big 2013 ladap protokol

Upload: kamal-khalip

Post on 02-Mar-2016

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ldp

TRANSCRIPT

1.0PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Pensiswazahan Guru (PPG). Program ini merupakan salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh kami untuk diiktirafkan dengan Ijazah Perguruan Malaysia.

Segala pengisian program adalah selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu untuk melahirkan golongan guru yang seimbang dan harmonis serta dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada agama, bangsa dan negara berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan, raja dan negara.

Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role-model kepada masyarakat. Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari pelbagai aspek sama ada jasmani, emosi, rohani mahupun intelek. Sebagai insan yang bergelar guru, menjadi satu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping mempamerkan ketrampilan diri yang berkualiti.

Oleh yang sedemikian, Program Bina Insan Guru (BIG) bagi pelajar program PPG Semester 4 2013 pada kali ini akan diadakan dengan tujuan dan matlamat untuk melahirkan insan guru melalui pengisian-pengisian yang telah direncana khas berdasarkan kepentingan dan rasional tertentu.

2.0RASIONAL

Program yang akan diadakan ini adalah demi memenuhi keperluan guru dalam melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru untuk dipraktikkan ke alam pendidikan yang sebenar.

3.0MATLAMAT

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang kompeten dalam aspek etiket sosial dan protokol yang dihadiri serta berupaya mempraktikkan nilai-nilai dan kemahiran yang dipelajari. Usaha ini diharapkan dapat menjadikan guru pelatih sebagai golongan yang berketrampilan sesuai dengan profesion perguruan yang diceburi.

4.0OBJEKTIF

Program ini diadakan dengan objektif :

i.Membekalkan pelajar PPG dengan ilmu dan input berkenaan etiket sosial dan protokol.ii.Memberi peluang kepada pelajar PPG untuk mengaplikasikan kemahiran

yang dipelajari dalam semua aspek kehidupan secara berkesan.

iii.Membolehkan Pelajar PPG bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.iv.Mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.

v.Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.vi.Merancang,melaksana,memimpinprogram,berkerjasamadan

mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

SK.DE LA SALLE JALAN ISKANDAR,31900 KAMPAR,PERAK

KERTAS KERJA

BENGKEL ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL

TARIKH :27 APRIL 2013

TEMPAT :BILIK GERAKANSK DE LA SALLE,KAMPAR

ANJURAN:KELAB KEBAJIKAN GURU DAN STAF&JAWATANKUASA LADAPSK DE LA SALLE

1.0 PengenalanKursus Etiket dan Protokol merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Ladap dengan kerjasama Kelab kebajikan Guru dan staf SK De La Salle. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para Guru mengenai kepentingan etiket dan protokol dalam sesuatu majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas etiket dan protokol majlis, kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna.Dengan adanya program seperti ini, Guru dan Kakitangan SK De La Salle akan lebih berpengalaman dengan setiap protokol yang ada dalam sesuatu majlis di masa akan datang. Disamping itu, ia direkabentuk agar dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan Kakitangan supaya mereka dapat bergerak dalam satu organisasi yang dinamik.

2.0 Objektif

Objektif kursus ini adalah untuk:2.1 Memberi pengetahuan pentingnya etiket dan protokol dalam sesuatu majlis.2.2 Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol, etiket dan komunikasi.2.3 Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal di peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa.2.4 Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan mengendalikan majlis serta yang sering dilakukan oleh seseorang individu.2.5 Mewujudkan nilai keterampilanfizikal yang bersesuaian dengan majlis rasmi iaitu bergaya (Kekemasandiri,cara pemakaian mengikut garis panduan yang bersesuaian.3.0 Tema programETIKET DAN PROTOKOL YANG BERKESAN SIMBOL KEMATANGAN INSAN4.0 AnjuranKelab Kebajikan Guru dan Staff dan Jawatankuasa Ladap SK De La Salle, Kampar.5.0 Tarikh27 April 2013 ( Sabtu ).6.0 TempatBilik Gerakan SK De La Salle,Kampar,Perak.8.0Jawatankuasa PelaksanaJawatankuasa pengurusan program adalah seperti dalam LAMPIRAN A

9.0 PesertaSeramai 35 orang peserta yang mengikuti program.(Guru dan Staff)

10.0 Tentatif programTentatif program sepanjang kursus ini seperti dalam LAMPIRAN B. 11.0 PerbelanjaanPerbelanjaan bagi menjayakan program ini ditanggung sepenuhnya oleh Kuru dan Staff SK De La Salle. Butiran penuh seperti dalam LAMPIRAN C.

12.0PenutupDiharapkan program ini dapat dijalankan dengan lancar supaya objektif yang dirancang berjaya dicapai. Semoga dengan terlaksananya program ini dapat meningkatkan maklumat mengenai etiket dan protokol setiap guru dan Staff, Insya-Allah.LAMPIRAN AJAWATANKUASA PENGANJUR

PENGERUSIPN. RAMSINAH BT. ABDUL LATIBGuru Besar SK De La Salle,Kampar,PerakTIMBALAN PENGERUSICIK NORLIAH BT. ABDULLAHPenolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI IPN.NAGESPARY A/P GOVENDASAMYPenolong Kanan Hal Ehwal Murid

NAIB PENGERUSI IIPN. RUSILA BT.NASRUDDINPenolong Kanan KoKurikulum

PENYELARASEN.MUHAMMAD BAKHTIAR B. YUSUFPengerusi Kelab Kebajikan Guru Dan Staff SKDLS

SETIAUSAHAPN.ROSNITA BT. ZAKARIASU Ladap SKDLS

BENDAHARI

PN. HABSAH BT. SABLIBendahari Kelab Kebajikan Guru dan Staff SLDLS

AJK PELAKSANA

1. EN.CHOO CHEE SENG(JK FOTOGRAFI)

2. EN.ASRI B, AHMAD(JK PA SISTEM/LCD/LAPTOP)

3. PN.ROSMAWAT BT. HAMIPN.ROSNAH BT. HJ ALI(JAMUAN MAKAN PENCERAMAH/PESERTA)

4. PN. SHAM LEE BT.BAKARPN.NORAIDAWATI BT. AZIZSIJIL /CENDERAHATI PENCERAMAH

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

27 APRIL 2013 (Sabtu)8.15 pagi:Pendaftaran Peserta.8.30 pagi:Ketibaan Penceramah.8.30 pagi:Para Peserta Sarapan Pagi Bersama penceramah.9.00 pagi :Modul 1: Etiket Sosial. Kesopanan Dalam Perbualan Sosial. Pakaian Tie. Keraian.

Modul 2 : Susunan Keutamaan Persekutuan. Penyedian Aturcara Pentadbiran. Protokol Dalam Pengurusan Majlis. Penyediaan Senarai Jemputan dan Tertib di meja makan.

Penyampaian Cenderahati Daripada Guru Besar Kepada Penceramah.

12.30 tengah hari:Makan Tengah Hari.Bersurai LAMPIRAN C

PENDAPATAN

Kelab Kebajikan Guru dan Staff SKDLSRM 500.0

JUMLAHRM500.00

BilPerkaraKuantitiHarga Seunit (RM)Jumlah (RM)

1.0Makanan1.1Sarapan Pagi 1.1.1 VIP/Penceramah 1.1.2 Peserta1.2Makan Tengah Hari 1.2.1 VIP 1.2.2 Peserta

535

535

3.003.00

4.004.00

15.00105.00

20.00140.00

2.0Fotostat bahan3520.00

3.0Bayaran Penceramah1150.00150.00

4.0Protokol2.1Cenderahati Penceramah150.0050.00

Jumlah Keseluruhan500.00

Disediakan Oleh,........................................................................(ROSNITA BT. ZAKARIA )SETIAUSAHA LADAP SKDLS,KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL,

Disemak Oleh,.......................................................(PN.RAMSINAH BT. ABDUL LATIB)GURU BESAR SK DE LA SALLE ,KAMPAR.