big fasa 4

31
Bina Insan Guru Fasa 4 SEMESTER 4 1

Upload: barathy-chandrasegran

Post on 04-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Bina Insan Guru Fasa 4

Bina Insan Guru Fasa 42014

SEMESTER 4

BIODATA PELAJAR

BIODATA PELAJAR

NAMA : BARATHY A/P CHANDRASEGRANNO.K/P: 931117-08-5876KURSUS: PISMP SEMESTER 4PENGKHUSUSAN: PENDIDIKAN PEMULIHAN PENDIDIKAN RENDAH SJKTNO.MATRIK: WMA0002/G/012013/PM001NAMA BAPA: EN. CHANDRASEGRAN A/L ARUMUGAMNAMA IBU: PN. JAYA A/P SUBRAMANIAMALAMAT: NO.7, JALAN BUNGA CEMPAKA, TAMAN PARIT JAYA, 32800 PARIT, PERAK.NO.H/P: 016-9162372

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan seperjuangan yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru Fasa Empat sehingga berjaya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perlaksanaan program Bina Insan Guru ini. Dengan kerjasama dan sokongan dari semua pihak maka program ini dapat dilaksanakan dengan sempurnanya. Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada En Amir Hamzah bin Aman selaku penasihat dan pensyarah tutor kami kerana beliau banyak meluangkan masa dan tenaga dalam membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan. Saya memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekasaran bahasa atau kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang program ini. Akhir kata, Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yangdiperoleh pada program ini agar kita dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmusehingga dapat melahirkan anak Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilangkelak. Sekian terima kasih.

Yang Benar,(BARATHY A/P CHANDRASEGRAN)

Isi KandunganBiodata Pelajar 2-3Penghargaan 4-5Isi Kandungan 6Pendahuluan 7-8Objektif Bina Insan Guru 9-10Kertas Kerja Bina Insan Guru 11Laporan Bina Insan Guru 12Refleksi 13-20Lampiran 21 >>

PENDAHULUAN

Pendahuluan Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti, fleksibel, berkemahiran serta mempunyai kualiti sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program Bina Insan Guru yang dirancang oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) ini, para guru pelatih bukan sahaja perlu mempunyai kekuatan dan kualiti ilmu dari pelbagai domain tetapi perlu juga mempraktikannya. Seperti mana yang kita sedia maklum, Program Bina Insan Guru ini mencakupi aktiviti khidmat masyarakat yang mana dapat menjadi aspek yang berkesan untuk membentuk pelajar yang mempunyai sifat bertanggungjawab dan mewujudkan kerjasama yang erat antara pelajar serta mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi peserta kursus Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah SJKT (G4.1) program ini tidak terkecuali. Program BIG ini perlu bagi melengkapkan jumlah jam kredit yang diperuntukan untuk memenuhi syarat pengajian kami. Di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras (IPGKIK), program ini dijalankan secara langsung di bawah Unit Gerko. Untuk fasa 4 ini, jawatankuasa telah memutuskan untuk mengadakannya di Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangor selama 3 hari 2 malam iaitu pada 27 Oktober hingga 29 Oktober 2014. Untuk menjayakan Program Bina Insan Guru (BIG) ini, beberapa fasa perancangan, perbincangan dan pelaksanaan telah dijalankan. Dengan itu, jawatankuasa kecil telah dibentuk bagi melincinkan lagi Program BIG ini. Melalui penubuhan jawatankuasa kecil tersebut, kebijaksanaan merancang dan mengurus mula diuji. Sifat-sifat keguruan seperti fleksibel, kesabaran, amanah dan segala kekuatan dan kelemahan mulai terpancar satu demi satu agar sebagai seorang guru pelatih kita lebih mengenali profesion keguruan serta mengenali kebihan dan kelemahan diri sendiri.

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 4

Objektif Program Bina Insan Guru

Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, guru pelatih dapat ; a) Menunjukkan tingkah laku ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.b) Memupuk semangat sukarela dalam kalangan pelajar.c) Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukand) Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental para pelajar.e) Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan komuniti.

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2013INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2013INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

REFLEKSI

Refleksi Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya, kami kumpulan G 4.1 PISMP Semester 4 opsyen Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah SJKT telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) pada 27 Oktober hingga 29 Oktober 2014 , bertempat di Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangor . Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran para pelajar tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan, sikap bekerjasama antara satu dengan lain di samping membentuk pelajar yang mempunyai sifat bertanggungjawab dan memupuk nilai komuniti dalam diri individu. Ini merupakan kali keempat saya mengikuti aktiviti sebegini dan saya berharap program ini boleh memberi satu pengalaman yang sukar dilupakan dalam kehidupan saya.Sepanjang program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan umum dalam usaha kami untuk menjayakan program ini. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat adalah bermula daripada kami membuat perancangan awal lagi iaitu lokasi untuk melaksanakan program Bina Insan Guru dan pembahagian tugasan yang diberi. Pertama kali menjejakkan kaki ke Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu,Selangor meninjau kenangan silam semasa tinggal di estet pada zaman kanak-kanak. Kampung ini sangat cantik pemandangannya dan aman. Saya dan rakan-rakan berkumpul di dalam kelas Dewan Komuniti Kampung Felda Soeharto bersama-samapelajar-pelajar daripada kumpulan pengajian lain dalam program yang dinamakan Bina Insan Guru (BIG). Untuk BIG kali ini guru-guru pelatih yang terlibat ialah dari kelas G41.1 hingga G4.11. Saya berasa sangat seronok kerana dapat menjalankan aktiviti bersama pelajar-pelajar yang sungguh kreatif dan bersemangat. Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar saya untuk berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi. Sebelum menjalankan gotong-royong ini kami semua iaitu seramai 215 orang pelajar telah diberikan satu tugas pada satu masa seperti ketua, setiausaha, AJK makanan, AJK kebersihan, tugas-tugas khas dan lain-lain lagi. Hal ini memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk merasai memegang setiap jawatan dalam kumpulan. Perkara ini amat berkesan kerana sistem yang dibentuk oleh pensyarah pembimbing ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami semua untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpin. Pendedahan ini merupakan satu pendedahan positif yang memberi impak besar kepada saya. Pengalaman berorganisasi ini akan saya manfaatkan sepenuhnya sama ada di institut atau ketika berada di alam pekerjaan kerana saya sedar bahawa ada ketika saya akan menjadi pemimpin dan ada ketika saya akan menjadi mereka yang dipimpin. Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan program BIG ini kerana diadakan di dalam kawasan yang agak selamat dan dari segi pengangkutan kami tidak perlu besusah payah untuk mencari kenderaan . Kesemua aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam tentatif program BIG ini. Lokasi untuk menjalankan aktiviti iaitu persekitaran Kampung Felda Soeharto juga lebih selamat dan selesa serta mempunyai kemudahan yang cukup kondusif. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa sebagaiseorang guru yang dedikasi dan sanggup berkorban untuk murid, kita haruslah melakukan apa-apa sahaja yang diamanahkan untuk memastikan kejayaan dan masa depan murid-murid kita.Hal ini demikian kerana apabila kami memulakan aktiviti khidmat masyarakat, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang pertama ditugaskan untuk bergotong-royong dewan serbaguna 2, kumpulan yang kedua ditugaskan untuk bergotong-royong persekitaran dewan komuniti, kumpulan yang ketiga diberi tugas untuk membersihkan surau, dan kumpulan keempat diberi tugas untuk membantu membersihkan rumah ibu tunggal dan warga emas di Kampung Felda Soeharto. Saya berasa sangat terharu apabila semua peserta termasuk saya menerima apa-apa kerja yang diamanahkan kepada kami pada kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah memberikan satu idea kepada saya bahawasebagai seorang guru yang sanggup berkhidmat untuk masyarakat, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk tujuan kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya,kita harus berkorban apa jua, sama ada masa, tenaga, jiwa raga, dan sebagainya untuk kebaikan dan masa depan murid dan sekolah kita. Secara peribadi, saya dan rakan-rakan sekelas saya diketegorikan dalam kumpulan 1 pada hari tersebut. Namun, kami tetap memberikan bantuan kepada kumpulan satu dan kumpulan dua apabila mereka memerlukan bantuan kami. Situasi ini juga menyedarkan saya bahawasebagai seorang manusia yang hidup dalam kumpulan dan kelompok, kita harus memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan kami, tanpa mengira kaum, bangsa dan ras

Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa peka dengan informasi-informasi baharu dengan mengamalkan adab-adab yang terpelihara.

Saya sebagai seorang guru pada masa hadapan dapat mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya Program Bina Insan Guru ini. Terima kasih tidak terhingga kepada para mentor, pensyarah dan kem komandanyang banyak membimbing saya sebagai pelajar di IPG Kampus Ilmu Khas. Tanpa pensyarah sehebat mereka siapalah saya dan terima kasih juga kepada Enci Amir Hamzah bin Aman sebagai mentor kelas saya yang menjadi tonggak utama penyuntik semangat kepada saya dan rakan sekelas semasa menjalankan aktivitikhidmat masyarakat bina insan guru .Setiap aktiviti dalam Program Khidmat Masyarakat yang telah di jalankandi Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangor, telah menyedarkan saya sebagai seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas sebenar sebagai seorang guru yang kompiten, yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dalam kelas sahaja tetapi meliputi segala aspek samaada luar atau dalam kelas termasuk aspek kebersihan.

Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri setiap pelajar yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan dewan serbaguna 2 tersebut. Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan, dimana saya dan rakan-rakan membuat tinjaun di tapak yang akan kami bersihkan.Sebagai seorang pelajar, saya perlu membuang satu-satunya kelemahan diri saya iaitu perasaan malu untuk berkomunikasi dengan dengan masyarakat. Semasa menjalankan kerja, saya turut bersama-sama masyarakat Kampung Felda Soeharto untuk membersihkan kawasan dewan serbaguna 2 tersebut.

Saya dan rakan-rakan mendengar penerangan daripada kem komandan dan pengerusi BIG sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan. Kami ditugaskan untuk menghias mencuci tandas dan mengutip sampah sarap di kawasan luar dewan tersebut. Kami juga ditugaskan untuk mengecat pasu bunga prasekolah Kampung Felda Soeharto. Rakan-rakan lain pula, ditugaskan untuk membuat mengatur batu bata dan membuat batas bagi menanm pokok bunga. Mereka bersama-sama berkerjasama bagi memindahkan tanah ke dalam batas batu bata di sepanjang kawasan pagar prasekolah dan melakukan kerja pembersihan longkang di sepanjang kawasan prasekolah tersebut.

Pada pendapat saya, sayarasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi pendidikan di masa hadapan. Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika saya di minta melakukan tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya apabila posting nanti mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan pendalaman yang mempunyai kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya yang akan menyedarkan orang kampung tentang apakah pentingnya kebesihan itu. Saya akan menganjurkan pelbagai program seperti gotong-royong dan sebagainya.

Bagi saya tiada apa yang mampu mengancam semangat saya sebagai seorang pelajar yang akan bergelar seorang guru tidak lama lagi. Melalui program ini saya dapatbelajar cara yang baik untuk membimbing para pelajar pada masa hadapan dalam bidang pendidikan kurikulum dan kokurikulum. Program ini juga membantu saya untuk memantapkan jati diri saya dan membentuk peribadi mulia. Selain itu, program ini juga membantu saya untuk menjadi setanding modal insan kelas pertama yang mantap dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial. Saya juga belajar cara-cara yang betul untuk menghiaskan bilik darjah dan menyusun bilik darjah . Saya berharap segala ilmu ini akan dapat saya aplikasi apabila saya bergelar seorang guru pemulihan pada masa hadapan.

Saya juga amat bersyukur kerana program bina insan ini dilaksanakan di Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangor kerana sebagai seorang guru pemulihan saya dapat berbual-bual dengan guru prasekolah kampung tersebut dan mendapat info-info berguna tentang masalah para pelajar saya pada masa hadapan. Hal ini kerana, para pelajar akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran asas membaca,menulis dan mengira (3M), semasa berada di prasekolah. Oleh itu, saya haruslah mengajar daripada peringkat kemahiran asas paling bawah supaya mereka juga dapat menguasai kemahiran 3M dan dapat berada di dalam kelas arus perdana bersama-sama rakan-rakan lain. Antara nasihat yang saya dapat perolehi daripada guru prasekolah tersebut adalah, mengajar para pelajar dari senang kepada sukar, konkrit kepada abstrak. Antara tip-tip mengajar yang saya perolehi pula adalah kaedah belajar melalui bermain dan kaedah VAKT. Kaedah ini amat berkesan apabila diberi peneguhan positif contohnya hadiah. Hal ini kerana, memang intuisi seorang pelajar untuk bermain.

Selepas menyiapkan semua tugasan di bahagian luar prasekolah dan dewan serbaguna tersebut, saya turut membantu rakan-rakan yang kelihatan kepenatan mengutip sampah di bahagian hadapan dewan. Walaupun sangat penat mereka kelihatan sangat gembira. Kedengaran suara mereka sangat riuh sekali. Kami bersama-sama bekerjasama membantu antara satu sama lain. Selepas itu, kami makan bersama-sama. Saya sangat berterima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah dan semua warga Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangoryang banyak memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada saya dalam meningkatkan keupayaan diri dalam pembentukkan seorang guru yang berguna pada masa hadapan. Cuma saya masih lagi mempunyai kelemahan dalam perhubungan sosial ketika bergaul denganrakan-rakan kumpulan lain.Tetapi saya telah cuba sedaya upaya meningkatkan dan mempelajari bagaimana cara untukmeningkatkan keupayaan berinteraksi dengan mereka. Dalam program ini saya juga dapat berkenalan dengan beberapa orang pelajar kursus pengajian lain yang sebelum ini kami hanya sekadar membalas senyuman sahaja.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua fasilitator dan jurulatih kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang bermanfaat sepanjang saya berada di prasekolah ini. Saya berjanji akan mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas kalian. Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna dan penting melalui program khidmat masyarakat ini, iaitubersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita. Dengan mengambil contoh khidmat masyarakat pada kali ini, saya berpeluang untuk berinteraksi dan berbual-bual dengan masyarakat Kampung Felda Soeharto dan para pensyarah. Daripada interaksi dan perbualan kami, saya telah mengetahui serba sedikit tentang gaya hidup mereka. Semua maklumat atau informasi yang saya peroleh sepanjang interaksi tersebut adalah amat penting untuk saya jadikan sebagai panduan suluh api pada masa hadapan. Oleh itu, jelaslah di sini bahawasosial yang aktif adalah sangat penting bagi memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Malah, saya juga percaya bahawasebagai seorang guru, kita haruslah berani berhadapan dengan masyarakat demi menjalinkan perhubungan yang harmoni dan baik dengan mereka. Contohnya, jikalau saya tidak berani tanya tentang bagaimana hendak mengecat pasu bunga mustahil saya akan dapat mendapatkan maklumat atau infomasi baru seperti yang dinyatakan di atas.Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas kerana menyediakan program khidmat masyarakat ini bersempena dengan kursus Bina Insan Guru untuk mengisi masa lapang kami dan juga untuk melatih kami untuk menjadi seorang guru yang sentiasa tabah menghadapi cabaran, berani menghadapi segala masalah dan meningkatkan semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang dedikasi dan cinta akan pekerjaannya. Ucapan terima kasih juga tidak lupa ditujukan kepada Encik Amir Hamzah bin Aman , mentor G4.1 tutor kumpulan kami untuk mengambil berat, membimbing, membantu dan menolong kami. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan program khidmat masyarakat ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.Selain itu, dari segi keperluan makanan adalah mencukupi dan menyeronokkan apabila kami dapat makan bersama-sama selepas penat bergotong-royong dengan rakan sekelas dan rakan dari kelas lain. Hal ini akan dapat membina semangat kekeluargaan dan kasih sayang di antara kami . Dari segi keselamatan pula, sepanjang program ini tidak ada berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan yang serius. Tambahan pula, persiapan dalam kalangan ahli kumpulan ahli jawatankuasa adalah rapi dan cukup bersedia. Kesemua peserta berjaya melaksanakkan tugasan mereka dengan sempurna. Semua pelajar dapat memberikan kerjasama dan memberikan komitmen yang terbaik semasa gotong royong dijalankan. Kesimpulannya, program Bina Insan Guru pada kali ini telah mencapai objektif utamanya iaitu membentuk pelajar yang mempunyai sifat bertanggungjawab serta memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara sukarela. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang.Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Segalanya berjalan dengan begitu sempuran tanpa sebarang kekangan. Namun begitu, kelemahan yang dikenal pasti juga perlu diambil kira supaya penambahbaikan boleh diberi untuk program sebegini yang bakal kami adakan pada masa akan datang.

LAMPIRAN

Sebelum Menjalankan Aktiviti Gotong-Royong

Kelihatan sebelum menjalankan aktiviti gotong-royong

Semasa Menjalankan Aktiviti Gotong-Royong

Mengeluarkan bahan-bahan dan fail-fail dari bilik dokumentasi

Aktiviti Melabel labeling dan Menghiaskan Papan Kenyataan

Selepas Menjalankan Aktiviti Gotong- Royong

SEBELUM SELEPAS

22