1.0 big ppg panduan pelaksanaan

41
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: mary-phang

Post on 29-Oct-2015

188 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

BIG Sem 5

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa mulai Oktober 2012

Page 2: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2

2. Falsafah Pendidikan Guru 2

3. Model Konseptual Pendidikan Guru 3

4. Pengenalan Program Bina Insan Guru 6

5. Matlamat dan Objektif Program BIG PPG 8

6. Objektif Modul Pelaksanaan BIG PPG 9

7 Struktur Pelaksanaan BIG PPG 10

8 Agihan Tajuk dan Bidang 10

9 Jawatankuasa Pelaksanaan dan Bidang Tugas 13

10 Senarai Tugas Jawatankuasa 15

11 Jadual Pelaksanaan Program BIG PPG 16

12. Panduan dan Prosedur Pelaksanaan 18

13 Peraturan dan Arahan Tetap Program Perkhemahan BIG PPG 22

14 Spesifikasi Tajuk Bina Insan Guru PPG 24

15 Prosedur Keselamatan 26

16 Panel Modul 29

- 1 -TERHAD

Page 3: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta

menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang

bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

- 2 -TERHAD

Page 4: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah

Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah

di bawah:

Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri,

kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan

seperti berikut:

- 3 -TERHAD

Page 5: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Ketuhanan :Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya

dan patuh kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan :Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan.

Kendiri :Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya

ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru

berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan

kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai

keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan

mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang

diperjelas seperti berikut:

Pengetahuan: Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori

pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber

berkaitan bidang pengajian.

- 4 -TERHAD

Page 6: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Kemahiran : Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam

pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam

pelaksanaan pengajaran pembelajaran; dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran

yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar.

Nilai : Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan

patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat serta memiliki dan menampilkan

nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika

Keguruan Malaysia.

- 5 -TERHAD

Page 7: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

PROGRAM BINA INSAN GURUBAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU

Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan

dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi

menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan

intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan

teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat

negara.

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia

ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik,

menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika

dan moral yang tinggi.

Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen

untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan

profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

- 6 -TERHAD

Page 8: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru

yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program

ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam

tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing –masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang,

pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah

pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki

kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran

pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah

dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di

kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul

ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

- 7 -TERHAD

Page 9: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-

nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun

Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha

berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan

guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Perkhemahan I yang akan dilaksanakan pada

awal semester pertama. Aktiviti perkhemahan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan

kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG PPG. Fokus aktiviti perkhemahan

ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang

berbeza.

2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti

3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya

keguruan.

5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri

yang sesuai.

6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

- 8 -TERHAD

Page 10: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial.

8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara

berkumpulan.

9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil

tindakan penambahbaikan secara berterusan

3. OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG PPG

Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

3.1. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG PPG di Institut-Institut Perguruan di Malaysia

3.2. Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG PPG di Institut-Institut

Perguruan Malaysia

3.3. Memastikan pelaksanaan BIG PPG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang

ditetapkan.

.

- 9 -TERHAD

Page 11: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

4. STRUKTUR PELAKSANAAN BIG PPG

Bil Performa BIG PISMP Sem.1 Sem.2 Sem.3 Sem.4 Sem.5 Sem.6Jumlah

Jam

1 Peringkat Pkt 1 Pkt 2 Pkt 3 Pkt 4

2 Tahun Pelaksanaan 2012 2013 2014 2015

3 PPG 45 10 10 35 10 10 120

5. AGIHAN TAJUK DAN BIDANG

Peringkat SemesterPerlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah

Jam Catatan

2 4 dan 5 WAJ 3114 ( Ceramah / Aktiviti Kemasyarakatan ) Pro Forma Fasa 2 (10 Jam )

- 10 -TERHAD

Page 12: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Peringkat SemesterPerlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah

Jam Catatan

1. Aktiviti di IPG ( IPG Based ) Taklimat Umum BIG ( 1 Jam ) Taklimat Ceramah ( 1 Jam ) Taklimat Kemasyarakatan ( 1 Jam )

2. Ceramah - A. Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang ( kumpulan

sasaran - rakan sejawat ) i. Guru sebagai insan muliaii. Kualiti peribadi dan profesionalisma seorang

guru.iii. Pembelajaran berterusan dan seluas hayat.

B. Guru dan Hubungan Komuniti ( kumpulan sasaran - masyarakat setempat )

i. Cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan.

ii. Guru sebagai agen perubahan masyarakat.iii. Hubungan sekolah dan komuniti ke arah

pembangunan pendidikan.

C. Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme ( kumpulan sasaran - rakan sejawat )

i. Pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia

ii. Guru reflektif menjana keberkesanan tugas.iii. Etika dan moral profesional.iv. Dasar dan wawasan pendidikan dan

implikasinya kepada peranan dan tanggungjawab guru.

3

2

3 Jam dilaksanakan di IPG

Dilaksanakan di sekolah ( school based )

Pelajar PPG boleh memilih tajuk A, B atau C untuk dilaksanakan

Pelajar PPG sebagai pelaksana.

- 11 -TERHAD

IPG

Page 13: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Peringkat SemesterPerlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah

Jam Catatan

3. Aktiviti Kemasyarakatan A. Khidmat sosial ( sasaran adalah murid sekolah )

i. khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas dan lain-lain)

ii. bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam)

iii. gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat komuniti, khidmat kebajikan dan lain-lain).

4. Refleksi dan pelaporan untuk aktiviti 1 dan 2

3

2

Dilaksanakan di sekolah ( school based ) atau persekitaran setempat.

Pelajar PPG boleh memilih tajuk i, ii atau iii untuk dilaksanakan

Pelajar PPG sebagai Ketua Pelaksana.

WAJ 3114 ( Bengkel / Aktiviti Kemasyarakatan ) Pro Forma Fasa 3 (10 Jam )

1. Aktiviti di IPG ( IPG Based ) Taklimat Umum BIG ( 1 Jam ) Taklimat Ceramah ( 1 Jam ) Taklimat Kemasyarakatan ( 1 Jam )

2. Bengkel ( kumpulan sasaran - murid sekolah ) Bengkel Etiket dan Sosial

a. Pengucapan awamb. Kesantunan berbahasac. Tertib / adab di meja makan

i. Pengendalian Majlisii. Etika berpakaian

3

3

3 Jam dilaksanakan di IPG

Dilaksanakan di sekolah ( school based )

Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang SATU tajuk untuk dilaksanakan

3. Aktiviti Kemasyarakatan ( kumpulan sasaran – murid ) a. Khidmat kepada komuniti

i. Kelas tambahan

3 Dilaksanakan di sekolah ( school based )

Pelajar PPG boleh memilih

- 12 -TERHAD

IPG

Page 14: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Peringkat SemesterPerlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah

Jam Catatan

ii. Klinik subjek bimbingan / pembelajaraniii. Kempen kesedaran ( AADK, ASNB dan

sebagainya )4. Membuat refleksi dan pelaporan bagi aktiviti 2 dan 3

1

sekurang-kurang SATU tajuk untuk dilaksanakan

Pelajar PPG dikehendaki membuat pelaporan

- 13 -TERHAD

Page 15: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

6. JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS

Struktur Jawatankuasa Induk Program Bina Insan Guru Peringkat Sekolah / Institusi

Pengerusi : Guru Besar

Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan KK

Setiausaha : Pelajar PPG ( Program Pensiswazahan Guru )

Bendahari : ( Lantikan sekolah )

Ahli Jawatankuasa :

i. Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral ( Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Moral )

ii. Pengerusi Jawatankuasa Peralatan ( Ketua Panitia Pend.Jasmani & Kesihatan )

iii. Pengerusi Jawatankuasa Makanan ( Lantikan sekolah )

iv. Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti ( Lantikan sekolah )

v. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan keselamatan ( Lantikan sekolah )

- 14 -TERHAD

Page 16: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA

Bil Jawatankuasa Bidang Tugas

1. Pengerusi (Guru Besar) Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk dan mesyuarat perancangan BIG PPG

Menentukan dasar-dasar pelaksanaan BIG PPG peringkat IPG Mengawal selia perancangan program Pemantauan pelaksanaan program Melantik jawatankuasa kerja BIG PPG

2. Timbalan Pengerusi (Penolong Kanan Ko-Kurikulum )

Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Induk dan mesyuarat perancangan BIG PPG ( b/p Guru Besar )

Mengawal selia perancangan program Pemantauan pelaksanaan program Melantik jawatankuasa kerja BIG PPG

3. Setiausaha (Pelajar PPG ) Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG PPG Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi

luar yang terlibat Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG PPG Menyediakan laporan penilaian BIG PPG Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program Menyediakan laporan keberkesanan program dan menganalisis

dapatan.

- 15 -TERHAD

Page 17: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

7. CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) PERINGKAT 2

1.1. Jadual Pelaksanaan : Aktiviti Ceramah / Bengkel

Hari

Masa0800 8.30 1000 1030 1230 2.00 2.30 3.30 4.00 5.00

1

Pen

dafta

ran

Slot 1Pembinaan Insan Guru Seimbang

LADAP

Kudapan

Slot 2Guru Dan

Akauntabaliti Profesional

LADAP

Re

hat

Pen

dafta

ran

Gotong RoyongAktiviti

Kemasyarakatan di Sekolah

reha

t

Gotong RoyongAktiviti

Kemasyarakatan di Sekolah

Ber

sura

i

2

Slot 1Bengkel Etiket

( Pelajar ) KudapanSlot 2

BengkelAktiviti Khidmat

MasyarakatKelas Tambahan

Aktiviti Khidmat Masyarakat

Kelas Tambahan

- 16 -TERHAD

Page 18: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

2. PANDUAN DAN PROSEDUR PELAKSANAAN

8.1. PERANCANGAN AWAL DAN PERSEDIAAN PROGRAM

Program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti perkhemahan yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan

dapat dibuat dengan teliti dan sistemetik. Oleh sebab itu, pihak Jawatankuasa Kerja program perlu mengadakan

perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan

sesudah program dijalankan.

Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:

a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja

b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan

c. Memilih dan menentukan lokasi dan tapak perkemahan

d. Merancang pengisian aktiviti program perkhemahan

e. Merancang perbelanjaan catuan bahan basah dan kering

f. Taklimat dan merancang latihan asas kepada peserta kursus

g. Memberi taklimat kepada jurulatih / fasilitator dan urusetia

h. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan

i. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan

- 17 -TERHAD

Page 19: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

3. TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN

SEBELUM PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan

1. Taklimat Pertama Program BIG PPG Kepada Pelajar

Selepas Minggu Pengurusan Pelajar Baru1. Rasional BIG PPG2. Objektif BIG PPG3. Model Konseptual BIG PPG (Rujuk

sukatan BIG PPG)4. Struktur Organisasi5. Penulisan Refleksi / Folio6. Persiapan awal7. Etika Peserta BIG PPG 8. Keadaan Fizikal9. Peralatan10. Status Kesihatan11. Kuatermaster makanan12. Kuatermaster peralatan13. Kebajikan dan Keselamatan14. Jadual Pelaksanaan

Dikendalikan oleh Penyelaras Program BIG PPG IPG

2. Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan BIG PPG

Perancangan Pelaksanaan Program1. Lokasi Program2. Tarikh Program3. Lawatan Tapak4. Perhubungan luar5. Peralatan6. Pembahagian tugas Kem Komander

/Jurulatih / Fasilitator7. Kos8. Kebajikan / makanan

Pelajar PPG dengan Jawatankuasa Pelaksana BIG PPG peringkat sekolah.

- 18 -TERHAD

Page 20: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SEMASA PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan

1. Taklimat kepada peserta perkhemahan

1. Memperkenalkan Jurulatih / Fasilitator Siri BIG PPG kepada peserta.

2. Pembahagian Tugas kepada peserta 3. Keadaan Fizikal4. Peralatan5. Status Kesihatan6. Kuatermaster makanan7. Kuatermaster peralatan8. Kebajikan dan Keselamatan9. Jadual Pelaksanaan10. Pergerakan Aktiviti11. Disiplin Peserta12. Peraturan Perkhemahan13. Jadual Aktiviti14. Pembahagian Nombor Peserta

(Numbering).

Pelajar PPG

2. Pelaksanaan Aktiviti 1. Arahan tetap yang merangkumi prosedur sebelum aktiviti.

2. Melaksanakan semua komponen dalam jadual

3. Penilaian dan penulisan refleksi

Ketua Jurulatih / Jurulatih / Fasilitator

- 19 -TERHAD

Page 21: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU

Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan

1. Taklimat Penutup Siri BIG PPG 1. Protokol acara penutup siri BIG PPG2. Perbarisan3. Penyerahan Bendera4. Ucapan Ketua Kumpulan5. Ucapan VVIP

Ketua Jurulatih / Jurulatih / Fasilitator /

2. Tindakan sebelum perjalanan pulang

1. Membersihkan peralatan dan kawasan perkhemahan.

2. Memastikan peralatan adalah dalam keadaan yang baik.

3. Pemulangan peralatan dengan amaun yang sama.

4. Menyusun peralatan.5. Pemulangan kad nombor.

Peserta di bawah pemantauanKetua Jurulatih / Jurulatih / Fasilitator

SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU

Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan

1. Tindakan Selepas perkhemahan

1. Membuat refleksi / laporan perlaksanaan BIG PPG

2. Menyediakan dokumentasi audio/video untuk tujuan pelaporan dan penilaian

3. Menyiapkankan portfolio.4. Surat Penghargaan kepada agensi

yang membantu program BIG PPG (cth:

Penyelaras Program BIG PPG IPG

- 20 -TERHAD

Page 22: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin, Penghulu)

5. Post- Mortem dan Laporan Ketua Jurulatih

4. PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM PERKHEMAHAN BIG PPG

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya

program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.

Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:

1. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti

BIG PPG.

2. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama

lain.

3. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang

perkhemahan .

4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk

waktu solat.

5. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan.

6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau

memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)

7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.

8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.

- 21 -TERHAD

Page 23: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar.

10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.

11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang

perkhemahan adalah ditegah.

12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang

memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.

13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan.

14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 11.00 malam.

16. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.

17. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan.

18. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.

19. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.

20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.

21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator.

22. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

23. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

24. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa

Keselamatan / Urusetia.

PERINGATAN

Pelajar PPG dikehendaki berada bersama pelajar dari mula sehingga tamat aktiviti perkhemahan dan pada setiap aktiviti yang dijalankan.

Kenderaan kecemasan perlu disediakan dan berada sepanjang masa di kawasan perkhemahan.

- 22 -TERHAD

Page 24: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SPESIFIKASI TAJUK BINA INSAN GURU PPG

TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI

1. Perkhemahan BIG PPG

Aktiviti:

1. Menguruskan aktiviti perkhemahan.

- Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas

- Pembinaan khemah, penyediaan dan penyajian makanan

- Pembubaran khemah

2. Malaysia cergas dan patriotik.

- Nyanyian patriotik

- Menaikkan bendera

- Kawad kaki

- Senamrobik / aktiviti kalistenik

3. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

- Ice Breaking

- Personaliti Guru dan Konflik Personaliti

- Realiti persekitaran

- Realiti diri dan motivasi keguruan

Berjiwa merdeka dan perkasa

Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.

Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Membina kemahiran mengurus perubahan diri, organisasi, dan persekitaran.

Kerohanian dan akhlak keguruan

Mengenali dan menilai potensi diri insan guru

- Potensi kendiri

- Personaliti kerjaya

- Citra diri insan guru

Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.

Pembangunan insan guru yang seimbang.

Berilmu, beramal dan berbakti

Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.

45 jam.

- 23 -TERHAD

Page 25: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI

- Perubahan sikap

- Pembinaan self-esteem

4. Kembara dan Orienteering

- Berjalan merentas rimba

- Berjalan lasak

- Aktiviti penghayatan alam

- Penggunaan kompas dan peta lakaran

- Penyelesaian masalah

5. Tazkirah / aktiviti moral

6. Persembahan kumpulan

7. Refleksi

- Refleksi aktiviti

- Refleksi umum

Menghayati konsep kerja sebagai ibadah dan hidup berbakti.

Berakauntabiliti dan amanah

Berakauntabiliti kepada profesion keguruan

Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran berkenaan.

Berdaya tahan yang tinggi

Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi,rohani dan sosial.

Kreatif dan inovatif

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan berupaya menjana pemikiran baru.

Membuat refleksi secara kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan.

- 24 -TERHAD

Page 26: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

PROSEDUR KESELAMATAN BIG PPG PISMP

SEBELUM AKTIVITI

1. Pelajar PPG

a. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga.

b. Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB.

c. Taklimat pelaksanaan BIG PPG Jurulatih, dan semua AJK.

d. Taklimat pelaksanaan BIG PPG peserta / pelajar

e. Memilih & Memastikan tapak perkhemahan

f. Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan

g. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis,Bomba dan Penyelamat dan hospital

terdekat

h. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas

i. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut

j. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama

k. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG PPG

l. Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik

m. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan

- 25 -TERHAD

Page 27: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SEMASA AKTIVITI

1. KEM KOMANDANa. Tiba lebih awal di tapak perkhemahan

b. Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan eletrik

c. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktiviti

d. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar

e. Taklimat kepada peserta/ pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan

f. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan

g. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini / waktu

kecemasan

2. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN

a. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti

b. ”Head Count” untuk memastikan semuanya selamat

c. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan

d. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan

e. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandan

f. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat

g. Memberi penerangan tentang keselamatan diri

h. Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti

i. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti

- 26 -TERHAD

Page 28: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SELEPAS AKTIVITI1. KEM KOMANDAN

a. Menerima Laporan ketua jurulatih

b. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan

c. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan

d. Menerima Laporan Kuarter Master Makanan

e. Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari.

f. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1hari selepas perkhemahan

g. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik

h. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG PPG contoh Polis,

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Hutan dan lain-lain lagi

i. Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian.

j. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan perkhemahan dihantar kepada mentor kuliah

berkenaan di IPG masing-masing ( Mesti dihantar pada interaksi bersemuka berikutnya )

- 27 -TERHAD

Page 29: 1.0 BIG PPG Panduan Pelaksanaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIANBUKU PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG

November 2012

Bil. Nama Jabatan / Institut

1 Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd,Rashid PenasihatPengarahPusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM

2 En.Baharuddin bin Ab.Latiff Penyelaras Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM

5 En. Mohamad Hafedz b. Salleh AhliIPG Kampus Darulaman, Jitra,Kedah Darul Aman

4 Tuan Haji Ruslan bin Saad AhliIPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg.Petani Kedah Darul Aman

5 Tuan Haji Mohamad Noor bin Awang Ahli IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan

6 En.Hishamudin bin Hassan Ahli IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu DT

7 En.Sudin bin Sarmin Ahli IPG Perlis, Behor Pulai, Perlis

HAK CIPTA TERPELIHARAINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

® OKTOBER 2012

- 28 -TERHAD