ternakan itik telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dskadhmhzm16... · titik pulang...

16
Bil 8/2011 Edisi OGOS Ternakan Itik Telur – Sumber Pendapatan Tambahan Ternakan Itik Telur – Sumber Pendapatan Tambahan

Upload: ngodat

Post on 25-Aug-2018

406 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Bil 8/2011 Edisi OGOS

Ternakan Itik Telur – Sumber Pendapatan TambahanTernakan Itik Telur – Sumber Pendapatan Tambahan

Page 2: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Ternakan Itik Telur – Sumber PendapatanTambahanBidang ternakan kini semakin mendapat perhatian untuk di usahakan. Kebiasaannya

ternakan yang popular adalah jenis unggas dan ruminan. Pendapatan yang lumayan dapat dijana sekiranya perlaksanaan dan pemasaran dapat dilakukan dengan sempurna. Kebanyakan ternakan komersial yang diusahakan di Malaysia adalah seperti ternakan lembu,kambing dan ayam. Sungguhpun demikian Malaysia kini masih lagi mengimport masuk bekalan makanan.

Oleh : Annie Laily Binti Arif, LPP Ibu Pejabat

Melihat kepada bekalan makanan dalam negara yang kurang mencukupi, maka kerajaan menyarankan agar pelbagai aktiviti ternakan komersial dilaksanakan. Bagi menyahut cabaran ini, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas mengambil inisiatif untuk menjadi pembimbing kepada projek ternakan itik telur. PPK Pitas telah diberi tanggungjawab sebagai ejen pelaksana untuk projek ternakan itik telur dibawah bimbingan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Projek ini adalah salah satu projek dibawah ‘KPI Menteri’.

PPK Pitas adalah antara PPK yang mendapat kepercayaan untuk memberi bantuan kepada 18 orang peserta untuk melaksanakan projek ternakan itik telur. Projek dikendalikan oleh peserta sendiri dengan bantuan dan khidmat nasihat dari anggota PPK. Bagi membantu memudahkan peserta, hasil produk ini akan dibeli semula oleh PPK untuk dipasarkan. Sehingga kini hasil projek dipasarkan adalah di sekitar Pitas, Kota Marudu, Kota Kinabalu dan Tawau. Setiap peserta projek diberi bantuan dengan kos permulaan sebanyak RM 10,000 termasuk baka dan reban bagi seorang peserta. Projek ini telah

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Page 3: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

mula dilaksanakan pada tahun 2009. PPK Pitas turut menjadi contoh kepada PPK lain di Sabah atas kejayaan membimbing penternaknya sehingga berjaya.

Pemilihan Baka

Aspek pemilihan baka amat penting, ia perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana pemilihan baka adalah faktor penting untuk menentukan pengeluaran telur yang berkualiti. Di Malaysia, antara baka yang sesuai adalah kacukan ‘Khaki Champbell’ dari Thailand, Taiwan dan Australia. Jenis ‘Khaki Champbell’ merupakan salah satu jenis yang paling produktif masa kini berbanding dengan itik jenis lain seperti ‘Indian Runners’ dan ‘Taiwan Tsaiya’. Untuk mendapatkan telur itik yang berkualiti dan baik, maka ciri-ciri pemilihan baka perlu dilihat secara terperinci. Berikut adalah ciri-ciri itik penelur yang berkualiti :

• Mempunyaidayahidupyangtinggi.

• Bebasdarikecacatan.

• Beratteluryangdihasilkanadalah65–75gmsebiji.

• Kulitteluradalahkeras.

• Warna kuning telur adalah kemerah-merahan.

• Saiz badan itik adalah sederhanadan mempunyai berat antara 1.3 – 1.8 kg semasa bertelur.

Rumah dan Peralatan Ternakan

Sama seperti ternakan ayam, ternakan itik juga perlu mempunyai kelengkapan untuk habitatnya. Rumah dan peralatan

UMUR JENIS MAKANANKANDUNGAN

Protein Tenaga

0.- 2 minggu ‘duck starter’ 20% 2,700 – 3,000

2 – 3 minggu ‘duck starter’ dicampur

dengan ‘duck grower’

- -

4 – 16 minggu ‘duck grower’ 16% 2,500 – 2,800

16 minggu dan

semasa bertelur

‘layer’ 17% 2,600 – 2,900

yang betul diperlukan untuk memelihara tahap kesihatan dan kualiti itik. Peredaran udara yang sempurna dan baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas ammonia dari najis itik. Saiz rumah juga perlu bersesuaiandengan jumlah itik yang diternak supaya dapatmembesar dengan sempurna. Saizyang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi. Dari segi kemasan rumah, reban itik seeloknya didindingkan lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. Pintu reban perlu dibuat dengan menghala ke kawasan lapang supaya itik-itik yang dikurung pada malam hari selamat dari musuh dan tidak bertelur di merata kawasan. Rumah itik juga perlu

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

Page 4: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

mempunyai rekabentuk yang sesuai untuk memudahkan penternak membersih, merawat dan mengumpul telur.

