pembentangan pbs bm

16
1. Norazila binti Azmi 2. NurulHaslida binti Ramli 3. Muhammad Shafiq bin Sazali PENGGUNAAN BAHASA ISTANA DALAM FILEM HANG TUAH ARAHAN P.RAMLEE

Upload: eiladakchocolate3883

Post on 17-Dec-2015

160 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Pembentangan Pbs Bm

TRANSCRIPT

Penggunaan Bahasa Istana dalam Kalangan Kerabat Diraja

1. Norazila binti Azmi2. NurulHaslida binti Ramli3. Muhammad Shafiq bin Sazali Penggunaan Bahasa Istana dalam Filem Hang Tuah Arahan P.RamleePENGENALANKajian ini berfokus terhadap bahasa Istana dalam Filem Hang Tuah arahan P. Ramlee .Bahasa Istana mempunyai penuturnya yang khusus berbanding variasi bahasa yang lain .Bahasa Istana mempunyai perkataan dan ungkapan khusus serta cara penyampaiannya yang tersendiri iaitu penggunaan kata ganti nama diri dalam golongan diraja . Bahasa Istana merupakan bahasa yang halus penggunaannya . Bahasa Istana digunakan dengan penuh kesedaran , bersopan santun dan penuh beradab tertib , sama ada dalam situasi formal atau tidak formal . Terakhir adalah unsur pemulukan dan pendinaan dalam bahasa istana . Pemulukan adalah unsur dimana raja diletakkan taraf yang tinggi manakala pendinaan adalah rakyat biasa merendahkan diri kepada raja atau sultan .

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini ialah :

Menyenarai bahasa istana yang digunakan dalam filem Hang Tuah arahan P.Ramlee , menganalisis kosa kata dan pembahagian sebutan diri yang digunakan dalam bahasa istana ,menganalisis unsur pemulukan dan pendinaan dalam bahasa istana .

KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini penting untuk :

Memperlihat perbezaan penggunaan kosa kata dan kata ganti nama diri dalam bahasa istana dahulu dan bahasa istana sekarang ,menambah dokumentasi tentang kajian bahasa istana ,dijadikan bahan rujukan masyarakat biasa tentang unsur pemulukan dan pendinaan dalam bahasa istana .

SKOP KAJIANKajian ini tertumpu kepada penggunaan bahasa istana yang digunakan oleh watak-watak dalam filem Hang Tuah arahan P.Ramlee dari masa 29:42 hingga 01:56:49 .

Kajian ini merangkumi aspek kosa kata , kata ganti nama diri , dan ungkapan khusus dalam bahasa biasa .

BATASAN KAJIANKajian ini berdasarkan babak-babak di dalam filem Hang Tuah arahan P.Ramlee yang menggunakan bahasa istana sebagai komunikasi antara watak-watak dari masa 29:42 hingga 01:55:49 .

Oleh itu , penggunaan bahasa istana dalam filem Hang Tuah arahan P.Ramlee tidak menggambarkan penggunaan bahasa orang kebanyakkan .KAEDAH KAJIAN Mendapatkan Data :Pengkaji menjalankan kajian ini dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan . Kajian kepustakaan yang dimaksudkan ialah kajian berdasarkan filem Hang Tuah arahan P.Ramlee . Bagi mendapatkan sumber untuk dikaji , pengkaji telah memuat turun filem Hang Tuah arahan P.Ramlee . Seterusnya , filem tersebut telah di tulis ke dalam CD .Mengumpulkan Data :Melalui kajian kepustakaan , iaitu bermula dengan proses membaca bahan bertulis seperti buku serta bahan ilmiah dan berakhir dengan menonton filem Hang Tuah arahan P.Ramlee. Seterusnya , kajian pustaka secara maya dengan menggunakan laman sesawang yang berkaitan juga dilakukan untuk meninjau buku , tulisan ilmiah dan bahan lain .

Mengenalisis Data :Untuk menganalisis data kajian , pengkaji mengelompokkan data berkenaan ke dalam bentuk jadual . Data yang dikumpul dianalisis berdasarkan bahasa istana yang digunakan oleh watak-watak dalam filem Hang Tuah arahan P.Ramlee bagi masa yang tertentu dalam filem tersebut . Semua hasil kajian akan dibincangkan dalam dapatan kajian .DAPATAN KAJIAN7.1 Senarai Bahasa yang Digunakan dalam Filem Hang Tuah :

BilBahasa IstanaMasa Watak 1Harap di ampun dato29:42Hang Tuah dengan Dato Bendahara2Hamba29:59Hang Tuah dengan Dato Bendahara3Ke Bawah Duli Memerintah30:50Hang Tuah dengan Dato Bendahara4Harap diampun dato30:57Hang Tuah dengan Dato Bendahara5Hamba ini dato yang hina sekalian ini taat setia menjunjung titah.30:56Hang Tuah dengan Dato Bendahara6Mohon Hamba dato sekalian31:03Hang Tuah dengan Dato Bendahara 7.2 Kosa Kata yang Digunakan dalam Filem Hang Tuah :

BILKosa Kata Fungsi Komunikasi1Hamba ini Dato yang hina sekalian ini taat setia menjunjung titah Persetujuan2Sebarang titah perintah tuanku patik junjung Titah3Murka TuankuPemerian4Harap Diampun , TuankuPenyangkalan5Dititah Duli Yang DipertuanPemakluman7.3 Pembahagian Sebutan Diri :Diri KataGolongan Pengguna Golongan Lawan BercakapGolongan Yang DiperkatakanDiri Pertama BetaPatikRajaRakyat dan keluarga di rajaRakyatRaja--Diri KeduaTuankuRakyat dan keluarga di rajaRaja-Diri KetigaPatik (itu)TuankuBagindaDuli Tuanku, Duli Yang Maha MuliaRakyat dan keluarga di rajaRakyat dan keluarga di rajaRakyat dan keluarga di raja Rakyat dan keluarga di raja RajaSiapa sahajaSiapa sahajaSiapa sahaja Rakyat dan keluarga di rajaRajaRajaRaja Kata kekeluargaanAnakandaRaja dan keluarga di raja Raja dan keluarga di raja Raja dan keluarga di raja 7.4 Unsur pemulukan dan pendinaan dalam bahasa istana yang digunakan dalam filem Hang Tuah :

Pendinaan (asal katanya dari dina dalam hina dina) ialah perendahan diri orang yang bercakap dalam hubungannya dengan raja .Ini boleh didapati dalam filem Hang Tuah arahan P.Ramlee . Lihat contoh-contoh di bawah ini :Patik pacal-pacal yang hina ,Ampun Tuanku ,Beribu-ribu ampun ,Mohon patik berdatang sembah ,Sembah hamba harap diampun .

Pemulukan , dimaksudkan perbuatan yang memulukkan atau menyanjung , dalam hal ini perbuatan itu ditujukan kepada raja Rujukan kepada raja lebih-lebih lagi menggambarkan gejala pemulukan yang diperkatakan ini . Misalnya , unsur-unsur pemulukan yang ada dalam filem Hang Tuah seperti : Ke Bawah Duli Memerintah ,Duli Yang Maha Mulia , Daulat Tuanku , Ke Bawah Duli Tuanku .

RUMUSANBerdasarkan kajian yang dilakukan, didapati penggunaan bahasa istana hanya terdapat dalam kerabat diraja dan ketika berada di dalam istana .Bahasa istana atau dikenali juga dengan bahasa dalam ini merupakan bahasa rasmi bagi kerabat diraja dan menjadi bahasa larangan bagi rakyat biasa namun boleh digunakan sekiranya menghadap raja atau kerabatnya .Bahasa istana mengandungi ciri-cirinya yang tersendiri dimana mengukuhkan lagi kedudukan raja antaranya unsur pemulukan iaitu menyanjung raja dan pendinaan iaitu perendahan diri oleh rakyat biasa yang bercakap dengan raja.PENUTUPBahasa istana merupakan bahasa rasmi golongan kerabat diraja dan amat penting untuk digunakan bagi menanam sifat hormat terhadap pemerintah sejajar dengan peraturanya dimana rakyat biasa tidak boleh menggunakan bahasa ini .Walau bagaimapun bahasa istana telah mengalami pindaan dan peraturan dalam penggunaan unsur gelaran kehormat dan pemulukan dan pendinaan berikutan sesetengah perkataannya dianggap sebagai terlampau merendah diri namun bahasa istana tetap mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri bagi membezakan rakyat biasa dan pemerintah.SEKIAN TERIMA KASIH