modul sce3111 pgsr

Upload: mirza0408

Post on 14-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    1/48

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSEKOLAH RENDAH (PGSR)

    MOD KURSUS DALAM CUTI

    MODUL SAINS

    SCE 3111

    PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS

    INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

    Berkuat kuasa pada Nov 2011

    IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    2/48

    i

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

    Falsafah Pendidikan Guru

    Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin.

    Cetakan Nov 2011`

    Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidakada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapamengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dandengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada Institut Pendidikan Guru, Kementerian PelajaranMalaysia.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    3/48

    ii

    Cetakan Nov 2011

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,

    BLOK 2200, PERSIARAN APEC,

    CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

    MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJARYANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAMPENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAHSARJANA MUDA PERGURUAN.

    MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    4/48

    iii

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

    Falsafah Pendidikan Guru i

    Notis Hak Kerajaan ii

    Kandungan iii

    Panduan Belajar v

    Pengenalan vii

    Agihan Tajuk viii

    Topik 1: Pentadbiran Ujian

    1.1 Keselamatan dan kerahsian ujian

    1.2 Pelantikan Pengawas ujian

    1.3 Persediaan tempat ujian

    1.4 Persediaan kertas ujian

    1.5 Prosedur1.6 Penyemakan dan moderasi skrip ujian

    Topik 2: Pentafsiran skor ujian

    2.1 Peratus lulus/gagal

    2.2 Pelan Tindakan untuk pemulihan/pengayaan

    2.3 Cara memperbaiki pengajaran

    Topik 3: Bentuk peperiksaan : Peperiksaan berpusat3.1 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

    3.2 Struktur/format ujian

    3.3 Fokus ujian

    3.4 Implementasi

    1

    8

    14

    KANDUNGANMUKA SURAT

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    5/48

    iv

    Topik 4: Bentuk peperiksaan : Penilaian berasaskansekolah

    4.1 PEKA

    4.2 Struktur/format

    4.3 Konsep

    4.4 Implementasi

    Topik 5: Bentuk peperiksaan : Penilaian berasaskansekolah

    5.1 Aplikasi dalam bilik darjah

    5.2 Dapatan kajian

    21

    31

    Bibliografi 36

    Panel Penulis 37

    Panel Pemurni 38

    Ikon 39

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    6/48

    v

    Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agaranda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk

    belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkintidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluangkepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumberpembelajaran, dan masa anda.

    Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

    Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda bolehberbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapatmasalah berhubung dengan modul ini.

    Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agarpada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkankepada anda makna-makna ikon tersebut.

    Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaanbertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

    Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

    1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan

    diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi keperpustakaan.

    2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiripembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membacamodul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yangdicadangkan.

    3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengirasasaran pembelajaran anda.

    PANDUAN PELAJAR

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    7/48

    v

    4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahamipembacaan anda.

    5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.Teliti maklumat yang diterima.

    6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

    7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    8/48

    vii

    Pengenalan

    Modul sains ini adalah direka khas untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN

    GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR). Tujuan utama modul ini ialah untuk

    membantu pelajar dalam topik akademik sabagai ganti kuliah. Adalah diingatkansupaya anda membaca modul ini dengan teliti dan seterusnya menyiapkan

    tutorial yang terdapat di akhir setiap tajuk. Untuk setiap tajuk nota ringkas telah

    diberikan untuk membantu anda memahami kandungan kursus ini. Selain

    daripada membaca modul ini, anda digalakkan untuk merujuk buku rujukan yang

    lain untuk mendapat matlumat tambahan mengenai subjek ini.

    Modul ini terbahagi kepada lima belas tajuk yang berkaitan penilaian dalam

    pengajaran sains. Ia membincangkan definisi istilah, matlamat pentaksiran,

    bidang pentaksiran dalam sains sekolah rendah, bentuk pentaksiran, alat-alat

    pentaksiran, reka bentuk dan pembinaan ujian, penskoran pentaksiran,

    pentadbiran ujian, penyemakan dan moderasi skrip ujian, analisis skor ujian,

    pentafsiran skor ujian dan bentuk peperiksaan.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    9/48

    viii

    AGIHAN TOPIK

    Kandungan modul ini adalah bertepatan dengan satu kredit bersamaan dengan

    lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual dibawah menunjukkan agihan tajukmengikut topik.

    (Agihan topik adalah berdasarkan pro forma kursus)

    Bil. TajukInteraksi

    bersemuka(Jam)

    Modul(Jam)

    JumlahJam

    1 Definisi istilahTujuan pentaksiran

    3 - 3

    2 Bidang Bidang pentaksiran dalam sainssekolah rendahBentuk pentaksiran

    3 - 3

    3 Alat pentaksiran: Portfolio 3 - 3

    4 Alat pentaksiran 3 - 3

    5 Reka bentuk dan Pembinaan Ujian 3 - 3

    6 Reka bentuk dan Pembinaan Ujian 3 - 3

    7 Pembinaan ujian : objektif 3 - 3

    8 Pembinaan ujian : subjektif 3 - 3

    9 Pengskoran pentaksiran 3 - 3

    10 Pentadbiran ujianPenyemakan dan moderasi skrip ujian

    - 3 3

    11 Analisis skor ujian 3 3

    12 Pentafsiran skor ujian - 3 3

    13 Bentuk peperiksaan:Peperiksaan berpusat

    - 3 3

    14 Bentuk peperiksaan:Penilaian berasaskan sekolah

    - 3 3

    15 Bentuk peperiksaan:Penilaian berasaskan sekolah

    - 3 3

    Total 30 15 45

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    10/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    1

    TOPIK 1 PENTADBIRAN UJIAN

    Sinopsis

    Ujian yang sah dan bolehpercaya tidak semestinya menghasilkan maklumat yang boleh

    digunakan. Dalam topik ini kita akan mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan

    prosedur dan tatacara bagi mentadbir sesuatu ujian. Tatacara ini bleh diubahsuai

    mengikut jenis ujian yang dijalankan. Aspek-aspek yang dikaji adalah tentang cara

    menjaga keselamatan dan kerahsiaan kertas ujian, pelantikan pengawas ujian,

    persediaan tempat ujian dan kertas ujian dan prosedur untuk melaksanakan ujian.

