pbs bm baru

Upload: azizah-tak

Post on 19-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN1.1 Latar BelakangBahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia. Oleh itu,bahasa Melayu telah dijadikan alat komunikasi utama antara satu kaum dengan kaum yang lain di nagara ini. Namun begitu, disebabkan oleh kepelbagaian masyarakat serta situasi penggunaan yang berbeza-beza terdapat pelbagai jenis variasi bahasa dalam bahasa Melayu dan bahasa basahan merupakan salah satu bahagian daripada konsep variasi bahasa dalam bahasa Melayu.

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia biasanya menggunakan bahasa basahan dalam urusan seharian. Hal ini demikian kerana bahasa basahan tidak sama dengan jenis variasi bahasa yang lain. Bahasa ini lebih mudah, ringkas, dan senang difahami oleh setiap orang. Dengan kemudahan dan manfaat yang dibawa oleh bahasa basahan, bahasa ini dapat digunakan secara luas dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia semasa berkomunikasi. Lazimnya, bahasa basahan tidak digunakan dalam bentuk tulisan, tetapi sering digunakan secara lisan atau semasa pertuturan.

Kini, bahasa basahan telah digunakan secara meluas. Kebanyakan filem-filem Melayu yang ditayangkan juga mengunakan bahasa basahan dalam lakonan. Tindakan ini akan mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada bahasa Melayu kerana masyarakat di Malaysia akan dipengaruhi oleh bahasa-bahasa yang digunakan dalam filem-filem tersebut. Akhirnya, nilai bahasa Melayu yang tinggi akan tergugat. Oleh itu, pengkaji telah memilih filem untuk menyenaraikan kosa kata bahasa basahan dari segi perbendaharaan kata yang digunakan dalam filem tersebut. Di samping itu, pengkaji akan menjelaskan tiga perbezaan antara bahasa basahan dengan bahasa baku. Pengkaji mengharapkan melalui kajian ini, penggunaan bahasa basahan dalam kalangan masyarakat dapat dikurangkan dan penggunaan bahasa Melayu gramatis dititikberatkan terutama dalam majlis formal, ketika proses pengajaran dan pembelajaran atau kuliah, sesi pembentangan dan sebagainya.1.2 Definisi konsep Za`ba mendefinisikan bahasa basahan sebagai bahasa cakap mulut. Bahasa ini tidak mementingkan peraturan bahasa. Hal yang dilihat ini lebih penting ialah kefahaman antara penutur dengan pendengar. Oleh itu, bahasa ini tidak digunakan dalam bentuk tulisan atau lisan, terutama dalam situasi formal atau rasmi. Bentuknya sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga.Bahasa basahan ialah bahasa percakapan yang digunakan dalam perbualan seharian. Bahasa ini banyak mempengaruhi gaya penulisan kita. Penggunaan bahasa ini hendaklah dikurangkan kerana penggunaan bahasa Melayu tinggi perlu dititikberatkan terutama dalam majlis formal, ketika proses pembelajaran atau kuliah, sesi pembentangan, dalam ucapan rasmi, dan sebagainya.Menurut Abdullah Hassan, bahasa basahan ialah bahasa yang digunakan dalam keadaan tidak rasmi. Sebagai contoh, di restoran, stesen bas, padang bola, dan di rumah. Dalam situasi rasmi, contohnya semasa mesyuarat, perbicaraan di mahkamah, persidangan parlimen, dan seminar, bahasa basahan tidak boleh digunakan.Bahasa basahan juga digunakan dalam bentuk lisan berlaku apabila komunikasi wujud secara terus antara dua orang dengan menggunakan bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian. Manakala dalam bentuk tulisan pula, bahasa basahan ditulis secara ringkas dan tidak mengikut ejaan yang sepenuhnya.Oleh itu, bahasa basahan dikatakan sebagai bahasa yang dapat mewujudkan kemesraan antara satu sama lain kerana biasanya tajuk perbualan berkisar kepada perkara perkara yang ringan serta mudah difahami. Antara contoh bahasa basahan ialah nak, tak, dah, kecik, pulak dan sebagainya. Awang Sariyan menyatakan, Kita mungkin dapat menyatakan bentuk bahasa basahan yang meresap masuk ke dalam bahasa rasmi. Namun peresapan bentuk bahasa ke dalam bahasa rasmi tidaklah dapat dianggap sesuatu yang wajar .

2.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk:(a) menyenarai kosa kata bahasa basahan yang digunakan dalam filem Gangster Celop,(b) membandingkan perbendaharaan kata, tatabahasa, dan imbuhan bahasa basahan dengan bahasa baku, dan(c) menjelaskan maksud kata atau diksi dalam bahasa basahan dalam filem Gangster Celop.

3.0 KEPENTINGAN KAJIANHasil kajian ini diharapkan dapat:(a) menambah bahan kajian kosa kata bahasa basahan yang digunakan dalam filem Gangster Celop,(b) memperlihatkan perbezaan perbendaharaan kata, tatabahasa, dan imbuhan bahasa basahan dengan bahasa baku, dan(c) mengkritik penggunaan bahasa basahan yang sering digunakan dalam filem tempatan.

4.0 SKOP KAJIANBahasa basahan merupakan satu variasi bahasa yang digunakan dalam konteks tidak rasmi dan tidak digunakan dalam bentuk tulisan, tetapi digunakan secara lisan atau pertuturan. Dalam bahasa basahan, terdapat beberapa ciri dari segi tatabahasa, imbuhan, dan perbendaharaan kata. Pengkaji telah memilih filem Gangster Celop yang diarahkan oleh Ahmad Idham, diterbitkan oleh dua syarikat perfileman, iaitu Skop Productionc Sdn. Bhd. Dan Excellent Pictures Sdn. Bhd. Filem ini ditayangkan pada 21 Februari 2013 dan dijalankan di Melaka, dan Kuala Lumpur. Durasi filem ini bermula

5.0 BATASAN KAJIANKajian ini hanya tertumpu kepada penggunaan perbendaharaan kata, tatabahasa, dan imbuhan bahasa basahan dalam filem Gangster Celop sahaja. Oleh itu, kosa kata bahasa basahan yang disenaraikan dalam kajian ini tidak menggambarkan kosa kata bahasa basahan yang digunakan dalam keseluruhan filem Melayu yang lain.

6.0 KAEDAH KAJIAN`Kajian ini akan dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian atau kajian pustaka. Pendekatan sebegini lazimnya digunakan dalam pelbagai disiplin ilmu serta dibuat secara sistematik, iaitu dengan meneliti maklumat yang dikumpulkan oleh penyelidik, mengumpulkan data, dan menganalisiskan data yang diadakan.6.1 Mendapatkan DataKajian ini dibuat dengan cara penyelidik meluangkan masa untuk menonton filem yang telah dipilih, iaitu filem Gangster Celop. Filem tersebut dimuat turun dari Internet dan dimasukkan ke dalam bentuk cakera padat (CD). Penyelidik berbuat sedemikian bagi mendapatkan dan mengkajikan kosa kata perbendaharaan kata bahasa basahan yang terdapat dalam filem tersebut. Bagi mendapatkan maklumat secara lebih teliti, pengkaji telah bersama dengan ahli kumpulan menonton filem tersebut di perpustakaan sekolah secara berulang kali supaya dapat menyenaraikan semua kosa kata bahasa basahan yang digunakan dalam filem tersebut. Selain itu, pengkaji dan ahli kumpulannya juga menonton filem ini di rumah sendiri sendiri dan berkongsi maklumat yang diperolehi. Proses ini dapat membantu mendapatkan maklumat dengan lebih sempurna.6.2 Mengumpulkan DataKajian ini bermula dengan kerja pengumpulan maklumat melalui kaedah pemerhatian terhadap filem Gangster Celop, iaitu bermula dengan proses menonton filem untuk mendapatkan pelbagai kosa kata bahasa basahan yang terdapat dalam filem tersebut. Selain itu, apabila pengkaji telah mendapatkan data, pengkaji telah merujuk buku-buku rujukan daripada pustaka sekolah untuk menjadi salah satu bantuan kepada penyelidik untuk membahagikan data-data tersebut mengikut jenis.6.3 Menganalisis DataApabila semua maklumat yang dicari dan dikumpul melalui kaedah-kaedah yang dibincangkan di atas, penyelidik akan membahagikan kosa kata bahsa basahan mengikut aspek tatabahasa, imbuhan, dan perbendaharaan kata, iaitu perkataan yang berbeza untuk makna yang serupa, bentuk-bentuk kependekan perkataan dan perubahan bunyi ke dalam jadual. Pengkaji akan menjelaskan dalam bentuk jadual agar hasil dapatan kajian ini mudah difahami.

