era bm 1.docx

25

Click here to load reader

Upload: hzsoonarr

Post on 13-Dec-2015

240 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

era balung

TRANSCRIPT

Page 1: era bm 1.docx

Pengenalan

Pada umumnya Bahasa Melayu telah mula digunakan dalam sistem pentadbiran

kerajaan Sri Wijaya di abad ke-7 lagi. Namun perkembangan Bahasa Melayu dipergiatkan

lagi pada era kegemilangan Melaka pada abad ke-13 sesuai dengan statusnya sebagai pusat

perdagangan di rantau ini pada ketika itu.

Menurut Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Haji Abdul Aziz dan Arba'ie Sujud

(1997), sejarah perkembangan Melayu di Nusantara adalah melalui tiga tahap iaitu Bahasa

Melayu sebelum dan Zaman Keagungan Melaka, Bahasa Melayu Zaman Pra-Merdeka dan

Bahasa Melayu selepas Merdeka. Namun untuk tujuan kertas kerja ini, perbincangan hanya

difokuskan kepada sejarah perkembangan Melayu selepas merdeka sekitar 50'an sehinggalah

ke hari ini kearah pemupukan, kemantapan, kesempurnaan Bahasa Melayu dalam pelbagai

disiplin kehidupan melalui sistem pendidikan negara dan tokoh-tokoh bahasa Melayu di

Malaysia.

Bahasa, menurut Kamus Besar Bahasa Melayu bermaksud bicara, unjuran, tatatertib,

sopan-santun, tingkah laku yang baik, pertuturan atau percakapan yang baik (Zainal Abidin

Safarwan 1996:128). Era globalisasi mencetuskan perkembangan ilmu yang begitu pesat dan

pantas, serta memberikan impak secara langsung dan tidak langsung terhadap bahasa Melayu.

Di Malaysia, akibat daripada persepsi negatif terhadap keupayaan bahasa Melayu oleh

beberapa pihak, menyebabkan bahasa ini hampir terpinggir daripada fungsi asalnya yang

termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Perkara 152, Perlembagaan Malaysia

memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu

digunakan secara rasmi dalam segala urusan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan

Pentadbiran Awam. Pada tahun 2003 bahasa Melayu dan pendukung setianya telah menerima

satu tamparan hebat apabila bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

Sains dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah. Bahasa Melayu dipinggirkan

sebagai bahasa ilmu kerana bahasa Inggeris dianggap lebih mantap dan sesuai sebagai bahasa

ilmu tinggi.

Anggapan tersebut adalah kurang tepat kerana negara-negara perindustrian

seperti Perancis, Jerman, Jepun, Korea dan sebagainya tetap membangun dengan pesat

sekalipun rakyat di negara-negara tersebut menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Mereka tetap yakin dengan keupayaan bahasa masing-masing dengan menjadikan bahasa

Page 2: era bm 1.docx

ibunda mereka sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan digunakan secara meluas dalam bidang

sains dan teknologi. Kenyataan ini sepatutnya membuka mata dan minda kita, bahawa bahasa

Melayu juga mampu menjadi bahasa ilmu tinggi dan mengharungi arus globalisasi. Bahasa

Melayu mampu menjadi bahasa moden, iaitu bahasa yang dapat mengungkapkan konsep-

konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi serta berupaya menjadi media

mentransformasikan pemikiran dan tindakan bangsa Malaysia secara menyeluruh. Sekiranya

semua pihak bekerjasama dan menggembeling usaha ke arah memperkasa dan

memartabatkan bahasa Melayu, tidak mustahil zaman kegemilangan bahasa Melayu seperti

ketika digunakan secara meluas dalam bidang pentadbiran, diplomatik, ekonomi, kesenian,

sosial dan budaya sejak beratus tahun dahulu akan berulang kembali.

Page 3: era bm 1.docx

Perkembangan Bahasa Melayu

Sebelum mencapai kemerdekaan Bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah-sekolah rendah

Melayu, di Maktab Pergurusan Sultan Idris Tanjung Malim, Maktab Perguruan Perempuan

Melayu Melaka dan diajar di beberapa buah Sekolah Menengah Kerajaan Inggeris tetapi

setelah Malaysia mencapai kemerdekan pada tanggal 31 Ogos 1957 bukan sahaja rakyat

Malaysia mengalami perubahan dari segi cara kehidupan dengan sambutan tempikan-

tempikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! tetapi juga Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi

Kebangsaan telah dijadikan agenda utama untuk mengisi kemerdekaan seperti yang

termaktub dalam perkara 152 (1) pelembagaan Malaysia. Mesej jelasnya adalah seperti

berikut:

" Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang

diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen."

