big skssu laporan part 1 ciri2 kepimpinan

6
CIRI-CIRI KEPIMPINAN Jenis Kepimpinan yang Diamalkan oleh Guru Besar dan Pentadbir di Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni Kejayaan sesebuah sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamalkan oleh warga sekolah iaitu pelajar, kakitangan sokongan, guru-guru dan pihak pentadbir. Pihak yang amat besar pengaruhnya kepada kecemerlangan dan kejayaan organisasi sekolah itu ialah pemimpin sekolah iaitu guru besar dan pentadbir di sekolah. Mereka bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan segala program pendidikan di sekolah. Tugas mereka meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir, pengurus, penyelia, pengarah, pemudah cara, penyelaras, pemberangsang dan penilai ( Benis, 1985). Kemampuan ini dapat dilihat melalui cara mereka berperanan mengurus sekolah iaitu sama ada mereka berupaya menjadikan sekolah yang mereka pimpin berkesan atau sebaliknya. Sekolah memerlukan pemimpin atau pengurus yang berkesan untuk mentadbir dan jika tidak, masalah akan wujud dalam organisasi tersebut. Untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar dan pentadbir Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni, kami telah menemu ramah Tuan Hj. Abdul Hadi bin Atan, GPK Pentadbiran. Menurut beliau, En. Maiden bin Abu Bakar sebagai guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni merupakan orang yang terutama di peringkat sekolah untuk menyokong dan memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan

Upload: hellowu

Post on 23-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

w

TRANSCRIPT

Page 1: BIG SKSSU Laporan Part 1 Ciri2 Kepimpinan

CIRI-CIRI KEPIMPINAN

Jenis Kepimpinan yang Diamalkan oleh Guru Besar dan Pentadbir di Sekolah

Kebangsaan Seri Sabak Uni

Kejayaan sesebuah sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai,

kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamalkan oleh warga sekolah iaitu

pelajar, kakitangan sokongan, guru-guru dan pihak pentadbir. Pihak yang amat

besar pengaruhnya kepada kecemerlangan dan kejayaan organisasi sekolah itu

ialah pemimpin sekolah iaitu guru besar dan pentadbir di sekolah. Mereka

bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan segala program

pendidikan di sekolah. Tugas mereka meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir,

pengurus, penyelia, pengarah, pemudah cara, penyelaras, pemberangsang dan

penilai ( Benis, 1985). Kemampuan ini dapat dilihat melalui cara mereka berperanan

mengurus sekolah iaitu sama ada mereka berupaya menjadikan sekolah yang

mereka pimpin berkesan atau sebaliknya. Sekolah memerlukan pemimpin atau

pengurus yang berkesan untuk mentadbir dan jika tidak, masalah akan wujud dalam

organisasi tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis kepimpinan yang diamalkan

oleh guru besar dan pentadbir Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni, kami telah

menemu ramah Tuan Hj. Abdul Hadi bin Atan, GPK Pentadbiran. Menurut beliau,

En. Maiden bin Abu Bakar sebagai guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni

merupakan orang yang terutama di peringkat sekolah untuk menyokong dan

memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti

kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir

Page 2: BIG SKSSU Laporan Part 1 Ciri2 Kepimpinan

sekolah bagi melahirkan generasi berkualiti. Beliau seorang yang berpandangan

jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa

depan pelajar mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman, dan seterusnya

membimbing dan berusaha untuk melonjakkan pencapaian sekolahnya ke peringkat

yang lebih cemerlang.

Selain itu, guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni juga menjaga

hubungan pemimpin-ahli yang baik bagi memperoleh kerjasama yang erat

daripada guru-guru dan seluruh warga sekolah. En. Maiden bin Abu Bakar

merupakan seorang pemimpin sekolah yang dihormati dan sentiasa dijadikan

inspirasi kepada guru-guru yang lain. Ini adalah penting kerana apabila hubungan

guru besar dan guru berada dalam keadaan baik, guru akan berasa lebih mudah

untuk menjalankan tugas dan meningkatkan motivasi guru untuk mengajar murid-

murid. Guru juga akan berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang

kondusif di dalam kelas. Seterusnya, murid-murid juga akan berasa seronok untuk

belajar di dalam kelas yang kondusif bersama guru yang bersemangat dan inovatif.

Menurut Tuan Hj. Abdul Hadi bin Atan juga berkata, dalam penentuan

keberkesanan dan kejayaan Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni, kepimpinan En.

