eladang setiu agro resort (psar) di setiu, -...

12
1

Upload: votruc

Post on 15-Mar-2019

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu, - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/VSdh5TcZK2nMWVhqokXu0GZuoPMfc3gQ.pdf · untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota

1

Page 2: eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu, - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/VSdh5TcZK2nMWVhqokXu0GZuoPMfc3gQ.pdf · untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota

22

eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu,Terengganu merupakan destinasi percutian sesuaiuntuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota.PSAR yang dimiliki oleh Pertubuhan PeladangKawasan (PPK) Setiu ini terletak 89 km daripadaBandar Kuala Terengganu dan 13 km daripadaBandar Permaisuri.

Berkonsepkan pelanconganagrotourism yang menjadikan lanskap,kolam pancing, taman herba, ladangkelapa sawit, serta dusun buah-buahan campuran merupakan tarikanpengunjung ketika melawat tempat ini.

Oleh : Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

P

Dengan keluasan 280 hektar danbersebelahan Hutan Simpan Gunung Tebu

sesuai untuk pencinta alam semula jadi. Ketibaan pengunjung keresort ini akan disambut dengan keindahan lanskap dan tasik-tasikyang indah dengan udara segar.

Sejarah penubuhan

Penubuhan resort ini bermula pada 90 an lagi dan tujuan awal sekadarmengadakan sebuah ladang integrasi dengan idea menggabungkansemua aspek kegiatan pertanian di atas sebidang tanah. Ramaiyang beranggapan bahawa tempat terpencil di pedalaman ini tidakada apa-apa keistimewaan untuk menarik minat orang ramaiberkunjung.

Pihak pengurusan PSAR mempunyai keyakinan tinggi bahawa iaberpotensi dimajukan untuk menjadi destinasi kunjungan yang unikdan menarik serta mempunyai kelainan berbanding tempat lain.

Daya Tarikan

Resort yang terletak di kaki Gunung Tebu ini pastinyamemberi kelainan dalam percutian anda dengandikelilingi ladang kelapa sawit serta hutan hujantropika yang kaya dengan keunikan flora dan fauna.

Taman Herba kami pasti memberi anda satu nilaikhazanah yang tak terhingga dengan koleksipokok herba melebihi 120 spesis seperti gajahmengawan, serapat, kacip fatimah, kerbauamuk, aji samat dan lain-Iain lagi yangmempunyai khasiat tertentu dalam perubatantradisional.

Pengunjung bukan sekadar boleh mengenalmalah boleh membeli anak-anak pokok sertaproduk yang siap diproses. Koleksi orkid hutan jugapasti memberi dimensi baru kepada penggemarorkid di mana pelbagai spesis yang sukar dijumpaiterdapat di taman herba ini.

Bagi pengunjung yang ingin meneroka keindahanhutan boleh menyertai pelbagai aktiviti sepertikembara, nite trekking, solo nite trekking dancompass matching. Bagi penggemar aktiviti lasakanda boleh mencuba flying fox, abseiling, rapelling,obstacle course, low rope activities dan high ropeaktiviti yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal.

Page 3: eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu, - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/VSdh5TcZK2nMWVhqokXu0GZuoPMfc3gQ.pdf · untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota

333

Penggemar aktiviti air pastinya tidak lengkap kalau tidakmencuba river crossing, berkayak,dan rafting di tasik agro.Bagi kaki pancing, aktiviti memancing turut disediakan. Bagimereka yang bernasib baik akan dapat merasakansentapan patin, jelawat, rohu, tilapia serta keli afrika di kolampancing.

Dusun buah-buahan.seluas 20 hektar sedia menanti parapengunjung. Pengunjung akan dapat merasai keenakanbuah-buahan tropika jika kena pada musimnya. Buah-buahan seperti durian, dokong, limau chukong, rambutan,manggis, salak dan macam-macam lagi boleh dinikmatiterutama pada musim buah-buahan iaitu Julai hinggaSeptember setiap tahun.

Bagi peminat haiwan eksotik, Taman Mini Unggas dapatmemberikan anda pengalaman baru bersama pelbagaihaiwan eksotik tropika seperti kijang, burung merak, burungkuang, arnab, ayam sutera dan unggas-unggas yang jarangdilihat.

