNIT TEKNIKAL & AUDIO -UNIT PERSIAPAN - UNIT JAMUAN

19

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

7.20 MALAM 9.00 MALAM : SOLAT MAGHRIB & KULIAH UKHWAH ISLAMIYAH ASAS PERSAHABATAN SOLAT ISYAK BERJEMAAH 9.15 MALAM -10.30 MALAM : CERAMAH 2 MOTIVASI MOTIVASI DIRI SIAPA AKU 10.30 MALAM -10.45 MALAM : REHAT & MAKAN MALAM 10.45 MALAM 11.45 MALAM LDK 3: MUHASABAH DIRI SIAPA AKU 12.00 MALAM: DIULIT MIMPI DEWAN UTAMA SURAU IKBN

5.30 PAGI- 6.30 PAGI: SOLAT SUBUH & BACAAN MATHURAT 6.30 PAGI -8.00 PAGI : SANTAPAN PAGI SURAU IKBN -UNIT SEMINAR -UNIT PELAN & STRATEGIK - UNIT TEKNIKAL & AUDIO -UNIT PERSIAPAN 8.00 PAGI -9.00 PAGI : RIADAH KEMBARA MINDA & HEMAT DIRI 9.10. PAGI 11.30 TENGAHARI : 26 MAC 2011 SABTU CERAMAH 3 KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU BERBANDING MATERIAL DALAM KEHIDUPAN 11.45 PAGI 12.45 TENGAHARI PERASMIAN PENUTUPAN & MAJLIS WIDA 12.45 PETANG 2.00 PETANG: MAKAN TENGAH HARI & SOLAT ZUHUR BERJEMAAH AUDITORIUM BESAR - UNIT JAMUAN

20

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

5.5

KAEDAH YANG AKAN DIGUNAKAN SEPANJANG PROGRAM Motivasi merupakan jantung-nya proses belajar. Oleh kerana motivasi begitu

penting dalam proses pembelajaran, maka tugas guru yang pertama dan terpenting adalah membangkitkan atau membangun motivasi pelajar terhadap apa yang akan dipelajari oleh pelajar. Motivasi bukan sahaja menggerakkan tingkah laku, tetapi juga mengarahkan dan memperkuat tingkah laku. Pelajar yang bermotivasi dalam pembelajaran akan menunjukkan minat, semangat dan ketekunan yang tinggi dalam pelajaran, tanpa banyak bergantung kepada guru. Oleh itu diharapkan aktiviti yang dijalankan akan mengembangkan serta menggerakkan motivasi pembelajaran peserta itu ke tahap yang maksimum. Banyak teknik dan kaedah yang dapat dipergunakan untuk meningkatkan motivasi murid dalam belajar. Peserta akan selalu diingatkan betapa pentingnya mengapa mereka harus belajar dengan sungguh-sungguh dan berusaha untuk berprestasi sebaik-baiknya. Peserta akan dirangsang perasaan ingin tahu dengan cara memperkenalkan contoh-contoh yang khas dalam menerapkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip. Doronglah pelajar untuk mempergunakan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman yang telah mereka pelajari dari bahan pelajaran sebelumnya untuk mempelajari bahan-bahan yang baru. Kaedah dan unsur permainan akan digunakan bagi menarik minat dan memudahkan pemahaman pelajar terhadap bahan yang dipelajari. Peserta juga akan didorong untuk melaksanakan usaha-usaha penemuan atau berbagai percubaan (penyelidikan) untuk menemukan sesuatu yang belum pernah ada.

21

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Selain itu kaedah perbincangan dan perdebatan juga akan digunakan contohnya peserta akan diminta berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan rukun mengenai kepentingan ilmu dalam kehidupan .Tujuan kaedah ini untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang peserta tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan .Kaedah ini juga bertujuan bagi menggalakkan perkembangan mental para pelajar.

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

6.1 .Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang berkesan dari pelbagai aspek di sekolah untuk memastikan peningkatan ilmu pelajar tercapai: Pengajaran, pembelajaran dan pendidikan merupakan tiga istilah yang saling berkaitan di antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan. Apabila ada guru yang mengajar tentulah ada murid yang belajar. Maka di sini berlaku pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran tentulah ada bahan atau ilmu yang diajar atau pendidikan yang diterapkan. Ilmu yang didapati dan nasihat yang berkesan itulah yang menjadi pendidikan Islam kepada murid.

Walaupun demikian, ada kalanya berlaku proses pengajaran tetapi tidak berlaku pembelajaran. Ada masanya pula berlaku pengajaran dan pembelajaran tetapi tidak berlaku pendidikan. 22

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Oleh itu kita perlu menjadikan Rasulullah sebagai rujukan kerana baginda mempunyai pelbagai sumber ilmu yang amat berguna untuk diamalkan dalam profesion perguruan. Antara sumber ilmu tersebut adalah kaedah pengajaran yang digunakan oleh Rasulullah SAW dan para Cendikiawan Islam yang tersohor se antero dunia. Baginda menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dalam menyampaikan ilmu dunia dan akhirat kepada pengikut-pengikut Baginda meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Antara kaedah yang Baginda gunakan ialah:

Kuliah Khutbah Mujadallah Gambaran - kini dikenali sebagai penggunaan bahan audio visua Halaqah dan banyak lagi....

