potensi tanaman vitato semerak -...

4
9 http://www.lpp.gov.my Lahir Peladang Progresif Oleh: Rosly Abdul Rahman [email protected] P rojek tanaman ubi keledek vitAto boleh disifatkan sebagai aktiviti baru dalam program pengeluaran bahan makanan diterokai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu. VitAto amat sesuai di tanam di kawasan tanah pasir atau bris. Untuk negeri Kelantan, sebanyak 4 buah PPK menjalankan projek tanaman vitAto iaitu di PPK Kandis, PPK Repek Telong, PPK Bachok Utara dan PPK Semerak. Berdasarkan prestasi, projek tersebut terbukti boleh diketengahkan dan mampu memberi pulangan baik kepada pengusaha. Bagi PPK Semerak, kejayaan mengembleng tanah milik ahli dan seterusnya meyakinkan pemilik tanah supaya menanam vitAto telah mengubah cara hidup bertani penduduk setempat. Tanah-tanah tersebut suatu ketika dahulu amat popular ditanam dengan tembakau tetapi telah ditinggalkan terbiar atas sebab-sebab tertentu. Namun ianya dihidu sebagai peluang oleh PPK Semerak kerana Potensi Tanaman VitAto Semerak tanah ini berpotensi untuk dimajukan. PPK menyediakan perancangan teliti dan pelaksanaan projek melalui modus operandi yang lengkap. Dengan kerjasama pemilik tanah maka bermulalah projek tanaman vitAto di sini dan dijadikan tanaman gantian kepada tanaman tembakau. PPK Semerak terletak di Jajahan Pasir Puteh dengan kawasan pengendalian seluas 58.8 kilometer persegi. Keahlian PPK seramai 2,400 orang di bawah 10 Unit Peladang. Gandingan mantap antara Pengurus Besar, Encik Mozamir bin Haji Hussein dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Tuan Haji T Mahmood bin T Mohamed dibantu oleh anggota sokongan lain memfokuskan kepada aktiviti memberikan perkhidmatan kepada ahli terutama membuka peluang bagi menjalankan projek pertanian. Selain tanaman vitAto, PPK Semerak turut menjalankan projek tanaman tembikai serta tanaman cili secara konvensional dan fertigasi. Malah projek tapak semaian padi yang terletak di dalam kawasan PPK merupakan projek terkini yang dilaksanakan dan mula beroperasi pada awal tahun 2010. Potensi Tanaman VitAto Semerak

Upload: vanduong

Post on 08-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

9

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif 9

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Oleh: Rosly Abdul [email protected]

Projek tanaman ubi keledek vitAto boleh disifatkan sebagai aktiviti baru dalam program pengeluaran bahan makanan diterokai Pertubuhan Peladang

Kawasan (PPK) terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu. VitAto amat sesuai di tanam di kawasan tanah pasir atau bris. Untuk negeri Kelantan, sebanyak 4 buah PPK menjalankan projek tanaman vitAto iaitu di PPK Kandis, PPK Repek Telong, PPK Bachok Utara dan PPK Semerak. Berdasarkan prestasi, projek tersebut terbukti boleh diketengahkan dan mampu memberi pulangan baik kepada pengusaha.

Bagi PPK Semerak, kejayaan mengembleng tanah milik ahli dan seterusnya meyakinkan pemilik tanah supaya menanam vitAto telah mengubah cara hidup bertani penduduk setempat. Tanah-tanah tersebut suatu ketika dahulu amat popular ditanam dengan tembakau tetapi telah ditinggalkan terbiar atas sebab-sebab tertentu. Namun ianya dihidu sebagai peluang oleh PPK Semerak kerana

Potensi Tanaman VitAto Semerak

tanah ini berpotensi untuk dimajukan. PPK menyediakan perancangan teliti dan pelaksanaan projek melalui modus operandi yang lengkap. Dengan kerjasama pemilik tanah maka bermulalah projek tanaman vitAto di sini dan dijadikan tanaman gantian kepada tanaman tembakau.

