ciri2 puisi melayu tradisional (1)

31
1 1.0 PENGENALAN Puisi, secara umumnya merupakan suatu bentuk karangan berangkap yang mempunyai kalimat yang terikat iaitu tidak bebas, khususnya daripada segi pemilihan diksi, rima, dan suku kata. Maksud yang terkandung dalam sesebuah puisi begitu mendalam dan berkesan walaupun pemakaian kata dan bahasanya agak terhad. Penciptaan puisi oleh masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh unsur alamiah di sekeliling mereka. Dengan kata lain, ungkapan yang bercirikan puisi yang dilahirkan oleh masyarakat Melayu adalah peniruan terhadap unsur alam dan kehidupan yang melingkungi mereka. Dalam hal ini, apa-apa sahaja unsur alam yang terdapat di sekeliling mereka, sama ada yang terbentang di langit seperti bulan bintang, awan gemawan dan sebagainya mahupun yang melata di bumi contohnya gunung-ganang, bukit bakau, tumbuh tumbuhan, haiwan dan sebagainya serta kepelbagaian sifat yang terdapat pada objek tersebut dijadikan sumber oleh masyarakat ini untuk membentuk ungkapan-ungkapan yang indah. Begitu juga halnya dengan unsur kehidupan yang membabitkan perasaan seperti riang, sedih, rindu, benci, dan lain-lain. Kesemua unsur ini dibaurkan dengan pancaran hati nurani mereka sehingga terlihat kesatuan, kepelbagaian, dan keseimbangan dalam puisi yang dicipta mereka. Ada pelbagai cara masyarakat Melayu silam menanggapi keindahan yang dilihat dan dialami mereka. Penelitian dan pengalaman itu kemudiannya mendorong mereka menghasilkan ungkapan-ungkapan yang menarik, yang sesetengahnya menjadi

Upload: irahairah

Post on 20-Oct-2015

121 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

puisi

TRANSCRIPT

22

1.0 PENGENALANPuisi, secara umumnya merupakan suatu bentuk karangan berangkap yang mempunyai kalimat yang terikat iaitu tidak bebas, khususnya daripada segi pemilihan diksi, rima, dan suku kata. Maksud yang terkandung dalam sesebuah puisi begitu mendalam dan berkesan walaupun pemakaian kata dan bahasanya agak terhad.Penciptaan puisi oleh masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh unsur alamiah di sekeliling mereka. Dengan kata lain, ungkapan yang bercirikan puisi yang dilahirkan oleh masyarakat Melayu adalah peniruan terhadap unsur alam dan kehidupan yang melingkungi mereka. Dalam hal ini, apa-apa sahaja unsur alam yang terdapat di sekeliling mereka, sama ada yang terbentang di langit seperti bulan bintang, awan gemawan dan sebagainya mahupun yang melata di bumi contohnya gunung-ganang, bukit bakau, tumbuh tumbuhan, haiwan dan sebagainya serta kepelbagaian sifat yang terdapat pada objek tersebut dijadikan sumber oleh masyarakat ini untuk membentuk ungkapan-ungkapan yang indah. Begitu juga halnya dengan unsur kehidupan yang membabitkan perasaan seperti riang, sedih, rindu, benci, dan lain-lain. Kesemua unsur ini dibaurkan dengan pancaran hati nurani mereka sehingga terlihat kesatuan, kepelbagaian, dan keseimbangan dalam puisi yang dicipta mereka.Ada pelbagai cara masyarakat Melayu silam menanggapi keindahan yang dilihat dan dialami mereka. Penelitian dan pengalaman itu kemudiannya mendorong mereka menghasilkan ungkapan-ungkapan yang menarik, yang sesetengahnya menjadi pegangan atau adat dalam kehidupan mereka sehari-hari. Orang Melayu mempunyai nilai rasanya yang tersendiri dan orang Melayu menilai sangat tinggi terhadap budi bahasa. Orang yang berbudi bahasa, berbudi mulia dan bersopan dalam berbahasa diberi nilai yang sangat tinggi. Orang yang tidak berbudi bahasa dan bercakap dengan cara yang tidak sopan dianggap berperangai rendah, tidak berbudi dan dikatakan kurang ajar atau biadab. Ketinggian nilai budi bahasa dalam masyarakat Melayu boleh dilihat dari ungkapan Puisi Melayu Tradisionalnya seperti pantun, syair, peribahasa dan lain-lain

