5.0 big ppg panduan dan jadual pelaksanaanppg10jan2012

47
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: amaltatie

Post on 18-Dec-2015

259 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa mulai Jun 2011

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.Falsafah Pendidikan Kebangsaan2

2.Falsafah Pendidikan Guru2

3.Model Konseptual Pendidikan Guru3

4.Jadual Pelaksanaan BIG PPG 6

5PengenalanProgram Bina Insan Guru6

6.Matlamat dan Objektif Program BIG PPG14

7.Objektif Modul Pelaksanaan BIG PPG15

8.Jawatankuasa Pelaksanaan dan Bidang Tugas16

9Struktur Ahli Jawatankuasa Kerja17

10.Jadual Pelaksanaan Program BIG PPG19

11.Panduan dan Prosedur Pelaksanaan20

12.Peraturan dan Arahan Tetap Program Perkhemahan BIG PPG25

13.Prosedur Keselamatan BIG PPG25

14.Panel Modul33

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah di bawah:

Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan seperti berikut:

Ketuhanan :Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan :Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan.

Kendiri :Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut:

Pengetahuan:Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber berkaitan bidang pengajian.

Kemahiran :Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran pembelajaran; dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar.

Nilai:Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat serta memiliki dan menampilkan nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia.

JADUAL PELAKSAAN BINA INSAN GURUPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )PeringkatSemesterPerlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah JamCatatan

12 dan 3WAJ 3114 ( Perkhemahan 1 )Pro Forma Fasa 1 ( 45 Jam )

A. Aktiviti di IPG ( IPG Based ) Taklimat Umum BIG ( 1 Jam ) Taklimat Perkhemahan ( 1 Jam ) Taklimat Keselamatan di air ( 1 Jam ) Taklimat LDK ( 2 Jam )

1112

5 Taklimat dilaksanakan di IPG oleh Pensyarah kepada pelajar PPG ( 1 pensyarah :30 pelajar )

B. Kem Kepimpinan perkhemahan 2H1M *** Mendirikan khemah Malaysia Cergas Latihan Dalam Kumpulan Kembara / Orienteering Tazkirah dan Moral Persembahan Kumpulan Refleksi Pelaporan Refleksi PersediaanPerkhemahan

22233332551015

40Dilaksanakan di sekolah ( school based ) ***Semua aktiviti ini hendaklah diuruskan/dijalankan oleh pelajar PPG semasa perkhemahan

24 dan 5WAJ 3114 ( Ceramah / Aktiviti Kemasyarakatan ) Pro Forma Fasa 2 (10 Jam )

1. Ceramah A. Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang ( kumpulan sasaran - rakan sejawat ) i. Guru sebagai insan muliaii. Kualiti peribadi dan profesionalisma seorang guru.iii. Pembelajaran berterusan dan seluas hayat.

B. Guru dan Hubungan Komuniti ( kumpulan sasaran - masyarakat setempat ) i. Cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan.ii. Guru sebagai agen perubahan masyarakat.iii. Hubungan sekolah dan komuniti ke arah pembangunan pendidikan.

C. Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme ( kumpulan sasaran - rakan sejawat ) i. Pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan pendidikan bertaraf duniaii. Guru reflektif menjana keberkesanan tugas.iii. Etika dan moral profesional.iv. Dasar dan wawasan pendidikan dan implikasinya kepada peranan dan tanggungjawab guru.

3 Dilaksanakan di sekolah ( school based ) Pelajar PPG boleh memilih tajuk A, B atau C untuk dilaksanakan

2. Aktiviti Kemasyarakatan A. Khidmat sosial ( sasaran adalah murid sekolah ) i. khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas dan lain-lain)ii. bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam)iii. gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat komuniti, khidmat kebajikan dan lain-lain).7 Dilaksanakan di sekolah ( school based ) atau persekitaran setempat. Pelajar PPG boleh memilih tajuk i, ii atau iii untuk dilaksanakan

WAJ 3114 ( Bengkel / Aktiviti Kemasyarakatan ) Pro Forma Fasa 3 (10 Jam )

1. Bengkel ( kumpulan sasaran - murid sekolah ) Bengkel Etiket dan Sosiali. Pengucapan awamii. Kesantunan berbahasaiii. Tertib / adab di meja makaniv. Pengendalian Majlisv. Etika berpakaian3 Dilaksanakan di sekolah ( school based ) Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang SATU tajuk untuk dilaksanakan

2. Aktiviti Kemasyarakatan ( kumpulan sasaran murid ) 1. Khidmat kepada komunitii. Kelas tambahanii. Klinik subjek bimbingan / pembelajaraniii. Kempen kesedaran ( AADK, ASNB dan sebagainya )7 Dilaksanakan di sekolah ( school based ) Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang SATU tajuk untuk dilaksanakan

WAJ3114 ( Perkhemahan II / Khidmat Kemasyarakatan / Kem Motivasi dan Bimbingan ) Pro Forma Fasa 4 1. Perkhemahan II - 3H2M ( kelas bimbingan / motivasi ) a. Penyediaan tapak b. Interaksi dengan komuniti setempatc. Aktiviti kerohanian / moral d. Kem Motivasi / kerjaya / Kem Akil Baligh / Kem Solat / Kem Pintar Cerdase. Malaysia Cergas dan patriotikf. Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )i. Reengineering interpersonalii. EIC (Emotional & Spiritual Competency -interpersonel)35 Dilaksanakan di sekolah ( school based ) 3H2M***Semua aktiviti ini hendaklah diuruskan/dijalankan oleh pelajar PPG semasa perkhemahan

g. Jenis Khidmat Masyarakat i. Khidmat sosial (khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas)ii. gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat komuniti, dan khidmat kebajikan).iii. Bantuan bencana bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam)

Dilaksanakan di sekolah ( school based ) atau masyarakat setempat. Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang satu jenis khidmat masyarakat untuk dilaksanakan

36WAJ3114 ( Bengkel / Lawatan Benchmarking-Sekolah Cemerlang ) Pro Forma Fasa 5 ( 10 Jam )

1. Bengkel ( kumpulan sasaran rakan sejawat ) a. Guru dan Perundangan ( Akta Kanak-kanak ) b. Standard Guru Malaysia ( SGM )c. Akta 550 / Akta Pendidikand. Surat Pekeliling Ikhtisas / Perkhidmatan / Perintah Am Perkhidmatane. NKRA3 Dilaksanakan di sekolah ( school based ) Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang satu tajuk untuk LADAP di sekolah.

2. Lawatan Benchmarking ( sasaran murid sekolah ) a. Lawatan ke sekolah cemerlang ( sekolah harapan Negara / Sekolah Cluster / Sekolah Amanah / Sekolah Bestari / Sekolah Wawasan / Sekolah Berprestasi Tinggi ) i. Ciri-ciri kepimpinan (jenis kepimpinan )ii. Pengurusan ( sistematik, misi sekolah, visi sekolah )iii. Iklim sekolah / Budaya sekolahiv. Infrastruktur / Infostruktur Kurikulum7 Dilaksanakan di sekolah ( school based ) dan berdekatan dengan sekolah anda.

WAJ3114 ( Bengkel / Lawatan Benchmarking-Guru Cemerlang ) Pro Forma Fasa 6 ( 10 Jam ) 1. Lawatan Benchmarking ( kumpulan sasaran - kumpulan pelajar PPG ) a. Inovasi pedagogi Guru Cemerlangb. Amalan pengajaran dan pembelajaran Guru Cemerlangc. Ciri-ciri Profesionalisme dan Komitmen Guru CemerlangLaporan dan Penilaian Reflektif

7 Pelajar PPG secara berkumpulan dalam sesebuah daerah melakukan lawatan Benchmarking

2. Bengkel a. Refleksi WAJIB BIG Peringkat 1 hingga 3b. Majlis Penutupan BIG PPG peringkat IPG

3Dilaksanakan di IPG dengan pensyarah / jurulatih ( 1 pensyarah :30 pelajar )

PROGRAM BINA INSAN GURUBAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

1.PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU

Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.

Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

2.MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Peringkat 1- Perkhemahan I ( 45 Jam ) yang akan dilaksanakan pada semester ke dua dan ke tiga. 5 jam pertama di laksanakan di IPGK dan 40 jam lagi dilaksanakan secara berasaskan sekolah ( school based ). Fokus aktiviti Peringkat 1 ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial.8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.9. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

3. OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG PPG

Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut: a. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG PPG di Institut Pendidikan Guru di Malaysiab. Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG PPG di Institut Pendidikan Guru di Malaysia c. Memastikan pelaksanaan BIG PPG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. .

4.CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKAT SEKOLAH DAN BIDANG TUGAS

Struktur Jawatankuasa Program Bina Insan Guru PPG ( MENGIKUT KEPERLUAN AKTIVITI )

Pengerusi:Guru Pelatih PPG

Timbalan Pengerusi:Penolong Kanan KKSetiausaha:Pelajar PPG ( Program Pensiswazahan Guru )

Bendahari:( Lantikan sekolah )

Ahli Jawatankuasa :

i.Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moralii.Pengerusi Jawatankuasa Peralatan Dilantik mengikut keperluan aktiviti

iii.Pengerusi Jawatankuasa Makananiv.Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti v.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan

SENARAI TUGAS PELAJAR PPG UNTUK PERLAKSANAAN PERINGKAT 1 BIG - PERKHEMAHAN

BilJawatanBidang Tugas

1.

Pelajar PPG Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG PPG Mengadakan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan aktiviti. Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi luar yang terlibat Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG PPG Menyediakan laporan penilaian BIG PPG Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program Menyediakan anggaran perbelanjaan BIG PPG. Menyediakan laporan kewangan pelaksanaan BIG PPG Mengendalikan aktiviti kerohanian / moral Mengenalpasti fasilitator aktiviti kerohanian / moral Menyediakan dan memastikan semua peralatan perkhemahan boleh digunakan. Menyediakan peralatan memasak Menyediakan peralatan siaraya Menyediakan bahan alat tulis Menyediakan peralatan komunikasi Menyediakan peralatan kembara dan orienteering Mengawasi kuantiti bekalan makanan Menyediakan menu makanan Mengawasi kebersihan penyediaan makanan dan mengawal mutu penyediaan makanan Memberi taklimat kepada semua jurulatih dan jawatankuasa. Menyelaraskan semua aktiviti sepanjang perkhemahan. Mengadakan mesyuarat O Group setiap malam Memastikan semua aktiviti sepanjang perkhemahan berjalan mengikut jadual. Sentiasa berada di tapak perkhemahan. Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan jurulatih dan peserta Menjadi pegawai perhubungan dengan pihak luar sepanjang perkhemahan Menjadi pegawai pengiring LO kepada VIP semasa perasmian penutup Merancang dan mengendali aktiviti Memilih dan menentukan jurulatih / fasilitator mengikut kepakaran. Menjadi tempat rujuk bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti. Memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan Menyediakan peralatan kecemasan dan ubat-ubatan Menguruskan pengangkutan peserta ke tapak perkhemahan Menguruskan insuran peserta Menyediakan kawasan selamat bagi setiap program BIG PPG Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURUPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) PERINGKAT 1

Hari/Masa1.00 2.00 petang2.00 4.00 petang4.004.30

4.30 6.30 petang6.30 8.00 malam9.00 11.00

Hari 1Taklimat Penyediaan Tapak Perkhemahan, Ikatan asas & mendirikan khemahPenyediaan dan mendirikan khemahSolat ZohorRehatTaklimat Keselamatan / Panduan Ketika Kecemasan dan Asas bantu MulaPengurusan Diri, Solat dan Tazkirah" Ice Breaking "

Hari / Masa5.30 6.30 pagi6.30 7.30 pagi8.00 10.00 pagi10.00 10.30 pagi10.30 12.30tengahari12.30 2.00 petang2.00 5.00 petang5.00 6.00 petang6.00 8.00 mlm8.00 11.00 mlm

Hari 2Qiyamullai/ tazkirah/ MoralMalaysia Cergas/ Menaikkan Bendera/ Lagu NegarakuAktivitiKUDAPANAktivitiRehat / Solat . MakanAktivitiRehat / SolatMakan MalamAktiviti Malam kebudayaan

Hari 3Majlis Penutupan Rasmi / Menurunkan Khemah dan Pembersihan KawasanBersurai

PANDUAN DAN PROSEDUR PELAKSANAAN

1.PERANCANGAN AWAL DAN PERSEDIAAN PROGRAM Program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan dibuat dengan teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, pelajar PPG perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan.

Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:

a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerjab. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan c. Memilih dan menentukan lokasi programd. Merancang pengisian aktiviti.e. Merancang perbelanjaan f. Memberi taklimat dan merancang latihan asas kepada murid-murid / peserta taklimat kepada jurulatih / fasilitator dan urusetia g. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukanh. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan

2. TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKANSEBELUM AKTIVITI PERINGKAT 1

BilPerkaraIsi KandunganTindakan

1.Taklimat Pertama Program BIG PPG Kepada PelajarA. Taklimat Umum BIGa. Rasional BIG PPGb. Objektif BIG PPGc. Model Konseptual BIG PPG ( Rujuk pro Forma Fasa 1 hingga 6 BIG PPG)d. Struktur Organisasi

B. Taklimat Perkhemahana. Panduan pelaksanaan perkhemahan ( rujuk Buku Panduan Pelaksanaan ) b. Penulisan Refleksi / Folioc. Persiapan awald. Etika Peserta BIG PPG e. Keadaan Fizikalf. Peralatang. Status Kesihatanh. Kuatermaster makanani. Kuatermaster peralatanj. Kebajikan dan Keselamatank. Jadual Pelaksanaan

C. Taklimat Keselamatan di aira. Teori keselamatan di airb. Arahan, ciri dan dan langkah keselamatan di air

D. Taklimat LDKa. Taklimat dan panduan pelaksanaan LDK.b. Cara dan pengendalian LDKc. Bentuk-bentuk permainan LDK

Diadakan di IPG Dikendalikan oleh Penyelaras Program BIG PPG IPG Bahan-bahan taklimat VCD dan LCD Bahan bercetak

2.Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan BIG PPG Perancangan Pelaksanaan Programi. Lokasi Programii. Tarikh Programiii. Lawatan Tapakiv. Perhubungan luarv. Peralatanvi. Pembahagian tugas Kem Komander /Jurulatih / Fasilitatorvii. Kosviii. Kebajikan / makanan Pelajar PPG dengan Jawatankuasa Pelaksana BIG PPG peringkat sekolah.

SEMASA AKTIVITI PERINGKAT 1

BilPerkaraIsi KandunganTindakan

1.Taklimat kepada peserta programi. Memperkenalkan Jurulatih / Fasilitator Siri BIG PPG kepada peserta.ii. Pembahagian Tugas kepada peserta iii. Keadaan Fizikaliv. Peralatanv. Status Kesihatanvi. Kuatermaster makananvii. Kuatermaster peralatanviii. Kebajikan dan Keselamatanix. Jadual Pelaksanaanx. Pergerakan Aktivitixi. Disiplin Pesertaxii. Peraturan Perkhemahanxiii. Jadual Aktivitixiv. Pembahagian Nombor Peserta (Numbering).

Urusan pelajar PPG

2.Pelaksanaan Aktivitii. Arahan tetap yang merangkumi prosedur sebelum aktiviti.ii. Melaksanakan semua komponen dalam jadualiii. Penilaian dan penulisan refleksi

Urusan pelajar PPG

3.Penutup Aktivitii. Protokol acara penutup siri BIG PPGii. Perbarisaniii. Ucapan VVIP

Urusan pelajar PPG

4.Tindakan sebelum perjalanan pulang1. Membersihkan peralatan dan kawasan perkhemahan.2. Memastikan peralatan adalah dalam keadaan yang baik.3. Pemulangan peralatan dengan amaun yang sama. 4. Menyusun peralatan.

Urusan pelajar PPG

SELEPAS AKTIVITI PERINGKAT 1

BilPerkaraIsi KandunganTindakan

1.Tindakan Selepas Aktiviti1. Membuat refleksi / laporan perlaksanaan BIG PPG2. Menyediakan dokumentasi audio/video untuk tujuan pelaporan dan penilaian( Rujuk Pentaksiran BIG PPG ) 3. Menyiapkan portfolio.4. Surat Penghargaan kepada agensi yang membantu program BIG PPG (cth: Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin, Penghulu) jika perlu.

Penyelaras Program BIG PPG IPG

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG PPGPeraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.Peraturan dan arahan tetap yang dikendalikan oleh pelajar PPG kepada peserta adalah seperti berikut:

1. Mematuhi arahan, jadual aktiviti dan penglibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG PPG.2. Hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain.3. Hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan 4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat.5. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan.6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan. 8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar.10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah.12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan.14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 11.00 malam.16. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.17. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan.18. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.19. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator.22. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.23. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. 24. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.

PERINGATAN

Pelajar PPG dikehendaki berada bersama pelajar dari mula sehingga tamat aktiviti perkhemahan dan pada setiap aktiviti yang dijalankan. Kenderaan kecemasan perlu disediakan dan berada sepanjang masa di kawasan perkhemahan.

SPESIFIKASI TAJUK BINA INSAN GURU PPGPERINGKAT 1

TAJUK / AKTIVITIKANDUNGANJAM INTERAKSI

1. Aktiviti di IPG Taklimat umum BIG Taklimat perkhemahan Taklimat keselamatan di air Taklimat LDK5 Jam

2. Mendirikan Khemah

Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas Pembinaan khemah, penyediaan dan penyajian makanan Pembubaran khemah

40 jam.

3. Malaysia cergas dan patriotik. Nyanyian patriotik Menaikkan bendera Kawad kaki Senamrobik / aktiviti kalistenik

4. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)Cadangan tajuk dan aktiviti LDK Ice Breaking Personaliti Guru dan Konflik Personaliti Realiti persekitaran Realiti diri dan motivasi keguruan Perubahan sikap Pembinaan self esteemCatatan:Pelajar PPG boleh memilih tajuk-tajuk atau aktiviti LDK selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.

5. Kembara dan Orienteering

Cadangan aktiviti semasa kembara dan orienteering. Berjalan lasak Aktiviti penghayatan alam Pengenalan arah mata angin / kiblat Penyelesaian masalah berkaitan dengan bila berlaku kecemasan / kecederaan. Permainan " Tresure-hunt" Catatan:Pelajar PPG boleh memilih sebarang aktiviti selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.

6. Tazkirah / aktiviti moral

Cadangan tajuk-tajuk tazkirah / moral Aku Ingin Menjadi Anak Soleh Mencontohi Saidina Ali : Remaja Cemerlang Bila Quran berbicara " .....perihal kepimpinan.." Rasulullah Pemimpin TeladanCadangan tajuk-tajuk moral Rakyat Cemerlang Negara Gemilang ( SAM ) Saya Anak Malaysia Pemimpin dan Kepimpinan Malaysia Negaraku TercintaCatatan:Pelajar PPG boleh memilih sebarang tajuk tazkirah / moral selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.

7. Persembahan kumpulan

Pembahagian tajuk persembahan Perlantikan hakim persembahan Mengumumkan keputusan

8. Refleksi

Refleksi aktiviti Refleksi umum

PROSEDUR KESELAMATAN BIG PPG PERINGKAT 1

SEBELUM AKTIVITI

1.Pelajar PPG

a. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga.b. Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB.c. Taklimat pelaksanaan BIG PPG Jurulatih, dan semua AJK.d. Taklimat pelaksanaan BIG PPG peserta / pelajare. Memilih & Memastikan tapak perkhemahanf. Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakang. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis,Bomba dan Penyelamat dan hospital terdekath. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugasi. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institutj. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersamak. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG PPGl. Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balikm. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan

SEMASA AKTIVITI

1.KEM KOMANDANa. Tiba lebih awal di tapak perkhemahanb. Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan eletrikc. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktivitid. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajare. Taklimat kepada peserta/ pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahanf. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakang. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini / waktu kecemasan

2.JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN

a. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktivitib. Head Count untuk memastikan semuanya selamatc. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakand. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatane. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandanf. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat g. Memberi penerangan tentang keselamatan dirih. Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktivitii. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti

SELEPAS AKTIVITI

1. KEM KOMANDAN

a. Menerima Laporan ketua jurulatih b. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatanc. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatand. Menerima Laporan Kuarter Master Makanane. Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari.f. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1hari selepas perkhemahang. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baikh. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG PPG contoh Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Hutan dan lain-lain lagii. Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian.j. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan perkhemahan dihantar kepada mentor kuliah berkenaan di IPG masing-masing ( Mesti dihantar pada interaksi bersemuka berikutnya )

AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIANBUKU PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPGJULAI 2011

Bil.NamaJabatan / Institut

1Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd,RashidPenyelarasPengarahPusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM

2Tuan Haji Ust.Aleas bin Mat IsaPen.PenyelarasPusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM

3En.Baharuddin bin Ab. LatiffPen.PenyelarasPusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM

4En. Ahmad Sukri b. MustaffaAhliIPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman

5Tuan Haji Ruslan bin SaadAhliIPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman

5En. Mohamad Hafedz b. SallehAhliIPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman

7En. Hishamuddin bin HassanAhliIPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT

8En.Zakaria bin MustaffaAhliIPG Kampun Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

9Tuan Haji Norhizan b. ZainolAhliIPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT

10En.Zulkapli bin WaginiAhliIPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

33 |

ROHANI

Kemahiran

Pengetahuan

Nilai

INTELEK

EMOSI

KEMASYARAKATAN

KENDIRI

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

KETUHAN

AN

JASMANI

ROHANI

Kemahiran

Pengetahuan

Nilai

INTELEK

EMOSI

KEMASYARAKATAN

KENDIRI

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

KETUHAN

AN

JASMANI