bm pbs .docx

30
TAJUK : PENGGUNAAN DIALEK KELANTAN DALAM KALANGAN PELAJAR PRA – UNIVERSITI DI SMK SULTAN YAHYA PERTA (1). AHLI KUMPULAN : JUNAINATUL AMIZA BT AB MANAFF (970707-03-5688) NURUL NASUHA BT MUHAMMAD (950709-03-5674) SITI NADIRAH BT MOHD SHUKRI (950112-03-6358) NOOR FARIHAH BT ABD HASHIM (950921-03-5718) 1

Upload: junainatul

Post on 19-Jul-2016

72 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: bm pbs .docx

TAJUK : PENGGUNAAN DIALEK KELANTAN DALAM KALANGAN

PELAJAR PRA – UNIVERSITI DI SMK SULTAN YAHYA PERTA (1).

AHLI KUMPULAN :

JUNAINATUL AMIZA BT AB MANAFF (970707-03-5688)

NURUL NASUHA BT MUHAMMAD (950709-03-5674)

SITI NADIRAH BT MOHD SHUKRI (950112-03-6358)

NOOR FARIHAH BT ABD HASHIM (950921-03-5718)

1

Page 2: bm pbs .docx

ISI KANDUNGAN

PERKARA : M/S

Tajuk i

Isi Kandungan ii

Pengenalan 1-2

Objektif Kajian 3

Kepentingan Kajian 4

Skop Kajian 5

Batas Kajian 6

Kaedah Kajian 7-9

Dapatan Kajian 10-17

Rumusan 18

Penutup 19

Lampiran 20

2

Page 3: bm pbs .docx

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang penggunaan

dialek Kelantan dalam kalangan pelajar Pra – Universiti di SMK Sultan Yahya Petra (1)

serta definisi konsep – konsep penting yang digunakan dalam kalangan kajian ini.

1.1 LATAR BELAKANG

Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh

sekumpulan penutur dalam satu – satu masyarakat bahasa. Dialek mempuyai

bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk

yang standard dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata – kata tertentu,

tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa

yang lain.

Dialek – dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya ialah

variasi daripada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sekarang ini menjadi bahasa

kebangsaan Malaysia dan sejak peristiwa 13 Mei 1969, bahasa ini dikenali

sebagai bahasa Malaysia. Bahasa Melayu sekarang merupakan bahasa yang

dianggap sebagai bahasa kebangsaan yang standard. Dalam satu – satu dialek

tempatan di Malaysia, terdapat pula idiolek atau kelainan pengucapan yang

disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik yang terjadi akibat

perbezaan konteks. Semua kelainan ini disebut dialek. Sesungguhnya terdapat

kelainan – kelainan tersebut, dialek harus tidak terkeluar daripada had saling

kesefahaman yang menentukan bahawa kelainan – kelainan itu masih tergolong

dalam satu bahasa.

Dialek Kelantan bukan sahaja ditutur di negeri Kelantan, tetapi merentasi

sempadan politik dan ditutr juga oleh penduduk – penduduk di tempat – tempat

lain seperti penduduk – penduduk yang mendiami daerah – daerah sempadan

Kelantan/Terengganu, Kelantan/Pahang,Kelantan/perak, dan juga beberapa dalam

daerah Thai Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala, dan Patani. Dialek

Kelantan agak unik jika dibandingkan dengan dialek – dialek lain di Malaysia

3

Page 4: bm pbs .docx

terutama dari segi sebutan, kosa kata dan makna. Keunikan inilah kadangkala

menyababkan dialek Kelantan agak sukar difahami oleh anggota masyarakat yang

lain.

1.2 DEFINISI KONSEP

Menurut Nik Safiah Karim (1988), dialek ialah variasi bahasa. Sesuatu

bahasa mungkin mempunyai banyak variasi bergantung pada sejarah

perkembangannya, jumlah penduduk dan luas daerah penyebarannya. Terdapat

perbezaan antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam sesuatu bahasa.