Baginda sebenarnya sudah mendahului pelbagai strategi pengajaran yang masa kini disebut sebagai teknologi pendidikan. Hanya ketiadaan komputer pada zaman baginda sahaja yang membezakan strategi pengajaran yang digunakan dengan strategi pada zaman ini. Walau bagaimanapun Baginda telah mempelopori dan menunjukkan contoh strategi pendekatan pengajaran yang amat sesuai dengan kehendak pelajar Dalam sebuah buku yang bertajuk Nabi Muhammad: Guru dan Pendidik Terulung, ditulis oleh As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (diterjemah oleh Hj. Shuhadak Mahmud, Dirasat Ulya, Jamieah Maftuhah, Kaherah, Mesir) .Buku ini menghuraikan 40 teknik cara mengajar oleh Rasulullah.

Antara kaedah-kaedah yang digunakan ialah:

Qiraah (bacaan) 23Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Hafz (hafazan) Kitabah (tulisan) Imlai (menyalin) Istiwbat (ambilan) Tardid (ulang sebut)

Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. Mestilah bersesuaian dengan tujuan dan matlamat pelajaran . 2. Mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai dan mempunyai masa yang mencukupi dan bersesuaian .

3 . Haruslah bersesuaian dengan tabiat (nature) , sepadan atau setara dengan umur pelajar .

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkaraperkara berikut, iaitu: 1. Tujuan am (learning goal) dan objektif pelajar (specific objective) 24Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

2. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran 3. Perlu ada mekanisma dan penilaian untuk pencapaian dan kemajuan pelajar . Berikut adalah cadangan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang akan memberi keberkesanan bagi memastikan berlakunya peningkatan ilmu di kalangan pelajar . Pengenalan dan set Induksi dilakukan di awal sesi bagi memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini jarang-jarang dilakukan oleh guru-guru yang mengajar di sekolah . Mengikut Omardin Ashaari (1997) induksi set perlu dalam memulakan pengajaran dan ia sangat penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara lain ia bertujuan untuk: a. Menarik perhatian pendengar atau murid. Iaitu bercakap sesuatu untuk menarik perhatian sebagainya. semua pelajar kepada guru seperti perhatian bercerita, kepada bersoal guru, jawab barulah dan guru Setelah semua memberi memantau dan mengukur

memulakan kuliahnya. b. Memotivasikan pelajar. Iaitu untuk merangsang jemaah supaya beri perhatian kepada tajuk yang akan dibincangkan c. Mewujudkan perkaitan di antara isi pelajaran yang dibincangkan pada minggu lepas dengan isi yang baru pada hari ini, supaya nampak kesinambungannya (Omardin Ashaari, 1997). Berdasarkan kepada tujuan di atas, maka guru eloklah mulakan pengajaran (selepas Hamdalah (memuji Tuhan), salawat dan salam serta doa) dengan menyebut kembali perkara-perkara yang telah dibincangkan pada minggu lepas. Kemudian sebutkan apa yang akan dibincangkan pada hari ini. Dengan cara ini pelajar dapat mengaitkan isi pelajaran yang lepas dengan yang hari ini. Pelajar akan bertambah minat untuk mendengar

25

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

sambungannya kerana ia ada kaitan secara langsung. Dengan cara ini juga menjadikan pelajar kuliahnya untuk menarik perhatian lebih cepat bersedia untuk pengajian seterusnya. Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh dilakukan oleh guru semasa memulakan

menarik perhatian murid atau jemaah kepada pengajian yang akanpelajar kepada guru untuk meneruskan pengajarannya .

disampaikan . Yang penting ialah aktiviti pengenalan atau induksi set ini boleh

Masa kini penggunaan multimedia sangat berkesan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran .Perisian khusus untuk mata pelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video, dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar. Kenyataan ini selari dengan pandangan Norasikin et.al (2005) yang menyebut tentang Perisian Multimedia Tajwid dalam pengajaran Tilawah al-Quran sebagai satu inovasi dalam bidang Pendidikan Islam. Menurut beliau, kelebihan perisian yang berasaskan multimedia ini telah menjimatkan masa, tenaga dan juga kos. Pembinaan atau pembangunan laman blog merupakan salah satu bahan yang membantu tugas guru dalam usaha menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Namun, harus diingat bahawa penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan untuk menggantikan tugas guru, tetapi untuk memenimbulkan suasana pengajaran yang lebih menyoronokkan, berkesan dan lebih bermakna (Isham & M.Arif 2008).