Kemudahan

Resort ini kini mempunyai 58 buah chalet yang unikbercirikan senibina tradisional Melayu yang unik di tambahpula dengan lokasinya di pinggir tasik pasti memberi satuketenangan kepada penghuninya. Bilik dilengkapi dengankemudahan penghawa dingin, televisyen, pemanas air dankemudahan lain.

Tiga buah bilik seminar yang boleh menampung 350 orangturut disediakan bagi jabatan atau agensi mengadakankursus. Restoran Seri Tanjung pasti akan membuka seleradengan keenakan masakan pantai timur yang populardengan ulam-ulaman yang berkhasiat di samping pelbagaimasakan lain. Food Court Agro bersebelahan tasik dengansuasana menarik dan nyaman dibuka pada petang danmalam disediakan bagi pengunjung yang cintakankedamaian.

Kemudahan surau, kolam renang, padang sukaneka,warung nira, serta lobby shop pastinya memberi kepuasanpercutian di PSAR. Bagi mereka yang sukakan survival,tapak perkhemahan turut disediakan dengan kemudahanyang selesa dan memuaskan. PSAR bukan sekadardestinasi percutian tetapi turut menyediakan prasanalatihan yang lengkap bagi membantu menjayakanprogram-program kursus dan seminar dalam suasanapenuh keriangan.

Apa yang pasti kunjungan ke PSAR pasti meninggalkankepuasan yang di cari. Keunikan dan kelainan pastinyamemberikan suasana yang berbeza daripada destinasipercutian lain.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:Peladang Setiu Agro Resort,Lot 3912, Mukim Guntung,22040 Setiu.

Tel: 609-6902245Faks: 609-6903482

Page 4: eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu, - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/VSdh5TcZK2nMWVhqokXu0GZuoPMfc3gQ.pdf · untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota

44

englibatan usahawan Melayu dalam ternakanudang berskala komersial pada masa ini masihlagi berkurangan dan lebih jelas lagi kalaudikatakan jauh ketinggalan jika dibandingkandengan usahawan bukan bumiputera.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaankhususnya Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tani bersama agensi di bawahnyamenggembleng peladang bumiputera bagimenarik minat kaum Melayu terus menceburibidang pertanian, ternakan dan ternakair denganmenyediakan berbagai kemudahan dan insentifyang mampu memberi pulangan lumayan.

Menyedari berbagai kemudahan yang disediakanoleh pihak kerajaan, mendorong minat anakmuda Encik Zulkifli bin Idris yang berusia 28tahun pada ketika itu mula berjinak dalammempelajari selok belok menternak udang

Pengalaman selama tiga tahun dalam ternakanudang harimau banyak membantu danmembolehkan beliau meneruskan usahanyadalam menerokai projek baru iaitu industriternakan udang putih di atas tapak yang sama.Usaha ini mula dilaksanakan diawal tahun 2002dengan sokongan keluarga dan bantuan sertabimbingan PPK Sg. Chenaam.

Peringkat permulaan beliau hanya membuatkerja baik pulih dan mengubahsuai dua buahkolam yang sedia ada. Setiap satu kolam yangberukuran 0.4 hingga 0.5 hektar mampumenampung 500,000 ekor anak benih udangsetiap kolam sepusingan. Setahun, setiap kolamboleh menjalankan dua pusingan penternakan.

Menurut beliau projek ternakan udang putih inijauh lebih mudah berbanding udang harimau, dimana risiko penyakit dan peratus kematian agak

rendah. Udang putih ini dikatakanmempunyai daya tahan penyakityang lebih baik disebabkan iagemar berada di pertengahanparas air kolam.

Memandangkan percubaan awal memberipulangan dan menghasilkan pendapatanlumayan, usaha ini terus dikembangkan.Sehingga kini beliau mempunyai empat buahkolam yang diusahakan sepenuh masa denganternakan udang putih di mana setiap kolam dapatmenghasilkan 3 – 4 tan udang sepusingandengan purata jualan RM 10,000 / tan. Kesemuakolam ini diusahakan di kawasan tanah seluaslima hektar.

Pada peringkat permulaan beliau menghadapipelbagai masalah dalam pasaran udang putih.Pengalaman semasa menternak udangharimau banyak mengajar beliau menjadi lebihbijak mengatur strategi pemasaran untuk

Oleh : Othman Majid (Ibu Pejabat LPP)

harimau yang begitu popular dilaksanakan olehPPK Sg.Chenaam, Pulau Pinang pada tahun1999. Beliau yang kini telah berumah tanggadan mempunyai dua orang cahayamata

melibatkan diri sepenuh masadalam aktiviti penternakanudang.

