bahasa melayu klasik : sejarah melayu- kuliah 6 m4

15
Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4 Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM

Upload: tasha

Post on 14-Jan-2016

114 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4. Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM. Aspek Bahasa SM. C.Hooykaas (1981:163) SM merupakan sumber bahasa yang penting. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah

Jabatan Bahasa Melayu, FBMK,

UPM

Page 2: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Aspek Bahasa SM

C.Hooykaas (1981:163) SM merupakan sumber bahasa yang penting.

“ Bahasa yang dipakai dalam SM itu ialah bahasa cerita yang sederhana, bahasa Melayu kuno yang baik. Bangsa Eropah sentiasa amat tertarik oleh cara kitab itu melukiskan sesuatu hal dengan cara yang sederhana sekali dan oleh isi kitab itu yang amat indah”

Page 3: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Jenis Aksara

Tulisan jawi yang telah disesuaikan dengan bahasa Mleayu ketika itu.

Huruf baharu yang ditambah: pa, nga, ga, nya, dan ca Contoh cucu, ceritera (carita)

empunya. Ilmunya. Lagi. Daripada, kepada

Page 4: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Sistem ejaan

Sistem ejaan lama Contoh: suroh berhadir ( suruh hadir) Membacha (membaca) Dudok (duduk) sa orang (seorang,

terlebeh (terlebih) chuchu, di-ketahui, isti-adat-nya, ada-lah dll.

Page 5: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Aspek fonetik dan fonologi

Fonetik – ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

Fonologi – kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa

SM cetera ketiga puluh dua: Tun Seri Lanang menceritakan bahawa Tun Mai Ulat Bulu telah menyindir Makhdun Sadar Jahan yang tidak dapat menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti kusying (kucing), kunit (kunyit) dan niru (nyiru)

Page 6: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Morfologi

Menampakkan unsur-unsur yang gramatis dan tatabahasa yang semakin sempurna.

Penggunaan imbuhan, contoh: Per/kata/an, meng/himpun/kan, di/per/buat/kan. Penggunaan kata pangkal ayat yang lazimnya

digunakan dalam teks hikayat seperti hatta, sebermula, syahadan, arakian dan beberapa lagi. Contoh: Hatta, berapa lamanya, setelah sudah Raja Iskandar melihat matahari terbit, maka baginda pun kembalilah, lalu dari negeri Raja Kida Hindi….

Penggunaan kata yang mengelirukan. Contoh: Seorang dayang-dayang raja…. (SM hlm 130)

Page 7: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Penggunaan kosa kata lama Kedal (sejenis penyakit kulit), tulah, bermukah, azmat

(hebat) Perkataan Arab – Bis-millahi’r-rahmani’ r-rahim.

Subhana ‘llahu ‘l-maliku ‘ l-jabbar Perkataan Jawa – dilihat semasa rombongan Sultan

Mansor Shah berada di Majapahit. Ketampanan dan tingkah laku Laksamana Hang Tuah amat digilai oleh perempuan-perempuan Jawa sehingga dipantunkan dalam bahasa Jawa, “ Onya suruh tanggapan penlipur, saben dina katon perandene duka ugi

( Ini sirih sambut oleh mu, akan penglipur rasa berahi, sehari-hari dilihat sungguh demikian pun rindu juga)

Page 8: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Perkataan Siam

Maharaja Dewa Sura melarikan diri daripada bala tentera Melaka. Apabila sampai di sebuah jeram, dia memerintah orang-orangnya memperlahankan perahu mereka. Katanya dalam bahasa Siam, “Kwai, kwai” yang bermaksud perlahan-lahan. (SM hlm 74)

Page 9: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Perkataan Parsi

“Arayat juna bakhsanat sultan kahsad” yang bermaksud rakyat itu umpama akar dan raja umpama pohon. Jikalau tiada akar, nescaya pohon itu tidak dapat berdiri.

Page 10: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Sintaksis

Bentuk pasif Ayat sonsang Wbp terdapat juga penggunaan ayat-ayat

yang pendek dan ringkas. “ Maka seorang pun tiada cakap. Maka

semuanya orang itu kembal;I ke rumahnya. Telah sunyi orang tidur, maka dipanggil baginda seorang penunggu pintu… (SM hlm 176)

Page 11: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Penggunaan Kiasan

Menceritakan betapa ramainya rakyat tentera seorang raja,” ..maka Raja Culan pun berangkat mengeluari Raja Suran: rupa rakyat seperti laut tatkala pasang penuh, rupa gajah dan kuda seperti pulau, rupa tunggul panji-panji seperti hutan, rupa senjata berlapis-lapis, rupa cemara tombak seperti bunga lalang.. Maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya……(SM hlm 10)

Page 12: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Penggunaan puisi

Peristiwa pembunuhan Tun Jana di Singapura digambarkan dalam pantun:

Telur itik di Singgora Pandan terletak di langkahi Darahnya titik di Singapura Badannya terhantar di Langkawi

Page 13: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Bidalan

Bidalan Arab Al –mahabbatu bainun manfiyyun Wa l-isyaqu fikrun manfyyun Al-mahabbatu nafyu’ l-bain Wa ‘-’isyqu nafsu ‘l-bayan (hlm 194) Maksud ( Yang kasih itu antara tiada, dan

berahi itu bicara tiada)

Page 14: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Kesimpulan

Menepati ciri bahasa Melayu klasik Bahasa yang indah, gramatis dan

dapat mengambarkan nilai intelek, estetika.

Page 15: Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Sekian, terima kasih