Maiden bin Abu Bakar selalu dijadikan fokus utama oleh masyarakat. Kita tidak

dapat melarikan diri daripada hakikat bahawa ibu bapa menaruhkan kepercayaan

yang tinggi kepada sesebuah sekolah jika mereka mempunyai kepercayaan yang

tinggi pada kepimpinan guru besar. Selain itu, En. Maiden juga perlu merancang

dengan teliti struktur tugasan dalam organisasi di sekolah. Selain daripada

menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik, guru besar juga perlu menumpukan

kepada aspek-aspek berkaitan dengan struktur tugasan seperti penyusunan

serta pembahagian tugas, penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah,

menghayati dan mengamalkan peraturan-peraturan atau arahan yang

ditetapkan, penghasilan berkualiti dan budaya kerja cemerlang. Sebagai pemimpin,

En. Maiden bin Abu Bakar perlu memastikan segala pembahagian tugasan

dilakukan secara adil dan saksama tanpa ada rasa ketidakpuasan hati dari mana-

mana pihak.

Page 3: BIG SKSSU Laporan Part 1 Ciri2 Kepimpinan

Secara terperinci, Tuan Hj Abdul Hadi bin Atan telah menjelaskan lima corak

tingkah laku kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di Sekolah Kebangsaan

Seri Sabak Uni, iaitu:

Dalam corak tingkah laku yang pertama iaitu memberitahu, Encik Maiden bin Abu

Bakar selaku guru besar sentiasa mengenal pasti masalah, menimbangkan cara-

cara penyelesaiannya, memilih salah satu kaedah penyelesaian masalah tersebut

dan memberitahu kakitangannya/warga sekolah untuk melakukan sesuatu tugas

berdasarkan kerangka kerja yang dikemukakannya. Contohnya dalam aspek

peningkatan prestasi akademik di sekolah kluster, Encik Maiden perlu mengenal

pasti kelemahan pelajar-pelajarnya dan seterusnya menimbangkan cara-cara untuk

mengatasinya seperti mengadakan kelas pemulihan untuk pelajar-pelajar yang

lemah. Seterusnya Encik Maiden perlu memilih kaedah pemulihan yang sesuai

dengan pelajar-pelajar tersebut dan menjelaskan kepada guru-guru kaedah

perlaksanaan kelas pemulihan tersebut. Di sini, Encik Maiden sebagai guru besar

sekolah kluster perlu menjelaskan dengan terperinci kepada guru-guru tentang

kaedah perlaksanaan tersebut seperti penetapan waktu, tempat, penggunaan bahan

serta alatan, kaedah penilaian,sumber kewangan dan lain-lain. Menurut pandangan

guru-guru pelaith, corak tingkah laku memberitahu ini yang berpusatkan kepada

pengetua dilihat lebih sesuai dipraktikkan oleh pengetua sekolah kluster terhadap

guru-guru baru yang masih cetek dengan pengetahuan dan pengalaman. Corak

tingkah laku ini juga amat sesuai digunakan terhadap guru yang kurang bermotivasi

dan tidak kreatif dalam pengajaran mereka.

i. memberitahu ii. menjual iii. menguji

iv. meminta pandangan

danv. menyertai

Page 4: BIG SKSSU Laporan Part 1 Ciri2 Kepimpinan

Corak tingkah laku yang kedua iaitu corak menjual. Mengikut corak tingkah

laku ini, Encik Maiden mengeluarkan sesuatu arahan untuk melakukan sesuatu

tugasan dengan cara menjelaskan kebaikan, keburukan serta kaedah

perlaksanaannya kepada guru-guru dalam nada yang berbentuk memujuk.

Contohnya projek untuk mengumpul dana sekolah sehingga mencecah puluhan ribu

ringgit yang mungkin agak sukar dicapai tanpa komitmen guru-guru maka Encik

Maiden perlu menjual idea yang diilhamkannya dengan cara menerangkan secara

terperinci kaedah untuk melaksanakan projek tersebut. Di samping itu beliau juga

perlu menjelaskan faedah-faedah yang bakal diperoleh oleh pelajar-pelajar serta

guru-guru demi untuk meningkatkan lagi martabat sekolah kluster tersebut.

Kebolehan Encik Maiden untuk mengajak serta memujuk guru-guru

menyempurnakan tugasan ini akan menjadi petunjuk kepada kejayaan yang bakal

dikecapi. Corak tingkah laku ini amat sesuai ditekankan dalam kepimpinan pengetua

yang mempunyai guru-guru yang berpengetahuan serta berpengalaman tetapi agak

kurang bermotivasi untuk melakukan sesuatu kerja.

Corak tingkah laku kepimpinan ketiga ialah menguji. Encik Maiden yang

mengamalkan corak kepimpinan menguji ini mengenal pasti masalah dan

mencadangkan cara penyelesaiannya. Seterusnya beliau mendapatkan maklum

balas tentang cadangan yang dikemukakannya, namun keputusan muktamad akan

ditentukan oleh beliau sendiri. Di sini, Encik Maiden dapat menilai sesuatu cadangan

yang dikemukakannya sebelum sesuatu keputusan di ambil berdasarkan maklum

balas yang diterima daripada guru-guru. Contohnya dalam soal pembelian bola

sepak dan kasut bola untuk murid-murid yang agak mahal di mana peruntukan

kewangan yang banyak diperlukan maka corak tingkah laku menguji ini dilihat

mampu memberikan maklumat sampingan yang mungkin tidak disedari oleh

pengetua. Corak tingkah laku menguji ini amat sesuai diaplikasikan oleh beliau

apabila berhadapan dengan guru-guru yang telah lama berkecimpung dalam bidang

pendidikan serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam

sesuatu aspek yang dibincangkan.

Page 5: BIG SKSSU Laporan Part 1 Ciri2 Kepimpinan

Dalam mentadbir sesebuah sekolah kluster, Encik Maiden juga mengamalkan

corak kepimpinan di mana beliau meminta pandangan daripada guru-guru, dan

guru-guru diberi peluang melibatkan diri dalam proses membuat keputusan sebelum

pengetua memilih satu keputusan yang pada pandangannya adalah yang terbaik

dalam sesuatu perkara. Di sini Encik Maiden berpeluang mendapatkan pilihan

jawapan terhadap sesuatu permasalahan yang timbul sebelum beliau menganalisis

setiap pandangan itu dan memilih satu yang terbaik di antaranya. Contohnya apabila

berhadapan dengan sesuatu masalah disiplin pelajar yang agak serius, Encik

Maiden sentiasa bijak mengambil tindakan terhadap pelajar berkenaan agar tidak

timbul sebarang isu yang tidak diingini malah tindakan itu dilihat mampu menjadi

teladan kepada pelajar-pelajar agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Di sini

pandangan daripada guru-guru disiplin amat diperlukan oleh pengetua sebelum

keputusan yang tepat diambil oleh beliau. Corak tingkah laku ini amat sesuai

dipraktikkan oleh pengetua apabila sebuah sekolah kluster mempunyai guru-guru

yang berpengetahuan dan berpengalaman tinggi dalam sesuatu bidang yang

berkenaan. Pengetahuan dan pengalaman guru-guru ini dipertimbangkan dalam

gaya kepimpinan beliau untuk menjadikan sekolah kluster yang dipimpinnya menuju

ke arah kecemerlangan.

Tingkah laku kepimpinan kelima ialah menyertai. Mengikut ciri kepimpinan

ini, Encik Maiden sentiasa menggalakkan penyertaan guru-guru dalam proses

membuat keputusan dan seterusnya beliau bersetuju dengan sebarang keputusan

yang diambil. Di sini , beliau melibatkan diri sebagai salah seorang ahli di dalam

kumpulan tersebut di mana corak kepimpinan yang demokratik ditunjukkan oleh

beliau. Contohnya dalam proses penetapan visi dan misi sekolah untuk suatu jangka

masa yang panjang, maka penglibatan guru-guru dalam proses menentukan visi dan

misi sekolah ini akan meningkatkan lagi motivasi guru-guru untuk bekerja bagi

mencapai visi dan misi tersebut kerana guru-guru merasakan diri mereka adalah

sebahagian daripada organisasi tersebut serta sumbangan mereka lebih dihargai

oleh guru besar. Guru-guru juga akan merasa lebih bertanggungjawab terhadap

tugasan yang diberikan kepada mereka.

Page 6: BIG SKSSU Laporan Part 1 Ciri2 Kepimpinan

Kesimpulannya, pemimpin yang berkesan dikatakan dapat mengubah

organisasi mereka daripada keadaan yang sedia ada kepada satu keadaan yang

dinamik serta mempunyai matlamat pencapaian. Ini dapat dilakukan dengan

mencipta wawasan untuk organisasi, menanamkan semangat bertanggungjawab

untuk melaksanakan perubahan pada kakitangan dan menyemai budaya dan

strategi baru bagi organisasi mereka agar segala tenaga dapat digerakkan dan

segala sumber dapat digunakan. Sesebuah sekolah yang berkesan dan berjaya

memerlukan pemimpin sekolah yang bijak melaksanakan tugas dan

tanggungjawabnya.

Disediakan oleh, 20 Februari 2015

alyssa (ALYSSA GOH HARN YIING)

RBT 2 SJKC SEM 5

PISMP Ambilan Jan 2013,

IPG Kampus Tun Hussein Onn,

Batu Pahat, Johor.