pgsr pra3101

39
PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SINOPSIS Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta 550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/ prasekolah ke tahun 1. This course covers the introduction to early childhood education, growth and child development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars of childhood education, Act 308 and Act 550, Children’s Right, also the transition process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to Year 1 of Primary School HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat: 1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak 2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak 3. Menjelaskan matlamat dan falsafah pelbagai program pendidikan awal kanak-kanak 4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak-kanak didalam pelaksanaan pembelajaran RINGKASAN UNIT 1.0 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak 3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak 4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak 5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak 1

Upload: zulkiply-yaakob

Post on 14-Jun-2015

3.275 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PGSR PRA3101

PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SINOPSIS

Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan

dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-

kanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta

550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/

prasekolah ke tahun 1.

This course covers the introduction to early childhood education, growth and child

development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars

of childhood education, Act 308 and Act 550, Children’s Right, also the transition

process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to

Year 1 of Primary School

HASIL PEMBELAJARAN:Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak

2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak

3. Menjelaskan matlamat dan falsafah

pelbagai program pendidikan awal kanak-kanak

4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak-kanak didalam pelaksanaan pembelajaran

RINGKASAN UNIT

1.0 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak

4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak

5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989.

6.0 Akta 308 dan Akta 550

7.0 Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

1

Page 2: PGSR PRA3101

Rangka Isi Pelajaran

PRA 3101 ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

2

Pengenalan Pendidikan AwalKanak-Kanak

Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

Sejarah Pendidikan Awal Kanak- kanak

Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak

Kanak-kanak 1989

Transisi dari Rumah ke Taska,Tadika/ Prasekolah dan ke

Tahun Satu.

Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal

Kanak-kanak

Akta 308 dan Akta 550

Page 3: PGSR PRA3101

Apa yang anda fahami tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak

Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari

masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The

Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan

Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program

pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari

lahir hingga ke umur lapan tahun:

Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat

berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan

Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah

Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika

adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan

Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan

program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika

secara ringkas.

Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman

pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu

tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

3

Aktiviti 1.

Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska, Tadika dan Tabika?

Page 4: PGSR PRA3101

Unit 2.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak

Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak

Konsep Pertumbuhan:

Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu

peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978). Perubahan biasanya

adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari

segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan

kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa

berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).

Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang

contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu

membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat

perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan

seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002).

Konsep Perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur

tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980).

Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi

putih pada peringkat akhir dewasa.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of development, the orderly,

durable change in a learner resulting from a combination of learning, experience, and

maturation.” Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah

perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan,

pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

4

Aktiviti 2.Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan awal kanak-kanak ?

Page 5: PGSR PRA3101

Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan

bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan

bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin, perkembangan ialah

“ Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of a lifetime.” (Ramlan

Jantan & Mahani Razali, 2000).

Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan secara

kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral

seseorang individu (Berk, 2000). Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah

laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan

1. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.

2. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.

3. Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.

4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza

pada setiap individu.

5. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara

berterusan hingga akhir hayat.

6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang

kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.

7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat

tertentu.

8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak

9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.

(Mok Soon Sang, 2001)

5

Aktiviti 3.

Bina satu pengurusan grafik untuk membuat satu perbandingan antara konsep pertumbuhan dengan konsep perkembangan.

Page 6: PGSR PRA3101

Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture)

Faktor semula jadi atau faktor pemupukan, manakah faktor yang paling mempengaruhi

pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan ini telah menjadi perdebatan yang tiada

kesudahannya. Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini.

Alasannya ialah bergantung kepada beberapa. Pada satu pihak banyak ciri-ciri manusia

dipengaruhi oleh keturunan. Contohnya warna mata anda dipengaruhi oleh keturunan (lebih

kurang 90 peratus). Dengan itu, kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi

ileh keturunan berbandingan dengan faktor persekitaran. Namun begitu ketinggian juga boleh

dipengaruhi oleh pemakanan, hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang

lain. Ciri-ciri yang lain seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat dipengaruhi oleh

perwarisan.

Pemupukan (persekitaran) di mana seseorang individu itu membesar dan berkembang adalah

memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku seseorang individu

itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun, persekitaran sangat penting. Banyak

faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak

termasuk pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan

keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat

dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison , 2001) menyatakan

faktor semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan

perkembangan yang normal. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan manusia

seperti diri kita pada hari ini (Morrison,m.s:193- 195)

6

Aktiviti 5:

Jelaskan apa yang dimaksudkan “Nature” vs” Nuture”

Aktiviti 4.Kenapa guru perlu memahami konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak ?

