laporan pbs (full).docx

29
LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2 1.0 PENGENALAN Pada 26 hingga 30 Ogos 2012 yang lalu, semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ) semester dua Institut Pendidikan Guru ( IPG ) diseluruh Malaysia telah menjalankan satu program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia pada kali yang kedua. Program ini diadakan bagi memberikan kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan bagi perspektif seorang guru. Program ini dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang skop tugasan guru di sekolah yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang pendidik malah juga terlibat secara langsung dalam hal ehwal pengurusan sekolah. Melalui PBS ini juga guru pelatih dapat mempelajari serta dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah serta aktiviti lain yang terdapat di sekolah. Dengan program ini, guru pelatih berpeluang membuat pemerhatian serta penelitian tentang gaya pembelajaran di sekolah iaitu yang sebelum ini hanya diberi penerangan secara teori dalam sesi kuliah bersama pensyarah. Oleh itu, melalui program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini dapat memberi gambaran awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan sebelum menjawat jawatan sebagai seorang guru di sekolah kelak. Fokus yang diberikan pada program PBS pada kali ini ialah fokus kepada bidang major bagi setiap guru pelatih. Contohnya 1

Upload: mutiara-hatie

Post on 29-Nov-2015

6.044 views

Category:

Documents


246 download

DESCRIPTION

PBS 2

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

1.0 PENGENALAN

Pada 26 hingga 30 Ogos 2012 yang lalu, semua guru pelatih Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ) semester dua Institut Pendidikan Guru ( IPG )

diseluruh Malaysia telah menjalankan satu program Pengalaman Berasaskan Sekolah

( PBS ) di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia pada kali yang kedua.

Program ini diadakan bagi memberikan kefahaman kepada guru pelatih tentang alam

persekolahan bagi perspektif seorang guru. Program ini dapat memberi pendedahan

kepada guru pelatih tentang skop tugasan guru di sekolah yang bukan sahaja

berperanan sebagai seorang pendidik malah juga terlibat secara langsung dalam hal

ehwal pengurusan sekolah.

Melalui PBS ini juga guru pelatih dapat mempelajari serta dapat memahami

tingkah laku murid, pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah serta aktiviti lain yang

terdapat di sekolah. Dengan program ini, guru pelatih berpeluang membuat

pemerhatian serta penelitian tentang gaya pembelajaran di sekolah iaitu yang sebelum

ini hanya diberi penerangan secara teori dalam sesi kuliah bersama pensyarah. Oleh

itu, melalui program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini dapat

memberi gambaran awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan sebelum

menjawat jawatan sebagai seorang guru di sekolah kelak.

Fokus yang diberikan pada program PBS pada kali ini ialah fokus kepada bidang

major bagi setiap guru pelatih. Contohnya bagi guru pelatih seperti kami yang

mengambil bidang Pengajian Melayu sebagai bidang major dikehendaki menjalankan

tugasan tentang Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Dalam tugasan ini kami

dikehendaki melakukan pemerhatian dan penelitian terhadap kesesuaian rancangan

pengajaran guru dengan sukatan Bahasa Melayu sekolah rendah, strategi pengajaran

dan pembelajaran guru di dalam kelas dan bentuk penilaian kemahiran mendengar,

bertutur, membaca dan menulis yang digunakan oleh guru bahasa Melayu di sekolah.

1

Page 2: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

2.0 LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2.1 Kesesuaian Rancangan Pengajaran Guru Dengan Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu

matapelajaran, guru akan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian terlebih dahulu.

Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan

pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka

waktu yang telah ditetapkan. Tujuan rancangan pengajaran harian ini dirangka ialah

bagi menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu matapelajaran dan dapat

meningkatkan keyakinan guru dalam mengelola proses pengajaran dan pembelajaran.

Di sekolah, rancangan pengajaran harian ini ditulis dalam buku rekod pengajaran yang

dimiliki oleh setiap orang guru.

Menurut Dick dan Reiser ( 1989 ), reka bentuk pengajaran merupakan satu

proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun dan menilai pengajaran. Hal ini

bermaksud rancangan pengajaran harian amat penting dalam proses penyediaan

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini disebabkan dalam

rancangan pengajaran harian guru dapat menentukan objektif pengajaran, merancang

kaedah pengajaran yang sesuai mengikut kebolehan pelajar, membantu dalam

pemilihan alat dan bahan bantu mengajar dan menentukan isi pelajaran yang sesuai

dengan masa yang diperuntukkan serta dapat membantu guru merancang tugasan atau

aktiviti dalam bilik darjah. Secara tidak langsung perancangan pengajaran ini dapat

menyumbang kepada kebersanan pengajaran dan dapat membantu guru untuk

mengawal bilik darjah dengan baik.

Penulisan rancangan pengajaran mestilah mengikut format yang tertentu iaitu

yang meliputi peringkat persediaan, pelaksanaan pengajaran dan penutup. Pada

peringkat persediaan mengajar, guru perlu mengambil kira beberapa maklumat iaitu

tarikh, masa pengajaran, tahun pelajar, bilangan pelajar, matapelajaran dan tajuk

pengajaran. Seterusnya maklumat yang perlu disertakan ialah pengetahuan sedia ada

2

Page 3: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

pelajar, objektif pengajaran, isi pelajaran dan nilai murni yang terdapat dalam

pengajaran.

Peringkat pelaksanan proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan

set induksi yang disediakan oleh guru. Set induksi merupakan langkah dimana guru

perlu menarik perhatian pelajar untuk mengikuti isi pelajaran yang akan diajar oleh

guru. Sehubungan dengan itu, guru perlu meyediakan set induksi yang berkaitan

dengan isi pelajaran dan set induksi yang menarik bagi menarik perhatian pelajar.