7.0 DAPATAN KAJIANDalam bahagian ini, kami akan memaparkan dapatan kajian dan menjelaskan isu-isu yang menjadi objektif kajian ini dijalankan, iaitu mengkaji perbendaharaan kata bahasa basahan yang digunakan dalam filem Gangster Celop. Perbincangan ini adalah berdasarkan data yang diperolehi dalam jadual dan lampiran berkenaan.7.1.0 Tatabahasa bahasa basahanDalam bidang linguistik, bahasa basahan tergolong dalam bahagian variasi bahasa. Lazimnya, bidang variasi bahasa akan mengkaji kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa. Faktor teknikal bahasa yang terdapat dalam variasi bahasa Melayu ialah sebutan, kosa kata, dan tatabahasa. Berdasarkan bentuk-bentuk kata yang terdapat dalam variasi bahasa, didapati aspek tatabahasa antara yang sering digunakan dalam bahasa basahan. Sebagai contoh, kata hubung sering digugurkan dalam ayat yang mengandungi bahasa basahan. Maklumat yang diperolehi dari filem Gangster Celop yang menggunakan tatabahasa yang salah disusun semula ke dalam bentuk jadual 7.1.0.Bil.KesalahanPembetulanMinit

1.Bukan susu, nestum. Bukan susu, tetapi nestum(06:40)

2.Tugasan apa yang ayahanda nak bagi kat kitaorang?Apakah tugasan yang ayahanda hendak beri kepada kami?(8:40)

3.Yang kau ni nak sekolahkan aku, ape hal?Kenapa awak hendak mengajar saya?(25:59)

3.Kitaorang sekarang ni babysitter. Kami bekerja sebagai penjaga bayi sekarang.(17:00)

4.Dah jauh dari penubuhan dia dulu. Sudah jauh (tersasar)dari (tujuan) penubuhan ini dahulu.(20:12)

5.Tak payah kelam kabut sangat. Tidak usah terlalu kelam kabut.(25:37)

Jadual 1.0 : Kesalahan bahasa basahan dari segi tatabahasa yang terdapat dalam filem Gangster Celop.

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa filem Gangster Celop banyak menggunakan tatabahasa yang salah. Kesalahan tatabahasa ini berlaku kerana bahagian-bahagian tertentu dalam ayat digugurkan seperti kata hubung, kata penguat, dan sebagainy. digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak geri untuk difahami oleh pendengar.

7.1.1 Imbuhan bahasa basahanBil.KesalahanPembetulanMinit

1.Aku ingat kerja dengan anak, relax sikit. Saya ingatkan bekerja dengan anak, dapat bersenang-senang sedikit.(19:33)

2.Kenapa you tak bagitahu kat I ?Kenapa awak tidak memberitahu kepada saya?(25:22)

3.Pak cik cadangkan kamu tidur di sini je. Pak cik mencadangkan agar kamu tidur di sini sahaja.(32:06)

4.Aku pun dah penat jaga kau. Saya sudah penat menjaga awak.(26:03)

5.Aku dah kotakan janji aku.Saya sudah mengotakan janji saya.(22:56)

Jadual 2.0 Kesalahan bahasa basahan dari segi imbuhan yang terdapat dalam filem Gangster Celop

Jadual 2.0 menunjukkan kesalahan bahasa basahan dari segi imbuhan yang terdapat dalam filem Gangster Celop. Dalam bahasa basahan, imbuhan sering digugurkan, contohnya imbuhan penanda aktif me- dan sebaliknya digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak geri untuk difahami oleh pendengar.