Selain itu, peralatan yang diperlukan untuk ternakan itik ini adalah seperti bekas makanan/minuman, sarang bertelur, bekas telur, baldi, skop pembancuh makanan dan sebagainya. Rumah dan peralatan yang selesa dan mencukupi penting untuk mendapatkan hasil telur yang elok.

Pemakanan

Antara faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ternakan adalah pemakanan. Pemakanan boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari aspek ekonomi, bahan makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu, penternak mestilah peka dan pandai memilih jenis bahan makanan yang baik dan sekaligus dapat membantu menjimatkan perbelanjaan dalam perlaksanaan projek. Kebiasaaannya, makanan untuk ternakan itik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu bahan

makanan komersil dan makanan campuran sendiri. Bagi bahan makanan komersil, ia disediakan mengikut peringkat umur itik serta dilengkapi dengan kandungan protein dan tenaga yang bersesuaian seperti jadual disebelah.

Untuk bahan makanan komersil pula, ia memerlukan satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluandari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan yang berkualiti. Penggunaan bahan campuran adalah berbeza dari makanan komersil.Antara bahan yang diperlukan ialah beras hancur, dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, ‘layer premix’ vitamin dan galian, batu kapur, jagung, ‘synthetic pigment’ dan lain-lain.

Mengawal bahan makanan adalah amat penting dalam penternakan itik. Ia perlu dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh dilakukan dengan melihat berat badan itik supaya bersesuaian dimana berat semasa bertelur bagi seekor itik adalah 1.3kg hingga 1.75kg.

Kesihatan dan Kawalan Penyakit

Itik yang tergolong dalam kelompok unggas. Ia amat berpotensi untuk diserang penyakit. Antaranya penyakit yang biasa menyerang ternakan itik adalah ‘duck cholera’, ‘salmonellosis’, ‘pollurom’ dengan berak kapur, ‘botulismus’ dan penyakit cacing yang boleh menyebabkan kematian. Untuk itu, pencegahan yang rapi perlu dilakukan oleh penternak untuk mengelak dari mengalami kerugian akibat penyakit. Kawalan harus dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit. Pencegahan tersebut adalah seperti :

• Menjaga kebersihan ladang setiapmasa.

• Memberimakananyangbaru,bermutudan tidak berkulat.

• Memberi air bersih dimana iamengandungi ubat ‘antistress’.

• Itik yang menunjukkan tanda sakitperlulah diasingkan untuk rawatan.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

Page 5: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

• Mencuci reban dengan pembasmikuman seperti Lysol, lindoress sebelum ketibaan anak-anak itik yang baru.

Selain aspek pemilihan baka, rumah dan peralatan serta kesihatan dan kawalan penyakit. Faktor pengurusan yang cekap juga amat penting. Ini perlu dilakukan bagi mendapatkan telur itik yang sihat dan berkualiti. Apsek pengurusan adalah merangkumi persediaan sebelum ketibaan anak itik, pemeliharaan semasa perindukan, pengurusan semasa membesar dan pengurusan semasa bertelur. Keperluan pengurusan ini perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan projek tersebut berjaya.

Penghasilan kepada telur itik yang segar adalah dari penjagaan dan pemeliharaan yang sempurna oleh penternak. Namun begitu terdapat juga faktor yang tidak dapat dikawal seperti bencana alam. Pengurusan rekod yang baik juga penting untuk mengetahui kedudukan projek, untung/rugi projek, titik pulang modal dan sebagainya.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

Page 6: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

Jana Pendapatan“Hendak seribu daya,

Tak hendak seribu alasan, Mahu seribu cara, Tak mahu seribu dalihan”. Berpegang kepada kata-kata pujangga di atas, seorang penoreh getah pawah beranak tiga, yang tersenarai sebagai peserta e-Kasih, berusia akhir 30-an, telah memulakan langkah pertama untuk mengubah nasib diri dan keluarga dengan mengusahakan projek ternakan ayam kampung bantuan kerajaan dikawasan rumahnya di Kampung Bekok, Kuala Krai Kelantan pada akhir November 2010.

Pemilihan beliau sebagai seorang peserta e-Kasih adalah ekoran daripada pengumuman kerajaan bahawa Parlimen Kuala Krai diisytiharkan sebagai Parlimen Angkat kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) pada tahun 2008, dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan kepada 100 orang penduduk miskin tegar. Ini selaras dengan pendekatan kerajaan, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” di mana MoA telah menetapkan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada YB Menteri ialah meningkatkan pendapatan Golongan Berpendapatan Rendah.

Untuk merealisasikan hasrat kerajaan berkenaan, beberapa projek ekonomi pertanian telah diberikan secara pakej kepada 100 orang peserta terpilih dengan nilai bantuan sebanyak RM10,000.00 seorang. Semua peserta diwajibkan menghadiri Kursus Pembangunan Modal Insan dan Kursus Teknikal sebelum melaksanakan projek, termasuklah En Mohd Zulkafli bin Che Man. Selainitu, peserta juga dibimbing dan projek mereka dipantau serta diselia oleh Jabatan dan Agensi teknikal yang terlibat dalam bidang masing-masing. Manakala

FAMA dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pemasaran hasil-hasil yang dikeluarkan.

En Zulkafli yang memulakan projekternakan ayam kampung pusingan pertama sebanyak 600 ekor telahmengurus dan menjaga ternakan dengan baik dimana daripada jumlah ayam yang diternak, hanya 4 ekor sahaja yang mati. Ini disebabkan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh beliau terhadap projek, dan atas inisiatif serta hasrat beliau untuk lebih berjaya, dengan sedikit nasihat dan idea yang diberikan oleh PPK Kuala Krai, beliau telah memasarkan sendiri ayam-ayam yang diternak. Hasilnya beliau telah memperolehi pendapatan jualan ayam pusingan pertama sebanyak lebih daripada RM6,000.00sedangkanpesertalainhanyamemperolehi antara RM2,000.00 hingga RM3,500.00sahaja.

Sejakdariitu,Zulkaflitidakmenolehkebelakang lagi. Ternakan pusingan kedua dimulakan pada pertengahan Februari 2011 dengan memasukkan sejumlah 1,000 ekor anak ayam. Selain itu, bagi memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi untuk menampung permintaan

Oleh : Mohamad Noor Saidi bin Seman, PPK Kuala Krai

Ternakan Ayam Kampung

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

Page 7: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

semasa, beliau telah mewujudkan 3 orang mantee (penternak ayam kampung) dibawah kelolaannya sendiri dikawasan berdekatan. Dalam usaha mengembangkan lagi pemasaran dan sebagai memenuhi permintaan yang semakin meningkat, beliau telah membuat perjanjian tidak rasmi dengan PPK Kuala Krai, dimana beliau telah dilantik sebagai agen pemasar ayam kampung yang diternak oleh semua peserta e-Kasih yang lain. Sehingga kini, beliau telah membeli kesemua ayam kampong daripada 10 orang penternak yang terlibat, yang semuanya adalah peserta program e-Kasih. Kesemua ayam yang dibeli adalah dijual sebagai ayam proses segar dengan kadar harga antara RM9.00 hinggaRM9.50/kg.Kini beliauboleh berbangga kerana beliau telah dikenali di Kuala Krai sebagai pembekal utama ayam kampong.

Setelah mengusahakan projek ini selama 4 bulan, En Zulkafli telahberhenti daripada menjadi penoreh getah dan menumpukan masa sepenuhnya terhadap usaha yang dijalankan ini. Dan Alhamdulillah, sehingga akhir Mei 2011, beliau telah memperolehi nilai jualan ayam kampung terkumpul sebanyak

hampir RM50,000.00 dengan puratajualansebulansebanyakRM12,500.00.

Dalam tempoh itu, telah dapat dilihat beberapa perubahan kemajuan dan impak yang telah dicapai oleh En Zulkafli,diantaranya:

• Membeli sebuah motorsikal terpakaiuntuk mengangkut ayam proses ke pasar dengan harga RM2,500.00secara tunai.

• Melantik 4 orang pekerja untukmemproses ayam yang ditempah.

• Melantik seorang ejen pemasar diPasar Borong Kuala Krai berasaskan komisen.

• Membeli sebuah freezer berhargaRM800.00 untuk penyimpanan ayam sembelih.

• Telah membina sebuah rebantambahandengankapasiti850ekor.

• Beliau dilantik sebagai penceramahmengenai ternakan ayam kampung dalam kursus-kursus anjuran LPP Kelantan.

Disebabkan permintaan yang semakin bertambah namun keupayaan memproses ayam memakan masa yang agak panjang, maka beliau telah memohon kredit daripada PPK Kuala Krai sebanyak RM1,500.00untukmembelisebuahmesinmencabut bulu ayam, dan dengan adanya mesin berkenaan, beliau kini telah mempu memproses ayam dalam tempoh masa yang singkat dan dapat membekal ayam proses ke pasaran dengan segera dan dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan cekap dan dalam masa yang diperlukan.

Menurut En Zulkafli, pada masaini beliau menghadapi sedikit masalah berkaitan modal pusingan terutama sekali apabila pembelian ayam-ayam dari peserta yang dilakukan dalam kuantiti yang besar dan kos untuk makanan bagi ayam yang diternak sendiri. Pada masa ini beliau telah memperolehi pinjaman daripadaTEKUNsebanyakRM5,000.00namun masih tidak dapat menampung kos operasi. Oleh itu, beliau kini sedang berurusan untuk membuat Pendaftaran Perniagaan yang mana dengannya nanti, isteri beliau akan menggunakannya untuk membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

Page 8: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

RM50,000.00. Bagi menyokongpermohonan pinjaman ini, beliau amat memerlukan Surat Perakuan atau Surat Perlantikan Sebagai Usahawan Mikro daripada pengurusan LPP.

Apabila ditanya mengenai petua bagaimana untuk memastikan projek ayam kampung ini berjaya, En Zulkaflimenggariskan petua berikut:

• Rajin memerhati tabiat ayam padasetiap masa, siang dan malam.

• Amalkansistempenjagaanyangbaikdan sistematik.

• Tidak lokek untuk membeli ubat-ubatan dan vitamin.

• Seringberkongsiilmudenganrakan-rakan penternak.

• Rajinbertanyadanberurusandenganjabatan dan agensi.

• Palingpenting,semangatmestitinggi,kental dan sabar.

Saranan dan nasihat beliau kepada semua peserta program e-Kasih, walau berada di mana sahaja, bersyukurlah kepada Allah kerana kita sebenarnya terpilih untuk berubah dan telah diberi jalan olehNya untuk merubah nasib diri dan keluarga kita. Tinggal lagi, jagalah projek dan usahakan projek yang diberi oleh kerajaan dengan sebaik mungkin agar kita benar-benar berjaya merubah nasib kita kearah yang lebih baik. Ingatlah, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib kita, melainkan kita sendiri berusaha untuk mengubahnya”.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

Page 9: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

Program transformasi merupakan salah satu pendekatan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk mengembleng ahli dalam bentuk sosial. Pelbagai aktiviti

yang boleh diadakan bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan mendedahkan ahli dengan informasi terkini berkisar dunia pertanian. Satu pendekatan yang boleh membawa kepada inovasi buat semua peladang. Melalui pendekatan tersebut, maka Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Sungai Petani telah melaksanakan Program KarnivalRiaPeladang.Iatelahdiadakanpada25Meihingga30Mei2011bertempatdi perkarangan pejabat PPK Merbok. Turut diadakan ’booth’ jualan dan pameran yangmelibatkan lebih39gerai jualan,15geraipamerandari jabatan sertageraiproduk usahawan. Mula beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam.

Program Karnival Ria Peladang – Impak Baru Kepada Ahli

sebegini akan menggamit minat dan perhatian ahli untuk turut menyertai dan sama-sama memeriahkan karnival.

Karnival ini berjaya mengamit kehadiran pengunjung luar dan dalam kawasan pengendalian PPK Merbok yang dianggarkan seramai lebih 3,000 orang telah hadir pada setiap hari sepanjang program ini berlangsung. Pelbagai aktiviti menarik disusun dari pagi hingga ke

Objektif utama karnival ini diadakan bertujuan menggiatkan aktiviti sosial dan kebajikan kepada ahli PPK dan penduduk sekitar. Selain itu, program ini juga bertujuan merapatkan hubungan antara ahli dan PPK sekaligus menarik perhatian generasi muda mengenali Pertubuhan Peladang itu sendiri, disamping memberi peluang kepada usahawan-usahawan PPK mempromosikan produk-produk pengeluaran masing-masing. Aktiviti

malam pada setiap hari yang melibatkan murid-murid sekolah, golongan muda dan dewasa termasuk aktiviti untuk wanita.