Dalam satu daerah yang luas, dialek – dialek yang berdekatan biasanya

mempunyai lebih banyak persamaan daripada yang berjauhan kedudukannya.

Menurut Asmah Hj Omar (1991), dialek – dialek yang terdapat di

Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan kepada lima kawasan utama iaitu

kelompok barat daya yang meliputi Perak Utara, sementara kelompok Timur Laut

diwakili oleh dialek Kelantan, seterusnya kelompok Timur yang meliputi

Terengganu, selanjutnya kelompok Selatan yang meliputi dialek yang dituturkan

di Johor, Melaka, Pahang, Selangor, dan Perak Selatan dan akhirnya kelompok

yang mewakili dialek Negeri Sembilan.

Noraliza (1986:129), menjelaskan bahawa sesuatu bahasa atau dialek

berbeza daripada bahasa atau dialek lain akibat daripada pengaruh alam dan

persekitaran yang berlainan. Menurut beliau, perbezaan ini boleh dilihat menerusi

sistem bunyi dan leksikal.

Abdul Hamid Mahmood (1990:217), mentakrifkan dialek sebagai variasi

daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam

satu – satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan

dalam kawaasan berlainan daripada bentuk bahasa baku, baik dari segi sebutan,

tatabahasa ataupun penggunaan kata – kata tertentu. Kelainan tersebut tidaklah

begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

4

Page 5: bm pbs .docx

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk :

i. Mengumpul data tenteng sebutan bunyi – bunyi vokal bahasa Melayu mengikut

sebutan dialek Negeri Kelantan.

ii. Membandingkan sebutan sesuatu bunyi vokal mengikut sebutan bahasa Melayu

baku dengan sebutan dialek Negeri Kelantan berdasarkan kehadirannya dalam

bahasa suku kata / perkataan.

iii. Menentukan jumlah sebutan bunyi vokal dalam dialek negeri Kelantan.

5

Page 6: bm pbs .docx

3.0 KEPENTING KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk :

i. Memperlihatkan kelainan sebutan vokal antara dialek Kelantan dengan sebutan

bahasa standard.

ii. Menambah dokumentasi atau rujukan tentang kajian dialek.

iii. Dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya untuk membetulkan sebutan

pelajar yang bertutur dalam bahasa Melayu formal tetapi memperlihatkan

pengaruh dialek Kelantan.

6

Page 7: bm pbs .docx

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada penyebut enam bunyi vocal bahasa Melayu baku

mengikut sebutan dialek Negeri Kelantan, sebutan kesemua vokal, iaitu vokal depan,

vokal tengah dan vokal belakang akan dikaji dalam kalangan pelajar pra universiti di

SMK Sultan Yahya Petra 1.

7

Page 8: bm pbs .docx

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya berdasarkan sebutan informan yang berasal dari Negeri

Kelantan. Oleh itu, sebutan ini tidak menggambarkan cara sebutan seluruh penutur dialek

Negeri Kelantan yang pada hakikatnya berbeza – beza mengikut daerah permastautin.

Informasi juga terdiri daripada golongan yang berpendidikan, oleh itu, sebutan

yang setulen sebutan penutur jati dialek Negeri Kelantan yang tidak terdedah kepada

bahasa baku atau dialek lain, tidak dapat ditunjukkan oleh kajian ini kerana informan

telah terdedah kepada sebutan baku dan juga dialek lain.

8

Page 9: bm pbs .docx

6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjejaskan cara penyelidikan mendapatkan data sebagai bahan kajian,

kaedah pemprosesan/penganalisisan data dan cara persembahan dapatan kajian.

6.1 MENDAPATKAN DATA

Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah lapangan, iaitu penyelidikan

mendapatkan data primer daripada informan yang berasal dari Negeri Kelantan.

Informan di minta menyebut beberapa perkataan yang pengkaji senaraikan, iaitu

yang mengandungi vokal – vokal yang berbeza dan sebutan itu mengikut dialek

mereka. Mereka juga di minta berbual dalam dialek Kelantan. Penyelidikan

merakamkan sebutan dan juga perbualan.

6.2 MENGUMPULKAN DATA

Untuk memudahkan pengkaji menganalisis data, pengkaji mencatatkan sebutan

perkataan yang mengandungi vokal – vokal tersebut dalam bentuk ejaan Rumi

dan dalam transkripsi fonetik.

6.3 MENGANALISIS DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA

Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan kepada sebutan

semua vokal dalam dalam bahasa Melayu, iaitu [i], [e], [a], [u], [o] dan [ ].

Huraian tentang vokal tersebut dan cara penghasilannya adalah seperti yang

berikut :

Rajah jenis – jenis vokal

9

Page 10: bm pbs .docx

Rajah diatas menunjukkan keratan rentas lidah. Bahagian disebelah kiri merupakan

bahagian depan lidah manakala bahagian di kanan ialah belakang lidah. Bahagian yang

bergaris horizontal menunjukkan ketinggian lidah diangkat dan bukan antara rahang.

6.3.1 Vokal Depan Sempit [i]

Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah ke arah lelangit keras tetapi

tidaklah sampai menyentuhnya. Udara dari paru – paru keluar melalui rongga

mulut dan tekak tanpa sekatan. Bukaan rahang adalah sempit manakala keadaan

bibir terhampar.

6.3.2 Vokal Depan Separuh Sempit [e]

Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah kearah lelangit keras tetapi

tidak setinggi semaasa menghasilkan bunyi [i]. udara dari paru – paru keluar

melalui rongga tekak dan mulut tanpa sekatan. Bukaan rahang lebih luas

berbanding dengan semasa menghasilkan bunyi [i] manakala keadaan bibir

terhampar.

6.3.3 Vokal Depan Luas [a]

Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah – rendahnya.

Udara dari paru- paru keluar dari rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan.

Bukaan rahang lebih luas daripada semasa menghasilkan bunyi [ ] manakala

keadaan bibir antara bundar dan terhampar.

6.3.4 Vokal Tengah [ ]

Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan bahagian tengah lidah di antara

kedudukan untuk menghasilkan vokal separuh luas dan vokal separuh sempit.

Udara dari paru – paru keluar tanpa sekatan manakala keadaan bibir neutral.

10

Page 11: bm pbs .docx

6.3.5 Vokal Belakang Sempit [u]

Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut

tetapi tidak sampai mrnyentuhnya. Udara dari paru – paru keluar melalui rongga

mulut dan rongga tekak tanpa sekatan. Keadaan bibir bundar manakala rahang

terbuka sedikit.

6.3.6 Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangi lembut

tetapi tidak setinggi semasa menghasilkan vokal [u]. Udara dari paru – paru

keluar melalui rongga mulut dan rongga tekak tanpa sekatan. Keadaan bibir

bundar, manakala rahang terbuka sedikit.

Hasil kajian akan di persembahkan dalam bentuk jadual. Dalam jadual itu

dicatatkan perkataan yang mengandungi vocal tetentu, iaitu mengikut susunan

vokal depan, vokal tengah dan vocal belakang dalam kedudukan yang berbeza

dalam perkataan. Bagi setiap perkataan itu dituliskan ejaannya, transkripsi fonetik

sebutan bakunya dan sebutan mengikut dialek Negeri Kelantan. Dengan

demikian, perbezaan sebutan itu dapat dilihat dengan jelas.

11

Page 12: bm pbs .docx

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, diperlihatkan sebutan perkataan yang menjadi data kajian mengikut

sebutan baku dan sebutan dialek Negeri Kelantan.

