bil 1/2011 edisi januari -...

5
Bil 1/2011 Edisi JANUARI

Upload: buiquynh

Post on 08-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bil 1/2011 Edisi JANUARI

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

MAHA dan HPPNK 2010 BERJAYABanyak perkara boleh dipelajari darinyaBanyak perkara boleh dipelajari darinya

MAHA dan HPPNK 2010 BERJAYA

Penganjuran Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro

Pelancongan Malaysia (MAHA International) 2010 dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan ( H P P N K ) Ta h u n 2 0 1 0 telah berlalu. Namun tidak banyak isu yang dirungutkan sepanjang penganjuran kecuali masalah kesesakan lalulintas lebih 10 kilometer pada hari Sabtu dan Ahad serta dalam waktu-waktu tertentu pada hari biasa. Walaupun disediakan lebih 7,000 petak letak kereta, namun kesukaran mendapat tempat letak kereta mewarnai lagi kemeriahan MAHA dan HPPNK.

Dari sudut positif, ini menunjukkan bahawa MAHA dan HPPNK bagaikan satu pesta pertanian yang berjaya menarik minat orang ramai berpusu-pusu berkunjung setiap hari untuk melihat sendiri aktiviti yang dilaksanakan. Pengunjung terdiri dari semua lapisan masyarakat berbagai peringkat umur, pelbagai kaum, pelancong, kenamaan, pelajar dan orang awam. Kepada pengunjung terutamanya kepada para peladang, impak penganjuran amat besar sekiranya dimanfaat sepenuhnya kerana MAHA dan HPPNK merupakan satu platform yang boleh memberi aspirasi samada kepada mereka yang mula melibatkan diri secara serius dalam bidang pertanian mahupun yang ingin memantapkan lagi bidang usaha mereka.

Kejayaan Penganjuran

Yang Berhormat Datuk Seri Noh bin Haji Omar menyifatkan penganjuran Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan tahun 2010 sebagai amat berjaya. Penganjuran secara serentak ini telah berlangsung selama 10 hari bermula dari 26 November hingga 5 Disember 2010. Ianya dianjurkan di atas Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang mempunyai keluasan 120 hektar.

Menurut Datuk Seri Noh lagi, siri pameran yang dianjurkan setiap dua tahun sekali iaitu MAHA

International 2010 adalah merupakan pameran pertanian di mana bukan sahaja diiktiraf sebagai yang terulung di Malaysia malah ianya merupakan acara pertanian yang terbesar dan komprehensif di rantau ASEAN. Tambahan pula, MAHA International telahpun disenaraikan sebagai salah satu pameran agro di peringkat global.

Manakala HPPNK 2010 merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan Kerajaan kepada peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tani di seluruh negara di atas peranan, jasa dan pengorbanan mereka dalam mengembleng tenaga dan usaha mengeluarkan bahan dan produk makanan serta pertanian bagi keperluan dalam negara di samping pasaran antarabangsa. Sambutan HPPNK dianjurkan setiap tahun dan penganjuran bersama MAHA International setiap 2 tahun sekali.

Lazimnya, sekiranya tidak dianjurkan bersama MAHA International, Kerajaan-Kerajaan Negeri akan menawarkan diri atau ditawarkan menjadi tuan rumah menganjurkan HPPNK. Dalam perkembangan berkaitan, HPPNK 2009 telah dianjurkan di Negeri Melaka. Walaupun tarikh 6 Ogos setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Peladang oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, mantan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan maka sambutan HPPNK diadakan selepas tarikh tersebut.

Tema MAHA International dan HPPNK 2010

MAHA International pada tahun ini dicatatkan sebagai penganjuran kali ke tujuh. Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memilih “Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan” sebagai tema

sambutan MAHA. Ini adalah sejajar dengan saranan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia agar menjadikan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi.

