big+ppg+sop-manual-outdoor

Upload: wendy-peterson

Post on 03-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BIG+PPG+SOP-Manual-Outdoor

TRANSCRIPT

SOP (Standard Procedure Operation) Dan Manual Aktiviti Keyakinan Di Air

SOP(Standard OPERATION Procedure) Dan Manual Aktiviti Keyakinan Di AirPANEL PENGGUBAL KURIKULUMBINA INSAN GURU-PPGPUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK [ PPA ]IPGM CYBERJAYA(SOP) AKTIVITI KEYAKINAN DI AIRLatar Belakang Aktiviti

Masa:2 jam bagi setiap ahliLokasi:Kem Raudah, Teluk Nipah, Pulau PangkorPeserta: 20 orangPersonal: Ketua Jurulatih - 1 orang Jurulatih - 2 orang Pembantu Jurulatih - 2 orang Jurumudi Bot - 1 orang Peralatan: Jaket Keselamatan - 26 helai Bot Penyelamat - 1 buah First Aid - 1 set Rescue Ring - 2 unitObjektifMengenalpasti langkah langkah persediaan, keselamatan, dan mengaplikasikan kemahiran mengapungkan badan.Menguji ketahanan mental dan fizikal serta keyakinan diri.Menghayati dan menikmati keindahan alam semulajadi.Menguasai kemahiran berenang berdasarkan aktiviti yang diberikan

Sebelum AktivitiJurulatih

Mengenal pasti tempat atau lokasi aktiviti berkenaan.Mengenal pasti keadaan cuaca dan musim.Berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan maklumat aktiviti.Bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang peserta, agihan kumpulan dan aktiviti yang ingin dijalankan.Peserta

Berpakaian yang sesuai untuk berada di air . Gunakan baju berlengan panjang dan berkasut sewaktu berenang.Peserta WAJIB memakai jaket keselamatan sepanjang masa tidak kira pandai atau tidak tentang berenang.Peserta hanya dibenarkan mengapungkan badan berkumpulan. Setiap pergerakan mesti mendapat kebenaran jurulatih terlebih dahulu.Peserta mestilah berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental.

PeralatanAlat kelengkapan seperti rescue ring, jaket keselamatan dan sebagainya hendaklah dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Kadar bilangan peralatan dan peserta hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan. (membuat pemeriksaan 5 hari sebelum digunakan) TaklimatCorak aktivitiPakaianMakanan dan minumanWaktu solatLangkah-langkah keselamatan

SEMASA AKTIVITI Aktiviti yang dicadangkan

Sejarah Jaket Keselamatan

Bahagian-bahagian Jaket Keselamatan Cara membawa Jaket Keselamatan

Cara memakai Jaket Keselamatan Panduan dan keterangan aktiviti

Sejarah Jaket Keselamatan

Pengenalan

Bahagian Jaket Keselamatan

Memilih atau cara memilih Jaket Keselamatan yang sesuai

Teknik memakai Jaket Keselamatan yang betul

Keselamatan Di Air Situasi semasa mementingkan keselamatan 100%Membuat tindakan yang tepat untuk mengelakkan kemalanganElakkan panik semasa kecemasanBekerjasama dan tidak memntingkan diriKeyakinan Di AirCara pemakaian jaket keselamatan (BA)Buddy System (berdua-dua)Buat 4 kumpulan (5 peserta setiap kumpulan)Masuk ke dalam air dengan berpegangan tangan mengikut kumpulan.Peserta cuba mengapungkan diri sambil memegang tangan dengan pelbagai variasi sehingga mereka yakin melakukan sendiri. Sebelum itu jurulatih membuat demonstrasi bagaimana cara apungan dilakukan. ( ansur maju dia air yang cetek hinggalah ke air yang dalam)Bila kumpulan sudah yakin peserta boleh melepaskan tangan rakan dan cuba mengapungkan diri sendiri dengan pengawasan jurulatih (dalam kawasan kawalan)

Cara BerenangLatihan fizikal dengan menggunakan tangan.

Asas berenang.

Latihan di air yang cetek untuk mendapatkan kontek renangan dan apungan.

Renangan ke hadapan dan kebelakang.

Berhenti dan apungan.

Aktiviti Semasa Berenang Di AirBerenang mengikut arah/panduan yang ditetapkan.Bergerak ke hadapan dengan satu baris lurus diketuai oleh seorang jurulatih.Mempelajari isyarat/simbol berenang.Isyarat berhentiIsyarat penentu arah haluanIsyarat panggil balik (call off)Isyarat panggil balik kerana kecemasan (emergency call).Isyarat semua peserta dalam keadaan baik (OK).Mini ekspedisi ke check point yang ditentukan mengikut kumpulan.Menyelamat (rescue).Selepas AktivitiMemastikan semua peserta selamat tiba di pengkalan

Penyenggelaraan alatanPastikan bilangan alatan mencukupi.Membersih dan menyimpan alatan yang digunakan dengan sempurna.Melapor alatan rosak atau hilang untuk tindakan selanjutnya.

Sesi refleksiSoal jawab kelemahan dan kekurangan.Menerangkan rasional aktiviti yang dijalankan.

Bacaan doa

Pengetahuan Dan KemahiranMengetahui teknik aktiviti berenang dan mengapungkan badan

Mengetahui pernafasan di air

Mengetahui cara bagaimana mengapungkan diri menggunakan BA

Mengetahui bagaimana mengendalikan peralatan di air dengan teknik yang betul RumusanMembina dan meningkatkan keyakinan diri

Peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam mata pelajaran.

Peserta dapat menghargai dan mencintai alam sekitar

Memahami cara berenang dan boleh mengapungkan diri

Manual aktiviti keyakinan di airPENGENALAN

Keyakinan di air adalah aktiviti wajib yang perlu dipelajari sebelum peserta dibenarkan masuk ke tasik, laut atau yang lain-lain yang melibatkan aktiviti air seperti kayak dan snorkeling. Semasa aktiviti ini dijalankan, para peserta perlu memakai Buoyancy Aid (Alat apungan) yang mempunyai Cop Sirim, tahan 6 jam dalam air atau lebih dikenali sebagai jaket keselamatan. Para peserta akan diajar cara yang betul untuk memakai BA agar tahap keselamatan para peserta terjamin. Terdapat juga wisel di dalam poket kecil BA bertujuan untuk penggunaan ketika terdapat sebarang kecemasan. Adalah penting bagi setiap para peserta untuk mempunyai keyakinan ketika berada di dalam air agar para peserta tidak panik dan tahu cara-cara untuk mengapungkan badan dan menyelamatkan diri ketika berlakunya sebarang kecemasan.ALATAN KEYAKINAN DI AIRBuoyancy Aid

Rescue Ring

Bot Penyelamat

PROSEDURPastikan para peserta mengetahui cara pemakaian jaket keselamatan (BA)

Hendaklah sentiasa mengamalkan cara Buddy System (berdua-dua)

Para peserta masuk ke dalam air dengan memegang tangan mengikut kumpulan dan bentuk badan

Peserta cuba mengapung diri

TEKNIK KEYAKINAN DI AIR

Teknik Pemakaian BA

* Para peserta perlu belajar cara memakai BA dengan betul.

* Pastikan ikatan pada BA ketat dan tidak longgar

Teknik Apungan Di Darat

Para peserta belajar cara apungan di daratPeserta baring dan cuba untuk tenangkan diriCuba untuk mempelajari agar tidak panik ketika berada di dalam air

Keyakinan Di Air

Sentiasa mendengar arahan dari jurulatihBeratur atau berada dalam kumpulan masing-masingRendamkan kaki dan basahkan muka untuk merasa air

Apungan Kawasan Cetek

Dalam kumpulan peserta cuba apungkan diriUlang semula jika kaki mencecah tanah.Sentiasa berpegangan tangan sesama rakan.

Gerakan Tangan

Para peserta cuba untuk menggerakkan tangan Cuba untuk mengawal apunganBergerak dengan manghayun tangan kiri kanan

Apungan Kawasan Dalam

Bergerak dalam kumpulan dan sentiasa berpegangan tanganDalam bulatan cuba mengapungkan badan

Keyakinan Di Air

Melakukan teknik apungan masing-masing (dipantau oleh jurulatih.Para peserta boleh bergerak setelah berjaya menguasai teknik apungan

PANEL PENGGUBAL KURIKULUM BIG-PPGBil.NamaJabatan / Institut1Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd,RashidPenyelarasPengarahPusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM2En.Baharuddin bin Ab. LatiffPen.PenyelarasPusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM3En. Ahmad Sukri b. MustaffaAhliIPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman4Tuan Haji Ruslan bin SaadAhliIPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman5En. Mohamad Hafedz b. SallehAhliIPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman6En. Hishamuddin bin HassanAhliIPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT7En.Zakaria bin MustaffaAhliIPG Kampun Bahasa Melayu, Kuala Lumpur8Tuan Haji Norhizan b. ZainolAhliIPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT9En.Zulkapli bin WaginiAhliIPG Kampus Ilmu Khas, Kuala LumpurSEKIAN, TERIMA KASIH