PPK Semerak terletak di Jajahan Pasir Puteh dengan kawasan pengendalian seluas 58.8 kilometer persegi. Keahlian PPK seramai 2,400 orang di bawah 10 Unit Peladang. Gandingan mantap antara Pengurus Besar, Encik Mozamir bin Haji Hussein dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Tuan Haji T Mahmood bin T Mohamed dibantu oleh anggota sokongan lain memfokuskan kepada aktiviti memberikan perkhidmatan kepada ahli terutama membuka peluang bagi menjalankan projek pertanian. Selain tanaman vitAto, PPK Semerak turut menjalankan projek tanaman tembikai serta tanaman cili secara konvensional dan fertigasi. Malah projek tapak semaian padi yang terletak di dalam kawasan PPK merupakan projek terkini yang dilaksanakan dan mula beroperasi pada awal tahun 2010.

Potensi Tanaman VitAto Semerak

10

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif10

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Diusahakan secara kelompok, projek tanaman vitAto PPK Semerak kini telah memasuki pusingan kedua. Projek yang dimulakan pada awal bulan Julai 2009 bagi pusingan pertama dituai hasil pada bulan Oktober yang lalu. Hasil yang diperolehi amat menggalakkan dan ahli-ahli yang menyertai projek ini cukup berpuashati. Tanaman vitAto ini dijalankan di dalam Unit Peladang Kg Kuala Semerak di mana secara tidak langsung menjadi salah satu aktiviti dalam pengaktifan unit peladang tersebut.

Bagi pusingan pertama tanaman, kelulusan peruntukan sebanyak RM182,500 telah diperolehi dari kerajaan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang bagi membangunkan tanah terbiar. Peruntukan tersebut dibelanjakan untuk membina pagar, kerja membajak, membekalkan benih dan input. Seramai 18 orang peserta terlibat dengan projek ini di atas tanah seluas 18.9 ekar.

Manakala pusingan kedua tanaman vitAto bermula dalam bulan Januari 2010 dan dijangka memperolehi hasil pada akhir Mei 2010. Sehingga kini keluasan keseluruhan tanaman adalah 28 hektar dan dijangkakan akan bertambah dari masa ke masa disebabkan masih banyak lagi tanah-tanah kosong yang terbiar yang belum diteroka. Membanggakan PPK di mana seramai 47 orang ahli PPK Semerak telah bersetuju menyertai projek tanaman vitAto sehingga hari ini.

Pemilihan awal peserta dibuat oleh PPK melalui penglibatan Ketua Unit Kg Kuala Semerak sendiri. Tawaran menyertai projek ini terbuka kepada semua ahli PPK Semerak dan perlu memenuhi 2 syarat utama iaitu pertama, menunjukkan kesungguhan dan mempunyai

minat untuk bertani dan kedua, memiliki tanah sama ada milik sendiri atau disewa.

Peserta yang telah dipilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan PPK Semerak dan antara perkara yang perlu dipersetujui antara kedua belah pihak ialah peserta perlu mencarum dalam tabung projek yang diwujudkan khas untuk projek ini. Sebanyak 50% dari hasil jualan perlu dicarum di dalam tabung ini dan selebihnya menjadi pendapatan kepada peserta. Tabung projek diuruskan oleh PPK supaya kegunaannya dapat dikawal sepenuhnya. Kegunaan tabung projek ini adalah bagi menjalankan tanaman vitato bagi pusingan berikutnya. Peserta tidak diberikan dalam bentuk tunai tetapi perbelanjaan tabung dibuat dalam bentuk barangan.

Sebelum memulakan projek, peserta diwajibkan menghadiri kursus teknikal berkaitan dengan penanaman

11

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif 11

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

dan penjagaan tanaman vitAto yang dianjurkan oleh LPP Negeri Kelantan, MARDI dan FAMA. Menurut Tuan Haji Md. Salim bin Sulaiman, Pengarah LPP Negeri Kelantan, pelaksanaan projek ini memberi gambaran bahawa hubungan dan kerjasama antara agensi di bawah konsep MOA-Inc di Kelantan amat erat sekali. Pendedahan yang diperolehi melalui kursus ini, telah melahirkan rasa keyakinan kepada peserta untuk menjalankan projek kerana mereka tahu akan sentiasa mendapat bimbingan dan khidmat nasihat dari agensi-agensi ini.

