ciri ciri bahasa melayu klasik

26
Ciri ciri bahasa Melayu klasik Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehinggabahasa Melayu mengalami banyak perubahandari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah: Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang Menggunakan bahasa istana Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula,alkisah, hatta, adapun .Banyak menggunakan partikel pun dan lah Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan. Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidangbahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kataumum. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu sepertifrasa

Upload: yusrina14

Post on 28-Dec-2015

136 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teknik terjemahan global

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

 

Ciri ciri bahasa Melayu klasik

Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehinggabahasa Melayumengalami banyak perubahandari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:

Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.

Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang

Menggunakan bahasa istana

Menggunakan kosa kata klasik spt.

ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul 

(bersedih)

Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt.

 sebermula,alkisah, hatta, adapun

.Banyak menggunakan partikel

 pun

dan

lah

 

Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidangbahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kataumum.

Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu sepertifrasa

ketahuilah olehmu

(dari terjemahan

 I’lamL

Page 2: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

,maka kemudian daripada itu

(dari  Amma ba’du ); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain.Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.

Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid

ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al -Iman dan lain-lain. Ini berbeza denganbahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) 4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat6. Banyak menggunakan partikel “pun’ dan `lah’

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU MODEN

1. Bahasa Melayu Moden mengalami proses perancangan bahasa.

2. Bahasa Melayu Moden mengalami proses pembinaan bahasa

3. Bahasa Melayu Moden menerima dan menyesuaikan struktur bahasa Inggeris.

4. Bahasa Melayu Moden mempunyai laras yang lebih pelbagai

5. Bahasa Melayu Moden menggunakan binaan ayat aktif yang lebih banyak.

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU

BAHASA SEBAGAI SATU SISTEM

Tiap-tiap bahasa mempunyai sususnan  tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan  dan lain-lain. Dalam bahasa

Page 3: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

terdapat beberapa unit tertentu yang digabungkan untuk mmebentuk ayat yang sempurna  dan mengikut tertib. Pencantuman menurut cara dan peraturan inilah dinamakan ‘bersistem’.

Bahasa sebagai satu sistem ialah aturan-aturan atau rumus-rumus tertentu yang pasti dan mempunyai susunan. Tiap-tiap bahasa mempunyai set atau sistem tertentu yang menjadi asas kepada pengguna untuk menuturkannya. Semua bahasa di dunia ini mempunyai sejumlah unit bahasa seperti fonem, morfem, kata, frasa, kalusa, dan ayat. Tiap-tiap bahasa ini terhasil daripada pencantuman unit-unit tersebut. Bahasa mmapunyai sistem ini menghasilkan urutan bunyi dan mempunyai hukum-hukum yang membentuk perkataan , rangkai kata, dan ayat-ayat.

BAHASA MENGANDUNGI SIMBOL-SIMBOL 

Simbol-simbol atau lambang ialah setiap kata atau ucapan yang mewakili atau dihubungkan dengan benda, tindakan atau konsep tertentu. Misalnya, perkataan ‘kerusi’ dalam bahasa Melayu ialah suatu simbol yang mewakili satu benda tertentu.

 Dalam erti kata lain, bahasa menggunakan bunyi suara, daripada bunyi suara inilah menerbitkan lambang-lambang visual yang berlainan daripada gambaran yang sebenar. Manusia berhubung atau berkomunikasi melalui gerak-geri simbol antara satu sama lain.

BAHASA TERDIRI DARIPADA BUNYI-BUNYI

Bunyi-bunyi yang dianggap sebagai simbol bahasa ialah bunyi-bunyi yang diujarkan oleh manusia melalui rongga mulut manusia. Bunyi-bunyi lain sperti bunyi disebabkan oleh gerakan-gerakan anggota badan manusia yang lain tidaklah dianggap sebagai simbol-simbol bahasa. Namun begitu bunyi yang diujarkan oleh manusia tidak semua diterima atau dianggap sebagai satu simbol bahasa, contohnya bunyi siulan (Lufti Abas, 1975 : 5) .

BAHASA BERSIFAT ARBITRARI

Arbitrari bermaksud sewenang-wenangnya, iaitu mencipta simbol atau lambang dengan sesuka hati. Arbitrari juga mempunyai konsep rujukan yang tiada hubungan mutlak antara bunyi atau perkataan dengan makna atau benda contohnya, ‘rumah’ dalam bahasa Melayu , ‘house atau haus’ dalam bahasa Inggeris, ‘Ngomah’ dalam bahasa Jawa, dan ‘bait’ dalam Arab. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa, makna bagi sesuatu simbol atau perkataan ialah konvensional sifatnya.

Page 4: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

Menurut De Saussure, bahasa dikatakan arbitrary dari aspek ia dihasilkan dengan tidak dimotivasikan, tidak terdapat hubungan semula jadi antara penunjuk dengan apa yang ditunjukkan. Sama sekali ridak dapat dijangkakan dalam kebanyakkan sifat-sifat bahasa dan hampir  wujud perkaitan antara simbol dan objek (Wells, 1968).

BAHASA DIPELAJARI dan BUKAN DIWARISI

Dipelajari bermaksud bahasa itu bukanlah hal yang kita warisi sejak lahir, seperti kita mewarisi ciri-ciri fizikal ibu bapa kita. Tetapi kita mempelajari bahasa itu  sama ada kita sedar ataupun tanpa kita seadri. Kita mempelajarinya sejak kita berumur satu tahun daripada masyarakat sekeliling kita terutama sekali keluarga kita. Contohnya, seorang bayi berbangsa Arab , sejak dari kecil lagi telah dipelihara oleh sebuah keluarga Melayu, bahasa yang akan diperolehinya adalah bahasa Melayu dan bukanlah bahasa Arab.

BAHASA MEMPUNYAI MAKNA

Makna bererti sesuatu yang dimaksudkan oleh penutur atau penulis. Tiap-tiap yang dituturkan oleh penutur sesuatu bahasa itu mempunyai makna bagi pendengardalam masyarakat yang sama. Makna berhubung erat dengan pengucapan, malah terdapat kaitan yang rapat antara bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dengan keadaan kebudayaan sekeliling. Hubungan anatara makna inilah yang menghasilkan komunikasi antara satu individu dengan individu yang lain.

BAHASA BERSIFAT DINAMIS

Menurut Kamus Dewan Edesi Ke-Empat, dinamis berksud bertenaga dan mempunyai kekuatan serta mampu membuat penyesuaian. Dinamis juga bermaksud menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Aktiviti manusia tidak tetap dan sering berubah-ubah. Bahasa turut berubah tidak statik inilah yang dinamakan dinamis.

Perubahan bahasa boleh berlaku pada semua peringkat linguistik jati. Contohnya, kehadiran alomoft iaitu mengehadkan, mengebom, dan mengeram. Perubahan radikal ini berlaku pada peringkat leksikon dan semantic kerana wujudnya, perubahan budaya.

BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI.

Bahasa yang digunakan dalam kehidupan manusia seharian ialah sebagai media untuk berkomunikasi.   Ia juga bertujuaan untuk melahirkan perasaan, fikiran, kehendak, dan sebagainya. Bahasa dapat

Page 5: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

menghubungkan seseorang dengan yang lain sama ada dari segi jarak tempat atau jarak masa. Melalui jarak tempat, seseorang itu boleh berhubung dengan seseorang lain secara lisan denagn berhadpan atau menggunakan telefon , internet atau secara bertulis.

Berhubung secara masa pula adalah apabila seseorang itu mahu merakamkan sesuatu untuk pengetahuan generasi yang terkemudian daripadanya, maka dia boleh merakamkan pertuturannya. Melalui pita rakaman atau menulis dibuku. Oleh itu, dia dapat menyatakan fikirannay, kehendaknay atau pendapatnya kepada orang lain atau yang akan datang walaupun jarak masa hidup anatara mereka memakan masa berpuluh tahun (Arbak Othman, 19983 : 41-42).

FUNGSI BAHASA MELAYU

BAHASA RASMI

 Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan.Tergolong dalam bahasa inklusif iaitu salah satu bahasa yang ditempatkan atas bahasa atau bahasa-bahasa yang sedia ada. Antara ahli perancang bahasa terkenal ialah Bruno Migliorimi dan Sprang Hansen. Sebagai lambang serta simbol identiti sebuah negara merdeka. Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi.

FUNGSI BAHASA RASMI

Antara fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi ialah, sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi negara. Sebagai media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan. Digunakan dalam semua rekod kerajaan. Sebagai media untuk menulis semua undang-undang negara dan pentadbiran. Digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara .

BAHASA KEBANGSAAN

 Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan. Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktub dalam Perlembagaan

Page 6: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

Malaysia, iaitu Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 ( disemak 1971 ), Pemberitahuan undang-undang No.410 ( tahun 1967)

FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN

Menyatukan rakyat, menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini, menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya, mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara. Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum. Aspek pemilihan Bahasa Kebangsaan meliputi , sosial, ekonomi, dan politik.

PENINGKATAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Peningkatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan ditinjau melalui dua aspek iaitu kesedaran orang Melayu terhadap Bahasa Melayu dan keperluan untuk memperoleh sokongan terhadap negara dan dasar-dasarnya.

BAHASA ILMU

Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan atau satu hasil kajian

SEJARAH BAHASA ILMU

Pernah menjadi Lingua Franca atau Bahasa perantaraan di Nusantara. Mencapai taraf Bahasa Ilmu sejak beberapa abad lalu disebabkan oleh adanya Islam yang membawa fahaman intelektualisme dan Rasionalisme. Kegemilangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu memuncak pada zaman kebesaran kerajaan Acheh, dalam abad ke-17. Sebabnya muncul pemikir Melayu yang menghidupkan tradisi ilmu  dengan menggunakan Bahasa Melayu seperti Hamzah  Fansuri, Syamsuddin Pasai,Abdul Rauf Singkel, dan  Nuruddin Al-Raniri. Selain itu, tokoh-tokoh yang meluaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu ke daerah lain di nusantara ialah 

Page 7: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

Abdul Samad al-Falambani di Palembang, Arsyad Al-Banjiri di Banjar Masin, Mohd Ismail Daut Pattani di Patani dan Raja Ali Haji di Riau.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Ilmu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar pendidikan kebangsaan. Langkah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan kemudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di institut pengajian tinggi bermula pada tahun 1983.

FUNGSI BAHASA ILMU

Menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan tertentu. Menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan masalah dan memerlukan penelitian. Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat difahami oleh pembacanya, tanpa menimbulkan keraguan penafsiran dalam Bahasa Melayu. Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu.

BAHASA PENGANTAR

Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak

Page 8: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.

FUNGSI BAHASA PENGANTAR

Fungsi bahasa Melayu juga sebagai bahasa penghantar adalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain walaupun mempunyai kepercayaan dan agama yang berbeza contohnya bangsa Melayu, Cina dan India. Selain itu, ia juga digunakan dalam perhubungan antara kaum yang kuranng mahir dalam berbahasa Inggeris maka mereka akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan ini akan memudahkan lagi perhubungan komunikasi. Bahasa Melayu turut digunakan dalam sistem pendidikan iaitu sebagai bahasa penghantar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi.

Pelajaran yang disampaikan oleh guru kepada pelajarnya hendaklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Tambahan pula, semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa Melayu. Usul-usul dalam Laporan Rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.

Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

BAHASA PERPADUAN

Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain.

FUNGSI BAHASA PERPADUAN

Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa

Page 9: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia. Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara. Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.

Ciri-ciri tatabahasa tradisional.

Tatabahasa tradisional bersifat nosional dan tidak mengikut konsep formal atau struktur. Ketiadaan pola morfologi atau sintaksis tetap yang boleh digunakan sebagai dasar untuk menerbitkan pelbagai struktur. Ketiadaan pemeringkatan atau pemilihan bahan sama ada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau tidak. Ayat-ayat yang dibina dengan menggunakan konsep binaan. Bahasa adalah satu organisma. Ia hidup dan berubah.

Kelemahan Teori Tradisional

Teori ini terlalu mengutamakan tindakan menghafaz peraturan-peraturan dalam tatabahasa dan penjenisan kata guru mungkin terpengaruh dan terlalu menekankan aspek tatabahasa dalam pengajaran akan melahirkan pelajar yang cekap menganalisis ayat tetapi kurang mampu membina ayat-ayat yang sempurna dan gramatis analisis dilakukan secara nosional dengan anggapan bahawa kategori-kategori bahasa bersifat universal.

PRINSIP PENYUSUNAN KAMUS

i. Perancangan: pentadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan individu dan penentuan prasarana

ii. Aspek linguistik: aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan, dialek, maklumat, ensiklopedia dan sebagainya.

Page 10: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

iii. Pemasaran: aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas sebagai satu produk.

Jelaskan prinsip-prinsip yang diguna pakai dalam penyusunan kamus

1.PerancanganPentadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan penentuan prasarana.