7.2 Perbendaharaan kata7.1.2 Perkataan yang berbeza untuk makna yang serupa

Bil.KesalahanPembetulanMinit

1.Diorang ni lah yang daddy harapkan, Su. Mereka sahaja yang ayah harapkan, Su.(12:20)

2.Kitaorang sekarang ni babysitter. Kami bekerja sebagai penjaga bayi sekarang.(17:00)

3.Kita lunch dekat mana ? Kita hendak makan tengah hari di mana?(21:48)

4.Lepas ni, kita nak lunch kat mana ? Selepas ini, kita hendak makan tengah hari di mana?(21:54)

5.Su, janganlah fikir bukan-bukan pasal ayah Su tu.Su, janganlah fikirkan yang bukan-bukan mengenai ayah Su itu.(32:51)

6.Korang ni macam budak-budak .Kamu ini berkelakuan seperti budak-budak.(26:07)

7.Mana rumah korang, mak bapak korang mana? Di manakah rumah dan ibu bapa kamu di mana?(34:22)

Jadual 3.0: Penggunaan perkataan yang berbeza untuk makna yang serupa dalam filem Gangster Celop.

Jadual 3.0 menunjukkan penggunaan perkataan yang berbeza untuk makna yang serupa dalam filem Gangster Celop. Penggunaan ini berlaku kerana pengguna ini sering berjumpa dan wujud kemesraan antara mereka. Selain itu, hal yang diperbualkan ialah tajuk perbualan meliputi perkara-perkara ringan dan mudah difahami.

7.1.3 Bentuk-bentuk kependekan perkataanBil.KesalahanPembetulanMinit

1.Apa yang kau nak risau sangat, kita kan dah janji nak cuci tangan .Apa yang awak hendak dirisaukan, kita sudah berjanji untuk berubah.(3:50)

2.Maaf ayahanda malu nak berjumpa anakanda berdua keluar penjara, malam ni jumpa ayahanda di rumah. Maaf, ayahanda malu hendak berjumpa dengan kamu berdua, pada malam ini jumpa ayahanda di rumah.(1:40)

3.Kami baru je lari dari rumah kebajikan. Kami baru sahaja lari daripada rumah kebajikan.(34:30)

4.Abang mintak maaf, abang tak boleh nak komen. Abang minta maaf, abang tidak boleh (mengeluarkan) sebarang kata.(36:17)

5.Kau tak nampak ke apa yang terjadi tadi ?Awak tidak nampak ke apa yang sudah terjadi?(25:48)

Jadual 4.0 : Bentuk-bentuk kependekan perkataan dalam filem Gangster Celop.

Jadual 4.0 menunjukkan bentuk-bentuk kependekan perkataan dalam filem Gangster Celop. Dalam bahasa basahan, pengguna sering menggunakan singkatan seperti tak, nak, kan dan lain-lain bagi memudahkan perbualan dan menyampaikan sesuatu idea dengan gerak-geri atau isyarat yang mudah.7.1.4 Perubahan bunyiBil.KesalahanPembetulanMinit

1.Mana rumah korang, mak bapak korang mana? Di manakah rumah dan ibu bapa kamu di mana?(34:22)

2.Sebenarnya aku bawak anak aku balik ni ialah untuk menguruskan perniagaan IT aku.Sebenarnya aku bawa anak aku pulang untuk menguruskan perniagaan IT aku.(14:40)

3.Sekarang ni kita terlibat jugak.Sekarang ini, kita juga terlibat (dalam masalah ini).(25:43)

4.Hang cerita sikit kat aku, mana ada gangster yang terima janji-janji yang tak pasti. Awak terangkan kepada saya, mana ada gangster yang menerima janji-janji yang palsu.(23:14)

5.Dia dah lama berdendam tau tak ?Dia sudah lama berdendam, tahu atau tidak?(25:53)

Jadual 5.0 : Terdapat perubahan bunyi dalam filem Gangster Celop.

Jadual 5.0 menunjukkan perubahan bunyi yang terdapat dalam filem Gangster Celop. Perubahan bunyi ini tejadi bagi mewujudkan kemesraan antara penutur dengan pendengar.

8.0 RUMUSAN KAJIANBerdasarkan kajian yang dibuat, pengkaji mendapati penggunaan bahasa basahan yang digunakan dalam filem Gangster Celop tidak menggunakan tatabahasa bahasa Melayu yang betul. Dialog yang dilontarkan oleh pelakon-pelakon dalam filem ini banyak menggunakan bahasa basahan berbanding bahasa Melayu baku.. Filem merupakan wadah yang paling berkesan dalam menyampaikan idea yang bakal merubah perjalanan rakyat Malaysia. Warga industri perfileman mungkin terbiasa dengan menggunakan bahasa basahan yang disifatkan mudah difahami, namun penggunaan bahasa basahan yang semakin berleluasa ini perlu dikurangkan. Perkara ini perlu diambil berat bagi mengekang fenomena ini daripada terus menggugat kedaulatan bahasa Melayu.

9.0 PENUTUPBahasa merupakan aspek yang paling penting dalam kehidupan seharian. Justeru itu, kedaulatan bahasa perlu dipelihara agar terus menjadi khazanah kepada masyarakat. Namun begitu, selaras dengan perkembangan semasa, penggunaan bahasa basahan dalam filem menjadi satu kemestian. Hal ini demikian kerana bahasa basahan mudah difahami, dan membolehkan sesuatu idea disampaikan dengan senang dan berkesan. Oleh itu, kajian mengenai penggunaan bahasa basahan dalam filem perlu diteruskan lagi. Hal ini penting bagi menyedarkan masyarakat tentang penyalahgunaan bahasa yang mungkin memberi kesan kepada mereka ketika dalam urusan rasmi seperti mesyuarat, mengutuskan surat dan sebagainya. Seterusnya, kajian-kajian mengenai penggunaan bahasa basahan dapat membantu masyarakat menggunakan bahasa yang betul dalam kehidupan seharian.

10.0 BIBLIOGRAFINik Safiah Karim, Raminah Haji Sabran, Norliza Jamaluddin, Baharuddin Dolmat, Shahidah Hashim, 2013. Ace Ahead Teks STPM Bahasa Melayu. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hanim Hamid, 2013. Diakses pada 22 Julai 2013 daripada http://ceriteradimensi.blogspot.com/2013/01/bahasa-basahan.html

Nor Farihah Ruslam,2012. Diakses pada 23 Julai 2013 daripadahttp://lara-kasih.blogspot.com/2012/03/ceritera-18-bahasa-basahan-ialah-bahasa.html

LAMPIRANBil.KesalahanPembetulanMinit

1.Maaf ayahanda malu nak berjumpa anakanda berdua keluar penjara, malam ni jumpa ayahanda di rumah. Maaf, ayahanda malu hendak berjumpa dengan kamu berdua, pada malam ini jumpa ayahanda di rumah.(1:40)

2.Apa yang kau nak risau sangat, kita kan dah janji nak cuci tangan. Apa yang hendak dirisaukan, kita sudah berjanji untuk berubah.(3:50)

3.5 tahun dalam penjara tu dah benar-benar insafkan kita. 5 tahun berada di dalam penjara benar-benar menginsafkan kita.(3:54)

4.Ingat Man, kita janji nak taubat.Ingat Man, kita sudah berjanji untuk berubah.(5:10)

5.Bukan susu, nestum.Bukan, tetapi nestum(06:40)

6.Macam mana? nak mula kerja ataupun nak rehat dulu ke, massage dulu ke ? Bagaimana? Hendak mulakan kerja, atau berehat dahulu atau berurut dahulu?(06:54)

7.Kitaorang tau ayahanda. Kami tahu ayahanda.(8:21)

8.Tugasan apa yang ayahanda nak bagi kat kitaorang?Apakah tugasan yang ayahanda hendak beri kepada kami?(8:40)

9.Diorang ni lah yang daddy harapkan, Su.Mereka sahaja yang ayah harapkan, Su.(12:20)

10.Kita tukaq trend !Kita tukar trend!(14:02)

11.Sebenarnya, aku bawak anak aku balik ni ialah untuk menguruskan perniagaan IT aku. Sebenarnya aku bawa anak aku pulang untuk menguruskan perniagaan IT aku.(14:40)

12Dan kebetulan pulak, kau orang berdua nak cuci tangan kan? Dan kebetulan pula, kamu berdua hendak bertaubat kan ?(14:51)

13.Tapi ingat, jangan beritahu sesiapa dan dia sendiri tak perlu tau. Ingat, jangan beritahu pada sesiapa dan dia sendiri(Su) tidak perlu tahu (mengenai hal ini).(15:13)

14.Habis tu kau ada idea lain ke ?Awak tiada idea lain kah ?(15:56)

15.Banduan macam kita ni, orang tak pandang Banduan seperti kita ini, tiada siapa yang peduli.(16:04)

16.Kitaorang sekarang ni babysitter Kami bekerja sebagai penjaga bayi sekarang.(17:00)

17.Kita nak pergi mana ?Kita hendak pergi ke mana?(18:30)

18.Nak tambah pakej untuk 2 orang tu.Mahu tambah pakej untuk 2 orang ke?(19:18)

19.Ni semua kau punya pasal.Ini semua kamu punya fasal.(19:25)

20.Spa halal lah haram lah.Spa haram atau halal.(19:28)

21.Aku ingat kerja dengan anak, relax sikit.Saya ingatkan bekerja dengan anak, dapat bersenang-senang sedikit.(19:33)

22.Dah jauh dari penubuhan dia dulu.Sudah jauh (tersasar)dari (tujuan) penubuhan ini dahulu.(20:12)

23.Saya mintak restu daripada ayahanda, toknda untuk melaksanakannya.Saya mohon restu daripada ayahanda dan untuk melaksanakannya.(21:11)

24.Rasa macam handsome giler.Terasa sangat kacak.(21:37)

25.Kita lunch dekat mana ?Kita hendak makan tengah hari di mana?(21:48)

26.Lepas ni, kita nak lunch kat mana ?Selepas ini, kita hendak makan tengah hari di mana?(21:54)

27.I nak lunch dengan daddy.Saya hendak makan tengah hari bersama ayah.(21:57)

28.Boleh tak you jangan panggil I Cik Suzana ?Boleh atau tidak awak jangan panggil saya, Cik Suzana? (22:06)

29.Cik ni nampak tualah.Cik ini kelihatan berumurlah.(22:11)

30.Aku dah kotakan janji aku.Aku sudah mengotakan janji aku.(22:56)

31.Aku harap kau pun begitu jugak.Aku berharap kau pun begitu juga.(23:00)

32.Aku nak bagi hang lagi paham. Aku hendak bagi kau lebih faham.(23:09)

33.Hang cerita sikit kat aku, mana ada gangster yang terima janji-janji yang tak pasti.Awak terangkan kepada saya, mana ada gangster yang menerima janji-janji yang palsu.(23:14)

34.Apa semua ni ?Apakah semua ini?(25:19)

35.Kenapa you tak bagitahu kat I ?Kenapa awak tidak memberitahu kepada saya?(25:22)

36.Kau boleh relaks sikit tak ?Awak boleh bertenang sedikit tidak?(25:35)

37.Tak payah kelam kabut sangat.Tidak usah terlalu kelam kabut.(25:37)

38.Aku dah cakap dah, aku dah suruh kita keluar.Aku sudah beritahu bahawa kita perlu keluar.(25:41)

39.Sekarang ni kita terlibat jugak.Sekarang ini, kita juga terlibat (dalam masalah ini).(25:43)

40.Kau cakap ape ni ?Apa yang awak katakan ini?(25:45)

41.Kau tak nampak ke apa yang terjadi tadi ?Awak tidak nampak ke apa yang sudah terjadi? (25:48)

42.Lepas ni apa, kita kena tembak pulak.Apakah selepas ini, kita kena tembak pula?(25:50)

43.Kau macam tak kenal je Man Cirit tu.Awak macam tidak kenal sahaja Man Cirit itu(25:52)

44.Dia dah lama berdendam tau tak ?Dia sudah lama berdendam, tahu atau tidak?(25:53)

45.Kau tak payah cakap dengan aku, aku tau la.Awak tidak perlu beritahu saya kerana saya sudah tahu (mengenai perkara ini).(25:58)

46.Yang kau ni nak sekolahkan aku, ape hal?Kenapa awak hendak mengajar saya?(25:59)

47.Kalau kau dah rasa kau dah bagus sangat, blah lah.Jikalau awak rasa awak sudah bagus, boleh pergi dari sini.(26:01)

48.Aku pun dah penat jaga kau.Saya sudah penat menjaga awak.(26:03)

49.Korang ni macam budak-budak.Kamu ini berkelakuan seperti budak-budak.(26:07)

50.Sekarang ni, apa pekerjaan my dad ?Sekarang ini, apakah pekerjaan ayah saya?(26:14)

51.Pack barang and apa yang patut, kita kena blah dari sini.Kemaskan barang yang patut dibawa kerana kita perlu pergi dari sini.(26:39)

52.Kita kena blah lah, Man.Kita kena pergi (dari sini) Man.(26:46)

53.Kita ada tetamu ni, tolong masuk ke dalam, buat air sikit.Kita ada tetamu, tolong masuk ke dalam (rumah) dan buatkan air sedikit.(31:25)

54.Pak cik cadangkan kamu tidur di sini je.Pak cik mencadangkan agar kamu tidur di sini sahaja.(32:06)

55.Su, janganlah fikir bukan-bukan pasal ayah Su tu.Su, janganlah fikirkan yang bukan-bukan mengenai ayah Su itu.(32:51)

56.You tak payah nak explainlah.Awak tidak perlu terangkan.(32:56)

57.Pehal kau belasah orang tempat aku ni ?Kenapa awak memukul orang bawahan saya ini?(33:34)

58.Hang panggil orang takdak nama.Awak panggil orang tidak bernama.(33:37)

59.Aku sendiri tak pernah minum air ni.Saya sendiri tidak pernah meminum air ini.(34:10)

60.Korang ni dari mana ni ?Kamu ini dari mana ?(34:17)

61.Mana rumah korang, mak bapak korang mana?Di manakah rumah dan ibu bapa kamu?(34:22)

62.Kami baru je lari dari rumah kebajikan.Kami baru sahaja lari daripada rumah kebajikan.(34:30)

63.Kami takde tempat tinggal.Kami tidak mempunyai tempat tinggal.(34:34)

64.Abang mintak maaf, abang tak boleh nak komen.Abang minta maaf, abang tidak boleh (mengeluarkan) sebarang kata.(36:17)

65.Pak Abu, lepas sarapan ni, kitaorang mintak diri, balik KL.Pak Abu, selepas sarapan, kami hendak meminta diri untuk pulang ke KL.(37:56)

66.Takpe, nanti Pak Abu hantarkan ke bus station.Tidak mengapa, nanti Pak Abu akan menghantar (kamu) ke stesen bas.(38:03)

67.Tak payah nak sembunyi dari mak dan bapak.Tidak usahlah sembunyikan diri daripada ibu bapa.(38:50)

68.Sekarang ni Pak Abu, terserah kepada Pak Abu nak percaya kat kitaorang ke tak.Terserah kepada Pak Abu untuk percayakan kami atau tidak.(38:55)

69.Tapi, kitaorang semua pasti ni kerja Man Cirit.Tetapi, kami yakin ini adalah kerja Man Cirit.(38:58)

70.Selesaikan semua ni, kita kena balik KL.Setelah semua ini kita selesaikan, kita mesti pulang ke KL.(39:08)

71.Kejap, kau takde idea lagi bernas dari ni ?Sekejap, awak tiada idea bernas daripada ini ?(39:57)

72.Kalau idea aku tak bernas, kita tak lepas sekarang ni.Kalau idea saya tidak bernas, kita tidak akan terlepas seperti sekarang ini.(39:59)

73.Manalah mak bapak korang ni.Di manakah ibu bapa kamu ?(41:12)

74.Pasal lu, gua kena jadi ustazah tau tak ?Disebabkan awak, saya terpaksa menjadi ustazah, tahu atau tidak?(41:44)

75.Mana aku tau, aku ingat ustazah pilihan ka tadi.Mana saya tahu, saya ingatkan ustazah pilihan tadi.(41:48)

76.Sebab kitaorang ni gangster serba boleh, kau ape tahu ?Kerana kami ini gangster yang serba boleh, apa yang awak tahu?(41:59)

77.Sekarang ni ada benda yang kau tahu, tapi kau taknak bagitahu kitaorang.Ada perkara yang awak tahu, tetapi awak tidak memberitahu kami.(42:02)

78.Kau ingat kitaorang bodoh ke ?Awak ingat kami tidak tahu ke ?(42:13)

79.Muka kitaorang ni ada macam muka bodoh ke ?Muka kami ini kelihatan seperti muka bodoh ke ?(42:15)

80.Kau benda lain kau boleh kutuk, tapi kau jangan berani nak kutuk Hello Kitty .Awak boleh kutuk perkara lain, tetapi bukan Hello Kitty.(43:35)

81.Favourite aku masa kecik tau tak ?Ini adalah kegemaran saya, tahu atau tidak ?(43:39)

82.Jealouslah tu, kecik-kecik mak tak beli Hello Kitty kan ?Awak cemburukan saya kerana sewaktu awak kecil dahaulu, emak awak tidak belikan awak Hello Kitty kan?(44:02)

83.Percayelah abang tak kan apa-apa.Percayalah abang tidak akan apa-apa.(45:16)

84.Eh,malam ni gua bagi dua perempuan balu sama lu.Eh,malam ini saya mahu memberi dua perempuan kepada awak.(45:43)

85.Mami ada perempuan baru, mari loh.Mami ada perempuan baru datang.(45:49)

86.Haiya,tak da sudah kuat lagi ka?Haiya, sudah tidak kuat lagi ke?(45:55)

87.La ni daddy nak tanya, pasal apa dah lama duduk dalam bonet ,tak telefon langsung daddy.Sekarang ini ayah hendak tanya, kenapa sudah lama berdiam dan langsung tidak menelefon ayah.(46:53)

88.Sebelum lu nak nyanyi lebih-lebih.Sebelum awak hendak menyanyi lebih-lebih.(47:05)

89.La ni, macam ni apa citernye?Sekarang ini, apa ceritanya?(47:17)

90.Sekarang ni lu tak payah cite banyak ,lu ikot gua pegi balaiSekarang ini awak tidak usah terangkan dengan panjang lebar ,awak ikut saya pergi ke balai (47:21)

91.Aku tak salah la.Saya tidak bersalah.(47:42)

92.Kalau orang tua pukul budak-budak, kata-kata orang tua kurang ajar tak salah.Jikalau orang tua memukul budak-budak, kata-kata orang tua tidak dianggap salah.(52:17)

93.Kau faham ke tak faham, lu gangster tamil ke apa?Awak faham ataupun tidak, adakah awak ini gangster India ?(52:30)

94.Aku tak salah kan kau berduaSaya tidak menyalahkan kamu berdua.(56:43)

95.Tibalah masa aku menceritakan segalanya .Tibalah masa aku memberitahu segala galanya.(56:53)

96.Isteri aku telah menghidap penyakit leukimia dan dia tak kan dapat hidup lama.Isteri saya menghidapi penyakit leukimia dan tidak akan dapat hidup lama.(57:09)

97.Macam mana kau boleh masuk rumah niBagaimana awak boleh masuk kedalam rumah ini?(1:00:35)

98.Masalah sekarang ni kenapa kami berdua yang dipergunakan.Masalahnya, kenapa kami berdua yang dipergunakan?(1:06:15)

99.Diorang semua tak boleh pakai.Mereka itu tidak berguna.(1:06:34)

100.Ayahanda Suzana mana?Ayahanda Suzana beradadi mana ?(1:09:30)

101.Selama niyou pun sama ye Su?Selama ini awak juga sama, Su.(1:10:59)

102.Ayahanda Yusry Leddo, boleh tak saya kalau nak delay flight saya ke London tu sebab saya ada satu lagi urusan diselesaikan.Ayahanda Yusry Leddo, boleh atau tidak saya menangguhkan penerbangan saya ke London kerana ada satu lagi urusan yang harus diselesaikan.(1:11:50)

18