Selepas set induksi dijalankan, langkah – langkah pengajaran akan dimulakan.

Peringkat yang terakhir ialah peringkat penutup. Perkara yang dilaksanakan oleh

guru dalam peringkat ini ialah membuat kesimpulan tentang tajuk atau isi pelajaran

yang telah diajar, membuat penilaian terhadap pemahaman pelajar tentang tajuk yang

dipelajari serta memberi tugasan. Sekiranya guru dapat merancang rancangan

pengajaran dengan sempurna, proses pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan akan berjalan dengan lancar.

Namun begitu, setiap rancangan pengajaran yang dirancang oleh guru haruslah

bersesuaian dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Sukatan pelajaran

merupakan satu dokumen yang menjadi panduan untuk guru melaksanakan

pengajarannya. Contohnya, sukatan pelajaran bahasa Melayu menetapkan beberapa

aspek yang berkaitan dengan isi pelajaran yang dirancang mengikut sukatan yang telah

ditetapkan. Aspek yang disentuh dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu ialah

matlamat serta objektif pengajaran bahasa melayu, pengisisan kurikulum, kandungan

bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah.

Melalui sukatan pelajaran, guru dapat menentukan hasil pembelajaran, iaitu yang

mengandungi isi kandungan dan aras yang dapat menepati kehendak sukatan

pelajaran. Dalam sukatan pelajaran bagi setiap matapelajaran, terdapat huraian

sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Huraian sukatan memperincikan hasil

pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Hasil pembelajaran dinyatakan secara

eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan pelajar. Hasil

3

Page 4: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras iaitu aras rendah, aras sederhana dan aras

tinggi.

Huraian sukatan pelajaran menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran

yang merangkumi pelbagai aktiviti. Guru digalakkan untuk memiih, menyusun dan

mengolah aktiviti yang disediakan mengikut tahap pencapaian pelajar. Guru juga

disarankan melakukan aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah

iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran

belajar, kemahiran belajar cara belajar dan lain – lain lagi. Di samping itu, dalam setiap

rancangan pengajaran haruslah diterapkan nilai – nilai murni yang meliputi 18 aspek

yang ditetapkan dalam huraian sukatan pelajaran. Semua elemen yang ditentukan ini

diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam

kehidupan seharian.

Melalui pemerhatian yang dijalankan semasa aktiviti pengalaman berasaskan

sekolah dijalankan, rancangan pengajaran yang ditulis oleh guru bahasa Melayu

disekolah, di dapati rancangan pengajaran guru – guru tersebut sememangnya

menepati kehendak sukatan pelajaran yang telah digariskan tetapi direkod dalam

bentuk yang ringkas. Contohnya, seperti yang diperhatikan kebanyakkan guru, hanya

menyatakan butir maklumat pelajar dan kelas, tema dan tajuk pengajaran, objektif

pengajaran dan aktiviti pembelajaran serta refleksi secara ringkas. Namun begitu,

setiap isi pelajaran yang dirangka dalam buku rekod pengajaran menepati sukatan

pelajaran yang telah digariskan.

Penulisan objektif adalah berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan

dalam rancangan pengajaran. Objektif pengajaran merupakan suatu penyataan yang

telah ditentukan guru yang perlu dicapai oleh pelajar mengikut tahap – tahap tertentu.

Objektif pengajaran yang ditetapkan guru dalam rancangan pengajaran haruslah jelas

dan sesuai dengan tahap penguasaan pelajar. Ralph Tyle dan Gange menyatakan tiga

sebab objektif pengajaran perlu ditulis dengan jelas iaitu:-

1) Objektif yang jelas dapat dapat membimbing dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

4

Page 5: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

2) Objektif yang jelas dan teliti kan membantu guru merencanakan langkah –

langkah yang akan dilakukan murid dalam mencapai tujuan itu, begitu juga dengan

pengajaran guru.

3) Membantu guru menyiapkan tindakan penilaian.

Sebagai contoh, melalui pemerhatian terhadap guru bahasa Melayu tahun Tiga,

objektif pengajarannya ialah murid dapat memahami maksud teks yang dibaca dan

dapat menulis dengan menggunakan kata tanya. Melalui objektif yang dinyatakan, apa

yang dapat dikenalpasti bahawa hasil pembelajaran yang ditetapkan hasil pembelajaran

7.0 yang melibatkan kemahiran membaca iaitu membaca, menaakul dan mengandungi

kandungan teks yang dibaca yang menjadi fokus utama pengajaran. Aras yang

ditetapkan pula ialah aras 1 iaitu memberi makna perkataan dan maksud frasa dalam

ayat. Selain itu, guru tersebut juga menggunakan hasil pembelajaran 9.2 sebagai fokus

sampingan iaitu yang melibat kemahiran menulis iaitu mengenalpasti maklumat dan

mencatat nota daripada bahan yang dibaca atau didengar.

Secara tidak langsung, guru tersebut telah menerapkan beberapa kemahiran

Bahasa Melayu dalam rancangan pengajarannya. Kemahiran yang diterapkan ialah

kemahiran membaca dan menulis. Hal ini menunjukkan dalam satu sesi pengajaran,

guru boleh menggabungkan beberapa jenis kemahiran bahasa Melayu tetapi haruslah

bersesuaian dengan masa pengajaran. Hal ini penting kerana guru dapat memberikan

fokus pengajaran kepada hasil pembelajaran yang telah dirancang di samping dapat

menjamin pencapaian objektif yang telah dirancang.

Setelah menulis objektif pengajaran, guru tersebut telah merangka aktiviti

pengajaran yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran yang telah dirancang. Aktiviti

guru bahasa Melayu Tahun Tiga tersebut dimulakan dengan guru mengedarkan satu

teks karangan dan meminta murid membaca teks tersebut. Seterusnya, guru meminta

pelajar mencari makna perkataan yang terdapat dalam teks dan memberikan idea dan

jawapan tentang teks yang telah diedarkan. Kemudian guru meminta murid mencari

dan menuliskan kata tanya yang terdapat dalam teks. Sebagai lembaran kerja, guru

meminta pelajar membina ayat kata tanya tersebut sesuai dengan situasi- situasi

5

Page 6: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

tertentu. Berdasarkan aktiviti yang disediakan oleh guru tersebut, di dapati bahawa

aktiviti yang dirancang perlu bersesuaian dengan hasil pembelajaran dan objektif yang

telah ditetapkan. Guru juga perlu bijak menetapkan kaedah serta strategi pembelajaran

supaya objektif pelajaran yang telah ditetapkan dapat dicapai.

Setelah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru tersebut

telah menulis refleksi kendiri tentang kebersanan proses pengajaran dan pembelajaran

yang telah dilaksanakan. Pencapaian murid dalam menguasai kemahiran yang

dipelajari juga telah direkod. Melalui refleksi kendiri yang ditulis, guru dapat

mengenalpasti tentang kekuatan serta kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran

pada hari tersebut.

Selain itu, guru juga perlu mencatat segala masalah yang tidak dapat diatasi

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Contohnya, guru tidak

dapat mencapai objektif seterusnya sekiranya penumpuan diberi pada objektif pertama.

Misalnya, sekiranya guru Tahun Satu tersebut terlalu memberi perhatian terhadap

objektif pertamanya iaitu supaya pelajar dapat mengecam bunyi huruf, guru tersebut

tidak dapat mencapai objektif keduanya iaitu dapat menulis bentuk huruf kecil dengan

urutan yang betul.

Untuk menyelesaikan masalah ini, guru perlulah memikirkan kaedah serta

strategi pengajaran yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Contohnya, dengan

penggunaan bahan bantu mengajar yang boleh menarik minat pelajar serta dapat

menyumbang kepada kebersanan pengajaran guru. Sehubungan dengan itu, melalui

refleksi yang ditulis oleh guru ini dapat mengenalpasti kaedah serta strategi yang sesuia

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, guru perlulah menyediakan rancangan pengajaran sebelum

memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan rancangan pengajaran

dapat menyumbang kepada keyakinan diri guru dalam menguruskan satu sesi

pengajaran dan pembelajaran disamping dapat manambah keberkesanan pengajaran

guru. Rancangan pengajaran yang disediakan mestilah bersesuaian dengan sukatan

pelajaran yang telah digariskan supaya dapat diseragamkan di semua sekolah.

6

Page 7: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

2.2 Keberkesanan Strategi Dan Aktiviti Yang Digunakan Oleh Guru

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Bahasa

Melayu

Hasil pembelajaran yang berjaya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

matapelajaran Bahasa Melayu sebenarnya bergantung kepada teknik dan strategi serta

pemilihan aktiviti yang dibuat oleh seseorang guru. Dalam tugasan Pengalaman

Berasaskan Sekolah 2 baru-baru ini, hasil soal selidik dan pemerhatian yang dijalankan

telah menunjukkan beberapa orang guru mengaplikasikan teknik dan strategi yang

agak berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu.

Strategi dan teknik ini penting bagi memastikan isi pelajaran yang ingin disampaikan

berkesan kepada anak murid.

Menurut Shahabuddin Hashim et. All dalam buku yang bertajuk Pedagogi

Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan, strategi pengajaran dan pembelajaran

boleh didefinisikan sebagai kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran berdasarkan objektif pengajaran dan ianya perlu mengambil kira objektif

jangka panjang serta mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk bahan,

masa, aktiviti dan sebagainya. Strategi pembelajaran juga merangkumi kesemua aspek

seperti teknik, kaedah, pendekatan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang

sesuai dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Dalam Modul Kaedah Pengajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3117 untuk Program Pensiswazahan Guru (PPG)

terkandung beberapa strategi pengajaran yang ada dan sesuai digunakan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dikenalpasti melalui pendekatan,

kaedah dan teknik yang digunakan oleh seorang guru di dalam kelas.

Terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu

pengajaran dan pembelajaran antaranya strategi berpusatkan guru, strategi

berpusatkan murid dan strategi berpusatkan bahan bantu mengajar. Strategi

berpusatkan guru menurut Dr. Tuan Jah Tuan Yusof dalam buku yang berjudul Kaedah

Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah merujuk kepada penekanan

terhadap peranan guru dalam situasi pembelajaran. Dalam hal ini, guru berperanan

7

Page 8: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

penting dengan guru akan memberikan penerangan, bertindak sebagai model dan

penunjuk cara dalam penyelesaian masalah. Melalui pengalaman berasaskan sekolah

yang lalu, guru Bahasa Melayu banyak menggunakan strategi pembelajaran yang

berpusatkan guru melalui pengajaran mikro, pembelajaran secara berkumpulan dan

pengajaran secara kelas. Selain itu, strategi berpusatkan murid juga turut digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu oleh guru sekolah

rendah. Strategi berpusatkan murid pula lebih menekankan peranan murid dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran.Dalam pengaplikasian strategi pengajaran ini, guru perlu

memastikan aktivit yang dirancang dan dilaksanakan mestilah sesuai, mencabar dan

menarik minat murid bagi mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut. Selain itu,

guru perlu menggalakkan penglibatan pelajar secara keseluruhan dari awal hingga

tamat pelajaran serta memberi peluang kepada semua murid secara individu dan

kumpulan untuk mencuba dalam semua aktiviti yang direncanakan. Manakala strategi

berpusatkan bahan pula lebih mementingkan peranan alat bantu mengajar dalam

proses melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Antara bahan bantu mengajar

yang biasa digunakan oleh guru Bahasa Melayu di sekolah rendah adalah seperti buku

teks, paparan slide dan baan grafik serta bahan maujud. Walaubagaimanapun, bahan

maujud merupakan salah satu bahan yang agak jarang digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran dalam sekolah sejak akhir-akhir ini dan guru lebih menumpukan

penggunaan buku teks di dalam kelas.

Pendekatan pengajaran juga merupakan satu daripada strategi pengajaran dan

pembelajaran yang boleh dilaksanakan di dalam kelas. Pendekatan boleh didefinisikan

sebagai satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran

yang dijalankan. Antara pendekatan yang digunakan oleh guru SK Spaoh semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran Tahun 5 A dalam menyampaikan isi pelajaran Bahasa

Melayu ialah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektik dan

pendekatan komunikatif. Guru Bahasa Melayu menggunakan pendekatan induktif

dengan mengemukan contoh terlebih dahulu kepada murid kemudian diikuti dengan

konsep sesuatu isi pelajaran tersebut. Pendekatan ini memerlukan pelajar memahami

setiap contoh yang diberikan oleh murid sebelum membuat sesuatu generalisasi.

Pendekatan ini sangat popular dan digunakan secara meluas dalam kalangan guru di

8

Page 9: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

sekolah rendah kerana murid mudah untuk memahami contoh-contoh sesuatu

pembelajaran dahulu kemudian barulah boleh membuat sesuatu kesimpulan atau

generalisasi. Antara proses yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran yang

menggunakan pendekatan induktif adalah guru terlebih dahulu memahami idea

keseluruhan serta memastikan matlamata yang ingin dicapai dan hasil yang ingin

disampaikan kepada murid kemudian memberikan contoh-contoh yang sesuai bagi

memudahkan murid membentuk konsep dengan mudah dan membuat generalisasi

terhadap isi pengajaran yang ingin disampaikan.

Selain itu guru perlu melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan isi

pelajaran dengan memberikan contoh yang berkaitan dengan pelajaran dan penilaian

aktiviti yang dijalankan dalam kalangan pelajar perlu dijalankan bagi mengenalpasti

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada sesi tersebut. Foto 1 yang

dilampirkan bersama dalam laporan ini menunjukkan bagaimana proses pengajaran

dan pembelajaran menggunakan pendekatan induktif dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Guru Bahasa Melayu juga turut menggunakan

pendekatan deduktif bagi menyampaikan pengajaran mereka. Pendekatan ini

memerlukan pengajaran konsep sesuatu isi pelajaran terlebih dahulu sebelum

mengutarakan contoh-contoh yang berkaitan. Sebagai contoh, murid diberi definisi

sesuatu tajuk terlebih dahulu kemudian diikuti dengan contoh-contoh bagi

mengukuhkan pemahaman murid. Manakala pendekatan eklektik pula menggabungkan

kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif di mana pengajaran boleh dilakukan sama

ada memberi penerangan berkenaan tentang generelasasi terlebih dahulu kemudian

diikuti contoh-contoh kemudian diikuti semula dengan generalisasi ataupun sebaliknya.

Pendekatan ini juga memberi kesan yang positif terhadap hasil pembelajaran yang ingin

dicapai kerana ia memberi peneguhan dan pemahaman kepada murid terhadap isi

pelajaran yang ingin disampaikan. Pendekatan komunikatif pula lebih menekankan

kepada interaksi dalam kalangan murid di dalam kelas. Pendekatan ini mengutamakan

kemahiran lisan murid dalam melibatkan diri melalui aktiviti berkumpulan di dalam

kelas.

9

Page 10: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

Teknik pengajaran dan pembelajaran juga turut ternasuk dalam strategi untuk

menyampaikan isi pembelajaran. Dr. Tuan Jah Tuan Yusof dalam buku yang berjudul

‘Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah’, teknik merupakan satu set

himpunan kelakuan atau cara dalam kaedah. Berdasarkan pengalaman sekolah 2 di SK

Spaoh, guru Bahasa Melayu banyak menggunakan teknik penerangan, perbincangan

dan pelaksanaan aktiviti bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru

menggunakan teknik penerangan bagi membantu pelajar untuk mudah memahami isi

pelajaran yang telah disampaikan. Selain itu, guru juga menggunakan teknik

perbincangan di dalam kelas dan teknik perbincangan ini sesuai digunakan dalam

kalangan murid yang bijak pandai jika dibandingkan dengan teknik penerangan yang

lebih memfokuskan kesemua tahap murid di dalam kelas. Hal ini diutarakan oleh salah

seorang guru Bahasa Melayu di SK Spaoh yang bernama Puan Hazzyah Binti Anggu.

(Rujuk Lampiran)

Teknik permainan bahasa juga merupakan salah satu daripada teknik

pengajaran yang berkesan kerana teknik ini mampu menarik minat pelajar. Antara

teknik permainan bahasa yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan

pembelajaran adalah kuiz, lakonan dan seumpamanya. Salah seorang guru Bahasa

Melayu ada menyatakan bahawa permainan bahasa ini boleh digunakan dalam

kemahiran set induksi bagi menarik minat awal pelajar dalam mengikuti pengajaran dan

pembelajaran tersebut. Beliau menggunakan teknik permainan bahasa dalam bentuk

kuiz yang dijawab di atas kertas.(Rujuk Lampiran)

10

Page 11: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

2.3 BENTUK PENILAIAN KEMAHIRAN BERBAHASA

Pengajaran bahasa Melayu melibatkan beberapa kemahiran bahasa iaitu kemahiran

lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Setiap kemahiran yang terdapat

dalam kemahiran bahasa Melayu ini mempunyai kepentingan – kepentingan yang

tersendiri. Justeru itu, guru perlulah melakukan bentuk penilaian yang sesuai bagi

memastikan kemahiran – kemahiran ini dapat dikuasai oleh murid dengan baik.

Kemahiran lisan terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemahiran mendengar dan

kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran pertama yang

dikuasai oleh murid – murid. Seseorang yang mempunyai kemahiran mendengar yang

baik berupaya memperoleh dan memproses sesuatu maklumat dengan tepat. Hal ini

disokong oleh pendapat Abd. Aziz Talib ( 2000 ) yang menyatakan bahawa salah satu

tujuan untuk mendengar ialah untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti

di dalam ceramah, kelas dan sebagainya. Melalui pendangan tersebut, dapat kita

fahami bahawa kemahiran mendengar ini amat penting bagi diri seorang pelajar yang

sedang menghadapi proses pembelajaran. Melalui kemahiran mendengar yang baik,

pelajar dapat memahami serta dapat mengintepretasikan maklumat pembelajaran yang

diperoleh dengan mudah. Sehubungan dengan itu, guru perlulah merangka satu bentuk

penilaian yang sesuai bagi membantu murid dalam menguasai kemahiran bahasa ini.

Melalui program PBS yang dijalankan, hasil temu bual dengan beberapa orang

guru bahasa Melayu mendapati beberapa bentuk penilaian kemahiran mendengar yang

digunakan di dalam bilik darjah. Bentuk penilaian yang digunakan bagi memastikan

murid menguasai kemahiran ini ialah melalui aktiviti yang dirancang di dalam bilik

darjah. Antara aktiviti yang pernah dilakukan oleh guru bahasa Melayu tersebut ialah

memperdengarkan pelajar rakaman tentang sesuatu teks karangan lalu guru tersebut

menyoal kembali tentang teks karangan yang telah diperdengarkan. Melalui aktiviti ini,

11

Page 12: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

guru dapat mengetahui tentang tahap pencapaian murid menguasai kemahiran

mendengar. Selain itu, melalui arahan yang diberikan guru semasa proses pengajaran

dan pembelajaran juga dapat dijadikan penilaian kemahiran mendengar. Melalui arahan

yang diberikan, pelajar dapat mendengar arahan dan memberi respons seperti yang

diarahkan. Secara tidak langsung hal ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran

mendengar dengan lebih baik.

Kemahiran bertutur pula merupakan keupayaan pelajar dalam menyampaikan

maklumat, pendapat,idea dan perasaan secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang

betul. Kemahiran ini amat penting kepada pelajar kerana melalui kemahiran ini, pelajar

dapat melakukan interaksi dengan orang lain untuk menyampaikan perasaan,

kehendak dan lain – lain lagi. Selain itu, melalui kemahiran ini juga dapat memupuk diri

pelajar agar beryakinan dan percaya kepada diri supaya berani bercakap menyatakan

perasaan dan kehendak mereka. Dalam kemahiran bertutur, aspek yang ditekankan

ialah aspek sebutan, intonasi, jeda, kelancaran, tatabahasa dan kefasihan. Antara

aktiviti yang boleh dijalankan bagi menilai kemahiran ini ialah melalui aktiviti temu bual,

bercerita, perbincangan, soal jawab dan lain-lain lagi.

Melalui pemerhatian yang dibuat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

yang dilakukan oleh guru bahasa Melayu di sekolah tersebut, guru telah melakukan

penilaian kemahiran bertutur dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

dilakukan. Guru tersebut telah melakukan sesi soal jawab dengan pelajar berkenaan

dengan isi pelajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan.Guru juga telah

menyediakan bahan ransangan iaitu bahan bantu mengajar yang dapat menarik

perhatian kepada pelajarnya bagi menggalakkan pelajarnya berfikir dan bertutur untuk

mengeluarkan idea dan pendapat masing – masing. Secara tidak langsung, guru

tersebut telah membantu pelajar – pelajarnya dalam menguasai kemahiran bertutur di

samping dapat membuat penilaian terhadap tahap penguasaan dan pemahaman isi

pembelajaran yang dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.

Antara bentuk penilaian yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu dalam menilai

kemahiran membaca murid adalah melalui ujian bertulis yang mempunyai petikan

pemahaman. Dalam kemahiran membaca terdapat teknik membaca yang berkesan

12

Page 13: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

antaranya bacaan intensif, bacaan ekstensif, skimming dan scanning. Teknik membaca

ini boleh membantu pelajar dalam memahami serta mencari isi penting dalam sesebuah

bahan bacaan. Murid boleh dinilai melalui teknik bacaan ini dengan mengajukan soalan

secara terus berdasarkan teks yang diberikan. Selain itu, melalui ujian pemahaman ini

guru boleh mengenalpasti sama ada murid memahami teks petikan yang dibaca

ataupun tidak.

Bentuk penilaian yang seterusnya dalam menilai kemahiran membaca adalah

melalui aktiviti membaca secara individu. Guru Bahasa Melayu kerap menggunakan

bentuk penilaian ini kerana ianya lebih mudah untuk mengenalpasti murid yang

mempunyai masalah dalam kemahiran ini ataupun tidak. Antara prosedur dalam

pelaksanaan penilaian ini adalah guru memanggil seorang demi seorang pelajar dan

setiap pelajar akan membaca petikan yang disediakan dan guru akan menilai aspek

bacaan murid melalui sebutan, kelancaran bacaannya dan mora serta aspek tanda

baca yang betul. Bagi menguji pemahaman murid tersebut tentang apa yang telah

dibacanya, guru akan bersoal jawab daripada soalan yang mempunyai jawapan yang

ada di dalam teks petikan sehinggalah jawapan yang memerlukan pelajar sendiri untuk

menyatakan pendapat masing-masing.

