bm thn6 ki 13.docx

28
1 SULIT 001 1 “Ayuh, marilah _____________ ke rumah Tuk Penghulu Nadim,” kata Hang Tuah kepada rakan-rakannya. A kita B kamu C kalian D mereka 2 Beta mahu seluruh kawasan istana ini dikawal dengan ketat supaya pihak musuh tidak dapat masuk _________ dalam istana. A pada B dari C ke D di Soalan 3 berdasarkan gambar 1 Gambar 1 3 Darwish menemukan ____________ kunci di tepi jalan. A segenggam B sepuntung C sejambak 001@Hak Cipta Rohana Mat Amin PBMSKAB2013 Lihat sebelah SULIT

Upload: dayang-hapnah-bujal

Post on 10-Nov-2015

264 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1SULIT 0011 Ayuh, marilah _____________ ke rumah Tuk Penghulu Nadim, kata Hang Tuah kepada rakan-rakannya.

AkitaBkamuCkalianDmereka

2 Beta mahu seluruh kawasan istana ini dikawal dengan ketat supaya pihak musuh tidak dapat masuk _________ dalam istana.

ApadaBdariCkeDdiSoalan 3 berdasarkan gambar 1 Gambar 13 Darwish menemukan ____________ kunci di tepi jalan.

AsegenggamBsepuntungCsejambak Dserawan

4 Sultan Mansor Shah ___________ kerana titah baginda tidak dituruti.

AmarahBmurkaCbenciDgering

5 Bukan Datuk Majid sahaja yang pemurah __________ anaknya juga seorang dermawan. Amalahan Bpadahal C sambil D kerana

Soalan 6 berdasarkan gambar 2

Gambar 2

6 Untuk membuat __________ bilik itu, Mak Tom memerlukan beberapa helai kain batik. Akisi-kisi Bkuda-kuda Ctupai-tupai D langit-langit

7 Pakaian itu__________ cukup kering kerana cuaca mendung sepanjang hari kata ibu. Adapat Bbelum Cpernah D sedang8 Sejak kecil lagi Pak Sudin memang gerun ke laut, ____________ pada usianya yang semakin lanjut ini.

A walaupun begituB namun demikianC lebih-lebih lagiD selepas itu

9 Surat perjanjian yang mempunyai __________ pegawai daerah sahaja yang diterima dalam urusan itu.

Acap Bcop Ctanda Dsetem

Soalan 10 berdasarkan gambar 3

Gambar 310 Mak Salmah sedang __________ beras untuk membersihkannya menggunakan nyiru.

AmenebarBmenampiCmengayakDmengasing11 Encik Kamarudin akan __________ anak lelaki tunggalnya dengan anak gadis Dato' Jamal pada bulan hadapan.AberisteriBberisterikanCmemperisteriDmemperisterikan

12 Indah __________ pemandangan di puncak Gunung Kinabalu.Apaling BbenarCbetuDnian

Soalan 13 berdasarkan gambar 4 Gambar 413 Pameran __________ di Kuala Terengganu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terutama ahli sejarah.A batu asahanB batu bersuratC batu timbangD batu karang

14 _________________ murid Tahun Enam Bestari sedang mengulang kaji pelajaran bersam-sama di dalam kelas mereka.A sekumpulanB seangkatanC sepasukanD sekawan

15 ______________, lama kamu tidak datang ke sini!, tegur Pak Daud kepada Dollah.A AhB HaiC HeiD Nah

16 "__________ letakkan penyapu dan penyodok yang sudah digunakan di tempat asal kembali," kata Azizah kepada rakan-rakannya.AJanganBTolongCHarapDSilaSoalan 17 berdasarkan gambar 5

Gambar 517 Selat Melaka terletak di ______________ Semenanjung Malaysia ___________ Sumatera , Indonesia.Adekat denganBtengah antaraCsebelahdanDantaradan

18 " Kami tersenyum apabila melihat telatah adik yang lucu semasa bermain-main dengan anak patung kesayangannya itu.

Pilih perkataan seerti bagi tersenyumAgembiraBketawaCtersengihDmencebik

Soalan 19 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

19 Nenek mengambil masa selama empat hari untuk menyiapkan tekatan pada tepak sirih itu dengan tekun __________________.Aseperti lipas kudungBseperti api dalam sekamCbagai menghitung bulu kambing Dbagai lebah menghimpun madu

Soalan 20 dan 21Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

20 I Susunan buku itu berada dalam keadaan kacau.

II Lokman berasa kacau tinggal berseorangan di rumah.