7.1 Vokal depan sempit [i]

Penyebutannya :

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

Ikan Ike

Ikut Ikot

Polis Poleh

Itik Itek

Tulis Tuleh

Dia Dio

Hitam Ite

Putih Puteh

Hijau Ija

Kuning Kuni

Kekasih Kaseh

Kisah Kesoh

Jadual 1 : Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan sempit

Berdasarkan jadual di atas, dapat di lihat bahawa sebutan vokal depan sempit [i] pada

aawal dan tengah suku kata dalam dialek Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, dalam suku

kata tertutup pada akhiran perkataan, sebutannya berbeza. Selain itu, konsanan akan digugurkan

apabila berada di awal perkataan, contohnya bunyi [h] akan gugur dengan sendirinya dan bunyi

[i] akan berada di awal perkataan. Jika suku kata diakhiri oleh bunyi [s], vokal [i] itu disebut

sebagai [e], kecuali bagi kata pinjaman. Hal ini bermakna, vokal [i] dan [e] bervariasi bebas.

12

Page 13: bm pbs .docx

7.2 Vokal depan separuh sempit [e]

Penyebutannya :

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

ekor Eko

Epal Epo

Elak Elok

Etak Etok

Boleh Buleh

Ela Elo

Meja Mejo

Kes Keh

Engsel Ehsel

Jadual 2 : Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan separuh sempit

Vokal depan separuh sempit [e] juga banyak digunakan dalam dialek Kelantan.

Perkataan yang mempunyai vokal [e] pada awal suku kata dalam bahasa melayu baku

akan mengugurkan suku kata akhir tertutup dengan syarat suku kata akhir tersebut diakhiri

dengan huruf getaran [r] dan huruf gigi gusi [l] seperti [ekor] [eko] dan [epal] [epo]. Perkataan

yang suku kata bermula dengan [e] dan suku kata akhirnya yang mengandungi vokal [a] akan

menjadi [o] dalam dialek Kelantan. Contoh perkataan yang suku katanya bertukar dari vokal [a]

menjadi vokal [o] ialah [elak] [elok], [etak] [etok]. Sesetengah perkataan yang suku kata

awalmya mengandungi vokal [o] ditukar kepada vokal [u] dalam sebutan Kelantan. Perkataan

baku yang diakhiri dengan vokal [a] akan diubah menjadi vokal [o] seperti perkataan [ela] [elo]

dan [meja] [mejo]. Sesetengah perkataan baku yang mengandungi konsonan [s] dan [ng] akan

ditukar kepada konsonan [h]. Antara perkataannya adalah [kes] [keh] dan [engsel] [ehsel].

13

Page 14: bm pbs .docx

7.3 Vokal depan sempit [a]

Penyebutannya :

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

Ketua Ketuo

Kuda Kudo

Lada Lado

Apa Apo

Bahasa Bahaso

Mata Mato

Teka Teko

guna Guno

gila Gilo

Rajah di atas menunjukkan penggunaan vokal [a ] pada akhir kata bahasa Melayu

standard mempunyai kesejajaran dengan penggunaan vokal [o] dalam subdialek.

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

Ombak Ombok

Malas Malah

muntah Muntoh

emak Emok

gajah Gajoh

galah Galoh

kalah Kaloh

14

Page 15: bm pbs .docx

Rajah di atas menjelaskan vokal [a] yang mempunyai suku kata tertutup mempunyai

kesejajaran dengan vokal [o] yang mempunyai hentian glotis dalam sebutan bahasa Melayu

standard seperti konsonan [h] dan [k].

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

Tongkat Tokak

siap Siak

lipat Lipak

lewat Lewak

liwat Liwak

dapat Dapak

Perkataan dalam sebutan standard yang berakhir dengan konsonan [t] dan [p] mempunyai

kesejajaran dengan konsonan [k] dalam sebutan subdialek Kelantan.

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

Tumbang Tumbe

Ikan Ike

Badan Bade

Makan Make

masam Mase

hitam Ite

Penggunaan vokal [a] yang dikuti dengan konsonan [n], [m] dan [ng] dalam suku kata

tertutup menukarkannya menjadi vokal [e] pada hijung perkataan dalam subdialek Kelantan.

7.4 Vokal tengah [ ]

15

Page 16: bm pbs .docx

Penyebutannya :

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

Empat Pat

satu So

Pedas Pedah

das Dah

perut Perot

beruk Berok

buruk Burok

ketupat Tupak

kempis Kepek

Jadual 4 : penyebutan perkataan yang mengandungi vokal tengah

Rajah di atas menunjukkan perubahan penggunaan vokal tengah dalam subdialek

Kelantan. Perkataan standard yang mempunyai vokal tengah konsonan [m] dan [t] akan

mengalami penyingkiran suku kata awal perkataan seperti [empat] menjadi [pat] dan [satu]

menjadi [so].manakala perkataan yang mempunyai vokal tengah [d] dalam sebutan standard dan

dengan syarat mempunyai konsonan [s] di akhir perkataan akan bertukar menjadi kosonan [h]

pada akhir perkataan iaitu hentian glotis seperti perkataan [pedas] menjadi [pedah] dan perkataan

[das] menjadi [dah]. Seterusnya,perkataan standard yang mempunyai vokal tengah konsonan [r]

akan mengubah vokal [u] selepas konsonan [r] menjadi vokal [o] seperti [perut] menjadi [perot],

[buruk] menjadi [burok] dan perkataan [beruk] menjadi [berok]. Selain itu,terdapat juga

sesetengah perkataan standard yang mempunyai vokal tengah [t] dan [p] diubah terus daripada

perkataan asal seperti [ketupat] menjadi [kupat] dan perkataan [kempis] menjadi [kepek].

16

Page 17: bm pbs .docx

7.5 Vokal belakang sempit [u]

Penyebutannya :

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

ular Ula

juga Jugo

Dua Duo

salur Salo

ukur Uko

Perut Perot

Ikut Ikot

Ulam Ule

Udang Ude

Hutan Ute

Hujan Uje

Jadual 5 : Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal belakang sempit

Dalam dialek Kelantan terdapat juga penggunaan vokal belakang sempit [u]. Penggunaan

vokal [u] pada awal suku kata dalam bahasa melayu stardard seperti perkataan [ular] dan disebut

[ula] dalam dialek Kelantan yang mengugurkan konsonan belakang tertutup. Sesetengah

perkataan melayu stardard yang mempunyai vokal[o] pada awal suku kata akan menukurkan

vokal [a] dalam suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal [o] seperti

perkataan [duo] dan [jugo] seperti yang terdapat dalam jadual di atas. Vokal [o] pada suku kata

akhir yang mempunyai konsonan [r] dalam sebutan bahasa melayu baku digugurkan dalam

dialek Kelantan. Antara perkataan yang digugurkan konsonan [r] dalam dialek Kelantan ilah

[salur] menjadi [salo] dan [ukur] menjadi [uko]. Sesetengah perkataan dalam bahasa melayu

baku yang suku kata akhirnya mempunyai vokal [u] ditukar menjadi vokal [o] dengan syarat

konsonan akhir tertutup ialah konsonan [t]. Contohnya perkataan [perut] ditukarkan [perot] dan

[ikut] menjadi [ikot]. Seterusnya,sesetengah perkataan bahasa melayu baku yang suku kata

awalnya bermula dengan vokal [u] ditukarkan kepada vokal [e] dengan syarat suku kata akhir

17

Page 18: bm pbs .docx

tertutupnya adalah konsonan [m], [n] dan [ng]. Hal ini dapat dilihat pada perkataan [udang ]

ditukar menjadi [ude] dan [ulam] [ule]. Perkataan bahasa melayu baku yang suku kata awalnya

dimulakan dengan konsonan [h] akan digugurkan dalam dialek Kelantan sepertinya [hutan]

kepada [ute] dan [hujan] kepada [uje].