1.1 Genre Puisi Melayu TradisionalMasyarakat Melayu yang sememangnya kreatif telah dapat melahrkan beberapa jenis puisi mereka sendiri.Walau bagaimanapun, ada juga puisi ang disadur daripada Arab-Parsi (Islam) serta tinggalan budaya Hindu.Walau bagaimanapun, puisi yang didakwa sebagai tinggalan Hindu ini telah diiktiraf sebagai puisi Melayu asli. Hal ini demikian kerana terdapat perubahan dan penyesuaian daripada segi bentuk asalnya.Pantun, gurindam, seloka, talibun, teromba, mantera dan peribahasa berangkap merupakan puisi Melayu yang asli manakala syair, nazam, rubai, qitaah, masnawi, ghazal, dikir/zikir, dan berzanji merupakan puisi yang disadur daripada tradisi Arab-Parsi. Di samping itu, terdapat juga puisi tumpang, iaitu puisi yang menumpang bentuk-bentuk puisi yang disenaraikan itu. Puisi ini banyak digunakan dalam upacara dan adat istiadat Melayu. Puisi- puisi tersebut ialah endoi, dikir/zikir, teka-teki, dan rejang.Walau bagaimanapun, isi puisi ini berbeza daripada isi puisi yang ditumpangnya. Endoi lazimnya menumpang bentuk-bentuk pantun dan syair. Dikir/zikir pula menumpang bentuk syair Arab. Teka-teki pula menumpang bentuk pantun manakaa rejang menumpang bentuk pantun dan syair. Endoi digunakan dalam adat berendoi, manakala rejang digunakan dalam upacara menilik.Puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua bentuk, iaitu berbentuk terikat dan berbentuk bebas. Puisi Melayu tradisional yang berbentuk terikat mempunyai struktur dan bentuk yang tetap dan khusus.Puisi ini mempunyai rangkap.Setiap rangkap pula mempunyai baris tertentu dan jumlah kata dan suku kata pada setiap baris itu pula ada hadnya masing-masing.Rima puisi ini juga terkawal, bergantung pada jenis puisi tersebut. Antara puisi yang tergolong dalam bentuk ini termasuklah pantun, syair, gurindam, nazam, rubai, masnawi,qitah, ghazal, dan berzanji. Manakala puisi Melayu tradisional berbentuk bebas tidak mempunyai rangkap tertentu.Jumlah baris serta jumlah kata dan suku kata dalam barisnya juga tidak tetap, begitu juga dengan rimanya (ada yang berima dan ada yang tidak berima). Puisi yang tergolong dalam bentuk bebas ini termasuklah teromba,seloka, talibun, mantera,serta peribahasa dan gurindam bentuk bebas. Ini dapat dilihar melalui contoh pantun:-Pantun merupakan puisi Melayu Tradisional yang terpenting. Kelebihannya telah menarik minat pengkaji dari negara asing untuk datang mengkaji. Di antara pengkaji asing yang terpenting ialah Pijnappel, Van Ophusyen. R,J Wilkinson, R.O Winstedt, H.C Klinkert, Giacomo Prampolini dan sebagainya. Sarjana tempatan yang mengkaji pantun ialah Zaba, Hussein Jayadiningrat, Harun Mat Piah, Mohd Rosli Saludin dan professor-profesor uniersiti di Malaysia dahulu dan kini. Pantun merupakan puisi Melayu Tradisional yang paling popular jika didasarkan daripada penggunaan yang paling meluas. Bukan itu sahaja, pantun ini juga merupakan puisi Melay Tradisional yang tidak diragukan sifat keasliannya. Tidak kedapatan bentuk sedemikian di dalam puisi-puisi bangsa lain secara asli, melainkan diri bangsa Melayu di kawasan Nusantara.Mengikut Brandsetter dan R.O Winstedt (1955), iaitu antara dua orang pengkaji yang banyak mengkaji secara komparatif antara bahasa-bahasa Polynesia-Austronesia, kata akar pantun berasal daripada pelbagai kata akar pelbagai bahasa. Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsure estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek iaitu pertamanya berkaitan dengan pengunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Keduanya berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.Berdasarkan aspek ini (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masayarakat Melayu. Daripada penelitian terhadap isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir seluruh hidupan masyarakat Melayu. Daripa penelitian tentang isi (tema dan persoalan) juga telah membawa kepada pengkelompokan pantun yang lebih bersistematik (Harun Mat Piah, 1989:63), seperti pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka teki, pantun agama dan kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif/cerita dan sebagainya.

1.2 Puisi TumpangEndoi, teka-teki, rejang, dikir/zikir, dan peribahasa berangkap tidak mempunyai bentuk yang tetap. Oleh sebab itu, dalam tradisi lisan Melayu, kelima-limanya tidak dikategorikan sebagai puisi. Malah, nama masing-masing diberikan berdasarkan pada fungsi dan temanya. Kelima-lima jenis ini dapat dikategorikan sebagai puisi apabila menumpang bentuk puisi Melayu tradisional yang lain.2.0 CIRI-CIRI PUISI MELAYU TRADISIONAL2.1 Bersifat lisanIa bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Dan sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional,iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian.Dalam kehidupan sehari-hari, tradisi lisan ini biasanya dituturkan oleh seorang ibu kepada anaknya, seorang tukang cerita pada para pendengarnya, guru pada para muridnya, ataupun antara sesama anggota masyarakat.Untuk menjaga kelangsungan tradisi lisan ini, warga masyarakat mewariskan secara turun temurun dari generasi ke generasi.Antara contoh puisi Melayu yang bersifat lisan,diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan ialah seperti pantun, peribahasa, endoi,gurindam dan lain-lain.Contoh puisi melayu tradisional yang sesuai memperlihatkan bahawa ainya bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan ialah endoi. Endoi merupakan tradisi lisan berbentuk perbuatan yang disambut oleh masyarakat Melayu dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin untuk memeriahkan suasana. Endoi sebagai bentuk puisi tumpang menggunakan bentuk syair, nazam dan juga pantun sebagai wadah penyampaiannya.Secara khususnya, endoi berfungsi untuk menyatakan rasa kesyukuran ibu bapa atas kelahiran anak sulung yang diadakan ketika upacara bercukur rambut anak yang berusia tujuh hari.Selain itu, puisi ini juga bertujuan untuk memberikan panduan dan pengajaran kepada masyarakat khalayaknya. Contoh petikan daripada puisi endoi Ucapan Mencukur Rambut Budak Kecil: BismillahirrahmaanirrahimLailahaillallah, Muhammadar Rasullullah

Bismillah itu permulaan nama,Keadaan zatnya bersama-sama,Zahirnya sifat menyatakan isma,Kadim dan taat setia lama.

Hai segala anaknya AdamAsalnya wahi nur-ul-khatam,Dipecahnya empat nazirnya Adam,Dipecahnya pula sekian alam.

Rahim bapamu turun ke ibumu,Empat puluh hari nutfah namamu,Delapan puluh hari alqah namamu,Seratus dua puluh hari alamah namamu.

Endoi diatas menunjukkan sebagai tanda kesyukuran mendapat anak yang berupa rahmat daripada Allah.Majlis ini juga adalaj sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi. Endoi ini murni hasil kreativiti masyarakat dan menjadi milik bersama, kemudian diwariskan secara turun temurun dengan cara berguru pada tukang cerita. Tidak ada buku rujukan yang mereka jadikan pegangan, kerana itu, endoi termasuk kategori kelisanan. Himpunan budaya dan adunan pelbagai amalan luar yang terkumpul sejak begitu lama. Amalan ini sudah menjadi kelaziman dala kehidupan sehari-hari dan dipertutunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Hal ini jelaslah membuktikan bahawa endoi telah memperlihatkan ianya bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan.

2.2 Bentuk yang terikatSuatu cirinya yang penting ialah bentuknya yang terikat oleh konvensi-kovensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yantg berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan pula; sebuah genre mempunyai ciri-cirinya sendiri, berbeza daripada genre yang lain. Untuk menentukan hal ini, di bawah disenaraikan secara menyeluruh kesemua 12 istilah yang setakat ini diandaikan sebagai genre, dengan huraian perbezaan ciri bagi beberapa contoh genre mengikuti kemudiannya.i. Pantunii. Syairiii. Nazamiv. Gurindamv. Selokavi. Talibun dan (sesomba)vii. Terombaviii. Peribahasa berangkapix. Dikir (zikir)x. Jampi dan menteraxi. Teka-tekixii. Prosa berirama atau prosa lirik.

Contoh:Perbezaan antara genre pantun dan seloka Pantun empat baris

Dari mana punai melayang,Dari paya turun ke padi,Dari mana datangnya sayang,Dari hati turun ke hati.

Seloka Emak Si Rendang

Baik budi emak Si Rendang,Dagang lalu ditanakkan,Tiada berkayu rumah diruntuhkan,Anak pulang kelaparan,Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusukan.

(Zaba: 1962)

Menurut dua contoh di atas dapat disimpulkan bahawa terdapat dengan jelas perbezaan dari segi bentuk puisi tersebut. Genre pantun mempunyai keseragaman pada rima akhirnya iaitu a-b-a-b,:Dari mana punai melayang,Dari paya turun ke padi,Dari mana datangnya sayang,Dari hati turun ke hati.

mempunyai empat baris serangkap,:Dari mana punai melayang,(rangkap 1)Dari paya turun ke padi, (rangkap 2)Dari mana datangnya sayang, (rangkap 3)Dari hati turun ke hati. (rangkap 4)

dan empat perkataan sebaris.:Dari hati turun ke hati.Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua unit iaitu pembayang atau sampiran dan maksud.Setiap rangkap dapat melengkapkan satu keseluruhan idea.Hal ini adalah bertepatan dengan kenyataan Harun Mat Piah (1989).Dari mana punai melayang,PembayangDari paya turun ke padi,Dari mana datangnya sayang,Dari hati turun ke hati.Maksud

Manakala seloka pula ialah puisi yang tidak tetap bentuknya dan isinya mengandungi perasaan-perasaan jenaka, sindiran, ejek dan giat, atau asyik, berahi, khayal dan mimpi, seperti yang dihuraikan oleh Zaba (1962). Unsur jenaka boleh digambarkan melalui rangkap seperti di bawah:Baik budi emak Si Rendang,Dagang lalu ditanakkan,Tiada berkayu rumah diruntuhkan.(rangkap 1 hingga 3)

Melalui rangkap ini emak Si Rendang terlalu baik hati sehingga dagang atau orang asing yang lalu diberi makan dan jika tiada kayu bagi menanak nasi rumahnya sanggup diruntuhkan.Seloka merupakan puisi tradisional Melayu sejajar dengan gurindam, seganding dengan pantun dan syair. Puisi tradisional ini berasal daripada kesusasteraan Hindu Klasik yang didapati dalam epos Mahabrata dan Ramayana. Semenjak bilakah gurindam dan seloka ini dikenali umum oleh orang-orang Melayu tidaklah diketahui. Akan tetapi dalam buku Sejarah Melayu yang disusun pada T.M. 1612 oleh Tun Seri Lanang ketika mengambarkan bunyi burung-burung di dalam taman Puteri Gunung Ledang, membandingkan dengan orang bergurindam dan berseloka.Kejadian tersebut berlaku dalam zaman kerajaan Melayu Melaka kerana itu besar kemungkinan bahawa bentuk-bentuk gurindam dan seloka ini sudah dikenali oleh orang-orang Melayu semenjak kurun Masehi yang ke XVI atau lebih dahulu daripada itu. Perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskerit. Bentuk seloka hampir sama dengan gurindam tetapi lazimnya seloka terdiri dari emapt baris yang bersajak, bunyi suku kata dihujungnya sama, tiap-tiap baris mempunyai empat patah perkataan, demikian mengikut sesetengah pendapat.Mengikut pendapat Harun Mat Piah (1989) tema dan isi seloka sungguh terbatas, seperti terbatasnya contoh-contoh yang didapati dalam sumber-sumber tertulis dalam penggunaan sehari hari. Sesuai dengan cirinya yang dasar sebagai sindiran dan jenaka, lalu tema dan isinya juga berupa sindiran, ejekan atau hanya cetusan perasaan, kagum atau benci terhadap seseorang dan perlakuannya. Bagaimanapun jika dihalusi lebih teliti dan mudah diinsafi, bahawa ejekan dan jenaka di dalamnya tidaklah berhenti dengan menghiburkan, bermain dan bersuka suka semata-mata. Sebaliknya masih boleh pula diberikan interpretasi yang lebih wajar, iaitu pengajaran dan panduan kepada anggota masyarakat dalam menghadapi sesuatu keadaan yang mungkin mengancam kesejahteraan diri dan masyarakat.Secara keseluruhannya seuntai seloka merujuk kepada cerita jenakan yang telah benar-benar dikenali dalam masyarakat seperti cerita jenaka yang telah benar-benar dikenali dalam masyarakat seperti cerita Pak Kaduk, cerita Pak Pandir, cerita Lebai Malang dan cerita Emak Si Randang. Seloka tersebut bertujuan untuk menyindir ahli-ahli masyarakat yang berperangai seperti tokoh-tokoh tersebut. Seloka biasanya mengandungi bahasa penceritaannya yang meleret-leret dan lanjut, sindir giatnya selalu tajam dan bias seperti mengejek dan menempelak dan mengandungi perasaan hiba dan rawan.

Seloka Si LuncaiSikap Si Luncai, biarkan, biarkan..Ada rumah tiada dijagaAda anak tidak dilatihAda ternakan tidak dibelaAda kebun tidak ditanamAda cerdik tiada diselidikAda belajar kepalang ajarAda mengaji tiada mengajiAda masa tiada kuasaAda kuat tiada buatBiarkan, biarkan !Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Seloka di atas temanya ialah tentang sikap negatif yang ada pada watak Si Luncai itu sendiri. Si Luncai adalah awatak yang sangat terkenal dengan budaya orang Melayu, beliau adalah watak yang hodoh, perutnya besar, punggungnya tonggek, bila berjalan membuka dada atau bajunya terbuka. Si Luncai dalam seloka di atas adalah berperangai tidak mahu berusaha untuk maju dalam hidup.Si Luncai sebenarnya ada segalanya sebagai insan yang boleh berjaya dengan cemerlang dalam hidup tetapi bersifat malas, tidak menjaga anak dengan baik, harta tidak diusahakan dengan baik, kecerdikan tidak dipakai kejalan yang baik, ada belajar mencari ilmu tapi bertindak tidak menggunakan otak. Akhirnya Si Luncai atau dikiaskan kepada orang yang bersifat seperti ini akan gagal dalam hidup dan akan tenggelam dalam dunianya sendiri. Orang lain telah Berjaya namun dia tetap dalam dunianya sahaja.Seloka di atas terdiri daripada 12 baris serangkap dan rima akhirnya adalah berbentuk bebas tidak terikat seperti pantun dan syair. Rima akhirnya bebas sama seperti mantera dan teromba. Jumlah perkataan dalam baris adalah di antara 2 hingga 5 patah perkataan dan jumlah suku katanya dalam baris pula ialah di antara 6 hingga 13 suku kataTerdapat dengan jelas akan pengaruh unsure anaphora dalam seloka Si Luncai seperti yang di atas. Contohnya dalam baris 2 hingga 10, iaitu pengulangan perkataan ada, dalam setiap awal baris secara berturutan. Penggunaan unsure ini menjadikan seloka di atas bertambah mudah difahami dan kelihatan secara jelas kepuitisannya. Terdapat juga pengulangan perkataan tidak dan tiada, dalam baris 2,3,4,5,6,8,9,10. Pengulangan tersebut terletak di dalam baris secara berulangan dan ianya sebagai penegas kepada mesej yang hendak disampaikan. Penggunaan nama Si Luncai dalam seloka ini sudah membuatkan khalayak mudah faham akan sikap watak tersebut dan dengan mudah sahaja ia akan mengaitkan dengan sikap yang sedang menimpa orang Melayu yang sangat liat untuk memburu kecemerlangan dalam hidup di zaman global ini. Sikap yang ada pada watak Si Luncai ini haruslah ditinggalkan segera dan tidak patut diamalkan.Seloka di atas berfungsi untuk menghibur, bermain dan bersuka-suka. Akan tetapi mengandungi sindiran dan ejekan yang boleh dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan seharian. Tegasnya seloak ini bertindak sebagai serampang dua mata dan bukan sebagai untuk berhibur sahaja. Pengajaran yang tersirat adalah lebih penting lagi.

2.3 Bersifat fungsionalDalam sesebuah genre puisi Melayu tradisional tentulah mempunyai fungsionalnya yang tersendiri digunakan dalam kehidupan hari-hari,sebuah genre tertentu digunakan untuk kegiatan tertentu misalnya pantun untuk kegiatan seni yang berunsurkan hibuaran dan ritual,lagu-lagu dan tarian yang tidak berunsur keagamaan, sedangkan syair pula untuk menyampaikan cerita dan pengajaran dan digunakan dalam kegiatan-kegiatan berunsur keagamaan. Seterusnya mantera pula digunakan untuk upacara-upacara ritual,pemujaan dan pengubatan, berunsur magis dan tidak agama, sebaliknya dikir (zikir) berupa pujian dan pengajaran yang lazimnya berunsur agama.Contoh bagi menunjukkan bahawa fungsi syair unuk menyampaikan cerita dan pengajaran yang digunakan dalam kegiatan-kegiatan berunsur keagamaan ialah menerusi Syair Keagamaan iaitu Syair Kiamat.Syair ini adalah mengenai hari kiamat. Umat Nabi Muhammad s.a.w yang patuh akan suruhan Allah dijanjikan nikmat semasa berada pada hari kiamat manakala bagi golongan yang melakukan maksiat akan mendapat azab sebagai kemurkaan Allah dan mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka. Sehubungan dengan itu, pengarang menyeru umat Islam agar menyediakan bekalan berupa amal kebaikan kerana alam akhirat itu merpakan kehidupan yang kekal abadi. Antara bait-bait Syair Kiamat ini adalah seperti berikut:

Bismillah itu permulaan kalam,Dengan nama Allah Khalikulalam,Dipermulai kitab diperbuat nazam,Supaya ingat mukmin dan Islam.

Memohonkan rahmat kepada Allah,Minta ampun barang yang salah,Fakir mengarang berbuat Allah,Mengarang syair suatu masalah.

Alhamdulillah pula dikata,Bagi Allah puji semata,Empat puji adalah serta,Sekalian kembali ke Tuhan kita.

Sudah memuji Tuhan yang kaya,Salawatkan Rasul Nabi yang mulia,Itulah penghulu segala Anbia,Sekalian Islamjin dan manusia.

(Syair Kiamat: Rangkap 1-4)

Petikan diatas menunjukkan bahawa sebelum memulakan syair pengarang memuatkan peringatan dengan mengucap kalimat Bismillah serat memohon rahmat dan keampunan Allah jika kedapatan kesilapan dalam syair yang ditulis. Seterusnya, memuji-muji Allah denga kalimat Alhamdulillah yang kemudiannya disusuli pula bersalawat kepada Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi pesuruh Allah. Hal ini jelaslah bahawa syair ini berfungsi sebagai menyampaikan cerita dan pengajaran kerana syair ini mengetengahkan pelbagai mesej untuk diteladani dan disempadani oleh khalayak pendegar dan pembacanya agar tidak melakukan amalan-amalan yang ditegah oleh agama Islam.Syair ini adalah untuk memberi nasihat kepada umat Islam akan tentang hari kiamat yang perlu diketahui. Manusia haruslah tidak lupa dan leka untuk meminta keampunan kepada Allah dalam kehidupan di dunia ini. Segala pujian di atas muka bumi ini cuma layak untuk Allah sahaja dan tiada yang lain daripadanya. Misalnya dalam rangkap berikut:Alhamdulillah pula dikataBagi Allah puji semata Empat puji adalah sertaSekalian kembali ke Tuhan kita

Tuhan sebenarnya adalah maha kaya dan selawat ke atas Nabi Muhammad, nabi besar umat Islam. Jika manusia mengingkari jalan ketuhanan maka manusia akan tersesat di atas dunia ini dan akan mendapat kerugian. Misalnya dalam rangkap berikut ini:Inilah pesuruh Tuhan yang GhaniMenyampaikan titah ke sana ke sini Barang yang tidak menurut iniMenjadi kafir masuk Nasrani

Jika manusia taat kepada Allah dan Nabi Muhammad makan akan diperolehi kelebihan di alam akhirat nanti. Banyak pertolongan dan bantuan yang akan diperolehi tatkala menghadapi permasalahan. Jika seseorang melakukan perkara yang mungkar di dunia ingatlah kata akan dibalas dengan neraka yang maha besar. Syair Kiamat adalah berbentuk terikat dan terdiri daripada empat baris serangkap. Terdapat 42 rangkap melalui syair ini dan semuanya adalah berjumlah 16 baris. Kepanjangan baris seperti ini menjadikan ianya menarik untuk menyampaikan mesej yang jelas. Jumlah perkataan di dalam baris adalah di antara 3 hingga 5 patah perkataan dan jumlah suku kata di dalam baris adalah di antara 9 hingga 14 patah perkataan. Rima akhirnya ialah aa aa iaitu berbentuk terikat.Syair Kiamat amat menarik sekali kerana menggunakan gaya bahasa yang jelas dan mantap serta mudah untuk difahami dan keadaan seperti ini menjadi daya tarikan kepada khalayak untuk lebih dekat lagi memahami mesej yang hendak disampaikan. Syair yang berbentuk abstrak tidak digemari oleh khalayak da mungkin sebagai hiasan untuk dilagukan sahaja.Paling menarik sekali kerana syair ini mempunyai bahagian permulaannya yang sentiasa memuji-muji akan kebesaran Allah. Misalnya dalam rangkap yang pertama:Bismillah itu permulaan kalamDengan nama Allah KhalikulalamDipermulai kitab diperbuat nazamSupaya ingat mukmin dan Islam

Penggunaan nama Allah dan Muhammad dalam syair ini menjadikan ianya menarik dari segi dalaman diri khalayak kerana khalayak yang sentiasa diajak akan kebesaran Allah. Jika Allah diingati sentiasa maka manusia itu tidak akan tersesat. Pengulangan nama Allah dan Muhammad ini sering berulang di antara baris.Pengulangan perkataan mu, nya di akhirat baris terutama dalam rangkap 22 dan 28 akan menjadikan syair di atas bertenaga sekali. Setiap mesej yang bakal disampaikan akan menjadi lebih mantap dengan wujudnya perkataan seperti ini. Syair Kiamat berperanan untuk memberi nasihat dan teguran kepada penganut yang beragama Islam. Mereka harus percaya kepada hari kiamat dan harus patuh kepada ajaran Islam itu sendiri. Kepatuhan mereka kepada ajaran Islam akan membuahkan rahmat kepada mereka di hari kiamat nanti. Berbuat baik balasannya adalah baik dan berbuat jahat balasannya adalah jahat.Selain itu, contoh bagi menunjukkan dalam puisi melayu tradisional ini bersifat fungsional adalah menerusi mantera yang digunakan untuk upacara-upacara ritual, pemujaan dan pengubatan berunsur magis dan tidak agama. Contoh mantera yang digunakan bagi tujuan pengubatan adalah mantera Ulit Mayang, berikut adalah contoh petikannya :Aku tahu asal usulmu,Seri Bersila nama asalmu,Seri Berdiri nama batangmu,Seri hidup asal usulmu,Seri Menempak nama daunmu,Seri Guntur nama bungamu,Seri Gintir nama buahmu.Aku tahu asal usulmu,Umbut mayang diumbut,Umbut dengan jala jemala,Ulit mayang diulit,Ulit dengan tuan puteri,Puteri dua berbaju serong,Puteri dua bersanggul serong,Puteri dua bersubang gading,Puteri dua berselendang kuning.

Umbut mayang diumbut,Umbut dengan jala jemala,Ulit mayang diulit,Ulit dengan puterinya empat,Puteri dua berbaju serong,Puteri dua bersanggul serong,Puteri dua bersubang gading,Puteri dua berselendang kuning.

Ulek Mayang ini merupakan lagu tradisi negeri Terengganu, lagu Ulek Mayang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti Terengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu, apabila agama islam menjadi agama rasmi malaysia, mantera ulit mayang ini merupakan amalan yang khurafat dan dilarang.Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mantera.Mereka mempercayai bahawa pesembahan mantera ini meminta pertolongan kepada tujuh puteri untuk mengubati lelaki yang sampuk.Tetapi kini mantera ulit mayang dijadikan sebagai persembahan kesenian dipersembahkan dengan mayang pinang yang telah diasapkan keminyan dan disapu dengan minyak kelapa. Mayang pinang juga dikenali sebagai sumber semangat dalam persembahan ulit mayang ia juga melambangkan pemujaan yang mendalam. Hal ini jelaslah menunjukkan mantera dalam puisi tradisional ini berfungsi sebagai mengubati penyakit sampuk pada masa dahulu.

2.4 Berhubung rapat dengan magisPuisi Melayu tradisional berhubung rapat dengan magis dalam maksud dan pengertian yang luas.Ungkapan-ungkapannya mempunyai kuasa, konotasi atau dipercayai berunsur magis.Sebahagian daripadanya, seperti mantera, pantun dan syair, dan pada beberapa tempat talibun dan prosa berirama dapat juga digunakan dalam kegiatan-kegiatan lain yang berunsur magis dan ritual. Keadaan begini adalah warisan daripada kedudukan-kedudukannya yang asal, di mana puisi dan magis merupakan sebahagian yang penting daripada kehidupan manusia (Lewis 1971, 221):In the past, poetry and science were one, and its name was magic. Magic for our earliest ancestor was the most effective ways of understanding nature and their fellow-men, and of gaining power over them.Contoh talibun:Keris sampan ganja iras,Retak diturut panjut putih,Besi dititik besi ditinting,Serpai besi kharsani,Sebulan dagang menggalas,Jejak ditikam mati juga,Setitik darah kedaratan,Setahun padi tak jadi,Setitik darah ke lautan,Setahun ikan tak main.(Zaba: 1962, 95)

Talibun di atas memperkatakan tentang kesaktian sejenis senjata yang tidak asing pada kita iaitu keris lambang kekuatan orang Melayu. Keseluruhan untai talibun di atasmerupakan pemerian suatu objek atau satu aspek sahaja, keseluruhan penceritaan merupakan urutan idea yang berasingan hingga tidak sesuai dipisahkan ke dalam rangkap-rangkap yang teratur.

2.5 Dianggap suci (bahan yang berunsur magis)Mantera sebagai suatu bentuk puisi tradisional yang kita kenali sebagai istilah teknis hari ini, adalah muncul dengan ragam keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai sebuah genre puisi yang melambangkan ekpresi kejiwaan yang suci dan sakral, kehadirannya dengan segala keunikan dan keistimewaan bukan sahaja terletak kepada salasilah perkembangannya yang cukup awal dalam sejarah tamadun manusia Melayu, tetapi juga yang penting ialah pertaliannya yang cukup rapat dengan system kepercayaan worldview sejarah dan warisan kebudayaan.Mantera mempunyai sifat sakral dan tidak boleh diucapkan oleh sembarangan orang. Ia berhubung dengan sikap religus manusia. Dengan demikian hanya pawang yang berhak dan dianggap sesuai untuk mengucapkan mantera itu. Pengucapannya juga harus diserati dengan upacara ritual, misalnya asap dupa, duduk bersila, gerak tangan, ekpresi wajah dan sebagainya. Hanya cara ini mantera mempunyai kekuatan kuasa ghaib. Ada pula yang harus diucapkan secara keras dan ada pula secara berbisik-bisik (Mohd Rosli Saludin, 1999: 5)Keseluruhan mantera Melayu adalah berbentuk puisi atau sekurang-kurangnya mengandungi puisi dan puisi ini agak unik bentuk dan isinya daripada yang lain. Isi dan konsep dikandungi dan dipancarkan oleh sesebuah mantera menunjukkan hubungan yang amat erat dengan system kepercayaan masyarakat. Khususnya dalam konteks zaman di mana mantera itu dicipta dan diamalkan secara total oleh masyarakat berkenaan.Sebagai bahan yang berunsur magis dan ritual puisi dianggap suci (sacred), berhubung rapat dengan kepercayaan tahayul, mempunyai pantang larang (taboos) dari masa, tempat, dan orang-orang yang mengamalkannya; bagi mantera misalnya ialah pawang atau bomoh. Ungkapan-ungkapan dalam mantera hendaklah digunakan untuk tujuan yang tertentu dan bersama dengan perlakuan-perlakuan yang telah ditetapkan. Demikian pula ungkapan-ungkapan daripada teromba yang biasanya dalam bentuk dan bahasa yang tetap dengan erti dan implikasinya iaitu tidak boleh diubah sesuka hati atau dijadikan bahan mainan. Seperti contoh mantera di bawah:

Assalamualaikum, hai berna kuningAku tahu akan asalmuMu tumbuh di bukit Gunung Siguntang MahameruBerdaun perak, berbatang suasa, berbuah emasAku nak mintak jadi anak panah Seri RamaAnak panah Rajuna, wong Inu KertapatiAku nak mintak mu jadi anak tebuan tunggal ekorMullah menghambat segala jin, setan dan iblisMambang peri Sang Raya dan kampong Sang RayaBayang-bayang dewa di tali anginMu kerja seperti anak panah dewa Sang Raya yang tunggalMenghambat segala iblis setanMu dengar pesanan umat akuDisumpah malaikat menjadi rajaMemerintah alam empat yang empunya pada hari ini ketika iniInsya-Allah dengan kuasa AllahMuhammad Rasulullah.(Ihsan Pak Da Mat Zain, Kota Bahru 1977)Mantera di atas digunakan dalam upacara berbagih satu cara pengubatan penyakit-penyakit ganjil, yang masih terdapat di Kelantan dan Terengganu. Satu daripada objek-objek yang digunakan ialah beras kunyit (beras putih yang dikuningkan warnanya dengan air kunyit), digunakan untuk dihambur ke tubuh si sakit dan sekitar ruang dalam rumah, dengan tujuan menghalau semangat-semangat yang merbahaya.Beras dan padi dipercayai m empunyai semangat dan semangat ini harus dipuja untuk memberikan kekuatan yang dipinta (Harun Mat Piah 1981).

2.6 Mengandungi unsur-unsur muzik Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kondensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi. Dalam puisi Melayu ini hampir semua pengucapannya disampaikan dalam lagu, irama, intonasi yang tipikal. Kebanyakan dijadikan seni kata dalam lagu-lagu rakyat, untuk mengiringi permainan dan persembahan yang berunsur ritual, magis dan keagamaan. Pantun, syair, nazam, dikir, mantera, talibun, prosa berirama masing-masing mempunyai tempat dan peranan dalam permainan-permainan yang menggabungkan unsur-unsur nyanyian, dialog, muzik, dan tarian.Di luar daripada kegiatan-kegiatan tersebut bentuk-bentuk puisi, seperti pantun, syair dan prosa berirama masih disampaikan dalam lagu, irama, rentak atau sekurang-kurangnya intonasi yang berbeza daripada pengucapan biasa.Antara contoh bagi memperlihatkan ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kondensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi ialah melalui pantun. Pantun dapat diertikan sebagai karangan berangkap atau puisi milik masyarakat Melayu yang dicirikan oleh kehadiran sampiran atau pembayang dan mempunyai pola rima tertentu. Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi atau rima kepada maksud.Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Contohnya pantun di bawah ini yang mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris yang menunjukkan keharmonian rima bunyinya : Baik bergalas baik tidak,Buli-buli bertali benang,Baik berbatas baik tidak,Asal budi sama dikenang.

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a. Berdasarkan pantun ini rima akhir dalam dalam baris pertama ialah "dak", sama seperti dalam baris ketiga iaitu "dak". Manakala rima akhir dalam baris kedua ialah "nang", juga sama dalam baris keempat iaitu "nang" .Hal ini dapatlah menjelaskan bahawa ungkapan pantun diatas ini telah mengandungi unsur-unsur muzik, lagu, intonasi, kondensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi yang telah menjadikan rima pantun seakan-akan berirama menjadikannya sedap untuk didengar.

2.7 Bahasa padat dan kentalSatu ciri yang menarik pada puisi ini ialah bahasanya yang padat dan kental, mengandungi unsur-unsur perlambangan, imajan, kiasan dan perbandingan-perbandingan lainnya yang tepat dengan maksud dan fungsinya.Keadaan ini dapat dilihat dan dirasakan dengan jelas dalam pantun, peribahasa berirama, gurindam, teromba dan mantera.Dalam dua genre yang kemudian itu hanya inti atau konsep yang disebutkan sebagaia kunci kepada erti seluruhannya. Perkataan yang lain tidak diperlukan kerana telah dapat dimengerti oleh penutur dan pendengar melalui pengalaman dan latar belakang kebudayaan yang mereka alami bersama.

Keadaan ini dapat dilihat melalui genre peribahasa berirama:1.Hidup dikandung adat,Mati dikandung tanah.

2.Seperti sumbu pelita, Menerangi yang lain membakar dirinya.

Melalui contoh yang pertama dapatlah difahami bahawa kita hendaklah menurut adat yang baik. Hal ini jelas sudah diketahui umum oleh orang Melayu dan tidak perlu ditafsirkan lagi kerana tiap-tiap rangkap dapat melengkapkan keseluruhan idea. Hal ini turut berlaku pada contoh yang kedua yang lebih menjurus kepada jasa seorang guru yang sanggup bersusah payah demi melihat anak muridnya berjaya.

KESIMPULANKesimpulannya dapatlah disimpulkan bahawa puisi Melayu itu dapat dibahagikan kepada 12 genre yang berlainan dan secara khususnya mempunyai cici-cirinya yang tersendiri. Sifat atau ciri yang signifikan ini menyebabkannya berlainan antara satu sama yang lain. Namun secara amnya, terdapat persamaan antara puisi-puisi tersebut yang boleh mengelirukan para pembaca dan pengkaji umumnya dalam pembahagian genre. Namun apa yang paling penting di sini ialah segala tanggapan yang ditimbulkan oleh para pengkaji Barat khususnya yang menyatakan bahawa masyarakat Merlayu sebenarnya tidak memiliki tradisi puisinya yang asli sama sekali dapat disangkal. Hal ini melalui pelbagai genre yang nyata diujarkan oleh orang Melayu melalui pemikiran mereka dan ini memperlihatkan ketajaman minda orang Melayu.

BIBLIOGRAFI

Harun Mat Piah. 1981. Kepercayaan Magis Berhubung dengan Padi, dlm Dewan Budaya, Januari 1981, hlm 15-17.

Harun Mat Piah. 1989. Puisi Melayu Tradisional Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lewis, Cecil Day. 1971. How Poet Knows, dlm Poem and Perspectives (ed Ross, Robert H. dan Stafford). Illinios: Scott, Foresman & Co.

Sahlan Mohd. Saman &Shaiful Bahri Md. Radzi. 2005. Persuratan Melayu: Tradisional keModen. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba). 1962. Ilmu Mengarang Melayu (Cetakan kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.