III Fikirannya menjadi kacau setiap kali memikirkan hal itu.

IV Bunyi di stadium masih kacau meskipun penonton sudah pulang.

AI dan III BI dan IVCII dan III DI, II, dan IV

21 I Makanan berat biasanya membuat kita rasa mengantuk.

II Dia dihukum penjara kerana melakukan kesalahan yang berat.

III Hukuman serupa itu terlampau berat bagi murid-murid sekolah rendah.

IV Nurul Ain agak berat meninggalkan kakaknya seorang diri di kampung.

AI dan III BII dan III CI, II dan III DII, III dan IV

Soalan 22 dan 23Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

22 Betulkah kamu sudah kenyang , Nora ?AYa, saya makan nasi goreng tadi.BYa, saya baru sahaja selesai makan .CYa, saya sudah makan sampai kenyang.DYa, saya berhenti makan setelah kenyang.

23 Mengapakah kita perlu menghayati kemerdekaan negara kita?AMemang kita perlu menghayati kemerdekaan negara kita.BKita perlu menghayati kemerdekaan negara kita kerana Malaysia negara berdaulat .C Kita perlu menghayati kemerdekaan negara agar kita menyayangi negara kita.D Kita perlu menghayati kemerdekaan negara dan menyambutnya dengan gilang-gemilang.

Soalan 24 dan 25Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

24 Perjalanan dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor memakan masa 20 minit.AAdakah perjalanan ke Pulau Pangkor lama ?BDi manakah letaknya jeti untuk ke Pulau Pangkor ?CBerapakah lama masa yang diambil untuk ke Pulau Pangkor dari Jeti Lumut ?D Adakah Pulau Pangkor terletak jauh dari Jeti Lumut ?

25 Sama sekali tidak saya jangkakan kerana saya cuma memberi saingan semampu mungkin dalam perlumbaan ini.APernahkah saudara terfikir akan memenangi perlumbaan ini ?BApakah yang saudara jangkakan dalam perlumbaan sebentar lagi ?CMungkinkah saudara mengharapkan satu perlumbaan yang sengit ?D Benarkah saudara sangat berharap agar dipilih sebagai pemenang ?

Soalan 26Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26 Pokok mangga yang ditanam oleh bapa saya berbuah pada setiap tahun.ASetiap tahun pokok mangga yang ditanam oleh bapa saya mengeluarkan hasil.BSetiap tahun pokok mangga yang berbuah lebat itu ditanam oleh bapa saya.CSetiap tahun bapa mengeluarkan buah mangga yang ditanam olehnya.D Bapa menanam pokok mangga yang berbuah pada setiap tahun.

Soalan 27 hingga 30Pilih ayat yang betul27 APertahanan negara perlu diperkuatkan agar keamanan sentiasa terjamin.BSyabas, kamu telah menang dalam pertandingan itu !.CMasakan ibu saya paling tersedap sekali .D Harga barang itu berapakah ?

28 I Kakak Zainab membasuh kain dengan menggunakan sabun serbuk.

II Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.

III Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.

IV Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.

AI, III dan IVBII,III dan IVCIII dan IV DI, II dan III

29 I Pertandingan cerita peringkat kawasan diadakan di Sekolah Kebangsaan Air Baruk.

II Mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana terlalu letih mengemping.

III Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja.

IV Halimah menghadiahkan anaknya sebuah basikal.

AI,II dan IIIBII,III dan IVCI, II dan IV DIII dan IV

30 I Segala persiapan-persiapan untuk kenduri itu telah dibuat sejak awal lagi.

II Mereka sedang berbincang mengenai perkara itu.

III Kelakuan budak-budak itu baik sekali.

IV Bapanya tidak turun ke sawah hari ini.

AI,II dan IVBII,III dan IVCI, III dan IV DIII dan IV

Baca puisi kemudian jawab soalan-soalan berikut.Lebuh raya,Di musim perayaan ini,Menyambut lebaran,Syawal, Aidil Fitri 1431 Hijrah,Bagaikan suatu pesta tahunan,Kenderaan bertali arus, tiada henti,Mengundang malapetaka .

Lebuh raya,Seharusnya para pengguna,Ambil iktibar, berhati-hatiBerhemah, waspada ketika memandu,Bukan mementingkan diri sendiri,Ingin segera sampai ke destinasi,Lupa, terleka peraturan di lebuh raya .

Lebuh raya,Saban kalinya begitu,Kehilangan anak, ayah, suami,Kehilangan isteri, kekasih dan ibu,Meratap hiba, saudara- mara,Air mata pun kering, tak tertumpahSedih, pilunya hati teramat parah .