Datuk Seri Noh berharap tema ini akan menjadi pemangkin bagi merealisasikan visi negara untuk berada di tahap yang lebih progresif serta mempunyai teknologi yang bercirikan inovasi, kreatif dan mampu berdaya saing di persada global. Sebagai tambahan, menurut Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pemilihan tema tersebut bagi menggambarkan usaha Kementerian untuk melahirkan satu generasi usahawan tani yang mampu menerajui usaha merevolusikan bidang pengeluaran makanan dalam sektor pertanian.

Penyertaan dan Pengisian Program

Kehebatan penganjuran MAHA ternyata menyerlah. MAHA International 2010 telah menarik minat 22 penyertaan daripada negara luar seperti Asia Tenggara, Eropah, Amerika Latin, China, India, Australia, Arab dan Asia Barat. Kejayaan

penganjuran MAHA/HPPNK 2010 turut melibatkan jabatan dan agensi kerajaan terutamanya di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kerajaan-Kerajaan Negeri, pihak swasta dan para usahawan tani.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 10 hari pelaksanaan. Aktiviti utama adalah melalui gerai pameran yang memaparkan informasi terkini berasaskan teknologi dan inovasi serta gerai jualan produk. Selain itu, terdapat juga pameran ikan hiasan, haiwan kesayangan, klinik usahawan, demonstrasi masakan, pelbagai pertandingan seperti memancing, memasak, gubahan bunga dan lain-lain aktiviti sampingan. Pertunjukan rodeo yang merupakan kali pertama diperkenalkan pada kali ini telah menarik minat luar biasa daripada pengunjung.

Pada tahun 2008, seramai satu juta pengunjung telah direkodkan hadir ke pameran MAHA dan HPPNK. Tetapi dalam tahun 2010, jumlah dicatatkan berlipat ganda iaitu seramai 2.66 juta orang telah mengunjunginya. Sementara itu, nilai jualan yang dicatatkan melebihi RM23 juta berbanding RM10 juta pada

Oleh: Rosly bin Abdul Rahman

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

penganjuran tahun 2008. Pemadanan pemasaran mencatatkan nilai melebihi RM152 juta berbanding RM133 juta dalam tahun 2008.

Di Majlis Penutup MAHA dan HPPNK, Datuk Seri Noh bin Haji Omar telah melancarkan Komuniti Rakan Agro menerusi SMS 15888 sebagai salah satu saluran penyampaian perkhidmatan. Ia berfungsi member kemudahan kepada orang ramai berkomunikasi dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kepada yang mendaftar sebagai ahli, mereka akan menerima maklumat mengenai program-program dan lain-lain perkhidmatan yang ditawarkan melaluinya oleh pihak Kementerian.

Pengharapan YAB Perdana Menteri

Menurut YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri bahawa keputusan kerajaan mengadakan MAHA antarabangsa merupakan keputusan amat tepat dalam usaha

membawa transformasi dalam sektor pertanian. Teknologi tinggi diperkenalkan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian. Justeru, Ini akan dapat membantu memberikan pendapatan yang tinggi kepada mereka yang mengusahakan bidang pertanian.

“Jika selama ini golongan petani hanya menjadi pengeluar, malah orang lain yang menjadi pemasar. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya petani perlu ada pengetahuan agri-bisnes (perniagaantani) supaya hasil pengeluaran dapat ditambah nilai”

,ucap Datuk Seri Najib lagi semasa perasmian MAHA International dan HPPNK 2010 pada 26 November 2010.

Selain pertanian sedia ada, petani juga disaran meneliti peluang dan mencebur diri dalam pertanian bernilai tinggi yang dikenalpasti oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti rumpai laut, burung walit, ikan hiasan, herba, rempah ratus, cendawan, buah-buahan dan sayur-sayuran organik. Ketika berucap, Datuk Seri Najib menyarankan supaya peladang, penternak dan nelayan di kawasan luar bandar dan pedalaman perlu melakukan transformasi supaya melaksanakan pendekatan lebih kreatif dan inovatif, serta mencontohi amalan pertanian terbaik untuk meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran.