2. Siapakah yang terlibatIndividu yang terlibat bersangkutan dengan pensyaratan keahlian dan kemampuanindividu melaksanakan program perkamusan.

3. Aspek linguistikAspek linguistic digarap menurut cabang ilmu linguistic dengan leksikologi,termasuklah tata bahasa. Latar. Pengetahunan dialek, maklumat ensiklopedia dansebagainya.

4. PemasaranAspek yang berkaitan dengann penyebaran kamus secara meluas sebagai satuproduk.

5. Prasyarat kemampuan penyusunan kamus Penguasaan dua atau tiga bahasa disamping bahasa ibunda akan menentukankepekaan lingkuaiistik dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa. Penyusunankamus juga perlulah mmempunyai ketekunan yang konsisten, ketelitian dankecermatan. Selain daripada itu semangat untuk terus belajar dan cinta kepadabahasa serta ilmu bahasa tidak kurang penting.

6. Bagaimana penelitian dilakukanPenelitian leksikologi termasuklah yang bersangkutan dengan korpus bahasa dalam penyusunan pengkalan data. Penelitian aspek bahasa lain seperti tata bahasasebagai maklumat pelengkap mengenai data yang disajikan

Bagaimana dan Faktor Pemilihan Sebagai Bahasa Rasmi

bahasa Melayu tetap berdiri teguh dan kukuh sebagai bahasa rasmi walaupun laluan yang

ditembus ipenuh dengan duri dan onak. Pelbagai faktor boleh diketengahkan yang

menyebabkan bahasa Melayu hadir sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di

sekolah-sekolah. Antaranya adalah seperti berikut:

Page 11: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

Sejarah negara sejak zaman Srivijaya, membawa kepada pemerintahan kolonial

telah terbukti penggunaan bahasa Melayu sebagai linguafranca di rantau ini.

Penggunaan bahasa Melayu oleh pelbagai kaum.

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di negeri Melayu

Bersekutu.

Bahasa Melayu dipilih kerana mudah dipelajari dan difahami.

Bahasa Melayu dipilih kerana faktor penyatupaduan rakyat. Akan mewujudkan

suatu suasana kebangsaan yang melibatkan semua rakyat tanpa mengira kaum.

Bahasa Melayu penting dalam urusan pentadbiran dan sistem pendidikan negara.

Bahasa Melayu mempunyai ‘historicity, autonomy, ethnicity dan validity’.

Page 12: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

Contoh soalan

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

1.      Senaraikan empat  rumpun Bahasa Austronesia serta nyatakan kawasan yg terlibat?

i.     Bahasa Nusantara(Kepulauan Melayu)-

ii.    Bahasa Malenesia – Fiji,Irian dan New Caledonia

iii.   Bahasa Mikronesia – Kepulauan Marianna

iv.    Bahasa Polinesia- Hawaii,Tonga dan New Zealand – dikalangan bangsa Maori

2.   .   Ismail Hussein (1948) menyatakan terdpt 3 tahap perkembangan bahasa Melayu. Jelaskan dua tahap perkembangan tersebut.

3.      Zaman kerajaan Acheh merupakan zaman perkembangan bahasa Melayu sbg bahasa ilmu. Namakan EMPAT tokoh Acheh.

i.      Sheikh Nuruddin Al-Raniri(“Bustanul Salatin”)

ii.     Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)

iii.    Abdul Rauf Singkel(Mirat Al-Tullip”

iv.     Hamzah Fansuri(“Syair Perahu”)

Page 13: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

4.   .    Senaraikan prinsip utama utk penyusunan kamus.

Sbg asas penyusunan kamus prinsip kesarjanaan mestilah diutamakan.Prinsip2 utama utk penyusunan kamus iaitu:

i. Keaslian – memuatkan bhs yg ada bukti bhw btk tsbut benar2 digunakan olh penutur jati.

ii         Keperwakilan –bgntung kpd format kamus yg ditentukan olh

pengguna/khalayak 

ii. Kelayakan – penyusun harus pasti bhw hsil kerjanya sesuai dgn  tujuan pekerjaannya.klyakan sosial juga perlu diambilkira spt bahasa,agama dan adat istiadat pguna kamus.

5.    .   Nyatakan empat kategori dlm  pendekatan dinamik.

i.        Keselarasan kontek pembaca sasaran lbh  diutamakan drpd cara ssuatu mlumat  dikemukakan/keselarasan perkataan demi perkataan. Dua prkata’n yg sama mkin blain’n ertinya dlm konteks tertentu.Terjemahan mestilah menepati konteks.

ii        P’sama’n dinamik mestilah diutamakan drpd keselarasan formal. Penerimaan pembaca yg ditekankan spy pembaca teks asal dan teks terjemahan mengalami kefahaman,perasaan dan tdakan yg sama.

iii       Btk2 bahasa yg didengar hendaklah diutamakan lbh dahulu drpd btk bertulis. Dlm kes tertentu apabila teks itu akan lbh byk didengar drpd dibaca sendiri dlm hati.

iv.       K’perluan pembaca sasaran hdklah lbh diutamakan drpd btk bhs. Ini akan membantu menyelesaikan masalah yg dihadapi olh pbaca teks terjemahan.

6.       Huraikan intipati Laporan Razak(1956) khususnya dlm system pelajaran Negara kita.

Laporan Razak (1956) mengatakan hasrat utk menubuhkan satu peraturan kebangsaan yg bertujuan menyatukan mrd2 drpd semua bangsa  did lm negeri dgn memakai satu peraturan pelajaran yg meliputi

Page 14: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

semua bangsadgn bhs kbngsaan sbg bahasa pengantar.Intipati Laporan Razak 1956 meliputi:

i. Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sek dn dijdkan satu syarat pertolongan yg diberikan oleh kerajaan di semua sek.

ii. Bahasa melayu dijdkan satu pelajaran yg mustahak utk mendpt sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan.

iii.       BM dan BI hdklah diwajibkan di sek menengah jenis kebangsaan.

(kesimpulan : laporan Razak 1956 –meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan utk memmupuk perpaduan melalui Sistem pelajaran kebangsaan utk semua,BM sbg bhs pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran serta system peperiksaan yg sama utk semua pelajar.

7.     . Jelaskan cadangan Laporan Razak (1956) utk mengelola dan menjamin kelicinan pentadbiran pelajaran di seluruh persekutuan Tanah Melayu.

-          Diwujudkan satu kementerian pelajaran yg btggjwb mengawal sek2 utk memperbetulkan perjalanan dan meninggikan mutu pelajaran sek2.

-          Mengadakan system peperiksaan yg dikenali Sbg Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu di semua sek menengah.

-          Mengajaran pelajaran menengah lanjutan  dan mengatur semula serta memajukan pelajaran teknik.

8.     Nyatakan Empat peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam memperkasakan Bahasa Melayu.

DBP ditubuhkan pada 22 Jun 1956  dan ditempatkan di  sebuah bangunan kerajaan di bukit timbalan ,johor. DBP mengatur langkah pertama dgn mengembangkan BM sbg bahasa kbgsaan dan bhs rasmi negra merdeka.Stlh bepindah ke Kuala Lumpur dan bertukar taraf drp badan kerajaan menjadi badan berkanun melalui akta parlimen 1959  yg memberi kuasa autonomi kpd DBP utk menggubal dasar2 yg khusus,

Page 15: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bhs sastera yg lbh mantap. DBP mempunyai empat peranan utama iaitu:

i.                    Memaju dan memperkayakan bahasa kebangsaan

ii.                  Memajukan bakat kesusasteraan terutama dlm bhs kebangsaan.

iii.                Mencetak/menerbitkan atau membantu usaha percetakan /penerbitan buku2risalah2 dll btk persuratan dlm bhs kbgsaan dan bhs lain.

iv.                 Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah2 yg sesuai dlm bhs kbgsaan.

9.      Huraikan 5  faktor mengapa BM dipilih sbg bhs Kbgsaan selepas Tanah Melayu mencapai kmdekaan pd thn 1957.

Pemilihan BM sbg bahasa Kbgsaan b’asaskan bbrpa factor:

i. BM m’punyai penutur terbesar di Negara ini iaitu 49.78% bbanding  Cina 37.1% dan India 11.0%.

ii.            BM mrupa’n bhs yg bersifat pribumi bagi Negara ini.

ii. P’gunaan BM sbg alat komunikasi sudah sekian lama dan tdk akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum.

iv.           BM tlh lama menjadi bhs pentadbiran di  negeri Melayu.

10.  Definisikan leksikografi  dan leksikologi.

Leksikologi ialah ilmu bahasa interdisiplin yg menyelidiki leksikon,leksis dan leksem bersikap teorisis manakala leksikografi merupakan kaedah dan teknik menyusun kamus

.

11.  Senaraikan serta jelaskan lima perkara asas yg perlu ada utk menjd sorg pterjemah.

i.    M’tahui bhs sumber dgn baik yakni kecekapan dlm bahasa

pertama(bhs sumber)

ii. M’tahui bhs sasaran/bhs penerima dgn baik yakni kecekapan dlm bahasa

Page 16: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

kedua(bhs sasaran)

iii.   M’tahui subjek yg hdk diterjemahkannya iaitu m’tahui ttg bidang. M’tahui

dua bhs blm m’cukupi ttp hdklah m’tahui bidang yg hdk diterjemahkannya

skrg2nya pada peringkat asas.

iv.  Perlu m’tahui teori dan proses p’tjemahan bagi m’p’lengkapkan lagi utk mjd

seorg p’tjemah yg baik disamping m’tahui prinsip2 perterjemahan.

v.    M’tahui latar belakang budaya bhs sumber dan bhs sasaran.

12. Terangkan 5 fakta b/mana bidang pendidikan dpt memartabatkan tulisan

jawi.

i.    Sikap org Melayu  perlu diubah dan disedarkan agar tidak  menganggap tulisan jawi tidak penting dan knk2 tidak diberi penekanan dlm tulisan jawi kecuali sekadar sebagi tulisan arab dlm kelas agama.org2 Melayu seolah2 lupa kewujudan unsur dlm BM paling penting iaitu tulisan dek ledakan arus globalisasi.

ii.   Peranan pihak perancang bhs,khususnya badan kerajaan spt DBP perlu mengambil inisiatif yg lbh inovatif dlm memertabatkan tulisan jawi dlm masyarakat hari ini.

iii.  Dlm bidang pendidikan :

i.   Beri pendedahan awal kpd kanak2 utk belajar tulisan jawi dan dgn perkembangan multimedia serta kemudahan /peirsian yg canggih spt cd dan vcd dpt memudahkan pengedaran yg lbh luas.

ii.  Bbm perlu diperbanyakkan spt buku2 dan juga akhbar Utusan Malaysia yg dpt membantu p’kembangan korpus  bahasa melalui ADD perlu digalakkan di semua sekolah agar p & p menjadi lbh menarik dan efektif.

iii.  Pameran seni khat diperbykkan dan pelajar sekolah harus digalakkan mengunjunginya.

Page 17: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

iv. Mengadakan bengkel penulisan jawi dlm kalangan belia dan pelajar remaja bagi m’pertingkat’n lagi k’sedar’n  mptahankan tulisan jawi sbg alat pengembangan ilmu.

v.  Guru yg berpengalaman perlu dilahirkan utk mmenuhi k’perluan pengajaran.Lat dpt m’ningkat’n kaedah p’ajar’n yg lbh berkesan.

13 .  Dlm proses perkembangan bhs Melayu, bhs ini ntlh menerima penyerapan dr bhs Arab dan BI.Terdpt 53 pola tlh ditentukan. Berikan Dua cth perkatan utk setiap pola berikut:

i.     a menjadi e      ( acre – ekar, agent – ajen, allowance – elaun, apple-epal)

ii.   ee menjadi i     ( beer – bir, jeep – jip, puree – puri)

iii.  f  tetap f  ( fact-fakta, focus-fokus, formal – formal)

iv.  konsonan ganda menjadi konsenan tunggal  ( agresive – agresif, battery-

bateri,lorry –lori)

v.   x yg tidak terletak pada awal kata menjadi ks  ( express-ekspres,

maximum – maksimum,sex-seks)

14.  Semasa  zaman pramerdeka (sebelum 1957) bbrapa j/kuasa tlh ditubuhkan utk m’kaji system persekolahan pada masa itu. Nyatakan empat laporan tersebut.

Laporan tersebut adalah :

i.                    Laporan Barnes 1951

ii.                  Laporan Fenn-Wu 1951

iii.                Ordinan Pelajaran 1952

iv.                 Laporan Razak 1956

15.  Huraikan apakah yg dilaporkan di dlm keempat2 laporan tersebut.

Page 18: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

i.       Laporan Barnes 1951

-          Dipengerusikan olh L.J Barnes bagi menyemak dan mp’baiki keadaan pend.

Kaum Melayu . Cadangan jk ini termasuk :

-          # meningkatkan taraf pcapaian pelajar Melayu  di sek vernakular dan

meningkatkan pencapaian BI

-          # m’nkatkan kualiti guru-/pedagogi dan mencadangkan kurikulum lat guru

lbh b’sesuaian

- # m’cadang’n apa2 saja cara utk m’baiki p’tadbir’n  samada dgn menubuhkan Penguasa Pend. Tempatan/ badan tempatan dgn fungsi yg sama.

ii.  Laporan Fenn-Wu 1951

-          Bagi memperkatakan ttg  pend Cina di Tanah Melayu berikutan rasa tdk

puas hati terhadap Laporan Bernas.

-          Cadangan agar usaha merapatkan jurang perbezaan  dengan menggantikan

system persek’n yg berasakan kaum dgn sek yg tdk bercorak perkauman

dgn menggunakan BM dan BI sbg bahasa pengantar dan bahasa lain sbg

bhs pilihan.

iii.  Ordinan Pelajaran 1952

- Mengesyorkan agar sekolah kebangsaan sebagai corak system pelajaran

kebangsaan.

iv. Laporan Razak 1956

-  Meletakkan asas bagi perkembangan system pend. Utk memupuk perpaduan melalui system Pelajaran Kebangsaan  untuk semua,Bahasa

Page 19: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

melayu sbg bahasa pengantar,sukatan pelajaran dan system peperiksaan yg sama bagi semua sekolah.

16.  Definisikan dwibahasa.

Kedwibahasaan berlaku dlm kalangan m’kat  yg menggunakan byk bahasa. Kedwibahasaan /bilingualisme pengauasaan 2 bhs spt penutur bhs asli.Menurut  Mario Pei – kualiti/kblhan ssorg bertutut dlm dua bhs.

17.  Nyatakan perbezaan antara kedwibahasaan majmuk dan kedwibahasaan kordinat.

Kedwibahasa majmuk ialah  individu yg mempeoleh dua bahasa semasa kecil.

Kedwibahasaan kordinat berlaku  apabila ind. Tersebut memperolh salah satu bahasa tersebut sbg bhs pertama dan bahasa kedua pula diperoleh kemudian.

18 .  Bincangkan kesan2 yg berlaku dr kedwibahasaan.

Kesan2nya:

i. Berlakunya penukaran kod/pertukaran kod yg dikenali sbg code switching.

- Berlaku apabila penukaran bahasa ke satu bahasa yg lain disebabkan oleh perubahan tajuk / pertukaran siapa yg disapa.

- meluas berlaku di kalangan penutur di Malaysia.

- cth: pelajar Melayu berbahasa Inggeris dgn kawan berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula dlm BM apabila bercakap dgn ibunya yg tdk fasih bbhs Inggeris.

  ii.  percampuran kod/code mixing

 - berlaku apabila ssorg menukar kod apabila berbicara secara berganti2 utk satu tajuk  yg sama dlm ujaran mereka.contohnya; sorg pelajar Melayu bercakap dlm BI utk membincangkan ssuatu tajuk ttp kemudiannya mencpradukkannya dgn BM kerana ssuatu hal spt tdk tahu perbendaharaan kata yg sesuai yg digunakan /dsbg.

iii.  berlakunya pemindahan bahasa. Ini berlaku apabila terdpt unsur2 penggunaan bhs pertama dlm bhs kedua. Terdapat 2 pemindahan iaitu pemindahan negative/gangguan – melibatkan pola bhs natif yg menyebabakan kesilapan dlm bhs sasaran dan pemindahan positif –

Page 20: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

pemindahan yg memudahkan pembelajaran dan berlsku dlm kedua2 bhs natif dan bhs sasaran yg mempunyai unsure persamaan.

iv. Pengasimilasian bhs  juga berlaku- penerimaan bahasa secara beransur2 oleh generasi kedua hingga akhirnya tidak menggunakan bhs ibunda mrk.

v.  Kesan lain lahirnyan bahasa pijin dan bahasa kreol.

-Bhs pijin memperlihatkan unsure kedua2 bhs bercampur sehingga melahirkan bhs baru namun tdk blh diklasifikasikan sbg bahasa asal.

-Bahasa Kreol  ialah bhs pijin yg menjadi bhs ibunda /bhs pertama m’kat penuturnya akibat pertembungan 2 bahasa.

19.. Kaitkan hubungan antara ASAS 50 dgn Lembaga Bahasa melayu(LBM) dan berikan tujuan LBM ditubuhkan.

ASAS 50(Angkatan Sasterawan 50) ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 yg terdiri drpd penulis di Singapura.Tujuan penubuhannya adalah untuk:

i.    Memperluas dan mempertingkatkan mutu sastera Melayu

ii.   Melindungi hak dan kptingan para penulis dan para pengarang.

iii.  Mengadakan pembaharuan dlm sastera.. Asas perjuangannya ialah mengutamakan BM dan merancang pemodenan serta perkembangan bhs ini yg diperjuangkan melalui saluran polotik.Penubuhan ASAS 50 yg memperjuangkan BM tlh mendorong sebuah pertubuhan yg diasaskan olh guru2 Melayu yg dikenali sbg Lembaga Bahasa Melayu(LBM).

19.Tujuan penubuhan LBM adalah:

i.  Mengawal, memperbaiki,memperluas,memperkaya,mempertinggi dan menghidupkan BM  supaya mjd bhs yg hidup

ii.  Membincangkan hal2 kesulitan BM dan menghebahkan kpd org ramai apa yg difikirkan munasabah oleh Lembaga.

iii. Menyesuaikan penggunaan BM  mengikut kehendak peredaran zaman.

iv. Menerbitkan risalah ,buku,kitab,majalah dan seumpamanya

v.  Bekerjasama dgn badan2 yg sama tujuannya dgn Lembaga.

Penubuhan LBM mengukuhkan lagi perjuangan utk mempertahankan kedudukan BM.

Page 21: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

20.  Huraikan dgn ringkas sejarah asal usul kata “Melayu”.

Sejarah perkembangan bhs Melayu perlu dilihat dr sudut etimologi  kata “melayu” . Asal usul perkataan ini  masih blm disahkan oleh ahli sejarah.Namun beberapa bukti tlh ditemui iaitu catatan Cina  sekitar thn 644-645 masih yg menyatakan bhw sbuah kerajaan mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kpd Maharaja Cina.Ada juga berpandangan  bhw kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi,Sumatera yg diberikan nama berdasarkan sebatang sg berna Sungai Melayu.Seorg Sami Budhha ber nama I-tsing meggunakana  perkataan tersebut apabila mceritakan ttg dua buah kerajaan  yg dilawatinya sekitar thn  675 masihi.

21 Senaraikan empat ciri bahasa melayu klasik.

i.    Ayat yg panjang dan berbelit2

ii.   Byk ayat pasif

iii.  Mgunakan bhs istana

iv.   Kosa kata klasik spt ratna mutu manikam,edan kesmaran(mabuk asmara)

sahaya,masyghul dsb.

22.  Jelaskan perkembangan bahasa Melayu Kuno dan hubungannya dgn penemuan batu bersurat.

Bhs Melayu Kuno keluarga bhs nusantara dan berkembang dr abad ke 7 hingga abad ke 13 sbg bhs pentadbiran  bhs lingua franca.Penuturnya terdapat di Semenanjung Tanah Melayu ,kepulauan Riau dan Sumatera.Ini terbukti dgn penemuan2 batu2 bersurat spt Batu Bersurat Kedukan Bukit,Palembang (683 SM), batu bersurat di Talang Tuwo,dekat Palembang (684 M),batu bersurat diKota Kapur, Pualau Bangka(686M) dan batu bersurat Karang Brahi,jambi(686M), batu bersurat di gandasuli,Jawa Tengah (832M) –batu bersurat pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri.

23.  Berikan empat kesan zaman kedatangan Islam dlm perkembangan BM.

Page 22: Ciri Ciri Bahasa Melayu Klasik

Islam tlh membawa huruf Arab  dlm penulisan BM & bkembang mjdi bhs yg kaya dgn pelbg istilah baru yg dipinjam drpad kata Arab dan parsi,byk istilah teologi,falsafah dan tasauf dikembngkan dlm BM hasil pinjaman dr bhs Arab.kedatangan Islam abad ke 13 mempengaruhi keseluruhan cara hidup m’kat di Asia tenggara Khususnya alam melayu hingga member cirri baru kpd BM iaitu btk bhs Melayu Klasik.