Page 7: PGSR PRA3101

Unit 3.0: Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara.

Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada

abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi,

Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di

dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang

bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan

oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”.

Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan

seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.

Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari

golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat

pendidikan awal.

Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua.

Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja.

Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an. 

Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia

Zaman Sebelum MerdekaPada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari

Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang

sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru

prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan

pengalaman mengajar di prasekolah.Zaman Selepas Merdeka

Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-

Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika

Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg.

Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang

beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.

7

Page 8: PGSR PRA3101

Pada tahun 1970,

KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika

untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh

FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat

Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah

membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.Tahun 1972 Maktab Perguruan

Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru

KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.

KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan

Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada

masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan

miskin.

Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat

Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya.

Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai

program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia

telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan

daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai

pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan

prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program

peluasan prasekolah.

Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan peluasan

prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari

setahun ke setahun.

Unit 4.0: Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-Kanak

8

Aktiviti 6:

1. Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.

2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia

secara umum.

Page 9: PGSR PRA3101

Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran

dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah

pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada

peringkat awal?

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;

1. Imam Al-Ghazali

2. Ibnu Khaldun

3. Johann Heinrich Pestalozzi

4. Friedrich Froebel

5. Maria Montessori

4.1 IMAM Al-GHAZALI

.

Pandangan / Idea-idea beliau

Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada

orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.

Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci

badan, berwuduk dan bersembahyang.

Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak

berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan

tidak berbangga.

Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang,

jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.

9

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin

Page 10: PGSR PRA3101

Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan

menimbulkan kebencian mereka.

Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.

Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:

- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.

- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.

- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.

Nasihat beliau kepada guru supaya:

- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.

- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.

- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model

tingkah laku yang baik.

4.2 IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada

zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan

pendidik.

Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar,

pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu

dan latihan.

Pendapat beliau pada peringkat permulaan:

Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.

Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:

- Berperingkat-peringkat

- Mengadakan latih tubi

- Menggunakan benda-benda maujud

- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar

Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan

mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:

- Tidak mahu belajar

10

Page 11: PGSR PRA3101

- Mencerca pengajaran yang diberi

Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-

contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.

Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum

menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran

barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.

Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami

apa yang disampaikan.

Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang

rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi

pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu

helah dan tidak berperikemanusiaan.

Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam

waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.

Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah

dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.

Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk

peribadi kanak-kanak.

4.3 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)

Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka

sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof”

pa da tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di

rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan

dan tulisan.

Idea-idea beliau mengenai pendidikan

Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada

padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang

abstrak.

11

Page 12: PGSR PRA3101

Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria.

Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.

Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran

konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa

dan menyentuh.

Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran.

Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).

Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

4.4 FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)

Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai

“Bapa Tadika”. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman

kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Beliau adalah

seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara

semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan

manifestasi terhadap Tuhan.

Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun,

kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam

persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main”

Antara idea-idea Froebel ialah:

1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian

kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik

yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-

gambar.

2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah

sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.

3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek

untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.

4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada

pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.

12

Page 13: PGSR PRA3101

5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial

kanak-kanak.

6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.

7. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah

berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.

8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi

kebebasan.

9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.

10. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya

menimbulkan minat dalam pembelajarannya.

11. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah

penting bagi kanak-kanak.

12. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama

lain.

4.5 MARIA MONTESSORI (1870 – 1952)

Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik

kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau

menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori

menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak

belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya

penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi

membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan

menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam

mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu,

persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting

dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-

kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak

pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;

a. Minda yang mudah menyerap

13

Page 14: PGSR PRA3101

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima

melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang

kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman

ini daripada saat kelahiran lagi.

B. Persekitaran yang tersedia

Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang

lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan

kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara

menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

C. Didikan diri

Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti

yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan

pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka

apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-

kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal.

Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran

Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas

kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut

Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak

daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan

susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran

praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan

dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman

berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui

pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

e.Tempoh sensitif

Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu

kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan

14

Page 15: PGSR PRA3101

minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa

tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Menurut falsafah Montessori;

1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan

pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.

2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak

menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar

perkembangan seseorang kanak-kanak.

3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada

orang dewasa.

4. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara

demikian apabila dewasa kelak.

5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis

pembelajaran.

6. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak

berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan

kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.

7. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.

8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan

bersaiz kanak-kanak.

9. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak

belajar secara bebas.

10. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah

pembelajaran mereka.

Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu

berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah:

- Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.

- Konsep kebebasan

- Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar

- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh

- Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.

15

Page 16: PGSR PRA3101

- Pentingnya disiplin diri

- Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak

- Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak

mengajar diri mereka sendiri.

- Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan

hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

Hak Asasi Kanak-Kanak

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga

meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh

keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan

perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir,

kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu

peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-

kanak.

Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai

untuk kanak-kanak?

16

Aktiviti 7:

Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam

iaitu Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal

kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “Taman Kanak-kanak” yang

dinyatakan oleh Friedrich Froebel?

Jelaskan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanak-kanak

oleh Maria Montessori.

Page 17: PGSR PRA3101

Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan

Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1

hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan

kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak

sedia ada untuk hidup.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh

kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.

Kewujudan dan perkembangan

Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai obligasi

untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

PERKARA 18

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk

memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai

tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa

atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang,

mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak.

Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.

Tanggungjawab ibu bapa

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara

hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang

sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini,

Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa

17

Page 18: PGSR PRA3101

dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran

anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan

perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk

memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat

faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.

PERKARA 27

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang

mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-

kanak itu.

Taraf hidup

Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan

fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai

tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang

mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh

dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan

anak-anak mereka.

2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak

itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan

keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-

kanak itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka,

hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan

orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini

dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program

sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk

menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau

18

Page 19: PGSR PRA3101

orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik

dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang

mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara

yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah

menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian

sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan

tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang

yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada

semua;

(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk,

termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan

terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya

seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan

kewangan jika diperlukan;

(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-

tiap cara yang sewajarnya;

(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan

terbuka kepada semua kanak-kanak;

(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di

sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

Pendidikan

Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan

bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam

berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan

pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah

selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam

kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.

19

Page 20: PGSR PRA3101

2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk

memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan

kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama

antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan

tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh

dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah

pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan

kepada keperluan negara-negara membangun.

PERKARA 29

1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah

dihalatujukan kepada:

Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada

tahap potensi yang paling tinggi;

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi

prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa

dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu,

negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada

tamadunnya sendiri;

Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang

bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan

persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan

orang yang asal usulnya penduduk asli;

Unit 6.0: Akta 308 dan Akta 550

20

Page 21: PGSR PRA3101

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi mengadakan

peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sejauhmanakah Akta

Pendidikan 1996, mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia?

“Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat

hingga enam tahun.

FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;

(a) Pendidikan prasekolah

(b) Pendidikan rendah

(c) Pendidikan menengah

(d) Pendidikan lepas menengah

(e) Pendidikan tinggi

Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.

FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN

TADIKA

(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan

jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.

(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu

kesalahan.

FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.

Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH

SEMUA TADIKA

(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam

Sistem Pendidikan Kebangsaan.

21

Page 22: PGSR PRA3101

(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah

menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi

oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing.

(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum

sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah,

sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua

Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu

kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-

duanya.

FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA

Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan

boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan

bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai

mata pelajaran wajib.

FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini.

Unit 7.0: Transisi dari Rumah ke Taska,Tadika / Prasekolah dan ke Tahun Satu.

Lawatan awal ibubapa dan kanak-kanak Taklimat dan penerangan program Taska,Tadika/ Prasekolah dan Tahun Satu Peranan dan tanggungjawab Guru dalam membantu kanak-kanak menyesuaikan diri Perancangan dan pengurusan Institusi

22

Aktiviti 8:

Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap penubuhan,

pengendalian atau pengurusan tadika?

Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan

apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan?

Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.

2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia

secara umum.

Page 23: PGSR PRA3101

TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH

Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan

kepada satu keadaan yang lain.

Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:

* Transisi rumah ke prasekolah

* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi

perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau

prasekolah.

Tujuan program Transisi:

Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru

serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.

Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani

kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran secara formal di Tahun Satu.

Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa

banyak masalah.

Peranan guru prasekolah

a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan

merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.

b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-

kanak .Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai

model yang baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di

prasekolah seperti di rumah mereka.

c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan

dan persekitaran yang baru di prasekolah.

d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan

pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.

e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan

amalan yang berlaku di rumah mereka.

23

Page 24: PGSR PRA3101

Peranan pembantu prasekolah

a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak

berada di tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas.

b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan,

rehat dan bermain.

c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah.

d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.

RUJUKAN

Bergstrom, J.M., Margosian, R.K. & Olson, F.A (1976) Enhancement of growth and for young children, Columbus, O.H: Merill. Pub.

Brewer, J.A. (1995). Introduction to early childhood education. NY: Allyn & Bacon.

24

Aktiviti 9:

1. Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah dan menggunakan

pendapat anda jelaskan mengapakah program transisi perlu di adakan.

Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan

program transisi dari rumah ke prasekolah

Page 25: PGSR PRA3101

Charlesworth, R., (2004). Understanding Child Development (6th ed.). NY: Thomson Delmar Learning

Essa. L. E. (2003). Introduction to Early Childhood Education. 4th ed. NY: Thomson Delmar Learning

Berk, L. E. (2002). Child Development (6th Ed.).MA: Allyn & Bacon.

Chesla, E. & Malic, J. (2002). Early Childhood Education Teacher.NY: Thomson Delmar Learning.

David Whitebread, (2003) Teaching and learning in the early years. Routledge-Falmer- Taylor & Francis Group Pub.

Gordon, A.M., & Williams, K.B (2004). Beginnings Beyond:Foundations in Early Childhood Education. (6 th ed). N.Y : Thomson Delmar Learning

Morrison, G.S. (1995). Early childhood education today. Prentice Hall.Inc.

Patricia H Miller (1996), Theories of development psychology. W.H. Freeman and Company N.Y.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) Kurikulum pendidikan prasekolah Malaysia. PPK.

Rohaty Mohd. Majzub & abu Bakar Nordin, (1989). Pendidikan prasekolah, Petaling jaya: Fajar Bakti.

Rohaya Hj. Yahya (1996). Kaedah Montessori. Kuala Lumpur: Utusan & Distributors Sdn.

Seefeldt, C. & Barbour, N. (1990) Early childhood education; An Introduction, Colombus: Merill Publishing.

Undang-undang Malaysia (2004) Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan. MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

http://childcare.about.com/cs/preschools/a/readiness.htm

http://www.dph.gov.my/survelans/Guidelines%202007/BUKU%20PANDUAN%20%20TASKA%20PRASEKOLAH%202007.pdf

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARANPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

(PENDIDIKAN PRASEKOLAH)

NAMA KELAYAKAN

En.Baharuddin bin Abd Latif

Penolong PengarahUnit Kurikulum

Kelulusan:

25

Page 26: PGSR PRA3101

NAMA KELAYAKAN

Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

En. Zulkiply bin Yaakob

Pensyarah,Institut Perguruan Tun Hussein OnnKm 7.75 Jalan Kluang83000 Batu Pahat,Johor.

[email protected]@yahoo.com

Kelulusan:M.Ed.(Pendidikan Prasekolah)B.Ed. Hons. (Muzik)Sijil Guru Khas (Muzik)Sijil Guru (PPAK)

Pengalaman:Pesyarah Prasekolah IPTHO (7 tahun)Pesyarah Prasekolah MPTAA (10 tahun)Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Guru Sekolah Rendah (7 tahun)

Vennila VeerappanPensyarahInstitut Perguruan Bahasa Melayu MalaysiaJalan Lembah Pantai59990 Kuala Lumpur

[email protected]

Kelulusan:Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UMSarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UMSijil Perguruan Asas, MPRM

Pengalaman:Pensyarah Ilmu Pendidikan & Prasekolah (5 tahun)

Pn. Umi Kalsom bt. Takriff

PensyarahInstitut Perguruan Raja MelewarJalan Sikamat70400 SerembanNegeri Sembilan

Kelulusan:M Ed. (Pendidikan Prasekolahl), UKMBac. Perakaunan, UPMDiploma Pendidikan, MPPPP

Pengalaman: Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan ( 5 tahun )Guru Sekolah Menengah (9 tahun)

Pn Noor Miza binti Abdul RahmanPensyarahInstitut Perguruan Tuanku Bainun14000 Mengkuang

Kelulusan:MSc.Edu (Pengurusan Pendidikan), UUMB.A.(Hons) Universiti MalayaDiploma Pendidikan (Universiti Malaya)

26

Page 27: PGSR PRA3101

NAMA KELAYAKAN

Pulau Pinang

[email protected]:Pensyarah Ilmu Pendidikan (5 tahun)Pensyarah Pengajian Prasekolah (5 tahun)Guru Sekolah Menengah (10 tahun)

LAMPIRAN

ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PRA 3101) (PRA 3101)

Nama Calon : _____________________________________________________No. Kad Pengenalan :_____________________________________________________Nama Pensyarah :_____________________________________________________

27

Page 28: PGSR PRA3101

Jadual Agihan Tugasan dan Pemarkahan

Aktiviti Tugasan Tarikh Hantar MarkahUnit 1Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska, Tadika dan Tabika? .

Individu / 10M

Unit 2 Nyatakan apa yang anda faham dengan konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan awal kanak-kanak ? Individu

/ 10M

Unit 3 Bina satu pengurusan grafik untuk membuat satu perbandingan antar antara konsep pertumbuhan dengan konsep perkembangan.

Individu / 10M

Unit 4Kenapa guru perlu memahami konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak ?

Berpasangan / 10M

Unit 5Jelaskan apa yang dimaksudkan “Nature” vs” Nuture”. Berpasangan

/ 10M

Unit 66.1 Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.6.2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia secara umum.

Berpasangan / 10M

Unit 77.1 Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam iaitu

Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal kanak-kanak.

7.2 Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “Taman Kanak-kanak” yang dinyatakan oleh Friedrich Froebel?

.

Berkumpulan / 10M

Kerja Kursus Individu / 30M

Kaedah Penilaian: Penilaian bagi kursus ini melibatkan dua komponen iaitu penilaian berterusan dan penilaian akhir. Perinciannya adalah seperti berikut;

1. Tugasan Berasaskan Panduan Pembelajaran - 40%2. Kerja Kursus - 50 %3. Penglibatan dan perbincangan - 10 %4. Peperiksaan Akhir - 100%

Jumlah - 100%

LAMPIRAN

ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PRA 3101) (PRA 3101)

Nama Calon : ____________________________________________________No. Kad Pengenalan :_____________________________________________________Nama Pensyarah :_____________________________________________________

28

Page 29: PGSR PRA3101

Jadual Pembentangan Kumpulan (Penglibatan dan Perbincangan)

Aktiviti / Soalan Tugasan Tarikh Pembentangan

Markah

1. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada kanak-kanak.

a) Huraikan lima objektif utama pendidikan prasekolah di Malaysia

Berkumpulan 10

2. Akta Pendidikan 1996 menegaskan semua tadika yang beroperasi di Malaysia wajib menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan sebagai satu garis panduan.

a) Nyatakan tiga rasional mewajibkan semua tadika menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Berkumpulan 10

3. Pendidikan prasekolah adalah penting kepada pertumbuhan dan perkembangan optimum kanak-kanak.

Apakah perkara utama yang perlu diberi perhatian semasa merancang pendidikan awal kanak- kanak?

Berkumpulan 10

4. Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak? Huraikan pandangan anda berdasarkan contoh kes yang sesuai.

Berkumpulan 10

5. Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Program Transisi sangat penting bagi kanak-kanak prasekolah.

.(a) Nyatakan tiga tujuan Program Transisi kanak-kanak

prasekolah ke tahun 1.

Berkumpulan 10

Kaedah PenilaianPenilaian bagi aspek penglibatan dan perbincangan secara berkumpulan adalah berdasarkan kriteria berikut;

1. Kematangan hujahan2. Kreativiti Persembahan3. Penglibatan dan perbincangan4. Ketepatan Fakta

Jumlah - 10%Catatan: Soalan perbincangan ini hanyalah cadangan sahaja. Soalan / tajuk pembentangan boleh diubahsuai oleh tenaga pengajar jika difikirkan perlu.

LAMPIRAN

SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS

29

Page 30: PGSR PRA3101

Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah anda ingin menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk anak-anak kakitangan sekolah anda dengan menubuhkan sebuah taska. Anda diminta membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti ini bagi menjamin keselamatan, hak dan keperluan kanak-kanak dengan sebaiknya.

Anda perlulah memberi penjelasan kepada ahli PIBG di sekolah anda tentang perkara berikut :

(a) Jelaskan maksud Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308) dengan memberikan penerangan yang tepat dan bersesuaian.

(b) Nyatakan syarat, kelayakan dan jumlah bilangan penjaga yang diperlukan mengikut kumpulan umur kanak-kanak. Penerangan ini boleh dinyatakan melalui pengurusan grafik

(c) Terangkan kemudahan fizikal yang sepatutnya ada didalam bangunan taska serta nyatakan ciri-ciri keselamatan yang perlu ada.

(d) cadangkan program aktiviti harian di taska

(e) Berikan cadangan anda supaya perkhidmatan taska yang diberikan itu berkualiti dan dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak.

[100 markah]

30