P

4

Encik Zulkifli Idris, usahawanudang putih.

Page 5: eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu, - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/VSdh5TcZK2nMWVhqokXu0GZuoPMfc3gQ.pdf · untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota

55

mendapatkan harga tinggi dipasaran. Udangputih mula dipasarkan apabila mencapai umur90 - 120 hari. Pemunggutan hasil dilakukanempat kali secara berperingkat-peringkatbertujuan untuk mengurangkan kepadatan danmeningkatkan pembesaran udang ketahapmaksimum. Hasil udang akan dijual secararuncit atau borong di pasaran tempatan padaharga RM10.00 - RM13.00/kg.

Bagi beliau berada di kolam udang setiap hariamat menyeronokan, prinsipnya mudah saja“bekerja sendiri, rajin dan tidak kenal erti jemu”itulah kata hikmat yang membawa kejayaanusahawan muda ini. Tugas dari awal pagi hinggake malam sudah menjadi perkara biasa dalammenjalankan kerja rutin mengikut jadual yangdilakukan sebanyak empat kali sehari.

Menurut beliau, jika udang diberi makanan yangmencukupi dan bersesuaian akan cepatmembesar, sihat dan berkualiti. Kerja merawatkolam dengan ubatan yang tertentu dapatmemastikan udang tidak dijangkiti penyakit.

Pemeriksaan terhadap bekas (tray) makanandilakukan bagi menentukan peratus udang hidup.Sementara itu peralatan seperti paddle wheel

perlu diperiksa agar sentiasa berfungsi selama20 jam sehari untuk meningkatkan tahapkeperluan oksigen yang tinggi. Bagi beliau, setiapkerja perlu dirancang terlebih dahulu dan tiadajalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Menurut Zulkifli, kejayaan beliau adalah hasilkerjasama dari semua pihak yang telahmembantu dan membimbing beliau melaluikursus dan latihan di Lembaga PertubuhanPeladang, PPK Sungai Chenaam, JabatanPerikanan dan Pergerakan Belia 4B sertasokongan bantuan kredit sebagai modalpusingan. Bagi beliau, untuk menjadi seorangusahawan bukan semudah yang disangka.Sehingga kini beliau masih lagi berhadapandengan pelbagai seperti masalah bekalan danharga diesel yang tinggi. Kos penyelenggaraanyang semakin meningkat juga mempengaruhipulangan terhadap projek ternakan udang putih.

Beliau juga berpandangan jauh. Baginyapermintaan pasaran udang putih ini tidak akanmencukupi. Oleh itu, beliau berharap akan dapatmengembangkan lagi projek ini walaupun amatmencabar dan memerlukan sumber modalbesar. Beliau juga menyeru agar lebih ramaiusahawan Melayu tampil menceburi projek iniyang terbukti memberi pulanganmenguntungkan.

Hasil udang ini akandijual secara runcit atau borongdi pasaran tempatan pada harga

RM10.00 - RM13.00/kg.

Perbincangan terhadapprojek penting bagi memastikania berjalan lancar.

Page 6: eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu, - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/VSdh5TcZK2nMWVhqokXu0GZuoPMfc3gQ.pdf · untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota

6

egiatan penanaman secara fertigasisememangnya boleh memberikan pulanganyang tinggi kepada pengusaha. Ianya lebihrendah risikonya jika dibandingkan dengantanaman yang diusahakan secara konvensional.

Tanaman fertigasi tidak memerlukan tanahsebaliknya hanya menggunakan mediumtanaman yang terdiri daripada campuran serbukkelapa yang dimesin hancur dan pembekalannutrien dari tangki yang disalurkan mengikutformula berperingkat daripada mula ditanamhingga hasil dikeluarkan. Sistem irrigationautomatik ini memudahkan kerja penyiramandan pembajaan tanaman secara fertigasi.

Atas dasar memajukan pertanian secarakomersial, Encik Mohd. Zamir bin Haji Ghazalidengan berani telah menceburi diri dalam bidangpertanian setelah menamatkan pengajian beliau

dalam bidang Ekonomi Pertanian, dari UniversitiKebangsaan Malaysia pada tahun 2003.Sekarang beliau sedang mengikuti kursuslanjutan bahasa di Jepun sehingga bulanFebruari 2006.

