praktikal 6- fotosintesis

22
Pengenalan Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen. 6CO 2 + 12H 2 O + Tenaga Cahaya --> C 6 H 12 O 6 + 6O 2 + 6H 2 O Klorofil digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria; klorofil dijumpai dalam membran tylakoid. Elektron-elektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan elektron, yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis. Dalam fotofosforilasi cyclic, elektron-elektron balik ke klorofil. Dalam non-cyclic fotofosforilasi, elektron-elektron digunakan untuk menurunkan NADP, dan elektron-elektron balik kepada klorofil daripada H 2 O atau H2S. Apabila H 2 O dioksidakan oleh tumbuh- tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria, O 2 dihasilkan. Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan CO 2 dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula (glukosa), hasil akhir fotosintesis. Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan maun yang akan menjadi makanan 1

Upload: nurulnajwa91

Post on 02-Jul-2015

2.031 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Praktikal 6- Fotosintesis

Pengenalan

Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada

matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan

karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen

dan hidrogen.

6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya --> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O

Klorofil digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria; klorofil

dijumpai dalam membran tylakoid. Elektron-elektron daripada klorofil menembusi

rantaian pengangkutan elektron, yang mana ATP terhasil daripada

chemiosmosis. Dalam fotofosforilasi cyclic, elektron-elektron balik ke klorofil.

Dalam non-cyclic fotofosforilasi, elektron-elektron digunakan untuk menurunkan

NADP, dan elektron-elektron balik kepada klorofil daripada H2O atau H2S.

Apabila H2O dioksidakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria,

O2 dihasilkan.

Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan

digunakan untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk

menghasilkan menjadi gula (glukosa), hasil akhir fotosintesis.

Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang

bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan

maun yang akan menjadi makanan kepada haiwan maserba atau haiwan maging

yang lain.Pengecualian hanyalah kepada masyarakat hidupan di laut dalam

berhampiran pinggir plat tektonik yang berasaskan galian yang terpancar keluar

daripada perut bumi.

1

Page 2: Praktikal 6- Fotosintesis

Praktikal 6: Keperluan Asas Proses Fotosintesis

Tujuan :

Untuk mengkaji keperluan asas untuk proses fotosintesis.

Alat radas

Bikar

Penutup kelalang

Corong turas

Tabung didih

Jubun putih

Rod kaca

Penyepit

Penitis

Tungku kaki tiga

Penunu Bunsen

Dawai kasa

Bahan:

Daun

Metanol

Larutan iodin

Air mendidih

Kalium hidroksida

2

Page 3: Praktikal 6- Fotosintesis

Objektif

a) Untuk mengkaji kehadiran kanji dalam daun hijau

Prosedur

1. Sehelai daun dipetik daripada tumbuhan yang telah didedahkan

kepada cahaya matahari untuk beberapa jam.

2. Daun tersebut diletakkan di dalam bikar yang berisi air mendidih. Ini

bagi mematikan sel daun dan melembutkan daun.

3. Metanol diisi ke dalam tabung uji sehingga memenuhi separuh

daripada isipadu tabung uji. Daun yang telah lembut tadi dimasukkan

ke dalam larutan metanol ini.

4. Tabung uji tadi dimasukkan ke dalam bikar berisi air panas. Penunu

Bunsen tidak digunakan kerana metanol sangat mudah terbakar.

5. Selepas 5 minit, daun dikeluarkan daripada metanol dan diperhatikan

sama ada telah ternyah warna atau belum. Metanol melarutkan klorofil

tetapi tidak bagi kanji.

6. Daun dicelupkan ke dalam air panas sekali lagi untuk

melembutkannya.

7. Selepas itu, daun diletakkan ke atas jubin putih dan dititiskan dengan

tiga atau empat titik larutan iodin.

8. Pemerhatian direkodkan.

3

Page 4: Praktikal 6- Fotosintesis

Keputusan

Keadaan daun Ujian kanji Inferens

Terdedah

kepada cahaya

matahari

Tompok-tompok

biru tua kelihatan

Kanji yang terdapat pada

daun menukarkan warna

kuning perang iodin menjadi

biru tua.

4

Page 5: Praktikal 6- Fotosintesis

5

Page 6: Praktikal 6- Fotosintesis

Perbincangan

Eksperimen ini adalah untuk menguji kehadiran kanji dalam daun hijau.

Kehadiran kanji boleh diuji apabila terdapat tompok biru pada daun setelah

titisan iodin diletakkan pada permukaan daun yang telah dididihkan.

Daun akan dididihkan dalam air mendidih selama lima minit. Tujuan daun

dididihkan adalah untuk membunuh sel dan memecahkan sel yang terdapat

di dalam daun serta untuk mengeluarkan klorofil. Kemudian daun dicelupkan

dalam metanol yang direndam dalam air panas bagi membuka klorofil dan

seterusnya melunturkan warna hijau pada daun. Ini bagi membolehkan

sebarang perubahan warna dapat dilihat dengan jelas semasa ujian kanji.

Daun dicelupkan kembali ke dalam air panas bagi membuang metanol

daripada daun kerana metanol telah menyebabkan daun menjadi keras.

Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil daripada eksperimen ini ialah

pastikan metanol tidak terdedah kepada sumber haba secara terus seperti

api daripada penunu Bunsen kerana metanol sangat mudah terbakar.

Sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan larutan iodin dan air panas.

Kesimpulan

Kanji terhasil semasa proses fotosintesis.

6

Page 7: Praktikal 6- Fotosintesis

Objektif:

b) Untuk menunjukkan kepentingan cahaya matahari kepada proses

fotosintesis

Prosedur:

1. Sebatang tumbuhan yang ditanam dalam pasu diletakkan di dalam

keadaan gelap selama 24 jam.

2. Daun tumbuhan tersebut dipetik untuk menguji kehadiran kanji

mengikut langkah 2 hingga 7 dalam eksperimen bahagian (a).

3. Pemerhatian direkodkan.

Keputusan:

Keadaan daun Ujian kanji Inferens

Disimpan

dalam gelap

selama 24 jam

Warna kuning

perang iodin

kekal

Tidak terdapat kanji pada

daun untuk menukarkan

warna kuning perang iodin

menjadi biru tua.

7

Page 8: Praktikal 6- Fotosintesis

8

Page 9: Praktikal 6- Fotosintesis

Perbincangan:

Eksperimen ini bertujuan untuk menguji cahaya matahari amat diperlukan

dalam proses fotosintesis. Cahaya matahari merupakan keperluan asas bagi

tumbuhan untuk menjalani proses fotosintesis.

Daun telah ditutup dengan kertas hitam selama satu hari. Setelah itu, proses

untuk membunuh sel dan memecahkan sel daun dilakukan seperti

eksperimen (a).

Titisan iodin telah diletakkan pada permukaan daun. Tiada tompok biru gelap

kelihatan pada permukaan daun. Hal ini kerana, daun ini tidak dapat

menjalani proses fotosintesis disebabkan tidak mendapat keperluan cahaya

matahari.

Antara langkah keselamatan yang boleh diambil untuk melakukan

eksperimen ini ialah denagn memastikan metanol tidak terdedah kepada

sumber haba secara terus seperti api daripada penunu Bunsen kerana

metanol sangat mudah terbakar serta sentiasa berhati-hati semasa

mengendalikan larutan iodin dan air panas.

Kesimpulan:

Apabila tumbuhan mendapat sumber cahaya matahari, maka proses

fotosintesis boleh berlaku.

9

Page 10: Praktikal 6- Fotosintesis

Objektif:

c) Untuk menunjukkan klorofil diperlukan dalam proses fotosintesis.

Prosedur:

1. Daun varigasi diambil setelah didedahkan kepada cahaya matahari

selama beberapa jam.

2. Taburan warna hijau pada daun dilukis. Selepas itu daun tersebut diuji

dengan mengulangi langkah langkah 2 hingga 7 dalam eksperimen

bahagian (a).

3. Pemerhatian direkodkan.

Keputusan:

Keadaan daun

Ujian kanji Inferens

Daun varigasi

Bahagian daun yang berwarna hijau bertukar kepada biru tua.

Bahagian yang berwarna putih tidak berubah.

Bahagian tompok hijau mempunyai kanji.

Bahagian tompok putih tidak mempunyai kanji.

10

Page 11: Praktikal 6- Fotosintesis

11

Page 12: Praktikal 6- Fotosintesis

Perbincangan:

Eksperimen ini bertujuan untuk menunjukkan klorofil merupakan salah satu

keperluan asas dalam proses fotosintesis. Untuk mengujinya daun varigasi

digunakan dalam eksperimen ini.

Daun varigasi merupakan daun yang mempunyai bahagian berwarna hijau

dan bahagian bukan berwarna hijau. Tambahan warna selain warna hijau ini

dapat dilihat pada bahagian hujung daun, urat daun, bintik-bintik atau jalur-

jalur pada bahagian daun. Bahagian berwarna hijau mengandungi klorofil

yang membolehkan daun menjalani proses fotosintesis. Manakala, bahagian

yang bukan berwarna hijau tidak mengandungi klorofil dan tidak boleh

menjalani fotosintesis.

Klorofil a dan klorofil b merupakan pigmen dominan yang mengambil cahaya

dan memantulkan semula sebagai warna hijau. Tumbuhan yang mempunyai

warna daun selain warna hijau tidak mempunyai klorofil pada bahagian

tertentu. Hal ini disebabkan pigmen klorofil yang dominan telah didominasi

oleh pigmen yang lain.

Setelah eksperimen dilakukan, tompok biru hanya kelihatan pada bahagian

warna daun berwarna hijau dan bukannya bahagian berwarna selain hijau.

Hal ini disebabkan kehadiran klorofil pada bahagian berwarna hijau yang

membantu proses fotosintesis bagi daun tersebut.

Kesimpulan

Proses fotosintesis berlaku apabila terdapat klorofil pada daun.

12

Page 13: Praktikal 6- Fotosintesis

Objektif

d) Untuk menunjukkan karbon dioksida diperlukan dalam proses

fotosintesis.

Prosedur

1. Tiga tumbuhan dilabel A, B dan C.

2. Selepas itu tumbuhan A dan B telah diletakkan di bawah balang

tertutup.

3. Kalium hidroksida berbentuk cecair telah diletakkan dalam balang A,

manakala kalium hidroksida berbentuk pepejal telah diletak di dalam

balang B untuk menyerap karbon dioksida daripada udara yang masuk

ke dalam balang. Ini bermakna udara dalam balang A dan B bebas

daripada karbon dioksida.

4. Kedua-dua balang diletakkan di bawah cahaya matahari selama

beberapa jam.

5. Tumbuhan C pula telah diletakkan terdedah di bawah cahaya matahari

selama beberapa jam.

6. Daun daripada ketiga-tiga tumbuhan diuji dengan mengulangi langkah

langkah 2 hingga 7 dalam eksperimen bahagian (a).

4. Pemerhatian direkodkan.

13

Page 14: Praktikal 6- Fotosintesis

Keputusan:

Keadaan daun Ujian kanji Inferens

Tumbuhan A

(kalium hidroksida

berbentuk cecair)

Warna kuning perang

larutan iodin kekal pada

permukaan daun.

Proses fotosintesis

tidak berlaku. Tiada

kanji terhasil.

Tumbuhan B

(kalium hidroksida

berbentuk pepejal)

Warna kuning perang

larutan iodin kekal pada

permukaan daun.

Proses fotosintesis

tidak berlaku. Tiada

kanji terhasil.

Tumbuhan C

(terdedah pada

udara)

Tompok-tompok biru tua

kelihatan pada

permukaan daun.

Proses fotosintesis

berlaku dan

menghasilkan kanji.

14

Page 15: Praktikal 6- Fotosintesis

15

Page 16: Praktikal 6- Fotosintesis

Perbincangan

Karbon dioksida amat penting untuk proses fotosintesis berlaku. Ketiadaan

bekalan karbon dioksida menyebabkan tumbuhan tidak dapat melakukan

proses fotosintesis.

Kalium hidroksida digunakan untuk menyerap karbon dioksida di dalam

kelalang kaca. Dengan ini, eksperimen lebih mudah dilakukan untuk

membandingkan kehadiran karbon dioksida mempengaruhi proses

fotosintesis.

Antara langkah keselamatan yang boleh diambil ialah memastikan agar

metanol tidak terdedah kepada sumber haba secara terus seperti api

daripada penunu Bunsen kerana metanol sangat mudah terbakar. Sentiasa

berhati-hati semasa mengendalikan larutan iodin dan air panas.

Kesimpulan:

Tumbuhan hanya boleh menjalankan proses fotosintesis dengan kehadiran

karbon dioksida.

Kesimpulan Keseluruhan

Fotosintesis merupakan proses yang sangat penting untuk tumbuhan

membuat makanannya sendiri. Keperluan asas untuk proses fotosintesis

ialah karbon dioksida, klorofil dan juga sumber cahaya matahari.

16

Page 17: Praktikal 6- Fotosintesis

Soalan dan Jawapan

Eksperimen C

1. Apakah yang dapat kamu perhatikan berkenaan taburan warna biru

gelap pada daun?

Bahagian yang bertukar kepada warna biru gelap hanyalah bahagian

yang bertompok hijau iaitu bahagian yang mempunyai klorofil.

2. Dapatkah kamu katakan bahawa hanya bahagian daun yang hijau

sahaja menghasilkan kanji di bawah cahaya matahari? Dan

fotosintesis hanya berlaku apabila terdapat kehadiran kanji?

Ya, kerana bahagian hijau mempunyai klorofil sebagai tapak

berlakunya proses fotosintesis yang seterusnya menghasilkan kanji.

Dan sebaliknya berlaku apabila tiada klorofil pada daun yang

seterusnya menghalang pembentukan kanji.

17

Page 18: Praktikal 6- Fotosintesis

Rujukan

Buku

Abdullah, H. D. (2009). College Matriculation Biology Semester I & II.Shah Alam:IPTA Publications.

Wai, M. C. (2007). TOTAL PRO SPM Biology Form 4&5. Petaling Jaya:Sasbadi Sdn. Bhd.

Internet

Cyprus, S. (2003). What is a Variegated Leaf? Diambil pada April 27, 2011,daripadaWise Geek: http://www.wisegeek.com/what-is-a-variegatedleaf.htm

May, P. (2003). Chlorophyll. Diambil pada April 28, 2011, daripada School ofChemistry:http://www.chm.bris.ac.uk/motm/chlorophyll/chlorophyll_h.htm

Photosynthesis. (2006). Diambil pada April 27, 2011, daripada Sambal's ScienceWeb:http://www.sambal.co.uk/photosynthesis.html

Wikipedia. (2009). Variegated Leaf. Diambil pada April 28, 2011, daripadaWikipedia Free Encyclopedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Variegation

18