VitAto ditanam di atas batas menggunakan keratan sebagai benih. Benih vitAto untuk projek PPK Semerak ini diperolehi dari PPK Kandis dengan harga RM0.05 setiap keratan. Bagi keluasan tanah seluas 1 hektar, sehingga 30,000 keratan boleh ditanam. Walau bagaimanapun PPK Semerak memutuskan untuk menanam sebanyak 20,000 keratan bagi setiap hektar untuk mengurangkan kepadatan. Sekiranya peserta berdisiplin dan mengamalkan amalan pertanian tepat, hasil yang diperolehi boleh mencecah sehingga 20 metrik tan setiap hektar. Mengikut nasihat MARDI, untuk mendapat hasil yang berkualiti tinggi, tanah tersebut hendaklah ditanam berselang seli dengan tanaman tembikai. MARDI juga memperkenalkan mesin menanam dan menuai vitato. Walau bagaimanapun, buat masa ini kebanyakan peserta masih menggunakan kaedah manual dalam projek mereka.

Projek dijalankan dibawah program Ladang Kontrak bersama dengan FAMA. Hasil yang dituai hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh FAMA. Vitato hendaklah dituai secara teliti agar tidak cedera kerana vitAto yang cedera tidak tahan lama dan akan menjejaskan kualiti. FAMA membeli vitato yang berusia 4 bulan atas faktor kematangan dan ketahanan serta bersesuaian digunakan bagi menghasilkan tepung vitAto. VitAto yang dibeli oleh FAMA dipasarkan di dalam dan di luar negeri Kelantan.

Salah seorang peserta projek berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh FAMA. Harga yang ditawar berdasarkan proses pengredan yang dilakukan sendiri oleh FAMA. Bagi Vitato gred A, harga yang diterima oleh peserta ialah RM0.60 setiap kilogram. Sementara bagi gred B dan C, FAMA akan membayar sebanyak RM0.40 dan RM0.30. PPK Semerak akan menerima semua bayaran jualan hasil terlebih dahulu dan akan menolak 50% daripadanya sebagai caruman kepada tabung. Selebihnya akan menjadi pendapatan kepada peserta projek. Walau bagaimanapun, bagi pusingan pertama, peserta akan menerima kesemua 50% hasil jualan kerana input pertanian telah dibekalkan oleh kerajaan tetapi untuk pusingan seterusnya, bayaran kepada peserta projek akan dibuat setelah mengambilkira kredit yang dikeluarkan kepada mereka.

12

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif12

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

PPK Semerak sedang dalam persiapan untuk melaksanakan lebih banyak projek tanaman vitAto daripada peruntukan yang ada. Bagi projek tahun 2010, PPK telah menerima peruntukan sebanyak RM240,000 lagi dari LPP untuk melaksanakan projek di bawah projek berimpak tinggi. Selain itu, Jabatan Pertanian juga telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk melaksanakan projek ini melalui PPK Semerak. Jabatan Pertanian membina kemudahan yang agak baik di tapak projek seperti jalan ladang dan saliran. Berbeza dengan kawasan lain, sistem pengairan hanya menggunakan “springkler”.

Beberapa masalah telah dikenal pasti semasa melaksanakan projek pusingan pertama. Kemasukan air masin ke kawasan projek tanaman menyebabkan tanaman mengalami kerosakan teruk. Oleh yang demikian, kerjasama dari Jabatan Parit dan Saliran (JPS) telah diperolehi bagi menyelesaikan masalah tersebut. JPS telah membina pintu air bagi mengelakkan kemasukan air masin. Dengan adanya pintu air tersebut, lebih banyak kawasan boleh dimajukan selepas ini.

Sandaran harapan PPK Semerak begitu tinggi terhadap projek tanaman vitAto ini. PPK berharap projek ini dapat memberi pendapatan yang tinggi kepada peserta yang mengusahakannya. Selain itu, PPK berbangga kerana melalui projek ini, banyak tanah-tanah terbiar berjaya dibangunkan dan seterusnya telah berjaya mengembleng dan menyatukan ahli di bawah satu payung pergerakan.

PPK Semerak yakin untuk meneruskan projek tanaman vitAto ini untuk pusingan berikutnya mengikut modus operandi yang ditetapkan oleh PPK. Pengeluaran hasil akan ditingkatkan selari dengan pertambahan kawasan tanaman. Ini akan dapat membantu mengatasi masalah permintaan yang tinggi terhadap produk ini dan sebagai persediaan sebagai pembekal kepada kilang memproses tepung vitAto yang bakal dibina di Besut, Terengganu. Kilang yang akan melengkapkan rantaian nilai produk vitAto ini dibina melalui pembiayaan Kerajaan Negeri dan Dana Techno-Fund Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pengurusannya akan diserahkan kepada Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu.