konsep keindahan melayu klasik, makna dalaman & makna luaran

41
BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU ASMA HUSNA BINTI ISMAIL D20111047493 ATIRAH BINTI MOHD RIDUAN D20111047533 TAJUK: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN PENSYARAH: DR. MOHD RASHID BIN MD IDRIS

Upload: geehamid

Post on 08-Jul-2015

872 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

ASMA HUSNA BINTI ISMAIL

D20111047493

ATIRAH BINTI MOHD RIDUAN

D20111047533TAJUK: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA

LUARAN

PENSYARAH: DR. MOHD RASHID BIN MD IDRIS

Page 2: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Konsep keindahanMelayu klasik

Page 3: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Kata dasar bagi perkataan keindahan ialah indahyang menjadi salah satu istilah terpenting dalamsistem estetika Kesusasteraan Melayu.

• Perkataan estetika berasal dari Yunani yang dikenali sebagai ‘ aesthesis’. Secara umumnya, ‘aesthesis’ bermaksud perkara-perkara atau hal-hal yang boleh diserap oleh pancainderamanusia.

• Maksud ‘aesthesis’ secara khusus pula bolehdikatakan sebagai kepekaan atau ketelitianseseorang manusia terhadap sesuatu gayapenulisan.

Page 4: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Orang pertama yang memperkenalkan perkataanestetika ini merupakan seorang ahli FalsafahJerman yang bernama Alexander Baumgarten(1714-1716).

• Menurut Baumgarten, konsep estetika secaraumumnya adalah rasa indah manakala secaraterperincinya, konsep ini berkaitan dengankesenian, sama ada karya mengenai alam sekitaratau karya seni manusia itu sendiri.

• Estetika atau keindahan ini merupakan cabangyang sangat hampir dengan seni. Hal ini dapatdibuktikan apabila nilai estetika itu sendirimelibatkan kesenian dan keindahan.

Page 5: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Menurut V.I Braginsky dalam Aminuddin Mansor, terdapat tiga aspek dengan jelas dan terangmenyatakan bahawa berlaku penggantianperkataan ‘indah’ dalam karya-karya sasteradengan perkataan yang sama. Aspek-aspek yang dimaksudkan ialah asal usul keindahan, estetikadalam Islam dan juga keindahan tersembunyi.

• Bagi aspek yang pertama berkaitan dengan asalusul keindahan. Hal ini bermaksud pengertianindah dipadankan dengan cara-cara yang tertentuseperti melalui kebesaran Tuhan atau kekayaanAllah S.W.T atau meliputi kuasa Allah S.W.T yang menciptakan sesuatu yang tidak terbatas sertatidak mampu dicapai oleh akal fikiran manusi.

Page 6: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Antara contoh kekuasaan dan keagungan Allah S.W.T :

a. Kehidupan yang pelbagai di muka bumi

b. Penciptaan sistem cakerawala yang terkawal danberputar mengikut orbitnya.

c. Keindahan alam semula jadi.

• Aspek kedua menurut Braginsky ialah estetika dalamIslam. Bagi aspek ini, estetika dalam Islam berlakudengan cara membezakan keindahan mutlak dengankeindahan fenomena.

• Kedua-dua keindahan ini masing-masing dibezakandengan penggunaan perkataan ‘elok’ dan ‘indah’ dalamkarya sastera serta dalam karangan Tasawuf Melayu.

Page 7: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Aspek ketiga pula ialah aspek keindahan tersembunyi. Aspek keindahan tersembunyi ini merangkumi bentukserta makna yang terkandung dalam sesuatu karya. Hal ini bermakna bentuk karya yang digunakan mestilahmerangkumi susunan kata yang baik serta makna yang mampu dihayati.

• Walaupun makna bagi sesuatu karya adalah berlapis-lapis, namun ia masih mampu menimbulkan keindahansehingga dapat dihayati dengan penuh keasyikan jugadikatan sebagai unsur keindahan tersembunyi.

• Aminuddin Mansor (2012) menyatakan bahawa tanpabentuk yang baik pasti isi kandungan dalam sesebuahkarya juga tidak mempunyai daya tarikan.

Page 8: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

HIKAYAT HANG TUAH

Page 9: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Maknadalaman

Page 10: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Antara keindahan yang digarap olehpengarang klasik di dalam karya merekaadalah keindahan dalaman.

• Keindahan dalaman merujuk kepada faedahatau manfaat yang ditimbulkan olehseseorang tokoh pengarang dalam karyanya.

• Dalam tradisi Melayu, ‘faedah’ dipandangsebagai makna didaktik, iaitu pengajarandaripada ciptaan yang bersifat keagamaanatau sekular (V.I Braginsky, 1994: 47).

Page 11: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Selain mentafsirkan definisi keindahan, karya klasik ataukarya agung juga mempunyai makna yang tersendiri. Umumnya, karya agung atau karya klasik merupakan karya-karya lama yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan serta falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama bagi sesuatu bangsa.

• Bagi aspek karya klasik Melayu pula berbeza kerana karya-karya ini telah ditulis, diungkapkan atau dilisankan( pepatah, pantun, lipur lara dan laian-lain) dalam bahasaMelayu malahan tidak mengambil kira kelompok bangsaatau etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama adaorang semenanjung Tanah Melayu, orang Melayu Brunei, orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau dan lain-lain yang menghasilkan karya itu.

Page 12: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

MAKNA DALAMAN KARYA MELAYU KLASIK

• Makna dalaman bermaksud makna yang disampaikan secara tersirat oleh pengarang untukpara pembaca yang membaca karyanya.

• Aspek ini merangkumi pelbagai cabang keranabergantung kepada tujuan seseorang pengarangitu memancarkan ideanya dalam sesuatu karyaklasik tersebut.

• Makna ini boleh meliputi aspek pemikiranpengarang, nilai yang dibawa oleh pengarang, serta cerminan kepada pegangan hidup dalamsesuatu masyarakat yang dipaparkan.

Page 13: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

PEMIKIRAN PENGARANG• Pemikiran pengarang merupakan penampilan makna

dalaman dalam sesuatu karya klasik juga dapat dilihatdaripada sikap pengarang yang menampilkan pengembaraan watak yang baik danmengandungi unsur-unsur pengajaran yang tinggidalam sesebuah karya klasik.

• Fungsi cerita-cerita tersebut pula bukanlah sekadarmenggambarkan selok-belok nasib wataknya semata-mata, tetapi turut menampilkan atau mewujudkan idea melalui imej-imej plastis serta memenuhi segenap‘ruang fikiran’ dengan idea tersebut yabg disampaikanmelalui imej.

• Idea sedemikian mampu membentuk malah mendidikakal pembaca dan pendengar (V. I. Brinsky, 1994: 59)

Page 14: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Misalnya dalam Hikayat Hang Tuah yang mengangkat tokohpahlawan Melayu yang unggul, iaitu Hang Tuah sebagaiwatak utama.

• Menurut pengarang Hikayat Hang Tuah, perpaduan antararaja dan hamba-hamba setianya yang tidak berpecah-pecahmenjamin kejayaan Melaka dalam bidang politik danmendatangkan kemakmuran kepadanya (V. I. Brinsky, 1994: 59).

• Dalam aspek ini, pengarang ingin menegaskan kepadapembaca bahawa dasar kepada kestabilan politik sesebuahkerajaan tidak hanya terletak kepada kebijaksanaanseseorang pemerintah itu memerintah tetapi juga membabitkan kesediaan rakyat untuk bersama-samadengan golongan pemerintah bagi mengekalkan kestabilantersebut.

• Oleh hal yang demikian, pembaca haruslah mengambilteladan daripada kisah yang dicerna oleh pengarang untukpanduan pada masa yang akan datang.

Page 15: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

NILAI

• Jika ditelusuri dengan lebih terperinci lagi, karyaagung juga mempunyai nilai yang tinggi untukdijadikan pegangan oleh pembaca. Unsur nilai inidapat diperhatikan dalam setiap karya yang dihasilkan oleh pengkarya pada waktu itu.

• Nilai yang tidak lupa untuk dipaparkan oleh tokohpengarang adalah nilai budaya Melayu. Sepertisedia maklum, Melayu dan budaya adalah duaentiti yang digabungkan menjadi satu. Menjadisebati dan terus meresap ke dalam nuranimasyarakatnya. Oleh sebab itu pengarangmengambil nilai ini untuk diterjemahkan dalamkarya mereka.

Page 16: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

SPIRITUAL• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, spiritual

bermaksud hal yang berkaitan dengan atau bersifatrohani atau jiwa (bukan sifat fizikal), rohaniah.

• Rohani adalah jiwa manusia yang tersirat dan sukaruntuk ditafsirkan dengan mata kasar. Spiritual manusiaberpusat pada kalbu, dan di dalam kalbu manusiasudah ada potensi-potensi spiritual yang merupakanformat dasar kemanusiaan.

• Menurut Ibrahim Abdullah, hakikat diri manusiamerupakan diri secara rohaniah atau spiritual yang telah tercipta sebelum adanya tubuh biologis (basyar).

• Berdasarkan maksud yang dinyatakan spiritual lebihkepada lahiriah manusia yang sepatutnyadidominasikan oleh akal dan iman.

Page 17: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Apabila ditelusuri dengan lebih mendalam dalam karyaagung Melayu, elemen spiritual mampu dilihat denganjelas. Misalnya, dari aspek kehancuran nilaipersahabatan yang dipancarkan dalam Hikayat Hang Tuahmelalui watak Hang Jebat.

• Seperti yang sedia maklum Hang Tuah mempunyai empatlagi saudara, iaitu Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi danHang Lekiu. Dalam fenomena ini, pengarang inginmenjelaskan konflik yang berlaku antara watak Hang Jebatdan juga Hang Tuah.

• Hang Jebat dikatakan telah menderhaka kepada Sultan danbeliau dikatakan ingin menuntut bela di atas kematiansahabatnya iaitu Hang Tuah. Namun demikian, Hang Tuahyang dikatakan telah menemui ajal dalam hukuman yangtelah dijatuhkan oleh raja ke atasnya, sebenarnya telahdisorokkan oleh bendahara Melaka dan demi keselamatanKesultanan Melaka, Hang tuah telah kembali semula keistana di saat Hang Jebat mengamuk di sana.

Page 18: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Hal dapat dijelaskan dalam petikan di bawah:

Maka Laksamana pun berseru pula, katanya, ‘ Hai Si Jebat derhaka! Sungguh kau berani tidakmelawan! Marilah engkau turun dari istana inibertikam sama seorang’. Maka suara itu pun terdengar kepada Hang Jebat, dikenalnya suaraLaksamana, maka dibuaknya peranginan itu, maka dilihatnya Laksamana terdiri di tengahhalaman itu. Maka Hang Tuah pun berdebar-debar hatinya.

(Hikayat Hang Tuah, 338)

Page 19: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Dalam petikan menunjukkan bahawa Hang Tuah telah datang ke istana untuk beradukekuatan dengan Hang Jebat yang sebenarnyamenuntut bela di atas kematiannya. Hang Tuah sanggup mengetepikan rasa kemanusiaan yang erat, iaitu persahabatanyang terjalin setelah sekian lama hanya keranaketaatannya kepada pemerintah. WalaupunHang Jebat merupakan sahabatnya semenjakkecil namun Hang Tuah begitu tegamelupakannya untuk kedaulatan negeri.

Page 20: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

MAKNA

LUARAN

Page 21: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Makna luaran merupakan makna selapis yang dapat dilihat pada permukaan teks. Melaluimakna luaran, pembaca dapat memahamidengan jelas tentang perkara yang ingindisampaikan oleh pengarang.

Terdapat beberapa aspek yang tergolong dalamaspek makna luaran seperti gaya bahasa, strukturayat, penggunaan pelbagai bahasa dalamsesebuah karya, pantun dan sebagainya.

Aspek-aspek ini memberikan nilai keindahandalam sesebuah karya sastera seperti HikayatHang Tuah.

Page 22: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Gaya BahasaGaya bahasa dalam kesusasteraan merupakan gaya

bahasa yang memiliki kesenian dan mengandungi nilaiestetik yang merupakan nilai yang mampumembangkitkan perasaan serta mengharukanpembaca sesebuah karya sastera.Selain itu, gaya bahasa sastera ini juga berperanan

untuk menyampaikan maklumat serta meransang dayapemikiran pembaca.Sebenarnya, dalam kesusasteraan terdapat banyak

jenis gaya bahasa. Antaranya ialah gaya bahasa kiasan, sindiran, hiperbola dan peribahasa. Melalui karya agung Hikayat Hang Tuah, didapati

bahawa terdapat penggunaan keempat-empat gayabahasa ini.

Page 23: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Kiasan• Bahasa kiasan berfungsi untuk menyindir seseorang

secara halus dan bersopan.• Bahasa ini juga terbentuk daripada analogi dan

perbandingan yang berlaku antara satu perkara denganperkara yang lain.

• Bahasa kiasan ini sebenarnya telah wujud sejak zamandahulu lagi.

• Sebagai contoh:Kecantikan dan kejelitaan Tun Teja dibandingkandengan,“… bulan purnama empat belas haribulan, gilang-gemilang, berkilau-kilauan.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 111)

Page 24: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Sindiran

Bahasa yang digunakan adalah bertentanganmaksudnya dengan perkara yang ingin diujarkan.Terdiri daripada tiga jenis iaitu sindiran halus, sindiran

tajam dan sindiran kasar.Bahasa ini juga dinamakan sebagai ironi dan bukan

digunakan untuk mengguris hati, memalukan oranglain, tetapi juga bukan bertujuan untuk tidak menggurisatau memalukan pihak lain.Dalam Hikayat Hang Tuah, penulis banyak

menggunakan bahasa sindiran untuk menyindir pihakyang tidak jujur serta pihak yang mendatangkanmasalah dalam sesuatu perkara.

Page 25: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Contoh petikan:

Maka sahut Tun Tuah, “Pada bicara manira, janganlah seperti pelenter itu tiadakanmanira tikam, jikalau penggawa Majapahititu sekalipun manira tikam juga.”

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 153)

Berdasarkan petikan tersebut, didapati bahawaHang Tuah menunjukkan keberanian beliauterhadap Patih Gajah Mada. Beliau menyatakanbahawa beliau bukan sahaja boleh membunuhpencuri , malah beliau mampu membunuhpenghulu bernama Majapahit.

Page 26: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Peribahasa• Salah satu jenis percakapan yang mengandungi kepandaian akal

fikiran yang telah disusun serta indah dan sedap didengar.• Peribahasa mengandungi makna tersirat atau lebih dikenali sebagai

makna dua lapis iaitu perkara yang diujarkan adalah tidak samadengan maksud yang ingin disampaikan.

• Dalam Hikayat Hang Tuah, penulis menggunakan peribahasa yang jarang digunakan mahupun didengar oleh masyarakat pada masakini.

• Sebagai contoh:Maka sahut Jebat. “Inilah pekerjaan yang sempurna. Sepala-pala jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu: ‘Rosakbawang ditimpa jambaknya.” Maka Laksamana berkata pula, “Hai Si Jebat, segeralah bukakan aku pintu ini.”

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 356)

Page 27: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Struktur ayatKarya agung merupakan karya klasik yang

telah wujud sejak dahulu lagi. Oleh yang demikian, penulis banyak menggunakanformat penulisan klasik. Terdapat pelbagaiformat penulisan karya klasik. Antaranya:

i) Ayat songsang

ii) Ayat panjang, berulang-ulang danberbelit-belit

Page 28: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

i) Ayat songsangPenulisan ayat songsang ialah predikat didahulukan dan

diikuti oleh subjek.

• Perkara ini berlaku disebabkan pengaruh bahasa Arab yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik.

Contoh petikan

“Hatta, berapa lamanya belayar itu, maka nakhoda itu pun

hampirlah sampai ke Palembang.”

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 13)

Sepatutnya:

‘Nakhoda itu pun hampirlah akan sampai ke Palembang

setelah berapa lamanya belayar’

Page 29: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Ayat panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit

Ayat panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit merupakan salahsatu ciri bahasa Melayu klasik. Penggunaan ayat yang panjangdalam Hikayat Hang Tuah dapat dilihat melalui petikan tersebut:

“Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalubanyak datang dengan pakaiannya terlalu indah-indah - rata terbang itu pun dengan perhiasan keemasan – datangmendapatkan Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna mutumanikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anak raja besar turun dari keinderaan.”

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 6)

Petikan di atas menggunakan 58 perkataan hanya dalam satu ayat.

Page 30: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Penggunaan ayat yang berulang-ulang dapat dilihat dalam petikan berikut:

• Hatta, berapa lamanya, tuan puteri pun hamillah. Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genaplah bulannya, maka tuan puteri pun berputerakanlah seorang lelaki; terlalu elok rupa dan sikapnya. Maka Sang Sapurba pun terlalu sukacita hatinya kerana melihat anakanda baginda itu. Maka dinamai baginda Sang Manika. Maka dipeliharakan dengan sepertinya. Syahadan maka baginda pun mengias akan anakandanya dengan inang pengasuh dan pupuk rabun sekalian akan Sang Manika. Hatta, beberapa lama antaranya, maka tuan puteri pun hamillah. Setelah genap bulannya, maka tuan puteri berputera pula seorang laki-laki elok rupanya. Maka dinamai oleh baginda, Sang Jaya Nantaka. Maka dipeliharakan ayahanda baginda dengan inang pengasuhnya, ditahunya akan anakanda baginda itu jadi raja besar tetapi merasai hal dahulu, makan pagi dan petang pun tiada diperoleh. Hatta, berapa lamanya, maka tuan puteri pun hamillah pula. Setelah genap bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang laki-laki terlalu elok rupanya. Maka dipeliharanya akan baginda seperti anak yang dahulu itu. Maka dinamai oleh baginda, Sang Saniaka. Hatta beberapa bulan lamanya, maka tuan puteri pun hamillah pula. Setelah genap bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang laki-laki terlalu elok rupanya dan parasnya. Maka baginda pun terlalu kasihnya akan anakanda baginda itu, dipeliharakan dengan sepertinya. Maka dinamai oleh baginda, Sang Satiaka.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 11)

Frasa ‘maka tuan puteri pun hamillah’ digunakan sebanyak empat kali .

Page 31: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Bahasa• Penggunaan bahasa yang pelbagai sangat berleluasa

dalam bidang penulisan terutamanya karya klasik.

• Hal ini kerana pada zaman dahulu, masyarakatmempelajari pelbagai bidang bahasa dan kemahirantersebut diaplikasikan dalam penulisan.

• Penggunaan bahasa yang pelbagai ini adalah pengaruhdaripada masyarakat Jawa, Arab dan Parsi yang datangke alam Melayu dengan tujuan perdagangan danmenuntut ilmu.

• Selain daripada itu, terdapat juga penggunaan bahasaistana terutaman dalam aspek gelaran.

Page 32: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

i) Bahasa Sanskrit• Merupakan bahasa yang digunakan oleh golongan kasta tinggi dalam

kalangan masyarakat agama Hindu.• Pada masa ini, bahasa Sanskrit tidak lagi digunakan dan banyak perkataan

daripada bahasa Sanskrit ini telah diserap ke dalam bahasa moden. Sebagai contoh:

… maka baginda pun memandang kepada Laksamana seraya bertitah, “Hai Laksamana, apa bicara Laksamana kita hendak suruh ke Benua Rom itu?”

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 491)

tatkala ini Kisna Rayan pun sudah keluar diadap oleh segala raja-raja dan ceteria dan perdana menteri, sida-sida, bentara dan hulubalang sekalian.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 392)

Adapun bicara manira, mana segala penggawa dan perajurit yang bercakap hendak menikam Ratu Melaka itu, pada ketika inilah baik dititahkan pergi ke Tuban juga; masakan ia sampai ke Majapahit ini.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 392)

Page 33: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

ii) Bahasa Arab

• Merupakan salah satu bahasa yang digunakan oleh penulis zamandahulu dalam penulisannya.

• Pengaruh bahasa Arab berleluasa di alam Melayu.• Contoh petikan:

“Bismi’llahi’rrahmani’rrahim; wabihi nasta’inu bi’llahi’l-a’la. Ini hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya danterlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 3)

Maka dalam hati Tun Tuah. “Ya rabbi, ya saiyidi, ya maulana, ya Tuhanku, Engkau juga yang terlebih tahu dan amatberkuasa dan engkau juga yang mengetahui dalam hatihambamu bahawa perempuan ini ibuku…

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 221)

Page 34: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

iii) Bahasa Jawa• Merupakan salah satu bahasa yang mempengaruhi penulisan karya klasik.• Contoh petikan:

Maka kata Barit Ketika, “Nyaris manira mati bersembunyi di bawahkedai.” Maka Petala Bumi pun berkata, seraya tertawa, “Masakanengkau seorang merasai? Aku pun nyarisnya mati; baik sempat akumenjadikan diriku tunggul.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 310)

Maka Laksamana pun rebah tidur. Maka setelah dilihat olehLaksamana penjurit itu tidur terlalu nyedarnya, maka Laksamanapun bangun lalu dihunusnya penduanya itu lalu ditendasnya kepalaSang Marga Paksi itu ketujuhnya.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 320)

Maka Rangga pun segera menghunus kerisnya, seraya berkata, “HaiLaksamana, den eling, pakanira, kerana orang mengamuk itubanyak.”

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 271)

Page 35: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

iv) Bahasa Parsi

• Hikayat Hang Tuah turut melibatkan penggunaanbahasa Parsi.

• Contoh petikan:

Setelah sudah diajarnya, Laksamana pun menuangkan arak lalu diberikannya padaMarga Paksi itu. Adapun arak itu dibihaus. Maka kata Marga Paksi, “Arak ini kalau-kalauengkau bubuh racun, minumlah engkaudahulu kulihat.”

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 320)

Page 36: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

PANTUN• Pantun merupakan ragam puisi yang hidup dalam

kalangan rakyat dan bersifat kemelayuan. Keunikanpantun ialah pantun mempunyai sajak dan irama,pilihan suku kata dan juga perkataan.

• Pantun telah sedia hidup dan sudah lama bersamadengan masyarakat Melayu malahan sebelum orang-orang Melayu tahu menulis dan membaca lagi. OrangMelayu mencipta pantun untuk melahirkan pelbagaibentuk perasaan dan merupakan satu seni yang indah.

• Mereka menggunakan pantun untuk berkasih-kasihan,memberi nasihat, suka-suka, berjenaka, menyindir danuntuk menyatakan rasa sedih.

Page 37: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Menurut Mohd Rashid Md Idris (2011: 67), pantun ialah karyapuisi Melayu lama yang bukan sekadar sarat dengan maknatetapi juga padat dengan nilai keindahannya. Nilaikeindahannya dapat dilihat jika kita sensitif dan peka denganstruktur binaan dan gaya bahasa sesebuah rangkap pantun.

• Menurutnya lagi, struktur binaannya tidaklah dibina dengansewenang-wenangnya tetapi memerlukan perhatian dankepekaan daripada semua aspek termasuklah pemilihanleksikal, sukatan suku kata, dan jumlah barisnya yang terhad.Semua perkara itu disusun dengan rapi dan teliti dalam satubentuk pemikiran yang mantap dan dijelmakan dalamungkapan yang indah melalui rangkap-rangkap pantun.

Page 38: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Dalam hikayat Hang Tuah, banyak pantun yangdimasukkan oleh pengarang teks ini. Terdapat satuadegan Hang Tuah berbalas pantun bersama-samadengan sahabat-sahabatnya. Mereka berbalas pantunsambil bersuka ria di taman larangan Betara Majapahit.

• Dalam pesta tersebut, Hang Jebat dan Hang Kasturi memulakan pantun tersebut:

Hang Jebat Hang Kasturi,

Budak-budak raja Melaka;

Jika hendak jangan dicuri,

Mari kita bertentang mata.

Page 39: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

• Selepas itu mereka saling berbalas pantun.

Lokan melata di perahu,

Belah baling bertandan,

Bukan aku tiada tahu,

Akulah hulubalang minta lawan.

Adakah perisai bertali rambut,

Rambut dipintal akan cemara,

Adakah bisa tahu takut,

Kami pun muda lagi perkasa.

Ambil galah kaitkan jantung,

Banyak makan di jalan,

Pada Allah tempat bergantung,

Datang tombak kita melawan.

(Hikayat Hang Tuah: 182-183)

Page 40: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Rumusan

• Konsep estetika secara umumnya adalah rasa indahmanakala secara terperincinya, konsep ini berkaitandengan kesenian, sama ada karya mengenai alamsekitar atau karya seni manusia itu sendiri.

• Makna dalaman meliputi aspek pemikiran pengarang,nilai yang dibawa oleh pengarang, serta cerminankepada pegangan hidup dalam sesuatu masyarakatyang dipaparkan.

• Makna luaran membantu pembaca memahami denganjelas tentang perkara yang ingin disampaikan olehpengarang.

Page 41: KONSEP KEINDAHAN MELAYU KLASIK, MAKNA DALAMAN & MAKNA LUARAN

Bibliografi

• Kassim Ahmad (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan DewanBahasa dan Pustaka.

• Mohd Rashid Md Idris (2011). Nilai Melayudalam pantun. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.

• Seri Lanang Jaya Rohani, et.al (2013). Penghayatan karya agung Melayu. TanjongMalim: Penerbit UPSI.