1.0 big ppg buku panduan pelaksanaan 28 okt2013

30
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa mulai Disember 2013

Upload: izam-samsudin

Post on 22-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Berkuat kuasa mulai Disember 2013

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 1 - DISEMBER2013

    KANDUNGAN MUKA SURAT

    1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2

    2. Falsafah Pendidikan Guru 2

    3. Model Konseptual Pendidikan Guru 2

    4. Pengenalan Program Bina Insan Guru 5

    5. Matlamat dan Objektif Program BIG PPG 6

    6. Objektif Modul Pelaksanaan BIG PPG 7

    7 Sinopsis BIG Peringkat III PPG ( 2014 ) 8

    8. Cadangan Jawatankuasa Pelaksana dan Bidang Tugas 9

    9. Struktur Ahli Jawatankuasa Kerja 9

    10. Jadual Pelaksanaan Program BIG PPG 12

    11. Panduan dan Prosedur Pelaksanaan 13

    12. Peraturan dan Arahan Tetap Program BIG PPG 16

    13. Spesifikasi Tajuk BIG PPG 19

    14 Prosedur Keselamatan BIG PPG 20

    15 Panel Modul 23

    16 Lampiran 1 24

    17 Lampiran 2 25

    18 Lampiran 3 26

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 2 - DISEMBER2013

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

    menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan

    jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

    berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

    serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara.

    Falsafah Pendidikan Guru

    Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta

    menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang

    bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 3 - DISEMBER2013

    MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

    Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah

    Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

    disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah

    di bawah:

    Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri,

    kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan

    seperti berikut:

    ROHANI

    Kemahiran

    Pengetahuan Nilai

    INTELEK EMOSI

    KEMASYARAKATAN KENDIRI

    MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

    KETUHAN AN

    JASMANI

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 4 - DISEMBER2013

    Ketuhanan : Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya

    dan patuh kepada ajaran agama.

    Kemasyarakatan : Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan.

    Kendiri : Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya

    ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

    Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru

    berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan

    kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai

    keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan

    mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang

    diperjelas seperti berikut:

    Pengetahuan: Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori

    pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber

    berkaitan bidang pengajian.

    Kemahiran : Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam

    pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam

    pelaksanaan pengajaran pembelajaran; dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran

    yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar.

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 5 - DISEMBER2013

    Nilai : Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan

    patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat serta memiliki dan menampilkan

    nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika

    Keguruan Malaysia.

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 6 - DISEMBER2013

    PROGRAM BINA INSAN GURU BAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

    1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU

    Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan

    dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi

    menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan

    intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan

    teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat

    negara.

    YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia

    ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik,

    menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika

    dan moral yang tinggi.

    Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen

    untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan

    profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

    Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru

    yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 7 - DISEMBER2013

    ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam

    tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang,

    pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah

    pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki

    kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran

    pendidikan dan arus globalisasi.

    Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah

    dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di

    kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul

    ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

    2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG

    Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-

    nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun

    Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha

    berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan

    guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Peringkat III berjumlah 35 Jam - 5 jam pertama

    di laksanakan di IPGK dan 30 jam lagi dilaksanakan secara berasaskan sekolah ( school based ). Fokus aktiviti Peringkat III

    ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar: ( Sila Rujuk Lampiran 1 dan 2 )

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 8 - DISEMBER2013

    1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang

    berbeza.

    2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti

    3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

    4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya

    keguruan.

    5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri

    yang sesuai.

    6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

    7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial.

    8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara

    berkumpulan.

    9. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil

    tindakan penambahbaikan secara berterusan

    3 OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG PPG

    Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

    a. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG PPG di Institut Pendidikan Guru di Malaysia

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 9 - DISEMBER2013

    b. Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG PPG di Institut Pendidikan Guru

    di Malaysia

    c. Memastikan pelaksanaan BIG PPG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang

    ditetapkan.

    .

    4 SINOPSIS BINA INSAN GURU PERINGKAT III Bina Insan Guru Peringkat III bertujuan memberi peluang kepada pelatih PPG melaksanakan satu aktiviti yang

    diakhirnya dapat mencungkil pengalaman pelajar sekolah mereka dalam menanam nilai-nilai positif seperti

    kebertangungjawaban,amanah, menyayangi dan sebagainya.

