bm thn 6 julai 2013.docx

23
SULIT 1 011 Soalan 1 hingga 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai 1 “ Mengapakah tuan puteri bersedih ? Katakanlah kepada ___________” kata Mak Inang Suri kepada Tuan Puteri Sari. A beta B patik C hamba D tuan hamba 2 Tan Sri Yazid ialah ___________ utama sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal di Malaysia. A pengurus B pembuka C peneraju D penggerak 3 Haikal menyelak satu demi satu halaman pada akhbar itu untuk mengetahui ________ rancangan yang menarik hari ini. A inti sari B sari kata @2013 Hak Cipta Rohana Mat Amin (Lihat halaman Sebelah) SULIT

Upload: dayang-hapnah-bujal

Post on 10-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

SULIT 1 011

Soalan 1 hingga 20Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai1 Mengapakah tuan puteri bersedih ? Katakanlah kepada ___________ kata Mak Inang Suri kepada Tuan Puteri Sari.

Abeta Bpatik ChambaDtuan hamba

2 Tan Sri Yazid ialah ___________ utama sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal di Malaysia.

ApengurusBpembukaCpenerajuDpenggerak

3 Haikal menyelak satu demi satu halaman pada akhbar itu untuk mengetahui ________ rancangan yang menarik hari ini.

Ainti sariBsari kataCakar umbiDpokok pangkal

Soalan 4 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

4 Beberapa ekor ayam ____________ butir-butir beras yang ditabur oleh Mak Limah.

AmenyuduBmeragutCmematukDmengais

5 ______________ bintang pun tidak kelihatan pada malam ini.

ASebijiBSebuahCSebentukDSegugus

6 Tekakku ___________ semacam nak demam rasanya.

AloyaBmual CpahitDpayau

7 Aktiviti riadah sememangnya agak sukar dilakukan oleh sesetengah orang. ______________ kerana mereka selalu menjadikan kesibukan sebagai alasan

ADengan ituBHal ini demikianCDengan demikian DSehubungan dengan itu

8 Kedengaran di radio,____________ P. Ramlee sedang mendendangkan lagu Merak Kayangan.

AkaryawanBbudiman CbiduanDilmuwan

Soalan 9 berdasarkan gambar 2

Gambar 29 Baju askar di negara-negara Asia Tenggara __________.

A culang-caling B coreng-moreng C kontang-kanting D celorong-celoreng

10 __________ perhatian semua. Sekejap lagi keputusan pertandingan cerita akan diumumkan.

ASilaBMintaCHarapDTolong11 "__________ Tuhanku, selamatkan tanah airku," kata pemuda itu ketika berdoa.

AOhBAhCHaiDWah12 Encik Said _________ mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Puan Laily setahun yang lalu.

ApernahBsudahCmasihDbelum

Soalan 13 berdasarkan gambar 3

Gambar 313 Walaupun Pak Mail buta , dia masih boleh ______________ bakul rotannya untuk menyara kehidupannya.

AmenganyamBmembuatCmengukirDmengait

14 Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil _______________ anak buahnya.

AkepadaBdenganCterhadapDpada

15 Pahlawan itu _____________ bintang kehormatan oleh baginda pada hari kebesaran baginda di balairung seri.

Amenganugerahi BdianugerahkanCdianugerahDdianugerahi

16 Abang membeli ______________ tali pinggang dan _____________ tali leher di pasar raya itu.

Aseutas seutasBsebuah . sehelaiCsehelai. sehelaiDseutas sehelai

Soalan 17 berdasarkan gambar 4

Gambar 417 Adik berasa ___________ lalu tertidur di atas sofa yang _______________.

Ateramat penat sekali empukBpenat amat empukCpaling penat.. lembutDamat penat.. lembut

Soalan 18 berdasarkan gambar 5

Gambar 5

18 Nelayan itu mencemat pukat dengan berhati-hati untuk menaikkan ikan ke dalam perahu .

Perkataan seerti bagi mencemat ialah..

AmemasangBmembuangCmeletak Dmenarik

19 Puan nora sedang sarat mengandung anak kelima.Perkataan berlawanan bagi sarat ialah.

Abunting BkempisCpadatDsesak

Soalan 20 dan 21 . Pilih peribahasa yang sesuai.

20 Bunyi petir yang kuat itu ______________ itu menyebabkan anaknya terjaga daripada tidur.

Aseperti bertih direndangBlaksana katak diharung ularCbagai kucing kehilangan anakDseperti halilintar membelah bumi

Soalan 21 berdasarkan gambar 6

Gambar 621 Encik Haris sudah 20 tahun berkahwin dan mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia. Kehidupan mereka seperti ..

Apisang masak separakBkunyit dengan kapurCbertemu bukit di tepi telagaDlayang-layang yang putus talinya.

Soalan 22 dan 23Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

22 IMurid perempuan itu ditegur kerana memakai pakaian yang agakjarang. IIKamaljarangtidur di waktu petang. IIIAyah selalu minum airjarangsebelum tidur. IVPokok ciku di tepi perigi itu berbuahjarang. A I dan II B II dan IV C I, II dan IV D II, III dan IV

23 ITudung saji yang dibeli oleh ibu diperbuat daripada daun mengkuang. IIWanita itu sungguh manis apabila memakai tudung . IIIPintu rezeki Pak Leman sudah tudung setelah dia kemalangan. IVTudung periuk nasi itu telah hilang. A I dan II B I, II dan IV C I, II dan III D II, III dan IV

Soalan 24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

24 Calon-calon yang menduduki peperiksaan disampaikan amanat kecemerlangan sebelum memasuki dewan. A Apakah yang disampaikan kepada calon-calon yang menduduki peperiksaan sebelum mereka memasuki dewan? B Bilakah amanat kecemerlangan disampaikan kepada calon-calon? C Bagaimanakah amanat kecemerlangan disampaikan kepada calon-calon? D Mengapakah calon-calon disampaikan amanat kecemerlangan?Soalan 25 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.25 Benarkah pasukan kamu mempunyai lima orang pemain yang handal?

A Ya, beberapa orang pemain kami amat handal. B Tidak, kami tidak mempunyai pemain-pemain yang handal C Benar, dua orang pemain kami yang handal mengalami kecederaan. D Tidak, sebenarnya kami mempunyai lebih daripada lima orang pemain yang handal.

Soalan 26 dan 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26 Tiga ekor anak kambing saya telah dibaham oleh dua ekor harimau bintang pada minggu lepas, di hujung kampung itu.

A Pada minggu lepas, tiga ekor anak kambing telah dibaham oleh dua ekor harimau bintang di hujung kampung saya itu. B Tiga ekor kambing saya telah dibaham oleh dua ekor anak harimau bintang pada minggu lepas di hujung kampung itu. C Dua ekor harimau bintang saya telah membaham tiga ekor anak kambing di hujung kampung itu. D Pada minggu lepas, tiga ekor anak kambing saya telah dibaham oleh dua ekor harimau bintang di hujung kampung itu.

27 Aziz, sudahkah kamu pulangkan parang yang dipinjam daripada Pak Salleh semalam?" tanya ayah. AAziz menanya Pak Salleh sama ada telah memulangkan parang yang dipinjam daripada ayah semalam. B Aziz bertanya kepada ayah sama ada dia telah memulangkan parang Pak Salleh yang dipinjamnya semalam. C Ayah bertanya kepada Aziz sama ada dia telah memulangkan parang yang dipinjam daripada Pak Salleh semalam.

D Ayah menanya Aziz yang telah memulangkan parang yang dipinjam daripada Pak Salleh semalam.

Soalan 28 hingga 30 Pilih ayat betul.

28 ABudak itu sakit pada kakinya.BBaginda sedang sakit tenat .CPemandangan di puncak bukit itu nian indah.DDia menyelesaikan kerjanya di dalam masa tiga jam.

29 ISungguhpun letih, namun pemain handal itu terus bermain juga.IIPemain badminton itu kalah oleh sebab kekurangan latihan.IIIWanita itu rindukan anaknya yang jauh di perantauan.IVYang tersergam indah di atas bukit itu istana raja.AI, II dan IIIBII , III dan IVCII dan IVDI dan III

30 IAfik pergi ke kafe siber ditemani oleh abangnya.IIIbu pejabat polis terletak di Bukit Aman, Kuala Lumpur.IIIMuka tuan puteri itu bercahaya bak bagai bulan purnamaIVSuhaimi pergi ke kelas tambahan bersama rakan baiknya.AII, III dan IVBI, II dan IIICI dan IVDI dan II

Soalan 31 hingga 35 Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malaysia dianggarkan menghasilkan sebanyak 15 000 tan sampah dalam sehari. Jumlah ini dijangka akan meningkat pada kadar dua peratus pada setiap tahun. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan program kitar semula sebagai satu cara mengelakkan pembaziran wang dan tenaga kerja yang banyak untuk menguruskan sampah yang semakin banyak.Selaras dengan pelancaran tersebut, pihak berkuasa tempatan telahmengambil langkah meletakkan tong-tong kitar semula di tempat-tempat yang sesuai seperti di kompleks beli-belah, sekolah dan pusat perniagaan. Setiap set tong kitar semula terdiri daripada tiga buah tong iaitu tong coklat untuk bahan-bahan kaca, tong biru untuk kertas, serta tong jingga untuk plastik dan logam. Selain dapat mengurangkan jumlah tapak pelupusan sampah, program kitar semula juga bermatlamat untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada masyarakat.Apabila tong-tong kitar semula itu penuh, bahan-bahan yang terkumpul akan dibawa ke pusat pengumpulan barang terpakai. Barangan kitar semula yang dibawa akan dinilai dan pusat pengumpulan akan memberikan bayaran kepada syarikat yang membawanya. Pengguna yang membawa barangan terpakai terus ke pusat pengumpulan akan mendapat bayaran yang berpatutan juga. Sehubungan itu, kerajaan telah menawarkan beberapa galakan yang lain seperti pengecualian cukai bagi mesin dan peralatan yang digunakan untuk kitar semula.Selain pihak kerajaan, pihak swasta digalakkan turut serta dalam rangkaian aktiviti kitar semula. Misalnya, mereka menggalakkan pekilang-pekilang menggunakan bahan kitar semula sebagai asas dalam pembuatan produk mereka. Dalam hal ini, negara dapat juga menjimatkan penggunaan bahan mentah.

31 Apakah matlamat kitar semula diwujudkan ?

AMenjadikan alam sekitar lebih bersih dan memupuk sikap cinta akan alam.BMemberikan keuntungan kepada syarikat dan pusat pengumpulan sampah.C.Menggalakan penglibatan pihak swasta dalam rangkaian kitar semula.DPengecualian cukai bagi mesin dan peralatan

32 Kitar semula merujuk kepada.

Amengumpulkan bahan terbuang.BMegurangkan tempat pelupusan sampah.C.Membuang bahan-bahan terbuang ke dalam tong kitar semula.DMenggunakan bahan bahan terbuang untuk menghasilkan barangan baru.

33 Pengumpulan polistirena haruslah dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna

Ajingga.Bcoklat.Cbiru.Dhitam.

34 Sekiranya pembuangan sampah ini berterusan , peningkatan sebanyak __________ dalam setahun.

A2000B4000C3600D300

35 Maksud mengambil langkah ialah

Amemulakan langkah .Bmemastikan.Cmenjalankan.Dbertindak.

Soalan 36 hingga 40Baca iklan kemudian jawab berikut.

MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA DEEPAVALI 2010Berikut adalah tarikh dan acara Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2010Tarikh : 13 November 2010 Hari : Sabtu Masa : 2.00 petang hingga 11.30 malam

Tempat : Taman Keladi. Sungai Petani, Kedah

Program bertemakan" Sentuhan Cahaya Pemimpin" Perayaan Deepavali disambut dengan penuh warna warniACARA YANG DIADAKAN1) Warna warni Deepavali Masa : 2.00 hingga 6.30 petang 2) Sentuhan Pemimpin Bersama Rakyat Masa : 4.00 hingga 6.00 petang 3) Riang Ria Deepavali Masa : 8.30mlm hingga 11.30 malam

36 Tema Rumah Terbuka Malaysia Deepavali ialah.

ASentuhan Cahaya Pemimpin.BWarna Warni Deepavali.CRiang Ria Deepavali .DBermandikan Cahaya.

37 Berdasarkan tema Rumah Terbuka Deepavali ,perayaan Deepavali dikenali sebagai.

Acuti umum.Bpesta cahaya .Cpesta pelita.Dpesta mandi minyak.

38 Rumah Terbuka Deepavali berlangsung selama ..

A450 minit.B530 minit.C500 minit.D570 minit.

39 Mengapakah rakyat Malaysia sering mengadakan Rumah Terbuka setiap kali perayaan ?

AMewujudkan kemesraan antara pemimpin dan rakyat .BMengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan .C Menjadi tradisi rakyat Malaysia yang berbilang kaum.DMenunjukkan rakyat Malaysia hidup harmoni.

40 Peribahasa yang sesuai tentang Rumah Terbuka ialah

Aada gula ada semut .Bdarah setampuk pinang.Ckecil tapak tangan nyiru ditadahkan.Dtelur sesangkar, pecah satu pecah semuanya.

-----------SOALAN TAMAT----------------

@2013 Hak Cipta Rohana Mat Amin (Lihat halaman Sebelah) SULIT