Kerajaan turut meneliti kemungkinan mengadakan pakatan strategik dengan negara-negara luar sebagai memenuhi agenda bagi mewujudkan tapak pengeluaran makanan di luar negara yang mana kosnya lebih rendah

berbanding dalam negara. Langkah ini diambil akan dapat mengurangkan kos dan meningkatkan pengeluaran bekalan makanan Malaysia serta mampu membendung krisis makanan andainya berlaku akibat kekurangan bekalan dalam negara atau disebabkan kenaikan harga yang melampau.

Penglibatan Lembaga Pertubuhan Peladang

Bagi menjayakan MAHA International dan HPPNK, Lembaga Pertubuhan Peladang terlibat secara langsung dalam menjayakannya. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memberi kepercayaan mengetuai 3 jawatankuasa penting iaitu:

i. Jawatankuasa Pengemblengan Peladang, Penternak dan Nelayan ii. Jawatankuasa Pertandingan Peladang, Penternak dan Nelayan

iii. Jawatankuasa Pameran Kejenteraan Pertanian

Seramai 1,000 orang peladang digembleng daripada lebih 5,000 orang yang hadir semasa Majlis Perasmian MAHA dan HPPNK dan 400 orang lagi dalam Majlis Penutupan. Selain itu, lebih 3,000 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang hadir melalui penganjuran sendiri program lawatan ke MAHA dan HPPNK oleh PPK kepada ahli-ahlinya. Ini bagi menunjukkan komitmen dan sokongan kepada penganjuran pameran terbesar itu. LPP turut menyenaraikan seramai 40 orang peladang bagi menyertai konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan di mana beberapa kertas pembentangan telah dibentangkan serta peserta berpeluang berdialog dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Gerai pameran LPP telah menarik minat ramai pengunjung dengan pengisian berkisar kepada teknologi dan rantaian nilai bagi komoditi padi, ayam dan nangka. Turut dipamerkan adalah teknologi tanaman cili dan vitato. Kejayaan Inovasi Pertubuhan

Peladang diperkenalkan melalui sistem klutch yang diubahsuai, peralatan merata tanah sawah (box-leveller), sistem pengawalan musuh tanaman sawit dan mesin pengayak tinja kambing.

LPP turut mempamerkan produk agro pelancongan yang diusahakan oleh Pertubuhan Peladang seperti Peladang Setiu Agro Resort dan Laguna Agro Resort di Setiu, Terengganu; Chalet Terapung PPK Merbok dan Chalet Terapung “Jerai View” PPK Sg. Petani di Kedah; serta Chalet Peladang Tioman, di Pulau Tioman, Pahang.Sempena MAHA dan HPPNK, LPP melancarkan portal e-ahli iaitu sistem permohonan keahlian PPK secara online. Pameran kejenteraan di Laman Jentera turut mendapat sambutan menggalakkan. Nilai jentera dan peralatan yang telah dijual bernilai RM2,420,000. Manakala melalui gerai jualan, seramai 19 orang usahawan tani di bawah bimbingan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

PPK diberi peluang mempromosi dan membuat jualan produk-produk keluarannya sepanjang 10 hari MAHA dan HPPNK. Nilai jualan keseluruhan direkodkan melebihi RM120,000.

Impak Penganjuran

Natijah hasil penganjuran MAHA/HPPNK begitu banyak sekiranya dianalisis dan dinilai secara terperinci. Bagi ahli-ahli Pertubuhan Peladang yang mempunyai daya tahan dan dayasaing serta berkeinginan untuk memajukan diri maka banyak perkara yang boleh dimanfaatkan dari pameran pertanian ini. Teknologi terkini yang dipamerkan sebagai contohnya boleh membantu menambah nilai pengeluaran sediada.

Kerajaan turut memberi ruang dan peluang seluas-luasnya dalam pemasaran hasil pertanian mereka melalui pemadanan perniagaan. Mereka boleh mengadakan pakatan strategik dengan syarikat-syarikat yang berjaya bagi memasarkan hasil pengeluaran. Ini turut menuntut supaya kualiti hasil pengeluaran dipertingkatkan. Transaksi jualan yang mencecah lebih RM23 juta menunjukkan peluang pemasaran dalam bidang pertanian dan industri asas tani amat menggalakkan dan mempunyai masa depan yang cerah serta tidak harus dilepaskan begitu sahaja.

Kewujudan peralatan dan teknologi hasil inovasi dan kreativiti yang dipamerkan boleh digunapakai dalam

bidang usaha mereka. Ini termasuklah kejenteraan ladang dan peralatan serta mesin dalam industri asas tani. Hasil pemerhatian di pameran MAHA dan HPPNK, mereka mampu membuat sendiri inovasi kepada peralatan sediada yang mereka miliki sekarang sekiranya mempunyai kreativiti dan kepakaran yang tinggi.

Kerajaan juga turut berusaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan tani. Kerajaan membuka ruang seluas-luasnya kepada usahawan tani terutamaya dalam merevolusikan pertanian dengan menggalakkan kreativiti dan inovasi. Maka, inilah masanya untuk usahawan tani memantapkan usaha yang dijalankan bagi membuktikan kepada Kerajaan bantuan yang disediakan dimanfaatkan sepenuhnya.

Dapat disimpulkan bahawa penganjuran MAHA dan HPPNK dapat memberi kesan mendalam. Sekurang-kurangnya ilmu yang diperolehi dipameran tersebut dapat dijadikan tanda aras atau petunjuk dan memotivasikan diri bagi memantapkan bidang usaha. Semuga pameran pertanian ini dijadikan sebagai salah satu wadah dalam mentransformasikan sektor pertanian negara.

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Rashid bin Haji Abdul Rahman, Pengerusi Pertubuhan Peladang

Kebangsaan (NAFAS) melahirkan perasaan penuh kesyukuran ke atas prestasi yang ditunjukkan oleh NAFAS sejak kebelakangan ini. Prestasi kewangan NAFAS pada tahun kewangan 2009 menunjukkan pencapaian yang membanggakan. NAFAS meneruskan kecemerlangan dalam tahun 2010 dan membuat perancangan yang lebih mantap dalam tahun 2011. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras barisan pengurusan NAFAS dan sokongan semua Pertubuhan Peladang terutamanya

melalui struktur Pertubuhan Peladang 3 peringkat

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) merupakan Pertubuhan Peladang induk dalam struktur Pertubuhan Peladang 3 peringkat ini. Kewujudan struktur Pertubuhan Peladang 3 peringkat ini berasaskan undang-undang dan peraturan Pertubuhan Peladang melalui peruntukan dalam Seksyen 3(1), (2), (3) dan Seksyen 18A, 18B dan 18C Akta 109, Akta PP 1973. Peranan NAFAS amat mencabar terutamanya dalam melaksanakan projek-projek berskala besar yang

boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada 14 buah Pertubuhan Peladang Negeri, 274 buah Pertubuhan Peladang Kawasan dan lebih 770,000 orang ahli peladang seluruh negara.

Sehingga kini, NAFAS sedang melaksana projek-projek ekonomi yang berskala besar seperti pengilangan baja sebatian, pembekalan kejenteraan ladang, pemasaran hasil pertanian, pengedaran baja, perladangan dan penyertaan ekuiti melalui anak-anak syarikat. NAFAS juga turut menjadi peneraju dan pengembleng kepada isu-isu yang menyentuh kepentingan ekonomi dan sosial warga peladang.

DENGAN PENCAPAIAN SEMASADENGAN PENCAPAIAN SEMASANAFAS BANGGA

Oleh: Rosly bin Abdul Rahman

NAFAS BANGGA

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

Untuk tahun kewangan 2009, perolehan NAFAS telah meningkat kepada RM980 juta dengan keuntungan bersih sebanyak RM22.7 juta. Ini merupakan peningkatan sebanyak 17.7 peratus dibandingkan dengan tahun sebelum. Manakala di peringkat kumpulan pula, NAFAS berjaya mencatatkan perolehan sebanyak RM1.2 billion dengan

keuntungan berjumlah RM107 juta. Ini merupakan peningkatan sebanyak 26 peratus berbanding perolehan sebelum. Selaras dengan itu, keuntungan terkumpul NAFAS sebelum pengagihan adalah sebanyak RM112 juta meningkat dari RM103 juta.