Lebuh raya,Lebaran adalah hari yang dinanti,Kalau bulan, bintang di langit tinggi,Ingin kita capai dan dakap,Menikmati kenikmatan, kebahagiaan,Sama-sama kita raikan,Bukan bermandikan air mata .

Lebuh raya,Sama-samalah kita beringat,Berhati-hati dan berwaspada,Ia bukan tempat mengadu kekuatan,Menunjuk bijak, angkuh diri,Bersopan santun kita, saudara,Hidup, hormat -menghormati .

31 Apakah faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya ?ADisebabkan oleh musim-musim perayaan setiap tahun.BPengguna pengguna jalan raya yang suka berlumba.CDisebabkan oleh pengguna jalan raya yang mengantuk.D Sikap pengguna yang tidak mahu mematuhi peraturan jalan raya.

32 Mengapakah menjelang musim perayaan kenderaan di lebuh raya semakin banyak ? AWarga kota ingin pulang ke kampung menyambut perayaan bersama-sama keluarga.BMenziarahi sanak- saudara dan rakan taulan.CPengguna jalan raya sudah ramai yang memiliki kereta.D Sikap pengguna jalan raya yang tidak mahu berkongsi kereta .

33 Sikap yang suka mementingkan diri ketika berada di lebuh raya menyebabkan .Aberlakunya kesesakan jalan raya .Bkemarahan pengguna jalan raya.Ckehilangan nyawa orang yang tersayang.D berlakunya perlumbaan sesama pengguna lebuh raya.

34 Berikut adalah cara untuk mengelakkan kemalangan jalan raya kecuali .Amematuhi peraturan jalan raya.Bbertimbang rasa di jalan raya.CBerhati-hati ketika memandu. D saling berlumba di jalan raya.35 Peribahasa yang sesuai berkaitan dengan sajak di atas ialah..Apandu cermat jiwa selamat.Bsudah jatuh ditimpa tangga.Cnasi sudah menjadi bubur. D melentur buluh biar dari rebungnya.

Baca cerita rakyat kemudian jawab soalan soalan berikut.Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang akan Puteri Bongsu. Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan setengah umur. Kerjanya bertani.

Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di dalam sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal. Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan.

Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku, kata Raja Tikus. Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu? tanya Beruk Tunggal. Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas, kata Raja Tikus. Baiklah, aku terima pemberian itu! kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.

Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya. Kahwin dengan beruk? tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal. Raja dan permaisuri kasihan akan Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya.

Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana. Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal. Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal di pondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang pemuda yang kacak.

Kakanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda, kata putera Raja Kayangan. Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah.

36 Beruk tunggal merupakan . Aseekor binatang yang bertukar menjadi pemuda kacak.Bseekor binatang yang tinggal di pondok buruk.Csebagai penjaga di kawasan padi hama.D seekor binatang peliharaan wanita tua.

37 Apakah helah yang cuba dilakukan oleh ayahanda Puteri Bongsu untuk menghalang perkahwinan Beruk Tunggal dengan anakandanya ? A Menyuruh Beruk Tunggal bertukar kepada manusia. B Meminta Beruk Tunggal menyediakan sebuah istana yang cantik.C Memberitahu kepada ibu Beruk Tunggal bahawa anakandanya cacat.D Meminta hantaran yang mahal iaitu sebentuk cincin bertatahkan berlian.

38 Dari manakah Beruk Tunggal memperoleh sebentuk cincin berlian ? AMemohon bantuan daripada raja kayangan.BBermimpi berjumpa dengan raja kayangan.CMembakar sarung beruk di dalam pondok.D Memohon bantuan daripada Raja Tikus .

39 Bagaimanakah sebuah pondok usang bertukar kepada istana yang tersergam indah ? A Raja kayangan telah menukarkan pondok kepada istana.B Puteri Bongsu telah duduk di dalam sarung Beruk Tunggal.C Raja Tikus telah membawa butir emas kepada Beruk Tunggal.D Puteri Bongsu membakar sarung Beruk Tunggal dan menaburkan debunya di luar pondok.

40 Mengapakah putera raja kayangan menjadi Beruk Tunggal ? AMenjadi anak kepada perempuan setengah umur .B Ingin berkahwin dengan anak raja di bumi.C Dimurkai oleh ayahandanya.D Sumpahan ahli sihir

-SOALAN TAMAT-

001@Hak Cipta Rohana Mat Amin PBMSKAB2013Lihat sebelah SULIT