    Hasil Pembelajaran

    1. Menyatakan cara dan kepentingan menjaga keselamatan dan kerahsiaan kertas

    ujian

    2. Membincangkan tugas ketua dan pengawas ujian

    3. Memperihal cara-cara untuk menyediakan tempat ujian dan kertas ujian

    4. Menyenarai prosedur untuk melaksanakan sesuatu ujian

    Pengenalan

    Rajah 1.1 Pengenalan kandungan

    Pentadbiran

    Ujian

    Keselamatan

    Dan

    Kerahsiaan

    ujian

    Pelantikan

    Pengawas

    ujian

    Persediaan

    Tempat

    ujian

    Persediaan

    Kertas

    ujian

    Prosedur

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    11/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    2

    Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seseorang murid atau

    sekumpulan murid. Bagaimanapun, terdapat juga ujian yang dianggap sah, tetapi gagal

    memberikan maklumat yang diperlukan guru atau pihak tertentu. Hal ini berlaku mungkin

    disebabkan beberapa faktor lain, seperti ujian tidak dijalankan dengan baik.

    Setelah item digubal dengan sempurna dan menepati sesuatu matlamat penilaian,

    maka langkah seterusnya ialah mentadbir ujian itu kepada para murid. Dalam usaha

    menjamin kesahan sesuatu ujian, aspek keselamatan dan kerahsiaan kertas ujian,

    pengawas, tempat ujian, dan prosedur ujian perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

    1.1 Keselamatan dan kerahsiaan ujian

    Ujian adalah penting untuk menilai prestasi murid. Oleh itu satu sistem yang jelas

    hendaklah dirangka mengenai pembentukan kertas soalan dan kerahsiaannya. Pihak

    sekolah hendaklah dengan jelas menerangkan proses dan prosedur pembentukan

    kertas soalan. Maklumat mengenai pembentukan dan kerahsiaan kertas soalan

    hendaklah diterapkan dari aspek:

    i. pihak yang bertanggungjawab membentuk kertas soalan hanya pihak yang

    berkaitan sahaja yang boleh kendalikan kertas ujian. Salinan kertas soalan

    sepatutnya tidak disimpan oleh penggubal.

    ii. proses validasi/moderasi kertas soalan panel yang bertanggungjawab perlu

    menandatangani borang kerahsiaan. Kertas ujian diteliti dengan teeperinci daripada

    aspek teknikal dan kandungan. Segala draf kertas soalan harus dimusnahkan

    selepas tamat sesi moderasi.

    iii. proses dan prosedur pengawalan dan penyimpanan kertas soalan kertas ujian

    perlu disimpan dibilik kebal. Sekiranya tiada bilik kebal kertas ujian boleh disimpan

    dalam almari yang berkunci dalam bilik guru besar.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    12/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    3

    1.2 Pelantikan pengawas ujian

    Siapakah yang layak untuk dilantik sebagai pengawas ujian dan siapa pula yang

    bertanggungjawab untuk melantik mereka?

    Lazimnya guru penolong kanan akademik sekolah atau pun setiausaha ujian yang akan

    menyediakan jadual ujian dan sekali gus menentukan pengawas bagi sesuatu ujian

    yang akan dilaksanakan. Bilangan pengawas yang diperlukan bergantung kepada lokasi

    ujian. Sekiranya ujian itu diadakan di dewan tentunya lebih ramai pengawas yang akan

    dilantik, tapi sekiranya ujian dijalankan dalam bilik-bilik yang berasingan sekurang-

    kurangnya seorang bagi setiap bilik perlu dilantik. Selain daripada pengawas amat

    penting untuk melantik ketua pengawas yang akan bertanggungjawad kepada

    keseluruhan pentadbiran ujian.

    Siapakah ketua pengawas dan pengawas ujian yang dilantik di sekolah

    anda?

    Apakah peranan ketua pengawas dan pengawas?

    Cuba anda bincang dengan rakan-rakan dan senaraikan peranan ketua

    pengawas dan pengawas;

    a) sebelum ujian bermula

    b) semasa ujian berlangsung

    c) selepas ujian berakhir

    Pengawas tidak boleh menolong mana-mana calon dalam apa cara sekalipun, misalnya

    menjelaskan maksud soalan kepada calon tertentu. Semasa ujian, calon sering

    kali bertanya pengawas apabila terdapat soalan yang kabur/tidak jelas. Pengawas perlu

    berhati-hati semasa cuba membantu calon, agar tidak memberi klu jawapan atau

    jawapan yang salah.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    13/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    4

    1.3 Persediaan tempat ujian

    Apabila calon-calon berada dalam keadaan selesa barulah mereka akan dapat

    menunjukkan keupayaan sebenar. Menurut Abu Bakar (1996), calon-calon yang lemah

    dan yang masih muda amat memerlukan tempat yang selesa untuk memberi mereka

    peluang menjawab dengan sebaik-baiknya. Pihak pentadbir/guru khususnya perlu

    mengelakkan daripada memilih tempat ujian yang diganggu oleh bunyi bising yang

    boleh mengganggu tumpuan calon-calon menjawab soalan.Justru bilik atau dewan ujian

    perlu disediakan supaya dapat diujudkan persekitaran yang selesa.

    Diantara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian adalah;

    a) Lokasi dewan/bilik ujian.

    Murid-murid perlukan suasana yang tenang dan senyap semasa menjawab soalan

    ujian. Justru dewan/bilik dimana ujian dijalankan mestilah terasing dan jauh

    daripada kesibukan sekolah.

    b) Papan tanda/notis perlu diletakkan dikawasan ujian itu dijalankan supaya kawasan

    ini tidak diganggu oleh orang yang tidak berkenaan.

    Sumber:http://banihassim.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-tak-nak-upsr-mansuh.html

    c) Kedudukan meja murid-murid dan ketua pengawas didalam dewan perlu disusun

    mengikut peraturan yang dibekalkan oleh pihak pengurusan.

    http://banihassim.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-tak-nak-upsr-mansuh.htmlhttp://banihassim.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-tak-nak-upsr-mansuh.htmlhttp://banihassim.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-tak-nak-upsr-mansuh.htmlhttp://banihassim.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-tak-nak-upsr-mansuh.html
  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    14/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    5

    Sumber :http://smktsea.com/2011/11/taklimat-khas-penyusunan-pusat-ujian-stpmspm-2011/

    Perkara yang amat penting diberi perhatian berkaitan bilik/dewan ujian ialah

    jarak tempat duduk/meja. Tempat duduk/meja calon-calon yang mengambil ujian

    perlu dijarak/dijauhkan sedikit berbanding jarak semasa pengajaran dan

    pembelajaran berlaku. Jarak yang perlu diambil kira termasuklah jarak antara calon

    di hadapan dan calon di belakang dan juga calon di kiri dan calon di kanan

    seseorang calon berkenaan.