Karnival ini dirasmikan oleh Y.Bhg Dato Haji Badri bin Haji Yunus Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedahpada25Mei2011 jam9.30pagisebelum Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 33 berlangsung. Majlis perasmian ini dihadiri kira-kira seramai 200 orang

NorAfzanbintiAbdulJabar

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

Page 10: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

termasuk perwakilan dari 27 unit peladang PPK Merbok. Y.Bhg Dato’ Pengerusi PPN Kedah merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan pihak pengurusan PPK Merbok kerana berjaya menganjurkan karnival seumpama Mini MAHA. Ini menjadikan PPK Merbok sebagai PPK pertama di negeri Kedah yang mengajurkan program sebegini.

Program ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan dan agensi lain seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Vaterinar, LKIM, Lembaga Kemajuan Nenas Negara, Bomba, FAMA, TEKUN Merbok, Persatuan Nelayan Tanjung Dawai, PPK Sungai Petani, PPK Gurun, Agrobank, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Daerah Yan, Agensi Anti Dadah Kuala Muda, Giat MARA Merbok dan lain-lain. Pendekatan yang diambil oleh PPK Merbok ini merupakan suatu bentuk transformasi bercorak khidmat sosial bagi menangani persepsi masyarakat yang kurang berminat terhadap sektor pertanian.

Sepanjang karnival ini berlangsung, pihak pengurusan telah menyediakan beberapa aktiviti seperti senamrobik melibatkan pelatih PLKN Damai Park, ceramah agama, persembahan nasyid, majlis tahlil dan bacaan yassin melibatkan ahli dan penduduk di sekitar Pekan Merbok, Persembahan Pentomin, Ceramah Penyalahgunaan Dadah, persembahan wayang kulit Seri Asun, persembahan Silat, persembahan dari rumah amal WadiSakinahdanpelbagailagi.PPKMerbokjugamenyediakandewan Seri Peladang kepada pihak Hospital Sultan Abdul Halim bagi mengadakan kempen derma darah. Aktiviti berunsur keagamaan diselitkan sebagai menghayati kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang peladang.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

Page 11: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

Bagi memeriahkan lagi sambutan, turut diadakan sukaneka rakyat yang melibatkan acara seperti Pertandingan Bowling kelapa, pertandingan sepak raga bulatan, pertandingan tarik tali, pertandingan memasak, pertandingan makan jagung bakar dari gerai PPK Merbok, pertandingan teka berat buah nangka dan sebagainya. Disamping itu tidak ketinggalan acara sukaneka bagi kanak-kanak, antara pertandingan yang diadakan adalah seperti tiup belon sampai pecah, isi air dalam botol, bowling kelapa, kerusi berirama, tiup belon paling besar dan pelbagai lagi acara menarik yang disediakan. Paling menarik apabila pihak penganjur turut memberi peluang kepada kanak-kanak kurang upaya (OKU) untuk menyertai acaran khas sukaneka dikalangan mereka. Kerjasama, keakraban dan semangat perpaduan jelas dapat dilihat melalui aktiviti sebegini. Selaras dengan saranan kerajaan untuk semua pegawai perkhidmatan awam perlu merapatkan diri dengan masyarakat juga telah tercapai.

Acara yang paling banyak menarik penyertaan sepanjang program karnival berlangsung adalah acara cabutan bertuah dimana pengunjung layak mendapat satu kupon bagi setiap pembelian melebihi RM 10.00 dari Kedai Peladang PPK Merbok. Cabutan bertuah diadakan pada setiap hari jam 2.30 petang dan acara kemuncak pada 29 Mei 2011 juga pada waktu yang sama. Pelbagai hadiah menarik disediakan seperti beras, minyak, hamper, barangan elektrik dan peralatan pertanian kecil seperti mesin rumput. Bagi hadiah utama,pemenang telah menerima satu set sofa, diikuti dengan mesin basuh di tempat kedua, dan sebuah mesin rumput di tempat ketiga.

