siri penerbitan karya tersohor klasik melayu, iksep … · (teuku iskandar, kesusasteraan klasik...

10

Upload: others

Post on 19-Jan-2021

20 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Siri Penerbitan Karya Tersohor Klasik Melayu, IKSEP … · (Teuku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad, 1995) xxii. Sejarah Melayu atau Sulalat'us -Salatin dan cAspeft
Page 2: Siri Penerbitan Karya Tersohor Klasik Melayu, IKSEP … · (Teuku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad, 1995) xxii. Sejarah Melayu atau Sulalat'us -Salatin dan cAspeft

Siri Penerbitan Karya Tersohor Klasik Melayu, IKSEP

----- atau ----­6Jufafat'us-6Jafattn

Diselenggarahan oleh

Muhammad Yusoff Hashim-

1998

Page 3: Siri Penerbitan Karya Tersohor Klasik Melayu, IKSEP … · (Teuku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad, 1995) xxii. Sejarah Melayu atau Sulalat'us -Salatin dan cAspeft

5t{anbunganlnstitut Kajian Sejarah dan PatriotismeMalaysia - Sepintas Lalu

Sekapur SirihY. A.B. Ketua Menteri Melaka

Sejambak RasaY.A.M. Tengku Panglima Diraja Selangor

Sejarah Melayu atau Sulalat'us - Salatin danAspek Filologinya

Sejarah Melayu ·DalamRuang Dan Tradisi Pensejarahan Melayu

Teks Sejarah Melayu(Versi Tengku Sa'id)

Hikayat Melayu atau Sulalat'us Salatin(Versi Tengku Sa'id , Sukadana,Codex Orientalis , Leiden 7304)

Xlll

XVI

XVlll

1

29

51

81

Page 4: Siri Penerbitan Karya Tersohor Klasik Melayu, IKSEP … · (Teuku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad, 1995) xxii. Sejarah Melayu atau Sulalat'us -Salatin dan cAspeft

~ika'yat 9:Ylc(a.Yu----- atau ----­

aJufafat'us-aJafatin

"supaya diketahui oleh segala anak-cucu kita yangkemudian daripada kita , dan boleh diingatkannyaoleh segala mereka itu , syahadan adalah berolehfaedah ia daripadanya (HlKAYAT MELAYU)."

(Dernikianlah pesan dan amanah perawi HIKAYAT MELAYU, TunMuhammad (Tun Seri Lanang) bin Tun Ahmad bin Tun lsap Misaibin Tun lsap Barakah bin Tun Khoja Ahmad bin Bendahara PadukaTuan bin Bendahara Paduka Raja Tun Perak bin Tun PerpatihSedang), 1612 .

xx

Page 5: Siri Penerbitan Karya Tersohor Klasik Melayu, IKSEP … · (Teuku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad, 1995) xxii. Sejarah Melayu atau Sulalat'us -Salatin dan cAspeft

Apakah KataMereka Perihal

eJejarafj C£l'te(aMu

1. Huba ya-hubaya, dengarlah olehmu hai segala orang Melayu. Barangsiapa yangmendapat kitab (SEJARAH MELAYU) ini , maka janganlah engkau tolakkan atauengkau bantahi akan kitab yang serupa ini, kerana rupanya terlalu lain daripadayang engkau biasa melihat dan membaca...supaya bertambah-tambah akalnya danilmunya, adanya".

(Abdullah Munsyi bin Abdul Kadir Munsyi, (ed .), Sejarah Melayu , 1831)

2. "Pendeknya, disini kita berhadapan dengan sebuah ciptaan seni. Oalam sifatnyaseperti itu, dan tidak pula kurang sebagai sumber pengetahuan sejarah , kebudayaandan ilmu sosiologi masyarakat Melayu lama, SEJARAH MELAYU berhak mernintaperhauan sepenuhnya..."

(T. O. Situmorang dan Prof. Dr. A. T~euw, (ed .) Sejarah Melayu, 1952)

xxi

Page 6: Siri Penerbitan Karya Tersohor Klasik Melayu, IKSEP … · (Teuku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad, 1995) xxii. Sejarah Melayu atau Sulalat'us -Salatin dan cAspeft

3. "Dengan tiada syak lagi, bahawa di antara perpustakaan lama Melayu, bukuSEJARAH MELAYU, 'SULALAT'US-SALATIN' inilah yang terpenting dan ter­tinggi mutunya daripada yang lain-lain ... Pengarang atau penyusun buku SEJARAHMELAYU itu nyatalah seorang yang berpengetahuan .dan bijak dalam ilmukarang-mengarang, kerana dapat ianya menggambarkan keadaan-keadaan padasesuatu zaman ...",

(A. Samad Ahmad , Sejarah Kesusasteraan Melayu II, 1965 )

4. "Since it was published, the SEJARAH MELAYU has rightly been considered themost important Malay historical work.. "

(Prof. Dr. R. Roolvink, The Variant Versions of the Malay Annals, BKI , 1967)

5. "This work , commonly known as THE MALAY ANNALS, is the most famous ,distinctive and best of all Malay literary works ..".

(Sir Richard Winstedt, A History of Classical Malay Literature, 1969)

6. "SEJARAH MELAYU, karya sejarah teragung dalam kesusasteraan klasik Melayu ..".

(Teuku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad, 1995)

xxii

Page 7: Siri Penerbitan Karya Tersohor Klasik Melayu, IKSEP … · (Teuku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad, 1995) xxii. Sejarah Melayu atau Sulalat'us -Salatin dan cAspeft

Sejarah Melayu atauSulalat'us - Salatin dan

cAspeft 8i(o(oginya

~etakat yang diketahui, teks SEJARAH MELAYU yang seringdijudulkan juga sebagai SULALAT'US-SALATlN. barangkali dapatdianggap sebagai sebuah hasil sastera sejarah dalam bahasa Melayu

yang kedua tertua selepas penghasilan HlKAYAT RAJA-RAJA PASAl.Namun, ini bukanlah bererti bahawa antara periode kelahiran HlKAYATRAJA-RAJA PASAI pada abad ke-14 dengan periode (belum dapatdipastikan masa yang tepat) penghasilan SEJARAH MELAYU tidak lahirsebuah penghasilan genre sastera yang serupa. Oleh sebab setakat inibelum pernah ditemui lagi sebuah teks yang sedemikian coraknya, makaandaian di atas buat sementara dapatlah dipertahankan.

Kajian mutakhir terhadap SEJARAH MELAYU ini menunjukkanbahawa di berbagai-bagai pusat koleksi dan kepustakaan dunia ini ter­dapat sekurang-kurangnya 29 buah naskhah SEJARAH ·MELAYU."Literature" tentang SEJARAH MELAYU hingga pada masa ini pula ter­dapat dalam berbagai-bagai bentuk, iaitu :

a. Dalam bentuk naskhah (jawi) , berbagai-bagai versi , resensi dansalinan.

b. Dalam bentuk penyelenggaraanlpenggarapan atau pengedisianyang masih dikira amat 'preliminary' coraknya seperti,i) Edisi Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi , (lawi) , 183!.ii ) Edisi Dulaurier, 1849-1856iii) Edisi W G. Shellabear, 1896iv) Edisi R.O. Winstedt , 1938

Page 8: Siri Penerbitan Karya Tersohor Klasik Melayu, IKSEP … · (Teuku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad, 1995) xxii. Sejarah Melayu atau Sulalat'us -Salatin dan cAspeft

v) Edisi T O. Situmorang dan A.E. Teeuw berasaskan kepada edisiMunsyi Abdullah, 1952 .

vi) Edisi Dato' Madjoindo, (lawi), jakarta, 1959viii) Edisi A. Samad bin Ahmad , Kuala Lumpur, 1979 .

Di kalangan 29 buah naskhah tadi, terdapat :a) 12 buah naskhah di Netherlandsb) 11 buah naskhah di United Kingdomc) 5 buah naskhah di Lembaga Kebudayaan Indonesia j akartad) 1 buah di Leningrad, Rusia.

Penelitian terperinci terhadap semua naskhah ini menunjukkan bahawa naskhah ini adalahseperti berikut :

a) Terdapat dua buah naskhah yang mewakili versi TS. Raffles , iaitu di PerpustakaanRoyal Asiatic Society, London, Raffles MS. No. 18 dan sebuah lagi Cod. Or. 1704 di­Perpustakaan Universitiet Leiden yang didapati kurang lengkap di bahagianhujungnya.

b) Enam buah naskhah dalam bentuk serpihan, tetap i tidak lengkap , iaitu sebuah di ­jakarta, KBG 11 Mal: sebuah di Leiden, Cod . Or. 1760 : empat buah di London, iaituRaffles MS No. 35 , 39, 68 dan 76.

c) Versi pendek yang diselenggarakan oleh Abdullah Munsyi, kemudian digarap olehTO. Situmorang dan A.E. Teeuw. Versi ini kemudian diusahakan oleh Data 'Madjoindo, pada tahun 1831, 1952 dan 1959. Semuanya wujud dalam enam buahnaskhah, iaitu sebuah di jakarta. KBG 189 W: sebuah di Leningrad , Rusia; ernpatbuah di Great Britain, iaitu Raffles No. 80 , Farquhar MS No.5 , Perpustakaan Schoolof Oriental and African Studies No. 36495 dan 36499 . Semua versi pendek iniberakhir setakat episod kematian Tun Ali Hati , di johor.

d) Dua buah naskhah salinan yang disalin da ri versi pendek yang dicetak diSingapura, iaitu Klinkert No. 5 dan Cod . Or. 6669, kedu a-duanya tersimpandi Leiden.

e) Versi panjang yang dapat ditemui daripada sembilan buah naskhah, iaitu dijakarta sebanyak dua buah naskhah, KBG 188 von de Wall dan KBG 190 von de Wall:di Perpustakaan Koninklijk Institut Leiden, No. 631 senaskhah: dua buah naskhahdi Great Britain, iaitu Maxwell No. 26 di' Royal Asiatic Society dan di ManchesterNo.1; empat buah naskhah di Universiteit Bibliotheek , Leiden , iaitu Cod . Or. 1703.1716, 1736 dan 3210. Maksud versi panjang di sini ialah kesemua naskhah iniberakhir dengan penyebutan episod serangan jambi terhadap joho r pada tahun 1673(menurut kolofon yang tercatat) .

2

Page 9: Siri Penerbitan Karya Tersohor Klasik Melayu, IKSEP … · (Teuku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad, 1995) xxii. Sejarah Melayu atau Sulalat'us -Salatin dan cAspeft

f) Sebuah versi yang telah d iperpanjang , iai tu penyalinan semula (denganpengubahan dan penukaran di sana sin i) teks SEJARAH MELAYU dari versipanjang, lalu diperlanjutkan lagi riwaya tnya sehingga ke pertengahan abad ke­19 , dilakukan oleh seorang peraw i dari ketu runan Siak. Pada masa ini, ter­dapat empat buah naskhah seperti ini, iaitu sebuah di Jakarta , KBG 191 W di­Museum Pusat yang diberi judul RAJA-RAJA MELAYU saja, dan dua buah lagi ter­dapat di Leiden dan diberi tajuk SEJARAH RAJA-RAJA MELAYU . iaitu Cod . Or. 6342dan Cod . Or. 7304. Ada pih ak yang gemar memanggilnya sebagai HlKAYAT RAJAAKIL atau HlKAYAT SIAK. Sebuah naskhah lagi di Perpustakaan Royal AsiaticSociety, London, bertanda Mal. 138.

g) Sebuah naskhah yang didakwa sebagai berasal dari Palembang, lalu dikatakan ber­versi Palembang. Ia tersimpan di Perpustakaan Kon inklijk vor de Tropen ,Amsterdam , dalam bentuk naskhah bertaip rumi , tetapi penyalinannya agakberkecamuk dan berbeza daripada sebarang naskhah yang tersebut di atas.Kewujudannya masih belum diketahui ramai dan belum pernah dikatalogkan.

Daripada kenyataan di atas , nyatalah bahawa teks SEJARAH MELAYU mempunyai naskhahyang arnat kompleks dan paling merumitkan dalam bidang filologi, walaupun kemasyhurannyamemang jelas. Ini dapat dibuktikan daripada perhatian yang diberikan oleh para pengkaji tern­patan dan luar negeri terhadap teks ini , sarna ada dalam kerja penggarapan dan pengedisian ,mahupun dalam tugas penterjemahan . Tujuan kerja penggarapan ialah untuk mencari sebuahnaskhah dari SEJARAH MELAYU yang dapat memberikan pembacaan dan pemahaman filologisedefinitif yang mungkin .

Sejak diketahui munculnya SEJARAH MELAYU kira-kira dua setengah abad yang lalu , teksini telah menarik minat ramai orang. Telah kerap benar ia diperkata dan diperbahaskan, sarnaada oleh penyelidik tempatan ataupun oleh kalangan ilmiawan asing. Hal ini terjadi keranadalam gedung kepustakaan Melayu , SEJARAH MELAYU sehingga ke hari ini dianggap sebagaikarya Melayu yang terpenting dan terbesar dalam deretan karya klas ik Melayu lain , khasnyakarya yang sejenis dengannya seperti HlKAYAT RAJA-RAJA PASAI , HlKAYAT ACHEH, HlKAYATPATANI, TURUNAN ASAL RAJA-RAJA GOWA dan TUHFAT AL-NAFIS.

Kernasyhuran dan keunggulan kedudukannya sebagai sebuah has il kreatif dibuktikan dari­pada kekerapan SEJARAH MELAYU disalin sernula , hingga terhasil sebanyak 29 buah naskhahsalinan daripada teks induknya. Kemasyhurannya juga dapat ditunjukkan apabila para pen­terjernah asing, menterjemahkan SEJARAH MELAYU ke bahasa Inggeris, Jerman, Belanda, Jepun ,Perancis , Polish (sebenarnya terjemahan sebahagian dan bercorak cebisan saja) , Tamil danChina .' Ia menjadi sumber rujukan yang paling kerap digunakan oleh ahli sejarah sewaktumembahaskan sejarah masyarakat dan kebudayaan Melayu awal. Manakala, kaedah dan darinaskhah mana teks SEJARAH MELAYU yang digunakan , iLU hanya menjadi persoalan sekunderbuat para penyelidik seperti ini . SEJARAH MELAYU juga sangat diperlukan bagi tujuan rujukanoleh berbagai-bagai disiplin ilmu dan penyelidikan tentang Melayu seperti bahasa, sosiologi­antropologi. filologi dan pemikiran Melayu , kebudayaan , politik dan ekonomi. Dari segi peng­kajian terhadap SEJARAH MELAYU, suatu perspektif tentangnya dapat diberikan .

3

Page 10: Siri Penerbitan Karya Tersohor Klasik Melayu, IKSEP … · (Teuku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad, 1995) xxii. Sejarah Melayu atau Sulalat'us -Salatin dan cAspeft

Seawal kemunculannya (da n bukti-bukti dokumen tertulis yang diketahui) lantas·kemudian digunakan sebagai su atu sumber rujukan, ialah di tahap pertama awal abad ke-18 .Seorang penyelidik Barat be rn am a Petru s van der Vorm telah men ulis sebuah buku yang berjudulCOLLECTA IA MALAICA VO CABULARIA OF MALEICHE WOORDBOEKSAMELI NG(sebanyak 2 jilid) , kem udian diterbitkan di Batavia, antara tahun 1707-1 708. Beliau menyebutbahawa banyak hasil naskhah Melayu klasik yang dirujuk. Salah sebuah da ripad anya ialahPENURUNAN SEGALA RAJA-RAJA. 2

Bukan setakat penyebutan saja, malahan Petrus seterusnya memberi "ikh tisar" dan kan­dungan naskhah tersebut. Istilah "Penurunan .." yang dinyatakan oleh Petrus nampaknya ber­tentangan pula dengan istilah "Peratu ran" sebagaimana yang pernah diberikan oleh R.O.Winstedt, yang merujuk SEJARAH MELAYU daripada sebuah naskhah, Raffles MS. 18 pula. 3

Rupa-rupanya, hampir tiga suku abad mendahului Petrus , di antara 1637-1641 , SEJARAHMELAYU telah pun dirujuk sebagai salah sebuah sumber induk oleh ulama-penulis Nusantaraterkenal, Syeikh Nuruddin ar-Raniri, apabila beliau menghasilkan magnum-opusnya , kitabBUSTAN'US-SALATIN (Taman Raja-raja). Dalam Bab 2 (Fasal ke-12) daripada tujuh bab kitabbesar ini , ketika mensusur-galurkan salasilah Sultan Iskandar Thani Acheh, yang berasal dariPahang dan berketurunan daripada raja-raja Melaka , tidak dapat tiada Nuruddin tentunyamengutip salasilah raja-raja Melaka daripada SEJARAH MELAYU, malah ada sarjana yang menye­but beliau menyadur terus teks perihal Melaka ini , untuk menghasilkan teks ketatanegaraannya itu .

Ini bererti , Nuruddin berjaya menggunakan salah sebuah naskhah SEJARAH MELAYUhanya lebih kurang 25 tahun sahaja selepas ianya diselenggarakan semula tahun 1612 oleh TunSen Lanang, pembesar dan Johor itu. Bukan ini saja , malah Nuruddin mengenal secaraperibadi siapakah pembesar Melayu ini. Selain menjadi ketua utusan ernpat oranghulubalang johor ke istana Acheh , Nuruddin menyebutkannya sebagai telah 'mengarang'SULALATUS-SALATIN,

"Fasal yang kedua belas pada menyatakan tawarikh segala raja-rajayang kerajaan di negeri Melaka dan Pahang : Kata Bendahara PadukaRajayang mengarang kitab masiratSULALAT'US-SALATIN..."

Paduka Raja adalah gelaran kebesaran bagi Tun Muhammad bin Tun Ahmad , Bendaharajohor yang bergelar Tun Seri Lanang. Kenyataan ini tentunya dapat membantu pengungkaianpersoalan filologi versi panjang dari teks SEJARAH MELAYU.

Kira-kira dua puluh tahun selepas Petrus, seorang penulis lain, Francois Valentijn(seorang peminat naskhah-naskhah Melayu) menulis sebuah buku yang berjudul OUO ENNIEUW OOST-INDIEN tentang sejarah ringkas Hindia Timur (dahulu dan sekarang). Buku yangditerbitkan pada tahun 1726 ini , menyenaraikan juga sumber rujukan Francois. Beliau me­nyebut bahawa salasilah raja-raja Melaka adalah dirujuk dan satu sumber, iaitu SOELALETESSALATINA, OR THE GENEOlOGY OF THE KINGS OF THE MALAY COAST OF MALACCA.Yang menghairankan ialah bahawa kedua-dua naskhah SULALATUS-SALATIN yang disebutsebagai judu l asal SEJARAH MELAYU dan digunakan oleh kedua-dua penulis Barat in i, hanyamuncu l sebagai "satu daftar nama segala raja-raja" 4 saja , bukan seperti SEJARAH MELAYU yangwuj ud pada hari ini.

Pada tahun 1811 , sarjana lain bernama Will iam Marsden pula menulis buku berjudulHISTORY OF SUMATERA. Oalam membincangkan tentang kesultanan Melayu awal , beliau

4