kor tani kebumi kenyalang -...

12
Bil. 3/2012 KOR TANI KEBUMI KENYALANG MAHA 2012 Road To HPPN Kebangsaan

Upload: ngominh

Post on 06-Mar-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOR TANI KEBUMI KENYALANG - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ffX1yd77P8irfWhowJTtPQzRMT2XGMNv.pdf · Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui ... Jalan Sultan Salahuddin,

Bil. 3/2012

KOR TANI KEBUMIKENYALANG

MAHA 2012

Road To HPPN Kebangsaan

Page 2: KOR TANI KEBUMI KENYALANG - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ffX1yd77P8irfWhowJTtPQzRMT2XGMNv.pdf · Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui ... Jalan Sultan Salahuddin,

SYUKUR kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dan dengan izin-Nya penerbitan Buletin LPP Bilangan 3/2012 Edisi Julai 2012 dapat disiapkan. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea dan memberikan kerjasama sehingga terlaksananya penerbitan Buletin LPP pada kali ini. Sesungguhnya sumbangan semua anggota disemua peringkat LPP samada diperingkat kebangsaan atau pun diperingkat negeri dalam menyumbang idea dan berita sangat-sangat dialu-alukan.

Sebagaimana sediamaklum, Buletin LPP adalah salah satu alat atau medium untuk menyampaikan maklumat mengenai kegiatan LPP, Pertubuhan Peladang, anggota LPP dan lain-lain berita yang berkaitan LPP terutamanya warga LPP dan warga peladang diseluruh negara. Melalui berita yang diterbitkan adalah diharapkan supaya

Dari MejaKetua Pengarah ...

semua pembaca dapat mengetahui aktiviti-aktiviti dan kegiatan-kegiatan terkini yang dilaksanakan oleh LPP.

Berita yang diterbitkan pada kali ini merangkumi peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Jun dan Julai 2012 untuk tatapan pembaca. Ia merangkumi peristiwa yang melibatkan kegiatan yang bercorak social dan ekonomi yang boleh diambil perhatian oleh pembaca sebagai panduan dan renungan pada masa akan datang.

Diharapkan agar keluaran Buletin LPP pada kali ini dapat menyokong LPP sekaligus membantu anggota LPP untuk terus melaksanakan tugasan dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.

2 | Buletin LPP

Page 3: KOR TANI KEBUMI KENYALANG - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ffX1yd77P8irfWhowJTtPQzRMT2XGMNv.pdf · Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui ... Jalan Sultan Salahuddin,

Sepertimana sedia maklum, pengwujudan Kor Tani adalah untuk memudahkan penyampaian maklumat dan mempersiapkan diri apabila berhadapan situasi kecemasan. Selaras dengan itu, Kor Tani terus melebarkan sayapnya ke Bumi Kenyalang. Pelancaran Kor Tani di negeri Sarawak, telah dilaksanakan pada 18 Julai 2012. Majlis pelancaran disempurnakan oleh YB Datuk Sylvester Entri anak Muran, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) Sarawak bertempat di One Hotel Santubong, Kuching. Seramai 500 orang hadir dalam majilis tersebut.Turut hadir ialah Pengerusi LPP, Y. Bhg. Dato’ Hj. Zainal bin Dahalan

KOR TANI KEBUMIKENYALANG

Buletin LPP | 3

YB Datuk Selvester sedang berucap.

Y.Bhg. Dato’ ZainalDahalanPnegerusi LPP sedangberucap

Page 4: KOR TANI KEBUMI KENYALANG - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ffX1yd77P8irfWhowJTtPQzRMT2XGMNv.pdf · Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui ... Jalan Sultan Salahuddin,

PERISTIWA DALAM PENGAJURAN PROGRAM KECEMERLANGAN & KECERGASAN ANGGOTA LPP

4 | Buletin LPP

Program kecemerlangan dan kecergasan anggota LPP 2012 menempa sejarah apabila mendapat pujian dari Timbalan Ketua Setiausaha Operasi, Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani, Y. Bhg. Dato’ Raihan bin Sharif. Pujian tersebut di suarakan oleh pegawai kanan Kementerian itu ketika berucap merasmikan program yang dianjur oleh LPP dengan kerjasama MKSR dan Kesatuan Sukan

Dan Kebajikan Ibu Pejabat (SKIP), LPP Negeri (KSK), NAFAS (KESUNA) dan Pertubu han Peladang Negeri Johor (PPNJ) di stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada malam 6 Julai 2012. Menurut Dato’ Raihan yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, persembahan kontigen yang menyertai perbarisan pada malam tersebut adalah unik dan terdapat kelainan daripada kebiasaan dan mengaggapnya sebagai satu inovasi oleh LPP.

INOVASI BARU

Semasa berucap pada majlis penutup Program Kecemerlangan dan Kecerdasan Anggota LPP 2012 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada malam 8 Julai 2012, Menteri Pertaniandan Industri Asas Tani, YB. Datuk Seri Noh bin Omar mengingatkan pegawai kerajaan khasnya anggota-anggota LPP supaya jangan sabotaj program dan projek yang dijalankan kerajaan. Perbuatan ini akan merugikan dan menyusahkan rakyat seperti peladang dan penternak. Beliau mahukan semua anggota kerajaan bekerja mengikut peraturan. Keadaan yang sama juga perlu diamalkan bila bersukan. Jika ada dikalangan anggota pasukan, seperti bola sepak mensabotaj pasukannya dan tidak mengikut peraturan permainan yang ditetapkan sudah pasti keadaan tidak harmoni akan berlaku dalam pasukan tersebut. Akhirnya pasukan tersebut akan gagal mencapai matlamatnya.

JANGAN SABOTAJWalaubagaimanapun, YB Menteri gembira apabila dimaklumkan bahawa program yang diadakan selama lima hari tersebut berjalan dengan baik dan lancar. Keharmonian dan kemesraan dapat digambarkan menerusi tayangan video mengenai acara-acara yang dilaksanakan sepanjang program yang dipaparkan oleh penganjur serta suasana yang dilihatnya didalam dewan DECTAR tersebut dimana kelihatan ceria dengan warna-warni, lebih-lebih lagi berpakaian berwarna merah sebagai warna tema bagi perhimpunan pada kali ini. Kegembiraan Dato’ Seri Noh ditambah lagi apabila diberitahu bahawa program yang diadakan itu merangkumi berbagai aktiviti seperti ceramah yang bertajuk integriti, aktiviti memancing dan aktiviti-aktiviti untuk PUSPANITA dan bukan tertumpu kepada sukan sahaja.

Page 5: KOR TANI KEBUMI KENYALANG - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ffX1yd77P8irfWhowJTtPQzRMT2XGMNv.pdf · Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui ... Jalan Sultan Salahuddin,

Melucukan tetapi sangat menarik. Setelah puas peserta menunggu dengan sabar akhirnya berjaya juga menaikkan ikan seberat 95 gm pada pertandingan itu. Pertandingan telah diadakan di Tasik Idaman, Bangi pada 7 Julai 2012 disertai oleh lebih 50 orang peserta. Pemenang pertama dari NAFAS telah berjaya menaikkan ikan seberat 5.7 kg, kedua peserta dari Terengganu dengan ikan seberat 105 gm dan ketiga peserta dari Ibu Pejabat dengan ikan seberat 95 gm.

Buletin LPP | 5

IKAN SEBERAT 95 GRAM MENANG HADIAH MEMANCING

Page 6: KOR TANI KEBUMI KENYALANG - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ffX1yd77P8irfWhowJTtPQzRMT2XGMNv.pdf · Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui ... Jalan Sultan Salahuddin,

SEKITAR PROGRAM KECEMERLANGAN & KECERGASAN ANGGOTA LPP 2012LENSA LPP

6 | Buletin LPP

Page 7: KOR TANI KEBUMI KENYALANG - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ffX1yd77P8irfWhowJTtPQzRMT2XGMNv.pdf · Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui ... Jalan Sultan Salahuddin,

Buletin LPP | 7

Page 8: KOR TANI KEBUMI KENYALANG - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ffX1yd77P8irfWhowJTtPQzRMT2XGMNv.pdf · Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui ... Jalan Sultan Salahuddin,

8 | Buletin LPP

Page 9: KOR TANI KEBUMI KENYALANG - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ffX1yd77P8irfWhowJTtPQzRMT2XGMNv.pdf · Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui ... Jalan Sultan Salahuddin,

Peladang, penternak dan nelayan terus diingati dan dihormati. Beberapa negeri lagi telah mengadakan perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) di negeri masing-masing. Pelbagai anugerah disediakan untuk diberikan kepada peladang, penternak dan nelayan yang mengungguli bidang masing-masing.

Road To HPPN Kebangsaan

Buletin LPP | 9

PENGANJURAN HPPN NEGERI 2012 BERTERUSANKehebatan HPPN peringkat negeri digambarkan dengan upacara perasmiannya yang disempurnakan oleh pemimpin besar yang turun padang dari Kuala Lumpur dan juga pentadbir tertinggi di peringkat negeri. Kesanggupan Ke bawah Duli Tuanku Raja mencemar duli dan Yang Di Pertua Negeri turun padang menunujukkan betapa sayangnya pemerintah tersebut kepada rakyat di negeri masing-masing, serta betapa perihatinnya mereka kepada rakyat.