Pada kesempatan ini,turut diselitkan penganugerahan kepada Ketua Unit terbaik yang telah banyak menyumbang tenaga dan idea bagi mengaktifkan unit peladang masing-masing. Pemilihan dibuat berasaskan penglibatan unit paling aktif, program yang dijalankan di peringkat unit dan kerjasama di peringkat unit.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima, pihak penganjur mendapat respon yang baik daripada pengunjung yang hadir termasuk usahawan-usahawan yang telah dapat memasarkan produk masing-masing dimana telah mendapat sambutan yang memberansangkan dari pengunjung. Mereka berharap agar program karnival ini dijadikan sebagai acara tahunan PPK Merbok sebagai salah satu cara untuk meraikan semua ahli dalam program berbentuk sosial ini. Penganjuran program ini dianggap berjaya memandangkan semua respon positif yang diberikan. PPK Merbok telah berjaya menjayakan satu perkhidmatan dari sepuluh perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk membantu ahli-ahli.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

Page 12: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

“Buruh, Nelayan dan juga Petani,Gaya hidup kini dah berubah,Anak-anak terasuh mindanya,Lahir generasi bijak pandai”

Kedai Input Pertanian PPK Padang Siding:

Menyusun StrategiMeningkatkan Prestasi

“Saya sentiasa mahukan pentadbiran kerajaan ini prihatin terhadap keluh kesah dan rintihan golongan seperti petani dan nelayan. Kita faham akan jerih payah mereka menongkah arus kehidupan, memugar tanah dan bergelut dengan badaidemimencarirezeki..”ujarPerdanaMenteri ketika menyampaikan ucapan di Parlimen.

Berdasarkan ucapan di atas, jika dilihat melalui konteks Pertubuhan Peladang (PP) pula, ahli adalah menjadi keutamaan kepada PP selaku penyedia perkhidmatan. Menyedari hakikat berkenaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Padang Siding, turut sama dalam memastikan segala perancangan dan perlaksanaan dibuat dan disusun dengan sebaiknya bagi memastikan kepuasan ahli kepada perkhidmatan PPK adalah terlaksana. Bagi menjayakan hasrat berkenaan, sebuah Kedai Input Pertanian telah dibina di perkarangan pejabat PPK bagi menjalankan aktiviti jualan dan pembekalan bahan input pertanian kepada ahli-ahli di PPK Padang Siding, Perlis.

Jika dihayati baris awal dalam bait lagu “Keranamu Malaysia” ini, jelas menunjukkan golongan nelayan dan juga petani diberi fokus sebagai kumpulan sasar kepada kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan ini kepada yang lebih baik lagi sesuai dengan peredaran masa kini.

Sesungguhnya, komitmen kerajaan tidak terhenti di situ sahaja dan juga tidak hanya untuk “menyedapkan” lirik dalam lagu patriotik berkenaan sahaja, bahkan ianya dizahirkan melalui pendekatandan juga inisiatif-inisiatif yang diambil kerajaan dalam membantu golongan petani,penternak dan peladang untuk peningkatan taraf hidup yang lebih sempurna. Melalui pendekatan yang diambil dengan sentiasa mengutamakan rakyat sepertimana slogan yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato’ Sri Mohd. Najib binTunHajiAbdulRazak iaitu“Rakyatdidahulukan, Pencapaian diutamakan”, golongan seperti petani dan juga masyarakat peladang tidak dipinggirkan dalam pentadbiran beliau.

Kedai Input Pertanian ini dibina dengan keluasan 20’ x 30’. Ia menyediakan perkhidmatan jualan yang menempatkan barang-barang input pertanian seperti racun, baja tanaman, benih padi sah dan peralatan kecil pertanian. Sekaligus, ia merupakan salah satu kemudahan kepada ahli untuk mendapatkan barang-barang berkaitan aktiviti mereka di PPK dan secara tidak langsung membantu menambahkan pendapatan kepada PPK yang akhirnya akan memberi faedah kepada ahli. Kos pembinaan bangunan kedai input ini adalah berjumlah RM 40,000.00 melalui peruntukan yang disalurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada tahun 2009. Kedai input ini berkenaan masih menjalankan aktiviti perniagaannya sehingga kini. Dengan adanya kedai input ini, secara tidak langsung ianya menjadi tarikan kepada ahli-ahli untuk terus berkunjung ke PPK disamping merapatkan, hubungan antara ahli dengan PPK supaya semakin erat dan kukuh.

Sejak operasi kedai input pertanian ini dijalankan, sokongan daripada ahli-ahli sangat baik dan menggalakkan. Keadaan ini dapat dilihat daripada prestasi yang ditunjukkan seperti dalam jadual di bawah bagi tempoh 3 tahun seperti berikut;

Oleh:MohdHafizatulAkmalbinIshak

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

Page 13: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

TAHUN NILAI JUALAN (RM)

2008 141,692.88

2009 148,004.00

2010 165,255.80

Berdasarkan kepada data yang dipaparkan, nilai jualan jelas menunjukkan peningkatan ketara berikutan impak daripada kewujudan kedai input ini. Selain itu, data yang ditunjukkan ini juga, dapat disimpulkan bahawa tahap keyakinan dan kesedaran ahli terhadap fungsi yang dimainkan oleh PPK adalah baik dan menyakinkan. Sesungguhnya, usaha ini adalah hasil daripada sokongan para peladang serta sokongan padu diberikan oleh Ahli Jemaah Pengarah PPK yang diterajuiolehYMDato’TengkuAzizbinTengku Jaafar selaku Pengerusi AJP telah memberi satu suntikan semangat ke atas pengurusan PPK untuk menjayakan usaha murni ini.

Pastinya, kewujudan kedai input seumpama ini dilihat telah memberi sumbangan serta faedah bermakna buat seluruh ahli peladang untuk turut serta dalam memastikan kelangsungan kejayaan yang diukir melalui pembekalan barang bekalan ladang oleh PPK. Sebagai sebuah kedai input pertanian, pastinya pengurusan PPK tidak akan sesekali untuk membiarkan kedai input ini akan terus lesu dan sekadar untuk dijadikan sebagai pusat untuk mengedar racun insentif kerajaan semata-mata atau dibiar seperti tempat penyimpanan racun sahaja. Bahkan, ianya akan direncana sebaiknya dan diberi fungsi dan tugas selaras dengan namanya yang juga kedai input itu sendiri.

Pengupayaan dan juga beberapa strategi telah disusun dan sentiasa ditambahbaik bagi memikirkan supaya jualan barang bekalan ladang dari kedai ini terus mendapat tempat di hati ahli peladang dan juga masyarakat amnya.

Dalam dunia perniagaan, pergantungan kepada sesuatu kelompok masyarakat sahaja adalah merupakan sesuatu yang berisiko jika tidak ditambah dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi. Justeru, langkah untuk mempromosikan barang-barang bekalan ladang termasuk peralatan kecil peladang, bukan sahaja dihebahkan kepada ahli-ahli peladang sahaja, bahkan ianya turut disebarkan ke seluruh sekolah-sekolah berhampiran, jabatan-jabatan kerajaan lain, premis-premis serta masyarakat berkenaan kedai input PPK yang bersedia untuk menerima tempahan dan membuat pembekalan. Bagi mencapai matlamat supaya jualan input terus diperkukuhkan di PPK, maka langkah promosi melalui penyebaran

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

Page 14: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

‘flyers’, kempen di unit-unit peladang,penyediaan kain rentang di hadapan PPK untuk menarik perhatian ramai turut dilaksanakan. Selain itu, ruangan kedai input bahagian perniagaantani turut diminta untuk mengenalpasti keperluan-keperluan yang sentiasa menjadi kepentingan kepada pelanggan supaya sentiasa ada untuk mengekalkan kesetiaan para pelanggan. Rentetan itu, sedikit kajian serta usaha memperluaskan perniagaan dengan tidak hanya tertumpu kepada bahan bekalan untuk industri tanaman padi semata-mata tetapi juga bertindak untuk menyediakan bahan bekalan kepada pengusaha tanaman sayuran, getah dan mempelam. Keperluan ke atas tanaman berkenaan turut diberi perhatian dan kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti jenis permintaan ke atas bahan bekalan sebelum menempatkan barang-barang berkenaan.

Bagi memastikan kedai input ini terus mendapat tempat di hati pelanggan, operasi kedai input ini juga dibuka setiap hari antara pukul 8.30 pagi sehingga jam 4.30 petang kecuali hari sabtu dan ahad yang merupakan hari cuti perlepasan am. Pendekatan oleh pegawai PPK untuk turun padang untuk bertemu dengan para peladang di sawah dan unit peladang merupakan salah satu kaedah untuk mendekati kumpulan sasaran. Keperluan untuk menempatkan barang

bekalan ladang di kedai berkenaan tidak hanya mengikut citarasa pihak pengurusan PPK semata-mata malah ia adalah hasil maklumbalas yang diterima dari pelanggan. Sehingga kini reaksi positif yang diterima dari pelanggan adalah memuaskan. Usaha-usaha untuk meningkatkan tahap keyakinan pelanggan sentiasa diteruskan serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Penyediaan perkhidmatan yang baik serta bersifat mesra pelanggan sentiasa menjadi keutamaan PPK dalam memastikan pelanggan yang datang berurusan di kedai input ini sempurna, tidak ada rungutan atau kritikan untuk beralih ke kedai lain bagi mendapatkan bekalan.

