bmm 3110-soalan kkp pgsr

Upload: perodua1962

Post on 07-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

iii

TRANSCRIPT

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEK

PROGRAM:PGSR NAMA PELAJAR:NASIRIN BIN KANAN

KOD DAN KURSUS:BMM3110SINTAKSIS BAHASA MELAYUSEMESTER/PERINGKAT:SEMESTER 6

TARIKH MULA:29 JULAI 2011TARIKH HANTAR:12 SEPTEMBER 2011

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan kandungan bidang kajian ilmu sintaksis.2. Menganalisis dan menghuraikan susunan konstituen frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

3. Mengkategorikan jenis ayat dalam Bahasa Melayu termasuk frasa, klausa, ayat dasar, ayat inti, ayat tunggal, ayat majmuk.

4. Mensintesis ayat menggunakan ilmu proses penerbitan ayat.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 hingga 4.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menyediakan folio kursus yang lengkap (Rujuk proforma kursus BMM3110)2. Menghasilkan satu wacana tulisan (esei) yang mengaplikasikan ilmu proses penerbitan ayat yang tepat dan pelbagai. 3. Mengkategorikan jenis ayat majmuk dalam petikan rencana yang dipilih. Tugasan Projek 100% (wajaran 50%)Tugasan Kerja Kursus Projek

Sintaksis ialah bidang kajian bahasa tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Kajian ini melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. Berdasarkan pengetahuan dan pemahaman terhadap perkara tersebut, anda dikehendaki menyempurnakan tugasan, sebagaimana berikut:

1. Menyediakan portfolio kursus yang lengkap (Rujuk proforma kursus BMM3110)

2. Menghasilkan satu wacana tulisan (esei) yang mengaplikasikan ilmu proses penerbitan ayat yang tepat dan pelbagai. Panjang esei yang dikarang hendaklah dalam lingkungan 500 patah perkataan. Esei yang dikarang haruslah bertemakan Pendidikan.3. Mengkategorikan jenis ayat majmuk dalam petikan rencana yang dipilih. Panjang rencana atau petikan rencana yang dipilih haruslah dalam lingkungan 500 patah perkataan. Tajuk bagi rencana yang dipilih adalah bebas. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus:

1. Tugasan hendaklah dilaksanakan secara individu.2. Tugasan (1) hendaklah disediakan dalam bentuk folio kursus, tugasan (2) dan (3) didokumentasikan dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan Microsoft Word (bentuk huruf Arial/Times New Roman, saiz huruf 12, langkau sebaris dan menggunakan kertas 80 gram berukuruan A4), 3. Sumber bahan/rujukan (jika ada) perlu dinyatakan dengan menulis rujukan mengikut format menulis rujukan (nota hujung) dan bibliografi yang betul.

4. Hasil tugasan (1) hendaklah dihantar dalam bentuk folio kursus dan tugasan (2) dan (3) hendaklah dihantar dalam bentuk kertas kerja berjilid. Pada bahagian kulit tugasan (1), (2) dan (3) hendaklah mengandungi:

4.1. Logo institut

4.2. Nama institut

4.3. Tajuk tugasan : BMM 3110 Sintaksis Bahasa Melayu4.4. Nama pelajar

4.5. Nombor matrik

4.6. Kumpulan/unit

4.7. Nama pensyarah pembimbing (Pn. Rabahyah binti Tahir).

4.8. Tarikh serahan

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

6. Pelajar yang lewat menyerahkan tugasan projek ini atau tidak menghantarnya sama sekali tidak akan diberi sebarang markah penilaian komponen tugasan projek bagi mata pelajaran tersebut.

Pemberatan Penilaian Projek:

1. Folio Kursus - 50%

2. Wacana tulisan

- 20%

3. Analisis rencana - 20%

4. Sahsiah

- 10%

-------

100%

====

Tugasan yang berkualiti mesti menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Folio kursus disediakan meliputi semua tajuk yang disenaraikan.( rujuk proforma)2. Hasil tugasan mesti kemas dan berstruktur.

Kriteria Pemarkahan:

1. Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.

2. Markah akan diberi secara individu dan kumpulan berdasarkan kepada tugasan yang dinyatakan di atas.

3. Tugasan yang telah siap hendaklah dihantar kepada pensyarah pembimbing sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak dan disahkan oleh:

( RABAHYAH BINTI TAHIR )

( HJ AHMAD BIN ABU )Tarikh : 26 Julai 2011.

2