Pada peringkat awal iaitu pada tahun 2000,bapa beliau iaitu Haji Ghazali bin Muda,iaitu pengurus PPN Jentera, Kuala

Terengganu telah memulakan usaha tanamanfertigasi ini secara kecil-kecilan. Bank PertanianMalaysia telah mengeluarkan pinjaman mikrosebanyak RM20,000 apabila yakin projektersebut berpotensi untuk dimajukan.

Mohd. Zamir yang merupakan Pengarah UrusanSyarikat GM Peladang Sdn. Bhd. mahumenjadikan projek ini sebagai pemangkinkepada kepada syarikat. Dengan sokongan tujuhorang pekerja beliau yakin projek ini mampuberdaya saing.

Pada Januari 2005, beliau telah mengambil alihProjek Perdana Fertigasi Pertubuhan PeladangNegeri Terengganu sepenuhnya. Projek fertigasiyang diusahakan ialah cili, tomato dan melon.Projek yang diusahakan telah mendapat sijilSALM pada tahun 2003 berdasarkan prestasidan pengurusan. Pengeluaran hasil bagi tigakategori tanaman fertigasi yang diusahakanamat memberangsangkan di mana bagi setiappokok cili yang ditanam, beliau memperolehisehingga 4 kg. Manakala bagi pokok melon mam-pu mengeluarkan 3 kg dan pokok tomato 6 kg.

Oleh : Norma Haslina binti Abd. Manan

K

Encik Mohd Zamir Haji Ghazali, usahawanfertigasi.

Gambarajah Pengairan Sistem Fertigasi

Page 7: eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu, - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/VSdh5TcZK2nMWVhqokXu0GZuoPMfc3gQ.pdf · untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota

7

Sumber bahan asas yang digunakan untukmengendalikan tanaman fertigasi ini ialahRumah Pelindung Hujan ( RPH ), sumber air,larutan baja, sistem pengairan, media tanaman,bekas tanaman, biji benih dan alat pengukurlarutan. RPH ini terdapat sebanyak 42 unitdengan saiz 8’ lebar x 8’ tinggi x 40’ panjangsetiap unit.

Sumber baja diperolehi dari Syarikat Fertitrade.Baja dibahagikan kepada dua kategori iaitukategori A mengandungi Ferum dan KalsiumNitrat, manakala kategori B Potasium Nitrat,Magnesium Phospahate dan PotosiumPhosphate. Baja ini tidak boleh dicampurserentak kerana ia akan menghasilkan tindakbalas kimia. Baja disiram sebanyak 7 kali sehariselama 5 minit ( spray titis).

Bagi kaedah pengawalan serangga, padaperingkat umur pokok 10 - 90 hari ia harusdisembur dengan racun Match dan Diwerhoatebagi mengelakkan ulat menyerang tanaman.

Antara usaha-usaha yang telah dijalankan olehGM Peladang Sdn Bhd untuk memperkenalkantanaman fertigasi kepada publik ialah denganmewujudkan satu projek usahawan bimbingandi mana mereka bertindak sebagai konsultankepada usahawan-usahawan berkenaan. Iatelah melatih seramai 20 orang usahawan dibawah projek usahawan bimbingan ini dan tujuhdaripada mereka telah menceburkan diri dalamprojek tanaman cili fertigasi.

Selain itu, projek bimbingan sekolah khusus bagipemindahan teknologi dalam bidang fertigasitelah diperkenalkan kepada sekolah-sekolahmenengah di Negeri Terengganu. Setakat ini,sebanyak 6 buah sekolah telah diperkenalkandengan teknologi ini. Sekolah berkenaan ialahSekolah Menengah Telemong, SekolahMenengah Padang Negara, Sekolah MenengahSeri Budiman, Sekolah Menengah Tun Telanai,Sekolah Menengah Bukit Tunggal dan SekolahMenengah Merchang.

Semua peralatan dan bahan mentah untukmengusahakan tanaman fertigasi ini telahdibekalkan oleh GM Peladang Sdn. Bhdsepenuhnya. Mereka berusaha untuk memberipendedahan awal kepada para pelajar dalambidang pertanian agar sektor pertanian terusdikekalkan sebagai peneraju pertaniankomersial.

Tomato yang dihasilkan melaluikaedah fertigasi ternyatamenguntungkan.

“Hasil pengeluaran bagitiga kategori tanaman fertigasi

ini ialah cili 4 kg per pokok,melon iaitu 3kg per pokok dan

tomato 6 kg per pokok.”