18

Page 19: bm pbs .docx

7.6 Vokal belakang separuh sempit [o]

Penyebutannya :

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

ombak ombok

ekor Eko

tolong Tulo

polis poleh

Boleh buleh

Tongkat Tukak

Jadual 6 : Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal belakang separuh

sempit

Rajah di atas menujukkan penggunaan vokal belakang separuh sempit [o] dalam dielek

Kelantan. Vokal [a] yang terdapat pada suku kata akhir sesuatu perkataan akan ditukar menjadi

vokal [o] dalam sebutan dielek Kelantan seperti [ombak] ditukarkan , mejadi [ombok]. Terdapat

juga sesetengah perkataan dalam bahasa standard yang mempunyai vokal [o] pada suku kata

akhir perkataan mengugurkan konsonan akhir yang tertutup seperti konsonan [r] dan [ng] seperti

[ekor] menjadi [eko] dan [tolong] disebut [tulo]. Penggunaan vokal [o] pada awal suku kata

dalam bahasa melayu baku ditukarkan kepada vokal [u] dalam sebutan dialek Kelantan. Hal ini

dapat dilihat pada perkataan [boleh] disebut [buleh] dalam dialek Kelantan dan perkataan

[tongkak] ditukar menjadi [tukak]. Sesetengah perkataan bahasa Melayu baku yang

mengandungi vokal [o] pada awal suku kata menukarkan vokal [i] pada suku kata akhir kepada

vokal [e] dan mengekalkan kosonanan tertutup seperti [h] seperti perkataan [polis] disebut

[poleh] dalam dielek Kelantan.

19

Page 20: bm pbs .docx

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Kesimpulannya, dapat dibuktikan bahawa wujud persamaan dan perbezaan penyebutan

vokal-vokal bahasa melayu mengikut sebutan baku dan mengikut sebutan dialek negeri

Kelantan. Perbezaan itu melibatkan vokal-vokal seperti vokal depan sempit, vokal

separuh sempit, vokal depan luas, vokal luas, vokal tengah, vokal belakang sempit dan

vokal belakang separuh sempit dalam kedudukan yang berbeza iaitu pada awal, tengah

dan akhir perkataan sehingga menghasilkan bunyi sebutan yang berbeza. Vokal pepet e

dan a merupakan vokal kardinal primer, sedangkan vokal-vokal yang lain merupakan

vokal kardinal sekunder. Untuk kemudahan percetakan, vokal-vokal kardinal sekunder

itu selanjutnya tidak diberi lambing khusus. Penyebutan vokal-vokal i,e,u, dan o dalam

lingkungan-lingkungan yang terizin oleh sistem fonologi dialek Kelantan tidak banyak

bezanya dengan yang terdapat dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, kecuali

adanya ciri kardinal sekunder pada sifat kardinal vokal-vokal berkenaan di mana relevan.

Ini bermakna, dialek Kelantan memperlihatkan keseragaman yang agak tinggi, khususnya

dari segi fonologi.

20

Page 21: bm pbs .docx

9.0 PENUTUP

Hasil kajian diatas dapat menunjukkan bahawa dialek yang dituturkan di Negeri Kelantan

merupakan suatu variasi bahaasa yang unik. Sebenarnya, setiap dialek mempunyai ciri –

ciri keunikkannya yang tersendiri dan dialek merupakan satu disiplin bahasa yang

menarik untuk dikaji. Pelbagai kajian perlu dijalankan, misalnya dalam aspek penyebutan

difton dan konsanan – konsanan tertentu, buakan sahaja dalam dialek Negeri Kelantan,

tetapi juga dalam dialek – dialek lain. Penyelidik berharap agar kajian yang seperti ini

akan diteruskan.

21

Page 22: bm pbs .docx

10.0 RUJUKAN

22

Page 23: bm pbs .docx

11.0 LAMPIRAN

23