tajuk 7 garis leher pgsr

Upload: rosliza-mohd-said

Post on 18-Jul-2015

311 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAJUK 7

GARIS LEHER

SINOPSISGaris leher ialah sebahagian daripada pakaian yang dikemaskan dengan menggunakan lapik, kun, ropol, renda, kolar, lapik berbentuk dan sulaman. Tajuk ini akan menjelaskan salah satu dari pengemasan yang dibuat pada garis leher iaitu kolar lurus.

Hasil PembelajaranDiakhir tajuk ini, pelajar dapat: 1. 2. 3. 4. Definisi kolar lurus Kegunaan kolar lurus Ciri-ciri kolar lurus Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyedia dan melekatkan kolar

5.6. 7.

Memilih lapik dalam kolar yang betulMenjahit proses kolar lurus mengikut langkah-langkah urutan yang betul Mengamalkan aspek keselamatan semasa melakukan kerja

Kerangka Konsep Tajuk 7GARIS LEHER KOLAR LURUS

Definisi kolar

Kegunaan kolar lurus

Ciri-ciri kolar lurus

Perkara yang dipertimbangkan semasa menjahit kolar lurus

Langkahlangkah menjahit kolar lurus

7.1 Definisi kolar lurus.

81

Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar. 7.2 Kegunaan Kolar - Untuk menyudahkan garis leher pada pakaian. - Memberi gaya atau stail pada pakaian - Sebagai perhiasan supaya pakaian kelihatan lebih menarik - Memberikan kepanasan kepada pakaian Ciri-ciri Kolar Lurus - Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik - Permukaan kolar rata - Kolar terletak rata dan kemas di garis leher - Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang - Kedua-dua hujung kolar sama lebar - Cantuman kelim kolar tidak beralur Perkara yang dipertimbangkan semasa menjahit kolar lurus - Potong kolar diatas dua lapis fabrik mengikut ira fabrik kain yang betul. - Tandakan semua garisan pola dan tanda imbangan dengan tepat dan jelas. - Jahit tepi garis leher dengan jahit mesin atau sebaris jelujur halus supaya garis leher itu tidak memberi. - Jahit kolar dengan betul di atas garis pemadan untuk menjaga bentuk yang baik. - Gunting kain yang berlebihan dan snip semua bahagian yang melengkung dan penjuru sebelum menterbalikkan kolar ke sebelah luar. - Ini mengurangkan ketebalan kolar dan membuatnya rata. - Gunakan lapik dalam jika perlu. - Tanda garis tengah belakang kolar adalah sebagai asas perimbangan. - Jahit jelujur halus pada tepi kolar dan jelujur tegak pada tengah kolar disebelah luar supaya kedua dua lapis kolar itu sama rata.

7.3

7.4

Rajah 7.1

82

7.5 Langkah-langkah menjahit kolar lurus

CARA A MENYEDIAKAN KOLAR LURUSLangkah 1

- Temukan SL kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar.Semat, jelujur dan jahit mesin hujung kolar dari tepi berlipat hingga ke garis leher. Buka jelujur Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm dan gunting serong basi kelim di penjuru.

Rajah 7.1 Langkah 2

- Balikkan kolar ke SL fabrik dan seterika.Jelujur di sekeliling tepi kolar Jelujur tegak di tengah-tengah kolar.

83

Rajah 7.2

MENYEDIAKAN BADAN PAKAIANLangkah 1 -

-

Lipat tepi lapik badan ke sebelah dalam fabrik. Jelujur dan mesin atau jahit tepi.

Rajah 7.3 Langkah 2 Lipat lapik badan pada garis lipatan ke sebelah luar pakaian. Jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari garis lipatan ke garis tengah hadapan. Buka jelujur. Snip dari sudut basi leher hingga ke garis leher dan gunting basi leher di sudut hingga tinggal 6mm.

84

Rajah 7.4 Langkah 3 - Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian.

Rajah 7.5 Padankan garis leher lapik badan ke garis leher badan hadapan. Sembat hujung lapik ke kelim bahu pakaian.

85

Rajah 7.6

C MENJAHIT KOLAR KE PAKAIAN Langkah 1 - Temukan sebelah luar kolar atas pada sebelah dalam pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.

Rajah 7.7 Langkah 2 Semat, jelujur dan jahit mesin pada garis leher. Buka jelujur. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. Snip basi penjahit 6mm 1.3cm jarak.

ik kolar keluar dari pakaian dan seterika.

86

Rajah 7.8

- Lipat tepi kolar bawah mengikut garis leher ke sebelah luar fabrik.Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. Letakkan tepi yang berlipat ini di atas jahit mesin dan jelujur Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin.

CARA 2A. MENYEDIAKAN KOLAR Langkah 1

-

Seperti langkah 1 menyediakan kolar cara 1 tetapi apabila menjahit hujung kolar, jahit hingga tepi basi leher.

Rajah 7.8

Langkah 2

-

Seperti langkah 2 menyediakan kolar cara 1.

87

Rajah 7.9

B. MENYEDIAKAN BADAN PAKAIAN Seperti Langkah 1 menyediakan badan pakaian cara 1.

C. MENJAHIT KOLAR KE PAKAIAN Langkah 1 - Letakkan kolar bawah ke sebelah luar pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.

Rajah 7.10 Jelujur kedua-dua lapis kolar dari garis tengah hadapan hingga ke kelim bahu. Snip kolar atas yang terletak di kelim bahu hingga ke garis leher Jelujur hanya kolar bawah ke bahagian belakang pakaian.

Langkah 2 - Balikkan lapik badan ke sebelah luar pakaian mengikut garis lipatan. - Jelujur garis leher lapik badan ke garis leher pakaian. - Jahit mesin di atas garis leher. - Buka jelujur. - Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. - Snip basi penjahit 6mm 1.3mm jarak.

88

Rajah 7.10 Langkah 3

- Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian dan tarik kolar keluar dari

pakaian dan seterika. - Tepi kolar atas yang bebas dilipat mengikut garis leher ke sebelah dalam fabrik. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. - Letakkan tepi yang berlipat ini ke atas garis leher badan belakang dan di atas jahitan mesin. Jelujur. - Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin. - Sembat hujung lapik badan ke kelim bahu.

Rajah 7.11

MENJAHIT KOLAR DENGAN MENGGUNAKAN LAPIK BERBENTUK PADA BAHAGIAN LEHER BELAKANG.

89

A. MENYEDIAKAN KOLAR.Seperti menyediakan kolar CARA 2.

B. MENYEDIAKAN BADAN PAKAIAN - Cantumkan sebelah luar hujung lapik badan ke sebelah luar hujung lapik leher belakangdengan kelim belah kangkung. - Buat yang sama dengan sebelah yang kedua. Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm. - Lipat tepi lapik badan dan lapik leher belakang ke sebelah dalam fabrik. - Jelujur dan jahit tepi. Latihan 1. Reka dan lakarkan dua stail pakaian yang berkolar lurus 2. Huraikan ciri-ciri kolar lurus 3. Berpandukan gambarajah lukiskan cara-cara melekatkan kolar lurus di garis leher mengikut urutan yang betul 4. Mengapakah perlu dijelujur tegak sebelum mencantumkan kolar di garis leher.

90

BIBLIOGRAFI 1. ASRA SHAMSUDIN, BETTY LIM , FOZIAH BUANG(1999). EKONOMI RUMAHTANGGA FOKUS JINGGA SPM . PELANGI KUALA LUMPUR. 2. AZMAWATI BINTI ABDUL AZIZ, ZAITUN ZAKIAN BINTI MOHD. NOOR DAN LAMAH BINTI ABDUL GHANI (2002). PENGURUSAN PAKAIAN TINGKATAN 4: BAHAN SUMBER PENGAJARAN KUALA LUMPUR: EDU SYSTEM BHD 3. COMPLETE GUIDE TO NEEDLEWORK READERS Digest 1979 4. G.N.LOW, S.SAMSIAH,HG. CHEAH W.NG, A.ZAINAL DAN G.S. TAN. PANDUAN DINAMIK PILIHAN EKONOMI RUMAHTANGGA(1990) DELTA PETALING JAYA MALAYSIA. 5. LINDA HETZER, SUSAN C. HOE, THERESE L.HOEHLEN,GAYLAVISALLI (1979), COMPLETE GUIDE TO NEEDLEWORK. READER S DIGEST.UNITED STSTES AMERICA

6. NG SAU YAN DAN YONG FONG CHOON,(1988) SAINS RUMANTANGGA. DELTAPETALING JAYA KUALA LUMPUR. 7. NOOR HABABIAH HASSAN BT OTHMAN, FAUDZIAH BINTI MD DIN DAN ZAHRAH BINTI ESA, (2002). PENGAJIAN PAKAIAN TINGKATAN. KUALA LUMPUR; EDUSYSTEM SDN. BHD 8. MARIAM ABU BAKAR (2004) PANDUAN MEMBUAT PAKAIAn, PANDUAN LENGKAP LANGKAH DEMI LANGKAH TEKNIK MENJAHIT . KUALA LUMPUR: 9. MELITA M NEAL(1961) NEEDLEWORK FOR SCHOOL. BLACKIE & SON LIMITED. GLASGOW

91

10. PUAN R.ARULANANTHAN DAN NORAZIAH BTE MOHD RUMAHTANGGA PRAKTIK PRESTON TIMES SDN.BHD. KUALA 11. ROBAAYAH HJ RUMAHTANGGA ABD. WAHAB, SUSAN MANIKAM, (1978).

NOH

(1975),SAINS SAINS

PANDUAN

12. SARIMAH BINTI ABD. RAZAK, ZAHARAH BINTI ESA(2003). BLUE-T COMMUNICATION SDN. BHD. SELANGOR. 13. WONG SIEW FOONF, FATIMAH JAILANI,VICKNESWARY SITHAMPARAPPILA(2002). EKONOMI RUMAHTANGGA TINGKATAN 4. ENTERPRISE BATU PAHAT JOHOR. A/P ZETI

14. ZAITUN ZAKIAH BINTI MOHD NOOR, NORZAINI BINTI ABDUL GHANI DAN NAWAWI BIN MOHD JAN.(2006) KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH MEMBUAT PAKAIAN TINGKATAN 4 DAN 5. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

92