Manakala bentuk penilaian kemahiran menulis pula, guru lebih kerap

menggunakan ujian bertulis seperti membuat karangan dan membuat ayat berdasarkan

bahan ransangan sama ada melalui peta minda, gambar berpandu dan aktiviti sambung

cerita. Melalui aktiviti ini guru akan menilai hasil penulisan murid dan markah akan

diberi melalui kriteria-kriteria seperti penggunaan kosa kata, struktur ayat, idea-idea

yang diutarakan dan cara menyampaikan isi penulisan.

Selain itu, guru Bahasa Melayu sekolah rendah juga menggunakan penilaian

kemahiran menulis dalam bentuk pertandingan mengarang dan mencipta sebuah

cerpen, sajak atau puisi. Melalui aktiviti ini guru akan membuat penilaian melalui tahap

kekreativiti murid dalam menghasilkan idea-idea yang baru dan kreatif. Melalui soal

selidik yang dijalankan juga guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah juga turut

menggunakan penilaian terhadap kemahiran menulis ini berdasarkan kecekapan

pelajar membuat nota sendiri melalui penulisan grafik dan peta minda. Melalui penilaian

13

Page 14: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

ini, guru akan melihat sendiri kemampuan murid mencatat idea-idea penting semasa

guru menyampaikan isi pelajaran.

3.0 REFLEKSI

3.1 INDIVIDU 1 (JUNAIDA BINTI SHUKOR)

Sekolah Kebangsaan Spaoh telah menjadi pilihan saya untuk menjalankan aktiviti

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) untuk kali kedua yang bertarikh 27 Ogos 2012

hingga 31 Ogos 2012. Sekolah ini menjadi pilihan saya kerana sekolah ini merupakan

bekas sekolah saya sendiri dan sekolah ini merupakan sekolah pertama di mana saya

menuntut ilmu. Pelbagai kenangan dan ilmu yang saya perolehi sepanjang berada di

sekolah ini. Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah untuk kali ini lebih kepada

mencari dan memperoleh maklumat yang berkaitan dengan kursus major saya sendiri

iaitu dalam subjek Bahasa Melayu. Aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah pada kali

ini juga telah mendedahkan saya kepada teknik, strategi dan kaedah yang digunakan

oleh guru Bahasa Melayu di samping melihat kesesuaian aktiviti yang dijalankan oleh

guru di dalam bilik darjah mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah.

Hari pertama Pengalaman Berasaskan Sekolah iaitu bersamaan 27 Ogos 2012,

tepat jam 7.15 pagi saya telah melapor diri kepada Guru Besar Sekolah Rendah iaitu

Puan Hajah Jenap Binti Abg. Mos. Beliau telah melantik seorang mentor untuk

membimbing saya dan mentor tersebut merupakan bekas guru kelas saya Tahun 6

2003 yang lalu iaitu Puan Hazzyah Binti Anggu. Hal ini memudahkan lagi komunikasi

antara saya walaupun saya masih agak kekok berada dalam kalangan guru-guru lain

dalam sekolah ini. Walaupun, pihak sekolah sibuk mengendalikan beberapa program

untuk murid Tahun 6 bagi menempuh peperiksaan UPSR yang tidak lama lagi, pihak

sekolah ini tetap memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada saya. Seperti

kebiasaannya saya akan bertanyakan beberapa maklumat ringkas tentang sekolah

tersebut daripada Penolong Kanan Akademik iaitu Encik Abg Jamil bin Abg Julai kerana

beliau sahaja yang berkesempatan untuk menceritakan serba sedikit perubahan

sekolah tersebut setelah hampir sembilan tahun saya meninggalkan sekolah tersebut.

14

Page 15: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

Beliau turut menyatakan jumlah guru dan murid yang ada di sekolah itu sekarang.

Jumlah murid yang ada adalah sebanyak 583 orang terdiri daripada 207 orang murid

lelaki dan 276 orang murid perempuan dan jumlah guru sebanyak 51 orang guru iaitu

guru lelaki terdiri daripada 15 orang dan guru perempuan seramai 36 orang. Hari

pertama PBS saya di habiskan dengan bersoal jawab berkenaan dengan data-data dan

tahap pencapaian akademik murid di sekolah tersebut terutamanya pencapaian dalam

Bahasa Melayu.

Hari kedua Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu bertarikh 28 Ogos

2012, saya mula menjalankan sedikit pencarian maklumat berkenaan fokus tugasan

PBS yang telah ditetapkan oleh pensyarah subjek Major Bahasa Melayu. Saya mula

menyoalkan beberapa persoalan terhadap mentor saya di sini iaitu bekas guru Bahasa

Melayu iaitu Cikgu Hazzyah bt Anggu. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Melayu

yang berkaliber dan mempunyai banyak pengalaman yang boleh dipelajari. Saya telah

menjalankan soal selidik berkenaan beberapa tip-tip mengajar dalam subjek Bahasa

Melayu. Beliau ada menyarankan beberapa teknik pengajaran dan pembelajaran dalam

Bahasa Melayu antaranya teknik soal jawab, teknik simulasi dan teknik perbincangan.

Walaubagaimanapun, teknik-teknik yang diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu perlulah sesuai mengikut tajuk dan isi pelajaran yang

diajar seterusnya berdasarkan tahap sesetengah murid. Beliau menyatakan teknik

simulasi seperti main peranan, lakonan dan aktiviti permainan bahasa, murid yang

berpencapaian tinggi bolehlah menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut manakala murid

yang berpencapaian rendah, teknik yang lebih sesuai digunakan adalah teknik

perbincangan bersama guru dan aktiviti kumpulan digalakkan. Saya juga berpeluang

mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran bersama Cikgu Hazzyah dalam kelas 5

Arif tetapi sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut lebih kepada pembetulan kertas

ujian yang telah dijalankan sebelum cuti raya yang lepas. Saya melihat sendiri kaedah

dan teknik pengajaran turut terselit dalam sesi pembetulan kertas ujian tersebut

antaranya guru telah mengarahkan murid membaca secara mekanis kertas-kertas

soalan dan pembetulan dibuat secara terus atas kesilapan tatabahasa, sebutan dan

intonasi yang dilakukan oleh murid. Secara tidak langsung murid-murid turut mengalami

proses belajar di situ. Selain itu juga, saya turut melihat cara Cikgu Hazzyah

15

Page 16: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

menerangkan maksud setiap perkataan dan kosa kata yang baharu kepada murid.

Sepanjang setengah hari di sekolah tersebut banyak benda baru yang saya perolehi

daripada mentor saya iaitu Puan Hazzyah.

Hari seterusnya iaitu hari ketiga PBS yang bertarikh 29hb Ogos 2012 saya mula

bertanyakan kepada mentor saya iaitu Cikgu Hazzyah berkaitan dengan penulisan

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) subjek Bahasa Melayu untuk tahap 2. Beliau

telah menunjukkan contoh-contoh RPH kepada saya. Saya meneliti setiap satu RPH

yang ditulis oleh Cikgu Hazzyah dan membuat perbandingan dengan Huraian Sukatan

Pelajaran yang ada. Jika dilihat daripada RPH yang ditulis oleh Cikgu Hazzyah,

kandungan Huraian Sukatan Pelajaran hanya diambil mengikut kesesuaian tajuk atau

topik yang diajar dan konsep penggabungjalinan kemahiran-kemahiran bahasa yang

sedia ada turut dilakukan. Seperti hari yang sebelumnya, saya berpeluang sekali lagi

mengikuti Cikgu Hazzyah memasuki kelas 6 Bestari untuk menimba lebih banyak lagi

pengalaman berkenaan teknik dan kaedah yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu

dalam bilik darjah. Walaupun buat masa sekarang, semua guru sibuk mengendalikan

program untuk murid-murid Tahun 6 beliau tetap memberi kerjasama dan tunjuk ajar

dalam membimbing saya sepanjang menjalankan aktiviti Pengalaman Berasaskan

Sekolah tersebut. Selesai sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya telah

bertanyakan beberapa perkara dengan dengan Cikgu Hazzyah berkenaan dengan

guru-guru panitia Bahasa Melayu yang terdiri daripada Encik Rahabi , Encik Mos, Encik

Suhardi, Encik Azmi dan ramai lagi. Walaubagaimanapun, kesibukan guru-guru panitia

tersebut terhadap kerja masing-masing membuatkan saya tiada berkesempatan untuk

menemubual mereka. Namun begitu, saya sempat berbual sedikit sebanyak tentang

pengalaman seorang guru Bahasa Melayu di sekolah ini iaitu Encik Mos bin Haji Mola.

Beliau turut menerangkan serba sedikit teknik yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan bentuk penilaian yang biasa dibuat

untuk menilai kemahiran-kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-murid. Beliau

menyarankan aktiviti bersoal-jawab perlu dilaksanakan dalam kelas bagi menggalakkan

kemahiran lisan dalam kalangan murid. Beliau juga turut mengatakan bahawa

persoalan yang diajukan kepada murid mestilah sesuai dengan tahap pencapaian murid

tersebut.

16

Page 17: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

Pada hari keempat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pada 30hb

Ogos 2012, saya lebih banyak menyusun data dan maklumat secara kendiri di bilik

Pusat Sumber SK Spaoh kerana ini merupakan hari terakhir saya berada di sekolah

tersebut. Saya juga sempat berbual-bual dengan guru-guru lain dan bercerita serba

sedikit pengalaman masing-masing sebagai seorang warga pendidik. Selain itu,

perjumpaan dengan guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) telah memberi

sedikit pembetulan bagi data sebenar pelajar di sekolah tersebut iaitu jumlah sebenar

pelajar di SK Spaoh adalah 579 orang yang terdiri daripada 306 pelajar lelaki dan 273

pelajar perempuan. Beliau juga sempat memberitahu pengalaman beliau sebagai salah

seorang guru Bahasa Melayu kepada saya. Beliau mengatakan bahawa kemahiran

guru dalam bahagian set induksi adalah penting kerana set induksi yang menarik

mampu meransang minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Beliau turut menyarankan bahawa permainan bahasa seperti kuiz boleh dilaksanakan

dalam set induksi sebelum memulakan isi pelajaran. Walaupun hanya sempat berada

di sekolah tersebut tidak sampai 5 hari tetapi banyak input yang saya perolehi dan

ianya sangat berguna untuk saya. Komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh

pihak SK Spaoh amatlah dihargai.

17

Page 18: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

3.2 INDIVIDU 2 (NOR ZAFIRAH BINTI IBRAHIM)

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya telah berjaya mengharungi program Pengalaman

Berasaskan Sekolah ( PBS ) selama seminggu dengan jayanya. Pada 26 hingga 30

Ogos 2012 yang lalu, semua pelajar PISMP Semester 2 telah PBS kali kedua di

sekolah pilihan masing-masing. Program ini dijalankan bagi memberi kefahaman dan

membina kesedaran guru pelatih terhadap budaya sekolah dan dapat mempelajari

tentang strategi pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru. Selain itu, melalui

program ini juga guru pelatih dapat melatih diri untuk berkomunikasi dan berinteraksi

dengan pihak pentadbir, rakan guru dan komuniti sekolah.

Program PBS yang dijalankan selama seminggu ini telah memberikan peluang

kepada kami guru pelatih untuk memilih sendiri sekolah yang ingin kami tuju bagi

melaksanakan program PBS. Saya serta beberapa rakan daripada IPG yang lain telah

memilih Sekolah Kebangsaan Taman Awana di Kedah sebagai sekolah yang akan kami

laksanakan program PBS ini. Sekolah yang bertempat di Jalan Langgar , Kedah ini

mempunyai 298 orang pelajar dan 23 orang guru secara keseluruhannya berbangsa

Melayu. Sepanjang menjalankan program PBS ini, pihak sekolah ini telah melantik

seorang guru iaitu Puan Nora binti Yusoff iaitu guru bahasa Melayu sekolah ini yang

bertindak sebagai mentor untuk memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk

melaksanakan tugasan PBS pada kali ini.

Program PBS pada kali ini menfokuskan bidang major sebagai tugasan yang

perlu dilaksanakan. Bagi major Bahasa Melayu, tugasan yang perlu dilaksanakan ialah

berkaitan dengan subjek BMM3104 iaitu Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Saya

dikehendaki mengenalpasti strategi pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) guru

bahasa Melayu di sekolah tersebut dan membuat pemerhatian terhadap rancangan

pengajaran dan pembelajaran yang dirangka oleh guru bahasa Melayu. Seterusnya,

saya dikehendaki menulis laporan tentang maklumat yang telah dikumpul.Sepanjang

melaksanakan program PBS ini, saya mendapat segala maklumat yang diperlukan

18

Page 19: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

dengan mudah. Guru – guru di sini memberi layanan yang baik kepada saya dan rakan-

rakan yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan saya telah melakukan rujukan

daripada internet dan beberapa buah buku rujukan. Seterusnya, saya telah melakukan

sesi temu bual dengan guru yang berpengalaman berkaitan dengan maklumat yang

telah diperoleh bagi mendapatkan maklumat tambahan. Semua guru telah memberikan

respon serta tindak balas yang positif terhadap segala pertanyaan yang saya

utarakan.Justeru, proses untuk mendapatkan maklumat ini dapat berjalan dengan

lancar.

Selain itu, semasa saya menjalani program PBS ini, saya telah berpeluang

melihat sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas.

Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan, saya dapat mengenalpasti strategi –

strategi pengajaran yang digunakan oleh guru di dalam kelas. Saya juga dapat melihat

kaedah serta teknik yang digunakan oleh guru tersebut dalam menjalankan proses

pengajaran dan pembelajarannya dalam kelas. Melalui pemerhatian tersebut saya

dapat mengenalpasti strategi, kaedah serta teknik yang sesuai dalam menjalankan

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga dapat mempelajari

cara untuk mengelola aktiviti dan cara untuk mengawal bilik darjah semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Di samping itu, saya juga berpeluang untuk melihat Rancangan Pengajaran

Harian ( RPH ) guru yang ditulis di dalam buku rekod pengajaran. Kebanyakkan

rancangan pengajaran yang disediakan guru berbentuk ringkas tetapi kandungan

pengajarannya menepati sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Berdasarkan

pemerhatian saya terhadap aktiviti rancangan pengajaran yang disediakan oleh guru –

guru tersebut, saya dapati guru – guru tersebut telah merancang satu rancangan

pengajaran yang dapat menyumbang kepada kebersanan pangajaran yang

disampaikan.

Seterusnya, saya juga berpeluang mendapatkan pengalaman menggantikan

kelas bagi Tahun Satu Inovatifdan Tahun Enam Inovatif. Melalui pengalaman

19

Page 20: LAPORAN PBS (FULL).docx

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2

menggantikan kelas ini, saya dapati aspek pengawalan kelas merupakan aspek yang

sukar untuk dikawal terutamanya bagi pelajar – pelajar Tahun 1. Guru perlu bijak dalam

mengawal situasi kelas dan harus peka terhadap segala tingkah laku murid. Melalui

pengalaman ini, saya berpendapat seorang guru perlulah melakukan persediaan

pengajaran yang sepatutnya supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dilaksanakan dengan lancar. Hal ini disebabkan pelajar akan mudah berasa bosan dan

sukar untuk menumpukan perhatian sekiranya terlalu ditekankan dalam satu sesi

pengajaran. Justeru, guru perlulah merancang strategi, kaedah serta teknik yang sesuai

agar pengajaran dapat menjadi lebih berkesan.

Tuntasnya, banyak pengetahuan serta kefahaman baru yang saya peroleh

sepanjang menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Taman Awana ini. Sesungguhnya

pihak pentadbiran, guru-guru, pelajar serta kakitangan sekolah ini telah banyak

memberi bantuan serta kerjasama yang padu sepanjang program PBS ini dijalankan.

Dengan itu saya dapat rasakan bahawa kehadiran saya bersama rakan – rakan di

sekolah tersebut dialu-alukan oleh pihak sekolah. Secara tidak langsung hal ini dapat

membantu kelancaran program PBS yang saya bersama rakan- rakan jalankan di

sekolah tersebut. Segala maklumat yang kami perlukan telah dikumpulkan dengan

lengkap hasil kerjasama yang baik dengan pihak sekolah. Saya berharap agar

pengalaman serta ilmu yang diperoleh melalui program PBS dapat diaplikasikan pada

masa akan datang.

20