bil 04/2010 edisi april -...

5
1 http://www.lpp.gov.my Lahir Peladang Progresif Bil 04/2010 Edisi APRIL Transformasi Industri Padi PPK Tanjong Karang Perkukuh Rantaian Nilai Transformasi Industri Padi PPK Tanjong Karang Perkukuh Rantaian Nilai Pak Din Usahawan Bimbingan PPK Baling Pak Din Usahawan Bimbingan PPK Baling Transformasi Perkhidmatan Kejenteraan Transformasi Perkhidmatan Kejenteraan Potensi Tanaman VitAto Semerak Potensi Tanaman VitAto Semerak

Upload: others

Post on 21-Jan-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil 04/2010 Edisi APRIL - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/hK4YNiIGFThQqliJ38JGJbFnkOP85VqM.pdf · Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) LPP telah memperuntukkan lebih

1

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

“Saya Sentiasa Mahukan Pentadbiran Kerajaan Ini Prihatin Terhadap Keluh Kesah Dan Rintihan Golongan Seperti Petani Dan Nelayan. Kita Faham Akan Jerih Payah Mereka Menongkah Arus Kehidupan, Memugar Tanah Dan Bergelut Dengan Badai Demi Mencari Rezeki...”YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd RazakPerdana Menteri Malaysia

Bil 04/2010 Edisi APRIL

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Grafik / IllustratorKamaruzzan bin Hanif

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara,50990 Kuala Lumpur

PenaungDato’ Hajah Mariam Mas binti Yaacob

PenasihatHaji Arpan Shah bin Haji Satu

Haji Ramli bin Salikan

Ketua PengarangRosly bin Abdul Rahman

PenyuntingAzizan bin Hj. Othman

Shahzunizam bin Zulkafli

Edaran Majalah TransformasiNik Mazri bin Mat Yusof

Mohd Haniff bin Asim @ HashimNaharuddin bin Abd RahmanShafrin Azhar bin Abd Ghani

Adnan bin Ismail

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari

http://www.lpp.gov.my

Dicetak Oleh:OMR Press Sdn. Bhd.Tel: 03-8024 6396

Lahir Peladang Progresif

Transformasi Industri Padi PPK Tanjong Karang Perkukuh Rantaian NilaiTransformasi Industri Padi PPK Tanjong Karang Perkukuh Rantaian Nilai

Pak Din Usahawan Bimbingan PPK BalingPak Din Usahawan Bimbingan PPK Baling

Transformasi Perkhidmatan KejenteraanTransformasi Perkhidmatan Kejenteraan

Potensi Tanaman VitAto SemerakPotensi Tanaman VitAto Semerak

Page 2: Bil 04/2010 Edisi APRIL - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/hK4YNiIGFThQqliJ38JGJbFnkOP85VqM.pdf · Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) LPP telah memperuntukkan lebih

2

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Oleh: Rosly bin Abdul [email protected]

Industri tanaman padi sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan. Pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan supaya industri ini sentiasa dipermodenkan selaras

dengan perkembangan teknologi terkini. Penanam padi pula tidak dipinggirkan malah disalurkan bantuan secara terus oleh Kerajaan dalam bentuk pembangunan infrastruktur dan pemberian input pertanian agar hasil dan produktiviti dapat ditingkatkan. Walaupun tanah pertanian semakin berkurangan berbanding penduduk yang kian bertambah, ini menjadikan satu cabaran besar kepada Kerajaan melalui Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk terus mencari inovasi dan kreativiti bagi memantapkan industri ini.

Bagi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), program pembangunan yang meliputi projek-projek pengeluaran bahan makanan asas sentiasa menjadi keutamaan. Salah satu daripadanya adalah komoditi padi. Malah di dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) LPP telah memperuntukkan lebih RM17.4 juta bagi memajukan

sektor tanaman padi dan tumpuan khusus diberikan kepada 4 aktiviti utama seperti pembangunan ladang benih padi, projek padi ke arah 10 metrik tan, pemulihan ladang dan pelaksanaan mini estet padi. Kesemua aktiviti ini dilaksanakan melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bertujuan menjana pertumbuhan sektor ini dalam pengeluaran sumber makanan negara.

Bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk memodenkan sektor ini, maka LPP telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar terutamanya bagi membina tapak semaian padi di mana dalam tahun 2008 sebanyak 18 buah tapak semaian dibina dan sejumlah 20 buah mesin jentanam disediakan di 16 lokasi seluruh negara. Manakala dalam tahun 2009 sebanyak 19 buah tapak semaian lagi dibina dan dilengkapi dengan 13 buah mesin jentanam. Peruntukan yang disediakan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh PPK yang terlibat dengan projek mini estet padi atau yang dijalankan secara kelompok dan seterusnya memberi faedah kepada para petani ke arah peningkatan hasil padi. Antara kawasan yang mendapat kemudahan bagi membina tapak semaian padi adalah di PPK Tanjong Karang, Selangor.

TRANSFORMASI INDUSTRI PADIPPK Tanjong Karang Perkukuh Rantaian Nilai

TRANSFORMASI INDUSTRI PADIPPK Tanjong Karang Perkukuh Rantaian Nilai

2

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Page 3: Bil 04/2010 Edisi APRIL - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/hK4YNiIGFThQqliJ38JGJbFnkOP85VqM.pdf · Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) LPP telah memperuntukkan lebih

3

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

PPK Tanjong Karang diterajui oleh Encik Ahmad Fuad bin Zakaria sebagai Pengurus Besar dan dibantu oleh kakitangan sokongannya menjadikan padi sebagai aktiviti utama. PPK juga melaksanakan program pengeluaran makanan yang lain seperti dalam projek sayuran, ternakair dan pembangunan usahawan peladang.

Pada masa ini, PPK Tanjong Karang mempunyai 2 buah tapak semaian benih padi iaitu di Sungai Burung dan Sawah Sempadan. Kos membangunkan ke dua-dua tapak semaian ini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui LPP dan IADA Barat Laut Selangor manakala modal operasinya dikeluarkan oleh PPK Tanjong Karang sendiri. Pewujudan tapak semaian di Sawah Sempadan merupakan yang terbaru dibina oleh PPK Tanjong Karang dan ini akan memantapkan lagi rantaian nilai komoditi padi.

Sehingga kini, LPP telah berjaya mewujudkan rantaian nilai yang lengkap bermula dengan kawasan tapak semaian benih padi yang dibina di beberapa tempat seluruh negara. Seterusnya pelaksanaan ladang benih padi sehinggalah kepada pembinaan loji benih padi sah yang sedang beroperasi di PPK Lahar Bubu, Pulau Pinang. Pusat belian padi juga giat berurusan dan kilang padi di PPK Kangkong, Kelantan dan PPK Kubur Panjang, Kedah melengkapkan lagi rantaian nilai ini. Selain itu, rantaian nilai ini diperkukuhkan dengan penggunaan teknologi bagi memantapkan lagi sistem yang ada melalui penggunaan mesin jentanam atau transplanter dan mesin perataan tanah sawah yang juga dikenali sebagai box

leveler serta penggunaan input pertanian yang berkualiti. Pengubahsuaian sistem clutch kepada mesin jentuai padi untuk kecekapan operasi merupakan hasil inovasi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah turut menguatkan rantaian ini.

Majlis perasmian Tapak Semaian Benih Padi di Sawah Sempadan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 30 Mac 2010. YB Datuk Seri Noh bin Omar juga merupakan Presiden Kehormat PPK Tanjong Karang.

Tapak semaian di Sawah Sempadan ini merupakan salah satu aktiviti ekonomi dan sosial PPK Tanjong Karang dan dapat memberi perkhidmatan kepada lebih 400 orang

3Lahir Peladang Progresif

Page 4: Bil 04/2010 Edisi APRIL - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/hK4YNiIGFThQqliJ38JGJbFnkOP85VqM.pdf · Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) LPP telah memperuntukkan lebih

4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

pesawah melibatkan keluasan sehingga 450 hektar. Ini merupakan aktiviti transformasi pertanian melalui pemindahan teknologi yang sentiasa diberikan penekanan.

Menurut Tuan Haji Sahri bin Siwer, Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Tanjong Karang, pembinaan tapak semaian ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi penanaman padi secara meluas melalui mesin jentanam. Tambahan pula kebanyakan pesawah di kawasan Sawah Sempadan ini berusia dalam lingkungan 60 tahun ke atas di mana kaedah tanaman seperti tabur terus tidak lagi sesuai kerana ia melibatkan tenaga dan masa yang banyak di ladang. Dengan penggunaan kaedah baru ini maka petani lebih mudah menguruskan projek dengan bantuan teknologi terkini dalam projek tanaman padi mereka.

“Dalam tempoh jangka panjang pula penghasilan padi akan dapat dipertingkatkan bermula dengan pemilihan benih yang berkualiti dan terjamin melalui proses yang rapi di peringkat tapak semaian lagi. Petani juga dapat menjimatkan kos dan tempoh masa padi di sawah daripada 120 hari kepada 100 hari selain dapat mengurangkan masalah serangan penyakit dan padi angin”, Tuan Haji Sahri mengulas lanjut.

Sementara itu, YB Datuk Seri Noh bin Omar dalam ucapan perasmiannya berharap agar para petani sentiasa mengamalkan tanaman padi melalui kaedah yang betul bagi membolehkan penghasilan padi dapat dipertingkatkan. Kerajaan sentiasa bersedia memajukan masa depan industri padi supaya krisis makanan yang berlaku suatu masa dahulu tidak berulang. Banyak cabaran di dalam industri ini telah berjaya ditangani dari semasa ke semasa.

Kalau dulu penanaman padi dijalankan secara mencedung atau tabor terus maka dengan adanya tapak semaian ini padi boleh ditanam dengan menggunakan mesin. Dengan itu tanaman padi boleh dilaksanakan secara berskala besar dan pengurusannya dijalankan secara bersistematik. Ini akan menghasilkan pengeluaran padi yang tinggi dan berkualiti serta memberikan pulangan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha.

“Secara puratanya, hasil padi di Malaysia belum mencapai tahap yang membanggakan berbanding dengan negara lain. Malaysia berada di tempat ke tiga dari segi penghasilan padi berbanding dengan Negara Asean”, tambah YB Datuk Seri Noh bin Omar lagi. Purata hasil padi negara pada masa ini cuma 3.9 metrik tan sehektar berbanding penghasilan di Vietnam sebanyak 4.8 metrik tan. Manakala di Indonesia pula penghasilan padi mencatatkan purata 4.6 metrik tan. Penghasilan padi di Myanmar didapati lebih rendah dari Malaysia.

Ke arah meningkatkan hasil padi, Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan yang bersesuaian kepada industri ini termasuklah mewujudkan tapak semaian benih padi. Selain itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga berharap agar tanaman padi di Malaysia dapat dijalankan sebanyak 5 musim dalam tempoh 2 tahun dan kajian sedang giat dijalankan oleh agensi berkaitan dalam aspek pengairan, kesesuaian tanah dan sebagainya. Dalam hal berkenaan, beliau membuat perbandingan tananam padi di Sulawesi Indonesia mampu dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun ketika membuat pemerhatian semasa lawatan rasmi ke sana.

4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Page 5: Bil 04/2010 Edisi APRIL - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/hK4YNiIGFThQqliJ38JGJbFnkOP85VqM.pdf · Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) LPP telah memperuntukkan lebih

5

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Malahan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMKe-10), Kerajaan akan terus memfokuskan kepada peningkatan hasil padi. Sungguh pun telah ada pesawah yang memperolehi hasil padi melebihi 10 metrik tan sehektar namun bilangannya tidak ramai. Usaha hendaklah dilipat gandakan lagi dan kajian kandungan mineral dalam tanah akan terus dijalankan bagi menentukan kandungan baja yang sesuai bagi sesuatu kawasan.

“Dengan adanya tapak semaian padi di Sawah Sempadan dan Sungai Burung, saya berharap ianya dapat menyokong kepada perolehan hasil yang tinggi”, ujar YB Datuk Seri Noh lagi. Beliau seterusnya mahu melihat lebih banyak kawasan di Tanjong Karang yang mampu memperolehi hasil sehingga 10 metrik tan supaya dapat dijadikan contoh oleh pihak lain.

Tentunya padi merupakan antara sektor yang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Segala usaha yang dibuat dalam industri padi ini adalah selari dengan Dasar Pertanian Negara bagi menjana pertumbuhan sektor pertanian dengan lebih cepat khususnya dalam pengeluaran makanan dan pemprosesan bagi peningkatan nilai tambah. Kepada LPP, semua program berkaitan yang dilaksanakan melalui Pertubuhan Peladang akhirnya ke arah “Lahir Peladang Progresif”.

5

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif