bm sintaksis

11
SINTAKSIS

Upload: watak-bulat

Post on 25-Jun-2015

4.825 views

Category:

Technology


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bm sintaksis

SINTAKSIS

Page 2: Bm sintaksis

DEFINISI

Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.

Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Page 3: Bm sintaksis

AYAT

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.

Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian

iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.

Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN),  frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Page 4: Bm sintaksis

Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.

Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa

SubjekFrasa

Predikat

Rumus Pola Ayat

Ahmad mengulangkaji tatabahasa Frasa Nama Frasa Kerja FN + FN

Cikgu ke sekolah Frasa Nama Frasa Sendi Nama FN + FS

Fatimah amat rajin Frasa Nama Frasa Adjektif FN + FA

Ah Chong seorang usahawan Frasa Nama Frasa Nama FN + FN

Page 5: Bm sintaksis

FRASA

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS

Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

Page 6: Bm sintaksis

BINAAN AYAT

Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.

Perhatikan contoh di bawah:

Page 7: Bm sintaksis

Subjek Subjek

Bah. Ayat Unsur Bah. Ayat Unsur

Ah Tian   guru senaman  

Tipah   membeli gula  

Suara ketua pengawas itu   serak-serak

basah  

Munainady   menoreh getah  

Page 8: Bm sintaksis

Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Page 9: Bm sintaksis

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Perhatikan ayat berikut:

Pelajar itu membaca buku.

Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.

Page 10: Bm sintaksis

Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada

maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh

menjadi seperti berikut:

Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada

pelajar, iaitu subjek ayat)

Page 11: Bm sintaksis

Pola Ayat Dasar

Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri. Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-

unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)

Lihat contoh berikut:

Subjek Ayat

Predikat Ayat

Frasa Subjek

Frasa Predikat

Rumus Pola Ayat

Jamilahpengurus sumber manusia

Frasa Nama Frasa Nama FN+FN

Atan budak pandai Frasa Nama Frasa Adjektif FN+FA