Rasional kepada pernyataan ini dalam pelembagaan ialah bersesuaian dengan sebuah negara

yang mempunyai masyarakat majmuk dan falsafah Dasar Bahasa Kebangsaan adalah wajar

bagi negara ini bukan sahaja mempunyai satu Bahasa Kebangsaan sebagai alat penghubung

dan alat perpaduan tetapi dari sudut politik antarabangsa, negara ini memerlukan identiti

sendiri yang dapat dilambangkan oleh bahasa yang dituturkan oleh rakyatnya. Berikut adalah

tahap-tahap perkembangan bahasa Melayu di Malaysia.

2.1. Tahap Permulaan Proses Pemupukan Bahasa (PPB)

Proses pemupukan bahasa menurut Muhd Amin Arshad (Mei 1999) dalam buku modulnya

BBM3402 adalah melalui tiga tahap yang penting iaitu tokoh-tokoh yang berwibawa,

kegiatan dan melalui sasaran-sasaran tertentu:

i. Tokoh-tokoh Yang Berwibawa:

Selain Tan Sri Syed Nasir, masih ramai lagi tokoh yang telah menyumbang kepada

kebangkitan perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia. Antara tokoh tersebut ialah Profesor

Dato' Dr Asmah Hj Omar, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dato' Dr Hassan Ahmad bekas

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan ramai lagi. Terbukti mereka

banyak membuat kajian dan menulis buku mengenai bahasa Melayu ke arah membantu

perkembangan bahasa Melayu itu sendiri.

Page 4: era bm 1.docx

Contohnya: Dato' Dr Hassan Hj Ahmad yang telah menggubal Sistem Ejaan Universiti

Malaysia pada 1971 berdasarkan Sistem Ejaan Malaysia-Indonesia 1967. Akhirnya sistem

standard Bahasa Malaysia Indonesia diisytiharkan secara rasmi di Jakarta oleh Presiden

Soeharto dan Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur pada 16 Ogos 1972.

ii. Kegiatan Kempen Bahasa:

Terdapat dua cara kempen bahasa dilaksanakan iaitu melalui kempen slogan dan penamaan.

Kempen ini bertujuan mengajak rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu. Contohnya

kempen Minggu Bahasa Melayu yang dilakukan di sekolah-sekolah dengan mewajibkan

semua murid bercakap atau berkomunikasi dalam bahasa Melayu semasa berada di kawasan

sekolah. Minggu Bahasa Kebangsaan Sektor Pelancongan dan Perhotelan yang akan

diadakan pada 10 Ogos 1999 ini juga merupakan cara kempen bahasa dilaksanakan dan

sebagainya.

Melalui cogan kata yang ekonomis tapi padat, informatif dan emotif seperti "Bahasa Jiwa

Bangsa", "Gunakan Bahasa Kebangsaan Kita", "Bersatu Bertambah Mutu, Merdeka,

Berjaya" dan sebagainya. Dari segi seni penamaan pula ia meliputi penciptaan nama-nama

bangunan-bangunan, institusi-institusi, tempat-tempat, taman-taman, jalanraya dan

sebagainya. Seni penamaan yang mempunyai keindahan dan unsur-unsur estetik seperti

Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Wisma Putra, Angkasapuri,

Stadium Merdeka dan sebagainya.

iii. Sasaran:

Semua golongan rakyat Malaysia adalah menjadi sasaran kepada penggunaan bahasa Melayu.

Untuk mencapai hasrat ini, maka melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, semua sekolah

termasuk sekoleh jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

penghantar diganti dengan bahasa Melayu.

Falsafah dibelakang "Laporan Razak dan Rahman Talib terhadap Dasar Sekolah, Maktab dan

di Universiti" dimana sekolah-sekolah peringkat rendah, Penyata Razak telah menyatakan

satu mesej jelas untuk menyatukan budak-budak daripada pelbagai bangsa di dalam negara

ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua lapisan bangsa dengan

menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantara utama. Para pelajar yang ingin

memohon untuk mengikuti program di peringkat universiti pula adalah diwajibkan mendapat

sekurang-kurangnya lulus atau kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran

Page 5: era bm 1.docx

Malaysia. Begitu juga dengan kemasukan ke maktab-maktab perguruan di mana bahasa

Malaysia disarankan agar dijadikan mata pelajaran penting dan dijadikan sebagai syarat wajib

kemasukan ke mana-mana institusi latihan perguruan di Malaysia. Antara mesej dalam

pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 tersebut ialah:

"DAN BAHAWASANYA peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan

agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan bagi

perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana bahasa kebangsaan

adalah menjadi bahasa pengantara utama".