    Penyusunan tempat duduk dalam jarak yang sesuai ini bertujuan untuk mengelakkan

    berlakunya peniruan. Jarak kedudukan yang cukup jauh dapat mengelak calon

    daripada meniru jawapan calon lain dan memberi ruang untuk pengawas bergerak

    dalam bilik/dewan ujian

    d) Kemudahan yang diperlukan supaya ujian dapat ditadbir dengan sempurna.

    Diantara peralatan yang diperlukan dalam dewan ujian:

    Jam dinding Kipas Pembesar suara

    http://smktsea.com/2011/11/taklimat-khas-penyusunan-pusat-peperiksaan-stpmspm-2011/http://smktsea.com/2011/11/taklimat-khas-penyusunan-pusat-peperiksaan-stpmspm-2011/http://smktsea.com/2011/11/taklimat-khas-penyusunan-pusat-peperiksaan-stpmspm-2011/http://smktsea.com/2011/11/taklimat-khas-penyusunan-pusat-peperiksaan-stpmspm-2011/
  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    15/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    6

    Di samping itu, aspek pencahayaan juga perlu dititikberatkan. Misalnya, pada hari

    yang panas, cahaya menjadi terlalu terang; sebaliknya semasa hujan bilik menjadi

    lebih gelap. Keadaan ini memerlukan pengawas ujian mengambil langkah-langkah

    sewajarnya, seperti memindahkan calon-calon yang terkena panas matahari dan

    menyalakan lampu apabila bilik agak gelap. Sebaik-baik tempat ujian ialah di

    bilik/dewan yang telah dikhususkan sebagai bilik/dewan ujian. Di bilik/dewan ini,

    kebiasaannya,kemudahan telah disediakan dengan mencukupi dan keselesaan

    murid lebih terjamin. Malah bilik/dewan berkenaan biasanya telah dipastikan supaya

    memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai bilik/dewan ujian.

    1.4. Persiapan kertas ujian

    Sebelum sesi ujian bermula, ketua pengawas ujian perlu menyemak

    terlebih dahulu bilangan kertas ujian yang disediakan agar mencukupi untuk

    semua calon yang mengambil ujian. Ketua pengawas ujian juga perlu memastikan

    bahawa kertas soalan ujian adalah seperti yang dijadualkan. Ketua pengawas juga

    perlu tahu prosedur tertentu sekiranya terdapat calon/ramai calon yang datang

    lewat. Selain itu, persediaan perlu dibuat bagi calon yang memohon untuk

    mengambil ujian di hospital, yang mungkin disebabkan mereka tidak sihat atau

    terlibat dalam sesuatu kemalangan.

    1.5. Prosedur Ujian

    Setiap kertas ujian lazimnya mengandungi arahan tentang cara menjawab bersama

    contoh soalan dan jawapan dan juga masa yang diperuntukkan untuk

    menjawabnya. Misalnya, arahan tentang bagaimana calon harus menjawab soalan

    yang diberikan. Bagi sesetengah calon, misalnya pelajar-pelajar Tahun 1 atau

    Tahun 2, arahan yang jelas daripada guru diperlukan supaya mereka benar-benar

    faham bentuk jawapan yang diperlukan. Contoh arahan dalam kertas soalan adalah

    seperti berikut:

    Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B dalam

    kertas soalan yang disediakan.

    Masa ujian 2 jam.

    Sila tulis jawapan pada ruang yang disediakan.

    Jawapan anda hendaklah tidak kurang daripada 50 perkataan

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    16/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    7

    Arahan lisan oleh ketua pengawas selepas calon memasuki bilik/dewan ujian

    perlu dibuat dengan jelas supaya semua calon dapat mendengar dan memahami

    arahan yang diberikan. Arahan berkaitan ujian wajar diberikan sebelum ujian bermula

    untuk mengelakkan sebarang kekeliruan sebelum calon mula menulis jawapan.

    Arahan pada peringkat awal ujian juga dapat mengelak gangguan kepada calon-calon

    semasa mereka menjawab soalan ujian. Sebagai contoh, sekiranya terdapat kesilapan

    dalam soalan ujian, ketua pengawas perlu memaklumkannya terlebih dahulu tentang

    kesilapan tersebut sebelum calon mula menjawab soalan ujian

    Anda dikehendaki menjadi ketua pengawas ujian padaminggu hadapan di tempat anda. Sila sediakan satusenarai semak tentang arahan yang perlu dibacakankepada calon-calon

    sebelum ujian bermula. semasa mula menjawab soalan sebelum tamat masa menjawab selepas tamat masa menjawab

    PEMERIKSAAN DAN MODERASI SKRIP UJIAN

    Prosedur

    Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan telah dikutip, anda akan melaksanakan

    tugas seterusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Bagi jawapan berbentuk objektif,

    adalah mudah bagi guru memeriksa dengan menebuk kertas jawapan master dan

    seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar. Sekiranya jawapan dibuat pada

    borang OMR, adalah lebih mudah memeriksa borang jawapan melalui mesin

    memproses borang OMR.

    Sebaliknya, jawapan yang berbentuk esei pula memerlukan guru memeriksanya dengan

    teliti dan tidak wajar diperiksa oleh sesiapa sahaja, berbanding jawapan berbentuk

    objektif. Lazimnya, pemeriksaan skrip jawapan berbentuk esei memerlukan guru pakar

    dalam mata pelajaran tertentu.

    Selepas skrip jawapan ditanda proses moderasi perlu dilaksanakan. Proses moderasi

    amat penting supaya pemarkahan yang diberi adil bagi semua calon. Proses moderasi

    boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    17/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    8

    i) Pemeriksa diberi beberapa sampel skrip untuk diperiksa berdasarkan

    skema pemarkahan

    ii) Pemeriksa memeriksa skrip dan kemudian membanding markah yag

    diberi dengan markah yang diberi oleh pemeriksa lain dan ketua

    pemeriksa

    iii) Pemeriksa dan ketua pemeriksa bersetuju dengan satu piawai untuk

    memberi markah.

    iv) Pemeriksa akan memeriksa semua skrip berdasarkan skema

    pemarkahan yang telah dipersetujui

    v) Ketua pemeriksa akan memilih skrip-skrip yang telah diperiksa oleh

    pemeriksa secar rawak untuk dimoderasi.

    Apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pemeriksa

    semasa menanda skrip jawapan calon?

    Sinopsis

    Skor yang telah diproses selepas ujian perlu diberi makna. Tafsiran ini akan digunakan

    bagi mengambil tindakan susulan. Tindakan susulan yang diambil mungkin untuk

    menambahbaik cara pengajaran atau pun untuk membimbing murid-murid supaya boleh

    berkembang dan bertambah maju dalam pelajaran. Pelan tindakan bagi membimbing

    murid-murid mungkin dalam bentuk aktiviti pemulihan dan pengayaan.

    Hasil Pembelajaran

    1. Menyenarai cara mentafsir skor ujian

    2. Membincang pelan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh guru setelah skor ujian

    ditafsir

    3. Mencadangkan aktiviti pemulihan, pengayaan dan cara memperbaiki pengajaran

    TOPIK 2 PENTAFSIRAN SKOR UJIAN

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    18/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    9

    Pengenalan

    Rajah 2.1 Pengenalan kandungan

    2.1 Peratus gagal/lulus

    Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa makna kecuali anda berupaya membuat

    tafsiran yang tepat dan sesuai. Skor 60 yang diperoleh oleh seseorang murid dalam

    ujian matematik tidak memberi makna kecuali kita boleh mentafsirkannya sebagai

    penguasaan yang lemah, sederhana atau cemerlang. Tafsiran terhadap skor ujian

    adalah sangat penting bagi menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah dicapai. Tafsiran perlu dilakukan dengan objektif bagi

    mengelakkan pertimbangan peribadi penilai.

    Justru skor ujian perlu dianalisis bagi menentukan ciri yang tepat yang ada pada set

    skor. Di antara ciri yang biasanya diperlukan bagi membuat tafsiran yang tepat ialah ciri

    kecenderungan memusat dan serakan skor-skor ujian. Skor-skor ujian perlu juga

    dipiawaikan bagi membolehkan perbandingan dibuat antara pencapaian seseorang

    pelajar dengan pelajar lain.

    Cara yang paling mudah untuk mentafsir skor adalah dengan menentukan berapa

    peratus murid yang lulus dan peratus yang gagal dalam ujian tersebut.

    PENTAFSIRANSKOR

    UJIAN

    Peratus

    Gagal/lulus

    PelanTindakan untuk

    Pemulihan/

    pengayaan

    CaraMemperbaiki

    pengajaraan

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    19/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    10

    2.2 Pelan tindakan untuk aktiviti pemulihan/pengayaan

    Maklumat dan rumusan yang telah didapati selepas mentafsir skor ujian patut digunakan

    bagi tindakan susulan. Tindakan susulan yang diambil adalah untuk mencapai tujuan

    pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Terdapat tiga tindakan susulan yang

    boleh diambil, iaitu mengajar semula tajuk tersebut, membuat aktiviti aktiviti pemulihan

    atau membuat aktiviti pengayaan(Rajah 2.2).

    Rajah 2.2: Pelan tindakan susulan

    Aktiviti pemulihan

    Sekiranya ada sekumpulan murid yang mendapat skor yang rendah, ini bermakna

    mereka belum dapat menguasai hasil pembelajarn. Berkemungkinan murid-murid ini

    memerlukan aktiviti pemulihan agar mereka akan dapat menguasai hasil pembelajaran.

    Aktiviti pemulihan boleh dijalankan dikelas biasa atau pun kelas khas. Anda sebagai

    guru kelas boleh merancang aktiviti pemulihan untuk memberi peluang kepada murid

    tersebut menguasai konsep atau kemahiran yang diajar . Aktiviti yang dirancang sesuai

    dengan kemampuan dan kebolehan mental mereka akan membantu murid-murid inimenguasai konsep atau kemahiran yang diajar. Sekiranya murid anda masih belum

    dapat menguasainya anda boleh merujuk murid tadi kepada guru pemulihan khas.

    TINDAKAN SUSULAN

    ii. Aktiviti

    pemulihan

    i. Ajar semulaiii. Aktivitipengayaan

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    20/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    11

    Pengajaran dan pembelajaran diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan

    dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan:

    Mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain.

    Membetulkan perlakuan yang salah.

    Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula.

    Menggunakan bahan visual.

    Mempermudah dan mempelbagaikan latihan.

    Menjalankan lati tubi.

    Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya.

    Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.

    Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah,

    carta atau peta minda.

    Melatih murid mengenal pasti idea utama.

    Aktiviti pengayaan

    Murid yang telah menguasai hasil pmbelajaran memerlukan motivasi dan perhatiandaripada anda sama seperti murid-murid yang lemah. Justru penting anda rancangkan

    aktiviti pengayaan bagi mereka meneruskan pembelajaran. Pelbagai jenis aktiviti boleh

    dirancang seperti penyelesaian masalah dan projek. Aktiviti yang dirancang perlu lebih

    mencabar minda dan juga menarik minat mereka. Jadi aktiviti yang dirancang perlu

    melibatkan pemikiran aras tinggi dan kreatif.

    Aktiviti pengayaan dirancang bagi:

    Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih

    mencabar dan menarik.

    Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid.

    Menambah sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir.

    Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    21/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    12

    Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.

    Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang

    telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajran yang sama. Contoh aktiviti

    pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti berikut:

    Memberi latihan yang lebih mencabar.

    Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk.

    Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti

    peta minda, carta organisasi dan rajah.

    Melatih murid membuat nota.

    Menjalankan latih tubi.

    Melatih murid mengenal pasti idea utama.

    Mengakses maklumat dari laman web.

    Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan

    kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih

    mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti

    pengembangan adalah:

    Membuat projek.

    Membuat tugasan.

    Membuat kajian.

    Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh

    dipertingkatkan.

    Membuat pemerhatian

    Mengumpul data

    Mengakses maklumat

    Membanding

    Mengklasifikasi

    Meringkas

    Merekod

    Mentafsir

    Membuat keputusan

    Membuat andaian

    Menganalisis

    Melapor

    Menyelesaikan masalah

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    22/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    13

    Pilih satu tajuk. Kumpul maklumat dan rancangkan

    beberapa aktiviti pemulihan dan pengayaan yang boleh

    anda gunakan bagi tajuk tersebut.

    2.3 Cara memperbaiki pengajaran

    Pengajaran adalah suatu proses pembelajaran, dan tanpa mendapatkan maklum

    balas daripada murid-murid anda ianya agak sukar untuk anda menambahbaik

    proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas daripada pentaksiran

    formatif boleh juga digunakan untuk menambahbaik pengajaran anda. Aspek

    yang perlu ditambahbaik tadi boleh dianalisa daripada skor ujian yang ditadbir

    kepada murid-murid. Contohnya, dengan menggunakan teknik yang dipanggil

    one-minute paper,dimana murid diminta menulis jawapan kepada soalan yang

    sediakan oleh guru, guru akan dapat mengesan keresahan atau kesulitan yang

    dihadapi oleh murid-muridnya tentang sesi pengajaran tersebut. Kalau anda

    berminat hendak meninjau keberkesanan aktiviti yang anda laksanakan,

    mungkin anda boleh minta murid menmberi respons kepada Tuliskan satu

    aspek kenapa anda suka aktiviti itu atau anda boleh minta murid tuliskan satu

    perkara yang anda perlu ubah. Daripada maklumat yang dikumpul tadi andaboleh ubahsuai aktiviti pengajaran-pembelajaran supaya ianya lebih berkesan

    dan akhirnya member manafaat kepada pembelajaran murid-murid.

    Pengumpulan maklumat atau data secara tidak formal ini sebenarnya

    kadangkala lebih berkesan apabila ianya dilaksanakan pada waktu-waktu yang

    tertentu. Terdapat banyak cara pentaksiran yang kadangkala dipanggil sebagai

    teknik pentaksiran bilik darjah (Classroom assessment techniques) yang bila

    ianya dilaksanakan dapat membantu dalam mengenal pasti kemajuan dan

    perkembangan murid-murid dan juga penambahbaikan pengajaran guru. Amat

    penting anda membincangkan atau memberitahu perubahan yang anda lakukan

    akibat daripada maklum balas murid-murid tadi . Murid anda akan rasa bangga

    sebab maklum balas mereka dihargai, dan dengan itu mereka akan memberi

    maklum balas lagi di masa akan datang.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    23/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    14

    Anda hendak membuat perubahan tapi kurang tahu apa yang perlu diubah. Anda

    boleh meminta pendapat daripada kepada rakan-rakan sejawat atau pun guru

    pakar. Anda boleh mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Atau pun anda

    boleh bertanya kepada murid anda, tapi tentulah anda perlu ubah suai sebelum

    dilaksanakan cadangan tadi.

    Selalunya sekiranya anda melibatkan murid-murid anda secara aktif dalam

    pengajaran dan pembelajaran, anda akan lebih berjaya daripada pengajaran

    yang berpusatkan guru. Anda sebagai guru yang mempunyai kefahaman tentang

    pengetahuan kandungan pedagogi (PCK) tentunya lebih arif bagi menentukan

    cara yang terbaik untuk menambahbaik cara pengajaran anda yang mengambil

    kira latar belakang, gaya pembelajaran dan minat murid-murid anda.

    TOPIK 3 BENTUK UJIAN : UJIAN BERPUSAT

    Sinopsis

    Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah ujian yang dikendalikan oleh Lembaga

    Peperiksaan Malaysia. Ujian berpusat ini diduduki oleh semua murid diakhir tahun

    enam. Topik ini membincangkan format, fokus, dan cara ianya dilaksanakan.

    Hasil Pembelajaran

    1. Menghuraikan konsep dan tujuan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)

    2. Memperihal format dan ciri-ciri UPSR

    3. Membincangkan fokus ujian

    4. Memperihal cara implementasi ujian

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    24/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    15

    Pengenalan

    Rajah 3.1 Pengenalan kandungan

    3.1 Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)

    Ujian penilaian sekolah rendah adalah ujian yang diduduki oleh semua murid diakhir

    tahun enam. Tujuan utama ujian ini adalah untuk menentukan tahap pencapaian murid

    setelah melengkapi pendidikan rendah. Juga ujian ini bertujuan untuk penggredan dan

    digunakan bagi tujuan penempatan ke sekolah berasrama penuh. Salah satu kertas

    ujiannya adalah kertas sains. Rajah 3.2 adalah contoh muka depan kertas tersebut.

    UPSR adalah ujian berpusat, dirancang dan dikendalikan oleh Lembaga Ujian Malaysia.

    UJIAN

    BERPUSAT

    UPSR Format

    kertas

    Fokus

    ujian

    Implementasi

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    25/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    16

    ,

    Rajah 3.2 Contoh muka depan kertas UPSR Sains

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    26/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    17

    3.2 Format kertas ujian

    Kertas ini mengandungi dua bahagian A dan B. Masa yang diperuntukan

    adalah satu jam dan lima belas minit. Jadual 3.1 menerangkan ciri-ciri kertas ini.

    Jadual 3.1 : Format Kertas UPSR Sains

    Jenis

    soalan

    Aspek yang

    diuji

    Masa yang

    diperuntukan

    Markah Peratus

    Bahagian

    A

    30 soalan

    jenis anika

    pilihan

    penguasaan

    pengetahuan

    dan

    kefahaman

    konsep sains

    45 minit 30

    markah

    60

    Bahagian

    B

    3 5 soalan

    struktur

    penguasaan

    kemahiran

    saintifik dan

    aplikasi

    pengetahuan

    sains.

    30 minit 20

    markah

    40

    Jumlah 50 100

    Contoh soalan:

    Bahagian A

    1. Antara warna berikut yang manakah betul tentang susunan warna-warna

    pelangi?

    A. Ungu, hijau, biru, oren

    B. Ungu, hijau, kuning, merah

    C. Hijau, biru, merah, kuning

    D. Indigo, oren, hijau, merah

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    27/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    18

    2. Rajah 1 menunjukkan tiga jenis haiwan.

    J K L M

    Rajah 1

    Apakah organ pernafasan bagi haiwan-haiwan ini?

    J K L MA Kulit lembap Insang Sistem trakea Insang

    B Sistem trakea Peparu Kulit lembap Peparu dan kulitlembap

    C Sistem trakea Kulit lembap Peparu buku Peparu

    D Sistem trakea Peparu Kulit lembap Peparu dan Kulitlembap

    Bahagian B

    1. Carta palang dalam Rajah 7 menunjukkan bilangan haiwan dalam sebuah hutan

    daripada tahun 1992 hingga 2001.

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    1992 1995 1998 2001

    East

    Rajah 7

    (a) Apakah pola perubahan dalam bilangan haiwan P daripada tahun 1992 hingga2001?

    ________________________________________________________[ 1 markah ]

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    28/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    19

    (b) Berikan dua sebab untuk menerangkan pola perubahan yang anda telahnyatakan dalam (a).1._________________________________________________

    2.________________________________________________[ 2 markah ]

    (c) Ramalkan apa akan terjadi kepada haiwan P ini dalam tahun 2010.

    _______________________________[ 1 markah]

    (d) Tuliskan kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan maklumat di atas.____________________________________________________________

    [ 1 markah ]

    3.3 Fokus Ujian

    Kertas UPSR Sains ini berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah.

    Justru soalan-soalan yang ditanya merangkumi semua tema yang terdapat dalam

    sukatan pelajaran tersebut (Rajah 3.3)

    Rajah 3.3 : Tema dalam Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    29/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    20

    Aktiviti

    Dapatkan satu set kertas Sains UPSR.