Kelebihan dan keistimewaan aplikasi multimedia berbanding pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh Guru Pendidikan Islam juga kerana ia mampu untuk meningkatkan keberkesanan proses P & P Pendidikan Islam itu sendiri (Kamarul Azmi & Ab. Halim 2007).

26

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Oleh itu, inovasi dalam bidang ICT ini perlu dimanfaatkan oleh semua warga pendidik supaya budaya pembelajaran berasaskan teknologi ini dapat diterapkan dalam pengajaran mereka supaya P & P menjadi lebih menarik dan berkesan selaras dengan aspirasi Teori Resapan Inovasi yang mengharapkan suatu pembaharuan itu dapat diterima pakai oleh khalayak umum. Menurut Abd Wahab et.al (2006), Teori Resapan Inovasi ialah sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk idea, teknologi, barangan atau teknik-teknik yang berkembang dalam pelbagai khalayak sehingga ianya dapat diterima dan diamalkan oleh masyarakat. Pembelanjaran Anjal juga adalah proses yang menyediakan satu keadaan dimana murid dapat belajar konsep dan pelajarannya mengikut kesesuaian masa murid itu memenuhi keperluan murid yang pelbagai. Murid tidak semestinya belajar secara rasmi, namun diluar waktu persekolahan mereka juga boleh belajar sama ada di rumah atau di makmal komputer. Pembelajaran waktu anjal menimbulkan keseronokan kerana murid dapat melakukan pembelajaran kendiri dan mengawal sendiri proses pembelajaran tersebut( Lambourne 2000).

7.0

Kesimpulan daripada perancangan Program Motivasi Belajar

27

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Sebagai kesimpulannya , Melalui program ini juga diharapkan pelajar dan belia memperolehi manfaat yang berguna tentang kewajipan menuntut ilmu dan kesedaran akan tanggungjawab sebagai seorang pelajar muslim.Semoga segala objektif yang digariskan dan perancangan yang diatur akan dapat dilaksana dengan jayanya iaitu melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Dengan kerjasama daripada semua pihak diharapkan program ini dapat dilaksanaan dengan baik dan teratur .Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT. Semoga usaha ini menjadi batu loncatan dalam merealisasikan hasrat membentuk pelajar Islam yang berteraskan kecemerlangan komprehensif; merangkumi kecemerlangan akademik, pembangunan sahsiah dan kesedaran umat, bertepatan dengan tema program. Oleh itu tuntutlah ilmu kerana sesungguhnya Islam adalah satu agama yang mementingkan ilmu pengetahuan . Ilmu pengetahuan merupakan kunci kejayaan seseorang di dunia dan akhirat .

APENDIKS

1. Antara pihak yang perlu dihubungi ialah: 28

.(Lampiran)

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh Pahang DM Pengetua Sekolah Pengerusi JKKK Pihak Penaja (jika ada) Penceramah jemputan Pihak-Pihak Yang Terlibat Pihak Penyediaan Makanan Serta Minuman

2.. AHLI JAWATANKUASA TUGASAN . Menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran menjalankan program. Menyediakan laporan dan surat rasmi yang berkaitan. Memantau perjalanan program secara keseluruhan. Mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber tentang program yang bakal dijalankan. Membantu menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran. Menguruskan pendaftaran peserta. Membantu dalam penyediaan laporan dan menguruskan dokumentasi dengan kemas dan teratur.(gambar dlln.) Membantu perjalanan program. Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk menjalankan program memastikan keselamatan ketika program dilaksanakan.

RUJUKAN Abdul Halim El-Muhammady ,(1986). Peranan guru dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam 1(4): 1. Abdullah Ishak , (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala 29Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )

HBIS 3403 SEM sept 2011

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Atan Long , (1982), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Azman Wan Chik , (1987). Kaedah hayati amali: Satu pendekatan mengajar Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Karya Bistari Sdn. Bhd. Al-Quran dan Tafsir Pimpinan Al Rahman , (1997), Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur: Dini Press Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh ,(2005) , Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd G.S Rao, A.K. Roa, Zoraini Wati Abas & Wan Fauzy Wan Ismail , (1991),Pe mbelajaran Berbantukan Komputer,Selangor: Fajar Bakti sdn. Bhd Hasan Langgulung , (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara Khadijah Rohani Mohd. Yusof , (2007), Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open University (OUM) Mohd. Yusuf Ahmad (2004). Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Rahimi Md Said, Mohd Faisal Mohamad, Nor Saleha Mohd Salleh, (2011), Pendidikan Islam: Tingkatan 2, Seri Kembangan: Meteor Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff,(1986). Ilmu Lumpur: Heinemann, ctk. 4. http://www.galeriilmu.com.my/ http://khazalii.googlepages.com/udi30521konsepilmu [13 April 2008] pendidikan: pedagogi. Kuala

30

Johari bin Zakaria ( 730817-07-5715 )