tajuk penting bm1

24
1

Upload: smk-kamil-tersohor

Post on 10-Jun-2015

8.343 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahan-bahan SPM Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: tajuk penting bm1

TAJUK-TAJUK PENTING UNTUK BAHASA MELAYU SPM

1

Page 2: tajuk penting bm1

KERTAS 1 (1103/1)

1. Warga tua wajar dijaga dan dihargai oleh semua masyarakat. Walaupun bilangan mereka semakin bertambah ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik, pihak kerajaan harus mengambil langkah-langkah tertentu agar kehidupan mereka terus terjamin.

Bincangkan langkah-langkah tersebut.

Tema: Warga tua

Isu: Langkah-langkah untuk memastikan kehidupan warga tua terjamin.

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:

-Bilangan warga emas semakin bertambah – Harus menjaga, menghormati mereka -

2. Isi-isi :

1. Kerajaan harus memberi lebih banyak insentif kepda mereka – tambang separuh harga untuk semua jenis pengangkutan awam dan potongan harga atau percuma bagi golongan ini yang mendapat rawatan di hospital.

2. Membina lebih banyak rumah khas untuk warga tua.- rumah kediaman berhampiran taman atau laut dan dilengkapi kemudahan

kesihatan

3. Mengadakan program bercorak ekonomi yang mamp menjana pendapatan - mesti sesuai dengan keadaan fizikal mereka – warga emas tidak akan bosan

4. Mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga ini. Pelbagai program perlu diatur- beramah mesra dengan generasi muda – untuk memberi kesedaran betapa mereka saling memerlukan – dapat berkongsi pengalaman yang dialami oleh warga tua.

Kesimpulan:

Warga emas wajar dihormati , dihargai dan disayangi oleh semua lapisan masyarakat.Pandangan dan nasihat mereka wajar diikuti dan dihormati kerana mereka terlebih dahulu ‘makan garam” - mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh generasi muda.

2

Page 3: tajuk penting bm1

2. Semangat cinta akan negara perlu dipupuk sejak kecil. Hal ini bagi mengekalkan keamanan, kehamonian dan kesejahteraan di negara kita.

Sebagai pelajar, berikan komen anda berhubung pernyataan tersebut.

Tema : Semangat cinta akan tanah air.

Isu : Langkah-langkah memupuk semangat cinta akan tanah air dan kepentingannya.

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:

Mulakan dengan peribahasa: ‘Kalau melentur buluh, biar dari rebungnya” atau peribahasa Arab yang bermaksud ,“ mendidik anak kecil umpama menglir atas batu, sebaliknya mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir di atas air”.

Kajian yang dijalankan oleh pakar dalam bidang pendidikan mengakui bahawa didikan ibu bapa terhadap anak-anak kecil mempunyai kesan terhadap perwatakan anak setelah dewasa. Ketika usia masih mud, jiwa dan emosi anak-anak lebih mudah dibentuk dan dididik kea rah menghayati semangat cinta akan negara. Anak-anak akan menjadikan ibu bapa dan ahli keluarga sebagai rujukan untuk mempelajari tingkah laku terpuji termasuk menyemai semangat cinta akan negara.

2. Isi:

1 Peranan ibu bapa dalam menyatakan kepentingannya.

- ibu bapa menjadi contoh terbaik untuk diikuti- contoh : menggunakan barangan buatan tempatan.

2 Kempen melalui media massa.

- drama dan filem bertema semangat cinta akan negara- contoh : filem “Bukit Kepong”.- Filem dokumentari yang memaparkan semangat cinta akan negara.- Iklan pendek

3 Peranan pihak sekolah”

3

Page 4: tajuk penting bm1

- melalui aktiviti P&P dalam bilik darjah. – Mata pelajaran Sivik dan Sejarah (memperkenalkan tokoh-tokoh sejarah )

- Melalui aktiviti kokurikulum : Lawatan ke tempat bersejarah, sambutan Bulan Kemerdekaan( sajak, teater, lagu-lagu patriotik)

- Kempen beli barangan buatan tempatan

2.4 Kesimpulan;

3. Gaya hidup masyarakat Malaysia kian berubah ekoran penggunaan telefon bimbit masa kini.

Berikan pendapat anda berhubung fenomena ini.

Tema: Penggunaan telefon

Isu: Gaya hidup masyarakat berubah.

.Menulis karangan:

1.Pendahuluan:-Telefon bimbit bukan lagi barangan mewah- barang keperluan- mampu dimiliki

oleh semua golongan – ada baik dan buruk.

2.Isi-isi:

Kebaikan:

1. Alat perhubungan yang penting – dapat menghubungi keluarga atau rakan dengan mudah pada waktu gembira atau kecemasan – -Dapat menghilangkan rasa rindu dengan melihat paparan wajah walaupun berada pada jarak jauh.

2. Membolehkan sebarang maklumat disampai dan diterima dengan mudah dan cepat- maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah, hal-hal pelajaran dan saling bertukar maklumat.

Keburukan:

1. Hubungan masyarakat semakin renggang – tidak mempeduli masyarakat sekeliling dan rakan-rakan – aktiviti terhad

4

Page 5: tajuk penting bm1

2. Menggunakan untuk menyebar maklumat palsu, berunsur hasutan , fitnah , khabar-khabar angin serta gambar-gambar lucah.

3. Pelajar hilang tumpuan untuk belajar – leka dengan SMS, tidak minat belajar dan berkeinginan tinggi untuk memiliki telefon yang lebih canggih –

Kesimpulan:

Penggunaan telefon bimbit harus dikawal – Ibu bapa harus mengawasi penggunaan telefon dalam kalangan anak-anak – Semua pihak perlu bekerjasama.

4. Kegiatan lumba haram sering menjadi ikutan remaja masa kini. Ibu bapa sering dipersalahkan apabila anak-anak terlibat dalam gejala tersebut.Pada pendapat anda, wajarkah ibu bapa dipersalahkan dalam hal ini?

Beri komen anda berhubung isu tersebut.

Tema: lumba haram

Isu: Ibu bapa wajar dipersalahkan dalam penglibatan anak-anak.

Menulis karangan:

1.Pendahuluan:

-Definisi lumba haram.-Golongan yang terlibat, biasanya secara berkumpulan.-Penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya

2. Isi:

1 Ibu bapa wajar dipersalahkan dalam mengawal kegiatan anak-anak(punca).

- ibu bapa sibuk mencari rezeki/bekerja sehingga ketiadaan masa untuk mengawal pergerakan anak-anak – letih selepas pulang dari bekerja.

2 Ibu bapa terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak – tiada/kurang kawalan.- menurut segala kemahuan/keinginan anak-anak – membeli motor menyebabkan nereka menjadi liar.Ungkapan menarik yang sesuai: “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, “sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.”

5

Page 6: tajuk penting bm1

3. Faktor lain/punca lain:

1.Sikap remaja itu sendiri – ingin mencuba, menunjukkan kehebatan apabila berada di jalan raya., tidak mahu dikongkong dan pantang dicabar.

2.Pengaruh persekitaran dan rakan sebaya yang suka berlumba.-Pengaruh melalui media elektronik (filem/ televisyen) yang memaparkan aksi-aksi hebat Mat Rempit di jalan raya dan remaja cuba meniru.

-Masyarakat tidak ambil peduli /kurang teguran ( Ungkapan menarik : “jaga tepi kain orang,” “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” )

4. Langkah-langkah:

- Ibu bapa perlu lebih prihatin – bertindak tegas terhadap anak-anak.- Penguatkuasaan undang-undang, rondaan lebih kerap, pasang kamera litar

tertutup.- Kempen, ceramah.

5. Kesimpulan :

Semua pihak perlu bekerjasamaUngkapan menarik : “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.

5. Semangat kejiranan kini semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Bincangkan punca-punca mengapa semangat ini semakin luntur dan sarankan pelbagai langkah bagi menangani permasalahan tersebut.

Tema : Semangat kejiranan

Isu ; Punca-punca dan langkah-langkah

Menulis karangan:

1. Pendahuluan: Maksud jiran dan semangat kejiranan.-Bandingkan semangat kejiranan dahulu dan sekarang-Dahulu – rapat. Ungkapan menarik – “ hidup sandar menyandar seperti aur dengan tebing”.