    Analisis kertas soalan tersebut berdasarkan aspek berikut;I. Aras soalan-soalan ikut taksonomi Bloom

    II. Bagaimana taburan aras soalan tersebut? Aras mana

    yang paling banyak?

    III. Berdasarkan maklumat tadi apakah kertas soalan ini

    boleh dikategorikan sebagai kertas ujian yang baik?

    IV.Sekiranya anda sebagai penggubal kertas ini,

    bagaimanakah anda akan menambahbaik kertas ini?

    3.4 Implementasi

    Setiusaha peperiksaan sekolah akan mendaftarkan semua murid-murid tahun enam di

    sekolahnya yang akan menduduki UPSR secara online pada awal tahun daripada 1 Jan.

    hingga 1 Feb. Makluman tentang pendaftaran menduduki peperiksaan akan dibuat

    melalui: (a) surat siaran Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia,(b)

    iklan melalui akhbar-akhbar tempatan dan media massa (c) laman sesawang

    http://www.moe.gov.my/lpm. Proses pendaftaran boleh dibuat mengikut panduan yang

    diberi dalam Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini serta borang pendaftaran

    boleh dimuat turun dari laman sesawang http://www.moe.gov.my/lpm. Takwim dan

    jadual waktu peperiksaan boleh didapati daripada laman sesawang tersebut.

    Ketua pengawas, penyelas zon dan pengawas akan dilantik oleh pihak jabatan

    Pendidikan Negeri dengan kerjasama pihak sekolah. Tentunya ketua pengawas dan

    pengawas yang dilantik adalah daripada sekolah yang lain. Semua akan diberi taklimat

    peperiksaan bagi melicinkan pentadbiran ujian.

    Pihak sekolah akan diberi tanggungjawab untuk menyediakan dewan peperiksaan.

    Ketua pengawas selalunya akan melawat persediaan ini sehari sebelum peperiksaan

    bermula.

    http://www.moe.gov.my/lpmhttp://www.moe.gov.my/lpmhttp://www.moe.gov.my/lpmhttp://www.moe.gov.my/lpmhttp://www.moe.gov.my/lpmhttp://www.moe.gov.my/lpm
  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    30/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    21

    Ketua Pengawas akan mengambil kertas peperiksaan di bilik kebal pada hari

    peperiksaan dan ujian ditadbir mengikut garis panduan yang telah dibekalkan oleh

    Lembaga Peperiksaan Malaysia.

    TOPIK 4 BENTUK UJIAN : PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH(PEKA)

    Sinopsis

    Pentaksiran bagi matapelajaran sains sekolah rendah juga merangkumi pentaksiran

    kerja amali sains(PEKA) selain daripada kertas UPSR Sains. PEKA adalah pentaksiran

    berasaskan sekolah. Topik ini membincangkan konsep, format dan cara ianya

    diimplementasi di sekolah.

    Hasil Pembelajaran

    1. Membincangkan konsep UPSR PEKA

    2. Memperihal format PEKA

    3. Menghurai cara PEKA dilaksanakan di sekolah.

    Apa kata anda buat minuman dan rehat sebentar!

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    31/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    22

    PENGENALAN

    Rajah 4.1: Pengenalan kandungan

    4.1 Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA)

    UPSR PEKA adalah pentaksiran berasaskan sekolah. Ianya dilaksanakan diperingkat

    sekolah . Ianya adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran

    sains.

    Objektif PEKA adalah supaya murid dapat:

    Menguasai kemahiran saintifik

    o Kemahiran proses sains

    o Kemahiran manipulatif

    Memperkukuh pengetahuan dan kefahaman berasaskan konsep dan teori sains

    Memupuk sikap saintifik dan nilai murni

    Ciri-ciri UPSR PEKA adalah seperti berikut;

    Selaras dengan kandungan huraian sukatan pelajaran sains

    Berpusatkan murid

    Sistematik dan feasible

    Telus dan terbuka

    Pelbagai instrumen

    Pentaksiran formatif

    PenilaianBerasaskan

    sekolah

    PEKA Format Konsep Implementasi

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    32/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    23

    Sah dan boleh percaya

    Laporan yang bersifat positif

    Pemantauan yang berterusan

    Huraikan setiap ciri-ciri UPSR PEKA yang tersenarai di

    atas dengan bantuan contoh-contoh yang sesuai.

    Persembah dalam bentuk esei.

    4.2 Konsep

    UPSR PEKA adalah pentaksiran yang dilaksana semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran. Ianya bukanlah pentaksiran yang dibuat berasingan daripada proses

    pengajaran dan pembelajaran. Anda boleh mentaksir satu konstruk atau beberapa

    konstruk pada satu satu masa. Anda boleh mentaksir satu kumpulan murid atau pun

    keseluruhan kelas pada satu satu masa. Juga anda boleh mentaksir sikap dan nilai

    murni serentak dengan kemahiran proses sains yang ditaksir. Anda boleh mentaksir dan

    merekod skor berdasar bukti yang ditunjukkan oleh murid anda. Murid yang belum

    menguasai kemahiran tersebut akan diberi peluang untuk menguasainya melalui aktiviti

    pembelajaran yang lain. Murid perlu diberi ruang dan peluang yang cukup baginya

    menguasai kemahiran tersebut sebelum pentaksiran dijalankan. Pentaksiran ini

    dilaksana mulai tahun 3 hingga tahun 6.

    4.3 Format

    Bidang yang ditaksir terdiri daripada dua elemen ;

    Elemen 1 : Kemahiran proses sains (SPS)

    Elemen 2 : Kemahiran manipulatif (SMS)

    Elemen 1 and Elemen 2 mengandungi satu senarai kriteria kemahiran tersebut dan

    petunjuk prestasi yang perlu ditunjukkan oleh murid-murid. Kriteria ini diambil daripada

    Modul Kemahiran Proses Sains Pusat Perkembangan Kurikulum, 1995.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    33/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    24

    Kod aktiviti yang digunakan merujuk kepada maklumat berikut:

    Tahun / Tema / Objektif pembelajaran / Hasil pembelajaran

    Contoh;

    3 / 1 / 1.1 / 4 bermaksud aktiviti ini diambil daripada tahun 3, tema 1, objektif

    pembelajaran 1.1 dan hasil pembelajaran yang keempat.

    Konstruk, Skor and kriteria (Petunjuk prestasi)

    Terdapat dua elemen yang diukur

    Elemen 1 : Kemahiran proses sains (SPS)

    SPS1 memerhati

    SPS2 mengelas

    SPS3 mengukur dan menggunakan nombor

    SPS4 berkomunikasi

    SPS5 hubungan ruang dan masa

    SPS6 mendefinisi secara operasi

    SPS7 mengeksperimen

    Elemen 2 : Kemahiran Manipulatif (SMS)

    o SMS1 guna dan kendali peralatan dan bahan sains

    o SMS2 kendali spesimen bahan hidup

    o SMS3 lukis spesimen dan peralatan sains

    o SMS4- membersih peralatan sains

    o SMS5- menyimpan peralatan dan bahan sains

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    34/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    25

    Contoh rubrik yang digunakan semasa mentaksir:

    Construct score criteria remark

    SPS1

    Observing

    4 C1 State the

    properties of objects

    and

    situations correctly

    using any of the

    five senses

    Suggested activity

    (i) Field study

    (ii) Experiment

    (iii) Project

    Examples :

    3 / 1 / 1.1 / 4

    3 / 1 / 1.2 / 1

    3 / 1 / 2.1 / 4

    3 / 2 / 6.1 / 1

    4 / 1 / 3.2 / 1 & 2

    4 / 1 / 3.4 / 1 & 2

    4 / 1 / 3.5 / 2 & 5

    5 / 1 / 1.1 / 3

    6 / 1 / 1.1 / 1 6

    6 / 1 / 1.2 / 1

    ( Refer Curriculum

    Specification)

    C2 State the

    properties of objects

    and

    situations correctly

    using appropriate

    tools to assist

    senses

    C3 State the

    properties of objects

    and

    situations based on

    the sequences

    occured

    3 C1 and C2

    2 C1 atau C2

    1 C1 atau C2 (dengan

    bimbingan)

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    35/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    26

    Construct score criteria remark

    SMS1

    Use and handle

    science

    apparatus and

    substances

    4 C1 Use at least 5

    apparatus correctly

    and carefully

    Example

    Use ruler, hand

    lens,

    measuring cylinder,

    microscope,

    thermometer,

    bunsen burner,

    stop watch, test

    tube,

    stethoscope and

    retort

    stand

    Note

    SPS and SMS can

    be

    carried out together

    C2 Handle

    apparatus and

    substances

    correctly and

    carefully

    C3 Set up the

    apparatus or

    prepare

    the substances in

    an orderly

    manner

    C4 Carry out the

    experiment

    following

    the correct

    procedures

    3 C1, C2 and C3

    2 C1 and C2

    1 C1 with guidance

    Rajah 4.2 : Contoh Rubrik bagi mentaksir SPS dan SMS

    [Sumber : Assessment Guide: Science Practical Work Assessment, 2008]

    Rajah 4.3 mempamerkan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

    pada tahun 5 dimana dalam aktiviti ini anda boleh menggunakannya sebagai ruang

    untuk mentaksir kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif yang berkaitan.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    36/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    27

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    37/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    28

    Rajah 4.3: Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh juga mentaksir PEKA[Sumber: PEKA Science Module Year 5]

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    38/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    29

    4.4 IMPLEMENTASI

    Proses pelaksanaan PEKA di sekolah merangkumi langkah-langkah seperti dalam carta

    alir berikut;

    Langkah Huraian

    Perancangan Pentaksiran perlu dirancang dengan mengambil kira aspek-

    aspek berikut:

    Murid-murid yang terlibat

    Masa/tempoh pentaksiran

    Bilangan pentaksiran

    Pentaksir yang terlibat

    Jenis instrumen yang akan digunakan

    Pengskoran

    Penggredan

    laporan

    PERANCANGAN

    PENTADBIRAN

    PENSKORAN

    PELAPORAN

    PEMANTAUAN

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    39/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    30

    Pentadbiran Maklumat pentaksiran yang akan dikumpul dan dinilai oleh

    guru yang bertanggungjawab dalam mengenaikan proses

    pengajaran dan pembelajaran. Perlu mengumpul bukti-bukti

    yang berkaitan yang dihasilkan olh murid.

    Penskoran Skor diberi ikut skema pemarkahan yang telah ditetapkan.

    Jumlah markah untuk kemahiran proses sains adalah 30

    markah dan 20 markah bagi kemahiran manipulatif.

    Pelaporan Skor yang diperolehi oleh murid-murid dirumuskan mengikut

    prinsip dan pengredan untuk mnentukan aras penguasaan

    murid.

    Pemantauan Mekanisma telah dirancang bagi memastikan semua murid

    ditaksir cara yang serupa dan diberi skor yang berkaitan.

    Moderasi adalah prosedur yang lazim dilaksanakan bagi

    memantau pentaksiran berasaskan sekolah bagi

    mempastikan keesahan dan kebolehpercayaan skor yang

    diberikan leh guru-guru.

    Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan PEKA (2008) yang dikeluarkan oleh

    Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci

    termasuk borang-borang yan perlu diisi semasa melaksana dan melaporkan keputusan

    PEKA yang perlu dihantar ke Lembaga Ujian Malaysia.

    Isu-isu pelaksanaan PEKA

    Senaraikan isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan

    PEKA yang dihadapi di sekolah anda.

    Bandingkan dengan rakan-rakan anda. Apakah isu-isu

    yang sama dihadapi.

    Apakah langkah-langkah yang boleh anda dan rakan-rakan

    anda bleh lakukan secara kumpulan untuk menangani isu-

    isu tersebut?

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    40/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    31

    TOPIK 5 BENTUK UJIAN : PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

    Sinopsis

    Pentaksiran berasaskan sekolah adalah satu jenis pentaksiran yang menjadi semakin

    mendapat perhatian pihak umum. Akauntibiliti guru amat penting bagi mempastikan PBS

    sah dan bolehpercaya. Topik membincangkan peranan guru dalam melaksanakan PBS

    dalam konteks bilik darjah. Juga pelajar akan dapat meneroka dapatan kajian-kajian

    tentang PBS yang telah dibuat oleh penyelidik-penyelidik terutama dalam negara kita.

    Hasil Pembelajaran

    1. Membincangkan konsep PBS dalam konteks bilik darjah

    2. Menyenarai tugasan-tugasan yang boleh digunakan sebagai pentaksiran

    3. Merumus isu-isu penting yang berkaitan dengan pelaksanaan PBS daripada

    kajian-kajian lepas yang berkaitan

    PENGENALAN

    Rajah 4.1: Pengenalan kandungan

    PenilaianBerasaskan

    sekolah

    Aplikasi dalamBilik darjah Dapatan kajian

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    41/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    32

    Pengenalan

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang

    dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara

    terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

    (LPM).

    PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak

    sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara

    berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan

    akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan skor

    pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

    PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan

    calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah

    kerja kursus. Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS

    setelah tamat tempoh pelaksanaan.

    Ciri-ciri PBS

    1. Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

    Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa

    yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran,

    penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan

    berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.

    2. Ditadbirdiperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat

    pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran

    murid dan pengurusan evidens.

    3. Diskordi peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara

    ditaksir berdasarkan skema penskoran.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    42/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    33

    4. Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru

    pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan

    dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan

    penggredan yang telah dibina.

    5. Dimoderasikan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir

    berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan

    dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi

    menjamin kualiti

    5.1 APLIKASI DALAM BILIK DARJAH

    Anda sebagai guru memainkan peranan penting dalam menentukan perkembangan

    murid, kebolehan, kemajuan akademik dan pencapaiannya. Anda juga yang dapatmenilai bagaimana hendak menentukan pencapaian hasil pembelajaran,

    melaksanakannya, merekod, mentafsir skor ujian tersebut, dan yang juga sama

    pentingnya membuat tindakan susulan. Justru melalui PBS anda dapat menentukan

    pencapaian keseluruhan murid anda. Ini bermakna anda dapat memastikan

    perkembangan murid tadi bukan sahaja daripada segi akademik sahaja tapi daripada

    segi sahsiah, emosi dan rohani murid tersebut. Tentunya ini akan menuju kepada

    merealisasikan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.

    Pentaksiran sekolah mengandungi dua fungsi yang luas, iaitu

    Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran

    untuk melihat prestasi murid)

    Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk

    meningkatkan pembelajaran)

    Pentaksiran tentang Pembelajaran (Pentaksiran Sumatif):

    Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan

    tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal

    persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua eviden bagi

    pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    43/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    34

    Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk

    proses semakan dan pengesahan.

    Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan

    secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan

    deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam

    bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni.

    Pentaksiran untuk Pembelajaran (Pentaksiran Formatif)

    Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan

    tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai

    perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat

    yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses

    pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam

    mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi

    keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu

    sama lain.

    Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah

    seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama

    ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan

    rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong

    pentaksiran untuk pembelajaran.

    Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan

    untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan

    kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas tidak sepatutnya

    mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan,

    kedudukan atau persaingan.

    Pilih satu tema daripada mana-mana Huraian Sukatan Sains.

    Rancangkan alat/instrumen yang sesuai bagi mentaksir hasil pembelajaran

    yang terkandung dalam tema tersebut. Tentukan bilangan dan pemberatan

    bagi setiap tugasan pentaksiran.

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    44/48

    SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    35

    5.2 DAPATAN KAJIAN

    Meneroka dapatan kajian PBS (1jam)

    Kumpulkan maklumat tentang kajian-kajian yang telah dijalankan

    tentang tajuk penilaian berasaskan sekolah.

    Rumuskan dapatan kajian tersebut. Apakah kelebihan dan

    kekangan bagi melaksanakan PBS?

    Anda boleh melayari alamat sesawang berikut untuk mendapatkan

    contoh kajian:

    eprints.utm.my/7674/1/P30-Saliza.pdf

    eprints.utm.my/.../Kepemimpinan_Guru_Besar_Da

    eprints.utm.my/.../Pelaksanaan_Pentaksiran_Kerja

    Selesai!

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    45/48

    SCE3111 Penilaian Dalam Pengajaran Sains

    36

    BIBILIOGRAFI

    BUKU

    Abu Bakar Nordin. (1996). Developing scale in affective domain. Occasional papersno.5. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Naylor, S., Keogh, B. and Goldsworthy, A. (2004).Active assessment. London:David FultonPublishers Ltd.

    Doran, R.,Chan, F. and Tamir, P. (1998) Science educators guide to assessment. Virginia:National Science Teachers

    Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran danPenilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti KebangsaanMalaysia.

    .________(2010).Buku Panduan Pengurusan Pentadbiran Peperiksaan. LembagaPeperiksaan Malaysia

    _______(2008). Assessment Guide.Science Practical Work Assessment(PEKA).Lembaga Peperiksaan Malaysia.

    INTERNET

    http://www.moe.gov.my/lpm

    http://www.articlesbase.com/education-articles/moderation-system-in-examination-1244697.html

    http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=54

    http://www.moe.gov.my/lpmhttp://www.articlesbase.com/education-articles/moderation-system-in-examination-1244697.htmlhttp://www.articlesbase.com/education-articles/moderation-system-in-examination-1244697.htmlhttp://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=54http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=54http://www.articlesbase.com/education-articles/moderation-system-in-examination-1244697.htmlhttp://www.articlesbase.com/education-articles/moderation-system-in-examination-1244697.htmlhttp://www.moe.gov.my/lpm
  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    46/48

    37

    PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

    (SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

    NAMA KELAYAKAN

    AZIZAH NGAH TASIR

    Pensyarah KananIPGM Kampus Pendidikan TeknikJalan Yaacob Latif56000 Kuala Lumpur

    Kelulusan:

    M.Ed.(Pengajian Kurikulum), USM

    B.Sc.(Ed.)Hons. (Biologi), UPM

    Pengalaman:

    Ketua Jabatan Sains( 6 tahun)

    Pensyarah Sains (18 tahun)

    Guru Sekolah Menengah ( 6 tahun)

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    47/48

    38

    PANEL PEMURNI MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

    (SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

    NAMA KELAYAKAN

    AZIZAH NGAH TASIR

    Pensyarah KananIPG Kampus Pendidikan TeknikJalan Yaacob Latif56000 Kuala Lumpur

    Kelulusan:

    M.Ed.(Pengajian Kurikulum), USM

    B.Sc.(Ed.)Hons. (Biologi), UPM

    Pengalaman:

    Ketua Jabatan Sains( 6 tahun)

    Pensyarah Sains (18 tahun)

    Guru Sekolah Menengah ( 6 tahun)

    LINA THOMAS @ TUPANG

    Pensyarah AkademikIPG Kampus Tawau91009 Tawau

    Kelulusan :

    M.Sc. (Taxonomy & Biodiversity),UMS

    B.Sc. (Hons.) in Botany, UKM

    Diploma Pendidikan (Sains &Matematik), MPPP

    Pengalaman :

    Ketua Jabatan Sains (2 Tahun)

    Pensyarah Sains (9 Tahun)

    Guru Sekolah Menengah (6 Tahun)

  • 7/29/2019 Modul Sce3111 Pgsr

    48/48

    LAMPIRAN A

    IKON

    Rehat

    Perbincangan

    Bahan Bacaan

    Rujukan

    Latihan

    Buat nota

    Senarai semak

    Layari internet

    Panduan pengguna

    Mengumpul maklumat

    Tutorial

    Berfikir

    Tamat