bm1 assingment soalan

3

Click here to load reader

Upload: gomathy-gunasekharan

Post on 12-Aug-2015

15 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

soalaan

TRANSCRIPT

Page 1: bm1 assingment soalan

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PPISMP

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS :

PM 2311 P5 - BAHASA MELAYU 1 (AKADEMIK)

SEMESTER : 2 (Jan – Mei 2013)

TARIKH MULA 4 FEBRUARI 2013 TARIKH HANTAR 15 MAC 2013

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Memahami proses pembentukan kata. 2. Mempunyai kebolehan membina ayat dengan struktur yang betul dan gramatis. 3. Memberikan komentar terhadap hasil kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian Melayu

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mengkonsepsikan tajuk dan tema teks kajian dan menghubungkaitkannya dengan golongan kata yang terdapat dalam cerpen kajian.

2. Menjelaskan melalui analisis teks perkaitan antara tajuk dan tema teks kajian dengan

proses pembentukan kata dan aspek pembinaan ayat.

3. Menghuraikan teks kajian dengan membuat tafsiran berdasarkan fungsi dan ciri-ciri sebuah karya sastera.

4. Menghasilkan membuat persembahan power point dalam bentuk grafik berpandukan

Peta Berfikir (8 Peta Berfikir) dalam menjelaskan maklumat (1) dan (2) di atas. Tugasan Projek (50%)

Bidang morfologi, sintaksis dan kesusasteraan Melayu mempunyai hubungan yang sangat signifikan. Kehadiran kesemua bidang tersebut tidak dapat dipisahkan kerana merupakan satu kesatuan yang saling membentuk dan membangun antara satu sama lain. Oleh yang demikian pemahaman yang jelas tentang perkaitan ini perlu dititikberatkan. Kelemahan penguasaan ketiga-tiga bidang ini akan menjejaskan usaha melestari dan memartabatkan bahasa Melayu hingga ke pesada global. Oleh yang demikian usaha untuk memperlihatkan struktur yang jelas dengan mengaitkan setiap bidang dengan bidang yang lain dengan jelas dan kritikal perlu dilaksanakan.

Page 2: bm1 assingment soalan

2

Berdasarkan pernyataan di atas anda dikehendaki:

1. Memilih sebuah cerpen bertemakan patriotisme atau jati diri terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Berdasarkan cerpen tersebut anda dkehendaki menjelaskan konsep tema dan

dengan membuat perkaitan dengan golongan kata.

3. Menjelaskan melalui analisis cerpen proses pembentukan kata dan aspek pembinaan ayat.

4. Menghasilkan dan membuat persembahan power point dalam bentuk grafik dalam

menjelaskan pernyatan (1) dan (2) di atas. Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini ialah tugasan individu.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini. 3.2 Font Arial. 3.3 Saiz huruf - 11 3.4 Langkau 1.5 baris 3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

4. Panjang esei adalah antara 1500 hingga 2000 patah perkataan dan tidak melebihi 10 muka surat.Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 sumber Internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain).

7. Bahan multimedia yang dihasilkan hendaklah bersesuaian dengan tahap murid. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Untuk penulisan esei, liputan isi kandungan perlu menyeluruh, konsisten dan

terperinci.

2. Tugasan esei anda perlulah meliputi perkara yang berikut:

i. Pengenalan yang menarik. dan dapat mengupas teks kajian dengan pembentukan kata dan golongan kata dan proses pembentukan dan aspek pembinaan ayat dalam Menghuraikan teks kajian

Page 3: bm1 assingment soalan

3

ii. Keseluruhan isi dan dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil

kajian dan sokongan ilmiah.

3. Menunjukkan kemahiran dalam penguasaan kandungan ilmu yang diperoleh

dengan membuat hujahan yang bernas

4. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.

5. Penulisan esei perlu menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai,

tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah dalam usaha menterjemahkan

maklumat secara kritikal dan analitikal.

6. Penyediaan power point perlulah:

i. Memenuhi kriteria persembahan menggunakan elemen atau teknologi ICT iaitu teks, grafik, audio, video dan elemen lain yang bersesuaian. Menunjukkan kemahiran teknikal dan teknologi seperti berikut:

• Struktur yang jelas dengan mengaitkan satu bahagian dengan bahagian yang lain secara logik dan koheren.

• Persembahan yang menarik, inovatif dengan reka bentuk yang baik. Menunjukkan kemahiran pemikiran yang kreatif dan analitikaL.

ii. Aplikasi dan integrasi ICT yang direka bentuk menunjukkan kemahiran

mensintesis untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur. yang baru dan kreatif berkonsepkan Peta Berfikir (8 Peta Berfikir).

iii. Bahan tidak mempunyai sebarang kesalahan bahasa.

iv. Panjang persembahan bahan adalah antara 5 hingga 8 minit.

Bahan power point yang telah sempurna hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy dalam cakera padat dan hardcopy (bercetak).

Tugasan disediakan oleh, Disemak oleh,

(WALAINI BT ABU BAKAR) Penyelaras Kursus PM 2311 P 5 (BAHASA MELAYU 1 (AKADEMIK) Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

(MD. SHAMSUDDIN BIN NGAT DENIN) Ketua Unit Pedagogi Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Disahkan oleh, (MOHD RASDI BIN SAAMAH, AAP.) Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.