- 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/rgh8hziob5thxkpd8tjuh24tvefxmwej.pdfakan dijaga dengan...

3
Berita Transformasi Pertanian Pada tahun 2005, projek ini dipantau, diselia serta mendapat peruntukan dari Jabatan dan Agensi di bawah MOA Inc iaitu LPP, Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Kerajaan Negeri manakala PPK bertindak sebagai agen pengurusan kepada peserta-peserta projek yang terdiri daripada 49 orang ahli PPK dengan keluasan 30 hektar. Tanaman mangga adalah dari Viareti Harumanis yang membolehkan pengeluaran hasil optimum serta mudah dipasarkan. Inovasi yang dilaksanakan bagi memulihkan pokok-pokok mangga yang tua, ialah dengan menebang batang pokok mangga bagi mendapatkan tunas baru. Lima bulan selepas itu, proses pemilihan tunas-tunas terbaik akan dilakukan dari masa kesemasa dan pokok mangga akan dijaga dengan pemberian baja, racun serangga/ kulat, pembersihan kawasan mengikut jadual. Pokok– pokok mangga akan mengeluarkan hasil setelah 4 tahun pengajaan. Pada tahun 2009 projek ini telah mengeluarkan hasil sebanyak 85 metrik tan bernilai RM 510,000.00 dan dipasarkan melalui FAMA serta peraih tempatan. PPK berharap usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Perlis sebagai pengeluar utama mangga harumanis sentiasa berterusan dan lebih banyak kawasan akan diusahakan dengan tanaman ini. Berita Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif 4 Berita Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif KATEGORI TERNAKAN - PPN PERAK Projek Ternakan Lembu Baka secara intergerasi yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak memenangi Anugerah Kategori Pengurusan Projek Terbaik (Kategori Ternakan) tahun 2010. PPN Perak diterajui oleh Encik Ismail bin Haji Salleh selaku Pengurus Besar dan beliau di bantu oleh Encik Hamdan bin Ibrahim Sebagai Pengurus Projek. Projek ternakan Lembu Baka Brakamas ini terletak di Ladang Jaya Baru & Ladang Rakyat (Peladang), Daerah Perak Tengah, Kg. Gajah Perak Darul Ridzuan. Projek ini diusahakan secara Urus Kerja dengan kerjasama Jabatan dan Agensi di bawah MOA Inc melibatkan pihak MARDI, LPP, JPV, FAMA, JPS dan Agro Bank di atas ladang sawit seluas 745 hektar. Projek ini dimulakan pada tahun 2003 dengan 8 ekor baka jantan Brakamas dan 100 ekor betina dari baka KK (Kedah-Kelantan). Lembu diberi makan pomel, pallet dan silaj serta dilepaskan diplot-plot ladang sawit mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada tahun 2009, baka Brakamas yang dihasilkan berjumlah 457 ekor dengan induk baka jantan berjumlah 10 ekor, betina 264 ekor dan 183 ekor anak lembu. Baka- baka lembu dipasarkan kepada peladang-peladang. Nilai jualan pada tahun 2009 adalah berjumlah RM236,059.00 dengan keuntungan RM42,000.00.

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 5

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Pada tahun 2005, projek ini dipantau, diselia serta mendapat peruntukan dari Jabatan dan Agensi di bawah MOA Inc iaitu LPP, Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Kerajaan Negeri manakala PPK bertindak sebagai agen pengurusan kepada peserta-peserta projek yang terdiri daripada 49 orang ahli PPK dengan keluasan 30 hektar.

Tanaman mangga adalah dari Viareti Harumanis yang membolehkan pengeluaran hasil optimum serta mudah dipasarkan. Inovasi yang dilaksanakan bagi memulihkan pokok-pokok mangga yang tua, ialah dengan menebang batang pokok mangga bagi mendapatkan tunas baru. Lima bulan selepas itu, proses pemilihan tunas-tunas terbaik akan dilakukan dari masa kesemasa dan pokok mangga akan dijaga dengan pemberian baja, racun serangga/kulat, pembersihan kawasan mengikut jadual. Pokok–pokok mangga akan mengeluarkan hasil setelah 4 tahun pengajaan.

Pada tahun 2009 projek ini telah mengeluarkan hasil sebanyak 85 metrik tan bernilai RM 510,000.00 dan dipasarkan melalui FAMA serta peraih tempatan.

PPK berharap usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Perlis sebagai pengeluar utama mangga harumanis sentiasa berterusan dan lebih banyak kawasan akan diusahakan dengan tanaman ini.

4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

KATEGORI TERNAKAN - PPN PERAK

Projek Ternakan Lembu Baka secara intergerasi yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak memenangi Anugerah Kategori Pengurusan Projek Terbaik (Kategori Ternakan) tahun 2010. PPN Perak diterajui oleh Encik Ismail bin Haji Salleh selaku Pengurus Besar dan beliau di bantu oleh Encik Hamdan bin Ibrahim Sebagai Pengurus Projek.

Projek ternakan Lembu Baka Brakamas ini terletak di Ladang Jaya Baru & Ladang Rakyat (Peladang), Daerah Perak Tengah, Kg. Gajah Perak Darul Ridzuan. Projek ini diusahakan secara Urus Kerja dengan kerjasama Jabatan dan Agensi di bawah MOA Inc melibatkan pihak MARDI, LPP, JPV, FAMA, JPS dan Agro Bank di atas ladang sawit seluas 745 hektar.

Projek ini dimulakan pada tahun 2003 dengan 8 ekor baka jantan Brakamas dan 100 ekor betina dari baka KK (Kedah-Kelantan). Lembu diberi makan pomel, pallet dan silaj serta dilepaskan diplot-plot ladang sawit mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pada tahun 2009, baka Brakamas yang dihasilkan berjumlah 457 ekor dengan induk baka jantan berjumlah 10 ekor, betina 264 ekor dan 183 ekor anak lembu. Baka-baka lembu dipasarkan kepada peladang-peladang. Nilai jualan pada tahun 2009 adalah berjumlah RM236,059.00 dengan keuntungan RM42,000.00.

4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 5

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

PPN Perak merancang membesarkan projek ini dimasa yang akan datang. Projek ini juga telah memberi faedah lain kepada tanaman kelapa sawit yang dilaksanakan oleh PPN Perak seperti : • Mengurangkankosmerumpai. • Mengurangkanpencemaranalam. • Meningkatkanhasilbuahkelapasawit. • Meningkatkanproduktivitikawasan. • Mempelbagaidanmeningkatkansumber pendapatan.

KATEGORI TERNAKAIR - PPK SUNGAI CHENAAM, PULAU PINANG

Projek ternakan udang dan ikan marin yang diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Chenaam, Pulau Pinang merupakan pemenang Anugerah Kategori Pengurusan Projek Terbaik tahun 2010 bagi Kategori Ternakair. PPK diterajui oleh Encik Zulkiffli bin Muhammad selaku Pengurus Besar serta dibantu oleh Encik Mohamad Shafiee bin Muhamad yang bertindak sebagai Pengurus Projek serta seramai 9 orang pekerja lantikan PPK ditapak projek.

Projek dimulakan pada tahun 1993 manakala tapak projek ini terletak di Sungai Chenaam dengan keseluruhan kawasan seluas 20 ekar. Bilangan kolam ternakan berjumlah 22 buah dimana 12 kolam diusahakan untuk ternakan ikan siakap dan 10 kolam bagi ternakan udang putih. Setiap kolam berkeluasan diantara 0.4 hingga 0.6 hektar dan mampu menampung 30,000 ekor ikan siakap dan 600,000 ekor udang putih.

Projek ini telah mendapat peruntukan dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berjumlah RM 2.4 juta bagi pembangunan infrastruktur, pembinaan kolam, pembekalan paddle wheel, benih ikan dan udang serta makanan ternakair.

4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 5

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

6

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 7

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif6

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Ikan dan udang diberi makan pallet bagi memastikan pembesaran dan membolehkan ia dipasarkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Setiap kolam ternakan ikan siakap boleh menghasilkan 10 metrik tan dan 5 metrik tan bagi udang putih.

Pada tahun 2009, PPK telah Berjaya menghasilkan 122 metrik tan pengeluaran ikan dan udang putih yang menjana pendapatan berjumlah RM1,073,294.00 dengan keuntungan bersih berjumlah RM57,480.00

Ikan siakap dan udang putih keluaran PPK mampu dapat menampung permintaan pasaran tempatan serta dipasarkan kepada pemborong-pemborong tempatan. PPK bercadang untuk mewujudkan satu pusat latihan yang moden bagi ternakan udang dan ikan siakap kepada latihan industri kepada anak-anak ahli.

KATEGORI SAYUR-SAYURAN - PPK SEMERAK, KELANTAN

Anugerah Pengurusan Projek terbaik bagi kategori sayur-sayuran tahun 2010 telah dimenangi oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semerak, Kelantan Darul Naim. Diterajui oleh Encik Mozamir bin Hussin dan di bantu seramai 9 orang kakitangan LPP dan 10 orang kakitangan PPK. Tapak projek vitato terletak di Lot 158, Kg Kuala Semerak, Pasir Puteh, Kelantan. Projek ini telah diusahakan oleh PPK sejak 2009 dengan keluasan 10 hektar dan pada tahun 2010 bertambah kawasan seluas 20 hektar lagi.

Pemilihan awal peserta dibuat oleh PPK melalui penglibatan Ketua Unit Kampung Kuala Semerak sendiri. Tawaran menyertai projek ini terbuka kepada semua ahli PPK Semerak dan perlu memenuhi 2 syarat utama iaitu

6

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif6

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

pertama, menunjukkan kesungguhan dan mempunyai minat untuk bertani dan kedua, memiliki tanah sama ada milik sendiri atau disewa. Pada tahun 2009 projek ini telah mengeluarkan hasil sebanyak 250 metrik tan bernilai RM175,000.00. PPK Semerak yakin untuk meneruskan projek tanaman vitato ini untuk pusingan berikutnya mengikut modus operandi yang ditetapkan oleh PPK. Pengeluaran hasil akan ditingkatkan selari dengan pertambahan kawasan tanaman. Ini akan dapat membantu mengatasi masalah permintaan yang tinggi terhadap produk ini dan persediaan sebagai pembekal kepada kilang memproses tepung vitato yang bakal dibina di Besut, Terengganu.