Page 8: eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu, - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/VSdh5TcZK2nMWVhqokXu0GZuoPMfc3gQ.pdf · untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota

8

ertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ)melangkah lebih jauh kehadapan denganmengembangkan aktiviti pemasaran buah-buahan ke Hong Kong. Ini merupakan satuperkembangan yang positif ke arahmemperkukuhkan lagi perniagaan danmembuktikan bahawa Pertubuhan Peladangmampu bersaing bukan sahaja di dalam negerimalah di luar negara sekalipun.

PPNJ kini diperingkat akhir rundingan denganpihak pengimport buah-buahan yang akandibekalkannya. Pelbagai pihak yang ditemuimelahirkan keyakinan yang tinggi, PPNJberupaya meneroka bidang baru dan mampubersaing di peringkat global.

PPNJ didaftarkan pada 7 Julai 1971 denganmodal dibenarkan sebanyak RM50 jutadiuruskan oleh anggota pengurusan yangdiketuai oleh Tuan Haji Ramli Salikan sebagaiPengurus Besar. Tugas pengurusan PPNJbegitu mencabar dan menetapkan wawasanuntuk menjadikan PPNJ dan Pertubuhan-pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di NegeriJohor sebagai pergerakan dan badan perniagaanyang kukuh serta berdikari di samping menjadiantara pengeluar makanan utama di NegeriJohor.

Pengurusan PPNJ terus memberi perhatian dansentiasa berusaha meningkatkan kecekapandalam mengendalikan projek dan aktiviti PPNJ.Usaha berterusan sebegini telah meletakkanPPNJ dipuncak kejayaan apabila telahdianugerahkan Anugerah Kualiti Perdana Menteri(AKPM) bagi Sektor Sosio Ekonomi pada 18Disember 2003. Ini merupakan pengiktirafan kali

ke dua bagi PPNJ yang sebelum itu pernahmeraihnya pada 1994.

Berdasarkan Laporan Tahunan PPNJ2003, Projek Perladangan Kelapa

Sawit seluas 6,280 hektarmerupakan sumber utama

pendapatan PPNJ. Selainkelapa Sawit, tahun 2003merupakan tahun pertamabagi PPNJ mengeluarkanbahan-bahan makanansebagai usaha mem-pelbagaikan sumberpendapatan dan menyahut

cabaran untuk melibatkansecara aktif dalam pengeluaran

makanan negara. Sehingga kini, PPNJtelah berjaya membangunkan tanah

seluas lebih 480 hektar dengan pelbagaitanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.

Timbalan Pengarah Lembaga PertubuhanPeladang (LPP) Negeri Johor, Encik IbrahimOmar ketika diwawancara berkata, hasrat PPNJdan PPK di Negeri Johor menjadi pengeluarmakanan utama akan dapat direalisasikandengan pengwujudan lapan kawasan ZonPengeluaran Makanan (ZPM) di seluruh negeriini.

Seluas 3,235 hektar tanah telah dikurniakan olehKerajaan Negeri Johor secara berperingkat mulaitahun 1997 hingga tahun 2000 kepada PPNJ dan27 buah PPK. Tanah yang dikurniakan ini adalahberstatus pajakan 30 tahun dengan syarat grantanah tersebut khusus untuk tanaman jeniskontan atau tanaman jangka pendek.

Berdasarkan kepada laporan kesesuaian tanahyang disediakan oleh Jabatan Pertanian AirHitam, Johor, hanya seluas 2,235 hektar atau69.09 peratus dari keseluruhan kawasan ZPMboleh dibangunkan berbanding jumlahkeseluruhan tanah yang dikurniakan.

Daripada jumlah keluasan yang bolehdibangunkan, hanya 793 hektar atau 35.4peratus telah dibangunkan sehinggapertengahan tahun 2004 dengan pelbagaitanaman.Terdapat tiga kaedah pembangunantanah telah dilaksanakan bagi membangunkantanah-tanah tersebut:

i. Pembangunan oleh PP sendiri secarakorporat.

ii. Pembangunan oleh ahli PPK atauusahawan peladang.

iii. Pembangunan oleh swasta melaluipenyewaan tanah.