6

Page 7: tajuk penting bm1

-Sekarang – renggang - Ungkapan menarik – “ bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.

2. Isi – Punca-punca

1 Perubahan hidup masyarakat sekarang- terlalu sibuk mencari rezeki, mengejar kebendaan, kemewahan dan gaya hidup (keluar awal pagi, pulang pada waktu malam). Kesannya, tidak sempat bertegur sapa/ mengenali jiran tetangga.

- Pekerjaan masyarakat dahulu lebih bercorakkan pertanian di kawasan luar bandar.Konsep gotong royong menjadi amalan bersandar kepada peribahasa, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.

2 Kemajuan dalam bidang teknologi mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan yang mengurangkan amala kunjung –mengunjungi’- Sajian pelbagai program menarik melalui media elektronik menyebabkan masyarakat leka dan tidak menghiraukan jiran tetangga.- Masa dihabiskan di hadapan skrin televisyen.

3. Langkah-langkah:

1 Menghidupkan kembali amalan bergotong –royong – masyarakat akan saling bekerjasama seperti membersih kawasan kediaman, memperbaiki alat-alat permainan dan menebas semak-samun.- elakkan daripada “nasi menjadi bubur”.

2 Kempen amalan rumah terbuka –-pada musim perayaan – dapat mengenali jiran tetangga-kenduri-kendara-majlis keramaian-kempen melalui media elektronik/media cetak tentang pentingnya hubungam kejiranan.

4 .Kesimpulan:

-Semangat kejiranan penting untuk negara(pelbagai bangsa, agama dan budaya dalam usaha pemupukan semangat perpaduan.- Ungkapan menarik- “Jiran sepakat membawa berkat”.

7

Page 8: tajuk penting bm1

6. Baru-baru ini satu pertandingan syarahan anjuran Badan Pencegah Rasuah telah diadakan di daerah anda. Anda merupakan salah seorang daripada peserta tersebut. Tajuk syarahan ialah “Rasuah – Punca dan Langkah”.

Tuliskan teks ucapan itu selengkapnya.

Format: Syarahan

Tema: Rasuah

Isu: Punca dan langkah

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:

Fenomena rasuah – tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negative kepada imej negara.-Banyak melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi.

2. Isi-isi:

1.Punca rasuah:

1 Keinginan untuk cepat kaya dan hidup mewah – terlalu mengejar kebendaan-Kurang penghayatan nilai-nilai murni – menganggap rasuah sebagai satu kebiasaan.

2 Penguatkuasaan undang-undang yang lemah dalam sistem perundangan-- Mahkamah mengenakan hukuman yang ringan kepada peslah rasuah berbanding jumlah rasuah yang diambil oleh mereka. -Memberi satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman dalam menangani isu ini.-Mereka yang telah dijatuhkan hukuman akan terus melakukan kegiatan tersebut kerana selepas keluar dari penjara , mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil setelah keluar dari penjara.

2 Langkah-langkah menangani:

- .1 Peranan pihak kerajaan – menahan, mendakwa dan menghukum pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan – tidak “memilih bulu”.

8

Page 9: tajuk penting bm1

2 Mengadakan kempen sama ada melalui media cetak atau media elektronik yang dibuat secara holistik agar khalayak masyarakat dapat menerimanya. -Kempen haruslah yang benar-benar boleh memberi kesan kepada yang menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum melakukan perbuatan tersebut.

3 Penerapan konsep keagamaan dan moral sama ada di peringkat sekolah atau universiti mampu menyekat penularan wabak sosial ini.

Kesimpulan:

Anjakan paradigma masyarakat terhadap gejala rasuah perlu berlaku terlebih dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbi. - Konsep “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.

7.. Tugas menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.

Bincangkan langkah-langkah yang mampu diambil oleh semua pihak dalam usaha melesterikan alam sekitar di negara kita.

Tema: Alam sekitar

Isu ; Langkah-langkah melesterikan alam sekitar.

Menulis karangan :

1.Pendahuluan:

-Alam sekitar semakin tercemar.Hutan semakin mengalami kemusnahan. Masyarakat masih belum menyedari dan mengambil pengajaran daripada kejadian yang menimpa alam sekitar.-Alam sekitar – perlu dijaga – khazanah yang tiada nilainya.-Kemusnahan alam sekitar dapat menggugat kestabilan ekosistem – menjadikan bumi kian gersang--Kerakusan manusia mengejar pembangunan- memusnahkah segala keindahan.

2.Isi :

1. Langkah-langkah menjaga alam sekitar :

9

Page 10: tajuk penting bm1

1. Kerajaan mewartakan kawasan hutan sebagai Taman Negara dan Hutan Simpan Kekal. – Hutan akan terus terpelihara tanpa ada usaha untuk menebangnya dan mengaut sedikit keuntungan dalam jangka masa pendek.

2. Menguatkuasakan undang-undang – Hukuman lebih keras kepada pesalah yang bertindak menjejaskan alam sekitar.

- Untuk tujuan pembangunan seperti projek pembalakan dan pembangunan perumahan yang melibatkan kemusnahan alam sekitar harus dikaji.

- Kerajaan boleh meletakkan syarat bahawa setiap pohon yang ditebang, harus diganti dengan dua atau tiga batang pokok. – berfikir dua kali untuk menebang pokok.

3. Memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar di sekolah – menerapkan rasa cinta dan menghargai akan alam sekitar- “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.

4. Kempen kesedaran – mencintai alam sekitar – pertandingan menulis esei, iklan melalui media cetak dan media elektronik.

Kesimpulan:Tugas menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.

8.. Tulis sebuah rencana berhubung kebaikan dan keburukan penggunaan telefon bimbit kepada pelajar.

Format :Rencana

Tema: Penggunaan telefon bimbit

Isu ; Kebaikan dan keburukan

Menulis karangan :

1. Pendahuluan:

-Salah satu alat teknologi canggih masa kini –-Membantu manusia melaksanakan pelbagai urusan – menjadi barangan keperluan , dimiliki oleh semua golongan.-Penggunaannya sebagai satu trend atau gaya hidup masa kini.

2. Isi-isi:

10

Page 11: tajuk penting bm1

2. Kebaikan:

-1 Kemudahan untuk berkomunikasi

- Dapat menghubungi sesiapa sahaja walaupun berada di tempat yang jauh, tersebut.

- Merapatkan hubungan antara ibu bapa, adik, kakak, abang, kawan dan guru .- Boleh menghubungi sesiapa sahaja secara cepat, tepat dan menjimatkan masa

pada bila-bila sahaja baik waktu kecemasan atau waktu gembira.

.2 Sebagai satu bentuk penyamaian informasi yang pelbagai dan menarik’ -Pertukaran maklumat dan pengetahuan dengan sesiapa sahaja yang berada jarak

dekat atau jauh tanpa mengira waktu.-Pelajar boleh mendapat apa-apa saja maklumat jika ketinggalan menjadikan remaja kita berinformasi.

3 –Boleh merakam sebarang bukti kejadian untuk membantu dalam penyiasatan sesuatu kes.

2. Keburukan:

1 Menggunakan untuk tujuan yang mendatangkan kesan negatif/gejala tidak sihat- Penyebaran fitnah melalui SMS-Menghantar gambar-gambar lucah dank lip video yang tidak senonoh, lalu berkongsi pula dengan rakan yang lain.

.2 Pelajar hilang tumpuan untuk belajar –- Tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk pelajaran – -Pelajar menggunakan telefon ketika guru mengajar tanpa segan silu.-menjejaskan proses p&p, pelajaran merosot.

Kesimpulan:

-Penggunaan telefon bimbit wajar dikawal terutama dalam kalangan pelajar .Kajian menunjukkan telefon bimbit mampu menjejaskan kesihatan pelajar melalui gelombang bunyi yang dikeluarkan sewaktu bertelefon-Konsep “cegah sebelum parah”.

11

Page 12: tajuk penting bm1

9. Peningkatan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya begitu ketara setiap tahun.

Ulaskan.

Format :TiadaTema: Kemalangan jalan rayaIsu: Punca dan langkah

Menulis karangan :

Pendahuluan:Kemalangan jalan raya semakin meningkat – Bilangan kenderaan semakin bertambah. Jalan raya semakin sesak- Manusia hilang kesabaran- Perlu langkah-langkah awal untuk pencegahan –“Cegah sebelum parah”.

Isi: Punca:

1. Tidak mematuhi peraturan jalan raya, tidak mempedulikan kenderaan lain.-memandu laju (ingin cepat sampai ke destinasi), dalam keadaan mabuk ,berlumba di jalan raya, tidak mempunyai lessen memandu.

2. Kenderaaan tidak diselia dengan baik sewaktu menggunakannya terutama untuk perjalanan jarak jauh (musim perayaan)

3. Keadaan jalan raya yang tidak sempurna- mengalami kerosakan (berlubang),-tidak mempunyai sebarang tanda amaran di kawasan yang mengalami kerosakan jalan raya.

Langkah-langkah:

1. Mengadakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKIR)--dapat membantu memberi kesedaran dan perlu usaha untuk menjadi pemandu yang berhemah sejak awal - peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara yang mengsasarkan semua komuniti masyarakat sama ada pelajar, ahli politik , ketua negara, pendidik mahupun badan-badan profesional.

2. Membina lorong khas motosikal di jalan-jalan yang dikenalpasti sebagai kawasan risiko kemalangan yang melibatkan penunggan dan pembonceng motosikal.

Kesimpulan:

12

Page 13: tajuk penting bm1

- Pengguna jalan raya harus berubah sikap. Slogan ‘anda mampu mengubahnya” memang tepat sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan raya.

10. Pelancongan Desa merupakan salah satu aktiviti yang dapat menghasilkan pendapatan kepada penduduk kampung dan seterusnya memberi manfaat kepada negara.Pelancongan ini diperkenalkan sebagai usaha menggalakkan aktiviti ekonomi dalam kalangan penduduk.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar terus berkembang maju.

Tema: Pelancongan DesaIsu: Langkah-langkah memajukan Pelancongan Desa

Menulis karangan:

1.Pendahuluan:

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang maju.-Tahun 2000, 10.2 juta pelancong berkunjung ke Malaysia.-Malaysia negara ketiga paling ramai menerima pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong.

Pelancongan Desa – satu kosep yang unik, sangat sesuai bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menjalani cara hidup masyarakat Melayu.

-Pelancongan Desa yang berasaskan pertanian misalnya dapat memberi pengalaman kepada pelancong menghargai hidup kampung dan merasai nikmat alam semulajadi dengan melawat ladang buah-buahan, sayur-sayuran dan ternakan.

2.Isi-isi:

Langkah-langkah:

13

Page 14: tajuk penting bm1

1.Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur. seperti infrastruktur kawasan antaranya rumah penginapan, kantin, bekalan air bersih, elektrik dan kemudahan asas yang lain.

2.Menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki bukit dan gunung, memancing, berkhemah, melawat gua, merentas hutan , memerhati burung, melawat lading, kebun buah-buahan, berbasikal dan sebagainya.

3.Mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelawat daripada dalam negeri dan luar negeri melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta.

4.Membangunkan kawasan desa yang sesuai untuk tujuan pelancongan dengan menyediakan penginapan dan kawasan menjamu selera.

Kesimpulan:

Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna.

11.. Permainan tradisional perlu dikekalkan untuk generasi turun temurun.

Bincangkan.

Tema: Permainan tradisional

Isi : Langkah-langkah meningkatkan permainan tradisional.

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:

Permainan tradisional semakin dilupakan oleh masyarakat.-lebih meminati permainan moden seperti video.-akan lupus sekiranya tidak ditangani dengan segera.-mendatangkan kerugian kepada negara.

2. Isi-isi:

Langkah-langkah meningkatkan permainan tradisional.

14

Page 15: tajuk penting bm1

1. Penganjuran permainan tradisional oleh pihak kerajaan.- mengadakan pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.- Penyertaan daripada pelbagai kaum amat digalakkan.- Menawarkan hadiah yang lumayan.

2. Menubuhkan kelab permainan tradisional di sekolah.- guru-guru dihantar berkursus untuk memahirkan permainan ini.- Generasi muda akan meminati permainan ini jika diketengahkan – wau,

gasing, congkak dan pelbagai lagi.

3. Kerajaan mengadakan kempen permainan tradisional.-promosi melaui jabatan kerajaan dan media massa.-melibatkan semua jabatan kerajaan.-mengadakan bulan permainan tradisional.

4. Mewajibkan semua hotel menganjurkan sukan tradisional.–mengadakan pertandingan antara kakitangan hotel dan para pengunjung.-dapat menarik pelancong terutama dari luar negeri.Pelancong akan menceritakan pengalaman mereka kepada rakan-rakannya.

5. Para pemenang dinobatkan sebagai tokoh sukan tradisional.- diberikan pelbagai ganjaran berupa wang, sijil dan pelbagai lagi.- -diwawancara di kaca-kaca televisyen dan surat khabar.- -berasa dihargai dan setaraf dengan kejayaan dalam permainan moden.

6. Memberi dana kepada kelab-kelab permainan tradisional.- dapat mengadakan program dan aktiviti sepanajng tahun.- Dapat menarik minat orang ramai untuk menyertainya.- Diperluas hingga ke kawasan pedalaman.

Kesimpulan:Permainan tradisional- wajar diwarisi oleh genenrasi baru – “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.-dapat mengekalkan budaya dan identiti bangsa.

12. Salah satu kecanggihan dan kemajuan dalam teknologi komunikasi pada hari ini ialah penggunaan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).

Nyatakan kebaikan dan keburukan yang diperoleh daripada penggunaan teknologi ini kepada manusia.

15

Page 16: tajuk penting bm1

Tema: Sistem Maklumat Ringkas (SMS)

Isu: Kebaikan dan keburukan penggunaan SMS kepada pengguna.

Menulis karangan:

1.Pendahuluan:

Kecanggihan dan kemajuan dalam teknologi komunikasi mengubah gaya hidup manusia.-Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka (khidmat pesana ringkas –SMS, khidmat pesanan multimedia – MMS, teknologi tanpa wayar –Bluetooth dan lain-lain).SMS – fungsi perkhidmatan semakin meluas – program realiti (televisyen) – hiburan, mencari menantu dan pelbagai lagi.

2.Isi-isi:

Kebaikan dan keburukan:

Kebaikan:

1. Sebagai alat komunikasi yang paling cepat dan cekap untuk menyampaikan maklumat.

- bukan sekadar untuk berhubung dengan rakan-rakan, tetapi untuk melaporkan sebarang masalah sosial seperti kes rogol dan jenayah .

- Laporan melalui SMS yang dikenal sebaga “DAPAT” – konsep yang diamalkan menerusi Rakan Cop – sebagai bukti, index kadar jenayah mengalami penurunan – 24,571 (2003), 21241 (2004) dan 19695(2005).

2. Memudahkan komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

- Kesibukan ibu bapa bekerja, tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengikuti perkembangan anak-anak – ibu bapa hanya perlu mengakses melalui telefon bimbit.

- Menyalurkan maklimat berkaitan kehadiran, disiplin, latihan pelajar, keputusan peperiksaan dan takwim aktiviti.

2.Keburukan:

1. Alat penyebar maklumat yang berbaur fitnah, perkauman, isu agama, perhimpunan haram, berita palsu dan sebagainya- semakin berleluasa dan membimbangkan.

16

Page 17: tajuk penting bm1

-Mesej yang menyentuh sensitiviti agama boleh mencetuskan perbalahan kaum – menggugat keamanan negara.

2. Timbulkan kes penipuan- ramai tertipu dengan tawaran hadiah bernilai berpuluh-puluh ribu ringgit – mengalami kerugian.

-Modus operandi penjenayah ialah menghantar SMS mendakwapenerima memenangi hadiah bernilai ribuan ringgit. -Mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam nombor akaun sebelum menunggu panggilan daripada penjenayah bagi menuntut wang yang dimenangi.

Kesimpulan:

-Budaya SMS merupakan cara berkomunikasi yang paling mudah, ringkas dan efektif serta lebih menjimatkan untuk berhunung antara satu sama lain.-Harus lebih bertanggungjawab dan memanfaatkan sebaik mungkin segala kemudahan tersebut.

17

Page 18: tajuk penting bm1

18