Justeru dengan pencapaian ini, nilai bersih pada 31 Disember 2009 bagi Pertubuhan dan Kumpulan meningkat pada kadar 35 peratus. Nilai bersih Pertubuhan dan Kumpulan ialah

masing-masing sebanyak RM436.3 juta dan RM462.7 juta. Ini menjadikan dana pemegang saham adalah 33 kali ganda modal saham berbayar yang berjumlah RM12.9 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak meminta supaya NAFAS dapat

melakukan sesuatu yang boleh melonjakkan bidang pertanian. Sebagai sebuah Kerajaan, akan sentiasa memberi sokongan dan apa jua panduan serta peruntukan mengikut kemampuan Kerajaan supaya bidang pertanian negara akan terus dimajukan. Demikian kata-kata yang dizahirkan dalam ucapan perasmian Mesyuarat Tahunan Agong NAFAS Kali Ke 37 pada 14 Disember 2010 di Kuala Lumpur. Turut hadir di majlis tersebut YB Datuk Seri Haji Noh bin Omar,

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Mohd. Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Haji Zainal bin Dahalan, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang dan Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang merangkap Ketua Pendaftar Pertubuhan Peladang dan Koperasi Asas Tani.

Perubahan iklim global masa kini, kata Perdana Menteri, sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengeluaran makanan negara. Walau bagaimanapun, fenomena ini masih belum mengancam secara terus kepada bidang pertanian di Malaysia. Namun sekiranya ianya berlaku berterusan, tentunya akan mengancam bekalan makanan global dan negara turut terkena tempiasnya. Oleh yang

demikian, perancangan dan persediaan yang secukupnya perlu dibuat supaya negara tidak dibebankan dengan kesan fenomena ini. Atas sebab tersebut juga, Kerajaan telah memasukkan bidang pertanian sebagai salah satu daripada 12 bidang di bawah Pelan Transformasi Ekonomi.

“Saya berharap kepada pihak NAFAS supaya dapat menggariskan, mengkaji secara mendalam bagaimana sumbangan NAFAS untuk menjayakan Pelan Transformasi

Ekonomi negara, bagaimana NAFAS boleh memajukan bidang pertanian supaya bidang pertanian yang merupakan salah satu daripada 12 bidang keberhasilan utama negara yang boleh melonjakkan Malaysia kepada sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Cuba kita lihat apakah jenis kegiatan yang tergolong sebagai Pertanian Bernilai Tinggi, mungkin kita boleh fikirkan tentang kegiatan seperti perusahaan dalam bidang akuakultur (ternak air) yang dijalankan secara bersepadu dengan berskala besar seperti ikan hiasan, mungkin perusahaan burung walit, rumpai laut, herba, rempah ratus dan lain-lain lagi”, ujar Perdana Menteri lagi.

Selain saranan daripada Perdana Menteri, NAFAS bersama anak syarikat merancang supaya tahun 2011 dapat mensasarkan perolehan yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM1.01 billion dengan keuntungan bersih dijangkakan sebanyak RM40.6 juta. Aktiviti perniagaan utama yang dijangka menyumbang kepada pencapaian ini adalah pembekalan baja dan kimia pertanian, peralatan kejenteraan pertanian, perladangan sawit di Malaysia dan Indonesia serta kontrak pembekalan ayam daging kepada institusi-institusi Kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Tan Seri Haji Abdul Rashid menjangkakan sebanyak 300,000 tan metrik baja akan dibekalkan kepada pengguna di mana sebahagian besarnya di bawah program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Aktiviti pemasaran berstruktur dan khusus juga akan dipertingkatkan pada tahun 2011 dan tahun-tahun berikutnya.

Menurut Tan Seri Haji Abdul Rashid lagi, program pemasaran ayam kepada institusi Kerajaan yang bermula sejak tahun 1980-an masih diteruskan. Di bawah program ini, NAFAS telah berjaya mewujudkan lebih dari 300 penternak bumiputera yang menjadi ahli kepada Pertubuhan Peladang. Jumlah yang dihasilkan di bawah program ini mencapai 75 peratus dari

pengeluaran daging yang dikeluarkan oleh penternak bumiputera.

Disamping menjalankan aktiviti perniagaan, NAFAS tidak pernah lari daripada tanggungjawab sosial melalui beberapa program terancang. Program Khidmat Masyarakat.NAFAS yang memberi keutamaan kepada ahli Pertubuhan Peladang, menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dengan menawarkan khidmat nasihat, bimbingan dan kebajikan yang akan dapat meningkatkan sosio ekonomi masyarakat peladang. Dalam tahun 2010, lebih RM1 juta telah dibelanjakan oleh NAFAS bagi tujuan tersebut.

Antara program-program yang dijalankan termasuklah;

• Subsidi harga makanan ayam di bawah skim payung pemasaran ayam daging untuk menjamin ahli-ahli yang terlibat dengan perusahaan ternakan ayam daging terus berjalan.

• Program sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

• Penglibatan dalam Mesyuarat Agong Pertubuhan Peladang dan Yayasan Pelajaran Peladang.

• Program Mesra Peladang dan Jalinan Tani untuk melahirkan pengusaha sawah dalam pengurusan penanaman padi.

• Mengembleng sumbangan Pertubuhan Peladang terutama bagi membantu mangsa banjir.

• Akan melancarkan Tabung Bencana Peladang bagi meringan beban peladang yang ditimpa bencana seperti banjir dan kemarau.

Dari segi kepimpinan Pertubuhan Peladang, Tan Seri Haji Abdul Rashid berkataww belum sepenuhnya dapat menarik minat peladang-

peladang muda untuk menyertai Pertubuhan Peladang. Golongan ini dilihat sebagai pelapis kepimpinan Pertubuhan Peladang di masa hadapan yang sepatutnya mula mendekati Pertubuhan Peladang sebagai sebuah organisasi yang menjadi payung kepada ahli-ahli peladang. Melalui gabungan dengan kepimpinan sediada diharapkan dapat memantapkan lagi pergerakan Pertubuhan Peladang.

Untuk lebih berjaya di masa hadapan, Pengerusi NAFAS turut mengingatkan pemimpin-pemimpin peladang di peringkat bawah perlu memainkan peranan yang lebih agresif supaya hasrat Kerajaan dan YAB Perdana Menteri dapat direalisasikan. Pertama, pemimpin Pertubuhan Peladang sewajarnya menjadi penghubung untuk menyampaikan hasrat dan misi Kerajaan hingga ke peringkat akar umbi supaya mesej Kerajaan ini tertanam di dalam ingatan setiap ahli peladang.

Kedua, menyedari akan kebaikan usaha pertanian dijalankan secara berkelompok atau diuruskan secara mini estet makan menjadi tugas pemimpin mencari jalan supaya ianya dapat direalisasikan terhadap projek sawah padi, kelapa sawit, getah dan sebagainya. Pemimpin Pertubuhan Peladang diminta mempromosikan agar tanah sawah terbiar dapat disatu dan dibangunkan serta diuruskan oleh Pertubuhan Peladang. Dengan itu, program khidmat nasihat dan tunjuk ajar perlu disusun secara terancang dan seterusnya dilaksanakan di peringkat Unit Peladang dengan lebih kerap. Melalui pendekatan ini petani boleh mendapat khidmat nasihat dan panduan yang berguna.

Perancangan masa depan NAFAS amat penting dan dibuat secara teliti bagi menentukan kesinambungan kegiatan dan kekukuhan pergerakan Pertubuhan Peladang. Semua ini dilakukan dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi peladang ke arah mewujudkan masyarakat peladang yang mampu berdikari, makmur dan progresif.