2.2 Tahap Pembinaan Bahasa (TPB)

Pembinaan bahasa Melayu telah pun bermula sejak tahun 1956 lagi dan melibatkan dua

institusi iaitu Maktab Perguruan Bahasa Tanjung Malim dan Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP). Maktab Perguruan di pertanggungjawab mengajar bahasa Melayu dan DBP diberi

tanggungjawab mencipta istilah, menggubal sistem ejaan standard (1972) dan menyusun

tatabahasa standard. Namun dalam tahun 70"an fokus utama pembinaan bahasa ialah

melibatkan aspek ejaan, tatabahasa (nahu), peristilahan dan perkamusan atau ringkasnya

ETIK:

i. Ejaan:

Ejaan terdiri daripada penyusunan huruf-huruf untuk menghasilkan perkataan yang

mempunyai maksud tertentu kemudian disebut serta difahami. Terdapat tujuh jenis sistem

ejaan yang pernah wujud di Malaysia. Daftar ejaan Za'ba telah pun dikeluarkan pada tahun

1937 manakala daftar ejaan baru Bahasa Melayu dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka pada 1980. Ejaan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada dua aspek iaitu aspek sistem

ejaan rumi lama dan ejaan rumi baru. Pada tahun 1972 sistem ejaan rumi baru Bahasa Melayu

telah dipersetujui bersama Malaysia dan Indonesia untuk mencapai tujuan standardisasi atau

pembakuan bahasa antara Malaysia dan Indonesia. Namun masih terdapat tiada kesepakatan

dalam beberapa keadaan tentang ejaan seperti berikut:

Malaysia Indonesia

mahu mau

ubat obat

muzium museum

Page 6: era bm 1.docx

kerana karena

Mengadakan standardisasi pula mempunyai dua peringkat iaitu peringkat nasional dan

peringkat supranasional. Walaupun standardisasi ejaan sukar dicapai tetapi sistem ejaan

peringkat nasional wajar dijayakan agar masalah tidak timbul diperingkat supranasional.

ii. Tatabahasa:

Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana

sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-

perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah

rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut

fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa

berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhadap bahasa itu berdasarkan makna. Plato

(429-347) menerangkan kata nama sebagai noun dan perbuatan adalah verb. Ayat sebagai

ucapan juga mempunyai fikiran yang lengkap. Empat jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya,

ayat seruan dan ayat perintah yang berdasarkan logika.

iii. Istilah

Istilah bermakna kata atau gabungan kata yang menerangkan satu makna, konsep, proses,

keadaan atau sifat yang khas dalam bidang tertentu (PUPIBM, 1981: 1)

Dalam usaha pembinaan bahasa yang berterusan, DBP diberi peranan sebagai urusetia dan

tempat merujuk sementara IPT berperanan menyediakan kepakaran dan mencipta istilah.

Strategi-strategi ke arah mencapai matlamat ini, berbagai program, polisi/dasar dan

jawatankuasa-jawatankuasa dibentuk untuk menyelaras peristilahan. Contoh Jawatankuasa

Istilah DBP(1957), Pedoman Umum Pembentukan Istilah (1975), Pelaksanaan Bahasa

Malaysia sebagai bahasa penghantar di IPT (1975), Jawatankuasa Penyelaras ialah

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, Panitia Perkembangan dan Pembinaan Bahasa

Indonesia dan Majlis Bahasa Malaysia-Indonesia (di Malaysia) dan Majlis Bahasa Indonesia-

Malaysia (di Indonesia). Menurut (Abdullah Hassan 1987) dalam "Isu-isu Perancangan

Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia", DBP telah mencipta istilah 487249 buah

meliputi 36 bidang (1957). Antaranya ialah istilah linguistik (cetakan ke-2, 1975), istilah Seni

Muzik (1974), istilah pentadbiran (1962), istilah undang-undang (1970), istilah kesusasteraan

(1972), istilah ekonomi (1967), istilah sains am, jabatan pertanian, fizik dan perhutanan

(Ainuddin Wahid:1958), contoh: boiler= dandang; chemical bond = ikatan kimia.

Page 7: era bm 1.docx

Di samping perkembangan peristilahan giat dilaksanakan terdapat juga beberapa masalah

seperti kurangnya kepakaran, pertindihan istilah yang dicipta atau satu istilah dikongsi oleh

lebih satu bidang dan penerimaan serta mendukung konsep istilah masih terdapat perbelahan

antara bijak pandai memilih sendiri istilah yang diperlukannya.

iv. Kamus:

Kamus merupakan alat penunjang yang amat penting kerana kamuslah terutamanya

perbendaharaan kata bahasa diberikan , lengkap dengan maknanya, penggunaannya serta

disertai dengan ejaan. Kamus bukan sahaja sebagai alat rujukan tetapi alat penyelarasan

penggunaan bahasa apatah lagi dalam situasi masyarakat di Malaysia yang mempunyai

pelbagai bangsa, etenik, bahasa dan dialek. Jadi kamuslah sebagai satu alat sebagai penyatuan

khusus dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Untuk mencapai objektif kamus itu sendiri,

berbagai jenis kamus diterbitkan oleh institusi yang dipertanggungjawab seperti Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Contoh kamus DwiBahasa "Bahasa-Inggeris" oleh Khalid M.Hussain telah menerangkan

pelbagai aspek yang boleh membantu masyarakat umum dalam memperkayakan

perbendaharaan, konteks pengertian dan penggunaanya. Antara yang telah diungkapkan

dalam kamus ini ialah:

a. Kata (entri) pokok disusun menurut senarai kata sebagaimana terdapat dalam kamus

bahasa Inggeris yang standard. Contoh-contohnya:

edit = sunting

economy = ekonomi

help = tolong

b. Kata (entri) pokok termasuk homonim yang dijadikan kata senarai didaftarkan menurut

abjad. Contoh-contohnya:

aback = ke belakang

abacus = pemidang yang dipasangi bola-bola kecil yang boleh bergerak

pada dawai digunakan sebagai alat untuk mengajar. Seperti Sempoa.

abaft = di atau ke arah belakang kapal, dan sebagainya.

Page 8: era bm 1.docx

c. Kata terbitan (entri bawahan) dimuatkan sebagai kata senarai yang berasingan. Contoh-

contohnya:

editor = penyunting

educationist = pakar pendidikan

helpful = suka menolong

d. Kata majmuk. Contoh:

The house costs him RM10,000 ATAU

Rumah itu dibelinya dengan harga RM10,000.

e. Penggolongan jenis kata diterjemahkan secara langsung dari penggolongan jenis kata

bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. Contoh-contohnya:

kn (noun) kata nama, ks (adjective) kata sifat, kkt (adverb) kata keterangan, U.K (United

Kingdom) United Kingdom, utk (for) untuk dan sebagainya.

f. Lambang fonetik untuk membantu pengguna kamus ini mengucapkan kata-kata dalam

bahasa Inggeris serta terjemahan dalam bahasa Malaysia. Contoh-contohnya seperti:

[u] cook [kuk] kn 'jurumasak', [i:] see[si:] kk '(me) lihat', [a:] grass [gra:s]kn 'rumput' dan

sebagainya.

g. Contoh-contoh frasa dan ayat bagi menjelaskan lagi maknanya sesudah definisi dan

tafsirannya. Contoh-contohnya:

Pusaka (seerti warisan). Ayahnya baru meninggal dunia dengan meninggalkannya pusaka

yang agak banyak juga.

Keramat (seerti suci dan berkat). Makam Habib Noh di Singapura diziarahi ramai orang

kerana dianggap makam yang keramat.

h. Bahasa kiasan, pepatah dan peribahasa yang ada persamaan dari bahasa Inggeris ke dalam

bahas Melayu. Contoh:

Flowers of speech atau membawa maksud Bunga Bahasa.

Satan atau membawa maksud orang yang jahat dan buruk perangainya.

Page 9: era bm 1.docx

i. Kata (entri) pokok dan kata terbitan (entri bawahan) diberi definisi dan tafsirannya dan

disusuli dengan contoh-contoh punya (ada), berpunya (bertuan), mempunyai (memiliki) dan

kepunyaan (dimiliki).

i. Sharifah sudah berpunya.

ii. Jalan punya jalan bersualah mereka dengan seorang perempuan.

iii. Duit itu kepunyaan saya bukan kepunyaan tuan.

iv. Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia

yang dungu tetapi mempunyai daya berfikir.

j. Tanda baca seperti tanda koma (,), tanda titik bertindih(:), tanda garis (-),

tanda kurung(...), tanda kurung siku [....], tanda petik tunggal '....', angka 1,2,3

melambang kata kerja, frasa, dan kata majmuk dan angka ke 1, ke 2, ke 3

menjelaskan tingkatan makna. Contoh-contohnya:

i. Pujangga 1. pengarang sajak (syair dan lain-lain) yang agung dan tinggi mutunya; 2. ahli

fikir, ahli sastera (bahasa);

ii. Memuja 1. memuja dewa-dewa dengan membakar

dupa.

iii. Bagi saya ungkapan 'tatabahasa yang lengkap' itu

adalah ungkapan yang kabur.

iv. Slyness [slaili] kn perihal licik; kelicikan.

v. Sejarah perkembangan Bahasa Melayu bermula pada abad ke 7 lagi sementara

perkembangan Bahasa Inggeris moden bermula di zaman pembangkitan ( Renaissane) kira-

kira 500 tahun atau 5 abad yang lalu.

Sebagai rumusan, kamus bukan sahaja menjadi rujukan semata-mata dari segi maknanya

tetepi kamus juga dapat membantu meningkatkan lagi perbendaharan kata dan mengetahui

maksudnya daripada kalangan penggunaannya.

3.0 Tahap Pemantapan Bahasa (PB)

Mengikut Muhd Amin Arshad (Mei 1999) dalam "modul BBM3401", tahap pemantapan

bahasa dapat dicapai melalui kecendekiaan (keintelektualan) dan kesempurnaan bahasa:

Page 10: era bm 1.docx

3.1 Kecendekiaan atau keintelektualan:

Dirumuskan sebagai bahasa Ilmu yang dapat disesuaikan dengan sistem, ekspresi serta dapat

menyampaikan fikiran yang kompleks yang berkait-kaitan antara satu dengan yang lain dan

dapat membuat pernyataan yang tepat, padat dan abstrak. Selain itu penggunaan gaya dan

laras yang ilmiah seperti ada ciri-ciri ketepatan, kejelasan dan lojik serta boleh dicapai

melalui perkembangan kosa kata atau perbendaharaan dan struktur tatabahasa.

i. Pengembangan Kosa Kata Perbendaharaan:

Leksis atau kosa kata Perbendaharan boleh dicapai melalui penerbitan istilah pinjaman dan

bukan pinjaman. Istilah-istilah ini juga boleh ditumpukan kepada pelbagai bidang tertentu

yang khusus dan juga am. Misalnya istilah-istilah dalam bidang sejarah, perubatan,

komunikasi dan pendidikan. Antara contoh-contoh istilah yang dipinjam dari bahasa Inggeris

dalam bidang sejarah seperti residen, komunis, politik, empayar, gabenor, monopoli dan

revolusi. Istilah-istilah ini hanya dibuat penyesuaian dari segi ejaan dan lafaznya sahaja.

Sementara istilah-istilah bukan pinjaman pula terdiri daripada dua kumpulan utama iaitu kata

umum dan kata terbitan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. Antara contoh istilah

geografi seperti latitud, hutan paya air tawar, tebus guna, angin pantai, suhu tahunan, iklim,

monsun, timur laut, hujan, bintang, sejuk, sungai, hutan sederhana, malar hijau dan

sebagainya.

Sementara kata umum kepada kata terbitan seperti duduk kepada menduduki, besar kepada

pembesar, turun kepada keturunan, saing kepada persaingan dan duduk kepada kedudukan

dan sebagainya.

ii. Struktur Tatabahasa:

Menurut ahli-ahli Prague Linguistic Circle (1929) memberi pengertian "structuralism"

bahawa bahasa bagi tiap-tiap bangsa terdiri daripada satu struktur unit-unit yang

berhubungan. Di Malaysia antara buku-buku tatabahasa bahasa Melayu disusun berdasarkan

struktur bermula di tahun 60'an lagi. Contohnya ialah Mari Belajar Bahasa Kita oleh Asraf

(1971) yang menekankan teknik soal jawab. "An Introduction to Malay Grammar oleh

Asmah Haji Omar dan Rama Subbiah (1968) memperhalkan tentang strukturial sistem yang

sesuai dijadikan rujukan oleh para mahasiswa, orang-orang dewasa dan pelajar sekolah-

sekolah tinggi. Buku-buku ini sebenarnya banyak memperhalkan tentang linguistik dan

Page 11: era bm 1.docx

tatabahasa struktural yang akhirnya memberi kesedaran dan membiasakan para pelajar

tentang pola-pola struktur dengan cara yang berperingkat-peringkat.