Sesungguhnya, usaha yang berterusan dalam memastikan kedai input yang telah dibina ini sentiasa unggul serta menepati citarasa pelanggan, strategi pemasaran serta pendekatan yang luar biasa sentiasa diperkemas dan dilihat secara komprehensif oleh pengurusan PPK. Rentetan itu, bagi memastikan PPK akan dapat memainkan peranannya sebagai penyedia perkhidmatan serta pembekal kepada barang bekalan ladang dapat dimantapkan disamping memberi perkhidmatan yang terbaik buat seluruh ahlinya. Akhirnya pelanggan dapat melihat peranan penting PPK yang dimainkan diperingkat kawasan untuk terus mampan dan mendapat kepercayaan pelanggan.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

Page 15: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

PROGRAM TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGOleh:WahyudibinBaharudin,LPPIbuPejabat.

7 Julai 2011

Lawatan Kerja Pengerusi LPP ke LPP Kelantan

Pengerusi LPP, Yang Bahagia Dato’ Zainal bin Dahalan telah membuat lawatan kerja ke LPP Negeri Kelantan. Pengerusi juga membuat lawatan ke projek PPK seperti Kilang Sabut, Kilang padi Kangkong dan Projek TEMAN. Pada Malamnya Pengerusi menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Peladang Negeri Kelantan di Hotel Rena Zone, Kota Bharu.

7 Julai 2011

Majlis Perasmian dan Taklimat Bengkel Retreat Pelan Korporat LPP/PP dan Penyusunan Semula Penempatan Anggota LPP

Ketua Pengarah LPP, Yang Hormat Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu telah merasmikan Majlis Perasmian dan Taklimat Bengkel Retreat Pelan Korporat LPP/PP dan Penyusunan Semula Penempatan Anggota LPP di Hotel Seri Malaysia, Genting Hingland, Pahang.

12 Julai 2011

Kerjasama antara Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. Dengan NAFAS

Pengerusi LPP, Yang Bahagia Dato’ Zainal bin Dahalan telah dilantik sebagai pengantara bagi perbincangan Kerjasama antara Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. dengan Nafas bertempat di Ibu Pejabat Nafas, Petaling Jaya, Selangor.

16 Julai 2011 (petang)

Majlis Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Ahli – Ahli Peladang Sempena Lawatan Kerja ke Sabah

Ketua Pengarah LPP, Yang Hormat Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu turut serta dalam Lawatan Kerja Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Ahli – Ahli Peladang ke Sabah.

21 – 25 Julai 2011

Program Kecemerlangan dan Kecergasan MoA 2011

Seramai 50orang anggota telahdihantar untukmewakiliLPPdi Sukan Dwi Tahunan MoA yang telah diadakan bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Page 16: Ternakan Itik Telur - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/dsKadhmHzm16... · titik pulang modal dan sebagainya. Lahir Peladang Progresif Berita 6 Transformasi Pertanian Jana

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian16

Penaung :Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat :Haji Ramli bin SalikanHaji Mohd. Salim bin Haji Taha

Ketua Pengarang :Haji Md. Zahari bin Abdullah

Penyunting :Azizan bin Haji OthmanAnnie Laily bt Arif

Edisi Internet :Haninah bt Abd. RahmanShahzunizam bin Zulkafli

Grafik :Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto :Ishak bin Abd. Rahman

Diterbitkan oleh :Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C, Pusat Bandar Damansara,50460 Kuala Lumpur.

Edaran Majalah Transformasi :Nik Mazri bin Mat YusofMohd Haniff bin Asim@HasyimNaharuddin bin Abdul RahmanWahyudi bin BaharudinAdnan bin IsmailShafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari :Http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :OMR Press Sdn. Bhd.Tel : 03-8024 6396

“ Lahir Peladang Progresif ”

23 Julai 2011

Majlis “Program Karnival Peladang Kelantan 2011”

Majlis “Program Karnival Peladang Kelantan 2011” telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut dihadiri oleh Ketua Pengarah LPP, Yang Hormat Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu. Majlis telah diadakan di PPK Chetok, Pasir Mas, Kelantan.

30 Julai 2011

Majlis Perasmian Penutup HPPN Peringkat Negeri Perlis

Pengerusi LPP, Yang Bahagia Dato’ Zainal bin Dahalan telah menyempurnakan Majlis Penutup HPPN Peringkat Negeri Perlis mewakili Menteri Besar Perlis.