Oleh : Rosly Abdul Rahman

P

Page 9: eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu, - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/VSdh5TcZK2nMWVhqokXu0GZuoPMfc3gQ.pdf · untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota

9

Menurut Encik Ibrahim lagi, hasil pengeluaranbuah-buahan daripada kawasan ZPM akanmenjadi sumber bekalan PPNJ untuk pasaraneksport. Walau bagaimanapun, untuk peringkatawal ini PPNJ hanya menumpukan kepada jenisbuah-buahan tertentu sahaja.

Bagi memastikan kawasan ZPM ini dapatdibangunkan dengan jayanya oleh PPK, PPNJtelah memperkenalkan Skim Kredit LadangTerselia (SKLT) buah-buahan. Skim iniditawarkan kepada PPK yang berminat untukmendapatkan kemudahan kredit bagi membiayaiprojek buah-buahannya.

Penglibatan PPNJ dalam pembangunanekonomi dan sosial ahli tetap diberikankeutamaan. Sebanyak RM14.2 juta telahdisediakan sebagai modal kerja ahli termasukSKLT buah-buahan.

Menurut Encik Ahmad Bajuri bin Sarib,Pemangku Eksekutif SKLT buah-buahan, skim

pendapatan dengan memberi perhatianterhadap kualiti dan kuantiti buah-buahan yangditanam.

Tujuan SKLT buah-buahan diwujudkan adalah :i. Memberi perkhidmatan kredit terselia

kepada PPK dan ahli individu.ii. Memberi perkhidmatan pengurusan projek

yang profesional kepada PPK dan ahlipeladang.

iii. Untuk membolehkan PPNJ terlibat dalampasaran buah-buahan di dalam dan di luarnegara.

iv. Sebagai persediaan PPNJ bagimendapatkan bekalan buah-buahan untukdiproses dalam projek pemasaranmakanan dan buah-buahan.

v. Untuk menggunakan faktor pengeluaranyang terhad seperti tanah ke tahap yangpaling maksimum ke arah peningkatandaya dan mutu pengeluaran buah-buahanmelalui teknologi terkini.

vi. Memperkenalkan sistem urusan ladangyang seragam, cekap dan berkesan bagimeningkatkan produktiviti.

vii. Bagi membantu ke arah mempercepatkanperlaksanaan program mengaktifkan unitpeladang selaras dengan pembangunanpeladang-peladang di PertubuhanPeladang.

Jenis Tanaman Keluasan (ha)

Ubi Kayu 162Jambu Air 17Jambu Batu 42Pulasan 32Longan 6Pisang 116Nangka 40Nenas 326Betik 20Jagong 6Lain-lain 28

Jumlah 793

Jenis tanaman buah-buahan dan keluasanyang dikomersialkan oleh PPNJ

ini baru sahaja diperkenalkan dalamtahun 2004. Sebelum ini SKLT hanyadiwujudkan untuk pembiayaan projekkelapa sawit dan projek ayam dagingsahaja.

SKLT buah-buahan merupakanprogram perkhidmatan pinjaman bagimembantu dan meningkatkan hasil

Antara buah-buahan yang dihasilkan diZPM melalui progran SKLT.

Page 10: eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu, - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/VSdh5TcZK2nMWVhqokXu0GZuoPMfc3gQ.pdf · untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota

10

PPK boleh mendapatkan kemudahan di bawahSKLT bagi perkhidmatan kredit:

i. Input pertanian.ii. Alat-alat pertanian.iii. Bayaran pembinaan infrastruktur ladang.

PPNJ menghadkan tempoh pinjaman kepadaPPK untuk input pertanian dan alat pertanianselama 4 bulan, manakala bagi kemudahanbayaran infrastruktur selama antara 6 hingga 8bulan.

Jenis-jenis tanaman buah-buahan yang diberitumpuan di bawah SKLT seperti jambu batu,belimbing (B10, B17), jambu air, limau madu,betik esotika dan nangka (CJ3, CJ6, Mastura).Jenis-jenis buah-buahan ini menurut sumberPPNJ mempunyai potensi untuk dipasarkan didalam dan luar negara.

Salah satu dari tiga kawasan yang mendapatkemudahan SKLT ialah projek Perdana DusunPenawar, PPK Penggerang. Dua lagi kawasanialah ZPM Chempelak dan ZPM Bukit Mambai.

Projek Perdana Dusun Penawar seluas 20hektar diusahakan dengan tanaman belimbing,jambu air, limau madu dan durian.

