big book

11
Pada zaman dahulu, Si Tompok dan Pak Belalang bersahabat baik. Si Tompok pandai memanjat pokok, manakala Pak Belalang pula pantas berlari.

Upload: fitri-ayub

Post on 10-Sep-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tahun 1

TRANSCRIPT

Pada zaman dahulu, Si Tompok dan Pak Belalang bersahabat baik. Si Tompok pandai memanjat pokok, manakala Pak Belalang pula pantas berlari. Mereka saling membantu ketika mencari makanan. Pada suatu hari, Pak Belalang kagum melihat Si Tompok menangkap mangsanya di atas pokok.Pak Belalang teringin menjadi seperti Si Tompok. Wahai Si Tompok, bolehkah engkau mengajar aku memanjat pokok? rayu Pak Belalang.Boleh, tiada salahnya, kata Si Tompok. Terima kasih, Si Tompok kerana sanggup mengajar aku, kata Pak Belalang. Keesokannya, Si Tompok mengajarnya.Pak Belalang mengikut segala arahan Si Tompok. Dia juga gigih belajar walaupun gagal buat kesekian kalinya.

Sampai di pertengahan pokok, Si Tompok terpandang ke bawah dan melihat daging ayam yang disembunyikan di dalam semak.

Tanpa berlengah, Si Tompok segera melompat turun dari pokok untuk mendapatkan daging tersebut. Pak Belalang terkejut dan menjerit ketakutan.Wahai temanku Si Tompok, mengapakah engkau tinggalkan aku? Bukankah kau belum habis mengajarku?

Dengan perasaan tidak bersalah Si Tompok menjawab , Aku tidak boleh tunggu kau. Nanti daging ayam kau makan banyak kerana kau lebih pantas dari aku.