Sekitar HPPN Negeri Sembilan Sekitar HHPN Negeri Pahang

Page 10: KOR TANI KEBUMI KENYALANG - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ffX1yd77P8irfWhowJTtPQzRMT2XGMNv.pdf · Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui ... Jalan Sultan Salahuddin,

10 | Buletin LPP

MAHA 2012DIJANGKA DAPAT MENARIK 3 JUTA PENGUNJUNGUmum mengetahui bahawa kehadiran Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) adalah dinantikan oleh semua rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam bidang pertanian. Baru-baru ini, telah berlangsung Majlis Pelancaran MAHA 2012, bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya yang dijangka berlangsung pada Disember akan datang. Majlis ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, turut serta ialah Y.Bhg. Dato’ Mohd. Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dewasa kini, aktiviti pemprosesan makanan dilihat semakin berkembang di negara kita. Ramai usahawan bumiputera yang menceburi bidang ini dan menjadikannya sebagai punca pendapatan utama. Rantaian nilai yang diusahakan dapat menghasilkan produk yang mendapat tempat di hati pengguna. Baru-baru ini di Tanjung Karang, Selangor telah diadakan satu Majlis Pelancaran Kilang Memproses Makanan.

Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui Pemprosesan Makanan.

Ia dirasmikan oleh Dato’ Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 19 Jun yang lalu. Kilang ini dibina untuk menghasilkan produk berasaskan makanan tin yang sentiasa mendapat permintaan tinggi. Antara produk yang dihasilkan di kilang ini ialah kari ikan, kari ayam dan kari daging. Kilang ini telah mendapat bantuan dari LPP Negeri Selangor dan dibantu oleh PPK Tanjung Karang.

Page 11: KOR TANI KEBUMI KENYALANG - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ffX1yd77P8irfWhowJTtPQzRMT2XGMNv.pdf · Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui ... Jalan Sultan Salahuddin,

Ladang Kontrak terus mendapat sokongan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Kewujudan Ladang kontrak telah membuka peluang kepada usahawan supaya mereka dapat menyalurkan hasil ladang melalui saluran yang betul. Pada 21 Jun 2012 yang lalu, satu majlis Program Pengukuhan Ladang Kontrak Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Dataran Morib, Selangor. Majlis itu turut dimeriahkan dengan gerai jualan dan pameran hasil ladang. Dato’ Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah menghadiri program diiringi oleh Ketua Jabatan dan Agensi Negeri Selangor.

65 Penerima PPRT Mendapat BantuanKemiskinan adalah bukan sesuatu yang dipinta. Namun, takdir tuhan mengatasi segalanya. Adalah menjadi tanggungjawab mereka yang mampu dan bertanggungjawab turun membantu mereka yang memerlukan. Di Pahang, PPK Tembeling, Kuala Tahan baru-baru ini telah mengadakan satu majlis Penyampaian Agihan Pendapatan Program Pembasmian Kemiskinan (PPRT) Projek Bukit Payung Kali Ke-2 untuk tahun 2012. Penyampaian agihan tersebut telah disempurnakan oleh YH Dato’ Arpan Shah bin Satu, Ketua Pengarah LPP. Turut hadir bersama ialah Tan Sri Dato’ Sri Abdul Rashid bin Abdul Rahman, Pengerusi NAFAS dan Tn. Hj. Sulaiman bin Embong, Pengarah LPP Negeri Pahang.

Buletin LPP | 11

Page 12: KOR TANI KEBUMI KENYALANG - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ffX1yd77P8irfWhowJTtPQzRMT2XGMNv.pdf · Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui ... Jalan Sultan Salahuddin,

Penaung : Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat : Haji Kamalrul Badri bin Mat AliHaji Mohd. Salim bin Haji Taha

Ketua Pengarang :Haji Ahmad Zamri bin Kamaruddin

Penyunting : Azizan bin Haji OthmanAnnie Laily binti Arif

Edisi Internet : Haninah binti Abdul RahmanShahzunizam bin Zulkafli

Grafik : Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto : Ishak bin Abdul Rahman

Diterbitkan oleh : Lembaga Pertubuhan Peladang,No. 20, Menara LPP, Jalan Sultan Salahuddin,50480 Kuala Lumpur.

Edaran :Nik Mazri bin Mat YusofMohd. Haniff bin Asim @ HasyimNaharuddin bin Abdul RahmanShafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Buletin LPP Elektronik boleh dilayari :http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :Johan Interlink Sdn. Bhd.

LAHIR PELADANG PROGRESIF

Petua Agro Anda : Tumbuk sisa tulang ikan dan kulit udang kemudian keringkan. Anda boleh taburkan bahan kompos tadi seelok-eloknya 2 kali seminggu sebagai baja untuk tanaman anda. Sesuai juga untuk bunga hiasan seperti bunga ros.

Air rendaman kulit bawang samada bawang putih atau bawang merah juga berupaya menyuburkan tanaman dengan mengeluarkan pucuk baru yang sihat. Ia perlu direndam semalaman sebelum disiram pada tanaman anda. Siram bersekali dengan kulit bawang yang direndam.