Menjawab pertanyaan tentang perkhidmatanyang diberikan oleh PPNJ, Encik Yahya binGono, Pengurus Projek PPK Penggerangberkata, PPNJ sentiasa sedia membantu PPKyang memerlukan perkhidmatannya. PPNJ jugamembeli hasil keluaran Dusun Penawar denganharga yang lebih tinggi berbanding pemborongtempatan. Beliau menambah, PPNJ membelibelimbing dengan harga RM1.80sekilogram berbanding pemborongtempatan diantara RM1.40 –RM1.60 mengikut gred.Pada masa ini buah-buahanyang dibeli daripada PPKdipasarkan kepadapemborong tempatandisamping usaha untukmenembusi pasaran luarnegara.

PPNJ juga kini dalam proses membina sebuahkilang memproses buah-buahan untuk dijadikanpuree dan jus. Pembinaan kilang ini mendapatsokongan kewangan sebahagiannya daripadaLPP dan sebahagiannya lagi ditanggung olehPPNJ.

Pembinaan kilang dijangka bermula pada tahun2005 dan mampu memproses hasil pengeluaranbuah-buahan seluruh negeri Johor pada masahadapan.

Menjadi harapan PPNJ agar semuaperancangan yang diatur rapi dalammembangunkan kawasan ZPM danmemperkenalkan SKLT akan dapatmeningkatkan hasil keluaran buah-buahan danseterusnya mengeksport ke luar negara.

10

Jagung dan ubi kayu antaratanaman yang diusahakan olehPPNJ untuk pasaran luarnegara.

Page 11: eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu, - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/VSdh5TcZK2nMWVhqokXu0GZuoPMfc3gQ.pdf · untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota

11

nput pertanian merupakan asas dalamtumbesaran tanaman dan peningkatan hasil.

Kejayaan ini adalah hasil usaha pihak PPN yangberani mencuba pendekatan baru dalammembekalkan input pertanian yang sebelum inidikuasai oleh peruncit dan seringkalimemanipulasikan harga. Penguasaan syerpasaran dapat ditingkatkan kepada peratusanyang lebih tinggi dan mengukuhkan gerakan tigaperingkat PP serta mempunyai kuasa tawarmenawar. PPN menggunakan sepenuhnyarangkaian pemasaran pertubuhan peladangyang terdiri daripada NAFAS, PPN, PPK, danjuga ahli PPK.

Oleh Azizan bin Hj Othman

benih padi dan keperluan berkaitan ladang akandiuruskan secara berpusat oleh PertubuhanPeladang Kebangsaan (NAFAS). Bekalan inputpertanian diperolehi oleh PPN daripada NAFASmelalui konsep satu entiti yang bertujuanmemastikan ahli-ahli mendapat bekalan inputpertanian yang berkualiti dan pada kadar hargayang kompetetif.

Peningkatan bilangan saiz dan projek-projekpertanian yang diusahakan oleh PertubuhanPeladang Kawasan (PPK) di Negeri Kedah,pertambahan penglibatan ahli dan kepelbagaianjenis projek yang diwujudkan memerlukan satusistem pembekalan input pertanian yang lebihcekap dan berkesan di semua peringkat PP.Keupayaan PPN sebagai perintis dan penerajupembekalan input pertanian secara bersepadumembolehkan ahli peladang mendapat manfaatyang berterusan.

IKeperluan ini menjadi keutamaan kepada petanidalam mengusahakan sesuatu projek pertanianyang memerlukan bekalan berterusan.

Atas kepentingan ini, Pertubuhan PeladangNegeri (PPN) Kedah mengambil inisiatif menjadipembekal input pertanian kepada petani secaraberterusan. Pembekalan input pertanian menjadiaktiviti utama dan teras kepada PPN dandilaksanakan secara bersepadu pada tahun2003. Melalui sistem ini semua input pertanianseperti racun rumpai, serangga atau kulat, baja,

11

Antara input pertanian yang dijual oleh PPN Kedah.

Sebelum program input pertaniansecara bersepadu dilaksanakan,tiada keseragaman dari segipelaksanaan dan harga yangditawarkan. Oleh itu timbulrungutan atau aduan mengenaiharga input pertanian lebih mahalyang dijual oleh PPK berbandingperuncit tempatan. Keadaan inimenyebabkan harga barangantersebut menjadi tidak stabil danberbeza dari satu kawasan

berbanding kawasan lain. Bagi memastikanpenawaran harga yang kompetetif, PPNmembuat pesanan produk dengan kuantiti yangbesar bagi mendapat faedah diskaun kuantiti danjuga rebate atas langganan. Denganpelaksanaan program ini ahli PPK mendapatharga yang lebih baik dan sekaligus berupayamenarik ahli-ahli membuat pembelian secaratunai.

Untuk membiayai input pertanian secara kredit,ahli PPK mendapat kemudahan kredit daripada

Page 12: eladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu, - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/VSdh5TcZK2nMWVhqokXu0GZuoPMfc3gQ.pdf · untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota

12

PenaungY. Bhg. Dato’ Nozir Ahmad bin Hussain

PenasihatAziz bin Abu Seman

Ketua PengarangMohd. Rosli bin Harun

PengarangRosly bin Abd. RahmanSaat bin Mohamad TanAzizan bin OthmanRohman bin JasmaniSarimah bt NordinMohd. Yusof bin Abd. JalilNorma Haslina bt Abd. MananRosli bin YaakubOthman bin MajidMazuan bin Panjang Ali

Grafik/IllustratorRohman bin Jasmani

FotografiIshak bin Abd. Rahman

PengedaranZulkifle bin MatAbu Hassan bin Abd. Aziz

Diterbitkan Oleh:Unit Produksi Media,Bahagian Hal Ehwal Korporat,Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara,Bukit Damansara,50990 Kuala Lumpur.

Dengan Kerjasama:Bahagian LPP Ibu Pejabat, LPP Negeri danPertubuhan Peladang.

kumpulan wang pinjaman pertubuhan peladang(K3P) dan pembayaran balik dibuat setelahprojek pertanian mereka mengeluarkan hasil.Melalui program ini, 60 peratus peruntukan K3Pyang disalurkan oleh Lembaga PertubuhanPeladang akan digunakan untuk pembiayaaninput pertanian manakala selebihnya bagipembiayaan kejenteraan ladang.

Pada tahun 2004 margin jualan input pertanianoleh PPN sebanyak RM2,158,475.77 manakalakeuntungan yang diperolehi ialah RM74,719.14.PPK Langkawi merupakan pelanggan utamaPPN dengan urusniaga mencapaiRM331,207.30 dan diikuti oleh PPK KuburPanjang sebanyak RM236,014.20. PPK KualaNerang juga berada dikelompok atas berbandingPPK lain di Negeri Kedah dengan urusniagaberjumlah RM214,210.49.

Selain PPK, input pertanian juga dilanggan olehpeladang individu, ladang PPN, NAFAS Jenteradan Jabatan Parit dan Saliran Negeri Kedah.Walaupun jumlah ini kecil iaitu sebanyakRM101,366.50 berbanding langganan yangdibuat oleh PPK, keupayaan PPN melebarkanperniagaan amat membanggakan. Bagimemenuhi permintaan dan meluaskan pasaran,pemilihan input pertanian oleh PPN berasaskankepada beberapa faktor seperti produk yangbiasa digunakan ahli, komoditi terpilih danpermintaan kawasan. PPN juga menganjurkanseminar, bengkel dan kursus kepada ahli PPKmengenai penggunaan input pertanian secarabetul dan juga menjalankan projek contoh (tryplot) apabila produk baru diperkenalkandipasaran.

Permintaan terhadap racun serangga, rumpaiatau kulat, baja dan benih padi begitu ketaraapabila musim penanaman padi bermula. KedaiPeladang atau kedai input pertanian yang terletakberhampiran PPK menjadi tumpuan petani untukmendapatkan bekalan. Benih padi diperolehidaripada Jabatan Pertanian, Pusat PengeluaranBenih Padi Teluk Chengai dan pembekal dari luarNegeri Kedah. Bagi input pertanian yang tidakdikeluar atau diedarkan oleh NAFAS, pihak PPNakan berunding dengan pembekal ataupengilang lain untuk mendapatkan produk yangdiperlukan dengan harga yang terbaik.

Pada keseluruhannya program input pertaniansecara bersepadu yang dilaksanakan oleh PPNKedah memberi banyak kemudahan danmanfaat kepada ahli PPK. Bagi memastikanprogram ini berjalan lancar dan berkesan,kerjasama yang berterusan antaraNAFAS, PPN dan PPK perlu

diperkukuhkan.Ahli PPK pula h a r u smenggunakanhak merekas e b a g a ipengguna danm e n y o k o n gprogram inid e n g a nmenggunakansepenuhnyainput pertanianyang dibekal-kan oleh PPKs e c a r aberterusan.