3.2 Kesempurnaan bahasa:

Terdapat beberapa ciri-coro bagi kesempurnaan sesuatu bahasa seperti ketekalan, ketertiban,

keindahan, keberadaban dan keberkasanan. Akan tetapi antara ciri-ciri yang utama dan

sewajarnya ada pada sebuah bahasa ialah:

i. Kecendekiaan:

Dimana bahasa berkebolehan untuk menyampai idea, hujah dan lojik iaitu Bahasa Ilmu dan

Bahasa Pembicaraan Tinggi. Contohnya seorang pemidato boleh berhujah, seorang hakim

membuat keputusan atau pensyarah dapat menyampai mesej pengajaran melalui bahasa yang

mudah difahami atau dimengertikan.

ii. Kepelbagaian:

Bahasa Melayu dapat menyajikan pelbagai fakta atau idea di dalam pelbagai disiplin

kehidupan. Maknanya satu istilah dapat memberi lebih satu erti atau makna.

iii. Kelenturan:

Bahasa Melayu boleh disesuaikan dalam pelbagai keadaan atau perubahan tanpa menjejaskan

ciri-ciri keaslian maknanya. Misalnya Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas oleh

pedagang-pedagang, pengembang-pengembang agama Budda dan Hindu sebelum masihi dan

pengembang agama Kristian, Islam dan penulisan kesusasteraan pada zaman keagungan

Melaka.

Adalah dipercayai bahawa Bahasa Melayu paling tua ialah tulisan Melayu Kuno yang

diubahsuai pada sistem tulisan Pali daripada India. Ini dapat dibuktikan dengan terdapatnya

dalam prasasti-prasasti di Bangka, di Tulang Tuwo dan Kedukan Bukit di Sumatera. Lihat

Rajah (2) tentang kronologi perubahan tulisan Bahasa Melayu.

Ini bukti menunjukkan bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah lentur atau diubahsuai

mengikut zaman serta menjadi salah satu ciri-ciri dalam pemantapan bahasa rasmi negara

Malaysia.

Page 12: era bm 1.docx

Zaman Bahasa Melayu Klasik

Zaman ini saya kira bermula dan awal abad ke- 14 dan berakhir pada akhir abad ke- 18

Masihi. Tarikh itu saya pilih kerana prasasti Terengganu bertarikh pada 702 Hijrah

bersamaan dengan 1303 Masihi. Prasasti ini sangat penting kerana ia berlainan daripada

prasasti-prasasti yang sebelumnya. Oleh sebab itu Prasasti Terengganu saya jadikan sebagai

patokan untuk pemisah antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu klasik. Hujah

pertama ialah ia menggunakan tulisan Jawi yang tidak pernah dibuat oleh orang Melayu pada

masa sebelumnya. Memang benar terdapat beberapa prasasti yang menunjukkan wujudnya

tulisan Arab yang digunakan oleh orang Melayu pada masa

sebelumnya, tetapi prasasti-prasasti itu tetap dalam bentuk bahasa Arab asli. Tulisan dan

bahasanya Arab jati, seperti pada prasasti Langgar, di Kedah (290H); Pekan, Pahang

(419H. ); Phan-rang, Vietnam (43 1H. ); Leran, Jawa Timur (475Hj; dan Bandar Seri

Begawan, Brunei

(440H.). Dengan itu tulisan Jawi tidak terbukti wujud pada abad ke-13 dan sebelumnya.

Kedua, prasasti Terengganu mengandungi bentuk bahasa yang berlainan daripada bahasa

Melayu kuno. Bahasanya lebih mudah dan mendekati bahasa Melayu zaman moden.

Imbuhan-imbuhan yang

dipakai lebih mirip ke bahasa Melayu moden; kata-kata pinjaman Arab sudah meresap ke

dalamnya, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit sudah agak berkurangan; ejaan

Jawinya lebih mirip kepada ejaan pengaruh Melayu. Bentuk-bentuk huruf Jawi yang dipakai

lebih mirip ke huruf Jawi yang dipakai sekarang. Gaya bahasa yang digunakan sudah

menyimpang daripada bahasa Melayu kuno. Mungkin akan ada orang yang mengatakan

bahawa bahasa yang dipakai dalam buku Hikayat Raja Pasai dan Kitab Bahr al-Lahut, sama

dengan bahasa yang terdapat pada prasasti Terengganu, sedangkan buku dan kitab tersebut

terkarang pada abad ke- 12 atau ke- 13 Masihi dan dengan itu ia termasuk ke dalam zaman

bahasa Melayu kuno. Tetapi malangnya hujahnya tidak kuat kerana

tarikh yang diberikan itu hanya andaian sahaja, tidak ada bukti yang konkrit seperti bukti

yang ada pada prasasti Terengganu atau pada Kitab Aqa’id al-Nasafi.

Page 13: era bm 1.docx

Bahasa Melayu pada zaman klasik ini memakan masa selama 500 tahun, iaitu dari 1300M.

hingga 1800M. Dalam zaman ini terdapat hasil-hasil karya tulis yang besar dan agung,

melahirkan para penulis dan ulama yang terkenal, wujudnya pusat-pusat kerajaan Melayu

yang tersebar dari Aceh di barat sampai ke Maluku di timur, dan Campa di utara sampai ke

Banten, di selatan, terdapat jalur-jalur perdagangan rempah ratus yang berselirat di Alam

Melayu, meningkatnya penyebaran Islam melalui bahasa Melayu di pelbagai penjuru

kepulauan Melayu dan lain-lain lagi. Dalam zaman ini juga lahir para ulama saya yang

terkenal. Antara para ulama yang lahir dalam zaman ini ialah Hamzah F’ansuri, Abdul Rauf

al.-Fansuri (Singkel); Syamsuddin al-Samatra’i

(Pasai); Nurudin al-Raniri di Aech; Tun Sen Lanang dan Bukhari al-Jauhari (Johor); Daud

Abdullah al-Fataui; Abdul SamadalFalimbani; Muhammad Arsyad al-Banjari; Syeikh Yusuf

al-Maqasari, dan lain-lain lagi.

Antara hasil-hasil karya tulis yang terkarang dalam zaman ini ialah Sulalatus-Salatin (Sejarah

Melayu), Hukum Kanan Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah,

Hikayat Muhammad All Hanafiak, Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-raja Melayu, Syair Burung

Pungguk, Syair Burung Pingai, Syair Dagang, Syair Perahu, Syarab Asyikin, Syarab Ruba’i

Hamzah Fansuri, Tanbih al-Tullab, Sirat al-Mustaqim, Bustan al-Salatin, Ta] al-Salatin,

Terjemah Tafsir atBaydawi, Syifa’ al-Qulub, Jawahir al-Ulum, Lata’if al-Asrar, Kfayat al-

Muhtajin, Mir’at al-Tullab, Hujjat al-Balighah, Bidayat al-Hidayat, Hidayat alSalikin, Siyar

al-SalikiR Sabil al-Muhtadin, Furu’ al-Masa’il, Safinat a?Najah, Fat al-Rahman dan beratus-

ratus tulisan lagi yang ditulis sama ada di Aceh, Patani, Palembang, Banjar, Makasar, Banten,

Pontianak, Berunai, Jawa, Ininangkabau, mahu pun di Makkah dan Madinah.

Dalam zaman ini datanglah orang-orang Barat – Portugis, Sepanyol, Belanda, dan Inggeris.

Mereka telah membawa budaya dan tamadun mereka untuk diperkenalkannya di Alam

Melayu selain untuk menjajah dan menguasai pusat-pusat perdagangan terutama perdagangan

rempah. Beberapa kota penting telah dikuasai mereka seperti Melaka dan Anton oleh

Portugis. Tetapi bangsa Barat yang paling berjaya menguasai Alam Melayu ialah Belanda.

Pada abad ke- 18 mereka ini telah Berjaya menguasai Melaka, Padang, Palembang, Cirebon,

Batavia (Jakarta), Seluarang, Kupang, Makassar, Pontianak, Banjarmasin, Manado, Ternate,

Ambon dan Banda. Orang-orang Barat ini juga menyebarkan ajaran agama mereka, iaitu

Page 14: era bm 1.docx

agama Kristian-Katolik dan Protestant. Mereka mula menggunakan tulisan Rumi untuk

bahasa Melayu seperti yang diusahakan oleh Duarte Barbosa, Antonio Pigafetta, Leydekker,

dan lain-lain. Kitab Bible juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti naskhah

Elkitab, ija itoe sega?a Soerat Perdjandjian lama dan baharuw yang diusahakan oleh

Leydekker pada tahun 1731-1732. Selain itu orang-orang Barat juga telah menyusun daftar

kata bahasa Barat-Melayu,seperti Portugis-Melayu, ltali-Melayu, Belanda-Melayu, Inggeris-

Melayu atau akasnya dan juga kamus dwibahasa Barat-Melayu dan buku tatabahasa Melayu

atau yang lain-lain seperti yang diusahakan oleh John Ogilby, Thomas Bowrey, de Houtmann

atau yang lain-lain termasuk Valentijn.

Walaupun demikian pengaruh kolonial Barat tidak meresap ke dalam budaya dan bahasa

Melayu. Buktinya ialah orang Melayu tetap menggunakan tulisan Jawi untuk segala jenis

tulisannya. Orang Melayu masih terus mempertahankan agamanya, iaitu Islam, orang Melayu

masih mempertahankan adat istiadat Melayunya. Oleh sebab itulah orang Barat terpaksa

menggunakan apa yang dipakai oleh orang Melayu. Contohnya Leydekker yang

menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu dengan tulisan rumi pada tahun 1731-1732,

terpaksa beralih kepada tulisan Jawi pada tahun 1748. Ini kerana tulisan ruminya tiada

sambutan daripada orang Melayu. Bahkan setelah dijawikan pun tidak dibaca oleh orang

Melayu. Oleh sebab itulah sehingga ke abad ke- 19 para pengembang agama Kristian

terpaksa menggunakan tulisan Jawi dan bahasa Melayu untuk tulisan-tulisan mereka seperti

pada majalah-majalah Bustan Arifin Cermin Mata dan Taman Pungutauan. Dari segi hasil

karya tulisan memang banyak orang Barat yang menulis tentang bangsa dan bahasa Melayu,

namun hanya setakat menulis itu sahaja. Pengaruhnya tidak meresap ke dalam bahasa dan

budaya Melayu.

Begitu juga orang Barat banyak menguasai daerah dunia Melayu sebagaimana yang telah

disebutkan di atas, namun mereka hanya berkuasa dalam politik penjajahan dan perdagangan

dan tidak dapat menghunjamkan pengaruhnya ke dalam jantung bahasa dan budaya Melayu.

Oleh sebab itulah saya tidak bersetuju apabila kata kolonial ditonjolkan dalam ketiga-tiga

zaman bagi bahasa Melayu –zaman prakolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial.

Zaman bahasa Melayu klasik ini mempunyai beberapa ciri dan sifat tertentu yang berbeza

dengan bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu pramoden. Antaranya ialah:

Page 15: era bm 1.docx

a. Penggunaan tulisan Jawi lebih menonjol daripada tulisan-tulisan yang lain.

b. Kata-kata pinjaman Arab dan Parsi mula menapak ke dalam bahasa Melayu terutama untuk

istilah-istilah agama, dan pemerintahan.

c. Fonem-fonem Arab mula masuk dan dipinjam oleh bahasa Melayu.

d. Ungkapan-ungkapan, istilah-istilah dan bahasa Arab dan Parsi mula wujud dalam bahasa

Melayu.

e. Pengaruh agama Islam semakin bertambah kuat dan berjaya mengetepikan pengaruh

agama-agama Hindu dan Buddha di kalangan orang Melayu.

f. Wujudnya sistem pemerintahan Islam dan hukum Islam dalam pemerintahan kerajaan

Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu.

g. Belum terbukti adanya tulisan orang Melayu sendiri yang memfokus kepada ajaran agama

Kristian yang dibawa oleh orang-orang kolonial Barat.

Page 16: era bm 1.docx

Rumusan

Pelbagai tahap, polisi, dasar dan tindakan telah dilakukan untuk membantu

perkembangan Bahasa Melayu (Malaysia) di negara ini, namun apa yang mustahak ialah

perkembangan bahasa dan kejayaanya adalah memerlukan latihan dan penyertaan daripada

segenap lapisan masyarakat di negara ini kerana tanpa ada pengucap atau penutur bahasa itu

akan lambat laun akan hilang.

Mengikut Kamaruddin, Siti dan Aba'ie (1997), 4 strategi perancangan ke arah

mencapai matlamat perkembangan Bahasa Melayu, iaitu tahap penentuan dasar, tahap

pengkodan, tahap pembinaan dan tahap pengembangan bahasa itu sendiri. Daripada apa yang

telah diperkatakan di atas jelas menunjukkan bahawa pembahagian zaman-zaman bahasa

Melayu di atas adalah berdasarkan ciri-ciri yang khas bagi setiap zaman perkembangan

bahasa Melayu. Ia tidak menekankan kepada satu-satu unsur atau sumber seperti bahasa

Melayu zaman Hindu, zaman Islam atau yang lain-lain, atau bahasa Melayu zaman pra-

Hindu, pra-Islam, pasca-Hindu, atau pasca-Islam.

Jika dibuat deinikian akan memojokkan pengaruhpengaruh yang lain. Jadi

pembahagian zaman bahasa Melayu kepada tiga, iaitu zaman prakolonial, zaman kolonial dan

zaman pascakolonial adalah tidak relevan sama sekali, dan tidak ilmiah.

Page 17: era bm 1.docx

Bibliografi

1. Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz, Arb'ie Sujud (1997) Pengajian

Melayu 1: (Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Selangor: L.C.Marketing.

2. Abdullah Hassan (1987) Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Siti Hajar Hj.Abd.Aziz (1996) Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan).Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

4. Asmah Haji Omar (1993) Susur Galur Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa

dan Pustaka.

5. Khalid M.Hussain Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur: