big fasa 4.docx

3
LAPORAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti- aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada bangsa dan juga negara. Saya selaku pengerusi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah, mentor serta guru penasihat kokurikulum dalam memberi kepercayaan serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan aktiviti Bina Insan Guru yang kami kendalikan. Tidak lupa juga kepada semua guru pelatih yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam memastikan aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar. Pada semester 4 ini salah satu program bagi BIG Fasa 4 ialah Program Khidmat Masyarakat. Program khidmat masyarakat ini merupakan satu program yang diwajibkan kepada guru pelatih PISMP dan ia merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran Bina Insan Guru. Dalam program ini, guru-guru pelatih didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, berkerjasama dan bertanggungjawab terhadap profesion keguruan, masyarakat dan negara. Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidamatan sosial perlu diterapkan kepada bakal-bakal pendidik supaya mereka berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Baru-baru ini, Kelantan mengalami tragedi yang amat menyedihkan seluruh rakyat Malaysia. Kelantan melanda banjir dengan tahap paling tinggi sehinggalah ramai penduduk kehilangan tempat tinggal mereka. Pada masa inilah, kami diberi peluang untuk menolong rakyat di Kelantan terutamanya di Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra (1) untuk menolong para guru dan murid.

Upload: vimala-visha

Post on 10-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

LAPORAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada bangsa dan juga negara. Saya selaku pengerusi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah, mentor serta guru penasihat kokurikulum dalam memberi kepercayaan serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan aktiviti Bina Insan Guru yang kami kendalikan. Tidak lupa juga kepada semua guru pelatih yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam memastikan aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar. Pada semester 4 ini salah satu program bagi BIG Fasa 4 ialah Program Khidmat Masyarakat. Program khidmat masyarakat ini merupakan satu program yang diwajibkan kepada guru pelatih PISMP dan ia merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran Bina Insan Guru. Dalam program ini, guru-guru pelatih didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, berkerjasama dan bertanggungjawab terhadap profesion keguruan, masyarakat dan negara. Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidamatan sosial perlu diterapkan kepada bakal-bakal pendidik supaya mereka berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Baru-baru ini, Kelantan mengalami tragedi yang amat menyedihkan seluruh rakyat Malaysia. Kelantan melanda banjir dengan tahap paling tinggi sehinggalah ramai penduduk kehilangan tempat tinggal mereka. Pada masa inilah, kami diberi peluang untuk menolong rakyat di Kelantan terutamanya di Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra (1) untuk menolong para guru dan murid. Peringkat Program Bina Insan Guru adalah dirancangkan secara teratur mengikut perancangan yang telah dibuat oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia. Saya membuat laporan sebelum, semasa dan selepas program. Sebelum program ini dilaksanakan saya selaku pengerusi membuat beberapa tindakan. Ia adalah seperti berikut. Pertama dijemput semua ajk kelas BIG untuk menyatakan tujuan mesyuarat bagi membincangkan program khidmat masyarakat. Seterusnya membahagikan tugas yang saksama bagi setiap AJK program ini dan saya diminta setiausaha membentangkan kertas kerja program Khidmat masyarakat. Tambahan pula dijemput setiap kelas AJK BIG kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini serta pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Seterusya program yang dijalankan semasa berada di Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 adalah seperti berikut. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami diberi aktiviti aktiviti yang perlu disiapkan oleh ahli kumpulan masing-masing. Kumpulan kami diberi tugasan untuk mengecat kelas-kelas yang berada di aras 1. Saya dan ahli kumpulan saya untuk mengecat seluruh kelas. Pada waktu tengah hari, selepas makan tengah hari kami diberi tugasan untuk membersihkan kawasan kantin. Saya dan ahli kumpulan saya membersihkan kawasan kantin dengan penuh bersemangat. Diberi taklimat tentang aktiviti pada keesokan harinya. Pada keesokan harinya, kami diberi peluang untuk melawat kawasan yang digelar Manik Urai yang dilanda banjir. Kawasan tersebutlah telah melanda banjir yang teruk. Penduduk disana hilang tempat tinggal mereka. Kami semua berasa sangat sedih tentang keadaan mereka. Ia sungguh mengeluhkan hati kami. Tetapi penduduk disana tetap menghadapi cabaran dengan penuh tabah. Ia menyebabkan saya hairan. Selepas itu, kami pulang ke sekolah. Pada malam tersebut kami menjalankan satu program khas untuk pelajar tahun 6 untuk memberi semangat untuk merekaSelepas Program Bina Insan Guru Semester 4, mencakupi aktiviti kemasyarakatan. Melalui program ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pengalaman dan kefahaman yang menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang seimbang. Program khidmat masyarakat ini juga akan dapat melatih guru pelatih agar lebih bertanggungjawab dalam melakukan sebarang tugas dan aktiviti yang diamanahkan. BIG pada kali ini memberi banyak kesedaran kepada diri saya sendiri. Ini kerana Program Khidmat Masyarakat adalah salah satu program yang amat berguna kepada semua guru pelatih.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat untuk memberi kami peluang keemasan ini. Kerjasama daripada rakan-rakan guru yang lain memudahkan tugasan saya untuk berkolaborasi bagi memastikan aktiviti perkhemahan ini berjalan dengan lancar. Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, selepas program telah dijalankan saya selaku pengerusi diminta setiap AJK membuat laporan .

Program Khidmat Masyarakat ini telah berjalan dengan lancar berlandaskan kekuatan yang kami perolehi seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara guru-guru pelatih dan ini adalah kunci kepada setiap kejayaan sesuatu program yang diadakan di mana kita haruslah mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain dalam memastikan program yang dikendalikan dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada pihak juga telah mendorong kami lebih yakin dalam merealisasikan projek ini.Kesimpulannya Program Bina Insan Guru memberi pengalaman kepada semua guru pelatih untuk menjadi seorang pendidik yang berguna untuk masyarakat dan negara. Segala aktiviti dalam program ini telah dilaksanakan dengan sebaiknya serta semua peserta telah memberikan komitmen yang menyeluruh terhadap semua aktiviti yang dijalankan.