    Pelatih PPG akan merancang, melaksana dan menguruskan satu aktiviti yang berlandaskan kepada sikap

    kepunyaan (belonging) dalam kalangan pelajar sekolah. Pelajar diberikan satu kawasan angkat di mana mereka akan

    merancang dan melaksanakan aktiviti yang akhirnya menonjolkan kawasan angkat mereka dan menjadi satu tarikan atau

    mercu tanda di sekolah. Sikap kepunyaan terhadap kawasan angkat tersebut akan terserlah di fasa pengurusan dan

    penjagaan kawasan tersebut pada sepanjang masa.

    Pada masa yang sama Pelatih PPG akan dapat meningkatkan entiti profesionalisme keguruan mereka secara

    sistematik melalui proses pendokumentasian dan refleksi mereka terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan ini. Diharapkan

    Pelatih PPG akan membuat penilaian kendiri dalam mempastikan kejayaan mereka sebagai seorang guru disamping

    membangunkan potensi anak didik mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran hidup di masa akan datang.

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 10 - DISEMBER2013

    5 CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS

    Struktur Jawatankuasa Program Bina Insan Guru PPG ( MENGIKUT KEPERLUAN AKTIVITI ) Pengerusi : Guru Besar

    Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan KK Setiausaha : Pelajar PPG ( Program Pensiswazahan Guru ) Bendahari : ( Lantikan sekolah )

    Ahli Jawatankuasa :

    i. Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral

    ii. Pengerusi Jawatankuasa Peralatan

    iii. Pengerusi Jawatankuasa Makanan

    iv. Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti

    v. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan

    Lantikan sekolah dilantik mengikut

    keperluan aktiviti atas nasihat Guru Besar

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 11 - DISEMBER2013

    SENARAI TUGAS PELAJAR PPG UNTUK PERLAKSANAAN PERINGKAT III

    Bil Jawatan Bidang Tugas

    1.

    Pelajar PPG Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG PPG

    Mengadakan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan aktiviti.

    Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi luar yang terlibat

    Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG PPG

    Menyediakan laporan penilaian BIG PPG

    Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program

    Menyediakan anggaran perbelanjaan BIG PPG.

    Menyediakan laporan kewangan pelaksanaan BIG PPG

    Mengendalikan aktiviti kerohanian / moral

    Mengenalpasti fasilitator aktiviti kerohanian / moral

    Menyediakan dan memastikan semua peralatan program / aktiviti boleh digunakan.

    Menyediakan peralatan memasak

    Menyediakan peralatan siaraya

    Menyediakan bahan alat tulis

    Menyediakan peralatan komunikasi

    Menyediakan peralatan kembara dan orienteering

    Mengawasi kuantiti bekalan makanan

    Menyediakan menu makanan

    Mengawasi kebersihan penyediaan makanan dan mengawal mutu penyediaan makanan

    Memberi taklimat kepada semua jurulatih dan jawatankuasa.

    Menyelaraskan semua aktiviti sepanjang program / aktiviti.

    Mengadakan mesyuarat O Group setiap malam Memastikan semua aktiviti sepanjang program / aktiviti berjalan mengikut jadual.

    Sentiasa berada di tapak program / aktiviti.

    Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan jurulatih dan peserta

    Menjadi pegawai perhubungan dengan pihak luar sepanjang program / aktiviti

    Menjadi pegawai pengiring LO kepada VIP semasa perasmian penutup Merancang dan mengendali aktiviti

    Memilih dan menentukan jurulatih / fasilitator mengikut kepakaran.

    Menjadi tempat rujuk bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti.

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 12 - DISEMBER2013

    Bil Jawatan Bidang Tugas

    Memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan

    Menyediakan peralatan kecemasan dan ubat-ubatan

    Menguruskan pengangkutan peserta ke tapak program / aktiviti

    Menguruskan insuran peserta

    Menyediakan kawasan selamat bagi setiap program BIG PPG

    Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

    *** YANG MANA BERKAITAN

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 13 - DISEMBER2013

    CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) PERINGKAT III

    Hari/ Masa

    8.00 9.00

    9.00 10.00

    10.00 10.30

    10.30 12.30

    12.30 2.00

    2.00 4.00

    4.00 4.30

    4.30 6.30

    Hari

    Pendaftaran dan Taklimat

    Program / aktiviti

    Sayangi Kawasan Sekolah

    Anda

    Rehat Sayangi Kawasan

    Sekolah Anda

    Makan tengahari/

    Solat Rehat

    LDK / Refleksi

    Rehat/ Solat

    Majlis Penutupan

    Cadangan Aktiviti : Sayangi Kawasan Sekolah Anda

    i. Aktiviti ini hendaklah bersesuaian dengan program yang telah di rancang oleh pihak sekolah sepanjang tahun 2014

    ii. Tarikh akhir menghantar laporan / tugasan adalah pada 30 SEPTEMBER 2014 dan tertaktluk kepada keperluan IPGK masing masing.

    iii. Rujuk Lampiran 3

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 14 - DISEMBER2013

    6. PANDUAN DAN PROSEDUR PELAKSANAAN

    6.1. PERANCANGAN AWAL DAN PERSEDIAAN PROGRAM

    Program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan dibuat dengan

    teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, pelajar PPG perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam

    mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan.

    Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:

    a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja

    b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan

    c. Memilih dan menentukan lokasi program

    d. Merancang pengisian aktiviti.

    e. Merancang perbelanjaan

    f. Memberi taklimat dan merancang latihan asas kepada murid-murid / peserta taklimat kepada jurulatih /

    fasilitator dan urusetia

    g. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan

    h. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 15 - DISEMBER2013

    6.2. TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN

    SEBELUM AKTIVITI PERINGKAT III

    Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan

    1. Taklimat Pertama Program BIG PPG Kepada Pelajar

    a. Rasional BIG PPG b. Objektif BIG PPG c. Model Konseptual BIG PPG ( Rujuk pro

    Forma Fasa 1 hingga 6 BIG PPG) d. Struktur Organisasi e. Penulisan Refleksi / Folio f. Persiapan awal g. Etika Peserta BIG PPG h. Keadaan Fizikal i. Peralatan j. Status Kesihatan k. Aktiviti dan keselamatan di air l. Kuatermaster makanan m. Kuatermaster peralatan n. Kebajikan dan Keselamatan o. Jadual Pelaksanaan *** MANA-MANA YANG BERKENAAN

    Diadakan di IPG

    Dikendalikan oleh Penyelaras Program BIG PPG IPG

    Bahan-bahan taklimat VCD dan LCD Bahan bercetak

    2. Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan BIG PPG

    Perancangan Pelaksanaan Program a. Lokasi Program b. Tarikh Program c. Lawatan Tapak d. Perhubungan luar e. Peralatan f. Pembahagian tugas Kem Komander

    /Jurulatih / Fasilitator g. Kos h. Kebajikan / makanan

    *** MANA-MANA YANG BERKENAAN

    Pelajar PPG dengan Jawatankuasa Pelaksana BIG PPG peringkat sekolah.

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 16 - DISEMBER2013

    SEMASA AKTIVITI PERINGKAT III

    Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan

    1. Taklimat kepada peserta program

    a. Memperkenalkan Jurulatih / Fasilitator Siri BIG PPG kepada peserta.

    b. Pembahagian Tugas kepada peserta c. Keadaan Fizikal d. Peralatan e. Status Kesihatan f. Kuatermaster makanan g. Kuatermaster peralatan h. Kebajikan dan Keselamatan i. Jadual Pelaksanaan j. Pergerakan Aktiviti k. Disiplin Peserta l. Peraturan Program / aktiviti m. Jadual Aktiviti n. Pembahagian Nombor Peserta

    (Numbering). *** MANA-MANA YANG BERKENAAN

    Urusan pelajar PPG

    2. Pelaksanaan Aktiviti a. Arahan tetap yang merangkumi prosedur sebelum aktiviti.

    b. Melaksanakan semua komponen dalam jadual

    c. Penilaian dan penulisan refleksi

    Urusan pelajar PPG

    3. Penutup Aktiviti a. Protokol acara penutup siri BIG PPG b. Perbarisan c. Ucapan VVIP

    *** MANA-MANA YANG BERKENAAN

    Urusan pelajar PPG

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 17 - DISEMBER2013

    4. Tindakan sebelum perjalanan pulang

    1. Membersihkan peralatan dan kawasan program / aktiviti.

    2. Memastikan peralatan adalah dalam keadaan yang baik.

    3. Pemulangan peralatan dengan amaun yang sama.

    4. Menyusun peralatan.

    *** MANA-MANA YANG BERKENAAN

    Urusan pelajar PPG

    SELEPAS AKTIVITI PERINGKAT III

    Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan

    1. Tindakan Selepas Aktiviti 1. Membuat refleksi / laporan perlaksanaan BIG PPG

    2. Menyediakan dokumentasi audio/video untuk tujuan pelaporan dan penilaian ( Rujuk Pentaksiran BIG PPG )

    3. Menyiapkan portfolio. 4. Surat Penghargaan kepada agensi

    yang membantu program BIG PPG (cth: Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin, Penghulu) jika perlu.

    *** MANA-MANA YANG BERKENAAN

    Penyelaras Program BIG PPG IPG

    7. PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG PPG

    Peraturan dan arahan tetap program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan

    aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.

    Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 18 - DISEMBER2013

    1. Pelajar PPG memastikan semua peserta mematuhi arahan, jadual aktiviti dan penglibatkan diri secara menyeluruh

    dalam setiap aktiviti BIG PPG.

    2. Pelajar PPG memastikan semua peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan

    hormat menghormati antara satu sama lain.

    3. Pelajar PPG memastikan semua peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah

    laku yang terpuji sepanjang program / aktiviti .

    4. Pelajar PPG memastikan semua peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak

    program / aktiviti apabila masuk waktu solat.

    5. Pelajar PPG memastikan semua peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program /

    aktiviti yang dilaksanakan.

    6. Pelajar PPG memastikan semua peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang

    disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)

    7. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang merokok sepanjang masa program / aktiviti.

    8. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab

    menjaga kebersihan kawasan.

    9. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa

    mengamalkan sikap mesra alam sekitar.

    10. Pelajar PPG memastikan semua peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan program / aktiviti perempuan dan juga

    sebaliknya tanpa kebenaran.

    11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang

    program / aktiviti adalah ditegah.

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 19 - DISEMBER2013

    12. Pelajar PPG memastikan semua peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan

    tuntutan agama ) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan

    rasmi program / aktiviti.

    13. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti

    program / aktiviti.

    14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

    15. Pelajar PPG memastikan semua peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 11.00 malam.

    16. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau

    merosakkan habitatnya.

    17. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti

    program / aktiviti.

    18. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang keluar dari kawasan program / aktiviti kecuali semasa aktiviti

    rasmi atau dengan kebenaran.

    19. Pelajar PPG memastikan semua peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta

    persendirian.

    20. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang membakar dalam kawasan program / aktiviti tanpa kebenaran.

    21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator.

    22. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

    23. Pelajar PPG memastikan semua peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan

    sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

    24. Pelajar PPG memastikan semua peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan

    oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 20 - DISEMBER2013

    PERINGATAN

    Pelatih PPG dikehendaki berada bersama pelajar dari mula sehingga tamat program / aktiviti dan pada setiap aktiviti yang dijalankan.

    Kenderaan kecemasan perlu disediakan dan berada sepanjang masa di kawasan program / aktiviti.

    8. SPESIFIKASI TAJUK BINA INSAN GURU PPG PERINGKAT III

    TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI

    1. Progam /Aktiviti BIG PPG Aktiviti:

    Menguruskan aktiviti / program

    Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas

    Penyediaan tapak aktiviti dan penyajian makanan

    Berjiwa merdeka dan perkasa

    Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.

    Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

    Membina kemahiran mengurus perubahan diri, organisasi, dan persekitaran.

    Kerohanian dan akhlak keguruan

    Mengenali dan menilai potensi diri insan guru - Potensi kendiri - Personaliti kerjaya - Citra diri insan guru

    Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

    Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.

    Pembangunan insan guru yang seimbang.

    Berilmu, beramal dan berbakti

    Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.

    Menghayati konsep kerja sebagai ibadah dan hidup berbakti.

    Berakauntabiliti dan amanah

    Berakauntabiliti kepada profesion keguruan

    35 jam.

    1. Malaysia cergas dan patriotik.

    Nyanyian patriotik

    Menaikkan bendera

    Kawad kaki

    Senamrobik / aktiviti kalistenik

    2. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) - Ice Breaking - Personaliti Guru dan Konflik

    Personaliti - Realiti persekitaran - Realiti diri dan motivasi

    keguruan - Perubahan sikap

    3. Pembinaan self-esteem

    4. Kembara dan Orienteering - Berjalan merentas rimba

    5. Berjalan lasak

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 21 - DISEMBER2013

    TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI

    6. Tazkirah / aktiviti moral 7. Persembahan kumpulan 8. Refleksi

    - Refleksi aktiviti - Refleksi umum

    Berdaya tahan yang tinggi

    Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani,

    9. PROSEDUR KESELAMATAN BIG PPG PERINGKAT III

    9.1. SEBELUM AKTIVITI

    Pelatih PPG

    a. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga.

    b. Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB.

    c. Taklimat pelaksanaan BIG PPG Jurulatih, dan semua AJK.

    d. Taklimat pelaksanaan BIG PPG peserta / pelajar

    e. Memilih dan memastikan tapak program / aktiviti

    f. Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan

    g. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis,Bomba dan Penyelamat dan

    hospital terdekat

    h. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas

    i. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut

    j. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama

    k. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG

    PPG

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 22 - DISEMBER2013

    l. Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik

    m. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan

    *** YANG MANA BERKAITAN

    9.2. SEMASA AKTIVITI

    KEM KOMANDAN a. Tiba lebih awal di tapak program / aktiviti

    b. Memastikan tapak program / aktiviti selamat dan ada kemudahan air dan eletrik

    c. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak program / aktiviti sebelum memulakan aktiviti

    d. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar

    e. Taklimat kepada peserta/ pelajar tentang spesifikasi tapak program / aktiviti

    f. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan

    g. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini /

    waktu kecemasan

    9.3. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN

    a. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti

    b. Head Count untuk memastikan semuanya selamat

    c. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan

    d. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan

    e. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandan

    f. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat

    g. Memberi penerangan tentang keselamatan diri

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 23 - DISEMBER2013

    h. Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti

    i. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti

    *** YANG MANA BERKAITAN

    9.4. SELEPAS AKTIVITI

    KEM KOMANDAN

    a. Menerima Laporan ketua jurulatih

    b. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan

    c. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan

    d. Menerima Laporan Kuarter Master Makanan

    e. Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari

    f. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1 hari selepas program / aktiviti

    g. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik

    h. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG PPG ( Polis,

    Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Hutan )

    i. Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian.

    j. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan program / aktiviti dihantar kepada mentor

    kuliah berkenaan di IPG masing-masing ( Mesti dihantar pada interaksi bersemuka berikutnya )

    *** YANG MANA BERKAITAN

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 24 - DISEMBER2013

    PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG

    OKTOBER 2013

    Bil. Nama Jabatan / Institut

    1 En.Baharuddin bin Ab.Latif Penyelaras Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM

    2 Tn Haji Sudin bin Sarmin Ahli IPG Kampus Perlis, Kangar, Perlis

    3 Tn Haji Ruslan bin Saad Ahli IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai petani Kedah Darul Aman

    4 En. Mohamad Hafedz b. Salleh Ahli IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah Darul Aman

    5 En.Mustafa bin Othman Ahli IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu Johor Darul Takdzim

    6 Tn Haji Mohd Noor bin Awang Ahli IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan Darul Naim,

    7 En.Mohd Zaid bin Yusof Ahli IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

    8 En. Hishamuddin bin Hassan Ahli IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bharu, Johor Darul Takdzim

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 25 - DISEMBER2013

    LAMPIRAN 1 STRUKTUR PELAKSANAAN BIG PPG

    Bil Proforma BIG PISMP Sem.1 Sem.2 Sem.3 Sem.4 Sem.5 Sem.6 Jumlah Jam

    1 Peringkat Pkt 1 Pkt 2 Pkt 3 Pkt 4

    2 Tahun Pelaksanaan 2012 2013 2014 2015

    3 PPG 45 10 10 35 10 10 120

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 26 - DISEMBER2013

    LAMPIRAN 2 CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN BIG PPG

    Peringkat Semester

    Pelaksanaan Pro Forma Kursus

    Jumlah Jam

    Catatan

    3 4 WAJ3114 ( Khidmat Kemasyarakatan / Kem Motivasi dan Bimbingan )

    Pro Forma BIG 4

    A. Aktiviti di IPG ( IPG Based )

    Taklimat Umum BIG

    Taklimat Program

    Taklimat Aktiviti - Sayangi Kawasan Sekolah Anda

    Taklimat LDK / Refleksi

    1 1 1

    2

    5

    Taklimat dilaksanakan di IPG oleh Pensyarah kepada Pelatih PPG

    ( 1 pensyarah :30 pelajar )

    B. Sayangi Kawasan Sekolah Anda ( School Based ) Pendaftaran Malaysia Cergas LDK / Refleksi Sayangi Kawasan Sekolah Anda

    10jam

    Pelaporan

    Refleksi

    Persediaan

    20 jam

    1 2 2 5

    5 5

    10

    30

    Dilaksanakan di sekolah ( school based ) ***Semua aktiviti ini hendaklah diuruskan / dijalankan oleh Pelatih PPG semasa aktiviti

    Pelajar

    Sekolah

    Pelatih PPG

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 27 - DISEMBER2013

    LAMPIRAN 3

    PANDUAN ARAHAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG PERINGKAT 3

    Arahan Perlaksanaan Program / aktiviti Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, kepada semua pelajar PPG KPM, " Anda dikehendaki mengendali, mengurus dan melaksanakan program aktiviti kemasyarakatan dengan kerjasama pihak sekolah kepada pelajar sekolah anda dengan mengambil kira semua domain pelaksanaan BIG. Bagi melaksanakan program berkenaan anda dikehendaki melaksanakan beberapa tindakan sebelum, semasa dan selepas sebagaimana terdapat di dalam Buku Panduan Pelaksanaan BIG PPG.Sekiranya di sekolah anda terdapat ramai pelajar PPG, anda bolehlah melaksanakan program ini secara berkumpulan dengan agihan kerja dan tugas seperti yang dimaklumkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan ini. Instrumen pentaksiran BIG PPG ini adalah seperti berikut:

    a. Portfolio program b. Laporan dalam bentuk audio dan video. c. Laporan penilaian sahsiah oleh Guru Besar. d. Semua audio dan video hendaklah di masukkan dalam cekera padat untuk dihantar kepada pensyarah sebagai

    bukti dan bahan penilaian. e. Semua laporan, portfolio dan rakaman ( audio/video ) hendaklah diserahkan kepada pensyarah anda pada atau

    sebelum 30 SEPTEMBER 2014. Kegagalan menghantar laporan ini pada tarikh yang ditetapkan boleh menjejaskan keputusan peperiksaan.

    Sekian dimaklumkan, semoga anda semua berjaya melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih.

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 28 - DISEMBER2013

    CADANGAN SENARAI PORTFOLIO BIG PPG AKTIVITI KEMASYARAKATAN

    1. Maklumat diri pelajar PPG 2. Isi Kandungan 3. Kertas kerja program 4. Surat panggilan 5. Minit mesyuarat 6. Agihan tugas dan jawatankuasa 7. Jadual program 8. Senarai nama pelajar / peserta 9. Surat kebenaran waris (jika ada) 10. Surat kepada pihak berkuasa tempatan ( Polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan sebagainya ) (jika

    ada) 11. Laporan Kewangan 12. Laporan aktiviti//program 13. Refleksi 14. Maklum balas (Penilaian kendiri)

    FORMAT PENYEDIAAN RAKAMAN AUDIO-VIDEO

    1. Pelajar boleh menggunakan sebarang perisian pengauditan video ( video editing ) seperti Corel Video Studio, Movie Maker, Cyberlink Power Director dan sebagainya.

    2. Dimuatnaik dalam cekera padat CD / DVD. 3. Rakaman yang gagal ditonton/dibuka akan dikira tidak menepati kehendak penerbitan rakaman. 4. Rakaman boleh menggunakan format FLV ,Mpeg-4, AVI, WMV dan sebarang format yang menyokong perisian

    Windows atau Apple. 5. Pelajar tidak perlu menghantar papan cerita ( story board ) bersama dengan laporan ini. 6. Tempoh rakaman adalah tidak melebih 30 minit setiap satu program. 7. Sekiranya ada unsur plagiat, rakaman tersebut tidak akan dikira untuk penilaian.

  • PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

    - 29 - DISEMBER2013

    LAPORAN AKTIVITI

    1. Penulisan laporan pelaksanaan dengan melampirkan bahan-bahan bukti seperti: (a) buku program / brosur (b) gambar-gambar (c) dan bahan-bahan lain yang berkaitan

    a. Gambar bersama peserta gotong royong b. Gambar bersama pengurusan sekolah. c. Gambar banner aktiviti

    REFLEKSI

    1. Laporan dilaksanakan secara individu 2. Pelatih PPG membuat ulasan menggunakan analisis SWOT ( kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman ) untuk

    a. Apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program b. Memberikan cadangan penambahbaikan program untuk masa hadapan c. Menyatakan manfaat yang diperolehi oleh pelatih PPG hasil daripada program BIG PPG yang telah

    dilaksanakan dan memberi cadangan penambahbaikan. d. Pelatih PPG berjaya mencungkil pendapat atau komen dari peserta ( murid sekolah ) sepanjang aktiviti

    dijalankan